Minit Mesyuarat Panitia Sains Bil 2 2012

download Minit Mesyuarat Panitia Sains Bil 2 2012

of 3

Transcript of Minit Mesyuarat Panitia Sains Bil 2 2012

  • 7/29/2019 Minit Mesyuarat Panitia Sains Bil 2 2012

    1/3

    SK PARIS 3 KINABATANGAN

    MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS BIL. 2/2012

    TARIKH : 31 JULAI 2012

    MASA/HARI : 12.00-1.00 T/HARI (SELASA)

    TEMPAT : BILIK GERAKAN SK. PARIS 3

    PENGERUSI : EN. NORAZAM AHMAD

    AHLI YANG HADIR:

    1. EN. NORAZAM AHMAD GURU BESAR

    2. EN. EMRAN SUMANGGIL @ ANGGIR GPK HEM

    3. EN. HILMAN TALIB GPK PTG

    4. EN. MOHD MUSTAKIM KAMARUDIN KETUA PANITIA

    5. EN. ZUL HAIMY CHE YUNUS GURU PENOLONG

    6. EN. FAIZAL ABDULLAH GURU PENOLONG

    7. EN. AZIZUL TUMIN GURU PENOLONG

    AGENDA MESYUARAT

    Ucapan Pengerusi

    1.0 Ucapan pengerusi

    2.0 Pengurusan Panitia

    3.0 Laporan aktiviti

    4.0 Laporan prestasi

    5.0 Pengurusan PEKA

  • 7/29/2019 Minit Mesyuarat Panitia Sains Bil 2 2012

    2/3

    LAPORAN MESYUARAT

    1.0 Perutusan Pengerusi

    1.1 Pengerusi memaklumkan bahawa mesyuarat panitia 4 kali setahun rujuk pekeliling.

    1.2 Skor PEKA adalah secara berterusan bermula tahun 3, 4, 5 dan 6. Manakala KSSR

    bermula tahun 1 dan 2 untuk tahun 2012.

    1.3 Perlaksanaan PEKA hendaklah dilaksanakan dengan baik kerana sekolah mempunyai

    guru yang berpengalaman dan sekolah gred A. PEKA boleh dilaksanakan melalui aktiviti

    folio, kerja kursus, penggunaan peralatan sains dan evidens hendaklah di simpan dan rekod.

    2.0 Pengurusan panitia

    2.1 En. Mustakim maklumkan bahawa dokumen untuk fail meja ketua panitia telah disediakan

    dan pengurusan rekod bersama setiausaha panitia iaitu En. Zul Haimy.

    2.2 En. Mustakim akan mewujudkan sistem inventori panitia bagi peralatan dan bahan yang

    dibeli atau sumbangan pihak luar.

    2.3 En. Norazam minta panatia guna duit PCG yang diperuntukkan dan mengira invois/resit

    pembelian untuk rekod.

    TINDAKAN : KETUA PANITIA DAN SETIAUSAHA

    3.0 Laporan Aktiviti

    3.1 En. Zul Haimy memberi sedikit laporan berkenaan minggu sains yang telah dilaksanakan.

    Penjadualan dalam laksanakan aktiviti berjalan lancar dengan murid keluar masuk ikut

    kelas masing-masing secara terancang. En. Zul Haimy nyatakan kekuatan program ialah

    murid berminat dengan aktiviti yang disediakan dan membuka minda manakala kelemahan

    ialah masa terlalu padat dan aktiviti yang sama disediakan untuk tahap 1 dan 2.

    3.2 En. Faizal mencadangkan bahan @ peralatan sains juga dibawa masuk ke dalam kelas.

    3.3 En. Azizul mencadangkan untuk menguruskan pameran ada pendedahan mengikut

    tahap murid (tinggi, sederhana, rendah).

    3.4 En. Norazam mencadangkan untuk minggu sains akan datang adakan kelainan dengan

    aktiviti cabaran minda, kontraktor cilik dan lebih menyeronokkan.

    TINDAKAN : SEMUA GURU SAINS

  • 7/29/2019 Minit Mesyuarat Panitia Sains Bil 2 2012

    3/3

    4.0 Laporan prestasi

    4.1 En. Mustakim memberi laporan prestasi murid tahun 6 ada 3 orang gagal. Akan dibantu

    dengan teknik menjawab soalan.

    4.2 En. Zul Haimy menyatakan murid tahun 5 lemah dalam bahagian B. Murid tahun 4 agak

    lemah tetapi ada potensi terutama Huldyah.

    4.3 En. Hilman menyatakan bahawa murid tahun 3 ada peningkatan murid cemerlang dan

    tiada murid yang tidak kuasai 3M.

    4.4 En. Faizal menyatakan murid tahun 2 ada kualiti meningkat dan penggunaan soalan

    gabungan dari Sandakan. Kelas tahun 2 PA lebih baik daripada 2 PG.

    4.5 En. Azizul menyatakan kelas 1 PA lebih baik daripada kelas 1 PG. Untuk KSSR perlu

    kepada mengikut BAND dan membuat evidens. Band 3 hanya dikuasai oleh 1 PA.

    TINDAKAN : SEMUA GURU SAINS

    5.0 Pengurusan PEKA

    5.1 En. Mustakim memaklumkan bahawa pelaporan PEKA untuk UPSR murid tahun 6 akan

    dihantar kepada PPD Kinabatangan pada 19 Oktober 2012.

    TINDAKAN : KETUA PANITIA

    Penutup

    Pengerusi menutup majlis dengan ucapan terima kasih.

    Mesyuarat ditangguhkan pada 1.30 t/hari.

    Disediakan oleh, Disahkan oleh,

    MOHD MUSTAKIM KAMARUDIN NORAZAM AHMAD

    Ketua Panita Sains Guru Besar SK Paris

    Pencadang :________________________

    Disokong oleh :________________________ Tarikh: ________________