Membaiki Motor
-
Upload
nazaaaaaaaaaaaaaaa -
Category
Documents
-
view
194 -
download
9
description
Transcript of Membaiki Motor
-
MEMBAIKI KEROSAKKAN PADA MOTOR
Pelatih-pelatih tahu bagaimana membaiki kerosakan pada motor.
Diantara objektifnya ialah bagi mengesan serta mengenal jenis-jenis
kerosakan pada motor dan bertindak untuk menbaiki kerosakan pada
motor dengan sempurna.
Kerosakan Elektrik dapat dikesan jika wujudnya keadaan keadaan seperti berikut:-
a. Motor tidak dapat dihidupkan
b. Bunyi bising dan gegaran yang kuat
c. Motor menjadi panas bila beroperasi dan mungkin berasap.
d. Pemutus litar akan terpelantik atau fius terputus sebaik sahaja ia
dihidupkan.
e. Motor tidak capai kepada kelajuan yang dikadarkan.
f. Bagi motor arus terus, terdapat arka-arka diberus berus karbon.
Bekalan elektrik hendaklah dimatikan lebih dahulu sebelum kerja-kerja
membaiki kerosakan dibuat.
Setelah bekalan dimatikan papan tanda hendaklah diletakkan di setiap
susi dan kawalan bagi mengelakkan daripada orang lain
menghidupkannya kecuali dirinya sendiri.
-
Terdapat beberapa kerosakkan yang biasa berlaku pada beberapa jenis
motor seperti di bawah:-
1. Motor sangkar Tupai
Motor Tidak Dapat Dihidupkan
NO SEBAB-SEBAB KEMUNGKINAN TINDAKAN
1
Pemutus litar terpelantik atau fiud
terputus disebabkan oleh lebihan
beban.
Rujuk kepada carta mekanikal yang
tertentu untuk mengesan punca lebihan
beban. Kurangkan beban kepda
peringkat yang boleh dikawal.
2 Voltan rendah
Periksa nilai voltan pada pelit nama.
Naikkan voltan kepda peringkat yang
diperlukan dengan beberapa cara.
3 Litar terbuka atau litar pintas di lilitan
motor
Jika ini disahkan dengan beberapa
ujian, lilitan baru pada motor hendaklah
dilkukan.
4 Grease di dalam alas menjadi kejal Sistem pelinciran dibersihkan dan
grease baru dimasukkan ke dalam alas
5 Sambungan tidak kemas dipunca
sambungan
Periksa dipunca sambungan yang tidak
kemas
6 Rotor dan Stator bersentuhan Perbetulkan kelawasan antara rotor dan
startor mengikut nilai yang tersebut
7 Kerosakan pada alas Pastikan alas diganti dengan yag baru
remetaling bagi alas jernal.
-
Motor Berbunyi Bising yang Kuat
NO SEBAB-SEBAB KEMUNGKINAN TINDAKAN
1 Motor beroperasi di dalam satu fasa
Matikan motor. Jika beroperasi dalam
satu fasa, ia tidak dapt dihidupkan
semula. Periksa jika ada litar terbuka
2 Aci tidak berputar dengan betul di alas
(sleeve bearing) Periksa pelurusan (Alignment)
3
Gegaran disebabkan oleh rotor tidak
seimbang atau gegaran yang berpunca
dari mesin yang dipandu
Asingkan motor dari mesin yang
dipandu. Jika ia masih lagi berbunyi
bising atau bergegaran ketika dijalankan
bersendiriran, rotor hendaklah
diseibangkan semula. Periksa bar yang
longgar/patah.
4 Kelawasan tidak sama disekeliling antar
rotor dan startor
Perhatikan kedudukan rotor terletak
betul-betul dipusatnya.Jika perlu
gantikan alas baru untuk mendapatkan
pemusatan yang betul.
5 Motor memandu mesin melalui kapeling
yang tidakkemas
Periksa pelarasan kapeling dengan
menggunakan tolok perasa (feeler
gauge) dengan memutarkan kapeling
perlahan-lahan. Ktatkan kapeling jika
perlu.
6 Kemasukan benda asing Keluarkan benda asing dan pastikan
sesekat berkeadaan baik
7 Kerosakan pada alas Pastikan punca kerosakan pada alas dan
digantikan yang baru.
