Menjaga Keluarga Saya - pa.gov.sg · PDF file• Program penjagaan anak yang inklusif bagi...

20
PERSATUAN RAKYAT 1 Dikemas kini pada 2 Januari 2018 Menjaga Keluarga Saya Tanyalah saya! Bolehkah saya mendapat subsidi bagi penjagaan anak? Bagaimana saya boleh membayar flat HDB saya? Bagaimana untuk mengurangkan perbelanjaan harian?

Transcript of Menjaga Keluarga Saya - pa.gov.sg · PDF file• Program penjagaan anak yang inklusif bagi...

Page 1: Menjaga Keluarga Saya - pa.gov.sg · PDF file• Program penjagaan anak yang inklusif bagi kanak-kanak dengan keperluan khas. Program Intervensi Awal Bayi dan Kanak-Kanak (EIPIC)

PERSATUAN RAKYAT 1Dikemas kini pada 2 Januari 2018

Menjaga Keluarga Saya

Tanyalah saya!

Bolehkah saya mendapat subsidi bagi penjagaan anak?

Bagaimana saya boleh membayar flat HDB saya?

Bagaimana untuk mengurangkan perbelanjaan harian?

Page 2: Menjaga Keluarga Saya - pa.gov.sg · PDF file• Program penjagaan anak yang inklusif bagi kanak-kanak dengan keperluan khas. Program Intervensi Awal Bayi dan Kanak-Kanak (EIPIC)

2 MENJAGA KELUARGA SAYA

MEMPERBAIKI PERJALANAN HIDUP

Mem

perbaiki Perjalanan Hidup TANYALAH KAKI-KAKI KOPI!

* kaki – Rakan baik dalam Bahasa Selanga Melayu

Ken dan kaki-kakinya * amat dikenali di kawasan kejiranannya kerana senyuman mesra dan sembangnya yang ceria yang dapat membuat semua berasa selesa. Ken selalu berkongsi dengan orang ramai mengenai perkara-perkara terkini, dan jika anda memerlukan bantuan, beliaulah orang yang boleh membantu. Beliau seorang yang boleh diharap dan mengetahui semua lubang, panduan dan kenalan yang boleh membantu anda memulakan setiap peringkat kehidupan anda dengan berbekalkan pengetahuan dan kebijaksanaan. Malah, beliau turut berkongsi mengenai skim-skim pemerintah yang boleh memanfaatkan anda dengan cara yang mudah dan cepat!

Seperti orang lain, Ken juga telah mengalami pelbagai rintangan kehidupan, tetapi melalui pengalamannya, dia tahu bahawa ramai yang boleh membantu, seperti kaki-kaki yang dipercayainya. Anda hanya perlu tahu ke mana untuk dituju dan kepada siapa untuk bertanya. Jadi, jika anda memerlukan bantuan dan sokongan, tanya sahaja Ken dan kaki-kakinya!

Tidak kira di peringkat mana kehidupan anda sekarang – sama ada anda bakal berkahwin, memulakan sebuah keluarga, menjaga ibu bapa yang sudah tua, mencari pekerjaan baru, merancang untuk persaraan – sokongan dan bantuan yang sewajarnya boleh menjadikan perjalanan hidup lebih lancar.

Dalam siri buku kecil ini, anda boleh mendapatkan panduan ringkas dan gambaran yang luas mengenai dasar-dasar pemerintah dan skim-skim yang berkaitan dengan isu-isu kehidupan seperti penjagaan kesihatan, perumahan, pengangkutan dan pendidikan supaya anda lebih maklum untuk memulakan peringkat kehidupan seterusnya, menangani cabaran-cabaran yang tidak dijangka dan dapat peluang-peluang yang sesuai untuk terus maju.

Terdapat tiga buku kecil dalam siri ini:Maju Dalam Kerjaya SayaMenjaga Keluarga SayaMenjaga Warga Emas Kita

Dapatkan naskah anda di Balai Rakyat/Kelab Masyarakat (CC) atau Pusat Jawatankuasa Penduduk (RC) anda yang terdekat.

Page 3: Menjaga Keluarga Saya - pa.gov.sg · PDF file• Program penjagaan anak yang inklusif bagi kanak-kanak dengan keperluan khas. Program Intervensi Awal Bayi dan Kanak-Kanak (EIPIC)

PERSATUAN RAKYAT 3

MENYOKONG ANDA, DALAM SETIAP LANGKAH

Membina keluarga tanpa banyak kebimbangan Ms6

Dapatkan bantuan untuk perbelanjaan harian anda Ms13

Berikan yang terbaik kepada anak-anak anda Ms7

Membina rumah anda yang pertama tanpa beban kewangan Ms4

• Skim-skim keutamaan untuk flat-flat HDB baru• Geran-geran Perumahan CPF • Geran Permulaan Baru Memiliki Rumah

• Bonus Bayi dan Geran Langkah Pertama• Subsidi-subsidi pra-sekolah dan Edusave• Konsesi pas pengangkutan untuk pelajar

Nikmati sokongan tambahan Ms18

• Pelepasan Isteri/Suami• Pelepasan Anak untuk Ibu yang Bekerja

• Skim Bantuan Kesihatan Masyarakat

• Baucar-baucar GST• ComCare

• Pakej Kehamilan Medisave• Sokongan untuk kehamilan berbantu

Kand

unga

n

Page 4: Menjaga Keluarga Saya - pa.gov.sg · PDF file• Program penjagaan anak yang inklusif bagi kanak-kanak dengan keperluan khas. Program Intervensi Awal Bayi dan Kanak-Kanak (EIPIC)

4 MENJAGA KELUARGA SAYA

Rumahku, Syurgaku

Membina rumah anda yang pertama tanpa beban kewangan

Adakah terdapat bantuan untuk golongan bujang?

