minggu 5

4
Penulisan Jurnal Minggu 5 ( 1 Mac 2015 – 5 Mac 2015 ) Masalah Pelajar Tidak Menguasai Kemahiran Proses Sains Masalah / Isu Minggu ini merupakan minggu yang kelima saya berada di Sekolah Kebangsaan Labok. Untuk sesi pengajaran dan pembelajaran pada minggu ini, saya menghadapi masalah bagi pelajar kelas 3 Pintar. Kejayaan proses pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan sebelum ini adalah tidak memuaskan kerana hanya 50% daripada hasil pembelajaran yang telah ditetapkan untuk tajuk kemahiran proses sains dapat dicapai. Hal ini kerana masih terdapat sebilangan besar pelajar yang masih keliru dan tidak menguasai kemahiran proses sains dengan baik terutamanya kemahiran membuat inferens dan juga kemahiran meramal. Pada minggu ini, ujian Latihan 1 telah dijalankan bagi kesemua pelajar dari tahun 1 sehingga tahun 6. Saya dapat mengenal pasti masalah ini apabila kebanyakan pelajar melakukan kesalahan pada soalan- soalan yang berkaitan dengan kemahiran proses sains terutamanya bagi kedua-dua kemahiran tersebut semasa menyemak kertas ujian tersebut. Pada hari Khamis, saya telah masuk ke kelas mereka dan bertanyakan tentang masalah tersebut. Saya juga telah menyemak latihan yang pernah diberikan dalam lembaran kerja. Didapati terdapat pelajar yang membuat kesalahan bagi memberikan maksud

description

jurnal praktikum

Transcript of minggu 5

Page 1: minggu 5

Penulisan Jurnal

Minggu 5 ( 1 Mac 2015 – 5 Mac 2015 )

Masalah Pelajar Tidak Menguasai Kemahiran Proses Sains

Masalah / Isu

Minggu ini merupakan minggu yang kelima saya berada di Sekolah Kebangsaan

Labok. Untuk sesi pengajaran dan pembelajaran pada minggu ini, saya menghadapi

masalah bagi pelajar kelas 3 Pintar. Kejayaan proses pengajaran dan pembelajaran

yang telah dijalankan sebelum ini adalah tidak memuaskan kerana hanya 50% daripada

hasil pembelajaran yang telah ditetapkan untuk tajuk kemahiran proses sains dapat

dicapai. Hal ini kerana masih terdapat sebilangan besar pelajar yang masih keliru dan

tidak menguasai kemahiran proses sains dengan baik terutamanya kemahiran

membuat inferens dan juga kemahiran meramal. Pada minggu ini, ujian Latihan 1 telah

dijalankan bagi kesemua pelajar dari tahun 1 sehingga tahun 6. Saya dapat mengenal

pasti masalah ini apabila kebanyakan pelajar melakukan kesalahan pada soalan-soalan

yang berkaitan dengan kemahiran proses sains terutamanya bagi kedua-dua kemahiran

tersebut semasa menyemak kertas ujian tersebut. Pada hari Khamis, saya telah masuk

ke kelas mereka dan bertanyakan tentang masalah tersebut. Saya juga telah

menyemak latihan yang pernah diberikan dalam lembaran kerja. Didapati terdapat

pelajar yang membuat kesalahan bagi memberikan maksud dan menentukan situasi

yang menggunakan kemahiran proses sains yang tertentu.

Analisis Masalah

Berdasarkan pemerhatian yang dilaksanakan oleh saya di dalam bilik darjah,

masalah ini timbul kerana saya tidak merancang aktiviti bersesuaian bagi mengajar

topik kemahiran proses sains. Untuk tajuk ini, aktiviti eksperimen merupakan satu

aktiviti yang sesuai kerana dengan membuat eksperimen pelajar dapat menggunakan

kemahiran proses sains dengan lebih baik melalui pengalaman yang dilalui sendiri oleh

mereka terutamanya bagi kemahiran membuat inferens dan meramal. Saya telah

menggunakan pendekatan dengan memberikan lebih banyak penerangan kepada

Page 2: minggu 5

pelajar berbanding melaksanakan aktiviti kerana saya risau jika hasil pembelajaran

tidak dapat dicapai kerana kemahiran ini agak sukar untuk dikuasai oleh pelajar. Selain

itu, saya juga tidak merancang untuk membuat eksperimen kerana pelajar dalam kelas

tersebut agak bermasalah dari segi disiplin dan sukar untuk di kawal. Jadi, jika pelajar

di bawa ke makmal sains untuk membuat eksperimen, mereka mungkin tidak akan

menumpukan perhatian terhadap pembelajaran kerana mereka tidak pernah di bawa

masuk ke sana. Kemungkinan juga masalah ini timbul disebabkan oleh lembaran kerja

yang diberikan adalah tidak sesuai dengan tahap kebolehan pelajar dan menyebabkan

mereka tidak dapat menjawabnya dengan baik. Hal ini kerana, terdapat beberapa orang

pelajar yang masih tidak menguasai kemahiran membaca dengan lancar. Oleh itu,

masalah ini telah menyebabkan hasil pembelajaran tidak dapat dicapai dengan

sepenuhnya.

Cadangan Untuk Memperbaiki

Sebagai cara untuk mengatasi masalah ini, saya akan mengambil tindakan

seperti yang berikut :

Mengulangi semula pembelajaran terutamanya bagi kemahiran proses sains

membuat ramalan dan juga membuat inferens.

Lebih peka dan cuba memberikan penerangan yang ringkas namun masih

mampu difahami oleh pelajar.

Merancang aktiviti pembelajaran yang sesuai seperti membuat eksperimen yang

melibatkan penggunaan kemahiran proses sains yang pelbagai.

Memperbanyakkan lagi latihan yang berkaitan tajuk kemahiran proses sains

sebagai aktiviti pengukuhan kepada pelajar.

Menyediakan lembaran kerja yang bersesuaian dengan tahap kebolehan pelajar

contohnya menggunakan bahasa yang lebih mudah dan difahami oleh pelajar.

Tempoh Masa

Page 3: minggu 5

Tempoh masa yang diambil untuk mengatasi masalah ini adalah sehingga

pelajar dalam kelas ini betul-betul dapat menguasai kemahiran proses sains dengan

baik.

Tindakan Susulan

Berikut merupakan langkah tindakan susulan yang akan dilakukan sekiranya

masalah ini masih lagi tidak dapat diatasi :

Melakukan banyak latih tubi

Memberikan pengulangan yang berterusan

Memberi struktur soalan yang lebih kurang sama