Minit Mesyuarat Koku Kali-1

4
Minit Mesyuarat Ko-Kurikulum Bil.1/2015 Tarikh : 30 Disember 2014 Hari : Selasa Masa : 10.30 pagi Tempat : Bilik Gerakan, SKB5 Kehadiran: 1. Pn. Hajah Napisah Binti Shaari (Guru Besar) 2. En. Jamri Bin Jelani (PK. Pentadbiran) 3. En. Nurul Akmal Bin Ashaari (PK. HEM) 4. En. Hairil Anuar Bin Yakob 5. En. Mohd Rahimi Bin Mat Rani 6. En. Noraffendi Bin Mohd Nor 7. En. Mohd Farhan Bin Mokhtar 8. Pn. Fahida Binti Saidon 9. Pn. Khairun Nisa Binti Derani 10. Pn. Suhana Binti Yusof 11. Pn. Siti Aishah Binti Mohd Rejab 12. Cik Saadiah Binti Alang Ya 13. Pn. Badriyah Binti Abd Halim 14. Cik Siti Salbiah Binti Mohd Sani 15. Pn. Afifah Binti Abdul Rahman Tidak Hadir Bersebab: 1. En. Fadrussham Bin Ajmain (PK. Ko-kurikulum) Agenda: 1. Ucapan aluan pengerusi 2. Membentangkan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Bil. 4/2014 3. Perkara berbangkit SEKOLAH KEBANGSAAN BESOUT 5, 35600 SUNGKAI, PERAK. KOD SEKOLAH: ABA 0122 email: [email protected]

description

minit

Transcript of Minit Mesyuarat Koku Kali-1

SEKOLAH KEBANGSAAN BESOUT 5,35600 SUNGKAI, PERAK.KOD SEKOLAH: ABA 0122 email: [email protected]

Minit Mesyuarat Ko-Kurikulum Bil.1/2015Tarikh: 30 Disember 2014Hari: SelasaMasa: 10.30 pagiTempat: Bilik Gerakan, SKB5

Kehadiran:1. Pn. Hajah Napisah Binti Shaari(Guru Besar)2. En. Jamri Bin Jelani(PK. Pentadbiran)3. En. Nurul Akmal Bin Ashaari(PK. HEM)4. En. Hairil Anuar Bin Yakob5. En. Mohd Rahimi Bin Mat Rani6. En. Noraffendi Bin Mohd Nor7. En. Mohd Farhan Bin Mokhtar8. Pn. Fahida Binti Saidon9. Pn. Khairun Nisa Binti Derani10. Pn. Suhana Binti Yusof11. Pn. Siti Aishah Binti Mohd Rejab12. Cik Saadiah Binti Alang Ya13. Pn. Badriyah Binti Abd Halim14. Cik Siti Salbiah Binti Mohd Sani15. Pn. Afifah Binti Abdul RahmanTidak Hadir Bersebab:1. En. Fadrussham Bin Ajmain(PK. Ko-kurikulum)

Agenda:1. Ucapan aluan pengerusi2. Membentangkan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Bil. 4/20143. Perkara berbangkit4. Agihan tugas 20155. Hal-hal Lain

1.0. Ucapan Aluan Pengerusi1.1. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan surah Al-fatihah.1.2. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana dapat menghadirkan diri ke mesyuarat pada kali ini.1.3. Beliau memaklumkan bahawa En. Fadrussham, GPK ko-kurikulum, tidak dapat menghadirkan diri kerana sedang menduduki peperiksaan.1.4. Beliau berharap guru-guru dapat memberikan komitmen sepenuhnya bagi mencapai kecemerlangan dalam bidang ko-kurikulum.1.5. Beliau berharap kejayaan dalam permainan hoki dapat diteruskan pada tahun 2015.Makluman & tindakan : Semua guru

2.0. Membentangkan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Bil. 4/20142.1 Minit mesyuarat bil. 4/2014 bertarikh 30 Oktober 2014 telah dibentangkan oleh Pn. Khairun Nisa binti Derani.2.2 En. Mohd Rahimi bin Mat Rani mencadangkan agar minit diterima dan disahkan. Disokong oleh En. Noraffendi bin Mohd Noor.Makluman & tindakan : S/U Koku3.0. Perkara berbangkit - Tiada4.0. Agihan tugas 20154.1 Agihan tugas 2015 adalah seperti yang ditetapkan di dalam buku takwim dan panduan tugas 2015.4.2 En. Mohd Farhan akan membantu Pn. Khairun Nisa yang ditugaskan sebagai setiausaha ko-kurikulum sekolah4.3 En. Jamri memaklumkan bahawa guru pengiring bagi mengiringi murid dalam aktiviti ko-kurikulum mestilah guru yang sama jantina dengan murid yang diiring.Makluman & tindakan : Semua guru5.0. Hal-hal Lain5.1 En. Nurul Akmal memaklumkan sekiranya sekolah ingin mengadakan lawatan sambil belajar, pengangkutan yang digunakan mestilah mendapat kelulusan pihak SPAD.5.2 En. Rahimi memaklumkan bahawa murid yang mempunyai fizikal yang sesuai dan berbakat untuk permainan hoki semakin berkurang, tetapi beliau akan cuba mengenengahkan bakat baru bagi mengekalkan kebitaraan hoki SKB5.Makluman & tindakan : Semua guru6.0. Ucapan Penangguhan6.1 Pn. Hajah Napisah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru kerana sudi meluangkan masa dalam sesi mesyuarat ko-kurikulum kali ini.6.2 Beliau berharap agar pada tahun 2015 SKB5 dapat terus mengekalkan kecemerlangan dalam bidang kurikulum dan juga ko-kurikulum.6.3 En. Jamri berharap agar semua guru dapat bekerjasama dan saling bantu-membantu bagi merealisasikan kehendak Pn. Hajah Napisah.6.4 Beliau menangguhkan mesyuarat dengan bacaan tasbih kafarah dan surah Al-Asr.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.30 pagi.

Disediakan oleh,Disemak oleh,

..(EN. MOHD FARHAN BIN MOKHTAR)(EN. JAMRI BIN JELANI)PEN. S/U KO-KURIKULUMPK KURIKULUMSK. BESOUT 5SK. BESOUT 5