Sudah tentu. Anda tidak akandibiarkan keseorangan!

Geran Perumahan CPF untuk Golongan Bujang• Golongan bujang yang berusia sekurang-kurangnya 35 tahun yang membeli flat HDB

jualan semula boleh menerima Geran untuk Golongan Bujang sebanyak $25,000.

• Pemohon Geran untuk Golongan Bujang yang berpendapatan rendah hingga pertengahan boleh menerima Geran Perumahan CPF Tambahan dari $2,500 hingga $20,000.

RUMAHKU, SYURGAKU

Skim Keutamaan Keluarga Berangkai• Bagi anak-anak yang sudah berkahwin dan ibu bapa mereka yang ingin tinggal dalam kawasan

projek BTO yang sama.

Skim Bantuan untuk Pemohon Kali Kedua (ASSIST)• Bagi pemohon kali kedua (sudah bercerai atau balu yang mempunyai anak) yang ingin

berpindah ke flat yang lebih kecil.

Skim Keutamaan Penyewa• Untuk penyewa-penyewa kali pertama dan kedua di flat-flat sewa yang ingin memiliki

rumah sendiri.

Buat permohonan untuk flat baru melalui salah satu daripada skim-skim keutamaan yang disenarai-kan di bawah bagi mempertingkatkan peluang anda mendapat nombor giliran untuk memilih flat.

Skim-skim keutamaan bagi permohonan untuk Flat-flat HDB Baru

Skim Keutamaan Ibu bapa• Bagi pasangan suami isteri yang mempunyai anak

dan merupakan pemohon kali pertama.

Skim Keutamaan Anak Yang Sudah Berumahtangga• Bagi anak-anak yang sudah berkahwin dan tinggal

bersama-sama atau dalam estet perumahan yang sama atau yang berdekatan dengan ibu bapa mereka.

Skim Keutamaan Anak Ketiga• Bagi keluarga yang mempunyai lebih daripada dua

orang anak.

Page 5: Menjaga Keluarga Saya - pa.gov.sg · PDF file• Program penjagaan anak yang inklusif bagi kanak-kanak dengan keperluan khas. Program Intervensi Awal Bayi dan Kanak-Kanak (EIPIC)

PERSATUAN RAKYAT 5

Geran Perumahan Permulaan Baru • Bagi keluarga pemohon kali kedua yang mempunyai anak kecil dan tinggal di flat sewa,

yang ingin memiliki rumah sekali lagi.

• Ibu bapa berusia 35 ke atas tetapi di bawah 55 tahun dan mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak warga Singapura yang berusia di bawah 16 tahun.

• Flat Fleksi 2 bilik dengan pilihan tempoh pajakan antara 45 hingga 65 tahun.

• Keluarga boleh menerima geran sehingga $35,000 bagi flat yang dibeli dengan tempoh pajakan selama 60 tahun atau 65 tahun.

Geran Perumahan CPF Tambahan (AHG)• Dapatkan sehingga $40,000 jika pendapatan purata kasar bulanan isi rumah anda untuk

12 bulan tidak melebihi $5,000.

Geran Perumahan CPF Khas• Dapatkan antara $5,000 hingga $40,000 selain daripada AHG jika pendapatan gabungan

bulanan isi rumah anda selama 12 bulan tidak melebihi $8,500. Bagi keluarga pemohon kali pertama yang membeli flat 2 hingga 4 bilik di estet tidak matang.

Skim Tokokan Geran Perumahan CPF• Bantuan kewangan untuk golongan bujang yang pernah menerima Geran Perumahan

CPF untuk Golongan Bujang, dan mempunyai anak atau pasangan baru yang merupakan Warga Singapura atau Penduduk Tetap Singapura.

• Pendapatan bulanan purata isi rumah tidak boleh melebihi $12,000. Rum

ahku

, Syu

rgak

u

HDB: 6490 1111 www.hdb.gov.sg

HDB: 1800 225 5432 www.hdb.gov.sg

Geran Perumahan Berhampiran• Bagi keluarga yang membeli flat jualan semula untuk tinggal

bersama-sama atau berdekatan dengan keluarga mereka. Golongan bujang layak menikmati geran ini jika mereka membeli flat jualan semula bersama

dengan ibu bapa mereka.• Keluarga menerima geran sebanyak $20,000 manakala golongan bujang menerima

geran $10,000.

Geran CPF untuk Keluarga• Bergantung kepada jenis flat, pemohon kali pertama isi rumah

warga Singapura yang layak boleh menerima antara $30,000 dengan $50,000 apabila membeli flat jualan semula.

Geran-Geran Perumahan untukMembeli Flat Jualan Semula

Geran-Geran Perumahan untukMembeli Flat HDB Baru

Page 6: Menjaga Keluarga Saya - pa.gov.sg · PDF file• Program penjagaan anak yang inklusif bagi kanak-kanak dengan keperluan khas. Program Intervensi Awal Bayi dan Kanak-Kanak (EIPIC)

6 MENJAGA KELUARGA SAYA

Merancang U

ntuk Mendapat Anak

Membina keluarga tanpa banyak kebimbangan

Pakej Kehamilan Medisave• Ibu bapa boleh mengeluarkan wang Medisave mereka sehingga $900

untuk perbelanjaan perubatan sebelum bersalin. Mereka juga boleh menggunakan sehingga $450 bagi setiap hari pesakit dimasukkan ke hospital, dan had pengeluaran pembedahan tambahan antara $750 dengan $2,150 bergantung pada jenis prosedur bersalin.

