Minit Mesyuarat BIG Fasa 3

7
Minit mesyuarat BIG FASA 3 ( PPG AMBILAN 2011: IPGK PERLIS) 1 SEKOLAH KEBANGSAAN LABU BESAR, 09010 KULIM, KEDAH MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PROGRAM SAYANGI SEKOLAH ANDA Tarikh : 6 Februari 2014 Hari : Khamis Masa : 2.00 Petang Tempat : Bilik Gerakan SKLB Hadir : 1. Suzana Bt Sarni 2. Pn. Norwahida Bt Din 3. Pn. Noorul Huda Bt Ayob 4. Pn. Norilza Bt Salleh 5. Pn. Chuah Lee Sze Turut hadir: 1. Pn. Che Nasirah Binti Bidin (PKKK) Hadir bersama: 1. En Hafizudin Bin Taha ( JURUTEKNIK SEKOLAH) AGENDA: a. PERUTUSAN/ ALUAN PENGERUSI:

description

fasa3

Transcript of Minit Mesyuarat BIG Fasa 3

Page 1: Minit Mesyuarat BIG Fasa 3

Minit mesyuarat BIG FASA 3 ( PPG AMBILAN 2011: IPGK PERLIS)

1

SEKOLAH KEBANGSAAN LABU BESAR, 09010 KULIM, KEDAH

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PROGRAM SAYANGI SEKOLAH ANDA

Tarikh : 6 Februari 2014

Hari : Khamis

Masa : 2.00 Petang

Tempat : Bilik Gerakan SKLB

Hadir :

1. Suzana Bt Sarni

2. Pn. Norwahida Bt Din

3. Pn. Noorul Huda Bt Ayob

4. Pn. Norilza Bt Salleh

5. Pn. Chuah Lee Sze

Turut hadir:

1. Pn. Che Nasirah Binti Bidin (PKKK)

Hadir bersama:

1. En Hafizudin Bin Taha ( JURUTEKNIK SEKOLAH)

AGENDA:

a. PERUTUSAN/ ALUAN PENGERUSI:

Pn. Suzana binti Sarni mengucapkan salam dan terima kasih kepada PKKK SK

Labu Besar kerana sudi hadir ke mesyuarat ini dan mengalu-alukan kehadiran

guru PPG.

Beliau berharap semua dapat menyumbangkan idea dalam mesyuarat ini bagi

menjayakan program yang dirancang serta dapat meningkatkan pencapaian

yang ditarget berdasarkan kehendak Program Bina Insan Guru Semester 6-7,

Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis yang telah dirancangkan.

Page 2: Minit Mesyuarat BIG Fasa 3

Minit mesyuarat BIG FASA 3 ( PPG AMBILAN 2011: IPGK PERLIS)

2

b. LANTIKAN AJK PROGRAM:

1. Ahli mesyuarat telah bersetuju melantik AJK Pelaksana Program seperti

berikut :

i. Pengerusi : Puan Suzana bt Sarni

ii. Setiausaha : Puan Noorul Huda bt Ayob

iii. Bendahari : Puan Norwahida bt Din

iv. AJK Peralatan : Puan Nurilza Salleh

v. AJK Dokumentasi : Chuah Lee Sze

: En Hafizudin bin Taha

c. RANCANGAN AKTIVITI:

2. Pn Suzana binti Sarni menjelaskan tempat untuk menjalankan aktiviti tersebut

telah dicadangkan iaitu di Kawasan Sekolah Kebangssan Labu Besar .

Beliau meminta pandangan rakan-rakan yang lain mengenai tempat aktiviti

tersebut.

3. Semua ahli mesyuarat telah bersetuju sebulat suara dengan cadangan yang

disyorkan oleh puan pengerusi.

4. Pn Norilza binti Salleh bertanya mengenai tarikh pelaksanaan aktiviti tersebut.

5. Pn pengerusi menjelaskan secara lengkap bahawa aktiviti tersebut akan

diadakan pada:

Tarikh 19 Jun 2014

Masa 8.00 am - 5.00pm

Tempat Surau, SK Labu Besar

Fokus Aktiviti Gotong-royong

6. Beliau berharap semua ahli dapat melapangkan masa pada hari tersebut bagi

memastikan program dapat dijalankan dengan lancar dan berjaya.

