md sani

25
1. Surat Akuan INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS Jalan Yaakob Latiff, 56000, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur 03-91318160(Pejabat), 03-91319393(Faks) PERAKUAN TUGASAN KERJA KURSUS PROGRAM PERSEDIAAN SARJANA MUDA PERGURUAN PPISMP SEMESTER 2 Saya Noor Afifah Binti Azizan No.I/C 930823 – 06 - 5798 . Mengaku sejujurnya bahawa saya telah menjalankan kerja kursus Pendidikan Seni Visual 2 ini dengan dedikasi tanpa melakukan plagiat. Jika saya didapati melakukan mana-mana kesalahan yang berkaitan, pihak Jabatan Seni Visual boleh mengambil tindakan terhadap saya.

description

Uploaded from Google Docs

Transcript of md sani

Page 1: md sani

1. Surat Akuan

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS ILMU KHAS

Jalan Yaakob Latiff, 56000, Bandar

Tun Razak, Kuala Lumpur

03-91318160(Pejabat), 03-91319393(Faks)

PERAKUAN TUGASAN KERJA KURSUS

PROGRAM PERSEDIAAN SARJANA MUDA PERGURUAN

PPISMP SEMESTER 2

Saya Noor Afifah Binti Azizan No.I/C 930823 – 06 - 5798. Mengaku

sejujurnya bahawa saya telah menjalankan kerja kursus Pendidikan Seni Visual 2

ini dengan dedikasi tanpa melakukan plagiat. Jika saya didapati melakukan mana-

mana kesalahan yang berkaitan, pihak Jabatan Seni Visual boleh mengambil

tindakan terhadap saya.

Pengakuan :

………….

…………………………

Page 2: md sani

( NOOR AFIFAH BINTI AZIZAN)

Penghargaan

Salam sejahtera. Bersyukur saya ke Yang Maha Besar kerana dengan limpah

kurnia-Nya dapat saya menyiapkan kerja kursus Pendidikan Seni Visual 2 bagi tahun

2012 dalam semester kedua saya. Saya menyiapkan hasil tugasan ini daripada

pemerhatian dan mengumpul maklumat serta rajin ke perpustakaan untuk mencari

maklumat yang berkaitan. Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada

pensyarah yang juga banyak membantu dan sebagai pembimbing saya dalam

melaksanakan tugasan ini.

Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas

yang  telah membantu saya dan yang sanggup bersama saya dalam mencari bahan

untuk melengkapkan untuk menyiapkan tugasan ini dengan cepat dan padat. Terima

kasih kepada semua yang telah membantu sama ada secara langsung atau tidak

langsung. Khususnya  kepada ibu bapa yang telah banyak memberi sokongan moral.

Sepanjang melaksanakan projek ini saya berasa tenang. Ini kerana segala aktiviti

yang dijalankan adalah mengikut buku programnya.  Semoga  puan dapat

memaafkan saya jika terdapat cacat cela dalam proses menyiapkan tugasan saya.

Melalui tugasan ini, saya dapat mempelajari banyak perkara baru dan dapat

mengetahui tentang sejarah perkembangan seni visual di Malaysia dengan lebih

mendalam dengan lebih mendalam.  Segala tunjuk ajar puan  tidak akan

saya lupakan.

Sekian terima kasih.

Page 3: md sani

2. Pengenalan

1. Apresiasi Seni.

Apresiasi seni ditakrifkan sebagai kajian atau penyelidikan para pelukis atau

pandai tukang mengenai hasil karya seni mereka, factor yang memperngaruhi, cara

mereka bekerja, bagaimana mereka dapat memilih sebuah tema untuk sesuatu

karya ataupun “subject matter” serta gaya dan stail mereka yang tersendiri. Semua

ini berkait rapat dengan aspek pemahaman mereka dari aspek kognitif. Aspresiasi

juga adalah bertindak sebagai penghargaan terhadap perasaan dan penilain

terhadap sesuatu karya seni. Ia juga boleh dikatan sebagai pembentukan sikap,

minat serta keupayaan membuat pilihan dan ini saling berkait rapat dengan aspek –

aspek afektif.

Seharusnya, pendidikan seni harus dilihat dalam skop yang lebih jauh.

