Mencari Pola

9
MENCARI POLA Pola / Corak adalah suatu perkara yang berulang. Perhubungan adalah suatu yang ada kaitan disebabkan sesuatu perkara. Kedua-dua perkara ini penting untuk memberi kita keyakinan dalam menentukan / menjangkakan perkara seterusnya yang akan berlaku / muncul. Kajian pola bukan sahaja didapati dalam bidang Matematik, tetapi juga dalam bidang Seni, Muzik, tekstil dan sebagainya. Corak atau pola nombor ialah susunan nombor yang mengikut suatu peraturan yang tertentu. Kita boleh membina banyak jenis pola nombor yang menarik dengan menggunakan nombor bulat. Apabila menggunakan strategi ini, anda biasanya menyenaraikan beberapa contoh spesifik tentang masalah itu kemudian melihat sama ada munculnya sesuatu pola yang mencadangkan penyelesaian kepada seluruh masalah itu. NOMBOR SEGITIGA 1 1+2 = 3 1+2+3 = 6 1+2+3+4 = 10 - Turutan nombor segitiga ialah 1,3,6,10…..

description

model polya

Transcript of Mencari Pola

MENCARI POLA Pola / Corak adalah suatu perkara yang berulang. Perhubungan adalah suatu yang ada kaitan disebabkan sesuatu perkara. Kedua-dua perkara ini penting untuk memberi kita keyakinan dalam menentukan / menjangkakan perkara seterusnya yang akan berlaku / muncul. Kajian pola bukan sahaja didapati dalam bidang Matematik, tetapi juga dalam bidang Seni, Muzik, tekstil dan sebagainya. Corak atau pola nombor ialah susunan nombor yang mengikut suatu peraturan yang tertentu. Kita boleh membina banyak jenis pola nombor yang menarik dengan menggunakan nombor bulat. Apabila menggunakan strategi ini, anda biasanya menyenaraikan beberapa contoh spesifik tentang masalah itu kemudian melihat sama ada munculnya sesuatu pola yang mencadangkan penyelesaian kepada seluruh masalah itu.

NOMBOR SEGITIGA

1 1+2 = 3 1+2+3 = 6 1+2+3+4 = 10

Turutan nombor segitiga ialah 1,3,6,10..

NOMBOR SEGIEMPAT SAMA

1 = 1 = 1 1+3 = 4 = 21+3+5 = 9 = 31+3+ 5+7 = 16 = 41+3+5+7+9 = 25 = 5 Turutan nombor segiempat sama ialah 1,4,9,16,25,.atau 1 , 2 , 3 , 4 , 5 ,.

Nombor segiempat sama boleh membentuk rajah segiempat sama seperti berikut:

1 234

NOMBOR SEGIEMPAT TEPAT

Perhatikan turutan nombor gubahan di bawah : 4,6,8,9,10,12, Turutan nombor ini boleh membentuk rajah segiempat tepat. Oleh itu turutan nombor gubahan dinamakan nombor segiempat tepat .

NOMBOR SEGILIMA SAMA

Cuba bilang jumlah titik titik dalam setiap rajah di atas.Turutan nombor segilima sama ialah 1,5,12,..

PETAK AJAIB Petak ajaib ialah segiempat sama ajaib yang berpetak-petak di mana turutan nombor di dalamnya disusun sehingga hasil tambah nombor mengikut baris lajur dan penjurunya adalah sama. Setiap petak dinamakan sebagai sel. Berikut adalah contoh petak ajaib :3 x 3 sel 4 x 4 sel 5 x 5 sel

PENYELESAIAN MASALAH DENGAN MENGGUNAKAN STRATEGI MASALAH (MENCARI POLA DAN MENGGUNAKAN GAMBAR RAJAH).

Strategi menyelesaikan masalah dengan lebih mudah dan mencari corak ditunjukkan pada contoh dibawah. Strategi ini melibatkan permudahan satu masalah atau menyelesaikan masalah yang lebih mudah tetapi berkaitan yang mana akan membantu dalam memahami maklumat yang diberi.Contoh:Kerry menyusun kon pine kepada beberapa kelompok yang berbeza. Dia memulakan dengan meletakkan 1 kon dalam kelompok pertama. Dalam kelompok yang kedua pula, dia meletakkan 2 kon pine. Dia meletakkan 4 kon pine dalam kelompok ketiga, 8 kon pine dalam kelompok keempat dan seterusnya. Jika jumlah dalam setiap barisan bertamabah dalam keadaan yang sama, berapa banyakkah kon pine yang Kerry letak bagi 6 kelompok?

STRATEGI 1 : MENCARI POLA

Penyelesaian:

a). Memahami masalah atau soalan- Untuk setiap barisan, diganda sebanyak 2 kon pine. x2 x2 x21 ___2___4___ 8

b). Bentukkan satu rancangan- memulakan dengan membuat pola, iaitu membuat susunan nombor dengan menggunakan kon pine.

c). Laksanakan rancangan- kita telah tahu bahawa setiap barisan diganda dengan 2 kon pine. Oleh yang demikian, jika barisan pertama ada 1 kon pine, barisan kedua akan menjadi 2 kon pine, ini disebabkan oleh penggadaan 2 kon pine bagi setiap baris dan seterusnya sehingga baris yang ke 6.

x2 x2 x2 x2 x2 x2 1___ 2___ 4___ 8___ 16___ 32

d).Menyemak semula penyelesaian cuba menyemak jawapan itu munasabah atau tidak. Jawapan sebenar ialah 32 dan bersamaan dengan jawapan di atas.

STRATEGI 2 : MENGGUNAKAN GAMBAR RAJAH

a). Memahami masalah atau soalan- Untuk setiap barisan, diganda sebanyak 2 kon pine.

Barisan 1 x 2Barisan ke 2

b) Bentukkan satu rancangan- memulakan dengan membuat pola, iaitu membuat susunan nombor dengan menggunakan kon pine.c). Laksanakan rancangan- kita telah tahu bahawa setiap barisan diganda dengan 2 kon pine. Oleh yang demikian, jika barisan pertama ada 1 kon pine, barisan kedua akan menjadi 2 kon pine, ini disebabkan oleh penggadaan 2 kon pine bagi setiap baris dan seterusnya sehingga baris yang ke 6.

barisan 1 = 1x2barisan 2 = 2x2barisan 3 = 4x2barisan 4 = 8x2barisan 5 = 16 x2barisan 6 = 32 d).Menyemak semula penyelesaian cuba menyemak jawapan itu munasabah atau tidak. Jawapan sebenar ialah 32 dan bersamaan dengan jawapan di atas.