Metonimi - Halaman Utama PRPM penyertaan masing-masing ... contoh, antaranya ialah “harum...

1
“S aya berasa sungguh gembira dan seronok dapat menyertai Minggu Penulis Kanak-kanak 2007 (MPKK) ini kerana program ini dapat membantu saya mendekatkan diri dengan bidang penulisan yang sangat saya minati”, begitulah luahan adik Tan May Hun apabila ditanya tentang perasaannya me- nyertai MPKK. MPKK diadakan pada 9-13 Disember 2007 bertem- pat di Golden Straits Villas Beach Resort, Port Dickson. Program ini dianjurkan oleh Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja (PUR- NAMA), DBP, dengan kerjasama Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia (IPMBB). MPKK menyediakan ruang kepada kanak-kanak yang ber- bakat dalam bidang penulisan kreatif untuk mengembangkan bakat dan minat mereka. Program ini juga dapat membimbing kanak- kanak berkarya sesuai dengan kemampuan, bakat, minat dan sahsiah alamiah. Melalui pro- gram seumpama ini DBP dapat mengenal pasti penulis kanak- kanak yang berpotensi dalam bidang penulisan kreatif pada peringkat awal usia mereka. Program yang berlangsung selama lima hari empat malam ini memberi pendedahan kepada peserta tentang teori dan amali penulisan buku bergambar, cerita pendek, puisi serta bimbingan motivasi dan riadah di samping mengadakan lawatan ke Taman Burung Unta untuk membantu mereka mendapatkan idea dalam berkarya. DBP telah mengundang bebera- pa orang penceramah yang pakar dalam bidang masing-masing se- perti Encik Yusuf Ismail, seorang pelukis dan penulis buku bergam- bar yang terkenal, Puan Faziah Sulaiman dan Puan Zawiyah Abdul Shukor, pensyarah dari IPBMM, serta Puan Mahaya Md. Yassin, seorang penggiat sastera dan budaya yang aktif berkarya sehingga kini untuk membim-bing peserta MPKK. Turut menjayakan program ialah Puan Lau Chen Chen, pegawai sains dari Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), Kuala Lumpur. Seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti Kadazan, Cina, India dan Melayu telah menyertai MPKK. Semua peserta telah menerima sijil penyertaan masing-masing yang disampaikan oleh Pengarah Jabatan Sastera, Puan Hajah Izzah Abdul Aziz. Halaman Sepuluh BERITA HARIAN Rabu, 23 Januari 2008 SASTERA PENGGERAK BAHASA Minggu Penulis Kanak-Kanak 2007 BH PILIH L10 19 emel D alam Pedoman Sastera bulan lalu, telah dibincangkan tentang gaya bahasa alusi. Kali ini, Pedoman membincangkan pula satu lagi gaya bahasa iaitu Metonimi. Jika gaya bahasa alusi merujuk secara langsung atau tidak lang- sung kepada sesuatu peristiwa atau orang yang telah diketahui umum dalam kalangan pembaca, meto- nimi pula menggantikan nama se- suatu benda yang erat hubungan- nya dengan perkara yang dimak- sudkan. Dalam erti kata yang lain, gaya bahasa metonimi adalah untuk menggantikan perkara sebe- narnya yang ingin dibicarakan oleh seseorang penyair dengan merujuk perkara yang sama ciri atau sifat sesuatu benda. Umpamanya apabila merujuk sekuntum bunga mawar, biasanya bukan bunga mawar yang kita kenali tetapi ialah seorang pe- rempuan. Untuk lebih jelas lagi peng- gunaan gaya bahasa metonimi ini dalam puisi, mari kita lihat sebuah puisi daripada T. Alias Taib yang dipetik dari kumpulan puisi Pasar Pengalaman berjudul “Metamorfosis” dia harum malam yang kembang di sebuah desa, daripada benih ratusan kumbang yang menyeri ibunya, kumbang yang sama juga menyeri hidupnya malam-siang. pada suatu malam dia bermimpi api menjulang memakannya pagi-pagi esok dia keluar dari desa seribu dosa dan memasuki desa seribu doa, menangis sepanjang jalan. di sebuah masjid di desa itu dia mencuci diri dan kalbunya yang berlumut pada air kolah terapung-apung wajahnya, tompokan lumut hitam dan tetesan air matanya. (2004: 73) Dalam puisi “Metamorfosis” ini terdapat beberapa gaya bahasa metonimi yang boleh kita jadikan contoh, antaranya ialah “harum malam”, “kumbang”, “api”, “mas- jid”, “air kolah”, “lumut hitam”, dan “air matanya”. Dalam puisi yang mempunyai kisah ini, penyair tidak merujuk secara langsung perkara yang hendak diceritakan tetapi menggu- nakan simbol untuk menggantikan perkara yang ingin dimaksudkan. Dalam puisi ini ada disebut “harum malam”, iaitu nama sejenis bunga yang biasa dipanggil sun- dal malam atau nama saintifiknya Polianthes tuberosa. Antara ciri bunga sundal malam ini ialah ia berbau