MEMAHAMI MASALAH PENYESUAIAN TINGKAH LAKU LUARAN ...

12
410 MEMAHAMI MASALAH PENYESUAIAN TINGKAH LAKU LUARAN KANAK-KANAK DI DALAM KELAS Zanariah binti Mat Isa dan Kamarul Shukri bin Mat Teh PhD Universiti Sultan Zainal Abidin ABSTRAK Masalah penyesuaian tingkah laku luaran kanak-kanak merupakan satu fenomena sejagat yang berlaku di seluruh dunia. Fenomena ini telah menyaksikan minat yang besar dalam kalangan pengkaji untuk memahami masalah penyesuaian tingkah laku luaran kanak- kanak yang semakin kompleks mutakhir ini secara praktikal dan saintifik. Masalah penyesuaian tingkah laku luaran mempengaruhi tindak balas individu dan memberi kesan terhadap hubungan sosial, perkembangan emosi dan kognitif, personaliti, kesihatan mental dan fizikal, kemahiran literasi dan numerasi, kebolehan berbahasa, kesediaan belajar dan ke sekolah. Artikel ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal berkaitan masalah penyesuaian tingkah laku luaran kanak-kanak di tadika atau prasekolah. Perbincangan dimulakan dengan pendefinisian masalah penyesuaian tingkah laku luaran daripada beberapa orang penyelidik. Pengklasifikasian dalam masalah penyesuaian tingkah laku luaran oleh para penyelidik turut dibincangkan. Perbincangan tertumpu pada dua bentuk masalah penyesuaian tingkah laku luaran iaitu permusuhan-agresif dan hiperaktif. Secara tradisi masalah penyesuaian tingkah laku luaran kanak-kanak dikaitkan dengan faktor ibu bapa. Punca masalah penyesuaian tingkah laku luaran dalam perbincangan ini berasaskan Teori Dreikurs. Implikasi masalah penyesuaian tingkah laku luaran kepada kanak-kanak dan guru turut dibincangkan. Ilmu, kemahiran, komitmen dan kebijaksanaan guru sangat diperlukan untuk mengendalikan masalah tingkah laku kanak-kanak. Sehingga kini, penyelidikan berkaitan masalah penyesuaian tingkah laku luaran telah diintergrasikan dan diteroka dalam pelbagai aspek yang lebih kompleks seperti kognisi, biologikal, interaksi dengan konteks persekitaran serta perubahan dan keseinambungan dari semasa ke semasa merentasi sempadan masa, geografi dan budaya. Kata kunci: Masalah penyesuaian tingkah laku luaran, permusuhan-agresif, hiperaktif dan penglibatan ibu bapa PENGENALAN Konsep mengenai masalah penyesuaian tingkah laku luaran bukanlah suatu istilah yang baharu dan telah mendapat perhatian pengkaji di timur dan barat (Akgun & Mellier, 2015; Klein, Gonçalves & Silva, 2009; Gilliom & Shaw, 2004; Chen, Liu, Rubin, Li, Cen, & Li, 2003). Hal ini kerana terdapat kebimbangan yang semakin meningkat apabila didapati ramai kanak-kanak yang melangkah ke tahun satu belum “bersedia untuk belajar”. Kanak- kanak ini tidak mempunyai kemahiran untuk bertingkah laku dan enggan melibatkan diri secara aktif dalam konteks pembelajaran (Rimm-Kaufman, Pianta & Cox, 2000). Malah McClelland, Morrison. & Holmes (2000) dalam kajiannya mendapati hampir satu perempat daripada kanak-kanak di tadika mempunyai masalah penyesuaian tingkah laku luaran seperti tidak boleh duduk diam, ingkar arahan, dan bebas melakukan sesuatu ‘tanpa rasa terganggu’. Masalah ini turut diakui oleh Rimm-Kaufman et al. (2000) yang melaporkan hampir separuh daripada kanak-kanak di tadika menunjukkan kurang kemahiran mengawal selia tingkah laku, memberi tumpuan dan melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Contoh masalah penyesuaian tingkah

Transcript of MEMAHAMI MASALAH PENYESUAIAN TINGKAH LAKU LUARAN ...

Page 1: MEMAHAMI MASALAH PENYESUAIAN TINGKAH LAKU LUARAN ...

410

MEMAHAMI MASALAH PENYESUAIAN TINGKAH LAKU LUARAN

KANAK-KANAK DI DALAM KELAS

Zanariah binti Mat Isa dan Kamarul Shukri bin Mat Teh PhD

Universiti Sultan Zainal Abidin

ABSTRAK

Masalah penyesuaian tingkah laku luaran kanak-kanak merupakan satu fenomena sejagat

yang berlaku di seluruh dunia. Fenomena ini telah menyaksikan minat yang besar dalam

kalangan pengkaji untuk memahami masalah penyesuaian tingkah laku luaran kanak-

kanak yang semakin kompleks mutakhir ini secara praktikal dan saintifik. Masalah

penyesuaian tingkah laku luaran mempengaruhi tindak balas individu dan memberi kesan

terhadap hubungan sosial, perkembangan emosi dan kognitif, personaliti, kesihatan mental

dan fizikal, kemahiran literasi dan numerasi, kebolehan berbahasa, kesediaan belajar dan

ke sekolah. Artikel ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal berkaitan masalah

penyesuaian tingkah laku luaran kanak-kanak di tadika atau prasekolah. Perbincangan

dimulakan dengan pendefinisian masalah penyesuaian tingkah laku luaran daripada

beberapa orang penyelidik. Pengklasifikasian dalam masalah penyesuaian tingkah laku

luaran oleh para penyelidik turut dibincangkan. Perbincangan tertumpu pada dua bentuk

masalah penyesuaian tingkah laku luaran iaitu permusuhan-agresif dan hiperaktif. Secara

tradisi masalah penyesuaian tingkah laku luaran kanak-kanak dikaitkan dengan faktor ibu

bapa. Punca masalah penyesuaian tingkah laku luaran dalam perbincangan ini berasaskan

