Minit Mesyuarat PBS Pertama 2014

11
JAWATANKUASA P.B.S 2014 SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT ROK 28200 BANDAR BERA MINIT MESYUARAT KALI PERTAMA PBS (2014) TARIKH : 8 Januari 2014 TEMPAT : Bilik Mesyuarat SK Bukit Rok MASA : 1.15 ptg – 2.30 ptg KEHADIRAN : 1. En. Zolkipli Bin Hasan (GPK 1) 2. Pn. Wan Zaidawati Binti Wan Daud (GPK HEM) 3. Pn. Nik Mohamad Nazri Bin Nik Man (GPK KO) 4. En. Mohd Hafiz Bin Sulaiman (Setiausaha P.B.S & KP Pendidikan Jasmani) 5. En. Mohd Suhardi B Mohd Sabarruddin 6. En. Roslan Bin BIau (KP Bahasa Melayu) 7. En. Muhamad Haniff B Ahmad Tajuddin (KP Matematik) 8. En. Mohd Sahril B Mohamad (KP RBT & TMK) 9. Tn. Hj. Zainal Ashikhin B Ibrahim (KP Sains) 10. Pn. Nornadhirah Bt A.Ghani (KP Pendidikan Kesihatan) 11. En. Mohd Suhardi B Mohd Sabarruddin (Guru BI Tahun 1 & 3) 12. Pn. Saridah Binti Sonar (KP Pendidikan Seni Visual) 13. Pn. Muraini A/P Saat (Guru Pemulihan) 14. Cik Asmaliza Bt Hassan (Guru Pra Sekolah) TIDAK HADIR BERSEBAB :

description

pbs

Transcript of Minit Mesyuarat PBS Pertama 2014

Page 1: Minit Mesyuarat PBS Pertama 2014

JAWATANKUASA P.B.S 2014SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT ROK

28200 BANDAR BERA

MINIT MESYUARAT KALI PERTAMA PBS (2014)

TARIKH :               8 Januari 2014

TEMPAT :               Bilik Mesyuarat SK Bukit Rok

MASA :               1.15 ptg – 2.30 ptg

KEHADIRAN :

1. En. Zolkipli Bin Hasan (GPK 1)

2. Pn. Wan Zaidawati Binti Wan Daud (GPK HEM)

3. Pn. Nik Mohamad Nazri Bin Nik Man (GPK KO)

4. En. Mohd Hafiz Bin Sulaiman (Setiausaha P.B.S & KP Pendidikan Jasmani)

5. En. Mohd Suhardi B Mohd Sabarruddin 

6. En. Roslan Bin BIau  (KP Bahasa Melayu)

7. En. Muhamad Haniff B Ahmad Tajuddin (KP Matematik)

8. En. Mohd Sahril B Mohamad (KP RBT & TMK)

9. Tn. Hj. Zainal Ashikhin B Ibrahim (KP Sains)

10. Pn. Nornadhirah Bt A.Ghani (KP Pendidikan Kesihatan)

11. En. Mohd Suhardi B Mohd Sabarruddin (Guru BI Tahun 1 & 3)

12. Pn. Saridah Binti Sonar (KP Pendidikan Seni Visual)

13. Pn. Muraini A/P Saat (Guru Pemulihan)

14. Cik Asmaliza Bt Hassan (Guru Pra Sekolah)

TIDAK HADIR BERSEBAB :

1. Pn. Ramlah @ Siti Surih Binti Suanda (Guru Besar)  kerana cuti sakit

2. En. Md. Basri B Md Radzi (KP Bahasa Inggeris / Guru Bahasa Inggeris Tahun 2) kerana 

temujanji Klinik Pakar HoSHAS

3. Ustaz Mansor B Mat Noor (KP Pendidikan Islam) kerana Mesyuarat PPD Bera

4. Cik Noorshakila Bt Ramli (KP Bahasa Arab) kerana Mesyuarat PPD Bera

5. En. Mohd Kamal B Abu Hanifah (KP Pendidikan Moral) kerana Mesyuarat Data

 

Page 2: Minit Mesyuarat PBS Pertama 2014

JAWATANKUASA P.B.S 2014SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT ROK

28200 BANDAR BERA

BIL PERKARA TINDAKAN

1. Kata Aluan Pengerusi Mesyuarat (GPK 1)

1.1   Pengerusi mesyuarat merakamkan penghargaan dan terima kasih  atas kehadiran guru-guru yang terlibat dengan jawatankuasa PBS yang hadir untuk mesyuarat pertama bagi tahun 2014.

