Kertas Kerja Pend Inklusif

download Kertas Kerja Pend Inklusif

of 22

Transcript of Kertas Kerja Pend Inklusif

Aktiviti 1:Anda ingin mencadangkan kepada pihak pentadbiran sekolah supaya pendidikan inklusif dilaksanakan dengan lebih meluas. Sediakan satu kertas kerja lengkap yang perlu dimuatnaik ke portal ePIC dalam bentuk e-portfolio.E-portfolio anda perlulah didokumentasikan dengan lengkap yang berfokuskan kepada aspek-aspek berikut: Senario terkini berkaitan pendidikan bagi murid berkeperluan khas di negara ini yang dilaksanakan oleh organisasi kerajaan dan bukan kerajaan, Polisi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang menyokong perlaksanaan program pendidikan inklusif di sekolah arus perdana dengan berpandukan kepada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 2025 Maklumat terperinci murid berkeperluan khas yang perlu mengikuti program pendidikan inklusif di sekolah anda, Keperluan logistik yang sedia ada atau yang diperlukan di sekolah anda seperti tenaga pengajar berpengalaman dan terlatih, kemudahan/peralatan, atau keperluan-keperluan lain, Sokongan yang diberikan oleh institusi-institusi/ organisasi-organisasi kerajaan/bukan kerajaan kepada program pendidikan inklusif di sekolah arus perdana.Peringatan:Anda dinasihatkan untuk muat naik (upload) laporan Aktiviti 1 sebelum atau pada31 Mei 2013 (5.00pm).Namakan faillaporan anda sebagaiT1A1.Aktiviti 2:Andaikan cadangan anda telah diterima oleh pihak pentadbiran sekolah dan anda diberikan tanggungjawab untuk merangka satu program pendidikan inklusif yang berkesan dan berkualiti. Sebagai tindakan awal dalam merangka program tersebut, anda merancang untuk melakukan satu kajian kes melibatkan murid berkeperluan khas di sekolah anda.Untuk melaksanakan kajian kes ini, anda perlu: mengenal pasti seorang murid berkeperluan khas, melaporkan maklumat terperinci latar belakang murid tersebut, mengenal pasti program pendidikan inklusif yang bersesuaian untuk murid tersebut sekiranya murid ini belum mengikuti mana-mana program; ataupun mencadangkan penambahbaikan bagi program pendidikan inklusif yang sedia ada, melaksanakan program pendidikan inklusif/penambahbaikan kepada murid tersebut selama 2 bulan. melaporkan hasil kajian kes yang telah dijalankanPeringatan:Anda dinasihatkan untuk muat naik (upload) laporan Aktiviti 2 sebelum atau pada31 Julai (5.00pm).Namakan faillaporan anda sebagaiT1A2.Aktiviti 3:Anda perlu membuat refleksi ke atas hasil Aktiviti 1 dan Aktiviti 2. Penulisan refleksi anda haruslah merangkumi perkara-perkara berikut: kesediaan sekolah untuk melaksanakan program pendidikan inklusif yang meluas, impak kepada diri anda sebagai seorang guru apabila telah menjalankan kajian kes ke atas seorang murid berkeperluan khas, hasil daripada mengikuti kursus ini, adakah anda yakin untuk melaksanakan program pendidikan inklusif di dalam bilik darjah/sekolah anda, lain-lain perkara yang berkaitan.Peringatan:Anda dinasihatkan untuk muat naik (upload) laporan Aktiviti 4 sebelum atau pada 31 Julai 2013 (5.00pm).Namakan faillaporan anda sebagaiT1A3(RJ).

GARIS PANDUAN PERLAKSANAAN PROGRAM INKLUSIF PENDIDIKAN KHAS

1.0 PENGENALAN

Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pendengaran untuk membantu murid-murid bermasalah pendengaran menerima pendidikan dengan selesa dan sesuai dengan kemampuan mereka. Mereka boleh mengikuti program ini di sekolah-sekolah yang menjalankan Program Pendidikan Khas Integrasi.

Kementerian Pelajaran Malaysia dalam melaksanakan Program Pendidikan Inklusif di sekolah-sekolah harian biasa yang mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pendengaran dan Bermasalah Pembelajaran.

Tujuan Program Pendidikan Inklusif dilaksanakan adalah untuk memberi peluang dan ruang kepada semua murid pendidikan khas berinteraksi dalam semua aspek sosial dan akademik dengan rakan aliran perdana.

Program Pendidikan Inklusif dilaksanakan menggunakan dua pendekatan iaitu Program Pendidikan Inklusif Sepenuh Masa dan Program Pendidikan Inklusif Separa Masa yang diajar oleh guru aliran perdana bagi setiap mata pelajaran yang diambil.

2.0 TUJUAN KERTAS

Untuk mendapatkan kelulusan daripada Ahli Majlis Mesyuarat Profesional Kementerian Pelajaran Malaysia.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Menyebarluaskan maklumat garis panduan peranan guru pendidikan khas (guru pembimbing). kepada pihak pentadbir3.2 Panduan umum mengenai pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif untuk dipatuhi semua pengetua, guru besar dan guru.3.3 Memberi kefahaman yang jelas, tepat dan bersistematik mengenai pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif kepada semua warga pendidik.3.4 Pihak sekolah boleh menyesuaikan panduan umum ini mengikut keperluan murid, guru dan sekolah masing-masing.3.5 Sebagai satu garis panduan yang standard digunapakai di seluruh negara.3.6 Mewujudkan persefahaman antara pihak pentadbir, guru aliran perdana dan guru pendidikan khas.