harum di waktu malam. Dalam puisi ini, sundal malam merujuk kepada seorang perem- puan. Tentu ada yang tertanya mengapa penyair tidak menggunakan nama bunga yang lazim dirujuk untuk perempuan seperti bunga mawar dan melati? Penyair tidak merujuk nama-nama bunga tersebut, tentu ada berkaitan dengan kisah yang ingin disampaikan. Dalam baris seterusnya kita temui pula “kumbang” yang secara langsung kita tahu bahawa kum- bang biasa dirujuk untuk lelaki. Untuk mengetahui cerita dalam puisi ini, pembaca haruslah dapat menautkan unsur-unsur gaya bahasa metonimi ini dengan lam- bang-lambang yang kita ketahui umum. Untuk menerapkan metonimi ini, seseorang penyair itu mestilah peka dengan lambang-lambang budaya masyarakatnya kerana dengan penggunaan gaya bahasa metonimi ini sesebuah puisi itu bukan sahaja dapat meninggalkan kesan yang lebih hidup kepada pembaca tetapi dapat memperkayakan imaginasi khalayaknya. (bersambung...) Metonimi Oleh Saifullizan Yahaya Oleh Fizah Ibrahim PEDOMAN SASTERA AKTIVITI SASTERA “Apabila sasterawan sudah perkasa, ilmuwan sudah per- kasa secara tidak langsung meningkatkan produk sastera dari segi kualiti dan kuantiti.” Penganugerahan (hadiah dan anugerah) juga merupakan seba- hagian daripada usaha DBP memperkasa sastera dan saster- awan tanah air,” sambung beliau lagi. Sesungguhnya, DBP senantiasa komited untuk memainkan pera- nannya sebagai badan perjuang- an rakyat, badan kerajaan dan badan ilmu. Dalam konteks ini DBP bukan bergerak secara ber- sendirian, bagaimanapun, terus menjalinkan kerjasama dengan pelbagai pihak luar, khususnya ahli-ahli akademik serta pakar- pakar bidang. Kerjasama dalam memperkasa bahasa, sastera dan penerbitan ini cukup penting. Antara kerjasama yang DBP jalinkan dengan ahli-ahli akademik tempatan yang mem- perlihatkan kejayaan yang mem- banggakan adalah dalam bi- dang penyusunan Ensiklopedia Sains dan Teknologi berbahasa Melayu (bukan terjemahan). Penerbitan ensiklopedia ini te- lah melibatkan lebih seribu tenaga daripada kalangan ahli akademik dan bukan akademik sewaktu proses penyusunan- nya. DBP juga sedang membuat penambahbaikan dan mengemas kini Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu. Penerbitan buku Tafsir al-Maraghiw, me- ngandungi 15 jilid memperkaya- kan lagi khazanah persuratan Melayu. Demikian juga dalam kon- teks melaksanakan peranannya sebagai badan kerajaan, DBP senantiasa menyokong misi-misi nasional yang digubal dan dilak- sanakan oleh Kerajaan. Dalam isu penggunaan bahasa Inggeris misalnya, DBP tidak pernah me- ngambil pendekatan menongkah arus terhadap dasar-dasar kera- jaan. Bahkan DBP sendiri meng- galakkan stafnya pada semua peringkat untuk mempelajari dan menguasai bahasa Inggeris dan juga bahasa-bahasa lain. “Kita mahu menguasai bahasa Inggeris, tetapi bukan “dikua- sai” oleh bahasa Inggeris, “ tegas beliau sambil tersenyum. Sesungguhnya, dalam mem- perkasa bahasa kebangsaan, dan memartabatkan persurat- an dalam bahasa Melayu, pasti ada pasang surutnya - banyak cabaran yang harus didepani. Sepanjang kewujudannya sejak lebih setengah abad ini DBP terus mendapat kerjasama dan dukung- an yang padu daripada semua pihak, termasuk pihak pemimpin dan kepimpinan negara. Kejayaan yang diraih oleh DBP sebenarnya adalah berkat ker- jasama para pakar dan pejuang bahasa serta badan-badan bukan kerajaan. Kejayaan itu adalah merupakan hasil sinergi pelbagai pihak sama ada secara langsung ataupun tidak langsung - dan tidak terhasil tanpa perhatian, komitmen serta sokongan mate- rial dan politik pihak kerajaan. Seyogianya, DBP akan terus mempelopori usaha-usaha pengi- sian dan penjiwaan Fasal 152, Perlembagaan Persekutuan. Saya berasa sungguh gembira dan seronok dapat menyertai Minggu Penulis Kanak- kanak 2007 (MPKK) ini kerana program ini dapat membantu saya mendekatkan diri dengan bidang penulisan yang sangat saya minati” Tan May Hun Peserta SERONOK: Peserta gembira dengan pengisian program yang diadakan. DARI MUKA 1 Apabila sasterawan sudah perkasa, ilmuwan sudah perkasa secara tidak langsung meningkatkan produk sastera dari segi kualiti dan kuantiti. Penganugerahan (hadiah dan anugerah) juga merupakan sebahagian daripada usaha DBP memperkasa sastera dan sasterawan tanah air Datuk Dr. Firdaus Abdullah Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka

Transcript of Metonimi - Halaman Utama PRPM penyertaan masing-masing ... contoh, antaranya ialah “harum...

Page 1: Metonimi - Halaman Utama PRPM penyertaan masing-masing ... contoh, antaranya ialah “harum malam”, ... seseorang penyair itu mestilah peka

“Saya berasa sungguh gembira dan seronok dapat menyertai Minggu

Penulis Kanak-kanak 2007 (MPKK) ini kerana program ini dapat membantu saya mendekatkan diri dengan bidang penulisan yang sangat saya minati”, begitulah luahan adik Tan May Hun apabila ditanya tentang perasaannya me-nyertai MPKK. MPKK diadakan pada 9-13 Disember 2007 bertem-pat di Golden Straits Villas Beach Resort, Port Dickson. Program ini dianjurkan oleh Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja (PUR-NAMA), DBP, dengan kerjasama Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia (IPMBB).

MPKK menyediakan ruang kepada kanak-kanak yang ber-bakat dalam bidang penulisan

kreatif untuk mengembangkan bakat dan minat mereka. Program ini juga dapat membimbing kanak-kanak berkarya sesuai dengan kemampuan, bakat, minat dan

sahsiah alamiah. Melalui pro-gram seumpama ini DBP dapat mengenal pasti penulis kanak-kanak yang berpotensi dalam bidang penulisan kreatif pada peringkat awal usia mereka.

Program yang berlangsung selama lima hari empat malam ini memberi pendedahan kepada peserta tentang teori dan amali penulisan buku bergambar, cerita pendek, puisi serta bimbingan motivasi dan riadah di samping mengadakan lawatan ke Taman Burung Unta untuk membantu mereka mendapatkan idea dalam berkarya.

DBP telah mengundang bebera-pa orang penceramah yang pakar dalam bidang masing-masing se-perti Encik Yusuf Ismail, seorang pelukis dan penulis buku bergam-bar yang terkenal, Puan Faziah Sulaiman dan Puan Zawiyah Abdul Shukor, pensyarah dari

IPBMM, serta Puan Mahaya Md. Yassin, seorang penggiat sastera dan budaya yang aktif berkarya sehingga kini untuk membim-bing peserta MPKK. Turut menjayakan program ialah Puan Lau Chen Chen, pegawai sains dari Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), Kuala Lumpur.

Seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti Kadazan, Cina, India dan Melayu telah menyertai MPKK. Semua peserta telah menerima sijil penyertaan masing-masing yang disampaikan oleh Pengarah Jabatan Sastera, Puan Hajah Izzah Abdul Aziz.

Halaman Sepuluh BERITA HARIAN Rabu, 23 Januari 2008

SASTERA PENGGERAK BAHASA

Minggu Penulis Kanak-Kanak 2007

BH PILIH L10 19 emel

Dalam Pedoman Sastera bulan lalu, telah dibincangkan tentang gaya bahasa alusi.

Kali ini, Pedoman membincangkan pula satu lagi gaya bahasa iaitu Metonimi.

Jika gaya bahasa alusi merujuk secara langsung atau tidak lang-sung kepada sesuatu peristiwa atau orang yang telah diketahui umum dalam kalangan pembaca, meto-nimi pula menggantikan nama se-suatu benda yang erat hubungan-nya dengan perkara yang dimak-sudkan. Dalam erti kata yang lain, gaya bahasa metonimi adalah untuk menggantikan perkara sebe-

narnya yang ingin dibicarakan oleh seseorang penyair dengan merujuk perkara yang sama ciri atau sifat sesuatu benda. Umpamanya apabila merujuk sekuntum bunga mawar, biasanya bukan bunga mawar yang kita kenali tetapi ialah seorang pe-rempuan.

Untuk lebih jelas lagi peng-gunaan gaya bahasa metonimi ini dalam puisi, mari kita lihat sebuah puisi daripada T. Alias Taib yang dipetik dari kumpulan puisi Pasar Pengalaman berjudul “Metamorfosis” dia harum malam yang kembang di sebuah desa, daripada benih ratusan kumbang yang menyeri ibunya, kumbang yang sama juga menyeri hidupnya malam-siang.

pada suatu malam dia bermimpi api menjulang memakannya pagi-pagi esok dia keluar dari desa seribu dosa dan memasuki desa seribu doa, menangis sepanjang jalan.

di sebuah masjid di desa itu dia mencuci diri dan kalbunya yang berlumut pada air kolah terapung-apung wajahnya, tompokan lumut hitam dan tetesan air matanya. (2004: 73)

Dalam puisi “Metamorfosis” ini terdapat beberapa gaya bahasa metonimi yang boleh kita jadikan contoh, antaranya ialah “harum malam”, “kumbang”, “api”, “mas-jid”, “air kolah”, “lumut hitam”, dan

“air matanya”. Dalam puisi yang mempunyai

kisah ini, penyair tidak merujuk secara langsung perkara yang hendak diceritakan tetapi menggu-nakan simbol untuk menggantikan perkara yang ingin dimaksudkan.

Dalam puisi ini ada disebut “harum malam”, iaitu nama sejenis bunga yang biasa dipanggil sun-dal malam atau nama saintifiknya Polianthes tuberosa. Antara ciri bunga sundal malam ini ialah ia berbau harum di waktu malam. Dalam puisi ini, sundal malam merujuk kepada seorang perem-puan.

Tentu ada yang tertanya mengapa penyair tidak menggunakan nama bunga yang lazim dirujuk untuk perempuan seperti bunga mawar dan melati? Penyair tidak merujuk nama-nama bunga tersebut, tentu

ada berkaitan dengan kisah yang ingin disampaikan.

Dalam baris seterusnya kita temui pula “kumbang” yang secara langsung kita tahu bahawa kum-bang biasa dirujuk untuk lelaki. Untuk mengetahui cerita dalam puisi ini, pembaca haruslah dapat menautkan unsur-unsur gaya bahasa metonimi ini dengan lam-bang-lambang yang kita ketahui umum.

Untuk menerapkan metonimi ini, seseorang penyair itu mestilah peka dengan lambang-lambang budaya masyarakatnya kerana dengan penggunaan gaya bahasa metonimi ini sesebuah puisi itu bukan sahaja dapat meninggalkan kesan yang lebih hidup kepada pembaca tetapi dapat memperkayakan imaginasi khalayaknya. (bersambung...)