Kesimpulannya, para pendidik seni menyatakan bahawa Pendidikan Seni Visual

dapat meningkatkan kemahiran dan teknik menghasilkan sesebuah karya. Selain itu,

melalui penhayatan dalam aspresiasi seni, kita dapat memahami adat, tradisi dan

nilai sesuatu masyarakat.

Sesungguhnya, aspresiasi seni melibatkan sepenuhnya deria rasa atau

sentuh dan deria penglihatan. Karya- karya seni seperti catan, lukisan, cetakan dapat

dilihat melalui penglihatan sahaja, manakala arca merupakan binaaan tiga dimensi

yang boleh dipandang dan disentuh permukaannya. Justeru, Aspresiasi seni secara

tindak langsung bertindak langsung melibatkan penggunaan laras bahasa untuk

berkomunikasi dengan orang lain untuk mengkritik sesuatu karya melaui apa yang

difikirkan dan rasa mengenai karya tersebut dan berkongsi dengan orang lain.

Justeru, pengetahuan seni serta perbendaharaan kata yang cukup mampu megkritik

sesebuah karya untuk dijadikan aspresiasi.

Page 4: md sani

2. Objektif Apresiasi

3. Barat

1. Claude Monet

Page 5: md sani

1. Biodata

Page 6: md sani

Claude Monet dilahirkan pada 14 November 1840 di Paris, Perancis. Beliau

merupakan anak kedua daripada pasangan Claude Adolphe Monet dan Louise

Justine Aubrée Monet. Bapanya, Adolphe Monet, adalah pekedai runcit. Pada tahun

1845 keluarga berpindah ke Le Havre, Perancis, di mana bapa dan bapa saudara

Monet menjalankan perniagaan yang menjual bekalan bagi kapal-kapal.

 Pada masa dia 15 Monet telah menjadi popular sebagai karikatur (orang yang

membuat potret). Melalui pameran lukisan di kedai kerangka tempatan pada tahun

1858, Monet bertemu Eugène Boudin, pelukis landskap yang menjadi pengaruh

besar ke atas artis muda. Boudin memperkenalkan Monet lukisan luar, aktiviti yang

akan menjadi kerja hidupnya.

Oleh 1859 Monet telah ditentukan untuk mengejar kerjaya seni. Beliau bekerja

di Suisse Académie percuma di Paris, dan dia sering Martyrs Brasserie des, tempat

berkumpul untuk Gustave Courbet (1819-1877) dan lain-lain pelukis Perancis 1850-

an.

Seperti William Seitz menulis, "Monet landskap dicat pada Argenteuil antara

1872 dan 1877 adalah kerja-kerja beliau yang paling terkenal, yang paling popular,

dan ia adalah semasa tahun-tahun yang impresionisme paling rapat mendekati gaya

kumpulan." Monet dipamerkan secara tetap di persembahan kumpulan impresionis,

yang pertama yang berlaku pada 1874. 

Pada masa itu, Jejak lukisan: Sunrise (1872) diilhamkan pengkritik akhbar

untuk memanggil semua artis "Impressionis," dan nama yang terperangkap. Monet

dan yang Impressionis mendapati bahawa walau bayang-bayang gelap dan hari

gloomiest mengandungi pelbagai warna. Walau bagaimanapun, Monet dapat tahu

dia terpaksa mengecat dengan cepat dan menggunakan brushstrokes pendek yang

dimuatkan dengan warna individu.

Semasa 1880-an Impressionis mula hanyut selain, walaupun ahli-ahli individu

terus untuk melihat satu sama lain dan kadang-kadang bekerjasama. Monet secara

beransur-ansur mendapat kritikal dan kewangan (yang berkaitan dengan wang)

Page 7: md sani

kejayaan pada lewat 1880-an dan 1890-an. Ini adalah disebabkan terutamanya oleh

usaha Durand-Ruel, yang menaja pameran satu orang kerja Monet seawal tahun

1883 dan yang, pada tahun 1886, juga menganjurkan yang besar-besaran kumpulan

menunjukkan impresionis 1 untuk mengambil tempat di Amerika Syarikat.