Medisave untuk Prosedur Kehamilan Berbantu (ACP)• Prosedur Kehamilan Berbantu (ACP) seperti rawatan Teknologi Reproduktif Berbantu (ART)

boleh membantu pasangan yang mengalami kesukaran mendapatkan anak.

• Pasangan boleh mengeluarkan sehingga $6,000, $5,000 dan $4,000 daripada akaun Medisave mereka bagi anak pertama, kedua dan ketiga dan kitaran yang seterusnya, sehingga $15,000 sepanjang hayat mereka.

Skim Pembiayaan Bersama yang Dipertingkatkan bagi Rawatan Teknologi Reproduktif Berbantu (ART) di Hospital Awam• Termasuk persenyawaan in-vitro yang mungkin dapat membantu pasangan yang

memerlukan bantuan perubatan untuk mendapatkan anak.

• Pasangan yang layak yang mendapatkan rawatan ART di hospital awam boleh menerima sehingga 75% secara pembiayaan bersama (sehingga $6,300 bagi setiap kitaran) daripada Pemerintah, dihadkan kepada 3 kitaran ART segar dan 3 kitaran ART beku.

MERANCANG UNTUK MENDAPAT ANAK

Pakej Perkahwinan dan Keibubapaan: 1800 227 1188

www.heybaby.sg

Anggota-anggota Perkhidmatan Negara akan menerima baucar $100 apabila mereka berkahwin atau menimang cahaya mata!

MINDEF: 1800 367 6767www.mindef.gov.sg

Dengan adanya skim-skim sokongan ini, saya boleh mulakan perjalanan membina keluarga saya dengan fikiran yang lebih tenang.

Page 7: Menjaga Keluarga Saya - pa.gov.sg · PDF file• Program penjagaan anak yang inklusif bagi kanak-kanak dengan keperluan khas. Program Intervensi Awal Bayi dan Kanak-Kanak (EIPIC)

PERSATUAN RAKYAT 7

Perlindungan MediShield Hayat Sejak Lahir• Semua bayi Warga Singapura akan secara automatik diberi perlindungan MediShield Hayat

sejak lahir, termasuk bayi-bayi yang dilahirkan dalam keadaan kongenital dan neonatal, sepanjang hayat.

Mem

besa

r

MEMBESARMemberikan yang terbaik kepada anak-anak anda

Geran Medisave untuk Bayi yang Baru Lahir• Semua bayi Warga Singapura akan menerima geran $4,000 dalam akaun

Medisave mereka secara automatik, untuk membantu membiayai kos perbelanjaan penjagaan kesihatan, vaksinasi kanak-kanak yang disyorkan dan premium MediShield Hayatnya.

MSF (Baby Bonus): 1800 253 7707

www.babybonus.msf.gov.sg

MOH (MediShield Life): 1800 222 3399

www.medishieldlife.sg

Apakah faedah yang boleh bayi saya dapat?

Pakej Perkahwinan dan Keibubapaan: 1800 227 1188

www.heybaby.sg

Skim Bonus Bayi meringankan kos kewanganuntuk membesarkan anak-anak anda. Di sini ada panduan mudah: hanya ada dua bahagian bagi skim ini. Senang Sangat!

Skim Bonus Bayi - Hadiah Tunai• Hadiah wang tunai membantu pasangan membiayai kos awal penjagaan dan membesarkan

anak mereka yang baru lahir. Skim ini boleh digunakan secara fleksibel.

- $8,000 bagi setiap anak pertama dan kedua (dilahirkan pada atau selepas 1 Januari 2015).

- $10,000 bagi setiap anak ketiga dan seterusnya (dilahirkan pada atau selepas 1 Januari 2015).

Skim Bonus Bayi - Akaun Pembangunan Anak (CDA) • Ini merupakan akaun simpanan istimewa. Simpanan yang dimasukkan ke dalam akaun

tersebut oleh ibu bapa akan dipadankan oleh Pemerintah dengan jumlah yang sama, sehingga had yang telah ditentukan.

- Anak warga Singapura yang layak yang dilahirkan dari 24 Mac 2016 akan menerima geran Langkah Pertama CDA sebanyak $3,000.

- Ibu bapa yang terus menyimpan wang melebihi geran Langkah Pertama CDA akan menerima padanan dengan jumlah yang sama antara $3,000 hingga $15,000, bergantung kepada susunan kelahiran anak.

Page 8: Menjaga Keluarga Saya - pa.gov.sg · PDF file• Program penjagaan anak yang inklusif bagi kanak-kanak dengan keperluan khas. Program Intervensi Awal Bayi dan Kanak-Kanak (EIPIC)

8 MENJAGA KELUARGA SAYA

Mem

besar

Pelbagai skim telah disediakan untuk membantu kita di setiap peringkat kehidupan anak kita.

Subsidi untuk Pusat Penjagaan Bayi dan Kanak-Kanak• Subsidi untuk ibu bapa yang mempunyai anak-anak Warga Singapura yang berdaftar di

pusat penjagaan kanak-kanak berlesen. Subsidi asas sehingga $600 untuk penjagaan bayi dan sehingga $300 untuk penjagaan kanak-kanak.

• Subsidi tambahan bagi keluarga yang mempunyai ibu yang bekerja, dengan pendapatan kasar isi rumah bulanan tidak melebihi $7,500 atau pendapatan per kapita tidak melebihi $1,875.

Skim Bantuan Yuran Tadika• Bantuan yuran untuk memastikan pendidikan tadika kekal mampu untuk kanak-kanak dari

keluarga berpendapatan rendah dan pertengahan.

• Keluarga dengan pendapatan kasar isi rumah bulanan tidak melebihi $6,000 atau pendapatan per kapita tidak melebihi $1,500 akan menerima bantuan yuran sehingga $170 (tidak termasuk GST) setiap bulan.