4.0 RASIONAL Dengan adanya garis panduan ini, pengendalian Program Pendidikan Inklusif dapat diselaras dan diseragamkan diseluruh negara.

5.0 DEFINISI

5.1 Program Pendidikan Khas Integrasi

Program Pendidikan Khas yang dijalankan di sekolah-sekolah yang mempunyai murid-murid berkeperluan khas.

5.2 Program Pendidikan Inklusif

Peluang pendidikan untuk murid-murid berkeperluan khas belajar di dalam kelas biasa bersama-sama murid-murid normal di aliran perdana dengan mengikuti kurikulum biasa, mendapat bimbingan sama rata oleh guru mata pelajaran dengan dibantu oleh guru pendidikan khas (guru pembimbing).

5.2.1 Inklusif Penuh

Murid berkeperluan khas yang mengikuti pembelajaran sepenuhnya dalam kelas aliran perdana dengan bantuan guru pendidikan khas (guru pembimbing).

5.2.2 Inklusif Separa Murid berkeperluan khas mengikuti sebahagian pembelajaran dalam mata pelajaran atau aktiviti tertentu dalam kelas aliran perdana dengan bantuan guru pendidikan khas (guru pembimbing).

5.3 Guru pendidikan khas (guru pembimbing).

Guru pendidikan khas (guru pembimbing). adalah Guru Pendidikan Khas yang ditugaskan membantu murid yang mengikuti Program Pendidikan Inklusif.

5.4 Bilik Resos

Bilik Resos merujuk kepada bilik yang disediakan sebagai tempat persediaan pengajaran sebelum dan selepas Program Pendidikan Inklusif. Ianya juga digunakan sebagai tempat menyimpan peralatan dan bahan tambahan pengajaran dan pembelajaran pendidikan khas.

5.5 Jumlah Waktu

Guru pendidikan khas (guru pembimbing). yang membantu P&P di program pendidikan inklusif adalah juga guru yang mengajar subjek yang sama di PPKI dan mempunyai jumlah waktu mengajar sama dengan guru-guru pendidikan khas yang lain iaitu antara 26 hingga 30 waktu bagi sekolah rendah dan 20 hingga 25 waktu bagi sekolah menengah.

6.0 ASAS PERTIMBANGAN

Keperluan cadangan Garis Panduan Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif di sekolah-sekolah yang mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pendengaran di sekolah-sekolah yang mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi berasaskan kepada beberapa faktor :

6.1 Kesamarataan Pendidikan

Garis panduan pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif kepelbagaian keupayaan individu selaras dengan Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997 Bahagian II 3(2) yang menyatakan:

Seseorang murid dengan keperluan khas adalah boleh dididik jika dia mampu untuk mengurus diri sendiri tanpa bergantung kepada orang lain dan disahkan oleh panel yang terdiri daripada pengamal perubatan, pegawai Kementerian Pendidikan dan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat, sebagai berupaya mengikuti program Pendidikan Kebangsaan layak untuk menghadiri program pendidikan khas kecuali murid-murid yang berikut;a) murid yang cacat anggota tetapi mempunyai kebolehan mental untuk belajar seperti murid biasa; danb) murid yang mempunyai pelbagai kecacatan atau yang sangat cacat anggotanya atau yang terencat akal yang berat.

Untuk memenuhi keperluan individu, program pengajaran dan pembelajaran yang dibentuk adalah fleksibel selaras dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997, yang menyatakan guru-guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas.

6.2 Melonjakkan Pendidikan Malaysia ke Tahap Antara Bangsa

Hala tuju pendidikan negara memerlukan satu perancangan sistematik untuk menjana kecemerlangan melalui pewujudan kluster kecemerlangan pendidikan. Falsafah Pendidikan Khas bermatlamat untuk mengembangkan potensi dan kualiti pelajar bekeperluan khas supaya menjadi tanda aras kepada di negara maju. Usaha ini bertujuan generasi yang holistik dan memenuhi keperluan kerja. Untuk tujuan itu, penyediaan prasarana yang lengkap, berfungsi dan terkini perlu disediakan oleh KPM ditambah pula nilai sejarah dan tradisi keunikan sekolah boleh menjadi elemen penting untuk melonjakkan kekuatan yand ada pada program pendidkan khas integrasi tersebut.

6.3 Memartabatkan Profesion Keguruan

Isu kekurangan guru di sekolah bantuan kerajaan sering dibincangkan oleh pelbagai pihak. Masalah kekurangan guru jika tidak diatasi dengan segera boleh menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah bantuan kerajaan. Cabaran KPM untuk memastikan guru di SBK terdiri daripada mereka yang terlatih dan mengikut opsyen dan mampu membawa kepada kecemerlangan kurikulum dan ko-kurikulum di sekolah-sekolah tersebut.

7.1.1 Prosedur Penempatan

a) Peringkat 1i. Semua murid pendidikan khas pendengaran akan memulakan sesi persekolah mengikut pengajaran dan pembelajaran di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) bermula pada bulan Januari. ii. Ujian Pengesanan 1 akan diadakan bagi tujuan penempatan murid pendidikan khas pendengaran ke PPKI atau Program Pendidikan Inklusif (PPI).iii. Senarai pendek murid pendidikan khas pendengaran yang lulus dalam UP1 akan dikemukakan kepada Mesyuarat Jawatankuasa. Bagi murid pendidikan khas pendengaran yang gagal dalam UP1 akan ditempatkan ke PPKI .

