Metodologi Kajian

4
METODOLOGI KAJIAN Menurut Abdul Rahman (2007), perkara yang penting di dalam sesuatu kajian adalah metodologi kajian yang mana di dalam metodologi perlu menjelaskan sasaran serta batasan kajian, pendekatan-pendekatan mengumpul data serta instrumen-instrumen terlibat, sumber-sumber mendapatkan data, bila data akan dikumpul serta jenis penganalisaan data yang terlibat. Penilai berpendapat bahawa terdapat empat langkah penting kajian tindakan perlu dihuraikan selepas sesuatu isu dikenal pasti berdasarkan data-data atau pemerhatian-pemerhatian empirik sedia ada. Penilai menjelaskan untuk membuat kajian tindakan, pengkaji seharusnya memilih mana-mana tindakan yang digunakan bagi menangani isu perlu diperincikan kaedah pelaksanaannya langkah demi langkah. Persediaan pula dari segala bentuk kemahiran, peralatan dan staf berkaitan mestilah jelas bagi melaksanakan langkah-langkah berikut: a) Perancangan tindakan b) Pelaksanaan tindakan c) Kaedah pemerhatian atau data-data yang harus dikutip. Selain reka bentuk kajian, terdapat empat langkah lain yang perlu dihuraikan di dalam metodologi adalah deskriptif sampel sasaran (peserta), deskriptif instrumen-instrumen, penerangan prosedur (apa, bila, di mana dan bagaimana) dan deskriptif bentuk dan teknik penganalisaan data. Penerangan di atas jelaslah bahawa metodologi kajian amat penting untuk sesuatu kajian tindakan yang dipilih untuk dikaji. Berdasarkan kajian ini, penilai mendapati pengkaji telah melibatkan reka bentuk kajian, peserta kajian dan instrumen kajian dengan jayanya. Pengkaji telah menggunakan reka bentuk kajian untuk melihat perubahan pencapaian pelajar dalam topik Transistor bagi subjek PKEE melalui

Transcript of Metodologi Kajian

Page 1: Metodologi Kajian

METODOLOGI KAJIAN

Menurut Abdul Rahman (2007), perkara yang penting di dalam sesuatu kajian adalah

metodologi kajian yang mana di dalam metodologi perlu menjelaskan sasaran serta batasan

kajian, pendekatan-pendekatan mengumpul data serta instrumen-instrumen terlibat,

sumber-sumber mendapatkan data, bila data akan dikumpul serta jenis penganalisaan data

yang terlibat. Penilai berpendapat bahawa terdapat empat langkah penting kajian tindakan

perlu dihuraikan selepas sesuatu isu dikenal pasti berdasarkan data-data atau pemerhatian-

pemerhatian empirik sedia ada. Penilai menjelaskan untuk membuat kajian tindakan,

pengkaji seharusnya memilih mana-mana tindakan yang digunakan bagi menangani isu

perlu diperincikan kaedah pelaksanaannya langkah demi langkah. Persediaan pula dari

segala bentuk kemahiran, peralatan dan staf berkaitan mestilah jelas bagi melaksanakan

langkah-langkah berikut:

a) Perancangan tindakan

b) Pelaksanaan tindakan

c) Kaedah pemerhatian atau data-data yang harus dikutip.

Selain reka bentuk kajian, terdapat empat langkah lain yang perlu dihuraikan di dalam

metodologi adalah deskriptif sampel sasaran (peserta), deskriptif instrumen-instrumen,

penerangan prosedur (apa, bila, di mana dan bagaimana) dan deskriptif bentuk dan teknik

penganalisaan data.

Penerangan di atas jelaslah bahawa metodologi kajian amat penting untuk sesuatu kajian

tindakan yang dipilih untuk dikaji. Berdasarkan kajian ini, penilai mendapati pengkaji telah

melibatkan reka bentuk kajian, peserta kajian dan instrumen kajian dengan jayanya.

Pengkaji telah menggunakan reka bentuk kajian untuk melihat perubahan pencapaian

pelajar dalam topik Transistor bagi subjek PKEE melalui Pembelajaran Berasaskan

Masalah. Di dalam kajian ini juga pengkaji telah menggunakan teknik pemerhatian dan temu

bual dalam proses pengumpulan data.

Penilai bersetuju dengan pengkaji bahawa penggunaan kedua-dua teknik ini dapat

digunakan bagi proses pengumpulan data yang mana di setiap gelung itu memerlukan

kedua-dua teknik ini untuk mendapatkan maklumat supaya proses pembaikan seterusnya

dapat digunakan oleh pengkaji. Penilai merasakan pengkaji mengambil langkah bijak

dengan menggunakan Model Kemmis dan Mc Taggart (1998) untuk proses menjalankan

setiap gelung bagi kajian tindakan ini. Penilai bersetuju dengan penggunaan model ini jelas

menunjukkan satu kitaran yang berterusan iaitu melibatkan empat peringkat seperti

mereflek, merancang, bertindak dan memerhati.

