Minit Mesyuarat Linus Kali Ke2

13
Pengenalan : Program LINUS adalah singkatan dari Literacy & Numeracy Screening di mana Minister Key Performance Indicators (MKPI) KPM telah menyasarkan bahawa semua murid normal berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah menjelang 2013. Justeru, setiap segala yang diatur, disusun dan dijalankan adalah dengan satu hasrat iaitu kejayaan program LINUS. Sehubungan dengan itu, bagi merealisasikan hasrat ini, satu bentuk perancangan yang baik, tersusun, terarah, bermatlamat dan bermakna perlu direncanakan. Perancangan Strategik LINUS merupakan satu usaha untuk menetapkan hala tuju perjalanan program LINUS sekolah ini agar dapat menyumbang sesuatu kepada murid-murid tahap satu. Perancangan strategik yang disusun ini akan menjadi pelan operasi bagi setiap program yang akan dilaksanakan oleh Jawatankuasa LINUS sekolah ini. Latarbelakang : 1. Kekuatan : 1.1 100% guru-guru tahun satu adalah terlatih dan berpengalaman. 1.2 Guru-guru tahun satu masih muda dan sihat fizikal serta mental. 1.3 Sebahagian besar guru yang mengajar Bahasa Melayu dan Matematik adalah guru opsyen dengan pengkhususan bidang Bahasa Melayu dan Matematik. 1.4 Guru-guru tahun satu adalah guru-guru yang bersemangat tinggi. 1.5 Sekolah ini mempunyai makmal computer yang lengkap dan boleh digunakan untuk P&P murid-murid LINUS

description

kertas

Transcript of Minit Mesyuarat Linus Kali Ke2

Page 1: Minit Mesyuarat Linus Kali Ke2

Pengenalan :

Program LINUS adalah singkatan dari Literacy & Numeracy Screening di

mana Minister Key Performance Indicators (MKPI) KPM telah menyasarkan bahawa

semua murid normal berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi

selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah menjelang 2013. Justeru, setiap

segala yang diatur, disusun dan dijalankan adalah dengan satu hasrat iaitu kejayaan

program LINUS. Sehubungan dengan itu, bagi merealisasikan hasrat ini, satu bentuk

perancangan yang baik, tersusun, terarah, bermatlamat dan bermakna perlu

direncanakan. Perancangan Strategik LINUS merupakan satu usaha untuk

menetapkan hala tuju perjalanan program LINUS sekolah ini agar dapat

menyumbang sesuatu kepada murid-murid tahap satu. Perancangan strategik yang

disusun ini akan menjadi pelan operasi bagi setiap program yang akan dilaksanakan

oleh Jawatankuasa LINUS sekolah ini.

Latarbelakang :

1. Kekuatan :

1.1 100% guru-guru tahun satu adalah terlatih dan berpengalaman.

1.2 Guru-guru tahun satu masih muda dan sihat fizikal serta mental.

1.3 Sebahagian besar guru yang mengajar Bahasa Melayu dan Matematik

adalah guru opsyen dengan pengkhususan bidang Bahasa Melayu dan

Matematik.

1.4 Guru-guru tahun satu adalah guru-guru yang bersemangat tinggi.

1.5 Sekolah ini mempunyai makmal computer yang lengkap dan boleh

digunakan untuk P&P murid-murid LINUS menggunakan perisian

interaktif, internet dan sebagainya.

1.6 Pembinaan bahan bantu mengajar dibantu oleh guru-guru tahap dua.

1.7 Mendapat pandangan dan tunjuk ajar dari guru-guru yang

berpengalaman.

1.8 Persekitaran yang kondusif di sekolah untuk aktiviti P&P murid.

2. Kekurangan / kelemahan / halangan :

2.1 Keupayaan guru-guru dalam menyampaikan P&P dengan berkesan dan

bermakna adalah agak rendah.

2.2 Kekurangan bahan ABM yang benar-benar efisyen atau benar-benar

membantu atau bersesuaian.

Page 2: Minit Mesyuarat Linus Kali Ke2

2.3 Ramai murid tidak mempunyai asas Literasi dan Numerasi yang kukuh

menyebabkan P&P ulangan terpaksa dijalankan.

2.4 Masalah kehadiran murid-murid.

3. Kumpulan Sasaran :

3.1 Subjek : Bahasa Melayu dan Matematik.

3.2 Murid : Tahun 1

Tahun 2

Tahun 3

4. Jangka Masa :

2010 – 2013

Page 3: Minit Mesyuarat Linus Kali Ke2

Sekolah Kebangsaan Taman Awana

Jalan Langgar, 05460 Alor Setar, Kedah Darul Aman.