b) Peringkat 2

i. Semua murid pendidikan khas pendengaran yang lulus ini dalam UP1 mengikuti pengajaran dan pembelajaran di PPI bermula pada minggu pertama bulan Februari sehingga ke akhir tahun.ii. Semua murid pendidikan khas pendengaran ini akan menduduki peperiksaan yang sama di aliran perdana seperti Ujian Pengesanan 2, Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun.

c) Peringkat 3

i. Murid pendidikan khas pendengaran yang gagal dalam UP1 akan ditempatkan di PPKI.ii. Murid pendidikan khas pendengaran akan mengikuti pengajaran dan pembelajaran pada minggu pertama bulan Februari di PPKI.iii. Semua murid pendidikan khas pendengaran ini akan menduduki peperiksaan yang sama di aliran perdana seperti Ujian Pengesanan 2, Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun.iv. Bagi murid pendidikan khas pendengaran yang lulus bagi setiap Ujian Pengesanan 2, atau Peperiksaan Pertengahan Tahun atau Peperiksaan Akhir Tahun akan disenaraipendekkan ke Mesyauarat Jawatankuasa untuk tujuan penempatan semula ke PPI.v. Bagi murid pendidikan khas pendengaran yang belum layak ke PPI, akan meneruskan pengajaran dan pembelajaran di PPKI. 7.1.2 Syarat-syarat ke Program Pendidikan Inklusif

a) Tidak melebihi 2 tahun umur kronologib) Boleh mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran dalam aliran perdanac) Tidak mempunyai pelbagai kecacatand) Boleh berinteraksi dengan guru dan rakan sebaya

7.1.3 Peranan dan tanggungjawab Guru pendidikan khas (guru pembimbing). dan Guru mata pelajaran dalam menjayakan Program Pendidikan Inklusif

a) Bersama merancang pengajaran dan pembelajaran secara kolaboratifb) Merancang dan melaksanakan penilaian.c) Gunakan BBM yang sesuai.d) Dedikasi dan komitmen yang tinggi.e) Layanan dan bimbingan yang adil.

7.2 Guru pendidikan khas (guru pembimbing). Murid Bermasalah Pendengaran

7.2.1 Pengajaran dan Pembelajaran

a) Mengajar murid bekeperluan khas secara individu atau berkumpulan di Bilik Resos sebelum atau selepas masa pengajaran dan pembelajaran di Program Pendidikan Inklusif.b) Membantu murid bermasalah pendengaran semasa Program Pendidikan Inklusif dilaksanakan.c) Mendapatkan kerjasama daripada guru mata pelajaran untuk tujuan persediaan murid sebelum pengajaran dan pembelajaran di Program Pendidikan Inklusif.d) Mendapatkan kerjasama daripada guru mata pelajaran atau Guru Kanan Panitia untuk tujuan pengukuhan dan pengayaan selepas Program Pendidikan Inklusif.e) Mengenal pasti, menyelaras dan mengambil tindakan dalam membuat keputusan berkaitan setiap perkembangan semasa dalam Program Pendidikan Inklusif. Ianya mencakupi aspek keperluan kurikulum serta pentaksiran yang melibatkan kepentingan murid bermasalah pendengaran.f) Menjalankan tugas sebagai guru penterjemah dan pemudahcara di Program Pendidikan Inklusif bagi aktiviti amali dan koakademik untuk mata pelajaran dan topik tertentu.g) Memberi penekanan, keutamaan dan tumpuan sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran teras.h) Mengajar kemahiran bahasa isyarat Bahasa Malaysia Kod Tangan. i) Menjalankan latihan pertuturan bagi murid yang ada sisa pendengaran.j) Peruntukan waktu pengajaran dan pembelajaran Guru pendidikan khas (guru pembimbing). adalah bergantung kepada mata pelajaran masing-masing bagi sekolah menengah dan sekolah rendah.k) Waktu pengajaran dan pembelajaran Guru pendidikan khas (guru pembimbing). boleh dianjalkan mengikut keperluan pembelajaran murid dan dalam jumlah waktu yang diperuntukan.l) Pembinaan jadual waktu kelas inklusif sebaiknya selaras dengan jadual waktu aliran perdana dan mengikuti keperluan dan kesuaian.

7.3 Pengurusan

a) Menyelenggara Alat Bantu Dengar berfungsi dengan baik.b) Memastikan semua murid memakai Alat Bantu Dengar.c) Merakam program siaran TV Pendidikan untuk digunakan mengikut jadual waktu yang sesuai.d) Bekerjasama dengan guru lain di sekolah dan agensi luar untuk membantu murid bermasalah pendengaran dari segi hal ehwal kebajikan dan kesihatan.e) Mengadakan kolaborasi dengan pihak luar dalam menyalurkan maklumat, pendidikan dan pengetahuan kepada murid bermasalah pendengaran.

7.4 Kelas Bimbingan Dan Aktiviti-aktiviti tambahan

a) Mengadakan kelas bimbingan tambahan bagi murid yang akan menduduki peperiksaan umum.b) Mengadakan kelas bimbingan bahasa isyarat kepada ibubapa/ penjaga murid supaya dapat membantu menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru di rumah.c) Membimbing murid dalam penggunaan perisian teknologi maklumat dan komunikasi.d) Mewujudkan dan menyelia perjalanan aktiviti Kelab Komunikasi Seluruh di sekolah.e) Melibatkan diri dalam aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum di dalam dan di luar sekolah yang berkaitan dengan murid bermasalah pendengaran.

7.5 Peranan Pengetua/Guru Besar

Pengetua/Guru Besar perlu menitikberatkan menitikberatkan perkara ini dan mengambil langkah-langkah berikut untuk menjamin pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif dikelolakan dengan sempurna.