ECDA: 6735 9213

www.ecda.gov.sg

SG Enable: 1800 8585 885

www.sgenable.sg

Program Jagaan Kanak-Kanak Bersepadu • Program penjagaan anak yang inklusif bagi kanak-kanak dengan keperluan khas.

Program Intervensi Awal Bayi dan Kanak-Kanak (EIPIC)• Melengkapkan kanak-kanak berusia tidak melebihi 6 tahun yang

mengalami ketidakupayaan tahap sederhana hingga tahap teruk dengan kemahiran-kemahiran moto, berkomunikasi, bersosial dan bantu diri.

Program Sokongan Pembangunan• Program intervensi awal untuk kanak-kanak pra-sekolah yang

mempunyai keperluan pembangunan tahap sederhana. Subsidi pemerintah yang lebih tinggi disediakan untuk keluarga yang memerlukan lebih banyak bantuan.

Penjagaan bagi Bayi dan Anak Kecil

Page 9: Menjaga Keluarga Saya - pa.gov.sg · PDF file• Program penjagaan anak yang inklusif bagi kanak-kanak dengan keperluan khas. Program Intervensi Awal Bayi dan Kanak-Kanak (EIPIC)

PERSATUAN RAKYAT 9

Subsidi Penjagaan Pelajar ComCare• Bagi pelajar Warga Singapura atau Penduduk Tetap (sekurang-kurangnya seorang ahli

keluarga terdekat di rumah yang sama adalah Warga Singapura) yang berumur 7 hingga 14 tahun, yang berdaftar di sebuah Pusat Penjagaan Pelajar yang berdaftar.

• Subsidi untuk keluarga dengan pendapatan kasar isi rumah bulanan yang tidak melebihi $4,000, atau yang mempunyai pendapatan per kapita tidak melebihi $1,000 sebulan.

MSF (ComCare): 1800 222 0000

www.comcare.sg

Mem

besa

r

Dermasiswa Merit Edusave• Bergantung kepada peringkat, para pelajar akan menerima antara $200 dengan $500.

• Bagi pelajar warga Singapura yang menuntut di sekolah dan maktab rendah/institusi berpusat yang dibantu Pemerintah.

• Pelajar dalam lingkungan 25% terbaik bagi setiap peringkat dengan pendapatan kasar bulanan tidak melebihi $6,000, atau pendapatan isi rumah per kapita tidak melebihi $1,500 sebulan.

Sekolah anak

Biasiswa Edusave• Bagi pelajar warga Singapura dalam lingkungan 10% terbaik di peringkat mereka

berdasarkan keputusan peperiksaan sekolah keseluruhan bagi tahun tersebut. Bergantung kepada peringkat, para pelajar akan menerima $350 atau $500.

Sumbangan Edusave• Menyediakan sumber bagi aktiviti pengayaan sekolah untuk pelajar warga Singapura bagi

membantu mereka cemerlang dalam bidang akademik dan bukan akademik. Sumbangan dilakukan secara automatik.

Skim Bantuan Kewangan• Bagi pelajar Warga Singapura dengan pendapat kasar isi rumah bulanan yang tidak melebihi

$2,500, atau yang mempunyai pendapatan per kapita tidak melebihi $625 sebulan.

• Termasuk pengecualian yuran sekolah, yuran sampingan tetap dan yuran peperiksaan, buku teks dan kos seragam sekolah, dan lain-lain.

Penjagaan bagi Kanak-kanak yang Bersekolah

Peringkat Sumbangan Tahunan bagi Setiap Pelajar

Rendah $200

Menengah $240

Page 10: Menjaga Keluarga Saya - pa.gov.sg · PDF file• Program penjagaan anak yang inklusif bagi kanak-kanak dengan keperluan khas. Program Intervensi Awal Bayi dan Kanak-Kanak (EIPIC)

10 MENJAGA KELUARGA SAYA

Mem

besar

Pas Konsesi Perjalanan• Pas konsesi perjalanan bagi pelajar dari peringkat Rendah sehingga Universiti, dan Anggota

Perkhidmatan Negara

* Termasuk pelajar yang layak yang belajar di Institusi Pendidikan Swasta yang berdaftar dengan Majlis Pendidikan Swasta, atau pelajar yang belajar di rumah yang mengambil peperiksaan peringkat GCE ‘N’, ‘O’ atau ‘A’, atau kelayakan ijazah Sarjana Muda Antarabangsa

Dermasiswa MOE bagi Institusi Pendidikan Pos-menengah• Layak untuk semua pelajar warga Singapura dalam lingkungan 25% terbaik bagi setiap

peringkat dengan pendapatan kasar bulanan tidak melebihi $9,000, atau pendapatan isi rumah per kapita tidak melebihi $2,250 sebulan.

• Bergantung kepada peringkat, para pelajar akan menerima antara $350 dengan $2,700.

TransitLink: 1800 2255 663

www.transitlink.com.sg Kanak-kanak di bawah usia 7 tahun boleh menggunakan perkhidmatan bas asas, perkhidmatan bas ekspres dan kereta api secara percuma.

Dermasiswa CDC/CCC

• Warga Singapura yang menuntut di ITE, Politeknik dan Universiti yang dibiayai dana awam.

• Bagi para pelajar dengan pendapatan kasar isi rumah bulanan tidak melebihi $4,000, atau pendapatan isi rumah per kapita tidak melebihi $1,000 sebulan.

• Bergantung kepada institusi, para pelajar akan menerima antara $1,050 hingga $4,000.

