Minit mesyuarat panitia

10
Mesyuarat Bersama Semua Panitia Kali Ke 1 ( 2015 ) Panitia Bahasa Inggeris Tarikh : 31.12.2014 (Rabu) Masa : 09.00 am Tempat : Makmal Komputer Kehadiran : * rujuk lampiran AGENDA : 1. Ucapan Guru Besar 1.2 Guru Besar mengalu – alukan dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang dapat menghadirkan diri dalam mesyuarat ini. Beberapa orang guru tidak dapat hadir kerana sebab – sebab yang tidak dapat dielakkan seperti menerima rawatan, ujian di universiti dan urusan keluarga. 1.3 Guru Pra Sekolah yang baru iaitu Puan Nadia Farhana telah menghubungi sekolah dan akan melaporkan diri pada hari Jumaat ini. Beliau tidak dapat hadir kerana masih dalam proses perpindahan ke rumah baru. 1.4 Pada tahun 2014, sekolah hanya melaksanakan satu kali sahaja mesyuarat panitia iaitu mesyuarat panitia yang pertama. Meskipun mesyuarat panitia hanya dilaksanakan sekali sahaja, namun perbincangan mengenai panitia sentiasa diadakan samada dalam mesyuarat setiap pagi hari isnin, mesyuarat guru mahupun perjumpaan tidak

description

minit mesyuarat 1 panitia bahasa inggeris

Transcript of Minit mesyuarat panitia

Page 1: Minit mesyuarat panitia

Mesyuarat Bersama Semua Panitia Kali Ke 1 ( 2015 )

Panitia Bahasa Inggeris

Tarikh : 31.12.2014 (Rabu)

Masa : 09.00 am

Tempat : Makmal Komputer

Kehadiran : * rujuk lampiran

AGENDA :

1. Ucapan Guru Besar

1.2Guru Besar mengalu – alukan dan mengucapkan terima kasih kepada semua

yang dapat menghadirkan diri dalam mesyuarat ini. Beberapa orang guru

tidak dapat hadir kerana sebab – sebab yang tidak dapat dielakkan seperti

menerima rawatan, ujian di universiti dan urusan keluarga.

1.3Guru Pra Sekolah yang baru iaitu Puan Nadia Farhana telah menghubungi

sekolah dan akan melaporkan diri pada hari Jumaat ini. Beliau tidak dapat

hadir kerana masih dalam proses perpindahan ke rumah baru.

1.4Pada tahun 2014, sekolah hanya melaksanakan satu kali sahaja mesyuarat

panitia iaitu mesyuarat panitia yang pertama. Meskipun mesyuarat panitia

hanya dilaksanakan sekali sahaja, namun perbincangan mengenai panitia

sentiasa diadakan samada dalam mesyuarat setiap pagi hari isnin, mesyuarat

guru mahupun perjumpaan tidak formal dalam kalangan guru – guru.

Kelemahannya ialah intipati perbincangan tidak didokumentasikan.

1.5Pada tahun ini, tahun 2015 sekolah mempunyai KPI di mana sekolah akan

melaksanakan mesyuarat panitia sekurang – kurangnya tiga kali dalam masa

setahun.

1.6Untuk kali ini, sekolah cuba melaksanakan mesyuarat semua panitia

serentak. Walaupun begitu setiap panitia mata pelajaran akan diberikan masa

yang secukupnya untuk membincangkan agenda mereka.

1.7Semua warga sekolah amnya dan pihak pentadbir dan guru – guru

khususnya seharusnya mempunyai matlamat dan mensasarkan supaya

Page 2: Minit mesyuarat panitia

setiap pelajar mencapai matlamat yang telah ditetapkan apabila tamat

persekolahan pada tahun ini.

1.8Pihak sekolah akan melihat keberkesanan mesyuarat secara serentak ini dan

sekiranya kaedah ini berjaya, mesyuarat sebegini akan dilaksanakan setiap

tahun. Sekiranya kaedah ini kurang sesuai dan tidak berkesan ia mungkin

tidak akan dilaksanakan lagi.