(a) Mempengerusi Jawatankuasa Program Pendidikan Inklusif sekolah(b) Mempastikan Guru pendidikan khas (guru pembimbing). yang dilantik adalah terdiri daripada personalia terlatih dalam bidang Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran.

(c) Mempastikan Guru pendidikan khas (guru pembimbing). melaksanakan senarai tugas serta mengguna Garisan Panduan Program Pendidikan Inklusif di Program Pendidikan Khas Integrasi secara optimum.

(d) Mempastikan Guru pendidikan khas (guru pembimbing). menumpukan segala tenaga, kemahiran dan kepakarannya ke arah meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

(e) Guru pendidikan khas (guru pembimbing). hendaklah membimbing murid khas mengikut matapelajaran tertentu. Keutamaan mestilah diberi kepada matapelajaran-matapelajaran teras.

(f) Jadual Waktu Pendidikan Khas mestilah disesuai dan diselaraskan dengan perjalanan Jadual waktu aliran perdana mengikut keperluan.

(g) Membuat pemantauan Program Pendidikan Inklusif.

8.0 SYOR

Mesyuarat Profesional Kementerian Pelajaran Malaysia adalah dipohon untuk mempertimbangkan dan meluluskan cadangan Garis Panduan Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif di sekolah-sekolah yang mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi

9.0 RUMUSAN

Cadangan Garis Panduan Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif ini perlu diperkenalkan dalam latihan perguruan praperkhidmatan dan dalam perkhidmatan untuk membolehkan guru-guru memahami dan mengenalpasti bidang tugas masing-masing. Ia juga dapat mengembangkan potensi murid pendidikan khas bermasalah pendengaran ke arah kecemerlangan pendidikan khas.

10.0 PENUTUP

Ahli mesyuarat adalah dimaklumkan akan konsep Program Pendidikan Inklusif di sekolah sekolah-sekolah yang mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi

CONTOH KERTAS CADANGAN PERMOHONAN "READER"

KERTAS KERJA KEPERLUAN READER DALAM PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI/ DISLEKSIA. SK FAKEH ABD SAMAD, 25150 KUANTAN.

1.0 TUJUAN :Kertas cadangan ini bertujuan untuk mencadangkan perlaksanaan Reader bagi murid-murid yang telah disahkan oleh pengamal perubatan sebagai murid yang menghadapi masalah pembelajaran Spesifik Disleksia dalam peperiksaan awam.

2.0 LATAR BELAKANG PROGRAM KHAS SPESIFIK DISLEKSIAProgram Rintis Bermasalah Pembelajaran Spesifik Disleksia di telah bermula pada 20 Julai 2004. Program rintis Kementerian Pelajaran ini telah dilaksanakan mengikut model inklusif. Murid-murid Disleksia adalah terdiri daripada murid-murid yang mempunyai kecerdasan yang tinggi tetapi pencapaian akademik setara dengan murid sebaya terutama dalam Bahasa Melayu. Ini adalah kerana mereka mempunyai masalah kesukaran dalam menguasai kemahiran membaca, mengeja dan menulis. Kementerian Pendidikan Malaysia mendefinisikan murid disleksia sebagai, murid-murid yang mempunyai kecerdasan mental yang searas atau melebihi murid-murid biasa tetapi menghadapi kesukaran dalam menguasai kemahiran mengeja, membaca dan menulis. (JPK,2003). Perkataan dyslexia adalah gabungan dua perkataan Greek iaitu dys bermaksud kesukaran dan lexia membawa maksud perkataan. Dyslexia jika diterjemahkan secara terus bermaksud kesukaran dengan perkataan bertulis, dengan istilah lain yang pernah digunakan bagi kesukaran ini adalah word blindeles. Disleksia didefinisikan sebagai kesukaran atau ketidakbolehan individu menguasai kemahiran membaca walaupun telah menerima pendidikan yang mencukupi.( JPK, 2003). Terdapat tiga kategori murid Disleksia iaitu adalah Disleksia Visual, Disleksia Audio, dan Disleksia Audio Visual. Ketiga-tiga kategori ini mempunyai permasalahan yang berbeza.

Tempoh percubaan selama tiga bulan diberikan bagi murid-murid ini untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran sepenuhnya di kelas biasa. Guru khas PPKI Spesifik Disleksia sentiasa mendampingi dan berada bersama-sama pelajar semasa sesi pembelajaran. Beliau berperanan sebagai guru resos bagi memberikan bantuan, bimbingan, tunjuk ajar, bekerjasama bersama guru mata pelajaran dan memantau perkembangan pembelajaran dan kemajuan murid-murid tersebut sepanjang tempoh tersebut. Mengikut unjuran calon UPSR bagi tahun 2008 hingga 2013, terdapat peningkatan calon Disleksia UPSR. Oleh yang demikian, keperluan Reader bagi murid Disleksia akan berterusan dan meningkat setiap tahun. Jumlah ini tidak termasuk calon Disleksia yang tidak berada di dalam program Jabatan Pendidikan Khas.

200820092010201120122013

Tahun 6539869644860

Tahun 5986964486057

Tahun 4696448605755

Tahun 3644860575557

Tahun 2486057555756

Tahun 1605755575656

JADUAL 1: UNJURAN CALON DISLEKSIA 2008 2013

*Maklumat ini adalah jumlah calon daripada 27 buah program Disleksia di bawah kendalian Jabatan Pendidikan Khas, KPM.

