Minit Mesyuarat Panitia Sains Bil. 1.2013

download Minit Mesyuarat Panitia Sains Bil. 1.2013

of 4

Transcript of Minit Mesyuarat Panitia Sains Bil. 1.2013

  • 7/29/2019 Minit Mesyuarat Panitia Sains Bil. 1.2013

    1/4

    SK PARIS 3 KINABATANGAN

    MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS BIL. 1/2013

    TARIKH : 6 FEBRUARI 2013

    MASA/HARI : 12.00-1.00 T/HARI (SELASA)

    TEMPAT : BILIK GERAKAN SK. PARIS 3

    PENGERUSI : MOHD MUSTAKIM (KETUA PANITIA SAINS)

    AHLI YANG HADIR:

    1. EN. ZAINUDIN AHMAD GPK KURIKULUM

    2. EN. EMRAN SUMANGGIL @ ANGGIR GPK HEM

    3. EN. HILMAN TALIB GPK PTG

    4. EN. MOHD MUSTAKIM KAMARUDIN KETUA PANITIA

    5. EN. ZUL HAIMY CHE YUNUS GURU PENOLONG

    6. EN. FAIZAL ABDULLAH GURU PENOLONG

    7. EN. AZIZUL TUMIN GURU PENOLONG

    8. EN. NORDIN NAGORMIRA KAMAL GURU PENOLONG

    AGENDA MESYUARAT

    1 : Perutusan Pengerusi

    2 : Pengesahan minit mesyuarat

    3 : Perkara-perkara berbangkit

    4 : Pengagihan tugas 2013

    5 : Perancangan program / aktiviti tahunan

    6 : Perlaksanaan PEKA / Ujian dan Peperiksaan

    7 : Hal-hal lain

  • 7/29/2019 Minit Mesyuarat Panitia Sains Bil. 1.2013

    2/4

    LAPORAN MESYUARAT

    1.0 Perutusan Pengerusi

    1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir.

    1.2 Pengerusi mengharapkan kerjasama yang lebih baik dengan bertambah tenaga guru iaitu

    cikgu Nordin yang juga mengajar sains untuk tahun 5.

    2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat

    2.1 En. Zul Haimy mencadangkan minit mesyuarat disahkan.

    2.2 En. Faizal menyokong cadangan En. Zul Haimy

    2.3 En. Zainudin memaklumkan bahawa pengerusi mesyuarat bagi panatia ialah Ketua Panitia

    manakala dari pihak pentadbir menjadi pemerhati @ penasihat.

    3.0 Perkara-perkara berbangkit

    3.1 En. Zainudin bertanya tentang perkembangan perlaksanaan PEKA. Adakah melibatkan

    semua murid tahun 3, 4, 5 dan 6 untuk tahun ini (2013)?

    3.2 En. Mustakim maklumkan bahawa PEKA untuk tahun 2013 hanya melibatkan tahun 4,5,6.

    3.3 En. Faizal mengesahkan bahawa murid tahun 1,2,3 terlibat dengan KSSR SPPBS. Tiada PEKA.

    TINDAKAN : SEMUA GURU SAINS

    4.0 Pengagihan Tugas 2013

    4.1 En. Mustakim memberi ruang kepada semua guru sains untuk mencadangkan AJK yang

    perlu di wujudkan bagi pengurusan panatia tahun 2013.

    4.2 En. Emran mencadangkan En. Zul Haimy terus dilantik sebagai setiausaha panatia.

    4.3 Program 2M2S tetap diteruskan dan En. Mustakim mencadangkan agar En. Azizul sebagai

    penyelaras untuk minggu sains (2M2S) tahap 1 dan En. Mustakim untuk tahap 2 dalam

    perlaksanaan aktiviti.

    4.4 En. Emran dilantik sebagai pengurus inventori peralatan/bahan sains dibantu oleh

    En. Nordin.

