mewujudkan perpaduan kaum dalam bilik darjah

5
DARI ASPEK SOSIAL Bagi mewujudkan masyarakat 1 Malaysia dalam sebuah kelas yang muridnya terdiri daripada pelbagai kaum,saya sebagai seorang guru haruslah berusaha untuk mewujudkan satu hubungan yang erat antara guru murid dan murid murid. Hubungan yang terbina atas dasar saling mempercayai dan menghormati akan menghasilkan suatu persekitaran emosi dan sosial yang kondusif (Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel, 2009). Oleh itu, saya sebagai guru perlu bertindak sebagai agen sosial, dengan mengambil tindakan yang awal bagi mewujudkan perpaduan antara murid dari aspek sosial. Bermula pada hari pertama saya masuk ke kelas, saya akan berbincang secara demokratik untuk menubuhkan satu organisasi kelas, peraturan kelas dan jadual bertugas kelas. Saya akan bertindak secara adil dimana pemilihan organisasi adalah dilakukan secara undian oleh murid dan sesiapa pun boleh memegang jawatan kelas tanpa mengira kaum. Saya akan memastikan peraturan kelas yang dibentuk adalah adil untuk semua. Manakala hukuman akan dikenakan bagi murid yang melanggar peraturan kelas yang telah dibina bersama. Dengan langkah ini, saya dapat mewujudkan keharmonian dan kesejahteraan dalam kelas. Contoh peraturan kelas yang akan saya bina ialah, semasa murid beragama islam membaca doa, murid murid beragama lain mestilah senyap sebagai menghormati agama islam dan digalakkan berdoa cara agama masing masing. Dalam usaha untuk mewujudkan masyarakat 1 Malaysia dalam kelas yang terdiri daripada pelbagai kaum, saya sebagai guru akan berusaha untuk sedaya upaya saya untuk cuba menerapkan budaya dan pengetahuan persekitaran murid saya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Menurut Maslta Fulop dan Ference Malton (2003), sejak dua dekad yang lalu, kajian empirikal menunjukkan perbezaan antara budaya ada kaitan dengan jangkaan pembelajaran dan pengetahuan, ontologikal dan epistologikal yang mempengaruhi cara berfikir dan cara bertindak. Oleh itu, dengan menyediakan pelbagai bentuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran, saya akan dapat meningkatkan pemahaman murid saya yang berbeza dengan mengaitkan pengalaman budaya mereka. Dengan ini, saya akan memilih sumber pembelajaran yang mengandungi ciri ciri budaya murid saya bagi meningkatkan kefahaman mereka. Langkah ini juga akan menggalakkan perkongsian nilai budaya antara murid murid saya. Contohnya, saya boleh menggunakan buah getah, biji kelapa sawit dan sempoa sebagai alat bantu mengajar saya untuk

description

aspek sikap guru

Transcript of mewujudkan perpaduan kaum dalam bilik darjah

Page 1: mewujudkan perpaduan kaum dalam bilik darjah

DARI ASPEK SOSIAL

Bagi mewujudkan masyarakat 1 Malaysia dalam sebuah kelas yang muridnya

terdiri daripada pelbagai kaum,saya sebagai seorang guru haruslah berusaha untuk

mewujudkan satu hubungan yang erat antara guru – murid dan murid – murid.

Hubungan yang terbina atas dasar saling mempercayai dan menghormati akan

menghasilkan suatu persekitaran emosi dan sosial yang kondusif (Haliza Hamzah &

Joy Nesamalar Samuel, 2009). Oleh itu, saya sebagai guru perlu bertindak sebagai

agen sosial, dengan mengambil tindakan yang awal bagi mewujudkan perpaduan

antara murid dari aspek sosial.

Bermula pada hari pertama saya masuk ke kelas, saya akan berbincang

secara demokratik untuk menubuhkan satu organisasi kelas, peraturan kelas

dan jadual bertugas kelas. Saya akan bertindak secara adil dimana pemilihan

organisasi adalah dilakukan secara undian oleh murid dan sesiapa pun boleh

memegang jawatan kelas tanpa mengira kaum. Saya akan memastikan peraturan

kelas yang dibentuk adalah adil untuk semua. Manakala hukuman akan dikenakan

bagi murid yang melanggar peraturan kelas yang telah dibina bersama. Dengan

langkah ini, saya dapat mewujudkan keharmonian dan kesejahteraan dalam kelas.