Tahap keupayaan penyesuaian diri yang tinggi amat perlu bagi seseorang pelajar untuk berjaya mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran bersama guru lain di kelas biasa. Berdasarkan pemerhatian, maklumbalas guru kelas, keputusan ujian PKSR dan hasil kerja murid, akan menentukan tahap keupayaan murid-murid tersebut. Bagi murid yang berjaya melalui proses tersebut, mereka akan meneruskan pembelajaran di kelas biasa dan murid yang gagal menunjukkan potensi dan masih memerlukan perhatian khusus akan kembali belajar di kelas disleksia di bawah Kebanyakan murid-murid disleksia menghadapi kesukaran dalam penulisan semasa mereka berada di tahap 2. Keadaan ini berlaku kerana mereka menghadapi kesukaran memahami arahan yang panjang dan mengolah idea dalam bentuk penulisan yang panjang. Pembacaan secara melangkau baris, menambah, menggugur dan meninggalkan perkataan serta mengubahan makna perkataan. Murid-murid disleksia juga kerap menimbulkan masalah dan kekeliruan yang berlarutan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran dan ketika menjawab soalan peperiksaan. Fenomena ini mencetuskan satu anjakan paradigma di kalangan guru-guru program PPKI disleksia untuk mencadangkan kepada pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia bagi menyediakan keperluan Reader bagi murid-murid disleksia semasa menjawab soalan peperiksaan.Perlaksanaan di dalam kelas pengajaran dan pembelajaran telah menunjukkan bahawa sebahagian daripada murid-murid disleksia memerlukan keperluan tersebut. Ini memandangkan tidak semua di kalangan mereka berupaya mengatasi kesukaran dalam literasi 3M. Berdasarkan pemerhatian dan peperiksaan peringkat sekolah, keputusan ujian telah mendapati pencapaian murid adalah lebih baik setelah dibacakan soalan berbanding murid menjawab tanpa bantuan Reader. Kebanyakan murid-murid ini berpotensi untuk berjaya dalam akademik, namun begitu, kesukaran yang dialami membataskan keupayaan untuk menunjukkan potensi akademik mereka yang sebenar.

Justeru itu, adalah sangat wajar perlaksanaan Reader diberi pertimbangan untuk kebaikan murid-murid ini. Walaubagaimanapun keperluan ini perlu dirangka dengan teliti agar proses perlaksanaannya berlaku dengan efektif dan tiada unsur manipulasi oleh pihak-pihak tertentu.

3.0 RASIONAL 3.1 Lemah daya ingatan (Short Memory)Penggunaan Reader di dalam peperiksaan diperlukan oleh murid-murid disleksia kerana murid dapat memahami arahan dan kehendak soalan. Ulangan soalan dapat meneguhkan daya ingatan murid terhadap kehendak soalan .

3.2 Murid disleksia tidak menguasai kemahiran membaca.Terdapat segelintir murid disleksia yang masih belum menguasai kemahiran membaca dan mengambil masa yang lama untuk mengeja serta membaca ayat mahupun petikan kefahaman. Bagi menangani masalah ini, dicadangkan pelaksanaan Reader kepada mereka. Dengan adanya Reader diharapkan dapat menangani kesukaran dalam aspek membaca dan seterusnya meningkatkan keyakinan diri murid disleksia semasa menduduki peperiksaan.

3.3 Masalah Disleksia KekalSesetengah murid disleksia yang telah berjaya mengatasi masalah kecelaruan dan mempunyai kemampuan menjawab soalan peperiksaan setanding dengan murid yang sebaya dengannya. Namun, masih terdapat segelintir murid disleksia yang memerlukan masa yang lebih lama untuk menyelesaikan masalah yang di hadapi. Ada juga murid disleksia yang mengalami permasalahan secara kekal sepanjang hayat.

3.4 Masalah TumpuanMurid Disleksia mempunyai pelbagai masalah tumpuan dari segi visual. Contohnya, lazy eyes. Murid tidak dapat memberikan fokus atau tumpuan yang lama. Kesannya, apabila murid membaca petikan, keadaan teks yang dilihat seakan bergerak-gerak ataupun berpusing-pusing dan mata murid ini akan sentiasa berair. Justeru itu, dengan adanya Reader, masalah ini dapat diselesaikan

3.5 Kemampuan menjawab soalan adalah sama.Kemampuan mental dan menjawab soalan adalah sama tetapi jika dibiarkan calon membaca dengan sendiri tanpa adanya Reader, kebolehan menjawab murid menjadi berbeza . Ini kerana calon mengalami gangguan seperti tidak cukup masa untuk menjawab kesemua soalan.

4.0- CADANGAN PELAKSANAANKertas cadangan ini mensyorkankan beberapa cadangan pelaksanaan berdasarkan kriteria-kriteria yang terkandung di dalam kenyataan seperti berikut:

4.1.- Murid Disleksia 4.1.1- Instrumen Senarai Semak Disleksia (ISD)Calon disleksia yang memerlukan Reader perlu mempunyai ISD dan laporan pengesahan pengamal perubatan kerajaan .

4.1.2 Tempoh belajarMurid Disleksia yang memerlukan Reader perlu mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran Program Khas Disleksia sekurang-kurangnya selama dua tahun. Murid tersebut layak menduduki peperiksaan awam di sekolah rendah selewat-lewatnya pada atau sebelum berumur 14 tahun.

4.2 Reader/ Pembaca soalanPemilihan Reader adalah berdasarkan penetapan oleh Jabatan Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Negeri, dan Lembaga Peperiksaan Malaysia .

4.2.1 Reader boleh dilantik dari kalangan guru-guru pendidikan khas.4.2.2 Reader bukanlah terdiri daripada pengawas peperiksaan.

