Mengenalpasti tingkah laku bukan lisan.docx

5
7/25/2019 Mengenalpasti tingkah laku bukan lisan.docx http://slidepdf.com/reader/full/mengenalpasti-tingkah-laku-bukan-lisandocx 1/5 Mengenalpasti tingkah laku bukan lisan Tingkah lakubukan lisan atau lebihdikenali sebagaitingkah laku nonverbal merupakansatu perlakuanyangseringberlakudalam kehidupansehariankitaterutamabagi seorangguruyang berhadapan dengan pelbagai karenahmurid– muridnyadi dalam kelas mahupunketika melakukan aktiviti fizikal diluarbilikdarjah. Tingkahlakubukanlisanini bermaksud,suatuperlakuanyang diekspresikantanpameluahkannyadengankata–katatetapi di zahirkanmelalui perbuatan, mimik muka, kontakmata, penampilanpemakaiandiri danbahasatubuh. Menurut Kvreceus, W.C. (1945) mengatakan bahawaseseorangindividumempunyai pelbagai tingkahlakuyanghasilnyaadalah daripadamasalah psikologi. Antarafaktor psikologi yangmenyumbangkepadatingkahlakuini ialah apabila wujudnya emosi yang tidak gembira. Sama ada kita sedar ataupun tidak, tingkah laku bukan lisanini selaludilakukanberbandingbentuklisandantingkahlakubukanlisanini menggambarkan denganlebihtepat maksudatauhasrat yanginginditunjukkanolehseseorangkepadayanglain sebagai contoh, seseorangindividuitumungkinbolehberbohongdengankata–katanya, tetapi dari wajahriak air mukanyayang menyimpan rasasedih atautidak puas hati itu akanmudahtergambar dan dikenalpastioleh seseorang apabila individu itu mula menjauhkan diridan tidak mahu bercampur gaul denganrakan – rakan yang lain. Dalam profesionperguruan, paragurudidedahkandenganteori –teori yangberkaitandengan perkembangandanpendekatanyangsesuai untukmendekati murid–muridsekolahtidakkiralah sama ada jumlah murid tersebut banyak atau sedikit disesebuah sekolah. Menjadi tanggangungjawab guru tersebutuntuk mengenalpastitingkah laku bukan lisan yang sering digambarkan oleh muriddidalam kelassemasa sesi pengajaran danpembelajaran dijalankan. Aspek tingkah laku bukan lisan yang boleh diberikan perhatian oleh guru ialah darisegi menggunakangerakisyarat, bahasatubuh, ekspresi wajahdanekspresi mata, penggunaanobjek seperti pakaian, potongan rambut dan juga emosi. Setelahmengenal pasti ketiga–tigatingkahlakubukanlisanyangtelahditunjukkanolehmurid semasa sesi pengajarandan pembelajaran yangdijalankanseperti di bahagianpertama di atas, kini tibalahmasanyauntukmengupas kesandaripadaketiga–tigatingkahlakubukanlisanyangtelah dapat sayakenalpasti iyutadi. Pertama, apabilamuridtersebut melahirkan rasa marah dengan membuat memek mukayangtidak puas hati ataupun bersifat agresif yangbertujuan untuk mencari masalahataupunkepuasandalam dirinya seperti inginmembalas dendam kepadakawan–kawan mereka, ini akan memberi kesan negatif dari segi suasana pembelajaran yangtidakkondusif. Secara luarannya,apabila murid yang mengalamimasalah tingkah laku bukan lisan ini mengekpresikandirinya denganbergaduh, menendangkerusi dansebagainyaakanmenyebabkan keselamatanmurid–muridlainturut dalam bahayadansesi pengajarandanpembelajaranguru  juga turut terjejas. Kesan yangdialami ini sukar untuk dipulihkan keranaapabilasesuatu reaksi yang negatif telahditunjukkanini menyebabkanmurid–muridlainmenjadi takut danbolehmengundang kepada contohtauladanyang tidak baik kepadamurid sekelasnyayang lain. Kesankedua daripadatingkahlakubukan lisanmurid yangmenunjukkantanda– tandakemurungan ataupun termenung seorang diriinisemasa pengajaran dan pembelajaran diadakan boleh