Perjalanan tanpa had bagi perkhidmatan

bas asas

Perjalanan tanpa had

bagi kereta api

Perjalanan tanpa had bagi perkhidmatan bas

asas dan kereta api

Pelajar sekolah rendah $22.50 $20.00 $41.00

Pelajar sekolah menengah (termasuk JC/ITE)

$27.50 $25.00 $51.00

Pelajar Diploma sepenuh masa*

$27.50 $25.00 $51.00

Pelajar Universiti sepenuh masa*

$52.00 $45.00 $85.00

Anggota Perkhidmatan Negara sepenuh masa

$52.00 $45.00 $85.00

Sekolah anak

Page 11: Menjaga Keluarga Saya - pa.gov.sg · PDF file• Program penjagaan anak yang inklusif bagi kanak-kanak dengan keperluan khas. Program Intervensi Awal Bayi dan Kanak-Kanak (EIPIC)

PERSATUAN RAKYAT 11

Skim

Cut

i

Kami sudah pun berkeluarga. Jadi, alangkah baiknya jika kami boleh menghabiskan lebih banyak masa dengan anak-anak kami.

Sebagai Abang Kopi yang diambilbekerja, saya sentiasa ingin tahumengenai skim-skim cuti keluarga.Anak-anak kami masih kecil dan masa berlalu begitu pantas. Saya ingin melihat mereka membesar – sementara mereka masih comel!

Cuti Bersalin yang Dibayar Pemerintah (GPML)• Para ibu yang bekerja dan baru melahirkan anak warga Singapura, boleh menikmati GPML

selama 16 minggu.

Cuti Bapa yang Dibayar Pemerintah (GPPL)• Para bapa yang bekerja yang mempunyai seorang anak warga Singapura di bawah usia 12

bulan atau merupakan bapa angkat seorang anak di bawah usia 12 bulan, boleh menikmati GPPL selama 2 minggu.

• Mulai 1 Julai 2017, para bapa yang bekerja yang mempunyai seorang anak warga Singapura di bawah usia 12 bulan boleh berkongsi sehingga 4 minggu daripada 16 minggu cuti bersalin isteri mereka, tertakluk kepada persetujuan isteri mereka.

Cuti yang Dikongsi Ibu Bapa (SPL)• Mulai 1 Julai 2017, bapa yang bekerja yang mempunyai seorang anak warga Singapura di

bawah usia 12 bulan boleh berkongsi sehingga 4 minggu daripada 16 minggu cuti bersalin isteri mereka, tertakluk kepada persetujuan isteri mereka.

Skim Cuti bagi Ibu bapa Bekerja

Skim Cuti Dibayar Kerajaan: 1800 253 4757

www.profamilyleave.gov.sg

Page 12: Menjaga Keluarga Saya - pa.gov.sg · PDF file• Program penjagaan anak yang inklusif bagi kanak-kanak dengan keperluan khas. Program Intervensi Awal Bayi dan Kanak-Kanak (EIPIC)

12 MENJAGA KELUARGA SAYA

Skim Cuti

Skim Cuti Dibayar Pemerintah: 1800 253 4757

www.profamilyleave.gov.sg

Cuti Anak Angkat yang Dibayar Pemerintah (GPAL)• Mulai 1 Julai 2017, para ibu angkat yang bekerja yang mempunyai anak di bawah usia

12 bulan layak memanfaat GPAL selama 12 minggu untuk menjaga anak angkat mereka.

Faedah Bagi Ibu Bersalin yang Dibayar Pemerintah (GPMB)• Para ibu yang bekerja layak untuk memanfaatkan GPMB jika mereka bekerja selama

sekurang-kurangnya 90 hari dalam tempoh 12 bulan sebelum tarikh lahir anak warga Singapura mereka.

Cuti Penjagaan Anak Berbayar Pemerintah • Ibu bapa yang bekerja yang mempunyai anak bongsu berusia bawah 7 tahun layak

mendapatkan sehingga 6 hari cuti penjagaan anak berbayar dalam tempoh 12 bulan.

Lanjutan Cuti Penjagaan Anak (ECL)• Para ibu atau bapa yang bekerja yang mempunyai anak bongsu warga Singapura berusia

di antara 7 dan 12 tahun, boleh menikmati ECL selama 2 hari.

Cuti Penjagaan Bayi Tidak Berbayar• Para ibu atau bapa yang bekerja yang mempunyai anak berusia di bawah 2 tahun,

boleh menikmati cuti penjagaan bayi tidak berbayar selama 6 hari.

• Tambahan 4 minggu cuti tidak berbayar bagi pegawai perkhidmatan awam, yang perlu dimanfaatkan ketika anak berusia satu tahun ke bawah. (program perintis selama 3 tahun).

Page 13: Menjaga Keluarga Saya - pa.gov.sg · PDF file• Program penjagaan anak yang inklusif bagi kanak-kanak dengan keperluan khas. Program Intervensi Awal Bayi dan Kanak-Kanak (EIPIC)

PERSATUAN RAKYAT 13

Hid

up S

enan

g

HIDUP SENANGDapatkan bantuan untuk perbelanjaan harian anda

Skim Bantuan Kesihatan Masyarakat (CHAS)• Warga Singapura boleh mendapat subsidi untuk rawatan perubatan

dan pergigian di klinik-klinik Pengamal Perubatan Am (GP) dan klinik pergigian berhampiran rumah mereka yang turut serta dalam skim ini. Subsidi tambahan diberikan untuk perkhidmatan dan ubat-ubatan di Klinik Pakar Pesakit Luar (SOC) dan poliklinik.