Teori Dreikurs. Implikasi masalah penyesuaian tingkah laku luaran kepada kanak-kanak

dan guru turut dibincangkan. Ilmu, kemahiran, komitmen dan kebijaksanaan guru sangat

diperlukan untuk mengendalikan masalah tingkah laku kanak-kanak. Sehingga kini,

penyelidikan berkaitan masalah penyesuaian tingkah laku luaran telah diintergrasikan dan

diteroka dalam pelbagai aspek yang lebih kompleks seperti kognisi, biologikal, interaksi

dengan konteks persekitaran serta perubahan dan keseinambungan dari semasa ke semasa

merentasi sempadan masa, geografi dan budaya.

Kata kunci: Masalah penyesuaian tingkah laku luaran, permusuhan-agresif, hiperaktif dan

penglibatan ibu bapa

PENGENALAN

Konsep mengenai masalah penyesuaian tingkah laku luaran bukanlah suatu istilah yang

baharu dan telah mendapat perhatian pengkaji di timur dan barat (Akgun & Mellier, 2015;

Klein, Gonçalves & Silva, 2009; Gilliom & Shaw, 2004; Chen, Liu, Rubin, Li, Cen, & Li,

2003). Hal ini kerana terdapat kebimbangan yang semakin meningkat apabila didapati

ramai kanak-kanak yang melangkah ke tahun satu belum “bersedia untuk belajar”. Kanak-

kanak ini tidak mempunyai kemahiran untuk bertingkah laku dan enggan melibatkan diri

secara aktif dalam konteks pembelajaran (Rimm-Kaufman, Pianta & Cox, 2000). Malah

McClelland, Morrison. & Holmes (2000) dalam kajiannya mendapati hampir satu

perempat daripada kanak-kanak di tadika mempunyai masalah penyesuaian tingkah laku

luaran seperti tidak boleh duduk diam, ingkar arahan, dan bebas melakukan sesuatu ‘tanpa

rasa terganggu’. Masalah ini turut diakui oleh Rimm-Kaufman et al. (2000) yang

melaporkan hampir separuh daripada kanak-kanak di tadika menunjukkan kurang

kemahiran mengawal selia tingkah laku, memberi tumpuan dan melibatkan diri dalam

aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Contoh masalah penyesuaian tingkah

Page 2: MEMAHAMI MASALAH PENYESUAIAN TINGKAH LAKU LUARAN ...

411

laku luaran yang sering berlaku di dalam bilik darjah ialah terlampau aktif, lasak, tidak

boleh duduk diam di tempat duduk sendiri, daya tumpuan yang singkat, menjerit suka

hati, berlari mengelilingi bilik darjah, mengganggu rakan, memukul, berkelahi atau

bergaduh, tidak menghiraukan arahan guru, suka membangkang, mencuri, merosakkan

harta benda ‘vandalisme’, berbohong dan sering marah-marah (Klein et al., 2009; Raver,

Jones, Li-Grining, Metzger, Champion, & Sardin 2008; McClelland et al., 2000; Margetts,

2005).

DEFINISI

Pelbagai definisi masalah tingkah laku luaran telah diberikan oleh para pengkaji. Antara

definisi awal ialah masalah tingkah laku luaran mempunyai ciri-ciri di luar kawalan, di

bawah pengaruh emosi, wujud masalah dengan hubungan interpersonal dan melanggar

peraturan serta memaparkan sikap cepat marah dan agresif (Achenbach & Edelbrock,

1978). Salah satu definisi umum yang mudah, ringkas dan sering dirujuk oleh pengkaji pula

ialah kegagalan mematuhi peraturan tingkah laku (Klein et al., 2009). Definisi ini

kemudiannya dikembangkan oleh Eisenberg, Valiente, Spinrad, Cumberland, Liew &

Losoya (2009) yang merumuskan masalah penyesuaian tingkah laku luaran merujuk

kepada suatu kumpulan masalah tingkah laku yang dipamerkan oleh kanak-kanak dan

mencerminkan kenegatifan terhadap persekitaran. Walau bagaimana pun berdasarkan

definisi yang berikan oleh (American Psychiatric Association (APA), 2010), sesuatu

tingkah laku itu juga dikatakan bermasalah apabila kelakuan negatif tersebut dilakukan

secara berterusan dan mengakibatkan kemerosotan dalam pelbagai fungsi serta

memerlukan campur tangan golongan dewasa (APA, 2010). Sementara itu, Erin O’Connor,

Rodriguez, Cappella, Morris, & McClowry, (2012) telah mengupas definisi ini dari aspek

luaran dan dalaman individu iaitu sebagai tindak balas fizikal, mental atau emosi terhadap

peristiwa atau rangsangan yang menyebabkan anggota badan atau mental mengalami

ketegangan dan terdorong melakukan masalah tingkah laku. Terminologi ini terus

berkembang dengan kemunculan istilah masalah penyesuaian tingkah laku kanak-kanak

oleh Yoleri (2014). Antara lain, istilah ini merujuk kepada kanak-kanak sama ada dapat

menyesuaikan diri dengan perubahan dalam rutin atau persekitaran baharu dengan mudah

atau menentang peralihan (Yoleri, 2014).