Contoh peraturan kelas yang akan saya bina ialah, semasa murid beragama islam

membaca doa, murid – murid beragama lain mestilah senyap sebagai menghormati

agama islam dan digalakkan berdoa cara agama masing – masing.

Dalam usaha untuk mewujudkan masyarakat 1 Malaysia dalam kelas yang

terdiri daripada pelbagai kaum, saya sebagai guru akan berusaha untuk sedaya

upaya saya untuk cuba menerapkan budaya dan pengetahuan persekitaran

murid saya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Menurut Maslta Fulop dan

Ference Malton (2003), sejak dua dekad yang lalu, kajian empirikal menunjukkan

perbezaan antara budaya ada kaitan dengan jangkaan pembelajaran dan

pengetahuan, ontologikal dan epistologikal yang mempengaruhi cara berfikir dan

cara bertindak. Oleh itu, dengan menyediakan pelbagai bentuk aktiviti pengajaran

dan pembelajaran, saya akan dapat meningkatkan pemahaman murid saya yang

berbeza dengan mengaitkan pengalaman budaya mereka. Dengan ini, saya akan

memilih sumber pembelajaran yang mengandungi ciri – ciri budaya murid saya bagi

meningkatkan kefahaman mereka. Langkah ini juga akan menggalakkan

perkongsian nilai budaya antara murid – murid saya. Contohnya, saya boleh

menggunakan buah getah, biji kelapa sawit dan sempoa sebagai alat bantu

mengajar saya untuk mengajar kemahiran mengira dalam matapelajaran matematik.

Page 2: mewujudkan perpaduan kaum dalam bilik darjah

Oleh itu, murid saya yang berbangsa cina, akan lebih memahami tentang pengunaan

sempoa dapat membantu rakan – rakan mereka yang kurang didedahkan dengan

sempoa. Dengan secara tidak langsung, perkongsian nilai budaya dan pertukaran

idea dapat dilaksanan secara serentak disamping mengeratkan hubungan antara

murid – murid saya.

Tambahan lagi, dengan mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran juga dapat mengeratkan lagi perhubungan antara murid – murid

saya. Antara aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang akan saya jalankan adalah

teknik main peranan dan simulasi. Saya akan meminta murid-murid saya

mensimuliasikan kisah kemerdekaan negara dan tokoh negarawan. Teknik simulasi

dan main peranan ini disokong oleh Mok Soon Sang (1997) yang menyatakan

bahawa teknik ini dapat meningkatkan interaksi antara murid – murid disamping

memberi kesempatan murid menghayati nilai moral yang baik. Sebagai kesannya,

murid-murid saya akan menjadi lebih erat hasil interaksi yang berlaku.

Dalam pada itu juga, saya akan menjalankan banyak strategi

pembelajaran koperatif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Kumpulan

belajar yang saya akan hasilkan terdiri daripada murid – murid yang berlainan kaum

serta berlainan tahap pencapaian. Dengan langkah ini, murid yang bijak akan

menolong murid yang lemah. Aktiviti kumpulan sememangnya dapat memberi ruang

dan peluang kepada guru dan murid untuk mengenali antara satu sama lain. Antara

contoh aktiviti kumpulan yang boleh saya jalankan ialah aktiviti sumbangsaran atau

percambahan fikiran. Dalam aktiviti sumbangsaran juga, murid - murid dilatih untuk

menghormati pendapat – pendapat orang lain (Mok soon Sang, 1997). Dengan ini,

saya akan dapat menimbulkan rasa penghormatan dalam jiwa murid terhadap rakan

mereka yang berlainan kaum, bangsa dan agama. Langkah ini disokong oleh Noriati

A. Rashid et. Al ( 2011), yang menyatakan bahawa kesedaran budaya mikro

kumpulan etnik yang berbeza dalam pembelajaran koperatif dapat membantu

mengeratkan hubungan dan mewujudkan kerjasama dan toleransi yang diperlukan

dalam masyarakat majmuk.