    4.5 En. Mustakim mendapat tugas untuk menyediakan sudut sains di sekolah dan PSS.

    4.6 En. Faizal diberi tanggungjawab untuk mengumpul koleksi soalan sains (Bank Soalan).

  • 7/29/2019 Minit Mesyuarat Panitia Sains Bil. 1.2013

    3/4

    TINDAKAN : SEMUA GURU SAINS

    5.0 Perancangan program / aktiviti tahunan 2013

    5.1 En. Zul Haimy mencadangkan supaya mengadakan bengkel untuk guru. En. Faizal memberi

    cadangan agar memanggil JU dari Kinabatangan atau Dr. Hj. Suharpi dari PPD Lahad Datu.

    5.2 En. Mustakim memberi cadangan agar wujudkan program aktiviti murid berasaskan

    sains dan ICT. En. Emran maklumkan bahawa program untuk peningkatan prestasi murid

    ikut yang sebelum ini pada tahun 2012.

    5.3 En. Zainudin bertanya tentang perisian dari KPM samada ada diperoleh dan boleh digunakan

    bagi tujuan peningkatan profesionalisme guru.

    5.4 En. Zul Haimy memaklumkan bahawa perisian PPSMI masih ada dan boleh digunakan oleh

    guru. En. Faizal mengesahkan bahawa perisian dari KPM yang terkini ada disediakan dalam

    internet. Merujuk kepada buku teks, ada dinyatakan laman web yang boleh diakses oleh

    murid untuk melayari internet bagi mendapatkan lebih maklumat untuk topik yang

    dipelajari.

    TINDAKAN : SEMUA GURU SAINS

    6.0 Perlaksanaan PEKA / Ujian dan Peperiksaan

    6.1 En. Mustakim mohon cadangan dari semua guru sains bagaimana hendak membuat rekod

    PEKA dengan lebih baik. En. Emran menyatakan menggunakan cara sebelum ini iaitu

    penggunaan fail individu dan penskoran lengkap. En. Zainudin menyokong untuk terus

    menggunakan fail yang biasa dan tidak berubah kepada cara lain. En. Mustakim menyatakan

    dalam fail tersebut guru perlu sediakan lembaran kerja murid sebagai bukti dan pelaporan.

    6.2 En. Zainudin maklumkan bahawa ketika membina soalan untuk ujian @ peperiksaan rujuk

    kepada JPU@JSU atau pun rujuk kepada buku. En. Zainudin juga mencadangkan agar panatia

    membuat agihan tugas membina soalan mengikut semester.

    6.3 En. Faizal maklumkan bahawa murid tahap 1 (tahun 1,2,3) akan diberi penilaian mengikut

    band. En. Hilman menyatakan bahawa murid tahap 1 tetap ada ujian/peperiksaan seperti

  • 7/29/2019 Minit Mesyuarat Panitia Sains Bil. 1.2013

    4/4

    tahap 2, tetapi penilaian dalam ujian/peperiksaan itu boleh digunakan untuk melengkapkan

    band dan evidens bagi murid tersebut dan pada tahun 2013 setiap guru tahap 1 akan

    memasukkan markah SPPBS (penilaian) sebanyak 4 kali (3 bulan sekali) di samping fail

    evidens diwujudkan.

    TINDAKAN : SEMUA GURU SAINS

    7.0 Hal-hal lain

    7.1 En. Zul Haimy memaklumkan bahawa slide powerpoint untuk sains tahun 4 masih ada

    dan boleh digunakan.

    7.2 En. Azizul mohon kertas kerja 2M2S dapat dikongsi bersama beliau untuk persediaan 2013.

    7.3 En. Faizal menyatakan bahawa Tn. Hj. Suharpi seorang yang bagus untuk dipanggil bengkel.

    7.4 En. Nordin mohon untuk latihan bagi pengurusan dan perlaksanaan PEKA.

    7.5 En. Hilman menyatakan hasrat untuk menyertai pertandingan luar. Akan di urus jika ada.

    7.6 En. Zainudin memaklumkan bahawa dalam mesyuarat panatia, KP sebagai pengerusi dan

    kajian istilah untuk guru sains & matematik haruslah dilaksanakan segera.

    TINDAKAN : KETUA PANITIA

    Penutup

    Pengerusi menutup majlis dengan ucapan terima kasih.

    Mesyuarat ditangguhkan pada 1.10 t/hari.

    Disediakan oleh,

    MOHD MUSTAKIM KAMARUDIN

    Ketua Panita Sains

    Pencadang :________________________

    Disokong oleh :________________________