4.3 Kaedah Pelaksanaan Reader.

4.3.1-Seorang Reader: 3 orang pelajar.( bergantung kepada tahap keupayaan dan kebolehan pelajar tersebut.) Semasa peperiksaan dijalankan, seorang Reader ditempatkan bersama tiga orang murid disleksia. Ini bertujuan untuk memberi keselesaan kepada calon disleksia. Reader juga dapat menyampaikan bacaan yang lebih berkesan dan jelas kepada murid-murid disamping mengelakkan gangguan kepada calon-calon lain.

4.3.2- Membaca Soalan Dengan Sebutan dan Intonasi yang Betul Reader hendaklah membaca soalan dan jawapan dengan sebutan dan intonasi yang betul. Ini bertujuan untuk mengelakkan berlaku kekeliruan kepada pelajar semasa menjawab soalan.

4.3.3 Soalan Dibaca Dua Kali.Reader akan membacakan soalan dan jawapan sebanyak dua kali sebelum murid menjawab soalan tersebut. Langkah ini bertujuan untuk memastikan murid dapat memahami sepenuhnya kehendak soalan dan membuat pilihan jawapan yang betul.

4.3.4 Reader perlu menyebut arahan dan nombor soalan. Reader perlu membacakan arahan soalan dan menyebut nombor soalan .

4.3.5 Reader membacakan soalan tanpa mempengaruhi calon. Reader hendaklah membacakan soalan dan pilihan jawapan kepada calon tanpa mempengaruhi pilihan jawapan.

5.0 IMPLIKASI

5.1. Latihan perlu diberi kepada Reader oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia /JPK,KPM.5.2. Taklimat perlu diberi kepada Ketua Pengawas Peperiksaan dan Setiausaha peperiksaan sekolah.5.3. Reader dan calon peperiksaan ditempatkan di dalam satu bilik khas dengan nisbah 1:3. Bilik khas berkenaan dianggap sebagai bilik peperiksaan.5.4. Reader perlu dibayar elaun khas5.5 . Tambahan masa yang sesuai diperlukan mengikut kelayakan pelajar Pendidikan Khas.

6.0 SASARANPelajar-pelajar Pendidikan Khas Integrasi yang layak menduduki peperiksaan awam.

7.0 PENUTUPReader atau pembaca soalan dapat membantu meningkatkan keyakinan diri dan tumpuan pelajar-pelajar berkenaan dalam menghadapi peperiksaan awam. Mereka seharusnya di beri peluang menikmati segala kemudahan yang sewajarnya supaya mereka dapat berdaya saing dengan rakan sebaya dan menjalani kehidupan yang bermakna.

PROGRAM INKLUSIF

2.1-SEJARAH INKLUSIFSebelum abad ke -19 ,dipercayai bahawa kanak-kanak yang kurang upaya tidak boleh diajar dan menerima pengajaran sepertimana lazimnya.Awal abad ke -19,Thomas H,.Gallandet (1781-1851)& Louis Braille(1809-1852) telah memperkenalkan sekolah khas masalah penglihatan dan masalah pendengaran.Pertengahan abad ke-19 organisasi politik telah bertindak memberi penekanan yang khusus kepada keluarga yang mempunyai kanak-kanak khas.Pada tahun 1975 The Education of All Handicapped Act telah dibaca di Kongress Amerika.Muncul pendidikan segregated.Golongan pendidik dan keluarga mempersoalkan pengasingan ini.Program Pendidikan Inklusif untuk kanak-kanak berpendidikan khas ini dimulakan pada tahun 1987 dibawah Kementerian Pendidikan. Ia digubal selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.Program Pendidikan Inklusif ini menitik beratkan suatu program. Pendidikan Inklusif bagi murid-murid dengan keperluan khas yang boleh menghadiri di dalam kelas biasa dan belajar bersama-sama dengan murid-murid biasa.

2.2-BENTUK PENDIDIKAN INKLUSIF2.2.1.Pendidikan Inklusif Sepenuh Masa-Murid mengikuti semua mata pelajaran di kelas biasa seperti murid biasa-Senarai nama murid dikekalkan dalam daftar kelas khas.-Guru kelas biasa boleh merujuk atau meminta bantuan daripada guru Pendidikan Khas sekiranya terdapat sebarang masalah sama ada dari segi pembelajaran atau tingkahlaku.-Pelajar Pendidikan Khas yang berkeupayaan dalam akademik.

2.2.2-Pendidikan Separa Inklusif (Integrasi)-Murid mengikuti pembelajaran di kelas biasa untuk mata pelajaran tertentu sahaja.-Waktu selebihnya mengikuti program di kelas biasa.-Senarai nama murid pada daftar Program Pendidikan Khas.-Guru Pendidikan Khas terlibat sebagai pembimbing atau guru pendamping.-Ujian mata pelajaran adalah sama dengan murid biasa.

2.3-MODEL-MODEL PENDIDIKAN INKLUSIF1. Model A-Penempatan sepenuh masa dalam kelas biasa dengan pengubahsuaian kurikulum dan strategi pengajaran dan pembelajaran.2. Model B-Penempatan sepenuh masa dalam kelas biasa dengan mendapat khidmat nasihat/bimbingan Guru Pendidikan Khas3. Model C-Penempatan dalam kelas biasa dan dalam kelas khas/Bilik Resos/Pusat Sumber Pendidikan Khas.4. Model D- Penempatan di sekolah khas(Base School)dan kelas Satellite di sekolah biasa.(Octopus Model)5. Model E -Penempatan sepenuh masa di Sekolah Pendidikan Khas.6. Model F-Penempatan sepenuh masa di rumah kediaman.