PENGKLASIFIKASIAN DALAM MASALAH PENYESUAIAN TINGKAH LAKU

LUARAN

Masalah penyesuaian tingkah laku luaran dalam kalangan kanak-kanak dilaporkan tidak

pernah berakhir dan diramal masalah ini berterusan dalam kehidupan kemudian hari

(Broidy, Nagin, Tremblay, Bates, Brame, Dodge, et al., 2003). Justeru, masalah

penyesuaian tingkah laku luaran perlu dinilai, dikenal pasti dan difahami jenis serta

puncanya. Pengesanan dan intervensi awal penting dapat mengurangkan tahap masalah

tingkah laku dan kos sosial yang tinggi (McMahon & Frick, 2005).

Masalah penyesuaian tingkah laku luaran boleh dikesan simptomnya seawal usia dua

tahun (Shaw, Gilliom, & Giovannelli, 2000). Antara bentuk masalah penyesuaian tingkah

laku luaran kanak-kanak yang telah dikenal pasti oleh pengkaji terdahulu membabitkan

pelaku kanak-kanak ialah hiperaktif, permusuhan, ingkar arahan, membangkang dan

merosakkan (Hinshaw, 1987; APA, 2010). Perlakuan-perlakuan ini diklasifikasikan

sebagai masalah tingkah laku luaran bentuk awal dan berlaku secara interpersonal.

Masalah tingkah laku luaran kanak-kanak seperti membangkang dan ingkar arahan pula

Page 3: MEMAHAMI MASALAH PENYESUAIAN TINGKAH LAKU LUARAN ...

412

biasanya ditujukan kepada ibu bapa dan guru (Campbell, 1995). Sesuatu yang perlu

dibimbangi oleh ibu bapa dan juga guru apabila kanak-kanak mempamerkan tingkah laku

yang diklasifikasikan sebagai agresif dan delinkuen. Hal ini kerana, Hinshaw (1987)

berpandangan dua bentuk masalah tingkah laku luaran yang lebih serius ialah agresif dan

delinkuen. Kebiasaannya pelaku membabitkan remaja.

Terdapat juga kanak-kanak yang melakukan tingkah laku agresif dan merosakkan, sebagai

‘jalan penyelesaian’ apabila berlaku konflik dengan rakan sebaya. Kajian juga mendapati

tingkah laku agresif dan merosakkan ini semakin berkurangan dari zaman kanak-kanak

hingga ke tahun-tahun berikutnya seiring dengan perkembangan dan kebolehan kognitif

serta kemahiran mengawal emosi (Miner & Clarke, 2008). Walau bagaimanapun terdapat

kajian jangka panjang mendapati, 5% hingga 7% kanak-kanak yang bersikap permusuhan-

agresif terus terbawa-bawa tingkah laku tidak sabar, melanggar peraturan dan cepat marah

hingga remaja (Fanti & Henrich, 2010).

Dua bentuk masalah tingkah laku luaran yang telah diberi fokus dalam perbincangan ini

iaitu permusuhan-agresif dan hiperaktif.

Permusuhan-Agresif

Secara umumnya, permusuhan-agresif adalah salah satu komponen masalah penyesuaian

tingkah laku luaran; berbentuk fizikal atau tingkah laku lisan yang membahayakan atau

mengancam untuk mencederakan orang lain, termasuk kanak-kanak, orang dewasa, dan

haiwan (APA, 2010). Veenstra, Lindenberg, Oldehinkel, De Winter, Verhulst, & Ormel

(2005) pula mengaitkan definisi agresif dengan merujuk kepada mangsa iaitu tingkah laku

kanak-kanak yang sering menyerang dan menghina kanak-kanak lain yang agak lemah di

sekolah. Kerr, Lunkenheimer & Olson (2007) pula menjelaskan ciri-ciri kanak-kanak

agresif secara lebih terperinci iaitu: tidak menghormati autoriti ibu bapa dan berasa seronok

apabila bertikam lidah atau tidak sependapat dengan ibu bapa dan akan memastikan dirinya

sentiasa menang dalam perbalahan tersebut. Tingkah laku permusuhan seringkali dilihat

sebagai tingkah laku yang melanggar peraturan atau norma yang telah ditetapkan (Justicia,

Benitez, Pichardo, Fernandez, Garcia & Fernandez, 2006).

Ferris dan Grisso (1996) pula mengaitkan tujuan kanak-kanak bersikap permusuhan-agresif

sebagai salah satu cara untuk penyesuaian, perlindungan diri atau merosakkan diri dan

orang lain. Selain itu, kanak-kanak yang bertingkah laku permusuhan-agresif akan

meluahkan perasaan marah apabila keinginan tidak dipenuhi atau berlaku ketidakadilan

mengikut penilaian mereka sendiri. Setiap bentuk tindakan yang dipamerkan mempunyai

agenda tersendiri. Kanak-kanak yang bertingkah laku permusuhan-agresif juga didapati

tidak tetap pendirian (McClelland et al., 2007).

Jacob (2002) pula berpendapat bahawa tingkah laku permusuhan merupakan perbuatan

yang menimbulkan gangguan. Tingkah laku ini dapat dilihat dalam dua bentuk iaitu

permusuhan secara secara nyata atau tersembunyi. Tingkah laku permusuhan secara nyata

melibatkan tingkah laku agresif terhadap adik-beradik, rakan sebaya, ibu bapa, guru atau

orang dewasa seperti penggunaan verbal dan fizikal seperti membuli dan memukul.

Tingkah laku permusuhan secara tersembunyi pula melibatkan tingkah laku agresif

terhadap harta benda seperti mencuri, merosakkan atau membakar harta benda awam.

Secara umumnya, masalah tingkah laku permusuhan-agresif lebih kerap berlaku dalam

kalangan kanak-kanak lelaki berbanding perempuan. Bentuk, sasaran dan konteks

perlakuan permusuhan-agresif kanak-kanak lelaki dengan perempuan juga berbeza.

Page 4: MEMAHAMI MASALAH PENYESUAIAN TINGKAH LAKU LUARAN ...

