Minit Mesyuarat Ke -2

5
SK (L) BUKIT BINTANG SATU, PETALING JAYA MINIT MESYUARAT MESYUARAT KOKURIKULUM KALI KEDUA DAN PENYELARASAN HARI SUKAN Hari : Isnin Tarikh : 20 Jun 2011 Masa : 4.30 Petang Tempat : Bilik Gerakan SK (L) Bukit Bintang Satu KEHADIRAN : 1. En. Zulkifli Ahmad 2. En. Mohd Zin Abu Samah 3. En. Abdul Rahman Mohamad 4. Pn. Zamzuriani Mohd Fani 5. En. Zuharisan Mohd Zaid 6. Pn. Nurzulyna Sani 7. Pn. Munirah Md Parid 8. Pn. Fatimah Ramlay 9. Cik Norzamzila Mat 10. Pn. Sellamany Arasen 11. Cik Siti Ruhani Othman 12. Pn. Nik Asilah Nik Ali 13. En. Roslan Ibrahim 14. En. Mohd Rusdi Pa’su 15. En. Alif Saufwan Abas

description

share

Transcript of Minit Mesyuarat Ke -2

SK (L) BUKIT BINTANG SATU,PETALING JAYA

MINIT MESYUARAT

MESYUARAT KOKURIKULUM KALI KEDUA DAN PENYELARASAN HARI SUKAN

Hari : IsninTarikh : 20 Jun 2011Masa: 4.30 PetangTempat: Bilik Gerakan SK (L) Bukit Bintang Satu

KEHADIRAN :

1. En. Zulkifli Ahmad2. En. Mohd Zin Abu Samah3. En. Abdul Rahman Mohamad4. Pn. Zamzuriani Mohd Fani5. En. Zuharisan Mohd Zaid6. Pn. Nurzulyna Sani7. Pn. Munirah Md Parid8. Pn. Fatimah Ramlay9. Cik Norzamzila Mat10. Pn. Sellamany Arasen11. Cik Siti Ruhani Othman12. Pn. Nik Asilah Nik Ali13. En. Roslan Ibrahim14. En. Mohd Rusdi Pasu15. En. Alif Saufwan Abas16. Pn. Khadijah Attamimi

AGENDA MESYUARAT

1. Ucapan Pengerusi

1.1 En. Mohd Zin Abu Samah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang menghadirkan diri dalam mesyuarat kali ini.

1.2 Pengerusi memaklumkan tujuan mesyuarat adalah membincangkan perkara berkaitan dengan perubahan pelaksanaan Hari Sukan Sekolah 2011 beserta perkara yang berkaitan dengan Program 1M 1S.

2. Perkara berbangkit

2.1 En. Mohd Zin menyebut tentang kekurangan tenaga kerja pada hari sukan kerana sekolah kekurangan guru. Perubahan terhadap ahli jawatankuasa pelaksana perlu diubah semula.

2.2 Mesyuarat setiap rumah sukan perlu dilaksanakan sebelum Hari Sukan untuk membincangkan tentang hiasan rumah sukan dan perbarisan. En. Roslan Ibrahim mencadangkan mesyuarat rumah sukan diadakan pada 28.6.2011 pada pukul 5.15 Petang.

3. Alatan Sukaneka

3.1 En. Rusdi perlu membuat semakan terhadap alatan alatan sukaneka yang diperlukan pada hari sukan sekolah nanti.

4. Peruntukan untuk hiasan rumah sukan

4.1 En. Zulkifli Ahmad menerangkan bahawa setiap rumah diberi peruntukan sebanyak RM100 untuk perhiasan dan perbarisan rumah sukan.

4.2 Hadiah pertandingan hiasan rumah sukan dan perbarisan akan diberikan pada pemenang tempat pertama sahaja.

5. Perbincangan aturcara program

5.1 En. Mohd Zin menerangkan kepada semua guru supaya aturcara program yang dirancang perlu diteliti supaya majlis sukan berjalan dengan lancar.

5.2 Setelah perbincangan dilakukan oleh semua guru, aturcara program pada hari sukan adalah seperti berikut :-

Aturcara Program

Acara 100m

Acara Sukaneka Tahun 1

Acara Jemputan

Acara Sukaneka Tahun 2

Acara 200m

Acara Sukaneka Tahun 3

Acara Sukan Rakyat (PIBG)

Rehat

4 x 200M

Acara Sukan Rakyat (PIBG)

Acara Tarik Tali

Acara Bekas Murid

Acara 4 X100M

Bersurai

5.3 En. Mohd Zin memberi peringatan kepada semua guru supaya dapat bekerjasama dalam menjayakan hari sukan sekolah pada tahun ini.

6. Makanan murid dan pegawai

6.1 Pn. Nik Asilah menerangkan bahawa setiap murid mendapat makanan dan mendapat sokongan dari Guru Besar.

6.2 Makanan pegawai juga disediakan pada waktu pagi dan tengahari.

7. Semakan anggaran perbelanjaaan

7.1 Setiausaha sukan dan ahli jawatankuasa yang berkaitan diperingatkan supaya membuat semakan terhadap anggaran perbelanjaan hari sukan sekolah.

8. Persembahan semasa hari sukan

8.1 En. Mohd Zin mencadangkan supaya satu persembahan diadakan pada waktu rehat semasa hari sukan. Persembahan boleh diadakan oleh jemputan dari mana mana persatuan atau kelab.

9. Hal hal lain

9.1 Sumbangan luar adalah digalakkan. En. Rusdi selaku pengerusi kelab guru diminta mengambil perhatian terhadap sumbangan luar yang boleh menambahkan tabung kewangan kelab guru pada tahun ini.

9.2 Ahli jawatankuasa untuk Program Larian 1M 1S akan disediakan oleh pihak SK (L) Bukit Bintang Dua dan semua guru akan terlibat sebagai ahli jawatankuasa tersebut.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.45 petang.

Disediakan oleh,Disahkan oleh,

.(En. Muhammad Alif Saufwan Abas)(En. Mohd Zin Abu Samah)Setiausaha SukanGPK Ko - Kurikulum