Kriteria Kelayakan CHAS Biru Jingga

Pendapatan bulanan isi rumah bagi setiap orang (untuk isi rumah yang ada pendapatan)

$1,100 ke bawah $1,101 hingga $1,800

Nilai tahunan rumah (untuk isi rumah yang tiada pendapatan)

$13,000 ke bawah $13,001 hingga $21,000

Subsidi CHAS

Sakit biasa(seperti batuk dan selesema)

Subsidi sehingga $18.50 bagi setiap lawatan Tidak boleh digunakan

Penyakit kronik tertentu

Tidak rumit

Subsidi sehingga $80 bagi setiap lawatan,

dihadkan $320 setiap tahun

Subsidi sehingga $50 bagi setiap lawatan,

dihadkan $200 setiap tahun

Rumit Subsidi sehingga $120 bagi setiap lawatan,

dihadkan $480 setiap tahun

Subsidi sehingga $75 bagi setiap lawatan,

dihadkan $300 setiap tahun

Perkhidmatan Pergigian Tertentu*

Subsidi sebanyak $11 hingga $256.50 bagi setiap prosedur

(bergantung pada prosedur)

Subsidi sebanyak $50 hingga $170.50 bagi setiap prosedur

(untuk rawatan corona, gigi palsu & saluran akar sahaja)

Pemeriksaan Kesihatan yang disarankan di bawah Screen For Life (SFL)

Bayaran tetap $2 dengan surat undangan SFL, bagi ujian pemeriksaan yang disarankan, dan

perundingan pospemeriksaan pertama jika perlu

* Rujuk kepada www.moh.gov.sg/chas bagi mendapatkan butiran penuh untuk subsidi-subsidi rawatan pergigian

CHAS: 1800 275 2427

www.chas.sg

Page 14: Menjaga Keluarga Saya - pa.gov.sg · PDF file• Program penjagaan anak yang inklusif bagi kanak-kanak dengan keperluan khas. Program Intervensi Awal Bayi dan Kanak-Kanak (EIPIC)

14 MENJAGA KELUARGA SAYA

Hidup Senang

Baucar GST – Tunai dan Bayaran Tunai Khas• Memberikan wang kepada warga Singapura berpendapatan rendah yang layak untuk

keperluan segera mereka.

• Terima $150 atau $300 bergantung kepada pendapatan tahunan dan nilai rumah anda.

• Pada 2017, para penerima Baucar GST – Tunai juga akan turut menerima bayaran Baucar GST sekali sahaja – Bayaran Khas Tunai sebanyak $100 atau $200.

GST Voucher Team: 1800 2222 888

www.gstvoucher.gov.sg

Baucar GST - U-Save• Memberikan isi rumah HDB rebat untuk membantu mengimbangi bil utiliti mereka.

Bergantung kepada jenis flat, setiap isi rumah akan menerima antara $220 hingga $380 setiap tahun.

Bantuan Kewangan Segera ComCare• Bantuan untuk mereka yang memerlukan bantuan segera yang kurang

dari 3 bulan.

• Bagi mereka dengan pendapatan isi rumah bulanan di bawah $1,900, atau pendapatan isi rumah per kapita di bawah $650 sebulan.

MSF (ComCare): 1800 222 0000

www.comcare.sg

SP Group: 6916 8888

Bantuan Jangka Pendek Hingga Sederhana ComCare• Bantuan bagi isi rumah yang mencari kerja atau tidak dapat bekerja buat sementara waktu

kerana sakit atau mempunyai tanggungan lain.

• Bagi mereka dengan pendapatan isi rumah bulanan di bawah $1,900, atau pendapatan isi rumah per kapita di bawah $650 sebulan.

Bantuan Jangka Panjang ComCare• Bantuan jangka panjang bagi mereka yang tidak dapat bekerja secara tetap disebabkan

kesakitan, faktor usia atau kurang upaya, mempunyai sedikit atau tiada pendapatan dan mempunyai sedikit atau tiada sokongan keluarga.

• Bergantung kepada jumlah orang yang layak dalam isi rumah tersebut, anda boleh menerima antara $500 dengan $1,450 sebulan.

Page 15: Menjaga Keluarga Saya - pa.gov.sg · PDF file• Program penjagaan anak yang inklusif bagi kanak-kanak dengan keperluan khas. Program Intervensi Awal Bayi dan Kanak-Kanak (EIPIC)

PERSATUAN RAKYAT 15

Hid

up S

enan

gAIC: 1800 650 6060www.silverpages.sg

MOM: 6438 5122www.mom.gov.sg

Konsesi Pengangkutan bagi Dewasa

• Pas Perjalanan Bulanan Dewasa untuk orang dewasa (warga Singapura dan Penduduk Tetap), $120 setiap bulan.

• Pas Waktu Bukan Sibuk (OPP) untuk Orang Dewasa, Warga Emas, Orang Kurang Upaya dan Skim Konsesi Pengangkutan Daya Kerja (WTCS) - Perjalanan tanpa had untuk perkhidmatan bas asas dan kereta api semasa waktu kurang sibuk.

GolonganPerjalanan tanpa had bagi

perkhidmatan bas asas dan kereta api

Orang dewasa/ WTCS $80.00

Orang kurang upaya $40.00

Warga Emas $40.00

TransitLink: 1800 2255 663

www.transitlink.com.sg

Potongan Levi Pembantu Rumah Asing • Keluarga mungkin layak mendapat potongan levi sebanyak $60 setiap bulan jika mereka

menggajikan pembantu rumah asing untuk menjaga: – Ahli keluarga yang kurang upaya

(hubungi AIC: 1800-650-6060, www.silverpages.sg untuk maklumat lanjut) – Anak atau cucu yang berusia 16 tahun ke bawah

– Warga emas yang berusia 65 tahun ke atas

Geran Pembantu Rumah Asing• Bayaran tunai sebanyak $120 setiap bulan akan diberikan kepada keluarga yang perlu

menggajikan pembantu rumah asing untuk menjaga ahli keluarga mereka yang memerlukan bantuan tetap bagi tiga atau lebih Kegiatan Kehidupan Harian.

