Minit mesyuarat kali ke5

3
MINIT MESYUARAT KALI KE-5 RESONANS AZAM II SEKRETARIAT AKADEMIK DAN ENGLISH SPEAKING ZONE KOLEJ UNGKU OMAR, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA Hari : Rabu Tarikh : 13/11/2013 Waktu : 9.00 malam Tempat : Bilik Aktiviti Pelajar, Kolej Ungku Omar Agenda Mesyuarat: 1.0 Ucapan aluan dari Felo Penasihat Program 1.1 Yang Berbahagia Felo Penasihat Sekretariat Akademik dan English Speaking Zone, Komate a/p Ramaya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa yang hadir dan berharap agar para ahli dapat memberikan kerjasama dengan baik. 2.0 Ucapan aluan dari Pengarah Program 2.1 Ketua pengarah projek, Nurul Fatihah bt Kamsan menerangkan secara ringkas tentatif program yang akan dijalankan sebagai ingatan kepada semua dan meminta ketua exco untuk menerangkan mengenai perkembangan semasa setiap exco. 3.0 Perkara berbangkit 3.1 Setiap ahli diwajibkan untuk membeli t-shirt Resonans Azam II untuk dipakai pada hari kejadian. 3.2 Mengesahkan tempat dimana program akan dijalankan iaitu di Panggung Seni. 3.3 Mengesahkan tarikh program yang bakal dijalankan. 3.4 Bayaran street marketing yang perlu dipungut dari setiap ahli jawatnkuasa.

Transcript of Minit mesyuarat kali ke5

Page 1: Minit mesyuarat kali ke5

MINIT MESYUARAT KALI KE-5 RESONANS AZAM II

SEKRETARIAT AKADEMIK DAN ENGLISH SPEAKING ZONE

KOLEJ UNGKU OMAR, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Hari : Rabu

Tarikh : 13/11/2013

Waktu : 9.00 malam

Tempat : Bilik Aktiviti Pelajar, Kolej Ungku Omar

Agenda Mesyuarat:

1.0 Ucapan aluan dari Felo Penasihat Program

1.1 Yang Berbahagia Felo Penasihat Sekretariat Akademik dan English Speaking Zone, Komate a/p Ramaya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa yang hadir dan berharap agar para ahli dapat memberikan kerjasama dengan baik.

2.0 Ucapan aluan dari Pengarah Program

2.1 Ketua pengarah projek, Nurul Fatihah bt Kamsan menerangkan secara ringkas tentatif program yang akan dijalankan sebagai ingatan kepada semua dan meminta ketua exco untuk menerangkan mengenai perkembangan semasa setiap exco.

3.0 Perkara berbangkit

3.1 Setiap ahli diwajibkan untuk membeli t-shirt Resonans Azam II untuk dipakai pada hari kejadian.

3.2 Mengesahkan tempat dimana program akan dijalankan iaitu di Panggung Seni.

3.3 Mengesahkan tarikh program yang bakal dijalankan.

3.4 Bayaran street marketing yang perlu dipungut dari setiap ahli jawatnkuasa.

Page 2: Minit mesyuarat kali ke5

3.5 Bilangan kumpulan peserta yang akan terlibat dalam program. Peserta yang terlibat telah disahkan sebanyak 11 kumpulan yang akan bertanding dalam program.

4.0 Masalah berbangkit

4.1 Harga t-shirt terlalu mahal . Para ahli meminta agar mencari pembekal t-shirt yang lain untuk menurunkan harga t-shirt.

4.2 Program tidak dapat dilaksanakan di Panggung Seni seperti yang dirancang disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan.

4.3 Program dijangka tidak dapat dijalankan pada tarikh yang dirancang iaitu dari 22November 2013 hingga 24 November 2013.

4.4 Tunai yang terkumpul masih tidak dapat menampung untuk membeli barangan keperluan untuk program dan tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi.

5.0 Cara menyelesaikan masalah

5.1 Harga t-shirt Dream Resonance telah berjaya untuk dikurangkan harganya kepada RM20. Kepada yang telah membuat bayaran penuh akan dikembalikan semula baki wangnya manakala yang baru membayar separuh daripada harga asal yang ditetapkan iaitu RM28 perlu membayar sebanyak RM6 lagi.

5.2 Program ini yang sepatutnya dilaksanakan di Panggung Seni telah bertukar tempat keDewan Anuwar Mahmud(DAM).

5.3 Tarikh asal program iaitu dari 22/11/2013(Jumaat) hingga 24/11/2013(Ahad) juga telah bertukar kepada 24/11/2013.

5.4 Bayaran street marketing sebanyak RM50 perlu diserahkan selewat-lewatnya pada hari Jumaat iaitu pada 15 November 2013.

6.0 Ucapan penutup

6.1 Felo Penasihat berharap agar semua ahli dapat memberi kerjasama dan diharapkan program bakal dapat dijalankan dengan lancar.

Page 3: Minit mesyuarat kali ke5

6.2 Yang Di-Pertua Pengarah Program Sekretariat Akademik dan English Speaking Zone, saudari Nurul Fatihah bt Kamsan mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan dan berharap ahli yang hadir akan terus bersama sehingga program selesai.

7.0 Penangguhan mesyuarat

7.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12:00 a.m. dan tarikh untuk mesyuarat seterusnya akan dimaklumkan kemudian.

Disediakan oleh,

………………………………

(NURMAIZATUL WAHIDA BINTI ROSLAN)

Setiausaha Resonans Azam II 2013