Minit Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam Bil 3

3
MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN ISLAM BIL 3/2015 SJK (C) CHI MING 1, TANGKAK, JOHOR TARIKH : 21 JUN 2015 – 15 JULAI 2015 MASA : 10.00 PAGI – 10.20 PAGI TEMPAT : SURAU SJK(C) CHI MING 1. KEHADIRAN : 1. USTAZAH NORASYIKIN BINTI AHMAD SUKOR 2. USTAZ MUHAMMAD SAFIAN BIN MOHD YUSOP 3. EN. MOHD SHAH BIN MOHD LAYA AGENDA. 1. UCAPAN ALUAN KETUA PANITIA PENDIDIKAN ISLAM 1.1 USTAZAH NORASYIKIN BINTI AHMAD SUKOR selaku Ketua Panitia Pend Islam mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir dan dapat memberikan kerjasama yang baik. 1.2 Beliau mengharapkan kerjasama dari semua guru dan ahli jawatankuasa dalam melaksanakan program-program panitia sepanjang tahun. 1.3 Semoga pada tahun ini, usaha dapat ditingkatkan untuk memastikan semua murid dapat mengusai pelajaran Agama Islam khususnya Al-Quran dan Jawi dan pencapaian murid dalam peperiksaan dan penguasaan lebih baik dari tahun sebelum ini. 2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT. 2.1. EN. MOHD SHAH BIN MOHD LAYA mencadangkan minit mesyuarat Bil 2/ 2015 yang bertarikh 23 APRIL 2015 disahkan dan disokong oleh USTAZ MUHAMMAD SAFIAN BIN MOHD YUSOP 3. PERKARA BERBANGKIT 3.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli yang telah banyak membantu menjayakan program-program panitia sepertimana yang

description

mesyuarat panitia pendidikan islam

Transcript of Minit Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam Bil 3

Page 1: Minit Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam Bil 3

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN ISLAM BIL 3/2015SJK (C) CHI MING 1, TANGKAK, JOHOR

TARIKH : 21 JUN 2015 – 15 JULAI 2015

MASA : 10.00 PAGI – 10.20 PAGI

TEMPAT : SURAU SJK(C) CHI MING 1.

KEHADIRAN:

1. USTAZAH NORASYIKIN BINTI AHMAD SUKOR

2. USTAZ MUHAMMAD SAFIAN BIN MOHD YUSOP

3. EN. MOHD SHAH BIN MOHD LAYA

AGENDA.

1. UCAPAN ALUAN KETUA PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

1.1 USTAZAH NORASYIKIN BINTI AHMAD SUKOR selaku Ketua Panitia Pend Islam mengucapkan terima

kasih kepada semua guru yang hadir dan dapat memberikan kerjasama yang baik.

1.2Beliau mengharapkan kerjasama dari semua guru dan ahli jawatankuasa dalam melaksanakan program-

program panitia sepanjang tahun.

1.3Semoga pada tahun ini, usaha dapat ditingkatkan untuk memastikan semua murid dapat mengusai

pelajaran Agama Islam khususnya Al-Quran dan Jawi dan pencapaian murid dalam peperiksaan dan

penguasaan lebih baik dari tahun sebelum ini.

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT.

2.1. EN. MOHD SHAH BIN MOHD LAYA mencadangkan minit mesyuarat Bil 2/ 2015 yang bertarikh

23 APRIL 2015 disahkan dan disokong oleh USTAZ MUHAMMAD SAFIAN BIN MOHD YUSOP

3. PERKARA BERBANGKIT 3.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli yang telah banyak membantu

menjayakan program-program panitia sepertimana yang telah dirancang contohnya Program Kem

Bestari Solat Bil. 1 & 2 yang telah diadakan pada bulan Mac & Mei yang telah lepas. Semoga pada

tahun hadapan program seumpama ini dapat diteruskan.

3.2 Pengerusi juga mengingatkan kepada pembuat soalan percubaan agar dapat membuatnya

mengikut format peperiksaan sebenar serta mengikut ketetapan yang telah digariskan oleh pihak

sekolah.

Tindakan : Semua Guru Panitia Pendidikan Islam

Page 2: Minit Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam Bil 3

4. PROGRAM IHYA RAMADHAN 1436H.

4.1 Ustaz Muhammad Safian selaku penyelaras untuk program Ihya Ramadhan 1436H telah

membentangkan tentatif program yang akan dijalankan sepanjang bulan Ramadhan 1436H ini.

Program Ihya Ramdhan dijalankan setiap tahun bagi melahirkan murid yang seimbang dari segi

jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial selaras dengan falsafah Pendidikan Kebangsaan.

4.2 Di bawah merupakan tentatif Program Ihya Ramadhan 1436H :

Bil Aktiviti Sasaran

1. Pelancaran Ihya’ Ramadhan

Warga SJK(C) CHI MING 1

2. Tadarus Al-Quran dan Solat Zohor

3. Memperdengarkan Al-Quran/Zikir/Nasyid ( Halwa Ramadhan )

4. Tazkirah Ramadhan

5. Risalah Ramadhan / Syawal

6. Kutipan Derma / Galakan Bersedekah

7. Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat

8. Kuiz Ramadhan Tahap 2

9. Pertandingan Menghafaz Juz Amma

10. Pertandingan Menghafaz Ayat LazimTahap 1

11. Teka silangkata Ramadhan

12. Pertandingan Mewarna Kad Hari Raya Tahap 1

13. Tijarah Ramadhan PPIM SJK(C) CHI MING 1

14. Majlis Khatam Al Quran & Di Ambang Aidil Fitri 1432 H Warga SJK(C) CHI MING 1

4.3 Menurut Ustaz Safian, Program Ihya Ramadhan 1436H ini juga akan melibatkan guru-guru Islam lain di

SJK (C) Chi Ming 1.

4.4 Pengerusi berharap program ini akan mendapat sokongan dan kerjasamasa daripada semua guru.

Tindakan : Ustaz Muhammad Safian

5. PENUTUP.

5.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada kepada semua guru GPI kerana dapat hadir dalam

mesyuarat kali ini dan terima kasih juga kerana semua ahli telah memberi kerjasama yang baik dalam

menjayakan semua program yang dianjurkan.

5.2 Mesyuarat ini ditangguhkan pada jam 3.00 petang dengan tasbih kaffarah dan surah al Asr.

Disediakan oleh, Disahkan Oleh,

......................................... .......................................