Page 8: md sani

2. Karya

Karya: Claude Monet

Tajuk : Bangau Oh Bangau

Tahun : 1872

Alat/media : Cat Minyak

Saiz: 18-7/8x 24-3/4 inci

Lokasi: Musee Marmottan di Paris

Aliran: Impressionism

Page 9: md sani

3. Aspresiasi

Karya ini dilukis oleh Claude Monet yang bertajuk “Sunrise” yang dihasilkan

pada tahun 1872. Pengkarya menggunakan media cat minyak di atas kanvas dalam

penghasilan karya ini. Unsur karya dalam penghasilan karya ini dapat dilihat apabila

beliau mengaplikasi warna yang harmoni untuk menimbulkan suasana pada waktu

matahari terbit dengan banyak menggunakan warna asas seperti merah dan kuning

pada cahaya matahari, manakala biru dan putih terdapat pada langit dan permukaan

air.

Pengkarya menjadikan matahari sebagai fokus utama dalam karya ini. Karya

ini dilakukan secara spontan kerana pengkarya merupakan aliran impressionis.

Pencahayaan merupakan aset yang terpenting dalam karya ini. Pengkarya berjaya

meletakkan kesan cahaya dan bayang dengan tepat. Cahaya datang dari atas aitu

matahari yang memeberi kesan bayang yang jatuh pada permukaan air.

Manakala dari segi komposisi ialah dari segi ruang hadapan, ruang depan dan

ruang belakang. Secara keseluruhan komposisi karya ini adalah seimbangdi mana

walaupun ianya tidak berkeseimbangan simetri, tetapi reka letak yang tepat dengan

mengaplikasikan aspek pemberatan pada karya telah membuatkan karya lebih

kelihatan seimbang. Susunan dan reka letak objek –objek berjaya menimbulkan

kesan ruang ilusi yang baik. Manakala daripada segi perincian, pengkarya berjaya

menonjolkan sifat jalinan pada permukaan air. Susunan dan reka letak objek –objek

berjaya menimbulkan kesan ruang ilusi yang baik.

Hal benda yang terdapat dalam karya ini ialah objek buatan manusia seperti

sampan, manakala objek alam ialah matahari yang terbit. Karya ini kelihatan lebih

abstrak dalam karya ini. Seterusnya, unsur kontra juga diketengahkan dalam karya

ini melalui matahari yang dijadikan lebih menonjol dengan pemilihan warna yang

lebih kontra berbanding dengan latar belakang yang menggunakan warna yang lebih

lembut dan tenang.

Teknik garisan yang digunakan oleh pengkarya ini terdapat dalam pelbagai

cara. Antaranyam garisan lurusm garisan putus-putus dan garisan melengkung.

Page 10: md sani

Oleh yang demikian, pengkarya juga menggunakan prinsip rekaan iaitu unsur

kepelbagaian dari segi garisan pada permukaan air serta langit untuk menunjukan

berlakunya pergerakan. Di samping itu, kepelbagaian dari segi warna mewujudkan

gabungan pelbagai warna seperti kesan bayang- bayang pada permukaan air.

Dari segi gaya atau teknik catan ini banyak menggunakan sapuan berus yang

agresif dan spontan sebagai tanda luahan perasaan yang dialami sewaktu itu. Aspek

nilai yang ingin disampaikan dalam karya ini ialah kegigihan masyarakat yang

berkerja sebagai nelayan untuk mencari rezeki walaupun pada awal pagi.

Kesimpulannya, mesej yang ingin disampaikan oleh pengkarya ialah dia berasa

teruja dengan pekerjaan dan suasana pada masa itu memberikanya perasaan

ketenangan dan secara sepontan menghasilkan karya ini.

Page 11: md sani

4. Tempatan

1. Md Sani Md Dom

Page 12: md sani

1. Biodata

Md Sani Md. Dom dilahirkan pada tahun 1944. Pak Sani merupakan seorang pelukis

'realist', jadi lukisannya memang memaparkan apa-apa yang ditangkap pandangan

mata. Tiada unsur abstrak. Beliau juga seorang pelukis 'self-tought'. Kebanyakan

lukisannya menggambarkan latar belakang kampung, rumah, air - sungai serta

kehidupan laut.

Pak Sani berlangsung kerana saya tahu pengiktirafan dan sanjungan yang

masyarakat kita berikan untuk insan-insan seni seperti ini tidak sama seperti apa

yang mereka boleh perolehi seperti di negara-negara barat misalnya. Beliau seorang

yang gigih berusaha dantidak pernah patah hati untuk berkarya tanpa mengirakan

ganjaran kemahsyuran. Ketahanan dan jati diri Pak Sani jelas terserlah melalui

penghasilan karyanya sehingga sekarang.