1.2   Tujuan mesyuarat kali ini adalah bagi membincangkan; pelan operasi sepanjang tahun bagi melaksanakan PBS.

1.3   Harapan pengerusi mesyuarat  agar aktiviti penjaminan kualiti pada tahun ini dapat ditingkatkan lagi setelah menadapat pujian Jemaah Nazir pada tahun lepas.

Pengerusi

2. Taklimat Setiausaha Jawatankuasa PBS 2014

2.1 Pembentukan A.J.K PBS bagi sesi 2014.

        Pengerusi             :   Pn. Ramlah @ Siti Surih Bt Suanda (GB)        Timb. Penegrusi  :   En. Zolkipli B Hassan (GPK1)                                           Ketua Bahagian Pentaksiran Pusat &                                             Pentaksiran Sekolah (Ps & Pp)        N. Pengerusi 1     :   Pn. Wan Zaidawati Bt Wan Daud (GPKH)                                           Ketua Bahagian Psikometrik &                                            Pembudayaan PBS   

        N. Pengerusi 2    :   En. Nik Mohamad Nazri B Nik Man (GPKK)                                           Ketua Bahagian PAJSK

        Setiausaha PBS    :   En. Mohd Hafiz B Sulaiman                                            (Kes Khas)

       Ahli Jawatankuasa;

       LADAP       Tn Hj Zainal Ashikhin B Ibrahim (KP Sains)

       PENYELARASAN SKOR       Pn. Saridah Binti Sonar (KP Pendidikan Seni Visual)

       PEMENTORAN       Cik Noorshakila Bt Ramli (KP Bahasa Arab)

Semua   guru Jawatankuasa

Page 3: Minit Mesyuarat PBS Pertama 2014

JAWATANKUASA P.B.S 2014SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT ROK

28200 BANDAR BERA

        PENGESANAN       En. Mansor B Mohd Noor (KP Pendidikan Islam)

       PEMANTAUAN       En. Muhammad Haniff B Ahmad Tajuddin (KP Matematik)

       PENTASKIRAN PUSAT (Pp) & PENTAKSIRAN SEKOLAH (Ps)       En Md. Basri B Md. Radzi (KP Bahasa Inggeris)

PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK (Psi)       En Mohd Kamal B Abu Hanifah (KP Pendidikan Moral)

PENTAKSIRAN PAJSK       En. Mohd Sahril B Mohamad (KP RBT & TMK)

       PEMBUDAYAAN       Pn Nornadhirah Bt A.Ghani (KP Pendidikan Kesihatan)

      Surat pelantikan jawatankuasa akan diedarkan secara rasmi.

2.2 PENJAMINAN KUALITI PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (P.B.S) & PROGRAM PEMBUDAYAAN P.B.S

PengesananPengesanan PBS adalah proses memastikan kekuatan dan keberkesanan instrumen pentaksiran dalam pelaksanaan PBS.

Objektif Pengesanan PBS adalah;

a. Mengenalpasti kekuatan dan keberkesanan instrumen pentaksiran yang digunakan.

b. Meningkatkan kesahan, kebolehpercayaan dan kebolehtadbiran instrumen pentaksiran.

c. Mencadangkan penambahbaikan menyeluruh instrumen pentaksiran dalam pelaksanaan PBS.

Jadual & Senarai Pegawai Pengesanan akan diberikan bersama surat pelantikan.

PementoranPementoran PBS adalah proses membantu, memudahcara dan membimbing guru untuk melaksanakan PBS mengikut prinsip dan prosedur yang ditetapkan. Objektif pementoran adalah;Memberi bimbingan, khidmat bantu dan nasihat mengenai pelaksanaan dan pengurusan PBS dan SPPBS.

Page 4: Minit Mesyuarat PBS Pertama 2014

JAWATANKUASA P.B.S 2014SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT ROK

28200 BANDAR BERA

a. Meningkatkan kemahiran pelaksanaan dan pentaksiran dalam kalangan guru yang dibimbing.

b. Meningkatkan kompetensi dan keyakinan guru yang dibimbing / dimenti

c. Membantu guru menyelesaikan masalah pelaksanan PBS

d. Membina rangkaian kerja dan hubungan profesional antara mentor dan guru yang dibimbing/menti

Jadual & Senarai Pegawai Pementoran akan diberikan bersama surat pelantikan.

PenyelarasanPenyelarasan PBS adalah proses penyeragaman skor merujuk kepada Stanbdard Prestasi yang disediakan atau berdasarkan rubrik (deskriptor) sesuatu tugasan.

Objektif penyelarasan adalah seperti berikut;

a. Menyeragamkan skor pentaksiran yang diberikan oleh guru berdasarkan pernyataan standard, deskriptor dan evidens dalam dokumen standard prestasi.

b. Menyeragamkan skor Pentaksiran Pusat yang diberikan oleh guru berdasarkan rubrik sesuatu tugasan yang ditetapkan.

c. Memastikan kesahan dan kebolhpercayaan skor dalam pelaksanaan PBS oleh guru di sekolah.

d. Memastikan skor yang diberi menepati keupayaan dan prestasi murid

e. Memastikan skor yang diberi menepati keupayaan dan prestasi murid.

f. Memastikan skor yang diberi adalah adil bagi semua murid

Jadual & Senarai Pegawai Penyelarasan akan diberikan bersama surat pelantikan.

PemantauanPemantauan PBS ialah proses memastikan pelaksanaan PBS mengikut prosdur dan garis panduan yang ditetatapkan.

Diantara objektif pemantauan PBS ialah;

a. Memastikan arahan pelaksanaan PBS dipatuhb. Mengenal pasti masalah pelaksanaan PBS oleh guru di 

sekolah.c. Membantu menyelesaikan masalah pelaksanaan PBS 

oleh guru

Page 5: Minit Mesyuarat PBS Pertama 2014

JAWATANKUASA P.B.S 2014SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT ROK

28200 BANDAR BERA

d. Mengelakkan berlakunya penyelewengan dan ketidakakuran.

e. Menyediakan laporan pelaksanaan PBS untuk tujuan penambahbaikan.

Jadual & Senarai Pegawai Penyelarasan Skor akan diberikan bersama surat pelantikan.

Pembudayaan & Sudut PBS   -   Sudut PBS akan diperbaharui dan dikemaskini dalam bulan 

Januari. Mohon guru yang ada masa lapang membantu menceriakan papan maklumat PBS.

   -    Mohon pentadbir atau guru yang berada dalam PIBG mewarwarkan tentang wujudkan PBS di dalam Pentaksiran KSSR.

   -   Setiausaha dengan kerjasama Pn Nornadhirah akan mewujdkan Pamplet tentang PBS dan akan diedarkan semasa Mesyuarat PIBG kali pertama.

   -    Program Vocabulary in English, persembahan semasa perhimpunan, pertandingan adalah salah satu program pembudayaan PBS di sekolah.

   -    Pembudayaan PBS boleh ditingkatkan dnegan membuat program sekolah dan menjemput ibu bapa memberi markah seperti pertandingan melukis dan sebagainya. Juga merupakan salah satu program Sarana Ibu  Bapa.

Guru incharge  :   Pn. Nornadhirah Bt A. Ghani

2.3 Pengurusan Kes-Kes Khas

Setiausaha akan meminta maklumat murid-murid seperti;         - Tidak hadir dalam jangka masa laman         - Orang Kelainan Upaya (OKU)         - Sakit         - Lambat Pendaftaran         - Pulang daripada luar Negara         - Atlet yang memerlukan latihan luar ang lama         - Bertukar sekolah

                 Daripada guru kelas.  Bagi  murid bertukar,  setiap guru matapelajaran   perlu   menyertakan   borang   tansit   dan memasukkan   skor  dalam SPPBS  online  dan  meneyrahkan kepada   Setiausah   untuk   dihantar   ke   sekolah   baru   (Fail Perkembangan)

Page 6: Minit Mesyuarat PBS Pertama 2014

JAWATANKUASA P.B.S 2014SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT ROK

28200 BANDAR BERA

2.4 Maklumat Mata Pelajaran Baru Tahun 4 Yang Memerlukan Pentaksiran;Matapelajaran   Duni   Sains   &   Teknologi   bertukar  menjadi Sains,   manakala   matapelajaran   Dunia   Muzik   menjadi Pendidikan Muzik dan Dunia Seni Visual menjadi Pendidikan Seni   Visual   selain   tambahan  matapelajaran   baru   seperti Reka Bentuk Teknologi   (RBT)  yang diajar  bersama dengan Teknologi   Maklumat   &   Komunikasi   (TMK),   dan Sejarah.Matapelajaran   lain   yang   telah   dipelajari   semasa Tahun 1 hingga 3 masih sama.

        

2.5 Petaksiran Baru Murid Tahun 4 dari Bidang Psikometrik dan PAJSK 2014.i. Pentaskiran Psikometrik (Ppsi)Jawatankuasa PBS menetapkan bahawa diadakan dua kali setahun iatu penggal pertama dan penggal kedua di mana soalan akan diberikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia dan   ditadbir   secara   Pentaksiran   Sekolah.   Pentaksiran Psikometrik dinilai daripada segi Aptitud dan Personaliti.

               - Penilaia akan dijalankan di mana , pihak berkenaan akan mengumpulkan  murid,   edar   kertas   soalan   dan   jawapan, menerangkan tujuan ujian dijalankan dan murid menjawab seterusnya skornya akan dinilaikan.

         GPK Kawal Selia  : Pn Wan Zaidawati Bt Wan Daud (PK HEM)         Guru incharge  :   En Mohd Kamal B Abu Hanifah (KP PMO)

ii. Pentaksiran Pusat dan Pentaksiran Sekolah (Pp & Ps)Jawatankuasa PBS dimaklumi bahawa Setiausaha belum lagi ditaklimatkan   perkara   ini   namun   apa   yang   difahami daripada pengetahuannya bahawa Pentaksiran Pusat adalah berbentuk kajian lapangan, folio, amali dan sebagainya dan dijalankan di sekolah. Soalan atau tugasan akan dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).

         GPK Kawal Selia  : En Zolkipli B Hassan (PK1)         Guru incharge  :   En Md. Basri B Md Radzi (KP BI)

iii. Pentaksiran Amali Jasmani Sukan & Ko-Kurikulum (PAJSK)Jawatankuasa   PBS   dimaklumi   bahawa   GPK   Ko-Ko   sudah ditaklimatkan tentang perkara ini dan dari pengetahuannya bahawa   Pentaksiran   PAJSK   di   nilai   daripada   segi   Amali 

Page 7: Minit Mesyuarat PBS Pertama 2014

JAWATANKUASA P.B.S 2014SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT ROK

28200 BANDAR BERA

Jasmani (SEGAK & BMI), Sukan dan Aktiviti Ko-Kurikulum & Ekstra Ko-Kurikulum.

         GPK Kawal Selia  :   En Nik Mohamad Nazri B Nik Man (PKKO)         Guru incharge  :   En Mohd Sahril B Mohamad (KP RBT &                                            TMK)

2.6 Pengurusan Fail & Prekodan (Borang Transit)

Semua guru  yang   terlibat  dengan Darjah  1,  2  &  3  masih menggunakan fail perkembangan dan fail showcase. Sila isi evidens   dan   boring   transit.   Jangan   bertangguh   kerja memasukkan   ke   dalam   online.   Deskriptor   tertinggi   bagis etiap band ditinggalkan dalam fail perkembangan.

               Murid   tahun  4  boleh   guna   fail   perkembangan  untuk menunjukkan perkembangan pembelajaran dariapda tahun 1 hingga tahun 6 dan evidens boleh dilihat pada buku @ hasil   kerja  murid   ataupun   pada  murid   itu   sendiri.   Guru dikehendaki merekodkan pentaksiran di dalam borang yang telah dibekalkan semasa berkursus.  Kesemua maklumat ini akan   dikumpulkan   dan   dimasukkan   dalam   satu   fail perkembangan   untuk  memudahkan   penilaian   apabila   ibu bapa hadir.

3. Hal-hal lain.

3.1 Semua guru dimaklumkan bahawa SPPBS akan beroperasi di bawah SPS dan akan mula beroperasi  mulai  1 April  2014. Bagi guru yang masih tidak memasukkan skor murid tahun 2013 boleh berbuat demikian di awal bulan April 2014.

3.2 Cikgu   Zolkipli  mencadangkan   agar   setiap   guru   peka   dan segera menyiapkan kerja terbengkalai

Semua guru 

4. Penutup.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 petang  Semua guru

Page 8: Minit Mesyuarat PBS Pertama 2014

JAWATANKUASA P.B.S 2014SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT ROK

28200 BANDAR BERA

Disediakan oleh:                                                        Disemak oleh;             Disahkan oleh;

.............................................                                                    ( MOHD HAFIZ BIN SULAIMAN)         Setiausaha Jawatankuasa P.B.S