Transcript of Mengenalpasti tingkah laku bukan lisan.docx

Page 1: Mengenalpasti tingkah laku bukan lisan.docx

7/25/2019 Mengenalpasti tingkah laku bukan lisan.docx

http://slidepdf.com/reader/full/mengenalpasti-tingkah-laku-bukan-lisandocx 1/5

Mengenalpasti tingkah laku bukan lisan

Tingkah laku bukan lisan atau lebih dikenali sebagai tingkah laku non verbal merupakan satu

perlakuan yang sering berlaku dalam kehidupan seharian kita terutama bagi seorang guru yang

berhadapan dengan pelbagai karenah murid – muridnya di dalam kelas mahupun ketika melakukan

aktiviti fizikal diluar bilik darjah. Tingkah laku bukan lisan ini bermaksud, suatu perlakuan yang

diekspresikan tanpa meluahkannya dengan kata – kata tetapi di zahirkan melalui perbuatan, mimik

muka, kontak mata, penampilan pemakaian diri dan bahasa tubuh. Menurut Kvreceus, W.C. (1945)

mengatakan bahawa seseorang individu mempunyai pelbagai tingkah laku yang hasilnya adalah

daripada masalah psikologi. Antara faktor psikologi yang menyumbang kepada tingkah laku ini ialah

apabila wujudnya emosi yang tidak gembira. Sama ada kita sedar ataupun tidak, tingkah laku bukan

lisan ini selalu dilakukan berbanding bentuk lisan dan tingkah laku bukan lisan ini menggambarkan

dengan lebih tepat maksud atau hasrat yang ingin ditunjukkan oleh seseorang kepada yang lain

sebagai contoh, seseorang individu itu mungkin boleh berbohong dengan kata – katanya, tetapi dari

wajah riak air mukanya yang menyimpan rasa sedih atau tidak puas hati itu akan mudah tergambar

dan dikenalpasti oleh seseorang apabila individu itu mula menjauhkan diri dan tidak mahubercampur gaul dengan rakan – rakan yang lain.

Dalam profesion perguruan, para guru didedahkan dengan teori – teori yang berkaitan dengan

perkembangan dan pendekatan yang sesuai untuk mendekati murid – murid sekolah tidak kiralah

sama ada jumlah murid tersebut banyak atau sedikit disesebuah sekolah. Menjadi

tanggangungjawab guru tersebut untuk mengenalpasti tingkah laku bukan lisan yang sering

digambarkan oleh murid didalam kelas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Aspek tingkah laku bukan lisan yang boleh diberikan perhatian oleh guru ialah dari segi

menggunakan gerak isyarat, bahasa tubuh, ekspresi wajah dan ekspresi mata, penggunaan objek

seperti pakaian, potongan rambut dan juga emosi.

Setelah mengenal pasti ketiga – tiga tingkah laku bukan lisan yang telah ditunjukkan oleh murid

semasa sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan seperti di bahagian pertama di atas, kini

tibalah masanya untuk mengupas kesan daripada ketiga – tiga tingkah laku bukan lisan yang telah

dapat saya kenalpasti iyu tadi. Pertama, apabila murid tersebut melahirkan rasa marah dengan

membuat memek muka yang tidak puas hati ataupun bersifat agresif yang bertujuan untuk mencari

masalah ataupun kepuasan dalam dirinya seperti ingin membalas dendam kepada kawan – kawan

mereka, ini akan memberi kesan negatif dari segi suasana pembelajaran yang tidak kondusif.

Secara luarannya, apabila murid yang mengalami masalah tingkah laku bukan lisan ini

mengekpresikan dirinya dengan bergaduh, menendang kerusi dan sebagainya akan menyebabkankeselamatan murid – murid lain turut dalam bahaya dan sesi pengajaran dan pembelajaran guru

 juga turut terjejas. Kesan yang dialami ini sukar untuk dipulihkan kerana apabila sesuatu reaksi yang

negatif telah ditunjukkan ini menyebabkan murid – murid lain menjadi takut dan boleh mengundang

kepada contoh tauladan yang tidak baik kepada murid sekelasnya yang lain.

Kesan kedua daripada tingkah laku bukan lisan murid yang menunjukkan tanda – tanda kemurungan

ataupun termenung seorang diri ini semasa pengajaran dan pembelajaran diadakan boleh

Page 2: Mengenalpasti tingkah laku bukan lisan.docx

7/25/2019 Mengenalpasti tingkah laku bukan lisan.docx

http://slidepdf.com/reader/full/mengenalpasti-tingkah-laku-bukan-lisandocx 2/5

menyebabkan guru sentiasa memberikan perhatian kepada murid ini kerana perhatian murid

terhadap isi pelajaran yang ingin disampaikan akan terganggu dengan sentiasa memanggil

namanya dan bertanyakan sama ada murid tersebut faham atau tidak terhadap apa yang dipelajari.

Prinsip seorang guru yang bertanggungjawab didalam kelas tersebut ialah beliau tidak boleh

menidakkan kehadiran muridnya yang berada didalam kelas untuk sama – sama mengikuti

pengajaran dan pembelajaran.yang telah dirancang. Guru perlu berusaha menangani masalah ini

dengan mempelbagaikan aktiviti yang boleh menarik perhatian muridnya supaya terlibat sama dan

kerjasama daripada murid yang lain untuk menjayakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini

membuktikan objektif pembelajaran dari aspek afektif yang disasarkan oleh guru tersebut kearah

yang positif dan tercapai. Murid yang murung ini sebenarnya mereka memberi kesan yang kecil

terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran didalam kelas. Kebanyakkan masalah tingkah laku lisan

ini banyak berlaku kepada murid di tahap satu kerana mereka masih dalam proses mempelajari,

menganalisis dan cuba untuk memahami apa yang diajarkan oleh guru. Sekiranya sesuatu isi

pelajaran tersebut berada pada aras kesukaran yang tinggi ini juga boleh menyebabkan mereka

hilang fokus dan mempunyai tanggapan “susah” terhadap apa yang disampaikan oleh guru. Apabila

tanggapan “susah” itu telah timbul dalam fikiran mereka, maka murid tersebut akan mulamengelamun, termenung dan menyendiri memikirkan perkara yang lebih menyeronokkan dalam

hidupnya.

Bagi masalah tingkah laku bukan lisan murid yang cuba menimbulkan permasalahan dengan tujuan

untuk menarik perhatian guru ini memberikan banyak kesan kepada proses pengajaran dan

pembelajaran guru ketika di dalam kelas. Perbuatan atau tingkah laku yang sering kita lihat iaitu

murid sentiasa keluar masuk kelas untuk pergi ke tandas ketika guru sedang mengajar boleh

menimbulkan gangguan kelancaran sesebuah pengajaran dan pembelajaran. Jika dianalisis secara

teliti khususnya bagi murid – murid yang berada di Tahap 1 iaitu Tahun 1, 2 dan 3, kekerapan murid

tersebut untuk keluar masuk kelas agak ketara kerana mereka mengganggap perkara ini adalahkebiasaan yang dilakukan walaupun pada hakikatnya, murid – murid ini hanya pergi ke tandas

sekadar untuk saja – saja dan berjalan mengelilingi sekolah. Ini menggambarkan murid lebih minat

terhadap aktiviti yang berada di luar bilik darjah berbanding p & p yang dijalankan oleh guru. Perkara

ini pernah berlaku ketika mula – mula saya menjalani praktikum. Pada asalnya murid yang ingin

pergi ke tandas adalah seramai 2 orang tetapi, selepas beberapa minit kemudian, beberapa orang

murid pula ingin pergi ke tandas. Secara tidak langsung, perlakuan murid tersebut sebenarnya telah

mengganggu kelancaran p & p di mana guru sentiasa menerima kunjungan murid yang hendak

pergi ke tandas sedangkan aktiviti p & p belum sempat dijalankan.

