Melabelkan seorang kanak

download Melabelkan seorang kanak

of 3

Transcript of Melabelkan seorang kanak

  • 7/28/2019 Melabelkan seorang kanak

    1/3

    Melabelkan seorang kanak-kanak itu mengikut kecacatannya adalah sesuatu tindakan yang boleh membawa

    kesan negatif dalam masa yang panjang. Tetapi dalam keadaan sekarang, memberi label amat perlu supaya

    jenis-jenis perkhidmatan yang sesuai dan tepat dapat.

    Setiap kanak-kanak adalah istimewa dan mereka mempunyai kekuatan dan kelemahan dalam diri mereka. Kita

    sebagai guru atau ibu bapa atau sesiapa sahaja jangan sekali-kali mengatakan atau melabelkan seseorang

    kanak-kanak yang kita rasa tidak sempurna atau ada kelainan sebagai kanak-kanak cacat atau terencat

    akal atau apa sahaja yang membawa maksud cacat. Boleh menyebabkan mereka berasa rendah diri dan

    malu. Orang yang berhak menentukan seseorang itu cacat atau tidak adalah doktor yang pakar di dalam

    bidang mereka, Apabila kita ketemu kanak-kanak yang bercirikan kecacatan ini, hendaklah dipastikan

    dahulu adakah dia mempunyai rekod perubatan yang menyatakan mereka itu cacat. Sekiranya tiada, kita

    sebaiknya laporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Jabatan inilah yang akan bertanggung jawab

    sama ada hendak di bawa ke hospital atau tidak. Kita tidak ada hak untuk membawa mereka ke hospital

    selain daripada ibu bapa atau penjaga atau mendapat keizinan daripada meraka.

    Bagi mengatasi masalah pelabelan pula, pihak sekolah terutama guru hendaklah sentiasa menekankan betapa

    pentingnya sifat menghormati golongan kurang upaya. Justeru itu pelabelan terhadap golongan minoriti ini

    boleh dikurangkan. Masyarakat komuniti di sekolah juga perlu disedarkan akan kepentingan menghargai dan

    memandang sama rata terhadap kanak-kanak berkeperluan khas ini. Jadi guru di sekolah hendaklah sentiasa

    menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan murid-murid normal.

    melabel kanak-kanak berkeperluan khas sebagai kanak-kanak cacat boleh mewujukan jurang sosial antara

    kanak-kanak normal dengan khas.

    Kanak-kanak keperluan khas memerlukan perhatian, penjagaan yang khusus dan sentiasa menuntut kasih

    sayang, perhatian dan kesabaran serta komitmen guru yang sangat tinggi.

    Kategori Kanak-kanak keperlaun khas

    i. Masalah kecacatan fizikal

    ii. Masalah penglihatan

    iii. Masalah pendengaran

    iv. Masalah pertuturan

    v. Masalah pembelajaran

    vi. Masalah tingkahlaku

  • 7/28/2019 Melabelkan seorang kanak

    2/3

    vii. Lembab ( slow learner)

    viii. Terencat akal ringan

    ix. Autisme

    x. Pintar cerdas

    xi. Sindrom Down

    xii. Attention Defict / Hyperactivity disorder ADD/ADHD

    xiii. Disleksia

    Memang benar, pakar perubatan merupakan kumpulan profesional yang memainkan peranan penting dalam

    pelaksanaan pendidikan khas. Klasifikasi kanak-kanak berkeperluan khas dilakukan oleh ahli perubatan

    berasaskan ciri-ciri perubatan. Pengesahan sama ada kanak-kanak perlu belajar di sekolah biasa atau sekolah

    khas dilakukan oleh ahli perubatan.

    Justeru itu apabila disahkan oleh doktor, guru pendidikan khas diberi tanggungjawab untuk pendidikan yang

    bersesuaian sebaik mungkin dengan mengambil kira kecacatan yang ada pada kanak-kanak berkeperluan khas.

    Kanak-kanak yang mempunyai ciri-ciri yang boleh mengurus diri dan berkeupayaan boleh dididik seharusnya

    diterima untuk bersekolah sesuai dengan dasar pedemokrasian pendidikan dan pendidikan untuk semua.

  • 7/28/2019 Melabelkan seorang kanak

    3/3