Page 2: Metodologi Kajian

Berdasarkan sampel kajian, penilai tidak bersetuju dengan pengkaji yang mana telah

menggunakan perkataan peserta kajian untuk menjelaskan sasaran (peserta) bagi kajian

tindakan ini. Penilai mendapati penggunaan perkataan sasaran bersesuaian daripada

peserta. Menurut kajian pengkaji, penilai sangat bersetuju dengan pengkaji yang mana telah

menggunakan persampelan kajian iaitu merupakan pelajar-pelajar Tingkatan 5E3 berjumlah

30 orang iaitu 21 pelajar lelaki dan 9 pelajar perempuan. Pengkaji turut menyatakan sebab

kumpulan sasaran ini dipilih dan penilai sangat bersetuju dengan kajian tindakan pengkaji.

Antara sebab pengkaji memilih kumpulan ini kerana pencapaian Ujian Berkala 1 tidak

memberangsangkan berbanding pencapaian sebelumnya di Tingkatan Empat. Pencapaian

kumpulan ini semasa di Tingkatan Empat telah mengatasi dua kelas yang lain namun

pencapaian mereka merudum ketika di Tingkatan Lima. Justeru, pengkaji telah

menggunakan sasaran ini untuk kajian tindakan pengkaji. Penilai berpendapat pengkaji

sepatutnya menyatakan bahawa subseksyen ini biasanya menerangkan aspek-aspek

demografik peserta dan bagaimana mereka dipilih mengikut spesifikasi kriteria yang

ditetapkan. Tambahan pula, menurut penilai berdasarkan penulisan Abdul Rahman (2007) di

dalam deskriptif sampel sasaran (peserta), asas-asas agihan peserta kepada kumpulan

dihuraikan, bilangan peserta yang terpilih dan apa sahaja pengukuhan yang diberi sebagai

penggalak untuk peserta menjayakan sepenuhnya juga perlu dinyatakan di dalam kajian

tindakan.

Instrumen kajian pula, penilai mendapati pengkaji telah menggunakan penilaian rakan

kumpulan, pemerhatian interaksi pelajar, temu bual tidak berstruktur, ujian pencapaian pra

dan pos topik Transistor bagi subjek PKEE, soal selidik sikap pelajar terhadap pembelajaran

berasaskan masalah, dan soal selidik pandangan pelajar terhadap fasilitator dan

pembelajaran berasaskan masalah dan soal selidik sikap terhadap penyelesaian masalah.

Instrumen adalah merupakan suatu alat di mana alat ini merupakan ukuran atau bahan

untuk kajian pengkaji. Alat atau bahan yang berupa soal selidik, senarai-senarai semak,

soalan-soalan ujian dan sebagainya. Di dalam kajian ini, penilai mendapati pengkaji tidak

menggunakan mana-mana instrumen yang sewajarnya dan sepatutnya diperincikan di

dalam kajian tindakan ini.

Selain itu, di dalam kajian tindakan ini, penulis mendapati pengkaji tidak memperincikan

mengenai prosedur kajian iaitu penerangan bagaimana kajian ini dijalankan dari mula

pengkaji mula mengkaji tentang kumpulan sasaran (peserta) sehingga kumpulan sasaran ini

dapat menyumbangkan apa-apa yang dikehendaki oleh pengkaji. Menurut Abdul Rahman

(2007) segala langkah yang melibatkan pengkaji dan peserta perlu diperjelaskan seperti

arahan-arahan, perkara yang dimanipulasi, gerak balas, kawalan-kawalan, perawakan,

Page 3: Metodologi Kajian

bahagian kumpulan dan segala perkara yang dilakukan pengkaji dan peserta dan

bagaimana ia dijayakan selepas menghadapi kekangan-kekangan tertentu.

Di dalam kajian tindakan ini juga, penilai mendapati pengkaji tidak menyatakan bentuk dan

teknik analisis yang digunakan dalam metodologi. Mengenai bentuk dan teknik, terdapat

beberapa data yang boleh dianalisis iaitu data kuantitatif atau data kualitatif. Data kuantitatif

boleh diambil daripada mana-mana instrumen kajian pengkaji. Salah satunya ialah soal

selidik yang mana pengkaji telah jalankan untuk dianalisis sebagai data kuantitatif. Manakala

data kualitatif pula, skrip hasil temu bual pengkaji dengan kumpulan sasaran boleh diambil

sebagai data untuk dianalisis kandungannya. Menurut Abdul Rahman (2007), penilai

mendapati pengkaji perlu menyatakan data analisis jika melibatkan statistik deskriptif atau

statistik inferential yang melibatkan formula-formula dan kenyataan-kenyataan statistik

tertentu yang perlu diuji pada paras-paras keyakinan tertentu.