1.9Tujuan mesyuarat serentak ini dilaksanakan adalah bagi menjimatkan masa

dan juga mengatasi kekangan masa yang selalu terjadi apabila mesyuarat

panitia ingin dilaksanakan pada awal tahun. Kaedah mesyuarat secara

serentak ini juga dapat mengumpulkan semua guru bagi berbincang dan

memberi pendapat untuk penambahbaikan walaupun mereka tidak mengajar

subjek – subjek tersebut.

1.10 Harapan agar setiap program yang dijalankan oleh panitia memberi

impak yang baik kepada murid – murid. Diharap juga setiap panitia dapat

merancang dan melaksanakan program bersama bagi menjimatkan masa

dan tenaga supaya dapat memberikan manfaat kepada murid – murid.

1.11 Bagi murid LINUS, harus mempunyai sasaran memastikan setiap

murid tahun 3 dapat membaca, menulis dan mengira pada akhir persekolah

mereka pada tahun ini.

1.12 Keputusan UPSR dan keputusan keseluruhan mata pelajaran juga

telah dibincangkan dalam mesyuarat kurikulum.

1.13 Setiap guru panitia dimohon supaya mengemaskini fail panitia. Bahan

– bahan yang tidak perlu harus dibuang dan bahan – bahan yang perlu ada

mesti ada dalam fail panitia.

1.14 Semua fail panitia harus disimpan dalam bilik Pengurusan Kurikulum.

Ini bagi memudahkan sesiapa yang hendak akses jika perlu.

2. Menerima dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu.

Diterima oleh : Puan Norafiza Bt Ahmad

Disahkan oleh : Puan Siti Munira Bt Zainol

Page 3: Minit mesyuarat panitia

3. Perkara berbangkit : tiada perkara berbangkit.

4. Huraian sukatan :

Setiap guru boleh mendapatkan Huraian Sukatan Pelajaran daripada guru

yang terdahulu. Satu salinan perlu disimpan dalam fail panitia.

5. Cara menulis Rancangan Pengajaran Harian

Week / Day /

Date :

2 / Monday / 12 January 2015

Class / Time /

Subject:

Year 3 / 7.45 am - 8.45am / English

Theme / Learning

Standard topic :

World of stories / Four friends

Learning objectives By the end of the lesson, pupils should be able to:

1. Pronounce at least five main words in the

story correctly.

2. Replace the pictures in the story with the best

and correct answers.

Learning activity 1. The pupils listen to the teacher’s reading.

2. The pupils read the story after the teacher.

3. The pupils read aloud the story Four Friends.

4. The pupils read aloud the story in groups.

5. 3 or 4 pupils will be asked to read aloud the

story individually.

6. In group, the pupils have to replace the

pictures in the story.

EMK Creativity , coloborative learning.

Learning aids Animal masks (rooster, cat etc ), worksheet.

Learning

assessment

1. The pupils able to say the words correctly

2. The pupils able to give the best words to

replace the pictures in the story.

Reflection / impact The learning objectives achieved. The pupils

pronounce the words correctly and they also able

discuss in group and answer the questions correctly.

Page 4: Minit mesyuarat panitia

The pupils enjoy the learning. They were able to

cooperate with each other in group work.

6. Headcount

*rujuk lampiran

7. PCG mata pelajaran

Guru Besar telah memberitahu jumlah peruntukan PCG mata pelajaran

untuk tahun 2015. Guru Besar juga telah menjelaskan bahawa setiap nota

minta hendaklah ditandatangan oleh ketua panitia. Setiap panitia perlu

membuat perancangan perbelanjaan.

Anggaran perbelanjaan :

Bil Perkara Kuantiti Anggaran harga

(RM)

1 Bahan bantu belajar (BBM) RM 100.00

2 Kertas A4 2 RM 16.00

3 Kertas warna 2 RM30.00

4 Scrabble 2 RM 100.00

5 Hadiah sebagai pengukuhan

( cth : gula – gula )

RM 20.00

JUMLAH RM 266.00

8. Penggunaan buku latihan dan buku tulis

Tahap Jumlah buku tulis

Tahap 1 2 ( 1 jika buku aktiviti ada)

Tahap 2 2( 1 jika buku aktiviti ada)

9. Jumlah latihan / kerja rumah

Keputusan mesyuarat ialah kerja rumah ada tetapi jumlah yang diberi

tidak akan membebankan murid. Kerja rumah yang diberi juga perlu

Page 5: Minit mesyuarat panitia

sesuai mengikut tahap kemampuan murid tertentu. Latihan atau lembaran

kerja yang hendak diberi perlu mengikut tahap pencapaian murid tersebut.