-
Motor Panas dan Kadangkala Berasap
NO SEBAB-SEBAB KEMUNGKINAN TINDAKAN
1 Motor beroperasi dengan
lebihan beban yang berat
Rujuk kepada bahagian mekanikal yang
mempunyai penerangan mengenai lebihan
beban.Kurangkan beban. Jika terdapat lebihan
beban yang berat.
2 Motor beroperasi di dalam satu
fasa
Perisa semua litar tersebut. Bagi mengetahui
samada motor beroperasi dalam satu fasa ialah
motor tidak dapat dihidupkan semula setelah ia
dimatikan
3
Kedudukan motor yang tidak
sesuai di mana peredaran udara
tersekat atau ruang udara melalui
motor tersumbat
Baiki kawasan sekeliling motor supaya dapat
peredaran udara yang baik serta bersihkan
ruang udara di motor.
4 Motor beroperasi did lam voltan
dan ulangan yang tidak sesuai
Perbetulkan voltan dan buat ulangan seperti
yang tercatat dipelit nama motor.
5 Alas terlalu ketat
Catat suhu alas. Periksa geseran ketika rotor
diputar dengan tangan serta
diperbetulakannya. Sahkan jenis pelincir pada
alas.
6
Jika motor tersebut memandu
melalui tali (belt) mungkin tali
terlalu ketat.
Perisa ketegangan tali. Longgarkan jika ia
terlalu ketat.
7 Grease berlaianan dari yang
disyorkan oleh pereka motor
Bersihkan system pelinciran dan grease semula
dengan bahan yang ditentukan
8 Geris berlebihan di alas Keluarkan geris lama dan gantikan geris yang
abru sebanyak hingga isipadu ruang.
-
Motor Panas dan Kadangkala Berasap
NO SEBAB-SEBAB KEMUNGKINAN TINDAKAN
9 Kelunturan sifat pelincir
Kelunturan disebabkan oleh suhu alas yang tinggi,
benda asing dalam geris dan geris tidak ditukar
pada jadual yang ditetapkan. Gantikan geris baru.
10 Kapeling yang tidak kemas Pastikan kapeling dijajar dan diikat dengan kemas
11 Daya tujah dari mesin yang
dipandu
Pastikan aci mempunyai kelawasan untuk
bergerak sepanjang paksinya.
2. Motor Rotor Berlilitan
Motor Beroperasi kurang daripada Kelajuan yang ditetapkan
NO SEBAB-SEBAB KEMUNGKINAN TINDAKAN
1
Terdapat itar terbuka di litar
rotor, termasuk kabel ke panel
kawalan
Periksa setiap litar. Perbaiki litar setelah
kerosakan tersebut dapat dikesan.
Getaran yang Kuat pada motor
NO SEBAB-SEBAB KEMUNGKINAN TINDAKAN
1 Kapeling yang tidak kemas Penjajaran kapeling dibetulkan dan kapeling
diikat kemas
2 Rotor tidak seimbang Periksa punca masalah ini dan rotor dikeluarkan
untuk diseimbangkan semula
3 Alas tidak dipasang dengan
betul
Periksa nombor alas dan betulkan kedudukan
alas
4 Voltan bekalan tidak seimbang
Kemungkinana disebabkan oleh beban tidak
seimbangan. Pastikan semua sambungan
adalah kemas dan voltan bekalan seimbang
semula.
-
Kenaikan suhu yang tinggi di dalam gelung stator dan badan Motor
NO SEBAB-SEBAB KEMUNGKINAN TINDAKAN
1 Lebihan beban
Uji geganti lebihan beban dan laraskannya
semula jika perlu. Kurangkan beban mekanikal
mengikut keupayaan motor.
2 Kenaikan arus disebabakan
oleh voltan rendah
Periksa punca bekalan dan naikkan semula
voltan mengikut kadaran
3 Voltan bekalan tidak seimbang Pastikan punca sambungan adalah kemas dan
voltan bekalan diseimbangkan semula
4 Kendalian dalam satu fasa Periksa litar jika ada litar terbuka
5 Suhu sekeliling yang tinggi
Pastikan peredaran udara disekitar motor
beredar dengan baik dan pastikan sesekat
tidaktersumbat
6 Peredaran udara sejuk tersekat
oleh selaput habuk
Cuci bersih saluran penyejuk dan pastikan ia
tidak tersumbat.
