metodologi baru punya.doc

5
BAB 3: METODOLOGI KAJIAN Di dalam bab ini, metodologi kajian menerangkan tentang kaedah yang digunakan oleh pengkaji didalam kajian ini yang mana ia merangkumi bentuk kajian, tempat kajian, populasi kajian, kaedah persampelan, kaedah pengumpulan data dan kaedah penganalisaan data. Menerusi bab ini, ia juga menerangkan secara jelas tentang kaedah yang telah digunakan semasa menjalankan kajian ini. 3.1 Bentuk kajian Kajian yang dijalankan adalah berbentuk Descriptive Quatitative Study iaitu satu kaedah kajian yang berbentuk tinjauan dan penghuraian secara menyeluruh dan mendalam serta pemerhatian yang terus berkenaan sesuatu topik yang dikaji. Kaedah ini dikatakan mudah dan berkesan kerana ia dapat menjimatkan masa, kos dan tenaga. Selain itu, kajian ini juga menggunakan borang selidik ataupun Questionaire yang telah dibuat. 3.2 Populasi Kajian Dalam menentukan responden yang akan dipilih, beberapa kriteria harus diteliti bagi agar kajian ini menghasilkan keputusan yang baik dan

description

research

Transcript of metodologi baru punya.doc

BAB 3: METODOLOGI KAJIANDi dalam bab ini, metodologi kajian menerangkan tentang kaedah yang digunakan oleh pengkaji didalam kajian ini yang mana ia merangkumi bentuk kajian, tempat kajian, populasi kajian, kaedah persampelan, kaedah pengumpulan data dan kaedah penganalisaan data. Menerusi bab ini, ia juga menerangkan secara jelas tentang kaedah yang telah digunakan semasa menjalankan kajian ini.3.1 Bentuk kajian

Kajian yang dijalankan adalah berbentuk Descriptive Quatitative Study iaitu satu kaedah kajian yang berbentuk tinjauan dan penghuraian secara menyeluruh dan mendalam serta pemerhatian yang terus berkenaan sesuatu topik yang dikaji. Kaedah ini dikatakan mudah dan berkesan kerana ia dapat menjimatkan masa, kos dan tenaga. Selain itu, kajian ini juga menggunakan borang selidik ataupun Questionaire yang telah dibuat.3.2 Populasi Kajian

Dalam menentukan responden yang akan dipilih, beberapa kriteria harus diteliti bagi agar kajian ini menghasilkan keputusan yang baik dan memuaskan. Kriteria seperti julat umur, golongan yang berkaitan serta faktor-faktor luar yang mempengaruhi sesebuah komuniti itu turut diambil kira. Ini perlu bagi merealisasikan kajian dan untuk mencapai objektif yang telah dinyatakan.Untuk kajian ini, sampel populasi yang diambil adalah seramai 30 orang yang dipilih secara rawak . Kesemua responden adalah merupakan pengujung di Klinik Seberang Jaya. Soal selidik yang berkaitan akan diberikan kepada responden dan akan dijawab dan hasilnya akan dibincangkan kemudian.

3.3 Alatan kajian

Alatan yang digunakan dalam kajian ini merupakan satu set soal selidik dalam bentuk soalan berstruktur. Manakala maklum balas yang diperolehi daripada teknik kajian ini digunakan sebagai satu ukuran di dalam kajian ini.Set soal selidik juga dikenali sebagai questionaire. Borang soal selidik ini di bahagikan kepada 4 bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B dan bahagian C.3.3.1Bahagian A (Demografi)

Bahagian ini mengandungi soalan untuk mengumpulkan maklumat berkaitan dengan latar belakang responden seperti umur, jantina, bangsa, taraf pendidikan dan pekerjaan. Ini dapat memudahkan penyelidik mengetahui status sebenar responden yang terlibat sebagai sampel kajian.

3.3.2 Bahagian B (Soal Selidik)

Bahagian ini mengandungi satu set soal selidik yang mengandungi 10 soalan untuk menguji tahap pengetahuan dan kefahaman responden terhadap pendermaan organ.3.3.3 Bahagian C (Soal selidik)

Bahagian ini mengandungi satu set soal selidik yang mengandungi 10 soalan untuk mengenalpasti statistik pengikrar penderma organ dan faktor-faktor yang menjadi penghalang kepada responden untuk menderma organ.

3.4 Kajian Rintis / Pilot StudySebelum borang kaji selidik diberikan kepada responden, satu kajian rintis perlu dilakukan. Kajian rintis adalah di mana borang kaji selidik yang telah siap dibuat diberikan kepada beberapa orang untuk diuji keberkesanannya dahulu. Ini untuk mengelakkan sebarang salah faham, kurang faham atau kecelaruan yang akan membuatkan responden tidak dapat menjawab dengan baik. Jika tidak, hasil keputusan yang akan diperolehi tidak memuaskan.Borang kaji selidik yang telah disiapkan diedarkan kepada 5 orang pengunjung Klinik Kesihatan Seberang Jaya untuk menilai keberkesanan borang kaji selidik tersebut.5 orang responden yang digunakan dalam kajian rintis ini adalah tidak termasuk dalam 30 orang responden sebenar yang hasilnya akan digunakan penyelidik untuk analisis data kajian nanti.3.4 Pemerolehan data

Pengumpulan data pula bermula dengan mengagihkan borang soal selidik kepada 30 orang responden yang dipilih secara rawak. Penerangan akan diberikan kepada responden dan seterusnya respondan diberikan masa selama 15-20 minit untuk menjawab soalan yag diberikan. Setelah responden selesai menjawab, borang soal selidik akan dipungut kembali bagi memudahkan proses penganalisaan data dilaksanakan dan mengelakkan keciciran data. Borang soal selidik ini akan dikutip sendiri oleh pengkaji tanpa melibatkan pihak ketiga bagi mengelakkan kebocoran maklumat serta menjaga privasi responden.3.6 Kaedah Penganalisaan Data

Setelah borang kaji selidik diberikan kepada responden, dan setelah soalan-soalan yang diajukan dijawab dengan baik, data dan maklumat akan dikumpul untuk dianalisa. Data-data yang diperolehi akan dipersembahkan melalui beberapa kategori di dalam graf dan carta berkaitan. Data akan diproses menggunakan perisian komputer. Persembahan graf dan carta-carta juga akan dijana oleh perisian komputer Microsoft Excel. Ini akan memperlihatkan kekemasan data dan pengurusan data dengan baik

3.7 Limitasi Kajian

Masalah utama yang menghadkan kajian ini adalah faktor masa. Tarikh akhir menjadi satu garis panduan untuk kajian ini disiapkan dan dihantar. Selain daripada itu, halangan yang lain termasuk faktor kewangan, kekurangan masa rehat, beban kerja serta perlu mengulangkaji pelajaran juga menghadkan kajian ini daripada berjalan lancar. Walaubagaimanapun, kajian ini akan terus dijalankan sehingga ke masa akhirnya dan segala limitasi dan masalah ini akan diusahakan agar tidak mempengaruhi kredibiliti kajian ini.