Selain itu, murid yang suka mengetuk – ngetuk meja dan membuat kerja lain ketika guru sedangmengajar juga memberi implikasi yang turut menjejaskan p & p guru. Apabila keadaan kelas bising

dengan murid – murid yang sengaja mengetuk dan menghentak – hentak meja tanpa sebab boleh

menyebabkan suasana p & p menjadi tidak selasa. Murid ini telah mengganggu rakan – rakan lain

yang ingin belajar dengan suasana yang tenang dan baik. Guru pula akan menjadi tidak selasa

dengan keadaan sebegini dan ianya boleh menimbulkan kemarahan guru sehingga “mood” sesuatu

p & p itu menjadi tidak seronok dan boleh menegangkan keadaan.

Page 3: Mengenalpasti tingkah laku bukan lisan.docx

7/25/2019 Mengenalpasti tingkah laku bukan lisan.docx

http://slidepdf.com/reader/full/mengenalpasti-tingkah-laku-bukan-lisandocx 3/5

Jika dilihat, kebosanan murid serta tidak menumpukan perhatian dengan sebaiknya semasa p & p

berjalan merupakan punca utama kepada sesuatu permasalahan dalam p & p. Masalah ini perlu

diatasi segera dan dilakukan secara berhikmah dan konsisten. Antara langkah – langkah

pencegahan yang boleh dilakukan supaya tingkah laku bukan lisan ini tidak berulang dalam proses p

& p guru lagi ialah memberikan peringatan serta peraturan yang jelas serta ringkas kepada murid

supaya mudah untuk difahami terhadap apa yang boleh dilakukan dan apa yang tidak boleh

dilakukan. Ketika guru sedang mengajar. Sebagai seorang guru, kita perlu sentiasa bersedia dengan

tindakan atau gerak balas murid yang berlaku tanpa diduga yang setiapnya mempunyai maksud

tersirat yang perlu dirungkai dan diambil perhatian oleh guru supaya murid sedar bahawa guru

tersebut mengambil perhatian terhadap dirinya dan dia tidak boleh berbuat sesuka hati kerana

perbuatan yang dinyatakan oleh guru sebagai perbuatan yang tidak baik tersebut perlu dikikis dan

tidak diamalkan lagi.

Guru juga boleh menarik perhatian murid dengan memperkenalkan sistem token, ganjaran atau

pujian kepada murid yang menampilkan tingkah laku yang positif dan baik. B.F Skinner (1953)

menegaskan konsep peneguhan merupakan salah satu keberkesanan yang boleh diperolehisemasa pengajaran dan pembelajaran dalam aspek bilik darjah. Sistem peneguhan ini juga boleh

diberikan kepada murid yang bermasalah supaya mereka timbul minat untuk mengikuti sesi p & p

guru kerana perhatian telah diberikan oleh guru terhadap mereka. Murid – murid yang menunjukkan

tingkah laku bukan lisan seperti membuat memek muka yang lain serta jelingan mata yang tidak

menunjukkan kepuasan dalam diri mereka ini memerlukan perhatian kasih sayang daripada guru.

Tidak semestinya dengan memberi token dan pujian tetapi guru juga boleh melakukan sesi

perbincangan atau kaunseling terhadap murid tersebut secara tidak langsung. Hubungan

kepercayaan dan rasa kasih sayang yang ditunjukkan oleh guru sudah cukup menggambarkan guru

tersebut prihatin terhadap masalah tingkah laku bukan lisan yang dilakukan oleh murid ini. Murid

perlu dibimbing dengan sebaiknya supaya mereka menyedari setiap perbuatan yang dizahirkanmencerminkan keperibadian diri mereka sebagai seorang murid.