413

Kanak-kanak lelaki terlibat dalam masalah tingkah laku permusuhan-agresif berbentuk

keganasan fizikal. Kanak-kanak perempuan pula lebih cenderung untuk mempamerkan

tingkah laku permusuhan-agresif berbentuk tindakan memboikot rakan daripada

kumpulan sosial mereka dan memfitnah (Hadley, 2003).

Kesimpulannya wujud pelbagai bentuk dan tujuan tingkah laku permusuhan-agresif

dalam kalangan kanak-kanak lelaki dan perempuan. Individu yang hampir dalam

persekitaran kanak-kanak seperti ibu bapa dan guru boleh mengesan masalah ini seawal

usia tiga atau empat tahun

Hiperaktif

Hiperaktif merupakan salah satu daripada masalah tingkah laku yang sering terjadi dalam

kalangan kanak-kanak (APA, 2010). Tingkah laku hiperaktif ini juga menunjukkan tidak

konsisten dengan tahap perkembangan kanak-kanak. Istilah ini paling mengelirukan kerana

merujuk kepada dua masalah iaitu melibatkan lebihan dalam aktiviti fizikal dan kurang

penumpuan (Hinshaw, 1987). The Royal Australasian College of Physicians (TRACOP)

(2009), menjelaskan kanak-kanak yang hiperaktif tidak boleh memberi tumpuan, dan

simptom ini berterusan melanda sekurang-kurangnya selama enam bulan. Ramai orang

yang berpandangan hiperaktif merupakan salah satu penyakit tingkah laku yang hanya

berlaku pada zaman kanak-kanak. Hakikatnya masalah tingkah laku ini boleh berlarutan

hingga zaman remaja dan dewasa (TRACOP, 2009). Namun, kebiasaannya masalah ini

semakin berkurangan seiring dengan peningkatan umur. Sekiranya masalah ini berlarutan,

salah satu puncanya berkemungkinan terdapat kerosakan pada otak kanak-kanak tersebut

(TRACOP, 2009). Kanak-kanak hiperaktif juga mempunyai satu atau lebih berkaitan

masalah tingkah laku seperti kesukaran belajar dan sentiasa dalam keresahan kerana tidak

boleh duduk diam. Tahap, kekerapan dan gejala simptom hiperaktif kanak-kanak juga

berbeza antara satu dengan lain (APA, 2010; TRACOP, 2009).

Kanak-kanak yang hiperaktif adalah lebih aktif daripada biasa, agresif, bertindak tanpa

berfikir, menurut gerak hati, daya tumpuan yang singkat, tidak boleh memberi perhatian

terhadap sesuatu perkara dalam jangka masa yang lama (APA, 2010; Aycan, 2005). Salah

satu petunjuk mudah untuk mengenal pasti keseriusan perlakuan hiperaktif ini ialah

memastikan keaktifan kanak-kanak tersebut sama ada hingga ke tahap mengganggu

kefungsian kanak-kanak di sekolah, rumah atau ketika bersosial atau pun tidak (Taylor,

1998). Hiperaktif juga lebih kerap melanda kanak-kanak lelaki berbanding perempuan

(APA, 2010). Hal ini turut dibuktikan menerusi kajian oleh Aycan (2005) yang mendapati

tiga hingga lima peratus kanak-kanak sekolah mengalami masalah tingkah laku hiperaktif

dan seringkali berlaku kepada kanak-kanak lelaki.

APA (2010) telah membahagikan simptom hiperaktif kepada dua kategori iaitu tidak

menumpukan perhatian sepenuhnya (inattentive behaviors) dan hiperaktif. Kanak-kanak di

diagnosis sebagai hiperaktif jika dalam tempoh enam bulan lepas atau lebih, mereka telah

menunjukkan enam atau lebih tanda-tanda sama ada (a) tingkah laku yang tidak memberi

perhatian sepenuhnya atau (b) tingkah laku hiperaktif atau impulsif. Ciri-ciri menunjukkan

tidak menumpukan perhatian sepenuhnya ialah:

i. sering tidak memberi perhatian dan kesannya membuat kesilapan dan cuai

dalam

menyiapkan kerja sekolah atau aktiviti-aktiviti lain

ii. kerap mempunyai masalah untuk fokus dalam sebarang tugasan atau aktiviti

iii. sering bersikap seolah-olah tidak mendengar

Page 5: MEMAHAMI MASALAH PENYESUAIAN TINGKAH LAKU LUARAN ...

414

iv. sering tidak mengikut arahan dan tidak menyelesaikan tugas-tugas

v. sering mempunyai kesukaran menyusun atur tugasan yang diberi

vi. biasanya tidak suka untuk melakukan tugas-tugas yang memerlukan pemikiran

berterusan

vii. kerap hilang barang

viii. mudah terganggu

ix. sering lupa

PUNCA MASALAH PENYESUAIAN TINGKAH LAKU MENURUT TEORI

DREUIKERS

Masalah tingkah laku tidak berlaku secara tiba-tiba. Menurut Dreikurs (1964) di dalam

bukunya Children the Challenge menjelaskan setiap tingkah laku kanak-kanak di dorong

oleh keperluan serta harapan mereka untuk rasa dimiliki dan banyak kelakuan terarah untuk

mencari tempat dalam dunia sosial. Bagi kanak-kanak yang telah ‘hilang harapan’ mereka

perlu diberi galakan oleh guru.