-
3. Motor Segerak
Motor tidak dapat Dihidupkan
NO SEBAB-SEBAB KEMUNGKINAN TINDAKAN
1 Litar terbuka disatu fasa Uji tiap-tiap fasa untuk mengesan kerosakan
serta baikinya
2
Motor yang tidak dapat
mengatasi geseran yang
terlalau kuat ketika ia mula
dihidupkan.
Periksa geseran alas di motor serta pelinciran
als (bearing lubrication). Periska peluruan
kapeling antara motor dengan mesin
3 Voltan rendah
Periksa voltan yang tercatat dipelit nama
dengan voltan bekalan. Jika ada perbezaan,
voltan bekalan hendaklah diubah supaya sama
dengan voltan di motor.
Pemutus litar terpelantik sebaik sahaja motor dihidupkan
NO SEBAB-SEBAB KEMUNGKINAN TINDAKAN
1 Voltan penguja (exciter)
rendah Tinggikan nilai pengujaannya (excition)
2 Litar terbuka/litar pintas di
dlaam litar medan di motor
Uji untuk mengesan litar terbuka / litar pintas
dan betulkan. Gunakan penunjuk kutub
(polarity indicator) utnuk emngesan litar pintas.
3 Perubahan beban terlalu
ketara
Rujuk kepada bahagian mekanikal bagi
mengawal beban.
-
Motor panas di bahagian-bahagian tertentu
NO SEBAB-SEBAB KEMUNGKINAN TINDAKAN
1
Panas di startor yang mungkin
disebabkan oelh rotor yang
terkeluar dari titik pusat (Off-
Centre)
Periksa kedudukan rotor. Alas ditukar, jika perlu
bagi memebetulkan rotor kepada titik pusatnya
2 Litar terbuka di satu fasa Periksa di fasa yang rosak dan perbetulkan
3 Panas bertumpu kepada satu
atau lebih gelung motor
Ini berpunca dari litar pintas. Gelung yang rosak
boleh dikeluakan dari litar sebagai langkah
pembetulan sementara (temporaray repair)
4 Panas bertumpu digelung
medan
Tukar atau perbetulkan gelung tersebut oleh
kerana ia berpunca dari litar pintas di gelung.
Kepanasan tersebut juga boleh berpunca dari
arus medan yang mempunyai nilai yang tinggi.
Kurangkan arus kepada nilai yang tercatat di
pelit nama.
-
Motor panas di semua bahagian
NO SEBAB-SEBAB KEMUNGKINAN TINDAKAN
1 Beroperasi didalam lebihan
beban yang tinggi
Rujuk kepada bahagian mekanikal untuk
mengawal beban. Jika beban tidak boleh
dikurangkan, motor hendaklah ditukar kepada
yang lebih besar. Nilaikan tahap geseran di atas
serta keupayaan pelinciran
2
Pengujian (exitation) tidak
mengikut seperti dipelit nama
atau tidak ada pengujaan
lansung.
Laraskan pengujaan mengikut nilai dipelit nama
3
Suhu disekitar motor adalah
tinggi dari nilai suhu yang
boleh diterima oleh motor
mengikut rekaan motor
tersebut.
Adakan kawasan di mana ia dapat memberi
suhu yang berpatutan kepada motor
4
Ruang udara dimotor
tersumbat denfgan habuk atau
lain-lain bahan
Bersihkan motor di bahagian ruang udara
tersebut
-
4. Motor Arus Terus
Motor tidak dapat di hidupkan
NO SEBAB-SEBAB KEMUNGKINAN TINDAKAN
1 Litar terbuka di system
kawalan
Periksa perintang penghidup, dan perhatikan
jika ada susi terbuka atau fius terputus.
2 Voltan di punca rendah Bandingkan voltan bekalan dengan voltan
dipelit nama dan ubah jika perlu
3 Lebihan beban di motor
Bandingkan beban yang dikadarkan dengan
beban yang sebenar ke atas mesin yang
dipandu (pam, pemampat dan sebagainya).
Kurangkan beban. Jika ini tidak boleh dilkukan,
gantikan dengan motor yang lebih besar.