2.4-KEBAIKAN PENDIDIKAN INKLUSIF1. Memberi peluang kepada mereka menimba pelbagai ilmu pengetahuan.2. Pelajar khas dapat berinteraksi dengan semua pelajar normal.3. Menjadi platform kepada pelajar normal untuk mencurahkan bakti kepada pelajar khas dengan bertindak sebagai rakan pembimbing .4. Meningkatkan kerjasama antara pentadbir dengan guru-guru.5. Penglibatan ibu bapa dalam komuniti sekolah.6. Memungkinkan pelajar khas mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti masyarakat setempat.7. Menyediakan lebih peluang kepada pelajar khas untuk berdikari dan memperolehi peluang pekerjaan.8. Pelajar khas yang diinklusifkan menunjukkan kemajuan yang memberangsangkan dalam semua aspek seperti tingkahlaku,komunikasi dan pencapaian akademik.9. Gandingan dan kerjasama guru-guru mata pelajaran dan guru khas membantu melonjakkan mutu pencapaian pelajar khas.

2.5-KELEMAHAN PENDIDIKAN INKLUSIF1. Pelajar khas mendapat kurang perhatian dan tumpuan.2. Guru sukar memberikan tumpuan.3. Berlakunya penglabelan4. Sikap sesetengah guru biasa yang merasakan terbeban dengan adanya pelajar khas dalam kelas.5. Pelajar normal turut terasa tergugat dan menganggap program ini telah memberi kesan negatif terhadap proses pengajaran dan pembelajaran mereka.6. Pelajar khas yang terlibat menunjukkan kebosanan dan letih semasa belajar kerana penat menghadiri pengajaran dan pembelajaran yang banyak.

3.0-PENDIDIKAN INKLUSIF DI PPKI SMK DEMAK BARU

3.1-LATAR BELAKANG

Program Pendidikan Inklusif (PPI) bagi murid bermasalah pembelajaran di SMK Demak Baru bermula sejak tahun 2011.Program Pendidikan Inklusif telah menjadi matlamat kepada usaha murni untuk memberi peluang pendidikan yang sama kepada semua murid tanpa mengira ketidakupayaan atau kecacatan mereka.Selaras dengan konsep pendidikan untuk semua ,mereka diberi peluang dan keupayaan yang sama untuk cemerlang. Sejajar dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan,yang dirancang Kementerian Pelajaran Malaysia sedang ke arah meningkatkan Program Pendidikan Inklusif di kalangan murid-murid berkeperluan khas, PPKI SMK Demak Baru menjadi salah sebuah program yang sentiasa menyokong demi memastikankan jurang pendidikan antara murid perdana dan pendidikan khas dapat dirapatkan.Program ini dilaksanakan kepada pelajar yang telah mempunyai kebolehan belajar mata pelajaran tertentu yang sama dengan pelajar normal,dilaksanakan kepada pelajar yang berkeupayaan di sekolah ini adalah berbentuk sepenuh masa dan separa masa.Kini seramai 12 orang pelajar berkeperluan khas telah diinklusifkan di kelas aliran perdana.Seramai 2 orang pelajar di Tingkatan 2, 4 orang di Tingkatan 3 dan 6 orang pelajar di Tingkatan 4.

3.2-MATLAMATAntara matlamat Program Inklusif dijalankan di sekolah ini ialah:1. Mengsealirankan pelajar-pelajar berkeperluan khas dengan pelajar-pelajar normal di sekolah biasa. Harus diingatkan di sini tidak semestinya semua pelajar berkeperluan khas boleh disealirankan begitu sahaja kerana setiap individu mempunyai kemampuan dan keperluan yang berbeza.

2. Memberi peluang kepada pelajar-pelajar tersebut menerima pengajaran, pembelajaran dan menyertai semua aktiviti-aktiviti yang terdapat di sekolah bersama-sama pelajar normal.

3. Memastikan pelajar-pelajar berkepeluan khas dapat menyesuaikan diri dari awal-awal lagi dalam semua aspek kemasyarakatan yang terdapat di sekolah dan di dalam komuniti setempat dengan tujuan menjadikan mereka lebih berupaya mampu berdikari dan menjadi anggota masyarakat yang menyumbang.(Mohd Siraj Awang. )1996.

4. Melengkapkan murid-murid berkeperluan khas dengan kemahiran-kemahiran tertentu sejajar dengan Kurikulum Bermasalah Pembelajaran iaitu membantu mereka mencapai perkembangan yang menyeluruh. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial agar mereka boleh menjadi satu ahli masyarakat yang berguna dan berdikari.

5. Melahirkan pelajar berkeperluan khas yang cemerlang dan berjaya dalam pelajaran serta kerjaya yang dibina.

3.3-OBJEKTIF1. Memberi peluang kepada murid berkepeluan khas menerima pengajaran dan pembelajaran dan menyertai semua aktiviti bersama dengan murid aliran perdana.

2. Pelajar khas dapat belajar dengan kadar lebih berkesan dalam kelas biasa daripada mereka berada dalam situasi yang terpisah. Ini kerana pertambahan peluang-peluang untuk belajar dan mempraktikkan kemahiran-kemahiran baru dalam konteks yang lebih natural dengan wujudnya model-model rakan sebaya ( role model ).

3. Menggalakkan perhubungan sosial yang positif di antara pelajar PPKI dengan murid di aliran perdana.

4. Pelajar aliran perdana mendapat keuntungan daripada usaha-usaha mereka menyokong dan membantu mengendalikan rakan-rakan Khas sekelas mereka. Mereka juga dapat belajar memahami rakan-rakan Khas ini tanpa mengira perbezaan, kekurangan dan kecacatan.