Disamping itu juga, saya akan menggunakan Bahasa Melayu sebagai

medium untuk menyampaikan isi pelajaran dalam sesi pengajaran dan

pembelajaran bagi mewujudkan masyarakat 1 Malaysia. Saya juga akan

menggalakkan murid-murid berkomunikasi sesama mereka dalam Bahasa Melayu.

Langkah ini juga akan mengelakkan daripada berlaku gangguan dalam komunikasi

yang boleh menyebabkan sesi P&P terganggu berbanding penggunan dialek atau

Page 3: mewujudkan perpaduan kaum dalam bilik darjah

loghat digunakan. Oleh itu, saya akan cuba untuk mendedahkan dan membiasakan

murid- murid saya untuk bertutur dalam Bahasa Melayu dengan mengadakan aktiviti

yang dapat meningkatkan kemahiran komunikasi mereka dalam Bahasa Melayu.

Antara aktiviti yang saya akan jalankan ialah Pesta Pantun, Pertandingan Bahas dan

Forum. Sebagai kesannya, murid saya akan dapat bertutur dengan baik dalam

Bahasa Melayu. Justeru itu, murid – murid akan dapat berkomunikasi dengan rakan

– rakan mereka yang berbeza kaum dengan baik dan tidak akan mengalami masalah

untuk menjalinkan hubungan yang erat dengan rakan – rakan mereka. Rohana

Rolhan (2012) menegaskan bahawa Bahasa Melayu berperanan mengukuhkan

perpaduan antara kaum melalui 4 cara iaitu melalui pendidikan, masyarakat, Dewan

Bahasa dan Pustaka dan media massa. Hal ini berlaku jika seseorang murid mampu

bekomunikasi dengan baik dalam Bahasa Melayu, mereka akan mudah untuk

berkomunikasi dengan rakan – rakan mereka walaupun berbeza kaum.

Saya sebagai guru juga perlu berkerjasama dengan pihak pentadbir sekolah

bagi mengadakan aktiviti yang dapat memupuk semangat kenegaraan dalam

jiwa murid- murid saya seterusnya mewujudkan masyarakat 1 Malaysia. Noor

Mohamad Shakil Hameed (2012) mencadangkan aktiviti yang diadakan perlulah

mewujudkan lebih banyak peluang dan ruang untuk anak kita bergaul dan beramah

mesra dengan rakan daripada agama dan bangsa lain. Saya akan mencadangkan

agar murid–murid saya membuat persembahan kebudayaan pada hari sambutan

seperti Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia. Antara persembahan kebudayaan

yang boleh dipersembahkan ialah persembahan puisidra, tarian tradisional kaum di

Malaysia dan lagu - lagu tradisional. Dengan tidak langsung, murid – murid dapat

belajar sesuatu tentang kebudayaan kaum lain dan berkongsi keunikan kebudayaan

kaum masing – masing dengan rakan – rakan mereka.

Selain daripada itu, saya juga akan mencadangkan kepada pihak pentadbir

sekolah agar menetapkan rutin sekolah yang dapat meningkatkan jati diri dan

semangat kenegaraan dalam diri murid - murid. Antara rutin yang akan saya

cadangkan ialah mengadakan nyanyian lagu kebangsaan, negeri dan ikrar Rukan

Negara sebelum bermula waktu persekolahan, pada hari perhimpunan dan dalam

acara rasmi. Nyanyian lagu Negaraku itu bertujuan menyemarakkan semangat

patriotik di kalangan pelajar di samping memupuk perpaduan bagi sebuah negara

yang rakyatnya berbilang kaum seperti Malaysia (Utusan, 2012 Ogos 27). Dengan

penetapan rutin seperti ini, saya dapat meningkatkan semangat kenegaraan dan

Page 4: mewujudkan perpaduan kaum dalam bilik darjah

menguatkan lagi semangat kekitaan antara murid – murid yang mempunyai latar

belakang yang berbeza latar belakang. Dengan ini, murid – murid tidak akan berasa

terasing dan menerima rakan – rakan mereka sebagai saudara senegara.