Langkah pencegahan yang ketiga yang boleh dilakukan oleh guru ialah dengan memberikan kata –

kata semangat yang boleh meransang murid – murid untuk terus belajar dan menarik perhatian

mereka untuk terlibat sama dalam aktiviti guru. Secara teorinya, murid yang menerima aura atau

terdedah dengan persekitaran yang positif dan baik akan melahirkan ciri – ciri yang baik serta

harmoni. Begitulah juga apabila murid ini berada didalam kelas semasa guru sedang mengajar,

murid yang mempunyai masalah tingkah laku bukan lisan ini perlu sentiasa diberikan perhatian dan

kata – kata semangat yang positif barulah mereka akan berubah kearah kebaikan. Jika dilihat,

kebanyakkan murid – murid di masa kini mudah terikut – ikut dengan budaya yang tidak baik lebih –lebih lagi jika budaya ini dibawa melalui pengaruh rakan sebaya atau rakan sekelas. Guru perlu bijak

menggunakan masa yang ada didalam kelas bukan sekadar untuk mengajar tetapi mengenali

muridnya dengan bertanya beberapa soalan tentang apakah perasaannya apabila datang ke

sekolah ataupun mungkin boleh bertanyakan apakah makanan kegemaran mereka. Jika terdapat

murid yang tidak memberikan jawapan kepada guru, hendaklah dielakkan daripada memaksa murid

tersebut. Berilah masa yang secukupnya untuk murid tersebut menerima apa yang sedang

dilaluinya. Proses memahami dan menerima ini adalah satu proses yang berterusan dan setiap

Page 4: Mengenalpasti tingkah laku bukan lisan.docx

7/25/2019 Mengenalpasti tingkah laku bukan lisan.docx

http://slidepdf.com/reader/full/mengenalpasti-tingkah-laku-bukan-lisandocx 4/5

perbuatan yang dilakukan oleh guru hendaklah istiqamah iaitu sentiasa berterusan diamalkan

supaya contoh tauladan yang baik dapat dilihat oleh murid.

Tingkah laku bukan lisan atau non verbal ini memerlukan gaya atau teknik pendekatan yang berbeza

kerana murid – murid yang mengalami masalah tingkah laku ini mempunyai persepsi yang tersendiri

dan apa yang dizahirkan oleh mereka melalui tindakan gerak balas ini adalah sesuatu yang jujur dan

ianya tidak dapat ditandingi dengan kata – kata. Mungkin kata – kata itu boleh menipu dan

menyembunyikan diri mereka tetapi dari segi luaran iaitu memek muka, perlakuan, bahasa badan

dan cara berjalan mahupun pandangan mata jelas menggambarkan apa yang mereka sedang lalui.

Oleh itu, langkah pencegahan seterusnya yang boleh dilakukan oleh guru ialah dengan membina

hubungan baik terhadap ibu bapa. Ibu bapa merupakan sumber utama bagi seorang guru untuk

mendapatkan maklumat berkaitan dengan murid. Didalam teori Personaliti Karan Horney (1950),

beliau menekankan tentang hubungan awal antara ibu bapa dan anak sebagai faktor penting dalam

perkembangan personaliti seseorang individu. Membina hubungan yang baik seperti yang

dimaksudkan ialah dengan berbincang dan berjumpa bersama ibu bapa murid yang terlibat untuk

mengenalpasti dan merekod setiap perkembangan yang dilalui oleh murid semasa mereka beradadirumah. Terdapat ibu bapa yang merasa terkejut dengan respon yang diberikan oleh guru terhadap

anak – anak mereka di sekolah. Menurut Bronfenbrenner (1979), tingkah laku yang dipelajari dari

rumah dalam konteks ibu bapa dan anak akan terbawa – bawa ke sekolah dan digunakan dalam

menjalankan hubungan dengan rakan sebaya. Kesan daripada persekitaran rumah merupakan

faktor utama didalam kajian tentang kanak – kanak dan remaja untuk mereka cenderung bergaul