MINIT MESYUARAT LINUS

KALI KEDUA

SESI 2013

Tarikh : 19 Jun 2013

Hari : Rabu

Masa : 1.15 tengahari

Tempat : Bilik Mesyuarat Kecil, SK Taman Awana

Kehadiran :

1. Pn. Yusnita Bt Yahya

2. Pn. Rusmawati Bt Md. Din

3. Pn. Sharifah Bt Kamis

4. Pn. Nora Bt Yusoff

5. Pn. Ummi Kalthum Bt Zainal Ariffin

6. Cik Zainab Bt Abdullah

7. En. Mohd Hafiz B. Abd Razak

Turut Hadir :

1. En. Ahmad Sabri B. Long ( Guru Penolong Kanan 1)

1 : PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran Encik Ahmad Sabri B. Long, Guru

Penolong Kanan Kurikulum dan ahli Jawatankuasa LINUS sesi 2013

kerana sudi menghadirkan diri ke Mesyuarat LINUS kali kedua.

Page 4: Minit Mesyuarat Linus Kali Ke2

1.2 Menjelaskan tujuan mesyuarat adalah untuk membincangkan mengenai

pelaksanaan Linus 2.0.      Makluman : AJK LINUS

2 : UCAPAN WAKIL PENTADBIR

2.1 En. Ahmad Sabri selaku Guru Penolong Kanan 1 mengucapkan ribuan

terima kasih kepada semua guru kerana dapat menghadirkan diri ke

mesyuarat kali kedua ini. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan surah                  Al-

Fatihah oleh semua guru.

2.2 Beliau mengalu-alukan kedatangan semua guru yang hadir ke mesyuarat

pada kali ini.

Makluman : AJK LINUS

3 : MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT

3.1 Setiausaha membentangkan minit mesyuarat Jawatankuasa Linus Kali

pertama 2013.

3.2 En. Mohd Hafiz B. Abd Razak mencadangkan agar minit mesyuarat Linus

kali pertama disahkan dan Cik Zainab Bt Abdullah menyokong.

4 : PERKARA BERBANGKIT

4.1 Berkaitan perkara 6.2 Puan Sharifah memaklumkan Program Anak

Angkat / Program Mentor Mentee masih tidak dapat dilaksanakan kerana

murid-murid terlibat dengan kelas tasmik dan kelas KAFA.

Makluman : AJK LINUS

5 : PENERANGAN MENGENAI LINUS 2.0

5.1 Pengerusi memberitahu bahawa KPM telah membuat pembaharuan

dalam Program Linus dengan menamakan Linus 2.0.

Page 5: Minit Mesyuarat Linus Kali Ke2

5.2 Beliau juga menyatakan tatacara pelaksanaan dan takrifan tahap

penguasaan murid Linus 2.0 mulai tahun 2013 adalah seperti berikut :

5.2.1 Semua murid perlu menduduki dua saringan setiap tahun dari

tahun 1 hingga tahun 3 mengikut tarikh-tarikh yang ditetapkan.

5.2.2 Saringan pertama diadakan pada bulan April dan saringan kedua

pada bulan September.

5.2.3 Murid akan dikategorikan kepada menguasai dan tidak

menguasai. Mereka tidak lagi dilabelkan sebagai murid Arus

Perdana, Linus dan Linus Tegar.

5.2.4 Murid yang ditakrifkan sebagai murid yang melepasi konstruk 12

pada setiap saringan yang dijalankan bagi Literasi Bahasa

Melayu, Literasi Bahasa Inggeris dan Numerasi.

5.3 Pengerusi juga memberitahu bahawa saringan Baseline Literasi Bahasa

Inggeris akan diadakan pada bulan Mei 2013.

5.4 Beliau juga menyatakan Penyelaras Linus Bahasa Inggeris akan dilantik

dan diberi penerangan selanjutnya mengenai saringan Baseline.

Makluman : AJK LINUS

6 : LAPORAN UJIAN SARINGAN

6.1 Pn. Yusnita memaklumkan bahawa terdapat 17 orang murid dari Tahun 1

yang tidak menguasai Linus Literasi dan 4 orang yang tidak menguasai

Numerasi.

6.2 Cik Zainab pula memaklumkan terdapat 11 orang murid dari Tahun 2

yang tidak menguasai Linus Literasi dan 8 orang yang tidak menguasai

Numerasi.

6.3 Murid- murid tahun 3 yang masih belum menguasai Linus Literasi adalah

seramai 2 orang dan hanya seorang yang belum menguasai Numerasi.

Makluman : AJK LINUS

7 : HAL-HAL LAIN

7.1 Guru Linus perlu mengemaskini fail peribadi murid Linus.

Page 6: Minit Mesyuarat Linus Kali Ke2

7.2 Semua maklumat Linus perlu dibentangkan semasa mesyuarat kurikulum,

panitia Bahasa Melayu dan Panitia Matematik.

Makluman : AJK LINUS dan Pihak Pentadbir

8 : UCAPAN PENANGGUHAN

8.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

.................................... ...................................