Seterusnya Dreikurs (1964) berpendapat kanak-kanak yang melakukan masalah

penyesuaian tingkah laku berpunca daripada salah anggapan, bahawa mereka akan

mendapat status sosial dengan berkelakuan demikian. Perlakuan kanak-kanak dibahagikan

kepada empat tujuan iaitu:

a. mendapatkan perhatian – mereka akan kerap bertanya, atau bertanya soalan yang

tidak relevan, sentiasa memerlukan bantuan melengkapkan tugasan, enggan

bekerjasama kecuali apabila guru menghampirinya.

b. memperoleh kuasa – kanak-kanak beranggapan dengan tindakan seperti berhujah,

berbohong, mempamerkan sikap permusuhan, menentang orang dewasa adalah

satu-satunya cara untuk memenuhi kehendak mereka.

c. menyakiti orang lain atau membalas dendam - mereka membalas dendam dan

menetapkan diri mereka untuk menjatuhkan hukuman. Kanak-kanak berasa puas dan

gembira dengan mencederakan, menggigit atau menyakiti orang lain. Mereka bersifat

kejam dan ganas. Mereka berasa tidak bernilai dan disayangi.

d. memaparkan ketidakcukupan – mereka tidak mahu untuk mencuba. Mereka enggan

untuk bertindak balas terhadap motivasi, pasif dan enggan mengambil bahagian dalam

aktiviti bilik darjah.

Tujuan dan bentuk masalah tingkah laku berdasarkan teori Dreikurs dapat dirumuskan

seperti dalam Jadual 1.

Jadual 1 Tujuan dan bentuk perlakuan

TUJUAN BENTUK PERLAKUAN

Mendapatkan perhatian i. Kerap bertanya, atau bertanya soalan yang

tidak relevan

ii. Sentiasa meminta dan memerlukan bantuan

daripada guru untuk melengkapkan tugasan

iii. Enggan bekerjasama kecuali apabila guru

menghampirinya.

Memperoleh kuasa i. Suka berhujah

ii. Kerap berbohong

iii. Mempamerkan sikap permusuhan

Page 6: MEMAHAMI MASALAH PENYESUAIAN TINGKAH LAKU LUARAN ...

415

iv. Menentang nasihat atau arahan orang

dewasa.

Menyakiti orang lain atau

Membalas dendam

i. Mencederakan orang lain

ii. Menggigit

iii. Mengeluarkan kata-kata negatif

iv. Bersikap kejam dan ganas

v. Merasakan diri mereka tidak bernilai

dan disayangi.

Memaparkan

Ketidakcukupan

i. Tidak mahu untuk mencuba

ii. Enggan untuk bertindak balas terhadap

motivasi

iii. Pasif

iv. Enggan mengambil bahagian dalam

aktiviti bilik darjah.

Sumber: Drueikers (1964)

Dr. Dreikurs (1964) percaya 90% daripada masalah penyesuaian tingkah laku luaran

kanak-kanak bertujuan untuk mendapatkan perhatian. Kanak-kanak yang mengalami

masalah penyesuaian tingkah laku, gagal untuk belajar. Mereka ‘sibuk’ berusaha

mengundang perhatian dengan memberontak, atau melanggar arahan guru kerana tidak

dapat mencari ‘tempat’ di dalam kelas dan di mata guru. Selain itu, mereka berusaha

mencari rasa signifikan akan kehadiran mereka. Justeru, Dreikurs mengingatkan para guru

agar sentiasa berwaspada dengan sasaran tingkah lah laku negatif kanak-kanak yang

menunggu-nunggu reaksi daripada guru. Reaksi guru merupakan salah satu persekitaran

sosial yang akan menyebabkan kanak-kanak mengubah, mengekal atau mengukuhkan

masalah penyesuaian tingkah laku mereka seperti yang dikemukakan dalam Teori Ekologi.

Guru sangat berpengaruh dalam membantu kanak-kanak memperoleh kemahiran

penyesuaian tingkah laku. Hal ini selari dengan pendapat Hansen (2001) yang menyatakan

guru yang benar-benar komited akan berusaha mencari jalan, menggunakan sesuatu yang

kadang kala berupa ‘muslihat’ untuk menghadapi dan mengatasi cabaran daripada murid.

Usaha dan tindakan guru yang bersungguh-sungguh membuat murid menyedari dan

menjadi inspirasi kepada mereka untuk berubah. Mart (2013) mengumpamakan situasi ini

seolah-olah murid ‘tersihir’ dengan tindakan guru.

IMPLIKASI MASALAH PENYESUAIAN TINGKAH LAKU LUARAN

Masalah penyesuaian tingkah laku luaran di dalam kelas merupakan suatu isu yang

membimbangkan kerana boleh meninggalkan kesan negatif jangka pendek dan panjang

kepada pelbagai pihak terutama kanak-kanak dan juga guru.

a. Kanak-Kanak

Sekiranya kanak-kanak telah menunjukkan simptom masalah penyesuaian tingkah laku

luaran, mereka berisiko mengalami kesukaran dalam menguasai kemahiran akademik

seperti membaca dan numerasi (McClelland et al., 2007). Mereka juga berinteraksi secara

negatif terhadap ibu bapa dan juga guru. Hubungan sosial dengan rakan sebaya juga turut

terjejas. Tambah membimbangkan mereka juga berisiko terlibat dalam tingkah laku

delinkuen (Youngstrom, Findling & Calabrese, 2003). Malah, kajian mendapati terdapat

hubungan yang signifikan antara tahap kesihatan mental dengan masalah tingkah laku

kanak-kanak (Hinshaw, 1987). Dalam erti kata lain, kanak-kanak yang agresif juga

Page 7: MEMAHAMI MASALAH PENYESUAIAN TINGKAH LAKU LUARAN ...

416

mungkin mengalami masalah tingkah laku dalaman seperti kebimbangan. Realitinya,

mereka juga tertekan apabila mengalami masalah penyesuaian tingkah laku. Kanak-kanak

yang mengalami masalah ini, bukan sahaja meninggalkan impak negatif kepada dunia luar,

tetapi juga memberi kesan terhadap aspek psikologi dalaman diri mereka.

