MINGGU 5

3
JURNAL MINGGU :KELIMA TARIKH :15 - 19 Feb 2015 TAJUK :KESUKARAN MENGHAFAL NAMA MURID MASALAH Pada minggu ini, telah masuk minggu kelima saya menjalani praktikum di Sekolah Menengah Agama Lughatul Quran. Saya menghadapi sedikit masalah semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) selepas berada empat minggu mengajar. Masalah yang saya hadapi ialah kesukaran bagi diri saya untuk mengingat nama-nama murid. Hal ini sedikit sebanyak telah memberi kesan kepada diri saya dan menyebabkan saya sukar untuk menyebarkan soalan kepada murid-murid dalam usaha untuk melibatkan penglibatan secara aktif murid-murid di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. ANALISIS Saya berpandangan dan merasakan bahawa masalah ini timbul disebabkan oleh : 1) Saya tidak mempunyai ingatan yang kuat untuk mengingati nama murid dalam masa yang singkat. 2) Saya masih belum dapat membiasakan diri saya dengan keadaan dan suasan kelas dan juga murid-murid di dalam kelas yang saya ajar. 3) Saya juga hanya mampu mengingati nama beberapa nama orang murid sahaja berdasarkan tempat duduk mereka seperti nama ketua kelas.

Transcript of MINGGU 5

Page 1: MINGGU 5

JURNAL

MINGGU :KELIMA

TARIKH :15 - 19 Feb 2015

TAJUK :KESUKARAN MENGHAFAL NAMA MURID

MASALAH

Pada minggu ini, telah masuk minggu kelima saya menjalani praktikum di Sekolah

Menengah Agama Lughatul Quran. Saya menghadapi sedikit masalah semasa

menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) selepas berada empat

minggu mengajar. Masalah yang saya hadapi ialah kesukaran bagi diri saya untuk

mengingat nama-nama murid. Hal ini sedikit sebanyak telah memberi kesan kepada

diri saya  dan menyebabkan saya sukar untuk menyebarkan soalan kepada murid-

murid dalam usaha untuk melibatkan penglibatan secara aktif murid-murid di dalam

aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

ANALISIS

            Saya berpandangan dan merasakan bahawa masalah ini timbul disebabkan

oleh :

1)    Saya tidak mempunyai ingatan yang kuat untuk mengingati nama murid dalam masa

yang singkat.

2)    Saya masih belum dapat membiasakan diri saya dengan keadaan dan suasan kelas

dan juga murid-murid di dalam kelas yang saya ajar.

3)    Saya juga hanya mampu mengingati nama beberapa nama orang murid sahaja

berdasarkan tempat duduk mereka seperti nama ketua kelas.

Sekiranya masalah ini tidak diatasi dengan segera, besar kemungkinan saya

sukar untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan keadaan

yang lebih teratur dan sistematik dalam mewujudkan suasana bilik darjah yang

mesra budaya.

CADANGAN

1)    Saya akan berusaha untuk menghafal dan mengingati nama murid-murid dengan

cara kaedah penulisan. Saya akan menyalin nama murid-murid di dalam buku

Rekod Persediaan Mengajar pada bahagian belakang dalam usaha untuk

mengingati nama-nama murid.

Page 2: MINGGU 5

2)    Saya akan cuba membiasakan diri dengan keadaan dan suasana kelas serta sikap

murid-murid dalam usaha untuk mengingati nama murid-murid.

3)    Saya akan merangka pelan kedudukan murid di dalam kelas dengan dilabelkan

nama murid-murid beradasarkan kedudukan mereka.

4)    Saya akan menampal pelan kedudukan murid di dalam buku Rekod Persediaan

Mengajar pada bahagian belakang.

TEMPOH MASA

23 Feb 2015 – 5 Mac 2015 (2 Minggu).

TINDAKAN SUSULAN

Sekiranya tempoh masa selama dua minggu yang telah diambil masih tidak

mampu untuk saya mengatasi masalah mengingati nama murid-murid, maka saya

akan berusaha dan mencuba untuk mencari suatu masa yang berkualiti untuk

menghafal nam murid-murid berserta gambaran kedudukan dan wajah mereka.

Saya berharap, saya mampu untuk melakukan yang terbaik bagi menjalankan

porses pengajaran dan pembelajaran dalam keadaan yang boleh diterima oleh

kedua-dua pihak dalam keadaan yang menarik iaitu pihak guru (saya sendiri) dan

juga pihak pelajar.