5. Melawan sikap diskriminasi pelajar normal terhadap pelajar berkeperluan khas .

6. Menambah keyakinan diri pelajar berkeperluan khas untuk menghadapi masyarakat.

7. Pendidikan Inklusif menyediakan peluang yang lebih kepada pelajar berkeperluan khas untuk berdikari dan memperolehi peluang pekerjaan.

3.4-KUMPULAN SASARANMurid-murid berkeperluan khas tanpa mengira ketidakupayaan yang mampu dan berupaya dalam akademik sahaja yang diinklusifkan dalam kelas aliran perdana.Selain telah menguasai kemahiran asas 3M iaitu membaca,menulis dan mengira,murid-murid berkenaan mampu untuk mengurus diri,berkomunikasi dengan yang lain serta tidak mempunyai tingkahlaku yang ganjil yang akan menjejaskan komunikasi dengan guru mata pelajaran dan murid-murid lain serta tidak menganggu aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.Paling utama juga murid-murid tersebut telah mendapat persetujuan dan kerjasama daripada ibu bapa mereka.Hanya ibu bapa yang bersetuju dengan syarat-syarat yang diberikan oleh pihak sekolah yang akan dipilih untuk mengikuti program ini.Lembam bermaksud lembap, tidak cergas, lemah (kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran atau menerima pelajaran). Murid lembam mempunyai tahap keupayaan intelek sederhana atau kurang sedikit berbanding intelek murid normal. Mereka mempunyai kebolehan melihat tetapi kekurangan kemahiran menerima, mengurus, menyusun, menyimpan, dan mengingat dengan berkesan.

Ciri-ciri1. Bermasalah mengenal bentuk huruf.2. Bermasalah menyebut bunyi huruf dengan tepat.3. Menyebut atau membunyikan sesuatu bunyi huruf dengan perlahan.4. Menutup muka dengan buku sewaktu belajar.5. Membaca setiap perenggan terlalu lama.6. Ejaan perkataan seringkali salah.7. Menulis perkataan terlalu rapat, kecil, condong.8. Jarak antara perkataan yang ditulis terlalu jauh.9. Lambat sewaktu menulis.10. Huruf dan perkataan ditulis tinggi atau rendah dan tidak seragam.11. Mempunyai konsep kendiri rendah.12. Masa menumpukan perhatian terhadap pelajaran sangat singkat dan perhatian mudah dialihkan oleh rangsangan luar.13. Hanya boleh mengikut pelajaran atau arahan yang ringkas dan jelas sahaja.DISLEKSIA

Disleksia bermaksud kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar, dan bercakap. Murid disleksia bukannya mengalami kecacatan pada mata atau fizikal tetapi mereka mengecam sesuatu dalam keadaan terbalik.

Ciri-ciri1. Keliru dengan arah kiri dan kanan.2. Gemar berkhayal, menangis dan ketawa secara tiba-tiba.3. Taksub kepada sesuatu objek dan gemar memutar-mutar barang sambil berkhayal.4. Tempoh masa untuk menumpukan perhatian terhadap sesuatu perkara amat singkat.5. Lambat bertutur dan sukar memahami arahan.6. Sukar mengikut arahan lisan yang panjang.7. Kesukaran menyalin semula nota yang diberi.8. Keliru dengan nombor-nombor.9. Kemahiran motor yang lemah. Cth :sukar memegang alat tulis dengan tangan dominan, dan sering terlanggar barang di sekitar.10. Sifat ingin tahu yang tinggi, berminat terhadap perkara baru dan suka bertanya secara berulang-ulang. 11. Kurang keyakinan diri dan menghadapi tekanan jiwa.12. Tidak mempunyai ramai kawan kerana kurang kemahiran bersosial dan sukar bergaul.13. Kelakuan dan sikap yang tidak konsisten.14. Gemar menggigit jari dan merenung buku seolah-olah tidak faham.ATTENTION DEFICIT HYPERACTIVITY DISORDER (HIPERAKTIF)

Hiperaktif merujuk kepada tingkah laku kanak-kanak yang terlampau lasak, aktif, nakal, agresif dan keadaannya tidak menentu jika dibandingkan dengan tahap pencapaian kanak-kanak normal. Kecelaruan tingkah laku ini kerap berlaku kepada kanak-kanak yang berumur 8 tahun dan akan berkurang secara beransur-ansur apabila mereka meningkat dewasa. Hiperaktif dapat dikurangkan dengan bantuan ubat tetapi hanya untuk tempoh masa yang sementara.

Ciri-ciri1. Bersikap agresif serta tidak dapat duduk diam walaupun sekejap.2. Gemar merayau-rayau dan menganggu rakan-rakan lain. 3. Sukar memberi tumpuan kerana sikapnya yang tidak boleh duduk diam.4. Mudah tertarik untuk melakukan sesuatu perbuatan seperti berlari dan memanjat serta gemar meniru perlakuan orang lain.5. Dapat melakukan setuatu kerja dengan pantas tetapi terburu-buru.6. Bertindak tanpa berfikir terlebih dahulu akibat dari tindakan mereka.7. Bersikap keras kepala dan tidak mahu mendengar nasihat.8. Bertindak mengikut perasaan sehingga boleh mencederakan diri dan orang lain.9. Sukar memberi tumpuan dan gemar membuat bising.10. Suka mendahului orang lain dalam apa jua situasi terutama sewaktu bermain.11. Sanggup bergaduh untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan.12. Bersikap negatif seperti suka mencuri, bercakap bohong dan suka merosakkan barang orang lain.