Minggu 14 (sastera) menjelaskan rangka novel

40
Minggu 14 Pembentangan Hasil Kerja (Menjelaskan Rangka Novel) Disediakan oleh : Nur Shamimi binti Jamudin Basirah binti Ya’acob Norshuhaida binti Masre Athirahshazana binti Zakaria

Transcript of Minggu 14 (sastera) menjelaskan rangka novel

Page 1: Minggu 14 (sastera) menjelaskan rangka novel

Minggu 14Pembentangan Hasil Kerja

(Menjelaskan Rangka Novel)

Disediakan oleh :Nur Shamimi binti JamudinBasirah binti Ya’acobNorshuhaida binti MasreAthirahshazana binti Zakaria

Page 3: Minggu 14 (sastera) menjelaskan rangka novel

Biodata Pengarang• FAISAL TEHRANI adalah nama pena kepada Mohd Faizal Musa.• Beliau dilahirkan pada 7 Ogos 1974 di Hospital Kuala Lumpur.• Pada usia 5 tahun beliau dibawa ibu-bapanya berpindah ke Melaka dan

dibesarkan di kota bersejarah tersebut.• FAISAL TEHRANI mendapat pendidikan awal di Sekolah Sacred Heart

Melaka, kemudian di Sekolah Rendah Jalan Dato? Palembang dan memperolehi 5 A untuk peperiksaan Penilaian.

• Faisal kemudian menuntut di Sekolah Menengah Sultan Muhammad sehingga Tingkatan Tiga, lantaran keputusan SRP yang cemerlang, beliau ditawarkan belajar di Kolej Islam Kelang (Kolej Islam Sultan Alam Shah). Kisah-kisah awal remaja Faisal banyak disirikan di dalam majalah Fokus SPM.

• Faisal seterusnya menuntut di Akademi Islam Nilam Puri Kelantan sebelum meneruskan pengajian sehingga memperolehi ijazah Sarjana Muda Syariah Politik dari Universiti Malaya.

• Tidak lama kemudian Faisal menjadi fellow di Universiti Sains Malaysia.• Beliau meneruskan pengajian peringkat Sarjana (MA) dalam jurusan

Kesusasteraan dan kini melanjutkan pelajaran dalam kedoktoran (PhD) pula di UKM.  

Page 4: Minggu 14 (sastera) menjelaskan rangka novel

• Faisal mendapat tunjuk ajar dari Sasterawan Negara Datuk A.Samad Said, Sasterawan Negara Dato Shahnon Ahmad, pemenang SEA Write Award Zaharah Nawawi dan Sutung Umar RS dalam bidang puisi.

• Keluarga beliau turut memiliki hubungan rapat dengan SN Dato Shahnon.

• Faisal pernah mewakili Malaysia ke Program Penataran Sastera anjuran Majlis Sastera Asia Tenggara di Jakarta dan Bogor pada tahun 1999, bersama Mawar Shafie, Hizairi Othman, Jasni Matlani.

• Beliau mula menulis secara serious pada 1992, dengan cerpen pertamanya dengan judul Anastasia yang tersiar di majalah Muslimah .

• Faisal semakin dikenali dikhalayak sastera pada tahun 1994 apabila beliau memenangi Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Public Bank 1994 melalui cerpen Anak dan cerpen Opah.

• Pada tahun yang sama beliau menggondol Hadiah Sastera Siswa DBP-Bank Rakyat (kini sudah tiada), menerusi cerpen Malam Ini Philadelphia Menangis.

Page 5: Minggu 14 (sastera) menjelaskan rangka novel

•Kejayaan ini diikuti pada tahun 1995 apabila beliau memenangi sekali Hadiah Sastera Utusan dengan cerpen Pemberontakan Kedua.

•Tahun 1996 Faisal dikurniai rezeki yang murah dengan memenangi Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Public Bank dengan cerpen Perempuan Anggerik dan cerpen Api KL Belum Terpadam, Hadiah Sastera Berunsur Islam anjuran BAHEIS kelapan dengan cerpen Menanti Subuh.

•Dalam tahun 1997, cerpen Surat Untuk Gabe 1 memenangi Hadiah Sastera Karya.

Page 6: Minggu 14 (sastera) menjelaskan rangka novel

• Faisal seterusnya memenangi Hadiah Sastera Utusan Malaysia pada tahun 1998 (dengan cerpen Cinta Gendang Kasturi), 1999 (cerpen Bulan dan Wira dan puisi Sesudah Hujan Dahlia) dan dalam tahun 2000 dengan cerpen Irisan-irisan Mimpi dan Syahid Raja Api.

