minggu 11.docx

5
Bilangan Jurnal : 11/12 Minggu Praktikum : Kesebelas Tarikh Peristiwa/ Kejadian : 14 hingga 18 April 2014 Tajuk Jurnal : Masalah Penjagaan Kebersihan Diri Murid 1. Masalah/ Peristiwa Sepanjang minggu ini saya berdepan dengan pelbagai gelagat murid-murid yang agak merisaukan. Antara masalah yang paling ketara adalah berkaitan dengan hal kebersihan diri; merangkumi kebersihan pakaian, dan diri sendiri. Kebanyakan murid memandang enteng akan hal ini. Mereka tidak begitu mengambil berat tentang isu penjagaan diri. Ada di antara murid yang memakai pakaian sekolah yang tidak berbasuh selama 5 hari (Isinin hingga Jumaat) dan tidak menyerika pakaian dan lain- lain. Pada pandangan saya, ini tidak sepatutnya berlaku kepada seorang murid sekolah. Mereka sewajarnya berpakaian kemas dan bersih. Namun, hal ini amat mendukacitakan apabila ada dalam kalangan mereka yang mempunyai masalah bau badan yang agak kuat sehingga boleh menyesakkan nafas orang di sekelilingnya. Masalah kebersihan ini bukan sekadar berlaku kepada murid Tahap 1, malahan juga berlaku kepada murid di Tahap 2. Lebih menyedihkan apabila murid Tahun 6 yang sepatutnya menjadi

Transcript of minggu 11.docx

Bilangan Jurnal : 11/12Minggu Praktikum : KesebelasTarikh Peristiwa/ Kejadian : 14 hingga 18 April 2014Tajuk Jurnal : Masalah Penjagaan Kebersihan Diri Murid

1. Masalah/ PeristiwaSepanjang minggu ini saya berdepan dengan pelbagai gelagat murid-murid yang agak merisaukan. Antara masalah yang paling ketara adalah berkaitan dengan hal kebersihan diri; merangkumi kebersihan pakaian, dan diri sendiri. Kebanyakan murid memandang enteng akan hal ini. Mereka tidak begitu mengambil berat tentang isu penjagaan diri. Ada di antara murid yang memakai pakaian sekolah yang tidak berbasuh selama 5 hari (Isinin hingga Jumaat) dan tidak menyerika pakaian dan lain-lain.Pada pandangan saya, ini tidak sepatutnya berlaku kepada seorang murid sekolah. Mereka sewajarnya berpakaian kemas dan bersih. Namun, hal ini amat mendukacitakan apabila ada dalam kalangan mereka yang mempunyai masalah bau badan yang agak kuat sehingga boleh menyesakkan nafas orang di sekelilingnya. Masalah kebersihan ini bukan sekadar berlaku kepada murid Tahap 1, malahan juga berlaku kepada murid di Tahap 2. Lebih menyedihkan apabila murid Tahun 6 yang sepatutnya menjadi contoh kepada mrid-murid lain juga berkeadaan yang sama.Sebagai seorang guru, saya menyifatkan keadaan ini dalam fasa membimbangkan dan perlu diatasi segera. Murid-murid sepatutnya berada dalam keadaan bersih dan selesa. Setelah itu, barulah mereka boleh belajar dalam keadaan tenang dan bersemangat. Bau yang tidak menyenangkan akan mengganggu guru-guru dan rakan-rakan yang lain. Oleh yang demikian, masalah ini mesti diambil tindakan dan perlu diselesaikan secepat mungkin.

2. AnalisisKebersihan diri adalah antara elemen terpenting yang perlu dititikberatkan oleh setiap individu khususnya murid-murid sekolah. Lagipun, di sinilah mereka sepatutnya menjadikan perkara ini sebagai suatu tabiat untuk berpakaian bersih dan kemas. Sekiranya murid-murid bersikap tidak endah dengan hal ini, mereka sememangnya boleh dianggap melanggar peraturan sekolah kerana setiap sekolah meletakkan syarat agar murid berpakaian kemas ketika ke sekolah. Ini membuktikan bahawa kebersihan sangat penting bagi murid-murid. Ahmad Sulaiman (2008) menyatakan:Kebersihan adalah salah satu tanda dari keadaan higiene yang baik. Manusia perlu menjaga kebersihan lingkungan dan kebersihan diri agar sihat, tidak bau, tidak menyebarkan kotoran, atau menularkan kuman penyakit terhadap diri sendiri mahupun orang lain. Kebersihan badan meliputi kebersihan diri sendiri, seperti mandi, menggosok gigi, mencuci tangan, dan memakai pakaian yang bersih.Sementara itu, seperti yang kita semua sedia maklum, agama Islam juga menitikberatkan soal kebersihan. Justeru, Islam meletakkan kebersihan sebagai sebahagian daripada Iman. Sahari Akim (2008) menyatakan dalam penulisannya bahawa:Dalam isu menjaga kebersihan ini, setiap masyarakat perlu mempunyai kesedaran dan sikap bertanggungjawab. Masyarakat perlu mematuhi amalan menjaga kebersihan dari lunas-lunas agama, mempunyai kesedaran sivik yang tinggi dan mematuhi undang-undang serta peraturan yang ditetapkan. Isu kebersihan sememangnya dititikberatkan dalam ajaran agama Islam sendiri. Islam memandang kebersihan itu sebagai sebahagian daripada iman. Kita yakin agama-agama lain juga memberi penekanan terhadap penjagaan kebersihan.Kita juga sedar bahawa kebersihan dapat menghindarkan diri dari terkena jangkitan penyakit. Maka, berdasarkan analisa dan pendapat ini, adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk terus menjaga kebersihan terutamanya kebersihan diri sendiri. Setelah itu, barulah kita dapat menjaga kebersihan persekitaran.

3. Cadangan Tindakan SusulanUsaha membendung masalah menjaga kebersihan diri patut dipertanggungjawabkan kepada semua individu. Guru-guru perlu memberi nasihat dan bimbingan kepada murid-murid tentang kepentingan menjaga kebersihan diri. Guru-guru boleh menganjurkan kempen-kempen seperti Personaliti Indah, Diri Bersih dan Sihat dan lain-lain. Melalui kempen seperti ini, murid-murid secara tidak langsung akan menyedari kesilapan mereka dan akan mula berfikir untuk melakukan perubahan demi menjaga kesihatan mereka.Untuk menyuntik kesedaran murid-murid tentang pentingnya kebersihan, guru bimbingan boleh mengadakan bimbingan kelas terutamanya yang dikenalpasti mempunyai masalah kebersihan yang serius. Melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang bermodulkan aspek/ tajuk kebersihan, murid-murid akan memahami kepentingan menjaga kebersihan diri dan pengaruh kebersihan tersebut kepada diri sendiri , juga persepsi masyarakat terhadap mereka.Walaubagaimanapun, ibubapa di rumah adalah antara individu yang paling bertanggungjawab untuk menyedarkan anak-anak tentang hal ini kerana mereka individu pertama yang berinteraksi secara terus dengan anak-anak. Kesedaran ini sepatutnya bermula dari rumah. Ibubapa perlu memantau dan memberi perhatian kepada anak-anak mereka dari segi amalan kebersihan. Walau bagaimanapun, murid-murid yang dewasa juga sewajarnya boleh berfikir secara rasional dan bertindak untuk kebaikan mereka.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh masa seminggu. Bagi menangani masalah ini, saya akan sentiasa memberikan nasihat yang berterusan. Guru-guru lain juga bertanggungjawab untuk memastikan masalah ini tidak berterusan. Kempen-kempen mesti dilakukan secara berterusan sekurang-kurangnya seminggu sekali diselitkan ketika perhimpunan pagi di sekolah. Guru disiplin juga seharusnya memantau keadaan ini dari semasa ke semasa.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing Tandatangan : Tandatangan : Nama : Nama : Tarikh : Tarikh :