10.0 Senarai nama guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris

Tahun Nama Guru Opsyen /

bukan

opsyen

Kad

pengenalan

Tahun

pengalaman

mengajar

subjek BI

1 Pn Siti Munira bt

Zainol

Opsyen

(subjek

minor)

840102 – 06

- 5908

2 tahun

2 & 4 Pn Norafiza bt

Ahmad

Bukan

opsyen

810409 – 05

– 5272

1 tahun

3 & 6 Pn Nik Nur Fakhira

bt Nik Mohamad

Salleh

Opsyen

(subjek

minor)

891205 – 03

– 5154

6 bulan

5 En Shahrulzin bin

Ismail

Opsyen

(TESL

Sekolah

Rendah)

610417 – 05

– 5145

30 tahun

PPKI Pn Joo Chai Pei

11.0 Aktiviti – aktiviti panitia untuk tahun 2015

Cadangan aktiviti panitia Bahasa Inggeris Tahun 2015 :

Bil Nama

Program

Keterangan Program Pihak

terlibat

1 “Good

Morning,

Grammar”

Setiap hari guru Bahasa Inggeris Tahun

4, 5 dan 6 akan mengadakan satu sesi

yang dinamakan “Good Morning

Tahun

4,5,6

Page 6: Minit mesyuarat panitia

Grammar”. Guru tersebut boleh memilih

satu hari dalam seminggu dan sebelum

memulakan sesi PdP pada hari tersebut,

guru boleh berteka teki dengan murid

tentang satu tajuk berkaitan grammar.

2 “Let’s read

English”

Semua murid Tahap 1 membaca buku

Bahasa Inggeris selama 5 minit pada

setiap hari rabu.

Tahun 1,

2, 3

3 “Learn a

word a day”

Setiap hari dalam perhimpunan pagi,

murid tahun 6 yang bertugas perlu

membacakan satu perkataan Bahasa

Inggeris dan murid – murid lain catat

dalam buku “My English Book”. (Satu

perkataan untuk tahap 1, satu perkataan

untuk tahap 2)

Semua

murid

4 English Day Setiap hari rabu adalah hari Bahasa

Inggeris. Dalam perhimpunan pagi, guru

Bahasa Inggeris yang bertugas pada

minggu tersebut akan menyampaikan

pengisian berkaitan subjek BI. Bahan

untuk English Day disediakan oleh guru

BI yang bertugas mengikut tema setiap

minggu.

Semua

guru

Bahasa

Inggeris

Semua

murid

5 “English

around our

school”

Satu English Corner akan diwujudkan

bagi menyediakan satu ruang belajar

Bahasa Inggeris yang santai dan cantik.

Semua

guru BI

12.Hal – hal lain

Guru mata pelajaran Bahasa Inggeris boleh rujuk kepada En Shahrulzin

untuk sebarang pertanyaan dan ilmu mengenai mata pelajaran Bahasa

Inggeris. Buku – buku rujukan dan buku kerja bagi mata pelajaran Bahasa

Inggeris di Bilik Pengurusan Kurikulum boleh dijadikan sebagai bahan

rujukan guru – guru.

Page 7: Minit mesyuarat panitia

13. Penutup

Ketua Panitia mengakhiri ucapannya dan seterusnya Guru Besar

mengakhiri ucapan terima kasih dan mesyuarat ditangguhkan pada pukul

1.30 tengah hari.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

……………………….. ……………………….

(Pn Norafiza Bt Ahmad) (Pn Nik Nur Fakhira)

Setiausaha, Ketua Panitia,

Panitia Bahasa Inggeris, Panitia Bahasa Inggeris,

SK Padang Lebar. SK Padang Lebar.

Disahkan oleh :

…………………………….

( En Shahrulzin Bin Ismail)

Guru Penolong Kanan 1,

SK Padang Lebar.

Page 8: Minit mesyuarat panitia