(PN. RUSMAWATI BT MD. DIN) (EN. AHMAD SABRI B. LONG)

Pen. Setiausaha LINUS Guru Penolong Kanan 1

SK Taman Awana. SK Taman Awana

Page 7: Minit Mesyuarat Linus Kali Ke2

Sekolah Kebangsaan Taman Awana

Jalan Langgar, 05460 Alor Setar, Kedah Darul Aman.

MINIT MESYUARAT LINUS

KALI KETIGA

SESI 2013

Tarikh : 22 Ogos 2013

Hari : Khamis

Masa : 1.15 tengahari

Tempat : Bilik Mesyuarat, SK Taman Awana

Kehadiran :

1. Pn. Yusnita Bt Yahya

2. Pn. Rusmawati Bt Md. Din

3. Pn. Sharifah Bt Kamis

4. Pn. Nora Bt Yusoff

5. Pn. Ummi Kalthum Bt Zainal Ariffin

6. Cik Zainab Bt Abdullah

7. En. Mohd Hafiz B. Abd Razak

8. Cik Siti Amira Bt Azizi

Turut Hadir :

Page 8: Minit Mesyuarat Linus Kali Ke2

9. Pn. Che Mahani Bt Othman ( Guru Besar)

1 : PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran Pn. Che Mahani Bt Othman, Guru

Besar dan ahli Jawatankuasa LINUS ke mesyuarat kali ketiga bagi

Pemulihan Khas dan Linus.

1.2 Pengerusi mengharapkan sasaran kerajaan untuk menguasai kemahiran

3M iaitu 99% untuk Tahun 1 dan 95% untuk Tahun 2 dapat dicapai.      Makluman : AJK LINUS

2 : UCAPAN WAKIL PENTADBIR

2.1 Pn. Che Mahani Bt Othman selaku Guru Besar mengucapkan ribuan

terima kasih kepada semua guru kerana dapat menghadirkan diri ke

mesyuarat kali ketiga ini. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan surah                  Al-

Fatihah oleh semua guru.

2.2 Beliau mengalu-alukan kedatangan semua guru yang hadir ke mesyuarat

pada kali ini.

Makluman : AJK LINUS

3 : MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT

3.1 Setiausaha membentangkan minit mesyuarat Jawatankuasa Linus Kali

kedua 2013.

3.2 Pn. Ummi Kalthum Bt Zainal Ariffin mencadangkan agar minit mesyuarat

Linus kali kedua disahkan dan Pn. Sharifah Bt Kamis menyokong.

4 : PERKARA BERBANGKIT

4.1 Berkaitan perkara 5.2.1 saringan satu telah dijalankan antara 10 Mac

hingga 3 April.

Makluman : AJK LINUS

Page 9: Minit Mesyuarat Linus Kali Ke2

5 : PERKEMBANGAN MURID LINUS

5.1 Guru pemulihan memaklumkan bahawa tiga daripada lima orang murid

telah menguasai konstruk 1 hingga konstuk 4. Manakala seorang murid

telah menguasai konstruk 1 hingga konstruk 3 sahaja.

5.2 Guru pemulihan juga memaklumkan bahawa Muhd Iskandar Haikal masih

lagi berada pada tahap yang lemah untuk menguasai kemahiran

membaca.

5.3 Guru pemulihan memaklumkan bahawa murid Tahun 2 iaitu seramai 4

daripada 5 orang telah menunjukkan peningkatan. Murid ini telah boleh

membaca , namun tidak lancar.

5.4 Pn. Sharifah

Makluman : AJK LINUS

6 : HAL- HAL LAIN

6.1 Guru pemulihan menghadapi masalah dengan ketidak hadiran dua orang

murid iaitu Hadi Zakril dari tahun 2 dan Siti Hajar dari tahun 3. Beliau telah

membincangkan perkara ini dengan guru kelas dan guru-guru

matapelajaran lain serta dengan pihak pentadbir.

6.2 Tindakan diambil dengan memanggil murid tersebut setiap kali mereka

hadir ke sekolah walaupun bukan pada waktu matapelajaran Bahasa

Melayu dan Matematik.

6.3 Tindakan susulan dibuat dengan pergi ke rumah pelajar tersebut

bersama-sama dengan guru kelas untuk membincangkan masalah yang

berkaitan namun ibu pelajar tersebut kurang memberi kerjasama.

6.4 Pn. Sharifah juga memaklumkan bahawa seorang murid Tahun 2 iaitu

Muhd Amir Razin telah mendapat surat kelulusan daripada doktor untuk

ditempatkan di kelas Pendidikan Khas.

7 : UCAPAN PENANGGUHAN

7.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.45 petang.

Page 10: Minit Mesyuarat Linus Kali Ke2

Disediakan oleh, Disemak oleh,

.................................... ...................................

(PN. RUSMAWATI BT MD. DIN) (PN CHE MAHANI BT OTHMAN)

      Pen. Setiausaha LINUS   Guru Besar

SK Taman Awana. SK Taman Awana