Page 16: Menjaga Keluarga Saya - pa.gov.sg · PDF file• Program penjagaan anak yang inklusif bagi kanak-kanak dengan keperluan khas. Program Intervensi Awal Bayi dan Kanak-Kanak (EIPIC)

16 MENJAGA KELUARGA SAYA

Hidup Senang

Perkhidmatan Penjagaan Jangka Sederhana dan Panjang (ILTC)• Mengimbangi bil bagi orang dewasa kurang upaya yang memerlukan penjagaan sosial bagi

tempoh yang lama daripada perkhidmatan yang dibiayai MSF seperti Pusat Aktiviti Harian atau Rumah Orang Kurang Upaya Dewasa.

• Jumlah subsidi bergantung pada pendapatan per kapita bulanan atau nilai tahunan rumah.

MSF: 6355 6388

www.msf.gov.sg

TransitLink: 1800 2255 663

www.transitlink.com.sg

SG Enable: 1800 8585 885

www.sgenable.sg

Konsesi pengangkutan awam bagi orang kurang upaya• Orang kurang upaya (yang mengalami ketidakupayaan yang kekal) menikmati diskaun 25%

bagi tambang pengangkutan awam. Tiada tambang tambahan bagi perjalanan melebihi 7.2km.

• Orang kurang upaya (yang mengalami ketidakupayaan yang kekal) juga boleh mempertimbangkan membeli Pas Konsesi Bulanan pada harga $60 sebulan untuk perjalanan bas dan kereta api tanpa had.

Subsidi Pengangkutan VWO bagi Orang Kurang Upaya• Orang Kurang Upaya (PwDs) boleh memohon bantuan pengangkutan khusus untuk ke

sekolah SPED atau ke tempat yang menyediakan perkhidmatan penjagaan kurang upaya yang dibiayai MSF.

• Pemohon yang berjaya boleh menerima subsidi sehingga 80% untuk menampung kos pengangkutan khusus.

Skim Subsidi Teksi• Untuk Orang-Orang Kurang Upaya (OKU) yang bergantung sepenuhnya kepada teksi

untuk ke sekolah, pejabat atau tempat latihan yang berkaitan dengan pekerjaan.

• Bagi OKU dengan pendapatan isi rumah per kapita tidak melebihi $2,600 sebulan.

• Bergantung kepada pendapatan isi rumah per kapita, anda boleh menerima subsidi sehingga 80%.

Dana Teknologi Berbantu• Subsidi sehingga 90% dari kos alat-alat teknologi berbantu yang diperlukan oleh orang

kurang upaya, tertakluk pada had sepanjang hayat sebanyak $40,000.

Menyara Orang Dewasa Kurang Upaya

Page 17: Menjaga Keluarga Saya - pa.gov.sg · PDF file• Program penjagaan anak yang inklusif bagi kanak-kanak dengan keperluan khas. Program Intervensi Awal Bayi dan Kanak-Kanak (EIPIC)

PERSATUAN RAKYAT 17

Pusat Aktiviti Harian• Pusat yang menyediakan program waktu siang bagi orang dewasa kurang upaya

untuk meningkatkan kebolehan mereka berdikari melalui kemahiran hidup harian dan bermasyarakat.

Program “Drop-In Disability”• Pusat yang menyediakan aktiviti sosial dan riadah bagi orang dewasa kurang upaya selama

beberapa jam seminggu.

• Bertujuan meningkatkan mutu hidup orang dewasa kurang upaya melalui penglibatan dan penyepaduan yang bermakna dalam masyarakat.

Khidmat-khidmat Penjagaan di Rumah• Menawarkan sokongan penjagaan alternatif bagi orang dewasa yang kurang upaya dengan

matlamat mengekalkan mereka dalam sekitaran masyarakat selama mungkin.

• Perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan termasuk terapi, penjagaan kebersihan peribadi, mengemas rumah dan memberi peringatan untuk mmengambil ubat.

SG Enable: 1800 8585 885

www.sgenable.sg

Hid

up S

enan

g

Baguslah saya boleh mendapat semua bantuan yang saya perlukan dengan program-program dan skim-skim baru ini!

Page 18: Menjaga Keluarga Saya - pa.gov.sg · PDF file• Program penjagaan anak yang inklusif bagi kanak-kanak dengan keperluan khas. Program Intervensi Awal Bayi dan Kanak-Kanak (EIPIC)

18 MENJAGA KELUARGA SAYA

Menikm

ati Sokongan Tambahan

Pelepasan Cukai Ibu Bapa/Ibu Bapa Yang Mempunyai Anak Kurang Upaya• Para Individu boleh membuat tuntutan sebanyak $5,500 atau $9,000 kerana menyara ibu bapa,

datuk nenek, ibu bapa mertua atau datuk nenek mertua mereka. Para individu boleh membuat tuntutan sebanyak $10,000 atau $14,000 jika tanggungan mereka adalah orang kurang upaya.

Pelepasan Cukai Adik Beradik Yang Kurang Upaya• Jika anda menyara adik beradik atau adik beradik ipar yang kurang upaya, yang tinggal

bersama anda, anda boleh membuat tuntutan pelepasan cukai sebanyak $5,000 bagi setiap daripada mereka.