• Faisal juga memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia 96/97 dengan cerpen Perempuan Anggerik.

• Cerpen beliau ini diterjemahkan ke bahasa Thai, Inggeris dan Jepun serta diadaptasi ke dramatari oleh kareografer terkenal Adikara Dance Theatre, Jasni Abdul Hamid pada 29 Julai 2001.

• Dalam tahun 2001 juga Faisal memenangi Hadiah Sastera Berunsur Islam dengan cerpen Cahaya Pada Jiwa.

• Salah sebuah cerpen Faisal iaitu Kerana Manisnya Epal terkandung dalam komponen sastera dalam subjek Bahasa Melayu bagi Tingkatan Empat.

• Dua kumpulan cerpen mini beliau diterbitkan di Sasbadi dengan judul Sehari Dalam Perang (1997) dan Safari Gilgit (1997). Beliau pernah berganding dengan Azman Husin dalam tahun 2000 untuk menerbitkan Kumpulan Cerpen Underground secara "berduet".

Page 7: Minggu 14 (sastera) menjelaskan rangka novel

SINOPSIS CERITA

Page 8: Minggu 14 (sastera) menjelaskan rangka novel

• Novel ini menggabungkan 2 kisah dalam 2 zaman iaitu zaman kesultanan Melayu Melaka dan zaman sekarang sebagai latar tempatnya. Ziryab,seorang pelajar sekolah menengah yang mengambil jurusan jahitan dan sememangnya amat meminati bidang jahitan. Minatnya itu secocok dengan namanya yang diangkat dari seorang tukang jahit terkenal dan ulama zaman kegemilangan Andalus. Dia juga sanggup menjadi seorang pelajar lelaki tunggal yang mengambil jurusan jahitan di sekolah teknik dan berazam kuat untuk menjadi seorang pereka fesyen dan ingin melakukan tajdid dalam bidang seni reka fesyen di Malaysia yang banyak didominasi oleh golongan 'darai'. Ziryab yang juga merupakan seorg anak yatim piatu sejak kecil dijaga oleh neneknya yang kemudiannya mengidap 'Alzheimer' ketika dia masih belajar di sekolah teknik. Namun kecekalan dan kasih sayangnya yang amat mendalam terhadap neneknya dapat membawa Ziryab menempuh cabaran dan berjaya dalam hidup. Dia juga banyak mempelajari ilmu jahitan daripada neneknya yang sememangnya mahir dalam bidg tersebut.

Page 9: Minggu 14 (sastera) menjelaskan rangka novel

•Manikam Kalbu, seorang lagi watak dalam novel ini adalah merupakan seorang hamba yang hidup di zaman Sultan Muhammad Syah yang amat meminati seni jahitan dan fesyen melayu tradisional. Kisah manikam kalbu ini diceritakan oleh Manira,(seekor kucing comel seperti pada ilustrasi cover novel ini). Dia telah menyertai pertandingan mereka pakaian rasmi bagi masyarakat Melayu pada ketika itu dan telah memenangi hadiah untuk menuntut ilmu di mana sahaja yang disukai. Manikam kalbu memilih untuk mendalami ilmu agama dan tentang pakaian menutup aurat di Acheh.

Page 10: Minggu 14 (sastera) menjelaskan rangka novel

TEMA & PERSOALAN

Page 11: Minggu 14 (sastera) menjelaskan rangka novel

Tema • Novel ini mengangkat tema busana tradisional

Melayu. • Pernahkah kita terfikir mengapa baju kurung dan baju

Melayu yang dipakai kita selama ini begitu rekaannya? Apa maksud disebaliknya? Di dalam buku ini, diceritakan secara terperinci mengapa baju orang Melayu itu, begitu rekaanya. Penuh dengan makna tersirat.

• Yang menariknya, ada dua cerita yang berlainan zaman diceritakan secara berselang babnya. Kisah Ziryab, seorang remaja lelaki (yang benar-benar lelaki) yang mengambil aliran fesyen dan kisah Manikam Kalbu dan Manira si kucing madura yang menjadi jurubusana Istana Melaka.

Page 12: Minggu 14 (sastera) menjelaskan rangka novel

Persoalan•Manikam Kalbu sarat dengan maklumat

dan perincian tentang busana Melayu yang semakin terpinggir.

- Penulis mencerminkan betapa fesyen sekarang sudah membunuh dan mengkacau bilaukan busana tradisional dengan rekaan kontemperori yang bertentangan dengan agama.