Merupakan ahli Pertubuhan Warna Air Malaysia. Beliau juga telah menyertai

pameran berkumpulan sejak 1963, beliau telah menyertai pelbagai pameran di Balai

Seni Lukis Negara, Persatuan artis dan Pertubuhan Watercolour Malaysia,

kesemuanya di dalam dan luar negara.

Pameran solo

1997 : Malaysia

2002 : Malaysia

Anugerah

1982: Dunlop Industries, Kuala Lumpur

1994: HSBC Bank, Kuala Lumpur

Page 13: md sani

1995: Public Bank , Kuala Lumpur

2. Karya

Karya: Md Sani Md Dom

Tajuk : Bangau Oh Bangau

Tahun : 2007

Alat/media : watercolour

Saiz: 38 cm x 57cm

Page 14: md sani

3. Aspresiasi

Karya ini dilukis oleh Md sani Md Dom yang bertajuk “Bangau Oh Bangau”

yang dihasilkan pada tahun 2007. Lukisan ini menggunakan media cat air dalam

penghasilannya. Gaya lukisan yang digunakan oleh beliau dalam catan ini ialah

kesan warna lut sinar dan harmoni, serta kaya dengan pelbagai jalinan.

Lukisan ini banyak menggunakan teknik sapuan berus yang lembut untuk

menimbulkan elemen- elemen pencahayaan. Unsur karya dalam penghasilan karya

ini. Ini dapat dilihat apabila dia mengaplikasikan warna harmoni yang menimbulkan

suasana yang menarik serta gambaran tersebut dalam jarak jauh dengan warna

harmoni yang diliputi dengan suasana siang hari seperti warna putih dan biru pada

langit dalam karya tersebut.

Melihat dari segi benda, karya ini menampilkan gubahan objek butan manusia

seperti rumah. Manakala objek bukan buatan manusia seperti pokok, kelapa,

bangau, kerbau dan langit. Setiap objek ditampilkan secara realistik.

Susunan dan reka letak objek-objek seperti kedudukan kerbau, bangau dan

rumah berjaya menimbulkan kesan ruang ilusi yang baik dengan memberikan

gambaran suasana kampung. Ini dapat dilihat apabila dapat menimbulkan kesan

ruang iaitu ruang hadapan dan belakang. Dalam karya ini ruang belakang dapat

dibuktikan dengan saiz dan warna rumah yang lebih kelihatan lebih gelap berbanding

objek di hadapannya. Manakala warna cerah menunjukkan ruang hadapan dan

menonjolkan sinaran cahaya matahari. Dengan penggunaan warna sejuk dapat

menghasilkan suasana yang aman dan nyaman.

Seterusnya jalinan tampak dapat dilihat dalam bentuk dua dimensi dalam

karya Md. Sani Md. Dom. Sebagai contoh, jalinan pada pokok-pokok kelapa

Page 15: md sani

menghasilkan karya lebih menarik, menonjol serta secara tidak langsung dapat

menimbuklan kesan pergerakan pada awan-awan di langit dalam unsur seni.

Imbangan tidak simetri seperti pokok yang terdapat dalam karya ini dapat

dilihat apabila kedudukan batang pokok kelihatan condong di sebelah sisi. Bahkan

karya ini juga berjaya menimbulkan unsur irama dan pergerakan. Ini dapat dilihat

apabila daun-daun pokok kelihatan bergerak ditiup angin. Oleh yang demikian,

pengkarya berjaya menunjukkan karya ini dalam seni tampak dua dimensi.

Manakala, unsur kontra dikentengahkan dalam karya ini dalam perbezaan

warna putih uintuk menaikkan objek. Ini dapat dilihat apabila pengkarya mewujudkan

sekumpulan burung bangau yang berwarna putih dengan sekumpulan kerbau yang

berwarna lebih gelap.

Pengkarya juga menggunakan salah satu prinsip rekaan dalam karya ini iaitu

unsur kepelbagaian dari segi warna yang dapat mewujudkan gabungan pelbagai

warna seperti di kawasan sawah padil selain daripada kepelbagaian warna, dalam

karya ini juga mempunyai kepelbagaian dari bentuk, garisan dan ruang.