Kesimpulannya, masalah penyesuaian tingkah laku menyebabkan berlakunya halangan

atau kegagalan pencapaian peribadi dalam aspek pertumbuhan dan pembelajaran. Selain

itu, konflik interpersonal dan intrapersonal turut dialami oleh kanak-kanak

Guru

Tugas guru bukan sesuatu yang mudah kerana perlu memberi perkhidmatan terbaik kepada

sejumlah murid yang ramai secara sekali gus (UNESCO, 2006). Setiap individu kanak-

kanak itu pula adalah unik, mempunyai pelbagai perbezaan dari segi latar belakang, tingkah

laku, keupayaan mental, minat dan motivasi. Mereka juga akan berkelakuan dengan cara

yang mereka sendiri. Situasi ini merupakan salah satu cabaran dan hiburan kepada guru

(UNESCO, 2006) khususnya guru tabika. Guru berasa bimbang dengan setiap masalah

yang dihadapi oleh murid-muridnya sama ada dari sudut tingkah laku, keyakinan diri,

kebolehan dan harga diri (UNESCO, 2006).

Masalah penyesuaian tingkah laku kanak-kanak turut memberi kesan negatif kepada guru

di dalam kelas (Raver, Jones, Li-Grining, Metzger, Champion & Sardin, 2008; Fantuzzo,

Bulotsky-Shearer, Frye, McDermott, McWayne, & Perlman 2007). Masalah tingkah laku

di dalam kelas boleh mempengaruhi atau menghilangkan keyakinan atau efikasi guru

(Rimm-Kaufman et al, 2000). Guru boleh hilang fokus dan motivasi sekali gus

menyebabkan kompetensi pengajaran guru menjadi lemah (Hemmeter, Corso, &

Cheatham, 2006). Hal ini jika dibiarkan berlarutan boleh membawa kepada gejala stress

dan burnout dalam kalangan guru (Raver et al., 2008). Masalah tingkah laku kanak-kanak

mengganggu tumpuan guru untuk pengajaran, meletakkan guru-guru dalam keadaan

dilema dan tertekan antara usaha untuk memenuhi tuntutan kurikulum dan ibu bapa yang

semakin meningkat atau merawat masalah tingkah laku di dalam bilik darjah (Hemmeter

et al., 2006). Guru juga terpaksa bergelut dengan masa untuk menyempurnakan "tugas"

pengajaran yang diperlukan, memenuhi standard akauntabiliti dan untuk mengendalikan

masalah tingkah laku kanak-kanak yang semakin mencabar (Raver et al., 2008; Fantuzzo

et al., 2007; Hemmeter et al., 2006).

Sebagai individu yang terlibat secara langsung dengan pendidikan kanak-kanak, guru turut

tertempias dengan masalah penyesuaian tingkah laku luaran kanak-kanak. Justeru, guru

perlu sentiasa melengkapkan diri dengan teknik-teknik pengurusan tingkah laku dalam

menangani karenah anak didik kini yang sentiasa mencabar dan semakin kompleks.

RUMUSAN

Terdapat pelbagai bentuk masalah penyesuaian tingkah laku luaran yang dipamerkan oleh

kanak-kanak di dalam kelas. Hal ini kerana kanak-kanak bukan sahaja ‘kecil’ dari segi

usia dan fizikal malah turut ketandusan pengalaman, ilmu, pemikiran dan pegangan nilai

(Liu et al, 2003). Kanak-kanak tercari-cari dan amat memerlukan bantuan, berbentuk

bimbingan, tunjuk ajar, nasihat, sokongan, contoh teladan yang baik daripada orang dewasa

khususnya ibu bapa dan guru untuk mengenal pasti dan mengukuhkan kepercayaan dan

nilai yang betul untuk dijadikan pegangan (Abdullah, 2015). Tingkah laku yang

memberikan kesan negatif perlu ditangani segera. Sekiranya perlakuan ini tidak dikawal

Page 8: MEMAHAMI MASALAH PENYESUAIAN TINGKAH LAKU LUARAN ...

417

di peringkat awal, dikhuatiri akan membawa kepada masalah tingkah laku yang kronik

(Shaw, Hyde & Brennan, 2012). Justeru, guru dan ibu bapa perlu berganding bahu dan

bersilang konteks sebagai satu strategi yang berkesan untuk mengatasi masalah tingkah

laku khususnya di sekolah seterusnya mengoptimumkan perkembangan kanak-kanak

(Cathy, 2013). Sekolah bukan sahaja tempat belajar malah tempat kanak-kanak

memperoleh pengalaman untuk di adaptasi dalam kehidupan sebenar (Mart, 2013).

Guru yang berjiwa penyayang, berakhlak mulia, bersikap positif, berilmu dan berfikiran

kreatif serta berdaya tahan amat diperlukan untuk berhadapan dengan masalah tingkah laku

kanak-kanak yang semakin kompleks (Mahyuddin, 2001). Selain itu, guru perlu

menyediakan persekitaran bilik darjah yang kondusif kerana persekitaran yang baik perlu

bagi menghasilkan akhlak yang baik dan akhlak yang baik itu perlu lahir dari dalam diri

sendiri berdasarkan pengamatannya kepada faktor-faktor persekitaran yang boleh

mempengaruhi tabiat hidup manusia. Penghayatan nilai akhlak merupakan peringkat akhir

dari proses pengakuran sosial yang dibentuk melalui pembelajaran sosial seperti

rangsangan, tindak balas, peneguhan, kepatuhan, identifikasi, permodelan dan peniruan

(Ibn Khaldun, 2002).

