Minggu 1-isl-hubungan-etnik

3
Mengakses Maklumat Daripada Internet Dan Sumber Rujukan Tentang Peristiwa 13 Mei 1969 Peristiwa 13 mei 1969 telah terjadinya rusuhan kaum (darurat) yang menjadi satu titik hitam di dalam sejarah negara kita. Sama ada sedar ataupun tidak, peristiwa ini banyak meninggalkan yang agak mendalam terhadap diri rakyat malaysia yang mempunyai rakyat berbilang kaum. Tragedi berdarah yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda ini sebenarnya mempunyai kaitan yang rapat dengan "pilihan raya umum 1969". Menurut urutan sejarah, semasa kempen pilihan raya 1969, isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen menjadi tema utama sepanjang kempen pilihanraya yang telah menaikkan semangat kaum-kaum di malaysia. Calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik terutamanya daripada parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan bahasa kebangsaan (bahasa melayu), kedudukan istimewa orang melayu sebagai (bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka di antara satu bangsa dengan bangsa yang lain. Berikutan kekalahan parti perikatan menawan majoriti dua- pertiga dalam dewan rakyat hati rakyat malaysia, maka Dr. Tan Chee Khoon (dari parti gerakan) telah menang besar di kawasan batu, selangor meminta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di selangor yang menyaksikan 50:50 di selangor. Dikatakan bahawa penyokong-penyokong parti gerakan telah mengutuk dan menghina orang-orang melayu semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala

description

hubungan etnik

Transcript of Minggu 1-isl-hubungan-etnik

Page 1: Minggu 1-isl-hubungan-etnik

Mengakses Maklumat Daripada Internet Dan Sumber Rujukan Tentang Peristiwa 13 Mei 1969

Peristiwa 13 mei 1969 telah terjadinya rusuhan kaum (darurat) yang menjadi

satu titik hitam di dalam sejarah negara kita.  Sama ada sedar ataupun tidak, peristiwa

ini banyak meninggalkan yang agak mendalam terhadap diri rakyat malaysia yang

mempunyai rakyat berbilang kaum.

Tragedi berdarah yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda ini

sebenarnya mempunyai kaitan yang rapat dengan "pilihan raya umum 1969". Menurut

urutan sejarah, semasa kempen pilihan raya 1969, isu-isu perkauman yang menyentuh

emosi dan sentimen menjadi tema utama sepanjang kempen pilihanraya yang telah

menaikkan semangat kaum-kaum di malaysia. Calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli

politik terutamanya daripada parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif

berkaitan dengan bahasa kebangsaan (bahasa melayu), kedudukan istimewa

orang melayu sebagai (bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan melayu. Hal ini

telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka di antara satu bangsa

dengan bangsa yang lain.

Berikutan kekalahan parti perikatan menawan majoriti dua-pertiga dalam dewan

rakyat hati rakyat malaysia, maka Dr. Tan Chee Khoon (dari parti gerakan) telah

menang besar di kawasan batu, selangor meminta kebenaran polis untuk berarak

meraikan kemenangan parti tersebut di selangor yang menyaksikan 50:50 di selangor.

Dikatakan bahawa penyokong-penyokong parti gerakan telah mengutuk dan menghina

orang-orang melayu semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala

Lumpur dan menuju ke kampung baru sedangkan kampung tersebut terletaknya

rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato' Harun Idris dan juga 30,000 orang

melayu yang menjadi kubu UMNO.

Berikutan dari peristiwa ini, orang melayu dan orang cina saling berbalas

dendam dengan membunuh, mencederakan orang, dan juga membakar bangunan dan

kenderaan di sekitar Kuala Lumpur. Antara kejadian tersebut ialah peristiwa di

panggung odeon, di mana orang melayu telah dibunuh beramai-ramai di dalam

panggung. Begitu juga dengan peristiwa dua penunggang motosikal berbangsa cina

yang melalui jalan kampung baru telah dipancung kepala.

Page 2: Minggu 1-isl-hubungan-etnik

Dalam tempoh 3 hari mulai 13 Mei hingga 16 Mei 1969, timbalan perdana

menteri Tun Abdul Razak telah dilantik sebagai pengarah mageran (majlis gerakan

negara). Dengan pembubaran parlimen oleh yang di-pertuan agong, mageran

menubuhkan majlis perundingan negara pada bulan Januari, 1970 yang mengandungi

66 orang ahli dari semua golongan masyarakat berbagai kaum. Majlis perundingan

negara ini mengadakan dialog yang serius di kalangan anggota-anggotanya bagi

mencari jalan untuk menguatkan perpaduan negara dan menyediakan satu asas yang

kukuh dan kekal untuk kembali kepada demokrasi berparlimen, dan mendapatkan satu

panduan yang positif dan praktikal dalam usaha mencapai kedasama antara kaum dan

identiti masyarakat malaysia yang tulin. Daripada perbincangan kesemua wakil dari

semua kaum dan golongan ini lahirlah konsep rukun negara sebagai manifestasi

ideologi kebangsaan

Berdasarkan kepada semangat rukun negara, jawatankuasa ekonomi majlis

perundingan negara telah melahirkan dasar ekonomi baru yang bertujuan untuk

menyusun semula masyarakat dan menghapuskan kemiskinan, serta memelihara

keselamatan negara. Dasar ekonomi baru inilah yang menjadi asas dan dasar

pembangunan negara dalam semua bidang.

Kesimpulannya, akibat dari tragedi ini banyak nyawa yang tidak berdosa telah

terkorban dan harta benda musnah. Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera,

39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah. Tapi ramai telah menganggar

ramai lagi dibunuh. Sebuah thesis phd. Daripada Universiti California, Berkeley

menganggar seramai 2,000 orang hilang nyawa dalam peristiwa 13 Mei. Bagaimanapun,

peristiwa malang ini adalah merupakan satu rahmat yang tersembunyi. La adalah

merupakan titik perubahan corak dan falsafah sosio-politik dan ekonomi negara, juga

menyedarkan semua pihak betapa jurang perbezaan sosial dan ekonomi adalah

merupakan masalah asas masyarakat malaysia.