Aspek nilai yang terdapat dalam karya ini reka bentuk rumah tradisional yang

memaparkan ciri masyarakat setempat justeru ia mencerminkan budaya temapatan.

Secara keseluruhan, mesej yang ingin disampaikan oleh Md. Sani Md. Dom

kepada kita ialah tentang keindahan alam yang telah beliau terokai. Beliau

merasakan amat selesa dan tenang dengan suasana kampung pada masa itu

memberikannya perasaan ketenangan dalam kecantikan suasana tersebut.

Page 16: md sani

5. Refleksi

Berdasarkan tugasan yang diberi pada, saya dapat mendalami dan

memahami sesebuah karya mempunyai nilai yang tersendiri. Justeru ini mengajar

saya agar menghargai sesebuah karya dengan memahami apa yang cuba

pengkarya ingin sampaikan melalui karyanya. Sesebuah karya sebenarnya

mempunyai maksud yang mendalam yang ingin disampaikan kepada kita walaupun

pada pandangan kita karya itu kurang menarik. Apa yang saya dapat daripada

penilaian sesebuah karya ialah dengan memahami nilai ataupun tema sesebuah

catan itu yang mengandungi nilai- nilai murni di dalamnya.

Justeru, kita hendaklah mendalami karya- karya ini dengan lebih mendalam

agar dapat mendekati dan menghayati sesebuah karya dengan lebih mendalam.

Setiap objek yang cuba dikentengahkan oleh pengkarya mempuyai maksud yang

tertu yang ingin disampaikan kepada kita. Oleh yang demikian, setiap karya

mempunyai nilai- nilai yang tertentu untuk kita jadikan panduan.

Akhir, sesungguhnya sejarah catan banyak konsep baru yang dibawa oleh

mereka ke dalam perkembangan catan di Malaysia. Justeru, marilah kita bersama –

sama mendalami dan memahami perkembangan seni dengan menghargai usaha

yang telah dibawa oleh tokoh – tokoh seni.

Page 17: md sani

6. Rujukan

Auricchio, L. (2004, October). The Metropolitan Museum Of Art. Didapatkan Mac 15,

2012, daripada Claude Monet (1840–1926):

http://www.metmuseum.org/toah/hd/cmon/hd_cmon.htm

Claude Monet Biography. (t.t). Didapatkan Mac 5, 2012, daripada Encylopedia of

World Biography: http://www.notablebiographies.com/Ma-Mo/Monet-

Claude.html#b

Claude Monets's Impressionism Sunrise. (t.t). Didapatkan Mac 5, 2012, daripada

Colour Vision & Art: http://www.webexhibits.org/colorart/monet.html

Hamid, M. j. (2008). Apresiasi & Kritikan Seni Visual. Selangor: Universiti

Pendidikan Sultan Idris.

Mahamood, M. (2007). Modern Malaysian Art. Kuala Lumpur: Utusan Publications &

Distributors Sdn. Bhd.

Mamat, M. M. (2009). Masteri Memori Melalui Peta Minda, Pendidikan Seni Visual

Kertas 1, SPM. Selangor: PNI Neuron (M) Sdn. Bhd.

Negara, B. S. (2011, Disember 2011). Pameran Md Sani Md Dom. Didapatkan Mac

6, 2012, daripada Balai Seni Lukis Negara:

http://www.artgallery.gov.my/web/guest/msmd

NN Gallery. (t.t). Didapatkan Mac 5, 2012, daripada

http://www.nngallery.com.my/cof/87/

Page 18: md sani

Wikipedia. (t.t). Didapatkan Mac 5, 2012, daripada Claude Monet:

http://en.wikipedia.org/wiki/Claude_Monet

Isi Kandungan

1 Surat Akuan

Penghargaan

2 Pengenalan

2.1 Apresiasi Seni .

2.2 Objektif Apresiasi

3 Barat

3.1 Claude Monet

3.1.1 Biodata

3.1.2 Karya

3.1.3 Aspresiasi

4 Tempatan

4.1 Md Sani Md Dom

4.1.1 Biodata

4.1.2 Karya

4.1.3 Aspresiasi

5 Refleksi

6 Rujukan

Page 19: md sani

7 Lampiran

Page 20: md sani

7. Lampiran