MetonimiOleh Saifullizan Yahaya

Oleh Fizah Ibrahim

PEDOMAN SASTERA

AKTIVITI SASTERA

“Apabila sasterawan sudah perkasa, ilmuwan sudah per-kasa secara tidak langsung meningkatkan produk sastera dari segi kualiti dan kuantiti.” Penganugerahan (hadiah dan anugerah) juga merupakan seba-hagian daripada usaha DBP memperkasa sastera dan saster-awan tanah air,” sambung beliau lagi.

Sesungguhnya, DBP senantiasa komited untuk memainkan pera-nannya sebagai badan perjuang-an rakyat, badan kerajaan dan badan ilmu. Dalam konteks ini DBP bukan bergerak secara ber-sendirian, bagaimanapun, terus menjalinkan kerjasama dengan pelbagai pihak luar, khususnya ahli-ahli akademik serta pakar-pakar bidang. Kerjasama dalam memperkasa bahasa, sastera dan penerbitan ini cukup penting.

Antara kerjasama yang DBP jalinkan dengan ahli-ahli akademik tempatan yang mem-perlihatkan kejayaan yang mem-banggakan adalah dalam bi-dang penyusunan Ensiklopedia Sains dan Teknologi berbahasa Melayu (bukan terjemahan). Penerbitan ensiklopedia ini te-lah melibatkan lebih seribu tenaga daripada kalangan ahli akademik dan bukan akademik sewaktu proses penyusunan-nya. DBP juga sedang membuat penambahbaikan dan mengemas kini Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu. Penerbitan buku Tafsir al-Maraghiw, me-ngandungi 15 jilid memperkaya-kan lagi khazanah persuratan Melayu.

Demikian juga dalam kon-teks melaksanakan peranannya sebagai badan kerajaan, DBP senantiasa menyokong misi-misi nasional yang digubal dan dilak-

sanakan oleh Kerajaan. Dalam isu penggunaan bahasa Inggeris misalnya, DBP tidak pernah me-ngambil pendekatan menongkah arus terhadap dasar-dasar kera-jaan. Bahkan DBP sendiri meng-galakkan stafnya pada semua peringkat untuk mempelajari dan menguasai bahasa Inggeris dan juga bahasa-bahasa lain.

“Kita mahu menguasai bahasa Inggeris, tetapi bukan “dikua-sai” oleh bahasa Inggeris, “ tegas beliau sambil tersenyum.

Sesungguhnya, dalam mem-

perkasa bahasa kebangsaan, dan memartabatkan persurat-an dalam bahasa Melayu, pasti ada pasang surutnya - banyak cabaran yang harus didepani. Sepanjang kewujudannya sejak lebih setengah abad ini DBP terus mendapat kerjasama dan dukung-an yang padu daripada semua pihak, termasuk pihak pemimpin dan kepimpinan negara.

Kejayaan yang diraih oleh DBP sebenarnya adalah berkat ker-jasama para pakar dan pejuang bahasa serta badan-badan bukan kerajaan. Kejayaan itu adalah merupakan hasil sinergi pelbagai pihak sama ada secara langsung ataupun tidak langsung - dan tidak terhasil tanpa perhatian, komitmen serta sokongan mate-rial dan politik pihak kerajaan.

Seyogianya, DBP akan terus mempelopori usaha-usaha pengi-sian dan penjiwaan Fasal 152, Perlembagaan Persekutuan.

Saya berasa sungguh gembira dan seronok dapat menyertai Minggu Penulis Kanak-kanak 2007 (MPKK) ini kerana program ini dapat membantu saya mendekatkan diri dengan bidang penulisan yang sangat saya minati”

Tan May HunPeserta

SERONOK: Peserta gembira dengan pengisian program yang diadakan.

DARI MUKA 1

Apabila sasterawan sudah perkasa, ilmuwan sudah perkasa secara tidak langsung meningkatkan produk sastera dari segi kualiti dan kuantiti. Penganugerahan (hadiah dan anugerah) juga merupakan sebahagian daripada usaha DBP memperkasa sastera dan sasterawan tanah air

Datuk Dr. Firdaus AbdullahKetua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka