Minit Mesyuarat Panitia Sejarah

4

Click here to load reader

description

minit mesyuarat

Transcript of Minit Mesyuarat Panitia Sejarah

MINIT MESYUARAT PANITIA SEJARAH,KAJIAN TEMPATAN SERTA PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAANSK BUKIT RAWANG JAYA,RAWANG , SELANGORKALI PERTAMA 2015Tarikh : 4 FEBRUARI 2015Masa : 1.10 petang 1.40 petangTempat : Makmal KomputerKehadiran :Yang Hadir :1. Puan Norhayati binti Bedul2. En.Kornain bin Sabli3. Puan Salawati binti SelamatTidak Hadir Bersebab :1. En.Amirul Nizam bin Sulaiman ( Pegawai Kejohanan Badminton Daerah Gombak)Yang Turut Hadir :TIADAUrus Setia Mesyuarat :1. En.Kornain bin Sabli Ketua Panitia Sejarah

1 PERUTUSAN PENGERUSI1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa yang hadir dalam mensyuarat panitia pada kali pertama ini.1.2 Pengerusi juga memaklumkan bahawa mesyuarat kali ini adalah mesyuarat kali pertama pada tahun ini.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARATTIADA

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKITTIADA

4 PERKARA-PERKARA BAHARU4.1 Pengerusi memaklumkan tentang sukatan mata pelajaran Sejarah,Kajian Tempatan serta Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan semua ada dan lengkap.

4.2 Pengerusi juga memaklumkan untuk tahun ini ujian bulanan akan dibuat dua kali setahun beserta peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun.

4.3 Tugasan membina soalan mengikut guru panitia dan giliran.

4.4 Aktiviti yang akan dilaksanakan pada tahun ini ialah:4.4.1 Mesyuarat panitia akan dilaksanakan sebanyak empat kali.4.4.2 Kemas kini fail panitia masing-masing.4.4.3 Penyediaan soalan ujian dan peperiksaan.4.4.4 Menjalankan aktiviti semasa Sambutan Bulan Kemerdekaan.Untuk Panitia Sejarah,membuat buku skrap besar,Panitia Kajian Tempatan,membuat kolaj serta Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan,membuat teka silang kata.4.4.5 Aktiviti lawatan Panitia Sejarah belum diputuskan lagi.

4.5 Kewangan 2015Panitia Sejarah akan membeli buku kerja Sejarah Tahun 5,Panitia Kajian Tempatan dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan akan membeli hadiah untuk pertandingan semasa Sambutan Bulan Kemerdekaan.Untuk pembelian lain akan dibincangkan pada mesyuarat yang akan datang.

4.6 NKRA Pengerusi memaklumkan bahawa mata pelajaran Kajian Tempatan dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan adalah tahun terakhir,walaupun begitu ia harus diajar seperti biasa.Untuk mata pelajaran Sejarah harus ditekankan dari sekarang kerana ia adalah mata pelajaran wajib lulus semasa peperiksaan SPM.

5 HAL-HAL LAIN5.1 Pengerusi mengingatkan kepada ketiga-tiga panitia agar melengkapkan fail panitia masing-masing dengan jadual waktu serta borang maklumat diri.5.2 Guru-guru tidak dibenarkan mengutip wang daripada murid.5.3 Lawatan Kembara Sejarah belum diputuskan sama ada akan dibuat atau tidak.

6. PENUTUPAN Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih di atas kerjasama yang telah diberikan dan mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.40 petang.

Urus Setia MesyuaratPanitia Sejarah,SK Bukit Rawang Jaya.Tarikh : 10 Februari 2015