Memetik kata Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Tan Sri

Muhyiddin Yassin, semua sekolah perlu mengambil inisiatif menganjurkan program

tertentu bagi memupuk perpaduan, toleransi dan kepelbagaian antara murid (Harian

Metro, 2012 Ogos 3). Selaras dengan kenyataan itu, saya akan mencadangkan agar

sekolah mengadakan program yang dapat memberi peluang kepada murid –

murid saya berinteraksi dan membina hubungan yang baik sesama mereka.

Contohnya, hari sukan sekolah. Dengan mengadakan hari sukan sekolah, murid –

murid akan berkerjasama antara satu sama lain untuk memenangi sesuatu acara

seperti dalam 4 x 100 dan bola sepak. Selain itu juga, murid – murid akan

bersemangat untuk menyokong rakan – rakan mereka tanpa mengira bangsa atau

kaum untuk memastikan kumpulan mereka memenangi acara tersebut.

Dalam usaha saya untuk mewujudkan masyarakat 1 Malaysia dalam sekolah

yang muridnya terdiri dari pelbagai etnik dan budaya, saya juga akan

menggalakkan murid – murid saya untuk menyertai aktiviti kokurikulum yang

dianjurkan oleh pihak sekolah. Aktiviti kokurikulum yang terdiri dari unit

beruniform, sukan dan permainan serta kelab dan persatuan adalah salah satu

langkah bagi menerapkan nilai murni dalam diri murid- murid. Penerapan nilai murni

dan pembentukan sikap positif dalam diri murid saya amatlah penting bagi

melahirkan murid yang berhemah tinggi dan bersemangat kemasyarakatan untuk

mereka membiasakan diri dengan rakan – rakan kelas mereka yang berbeza budaya

dan agama. Oleh itu, dengan menyertai aktiviti kokurikulum seperti perkhemahan

badan uniform, murid- murid akan belajar dan mendisiplinkan diri untuk patuh akan

arahan ketua, saling tolong – menolong dan menghormati perbezaan budaya rakan

– rakan mereka. Langkah ini bertepatan dengan konsep kurikulum tersirat yang

merujuk kepada cara budaya disalurkan dan sikap dibentuk melalui proses

pengajaran pembelajaran dan pengurusan organisasi sekolah. Kurikulum Tersirat

merupakan nilai implisit atau yang tidak terancang pencapaiannya tetapi terlaksana

hasil daripada amalan di dalam bilik darjah sebagai proses pelaksanaan kurikulum

formal (Noriati A. Rashid et al., 2011).

Page 5: mewujudkan perpaduan kaum dalam bilik darjah

Sehubungan untuk mewujudkan masyarakat 1 Malaysia, saya juga akan

mengesyorkan kepada pihak pentadbir untuk mengadakan sambutan perayaan

yang disambut oleh setiap kaum di Malaysia. Antara perayaan yang boleh

disambut ialah Hari Raya bagi kaum melayu, Tahun Baru Cina bagi kaum cina, serta

Hari Deepavali bagi kaum India. Langkah ini dapat memberi peluang kepada murid-

murid saya uintuk mengenali lebih dekat keunikan budaya rakan – rakan mereka

yang berbeza dari segi makanan, sambutan perayaan dan juga pakaian perayaan.

Maka, pada sambutan Hari Raya Aidilfitri, pihak sekolah boleh menyajikan pelbagai

makanan kaum melayu sepert rendang dan ketupat. Manakala pada hari Sambutan

Deepavali sekolah, makanan tradisional kaum India seperti Jelebi dan Maruku.

Pengarah Urusan Raub Australian Gold Mining (RAGM), Datuk Ir. Azinudin Abdul

Rahim berkata melalui sambutan perayaan seperti itu, penduduk berbilang kaum

akan lebih memahami budaya rakan-rakan mereka dan memupuk semangat

kekitaan walaupun berlainan agama dan budaya. Sambutan perayaan seperti ini

secara tidak langsung akan menimbulkan bibit – bibit kasih sayang antara murid –

murid yang akan mengeratkan lagi hubungan sesama mereka. Sebagai kesannya,

murid–murid saya akan merasakan diri mereka sebagai sebuah keluarga yang besar

walaupun mempunyai perbezaan latar belakang yang berbeza.