Page 13: Minggu 14 (sastera) menjelaskan rangka novel

• Tuntutan Dalam Agama

- Penulis menceritakan tentang kepentingan menutup aurat dalam mengenakan apa-apa busana. Dalam versi zaman moden ditekankan bahawa pakaian sekarang banyak terikut dengan pakaian Barat. Manakala dalam versi KMM, Sultan bermimpi bahawa anakandanya berpakaian yang tidak sopan. Melalui kejadian ini, muncullah pereka busana yang cuba untuk mengangkat martabat Islam dalam bab berpakaian.- Selain itu, digambarkan bahawa watak-watak yang bermain dalam cerita ini mentaati perintah Allah. Sebagai contoh dalam bab pergaulan, menjaga solat dan menghormati orang lain.

Page 14: Minggu 14 (sastera) menjelaskan rangka novel

•Kasih sayang- Tema kasih sayang diangkat tinggi dalam cerita ini. Di dalam kisah Ziryab yang dijaga dengan penuh kasih sayang oleh neneknya selepas kematian kedua ibu bapanya. Kemudian selepas neneknya sakit, giliran Ziryab pula menjaga neneknya. Begitu juga dengan kasih sayang orang sekeliling Ziryab seperti pasangan suami isteri, guru-guru dan rakan-rakannya di sekolah.- Kisah zaman Manikam Kalbu pula menceritakan kasih sayang seorang anak kepada ibunya iaitu Melekek Sukma dan kasih sayangnya kepada kucing bernama Manira.

Page 15: Minggu 14 (sastera) menjelaskan rangka novel

•Kesungguhan dalam mencapai sesuatu.

- Dalam cerita ini, kesungguhan dalam mencapai sesuatu dapat dilihat melalui kedua-dua watak utama iaitu Ziryab dan Manikam Kalbu yang bersungguh-sungguh untuk mencipta busana yang mengangkat martabat Islam.- Ziryab begitu bersungguh-sungguh menumpukan perhatian di dalam kelas jahitan manakala Manikam Kalbu yang tekad untuk menuntut ilmu mengenai busana di pelbagai negeri.

Page 16: Minggu 14 (sastera) menjelaskan rangka novel

•Mentaati orang yang lebih tua dan berkuasa.

- Kisah Ziryab yang sangat menghormati orang tua dan guru-gurunya.

- Manikam Kalbu yang begitu taat kepada sultannya.

Page 17: Minggu 14 (sastera) menjelaskan rangka novel

PLOT (VERSI MODEN)

Page 18: Minggu 14 (sastera) menjelaskan rangka novel

• Kisah Ziryab di sekolah, seorang pelajar tunggal lelaki dalam kelas jahitan.Permulaan

• Nenek Ziryab ditimpa sakit alzheimer. Ziryab tekad untuk menjaga neneknya tanpa mahu dihantar ke hospital.

• Ziryab dan neneknya dipantau oleh jiran mereka sepasang suami isteri yang juga doktor haiwan dan doktor di hospital.

Perkembangan

• Nenek Ziryab hilang dan akhirnya dijumpai oleh Dr Basri bersama seekor kucing madura yang diberi nama Manikam Kalbu.

• Ziryab ditawarkan untuk menyertai pertandingan mereka busana di Kulim bersama rakan sekelasnya Nurul Haliza.

Perumitan• Ziryab dituduh menghantar mesej lucah kepada

Cikgu Natasya.• Nenek kesayangan Ziryab meninggal dunia.• Ziryab didapati tidak bersalah, Cikgu Natasya

menawarkan Ziryab untuk menyertai pertandingan seni reka fesyen.

Kemuncak

• Ziryab menyambung pelajaran di Paris selepas berjaya dalam pertandingan seni reka fesyen. Peleraian

Page 19: Minggu 14 (sastera) menjelaskan rangka novel

PLOT (VERSI TRADISONAL)

Page 20: Minggu 14 (sastera) menjelaskan rangka novel

Permulaan :• Sultan Muhammad Syah bermimpi anakanda

baginda berbusana yang tidak sopan. Baginda bertitah untuk menganjurkan pertandingan mereka busana untuk mengembalikan semula martabat busana orang Islam.

Perkembangan :

• Sultan berjumpa dengan ulama, Tuan Guru Haji Nuh Ha Mim untuk mendapatkan petunjuk mengenai syarat-syarat pertandingan. Manikam Kalbu, anak seorang hamba tekad untuk menyertai pertandingan ini dan berusaha untuk mencipta pelbagai jenis busana.

