minggu 5

3
Bilangan Jurnal :Ke 5 Minggu Praktikum :Kelima Tarikh Peristiwa / Kejadian :2 - 6 Mac 2015 Tajuk Jurnal :Masalah murid semasa kelas Reka Bentuk Dan Teknologi. 1. Masalah / Peristiwa Masalah yang saya hadapi pada minggu ini ialah berkenaan masalah yang ditimbulkan oleh murid-murid Tahun 5. Setiap kali kelas Reka Bentuk Dan Teknologi dijalankan, saya menghadapi beberapa masalah yang telah ditimbulkan oleh murid-murid. Antaranya ialah tiada kerjasama yang diberikan dalam mematuhi arahan guru dan membentuk kumpulan. Murid-murid juga sangat aktif pada waktu ini kerana masa ini adalah selepas rehat di mana murid sangat aktif, keadaan ini mengganggu murid lain semasa aktiviti dijalankan. 2. Analisis Masalah ini timbul kerana sifat dan kebiasaan murid-murid tersebut untuk bermain selepas rehat. Saya juga dapati ada dalam kalangan murid-murid ini mempunyai kumpulan-kumpulan kecil yang sukar untuk bekerjasama dan lebih cenderung memilih ahlinya sahaja apabila melakukan aktiviti. Di samping itu, mereka juga berebut-rebut untuk menjawab soalan yang saya ajukan.

description

jurnal minggu 5

Transcript of minggu 5

Bilangan Jurnal:Ke 5 Minggu Praktikum:KelimaTarikh Peristiwa / Kejadian:2 - 6 Mac 2015 Tajuk Jurnal:Masalah murid semasa kelas Reka Bentuk Dan Teknologi.1. Masalah / PeristiwaMasalah yang saya hadapi pada minggu ini ialah berkenaan masalah yang ditimbulkan oleh murid-murid Tahun 5. Setiap kali kelas Reka Bentuk Dan Teknologi dijalankan, saya menghadapi beberapa masalah yang telah ditimbulkan oleh murid-murid. Antaranya ialah tiada kerjasama yang diberikan dalam mematuhi arahan guru dan membentuk kumpulan. Murid-murid juga sangat aktif pada waktu ini kerana masa ini adalah selepas rehat di mana murid sangat aktif, keadaan ini mengganggu murid lain semasa aktiviti dijalankan. 2. Analisis Masalah ini timbul kerana sifat dan kebiasaan murid-murid tersebut untuk bermain selepas rehat. Saya juga dapati ada dalam kalangan murid-murid ini mempunyai kumpulan-kumpulan kecil yang sukar untuk bekerjasama dan lebih cenderung memilih ahlinya sahaja apabila melakukan aktiviti. Di samping itu, mereka juga berebut-rebut untuk menjawab soalan yang saya ajukan.3. Cadangan Tindakan Susulan a) Mendapat nasihat daripada guru pembimbing, pensyarah pembimbing dan rakan-rakan pelatih untuk langkah-langkah menangani masalah ini.

b) Memberikan nasihat dan bimbingan kepada murid-murid yang terlibat.

c) Membuat helah supaya murid berminat mengikuti aktiviti Reka Bentuk Dan Teknologi dengan memberi amaran kepada semua murid bahawa tiada aktiviti Reka Bentuk Dan Teknologi akan diadakan jika murid-murid masih berkelakuan begitu.

d) Dari segi membahagikan kumpulan pula, guru perlu lebih tegas dengan cara membahagikan semua murid mengikut kumpulan yang di pilih oleh guru sendiri.

e) Menanam sifat-sifat atau nilai-nilai murni dalam diri murid-murid. Ini adalah supaya wujud kesepaduan dan persefahaman di antara mereka supaya mereka dapat bekerjasama apabila melakukan aktiviti secara berkumpulan

4. Tempoh Masa Dan Keberkesanan Tindakan SusulanSaya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu dan saya akan membawa perkara ini kepada guru pembimbing serta meminta pandangan daripada beliau untuk mengatasi masalah ini. Saya akan membuat perjumpaan dengan pensyarah pembimbing bagi mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar dalam memastikan masalah ini dapat diatasi.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan :Nama :Tarikh :Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan :Nama :Tarikh :