RUJUKAN

Abdullah Nasih ‘Ulwan. (2015). Pendidikan peribadi anak-anak menurut Islam. Kuala

Lumpur: Seribu Dinar.

Achenbach, T. M. & Edelbrock, C. S. (1978). The classification of child psychopathology:

A review and analysis of empirical efforts. Psychological Bulletin, 85, 1275-1301

Akgun, E., & Mellier, D. (2015). The Evaluation of Social Competence and Internalizing

and Externalizing Problem Behaviors of French and Turkish Children by their

Attachment Representations, Anthropologist, 20, 13–21.

http://doi.org/10.132479545,d.c2I Dimuat turun pada 10 Ogos 2016

American Psychiatric Association (APA). (2010). Disruptive Behaviour Disorders - Dr

Motayne, 1–13. papers2://publication/uuid/92CFC900-9775-4255-9695-

9A237EDCD591. Dimuat turun pada 27 Januari 2016.

Aycan, N. (2005). The investigation of hyper-active students in professional education

centers: Example of Turkey. Pakistan Journal of Social Sciences, 3, 486-489

Broidy, L. M., Nagin, D. S., Tremblay, R. E., Bates, J. E., Brame, B., Dodge, K. A., et al.

(2003). Developmental trajectories of childhood disruptive behaviors and

adolescent delinquency: A six-site, cross-national study. Developmental

Psychology, 39, 222- 245.

Campbell, S. B. (1995). Behavior problems in preschool children: a review of recent

research. Journal of Child Psychology and Allied Disciplines, 36, 113-149.

Cathy Momoko Hayakawa. (2013). Parent Involvement as a Mechanism of the Effects of

Early Childhood Intervention. Dissertation, PhD Thesis, University Of Minnesota.

Retrieved from http://hdl.handle.net/11299/158295 http://purl.umn.edu/158295.

Page 9: MEMAHAMI MASALAH PENYESUAIAN TINGKAH LAKU LUARAN ...

418

Chen, X., Liu, M., Rubin, K. H., Li, D., Li, Z., Cen, G., & Li, B. (2003). Parental Reports

of Externalizing and Internalizing Behaviors in Chinese Children: Relevancy to

Social, Emotional and School Adjustment. Journal of Psychology in Chinese

Societies, 3(2), 233–259. Retrieved from http://doi.org/10. 200304654005/

nhs4073201

Dreikurs, R. (1964). Children: The Challenge. Plume: Chicago.

Eisenberg, N., Valiente, C., Spinrad, T. L., Cumberland, A., Liew, J. & Losoya, S. H.

(2009). Longitudinal relations of children’s effortful control, impulsivity, and

negative emotionality to their externalizing, internalizing, and co-occurring

behavior problems. Developmental Psychology, 45, 988-1008.

doi:10.1037/a0016213. Dimuat turun pada 10 Mac 2016.

Erin O’Connor, Rodriguez, E., Cappella, E., Morris, J. & McClowry, S. (2012). Child

disruptive behavior and parenting efficacy: a comparison of the effects of two

models of insights. Journal of Comunity Psychology, 38(8), 975-991.

http://doi.org/10.1002/jcop. Dimuat turun pada 10 Januari 2016.

Fanti, K. A. & Henrich, C. C. (2010). Trajectories of pure and co-occurring internalizing

and externalizing problems from age 2 to age 12: Findings from the National

Institute of Child Health and Human Development Study of Early Child Care.

Developmental Psychology, 46 (5), 1159–1175. http://doi.org/10.1037/a0020659.

Dimuat turun pada 2 April 2016.

Fantuzzo J. W., Bulotsky-Shearer, R., Frye, D., McDermott, P., McWayne, C. & Perlman,

S. (2007). Investigation of social, emotional, and behavioral dimensions of school

readiness for low-income, urban preschool children. School Psychology Review,

36(1), 44–62.

Ferris, C. F. & Grisso, T. (1996). Understanding aggressive behavior in children. New

York: New York Academy of Sciences.

Gilliom, M., & Shaw, D. S. (2004). Codevelopment of externalizing and internalizing

problems in early childhood. Development and Psychopathology, 16(2), 313–333.

http://doi.org/10.1017/S0954579404044530. Dimuat turun pada 24 Ogos 2016

Hadley, M. (2003). Relational, indirect, adaptive, or just mean: Recent work on aggression

in adolescent girls Part I. Studies in Gender and Sexuality; 4, 367–394.

Hansen, D.T. (2001). Exploring the Moral heart of Teacher: Toward a Teacher’s Creed.

New York: Teacher College Press.

Hemmeter, M. L., Corso, R. & Cheatham, G. (2006). Issues in addressing challenging

behaviors in young children: A national survey of early childhood educators. Paper

presented at Conference on Research Innovations in Early Intervention, San Diego,

CA.

Page 10: MEMAHAMI MASALAH PENYESUAIAN TINGKAH LAKU LUARAN ...

419

Hinshaw, S. P. (2008). Developmental psychopathology as a scientific discipline:

Relevance to behavioral and emotional disorders of childhood and adolescence.

Child and adolescent psychopathology, 3-26.

Hinshaw, S. P. (1987). On the distinction between attentional deficits/hyperactivity and

conduct problems/aggression in child psychopathology. Psychological Bulletin,

101, 443–463.

Human-hendricks, A. R., & Roman, N. V. (2015). What is the link between antisocial

behavior of adolescents and parenting : a systematic review of parental practices.

Journal of Communications Research, 6(4).

Ibn Khaldun, Abd Al-Rahman bin Muhammad Khaldun al-Hadrami. (2002). Mukaddimah

Ibn Khaldun. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Jacob Arriola, K. R. (2002). Racial Discrimination and Blood Pressure among Black

Adults: Understanding the Role of Repression. Phylon 50(1/2), 47-69.