Page 3: Minit Mesyuarat BIG Fasa 3

Minit mesyuarat BIG FASA 3 ( PPG AMBILAN 2011: IPGK PERLIS)

3

d. PEMBAHAGIAN TUGAS:

7. Puan pengerusi membentangkan tugas seperti dalam edaran:

JAWATAN BIDANG TUGAS

PENGERUSI

Guru Besar akan memberi kata putus dan memberi

kuasa penuh kepada guru PPG terhadap:

perjalanan program ini sama ada dari segi

pelaksanaan,

jawatankuasa atau pun apa juga yang

dirasakan perlu.

SETIAUSAHA

Menyediakan:

kertas kerja

minit-minit mesyuarat

maklumat-maklumat program dan hal-hal lain

berkaitan kesetiausahaan.

BENDAHARI

Mengendalikan segala urusan yang berkaitan

dengan kewangan program seperti

kutipan yuran, bayaran dan lain-lain.

PERALATAN

Menyediakan:

segala jenis peralatan yang diperlukan untuk

keperluan sepanjang program.

DOKUMENTASI

Merakam:

gambar

video sepanjang program berlangsung dan

menyediakan

Satu laporan aktiviti bergambar selepas

program tamat.

Page 4: Minit Mesyuarat BIG Fasa 3

Minit mesyuarat BIG FASA 3 ( PPG AMBILAN 2011: IPGK PERLIS)

4

e. ANGGARAN PERBELANJAAN:

8. Puan pengerusi menjemput Setiausaha membentangkan anggaran

perbelanjaan seperti dalam edaran.

9. Puan Noorul Huda selaku setiausaha membentangkan kos perbelajaan:

BIL PERKARA KUANTITIHARGA

(RM X Unit)

JUMLAH

(RM)

1.

2.

Minum Pagi

Makanan & minuman

- Air mineral

- Bihun goreng

Makan Tengah hari

-Air oren

- Nasi ayam

1 kotak

35 paket

1 balang besar

35 bungkus

RM 12 x 1

RM 3.00 x 35

RM 20.00

RM 3.00

RM 12.00

RM 105.00

RM 20.00

RM 105.00

JUMLAH RM 242.00

10.Puan Chuah Lee Sze memohon agar kos pendokumentasian ditanggung oleh

pihak sekolah.

11.PKKK Labu Besar bersetuju dengan permintaan puan Chuah Lee Sze ( AJK

pendokumentasian).

12.PKKK Labu Besar memaklumkan segala resit perbelajaan yang ditanggung

oleh AJK Dokumentasi diserahkan kepada bendahari untuk diambil tindakan.

13.PKKK Labu Besar juga memaklumkan jika AJK lain terdapat kos perbelanjaan

di luar anggaran sila maklumkan kepada bendahari untuk dikepilkan bersama

bagi menuntut kos perbelanjaan tersebut.

14.Pn pengerusi berterima kasih kerana pihak Sekolah Kebangsaan Labu Besar

berbesar hati memberikan kerjasama yang baik kepada pelajar PPG.

f. HAL-HAL LAIN

15.Pengerusi berharap agar program ini dapat dijalankan dengan lancar.

Semoga semua ahli dapat member kerjasama.

Page 5: Minit Mesyuarat BIG Fasa 3

Minit mesyuarat BIG FASA 3 ( PPG AMBILAN 2011: IPGK PERLIS)

5

16.Puan Suzana memberi cadangan supaya peralatan untuk gotong-royong

disediakan oleh ahli.

17.Pengerusi mencadangkan semua ahli dapat berkumpul di SK Labu Besar

dalam masa yang ditetapkan dan mengikut perancangan yang dibuat

PENUTUP

Pengerusi mengucapkan terima kasih dengan segala buah fikiran yang dikongsikan

bagi melancarkan perjalanan program ini dan beliau juga mengharapkan cuaca yang

baik pada hari tersebut serta tidak mengganggu kelancaran program yang telah

dirancang ini. Semoga dengan program ini, setiap warga sekolah dapat melahirkan

insane yang berjiwa mulia untuk kehidupan mereka iaitu warga Sekolah

Kebangsaan Labu Besar khususnya.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.13 petang.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

Disediakan oleh,

…………………………..

(NOORUL HUDA BT AYOB)

Setiausaha

Program Sayangi Sekolah Anda

Disemak oleh,

………………………….

(SUZANA BT SARNI)

Pengerusi

Program Sayangi Sekolah Anda

Disahkan oleh

s.k

Guru besar SK Labu Besar

Guru Penolong Kanan KoKurikulum SK Labu Besar

Guru Bimbingan dan Kaunseling SK Labu Besar

Guru SK Labu Besar