Pelepasan Cukai Pasangan/Pasangan Yang Kurang Upaya• Anda boleh tuntut pelepasan cukai sebanyak $2,000 jika pasangan anda tidak mempunyai

pendapatan tahunan lebih daripada $4,000 dan $5,500 jika pasangan anda kurang upaya.

Pelepasan Cukai Insurans Hayat• Anda boleh tuntut bayaran premium insurans hayat atas nyawa anda jika sumbangan

tahunan CPF pekerja anda kurang daripada $5,000.

• Anda juga boleh tuntut premium insurans tahunan yang dibeli atas nyawa isteri anda.

Ya! Pelepasan cukai yang diberikan tahun lalu akan diberikan secara automatik pada tahun ini. Jangan lupauntuk menyemak semula tuntutan anda secara online semasa tempoh memfailkan cukai tahunan (1 Mac hingga 18 Apr) jika terdapat perubahan.

Saya perlu bekerja demi memberikan yang terbaik untuk keluarga saya. Pelepasan cukai membantu mengurangkan perbelanjaan tahunan isi rumah kami.

MENIKMATI SOKONGAN TAMBAHANPelepasan Cukai Pendapatan Peribadi

IRAS: 1800 356 8300

www.iras.gov.sg

Page 19: Menjaga Keluarga Saya - pa.gov.sg · PDF file• Program penjagaan anak yang inklusif bagi kanak-kanak dengan keperluan khas. Program Intervensi Awal Bayi dan Kanak-Kanak (EIPIC)

Men

ikm

ati S

okon

gan

Tam

baha

n

Rebat Cukai Ibu Bapa• Ibu bapa yang sudah berkahwin, bercerai atau balu boleh menuntut rebat cukai antara

$5,000 hingga $20,000 bergantung kepada susunan kelahiran anak anda.

Pelepasan Cukai Anak Berkelayakan/Anak Cacat (QCR/HCR)• Tuntut pengecualian cukai sebanyak $4,000 bagi setiap anak yang berusia di bawah 16 tahun

atau yang belajar sepenuh masa, dan tidak mempunyai pendapatan tahunan melebihi $4,000. Ibu bapa yang menyara anak cacat boleh menerima pengecualian cukai sebanyak $7,500 bagi setiap anak.

• Pasangan boleh berkongsi QCR/HCR pada jumlah yang dipersetujui.

Pelepasan Cukai Anak untuk Ibu yang Bekerja (WMCR)• Para ibu yang bekerja boleh menuntut pengecualian cukai di antara 15% hingga 25% bagi

pendapatannya untuk setiap anak, bergantung pada susunan kelahiran anak tersebut.

• WMCR berserta QCR/HCR dihadkan kepada $50,000 bagi setiap anak.

• Jumlah pelepasan cukai pendapatan peribadi dihadkan kepada $80,000 mulai Tahun Taksiran 2018.

Pelepasan Cukai Penjaga Datuk/Nenek• Ibu yang bekerja yang mendapatkan bantuan ibu bapa dan datuk/nenek mereka (termasuk

mertua) bagi menjaga anak-anak mereka boleh menuntut pengecualian cukai sehingga $3,000.

Pelepasan Cukai Levi Pembantu Rumah Asing• Ibu yang bekerja yang sudah berkahwin dan mempunyai anak-anak yang bersekolah

boleh menuntut pelepasan cukai bagi levi pembantu rumah asing yang dibayar pada tahun sebelumnya.

IRAS: 1800 356 8300

www.iras.gov.sg

Dengan pelepasan cukai ini, saya boleh bekerja dengan tenang, sambil memastikan keluarga saya terjaga!

PERSATUAN RAKYAT 19

Page 20: Menjaga Keluarga Saya - pa.gov.sg · PDF file• Program penjagaan anak yang inklusif bagi kanak-kanak dengan keperluan khas. Program Intervensi Awal Bayi dan Kanak-Kanak (EIPIC)

20 MENJAGA KELUARGA SAYA

AIC (Agensi Penjagaan Bersepadu) 1800 650 6060 www.silverpages.sg

CHAS(Skim Bantuan Kesihatan Masyarakat) 1800 275 2427 www.chas.sg

ECDA(Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak) 6735 9213 www.ecda.gov.sg

GST Voucher Team 1800 2222 888 www.gstvoucher.gov.sg

HDB(Lembaga Perumahan & Pembangunan)• Geran Permulaan Baharu Memiliki Rumah

6490 11111800 225 5432 www.hdb.gov.sg

IRAS(Penguasa Hasil Dalam Negeri Singapura) 1800 356 8300 www.iras.gov.sg

Marriage & Parenthood Package(Pakej Perkahwinan dan Keibubapaan) 1800 227 1188 www.heybaby.sg

MOH(Kementerian Kesihatan)• MediShield Life

6325 92201800 222 3399

www.moh.gov.sg www.medishieldlife.sg

MOM(Kementerian Tenaga Manusia) 6438 5122 www.mom.gov.sg

MSF(Kementerian PembangunanSosial dan Keluarga)• Bonus Bayi• ComCare• Skim Cuti Dibayar Pemerintah

6355 6388

1800 253 77071800 222 00001800 253 4757

www.msf.gov.sg

www.babybonus.gov.sgwww.comcare.sgwww.profamilyleave.gov.sg

SG Enable 1800 858 5885 www.sgenable.sg

SP Group 6919 8888 www.spgroup.com.sg

TransitLink 1800 2255 663 www.transitlink.com.sg

NOMBOR TALIANYANG BERGUNA

Maklumat telah disusun oleh Divisyen Penglibatan Rakyat & Pemerintah, Persatuan Rakyat.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi agensi-agensi berkaitan seperti yang disenaraikan di atas.

Kongsi buku kecil ini dengan rakan-rakan dan keluarga anda!