dengan sistem lain dalam kehidupan mereka (Jackson & Fondacaro,1999). Tingkah laku murid ini

akan berubah mengikut perasaan dan tanggapan mereka terhadap sesuatu. Guru boleh

berkolaborasi dengan ibu bapa untuk memantau dan menggunakan pendekatan yang sesuai bagi

mendekati dan menyelami permasalahan murid ini supaya tingkah laku bukan lisan yang sukar

untuk diatasi tanpa mengetahui asal usul mereka atau latar belakang kehidupannya boleh ditanganidengan sebaiknya. Apabila guru telah mengetahui tentang perangai dan tingkah laku verbal

mahupun non verbal murid terbabit, maka perancangan yang sistematik terhadap pendekatan

dalam proses p & p perlu dirancang dengan sebaiknya. Pendekatan guru hendaklah secara

holistik dan lebih berpaksikan kepada murid ketika merancang aktiviti. Ini bertujuan untuk

menggalakkan murid untuk lebih melibatkan diri dalam p & p guru.

Langkah pencegahan yang disebut di atas mempunyai kaitan dengan langkah pencegahan yang

terakhir iaitu mengadakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran kepada murid didalam kelas secara

koperatif. Tujuan diadakan secara koperatif ialah supaya murid – murid dapat menglibatkan diri

secara terus didalam aktviti sama ada secara berpasangan ataupun berkumpulan. Apabila muridyang mempunyai masalah tingkah laku bukan lisan ini terlibat sama didalam aktiviti berbentuk

koperatif seperti berlakon dala kumpulan, menyanyi bersama kawan – kawan dan banyak lagi,

sebenarnya proses penerimaan dan perubahan sikap serta tingkah laku ini sedang berlangsung.

Cara pemikiran murid – murid ini didalam kumpulan nya masing – masing adalah sama cuma cara

bertindak adalah mengikut apa yang pernah mereka alami dalam kehidupan seharian. Jika murid

yang kurang memberikan perhatian dan sentiasa mengetuk – ngetuk meja didalam kelas, guru boleh

memanggilnya dan membina beberapa kumpulan untuk melakukan aktiviti seperti permainan

Page 5: Mengenalpasti tingkah laku bukan lisan.docx

7/25/2019 Mengenalpasti tingkah laku bukan lisan.docx

http://slidepdf.com/reader/full/mengenalpasti-tingkah-laku-bukan-lisandocx 5/5

bahasa, pertandingan mencari harta karun ataupun berlakon dihadapan kelas dengan meniru gaya

yang ditunjukkan oleh guru. Murid yang terlibat dalam aktiviti secara langsung akan menjauhkan diri

mereka daripada mudah bosan dan melakukan perkara yang tidak diingini. Disinilah peranan yang

sangat penting yang perlu dimainkan oleh seorang guru untuk menjadikan sesuatu p & p yang

dirancang menjadi lebih kreatif dan efisien untuk murid – muridnya. Guru yang cemerlang adalah

guru yang sentiasa berusaha mencari jalan penyelesaian kepada masalah yang timbul dan

bukannya meletakkan masalah itu sebagai satu beban.

Dengan langkah – langkah pencegahan yang dibincangkan ini diharapkan ianya dapat dimanfaatkan

oleh guru dalam menghadapi suasana murid yang sentiasa berubah dari segi perasaan dan

tanggapan mereka kerana ingatlah bahawa, mereka semua ini ibarat sehelai kain putih, gurulah

yang mencorakkan acuan masa depan dan tingkah laku murid yang baik untuk dijadikan sebagai

modal insan yang berguna kepada keluarga, masyarakat, agama dan juga negara.

RUJUKAN

Horney ,K (1950 ). Neurosis and Human Growth ,The Struggle Toward Self-

Realization. New York: Norton

Kvreceus, W. C. (1945). Jurvinile Delinquency and The School. New York: World

Book Co.

Skinner B. F. (1971). Beyong freedom and diginity. London: Jonathan Capec.