Mengapakah Guru Perlu Melaksanakan Pengurusan Rekod Murid Dengan Terancang Dan Berkesan

3
MENGAPAKAH GURU PERLU MELAKSANAKAN PENGURUSAN REKOD MURID DENGAN TERANCANG DAN BERKESAN? Rekod boleh didefinisikan sebagai maklumat yang telah disimpan dalam bentuk dokumen sama ada ia dicipta atau diterima oleh syarikat atau persendirian. Rekod tersebut juga perlulah diuruskan agar ia dapat membantu perjalanan syarikat atau individu. Rekod yang baik adalah rekod yang mempunyai bukti atau bersifat bukti. Sifat-sifat ‘bukti’ dalam konteks pengurusan maklumat adalah kekal (tidak boleh dipinda), bernilai, tulen & unik. Begitu jua halnya dalam penghantaran rekod guru adalah merupakan satu tanggungjawab dan kewajipan yang harus dilaksanakan. Hal ini disokong Johdi Hj. Salleh (2007), salah satu ciri guru yang efektif adalah guru yang menyediakan rancangan mengajar. Justeru, para guru perlu melaksanakan pengurusan rekod murid atas beberapa faktor. Pertama, pengurusan rekod murid yang terancang dan berkesan ini perlu bagi membolehkan guru-guru mengajar mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan. Dalam buku rekod ini salah satu nadi yang perlu ada ialah sukatan pelajaran. Sukatan pelajaran ini perlu disakukan dalam buku rekod mengajar. Bukan itu sahaja, huraian sukatan pelajaran juga perlu agar apa yang diajar bersesuaian dengan kehendak yang ingin dicapai bersama serta merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Negara iaitu ingin melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

description

guru

Transcript of Mengapakah Guru Perlu Melaksanakan Pengurusan Rekod Murid Dengan Terancang Dan Berkesan

Page 1: Mengapakah Guru Perlu Melaksanakan Pengurusan Rekod Murid Dengan Terancang Dan Berkesan

MENGAPAKAH GURU PERLU MELAKSANAKAN PENGURUSAN REKOD MURID DENGAN TERANCANG DAN BERKESAN?

Rekod boleh didefinisikan sebagai maklumat yang telah disimpan dalam bentuk dokumen sama ada ia dicipta atau diterima oleh syarikat atau persendirian. Rekod tersebut juga perlulah diuruskan agar ia dapat membantu perjalanan syarikat atau individu. Rekod yang baik adalah rekod yang mempunyai bukti atau bersifat bukti. Sifat-sifat ‘bukti’ dalam konteks pengurusan maklumat adalah kekal (tidak boleh dipinda), bernilai, tulen & unik. Begitu jua halnya dalam penghantaran rekod guru adalah merupakan satu tanggungjawab dan kewajipan yang harus dilaksanakan. Hal ini disokong Johdi Hj. Salleh (2007), salah satu ciri guru yang efektif adalah guru yang menyediakan rancangan mengajar. Justeru, para guru perlu melaksanakan pengurusan rekod murid atas beberapa faktor.

Pertama, pengurusan rekod murid yang terancang dan berkesan ini perlu bagi membolehkan guru-guru mengajar mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan. Dalam buku rekod ini salah satu nadi yang perlu ada ialah sukatan pelajaran. Sukatan pelajaran ini perlu disakukan dalam buku rekod mengajar. Bukan itu sahaja, huraian sukatan pelajaran juga perlu agar apa yang diajar bersesuaian dengan kehendak yang ingin dicapai bersama serta merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Negara iaitu ingin melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Sekiranya guru tidak mengajar mengikut sukatan yang ada, maka matlamat yang diharapkan tidak akan tercapai dan kemungkinan pelajar tidak dapat menjawab soalan peperiksaan awam dengan baik kerana apa yang dipelajari tidak sama dengan apa yang diajukan dalam peperiksaan.

Kedua, pengurusan rekod ini dapat memudahkan murid-murid mempelajari apa yang diajar. Dalam hal ini guru mesti membuat perancangan pelajaran sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran. Tugas ini menjadi kewajipan kepada semua guru tidak kira guru berpengalaman, guru cemerlang mahupun guru pakar. Hal ini kerana guru perlu bersedia lebih awal agar pencapaian kefahaman murid dapat mencapai tahap maksimum. Persediaan ini dilihat dapat membolehkan guru memastikan objektif dan isi pelajaran disusun mengikut keutamaan dan kefahaman murid lebih baik kerana murid memerlukan masa untuk memahami apa yang disampaikan. Dalam hal ini, guru yang efektif akan bijak menggabungjalinkan

Page 2: Mengapakah Guru Perlu Melaksanakan Pengurusan Rekod Murid Dengan Terancang Dan Berkesan

pengetahuan sedia ada serta pengetahuan baru yang akan dapat menambahkan kefahaman para pelajarnya. Bagi mengukuhkan lagi kefahaman mereka, guru boleh mengadakan aktiviti pengukuhan seperti refleksi pembelajaran yang ringkas mahupun aktiviti-aktiviti yang menarik seperti mana yang telah dirancang dalam buku rekod pengajaran.

Kesimpulannya, buku rekod pengajaran amat penting untuk dilaksanakan kerana ia mendatangkan impak yang besar dalam pengajaran dan pembelajaran khususnya bagi mencapai objektif yang ditetapkan serta memantapkan kefahaman murid.