4 Terdapat geseran dalam yang
amat ketara di motor
Sahkan ini dengan mengasingkan motor dari
dipandu. Catatkan rintangan kepda putaran
rotor dan kenaikan suhu. Periksa pelinciran di
alas atau sesuatu gegas yang terlalu ketat. Baiki
apa yang perlu. Jika terdapat juga geseran,
buka motor dan periksa kawalan (clearance)
dan gegas bagi tiap-tiap bahagian. Jiaka ia
berpunca dari aci (shaft) yang bengkok,
perbetulkannya atau tukarkan kepda yang baru.
-
Motor mengeluaran arka-arka yang besar di berus karbon
NO SEBAB-SEBAB KEMUNGKINAN TINDAKAN
1 Permukaan komutator tidak
berada di dalam keadaan baik
Bersihkan dan canaikan komutator dan berus
karbon. Tentukan kedudukan berus karbon
dengan betul. JANGAN GUANKAN KAIN EMERY.
Habuknya berlogam dan akan menyebabakan
pentasan (short)
2 Angker (armature) tidak
seimbang
Ini akan membentuk gegaran yang kuat.
Asingkan motor dengan mesin dan pastikan
gegaran itu berpunca dari motor dan bukan dari
mesin. Angker hendaklah diseimbangkan
semula.
3 Litar pintas di motor
Uji untuk pintasan (short) di angker. Bersihkan
dari cebisan bahan logam yang bebas di mana
mungkin telah terkumpul dicelah-celah.
4 Berus kabon tidak diletakkan
dengan betul
Bersihakn berus serta pemegangnya dan
letakkannya dengan betul
5 Cat atau bahan kimia mendap
di atas komutator
Bersihkan dengan sempurna. Anggapkan motor
digantikan dengan motor yang direka untuk
dikendalikan dengan terhindar dari pencemaran
udara.
-
Motor hidup tetapi geganti beban lampau terpelantik dengan serta
merta dan motor berhenti
NO SEBAB-SEBAB KEMUNGKINAN TINDAKAN
1 Medan electromagnet digelung
lemah atau tiada
Bagi motor yang mempunyai kawalan kelajuan
(adjustable-speed) periksa perintang (rheostst).
Jika terdapat setting yang tidak betul atau ada
dilaraskan. Periksa gelung medan utnuk
mengesan litar terbuka serta sambungan dawai
longgar atau putus.
2 Beban melebihi daya kilas
mula motor
Gantikan dengan motor yang boleh
menganggung beban ketika mula dari ketika
kendalian.
Motor beroperasi pada kadar kelajuan yang tinggi ketika beban penuh
NO SEBAB-SEBAB KEMUNGKINAN TINDAKAN
1
Berus karbon tidak berada
dikedudukan neutral tetapi di
belakang neutral
Perbetulkan berus kepda kedudukan neutral
2 Voltan lebih tinggi dari yang
dikadarkan
Periksa voltan dipunca dan bandingkan dengan
pelit nama
3 Medan gelombang motor
lemah Periksa punca negative yang dibumikan.
-
Motor tidak mencapai kelajuan yang dikadarkan ketika ada beban
NO SEBAB-SEBAB KEMUNGKINAN TINDAKAN
1 Motor didalam keadaan lebihan
beban
Bandingkanbeban yang dikadarkan dengan
beban yang sebenar. Kurangkan beban atau
gantikan dengna motor yang lebih besar
2 Voltan rendah
Periksa voltan bekalan dn voltan yang terdapat
dipelit nama. Jika ia terlalu rendah, periksa
rintangan di bahagian yang menyebabakan
susutan voltan tersebut.
3
Berus karbon tidak berada di
neutral yang tepat, terutama
bagi yang agak lama tidak
disenggarakan di mana ia akan
mendahului neutral.
Perbetulkan berus kepda kedudukan neutral.
-
Ujian-Ujian yang dilakukan selepas Motor Rombak Rawat.
1. Ujian penebatan ( Bacaan mestilah melebihi 1M.
2. Ujian Keterusan Gelung
3. Ujian Kekutuban
4. Bekaolan seketika untuk memastikan pusingan motor
5. Bekalan sepenuhnya untuk memastikan:-
Bunyi normal
Getaran
Suhu pada bahagian motor