Perumitan :

• Saingan sengit antara Manikam Kalbu dengan Dang de Nurhalijah yang juga mempunyai kepakaran dalam mencipta busana. Dang de Nurhalijah seorang yang bongkak amat menyangka bahawa dia akan memenangi pertandingan itu. Sewaktu menghantar rekaan busana, Manikam Kalbu ditahan oleh Seri Bija Diraja, katanya anak seorang hamba tidak boleh menyertai pertandingan itu. Tun Martim sahabatnya menawarkan diri untuk digunakan namanya.

Kemuncak :

• Keputusan pertandingan bakal diumumkan oleh sultan. Busana yang direka dipertontonkan kepada seluruh rakyat jelata. Rata-rata ramai memilih busana rekaan Manikam Kalbu berbanding Nurhalijah. Manikam Kalbu diumumkan sebagai pemenang dan segala permintaannya dituruti sultan dan dia dihantar belajar di beberapa buah negeri seperti di Acheh, Minang, Pandai Sikek, Palembang.

Peleraian : •Manikam Kalbu menjadi kaya raya selepas mendapat hadiah daripada Maharaja China. Kemudian berkhidmat dengan Sultan Muhammad Syah dan kembali belayar serta mempelajari pelbagai seni khat.

Page 21: Minggu 14 (sastera) menjelaskan rangka novel

WATAK & PERWATAKAN

Page 22: Minggu 14 (sastera) menjelaskan rangka novel

Watak & Perwatakan (Versi Moden)

Page 23: Minggu 14 (sastera) menjelaskan rangka novel

Nama watak

Umur Perwatakan Peranan Jenis watak

Ziryab Za’im

15 tahun •Pelajar sekolah teknik.•Lelaki tunggal di dalam kelas yang mengambil aliran jahitan.•Baik hati, sopan santun, menghormati orang tua, gigih dan kuat berusaha.•Seorang yang penyabar dan sayang kepada neneknya.•Sensitif, hati mudah tersentuh.

•Cucu kepada Zainon Abdullah.•Anak yatim piatu.•Anak angkat kepada Dr Basri dan Dr Faizah.

Watak utama.

Page 24: Minggu 14 (sastera) menjelaskan rangka novel

Nama watak

Umur Perwatakan Peranan Jenis watak

Zainon Abdullah

Lewat 60-an

•Nenek yang penyayang.•Menjaga cucunya Ziryab dengan penuh kasih sayang selepas kematian ibu bapa Ziryab.•Menghidap penyakit alzheimer.•Seorang tukang busana di Istana Maziah dan Istans Bukit Chandan.•Mempunyai banyak idea dalam melakarkan busana.•Pandai memasak.

•Nenek kepada Ziryab.

Watak sampingan

Page 25: Minggu 14 (sastera) menjelaskan rangka novel

Nama watak

Umur Perwatakan Peranan Jenis watak

Dr Basri Lewat 40-an

•Pensyarah di Universiti Putra Malaysia yang juga seorang doktor veterinar.•Suami kepada Dr Faizah.•Seorang yang baik hati.•Amat mengasihi Ziryad.•Sering membantu Ziryab dan neneknya.•Banyak memberi sokongan dan dorongan kepada Ziryad•Mengambil Ziryad sebagai anak angkat.

•Jiran kepada Ziryad dan neneknya.•Ayah angkat Ziryad.

Watak sampingan

Page 26: Minggu 14 (sastera) menjelaskan rangka novel

Nama watak

Umur Perwatakan Peranan Jenis watak

Dr Faizah

Lewat 40-an

•Doktor perubatan di Hospital Kuala Lumpur dalam pengkhususan penyakit-penyakit tua.•Isteri kepada Dr Basri•Seorang yang baik hati.•Amat mengasihi Ziryad.•Sering membantu Ziryab dan neneknya.•Banyak memberi sokongan dan dorongan kepada Ziryad•Mengambil Ziryad sebagai anak angkat.

•Jiran kepada Ziryad dan neneknya.•Mak angkat Ziryad.

Watak sampingan

Page 27: Minggu 14 (sastera) menjelaskan rangka novel

Nama watak

Umur Perwatakan Peranan Jenis watak

Cikgu Natasya

Lewat 20-an

•Guru Ziryad.•Sangat mengambil berat akan Ziryad.•Seorang yang baik hati dan lembut.•Mudah mesra dengan orang sekeliling.•Banyak membantu Ziryad dan sering memberi kata-kata motivasi kepada Ziryad.