Justicia, F., Benitez, J. L, Pichardo, M.C., Fernandez, E., Garcia, T. & Fernandez, M.

(2006). Towards a new explicative model of antisocial behavior. Electronic Journal

of Research in Educational Psychology, 9, 131-150.

Kerr, D. C. R., Lunkenheimer, E. S. & Olson, S. L. (2007). Assessment of child problem

behaviors by multiple informants: a longitudinal study from preschool to school

entry. Journal of Child Psychology and Psychiatry, 48(10), 967-975.

http://doi.org/10.1111/j.1469-7610.2007.01776. Dimuat turun pada 2 Disember

2015.

Klein, J. M., Gonçalves, A. & Silva, C. F. (2009). The Rutter Children Behaviour

Questionnaire for teachers: from psychometrics to norms, estimating caseness.

Psico-USF (Impresso), 14, 157–165. http://doi.org/10.1590/S1413-

82712009000200004. Dimuat turun pada 4 Februari 2016

Lycett, K., Sciberras, E., Mensah, F. & Hiscock, H. (2014). Behavioral sleep problems and

internalizing and externalizing comorbidities in children with attention-

deficit/hyperactivity disorder. European Child & Adolescent Psychiatry.

doi:10.1007/s00787-014-0530. Dimuat turun pada 3 Mac 2016.

Mahyuddin Ashaari. (2001). Strategi Pendekatan Penyayang dalam pendidikan. Jurnal

Pendidikan Islam, 9(3): 1-7.

Mart, Ç. T. (2013). A Passionate Teacher : Teacher Commitment and Dedication to Student

Learning. International Journal of Academic Research in Progressive Education

and Development, 2(1), 437–442.

Margetts, K. (2005). Children's adjustment to the first year of schooling: indicators of

hyperactivity, internalizing and externalizing behaviors. International Journal of

Transitions in Childhood,1, 36–44. https://extranet.education.unimelb.edu.au.

Dimuat turun pada 5 Mac 2016.

Page 11: MEMAHAMI MASALAH PENYESUAIAN TINGKAH LAKU LUARAN ...

420

McClelland, C. M., Morrison, J. & Holmes, D. H. (2000). Children at-risk for early

academic problems: The role of learning-related social skills. Early Childhood

Research Quarterly, 15, 207–329.

McMahon, R. J. & Frick, P. J. (2005). Evidence-based assessment of conduct problems in

children and adolescents. Journal of Clinical Child and Adolescents Psychology,

34(3), 477-505.

Miner, J. L. & Clarke-Stewart, K. A. (2008). Trajectories of externalizing behaviors from

age 2 to age 9: Relations with gender, temperament, ethnicity, parenting, and rater.

Developmental Psychology, 44, 771–786.

Lycett, K., Sciberras, E., Mensah, F. & Hiscock, H. (2014). Behavioral sleep problems and

internalizing and externalizing comorbidities in children with attention-

deficit/hyperactivity disorder. European Child & Adolescent Psychiatry.

doi:10.1007/s00787-014-0530. Dimuat turun pada 3 Mac 2016.

Raver, C. C., Jones, S. M., Li-Grining, C., Metzger, M., Champion, K. M. & Sardin, L.

(2008). Improving preschool classroom processes: Preliminary findings from a

randomized trial implemented in Head Start settings. Early Childhood Research

Quarterly, 23, 10-26.

Rimm-Kaufman, S. E., Pianta R. C. & Cox, M. J. (2000). Teachers’ judgments of problems

in the transition to kindergarten. Early Childhood Research Quarterly, 15, 147–

166.

Shaw, D. S., Gilliom, M., & Giovannelli, J. (2000). Aggressive behavior disorders. In C.

H. Zeanah (Ed.), Handbook of infant mental health (2nd edn., pp. 397–411). New

York: Guilford.

Shaw, D. S., Hyde, L. W. & Brennan, L. M. (2012). Early predictors of boys’ antisocial

trajectories. Development and Psychopathology, 24(3), 871–88.

http://doi.org/10.1017/S0954579412000429. Dimuat turun pada 10 Januari 2016

Sundstrom, K. (2010). Signs and symptoms of hyperactive children.

http://www.ehow.com/about_5098984_signs-symptoms-hyperactive-children.

html. Dimuat turun pada 15 April 2016.

Taylor, J. E. (1998). Clinical foundations of hyperactivity research. Behavioral Brain

Research, 94, 11-24.

The Royal Australasian College of Physicians (TRACOP). (2009). Australian Guidelines

on Attention Deficit Hyperactivity Disorder ( ADHD ). Sydney: The Royal

Australasian College of Physicians. doi:10.1016/j.jsp. Dimuat turun pada 20

Disember 2015.

UNESCO. (2006). Positive discipline in the inclusive, learning-friendly classroom: a guide

for teachers and teacher educators. UNESCO Asia and Pacific Regional Bureau

for Education (Vol. 53). http://doi.org/10.1017/CBO9781107415324.004.

Page 12: MEMAHAMI MASALAH PENYESUAIAN TINGKAH LAKU LUARAN ...

421

Veenstra, R., Lindenberg, S., Oldehinkel, A., De Winter, A., Verhulst, F. & Ormel, J.

(2005). Bullying and victimization in elementary schools: A comparison of bullies,

victims, bully/victims, and uninvolved preadolescents. Developmental Psychology,

41, 672-682.

Yoleri, S. (2014). The Effects of Age, Gender, and Temperament Traits on School

adjusment for Preschool children. International Journal of Educational Research,

89–104.

Youngstrom, E., Findling, R. & Calabrese, J. (2003). Who are the comorbid adolescents?

Agreement between psychiatric diagnosis, youth, parent, and teacher report.

Journal of Abnormal Child Psychology, 31, 231–245.