•Guru Ziryad

Watak sampingan

Page 28: Minggu 14 (sastera) menjelaskan rangka novel

Watak & Perwatakan (Versi Tradisional)

Page 29: Minggu 14 (sastera) menjelaskan rangka novel

Nama watak

Umur Perwatakan Peranan Jenis watak

Manikam Kalbu

15 tahun. •Seorang jejaka yang masih rebung.•Anak seorang hamba.•Menyertai pertandingan mereka busana.•Seorang yang berdedekasi.•Rajin berusaha.•Bersungguh-sungguh dalam mereka busana demi mengangkat martabat Islam.•Seorang yang rajin menuntut ilmu.•Anak kepada Melekek Sukma.

•Anak seorang hamba.•Pereka busana istana.

Watak utama.

Page 30: Minggu 14 (sastera) menjelaskan rangka novel

Nama watak

Umur Perwatakan Peranan Jenis watak

Sultan Muhammad Syah

- •Sultan di negeri Melaka.•Pemerintah yang taat pada agama.•Menggubal undang-undang berlandaskan agama.•Mengadakan pertandingan mereka busana demi mengangkat martabat Islam.•Seorang yang adil dalam menentukan pemenang.

•Sultan di negeri Melaka.

Watak utama.

Page 31: Minggu 14 (sastera) menjelaskan rangka novel

Nama watak

Umur Perwatakan Peranan Jenis watak

Manira - •Seekor kucing keturunan Madura.•Penggerak cerita Manikam Kalbu dalam versi tradisional.•Seekor kucing yang gemuk dan comel.•Peneman setia Manikam Kalbu setelah dihadiahkan kepada Manikam Kalbu.•Seorang yang setia dan mengetahui pelbagai cerita.

•Kucing kesayangan Manikam Kalbu.

Watak utama.

Page 32: Minggu 14 (sastera) menjelaskan rangka novel

Nama watak

Umur Perwatakan Peranan Jenis watak

Tun Matim 15 tahun

•Sahabat kepada Manikam Kalbu.•Seorang yang sangat nakal.•Sanggup berkorban demi sahabat asalkan sahabatnya Manikam Kalbu dapat menyertai pertandingan mereka busana.•Dilantik menjadi hulubalang termuda di istana.

•Sahabat kepada Manikam Kalbu.

Watak sampingan.

Page 33: Minggu 14 (sastera) menjelaskan rangka novel

SUDUT PANDANGAN

Page 34: Minggu 14 (sastera) menjelaskan rangka novel

Versi Moden

•Menggunakan sudut pandangan orang ketiga. Cerita ini digarap dengan menggunakan watak-watak yang menggerakkan cerita. Watak ini telah dikuasai sepenuhnya oleh pengarang dan pengarang menggerakkan cerita dengan penuh menarik.

Page 35: Minggu 14 (sastera) menjelaskan rangka novel

Versi Tradisional

•Menggunakan sudut pandangan orang ketiga. Manira seekor kucing yang menggerakkan kisah ini. Manira pada mulanya menjadi kucing kepada Sultan kemudiannya menjadi kucing peliharaan Manikam Kalbu selepas dihadiahkan kepadanya atas kemenangan dalam mereka busana.

Page 36: Minggu 14 (sastera) menjelaskan rangka novel

LATAR

Page 37: Minggu 14 (sastera) menjelaskan rangka novel

Latar Tempat (versi moden)

•Di sekolah.•Di rumah Ziryad serta di rumah Dr Basri

dan Dr Faizah.•Di bilik guru dan bilik guru disiplin.•Di tempat pertandingan (Kulim, Kedah).•Di kedai jahitan nenek.•Di rumah Pak Ated.

Page 38: Minggu 14 (sastera) menjelaskan rangka novel

Latar Tempat (versi tradisional)

•Di istana.•Di makam sultan.•Di rumah Manikam Kalbu.•Di rumah ulamak Tuan Guru Haji Nuh Ha

Mim.•Di tempat Manikam Kalbu menuntut ilmu

(Acheh, Minang, Palembang, China, Arab)

Page 39: Minggu 14 (sastera) menjelaskan rangka novel

Latar Masa (versi moden)

•Pada zaman sekarang. •Zaman yang penuh dengan kecanggihan

alatan.•Zaman perubatan yang maju.

Page 40: Minggu 14 (sastera) menjelaskan rangka novel

Latar Masa (versi tradisional)

•Pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad Syah. Sultan Melaka.

•Zaman agama Islam diangkat tinggi.