Minit Mesyuarat Pemuafakatan

13
MINIT MESYUARAT MAJLIS PEMUAFAKATAN SIRI KEDUA SK SAUJANA UTAMA SESI 2012/2013 Tarikh : 16 JUN 2012 (Sabtu) Tempat : Bilik Mesyuarat SKSU Masa : 8.30 Pagi Kehadiran : 1. En. Mohd. Ikhsan bin Ahmad (Penasihat) 2. En. Roslan bin Ismail (YDP) 3. En. Nordin b. Kassim (PK Kokurikulum) 4. En. Mohd. Hilmi b. Badron (Setiausaha) 5. En. Mohd. Fadzri bin Hassan (AJK PIBG) 6. En. Nor Azmi bin Sakdun (AJK PIBG) 7. Pn. Siti Bulkiss bt. Mohd. Daud (AJK PIBG) 8. Pn. Mahfuzah bt. Che Run (AJK PIBG) 9. En. Mohd Hafiz b. Musa (AJK PIBG) 10. Pn. Mawar’Azza bt. Mohammad (AJK PIBG) Turut Hadir : 1. En. Samrin b. Mohd Salem (YDP PIBG SMKSU) 2. En. Hasbe b. Omar (PK 1 SMKSU) 3. Pn. Noorain bt. Abdul Latiff (Setiausaha PIBG SMKSU) 4. En. Mohd Tahar b. Abdullah (AJK PIBG SMKSU) 5. Pn. Rosemaliza bt. Daros (AJK PIBG SMKSU) 6. Pn. Wan Zuraidah bt W.Ismail (AJK PIBG SMKSU) 7. En. Bakar b. Idris (AJK PIBG SMKSU) 8. Pn. Hidayah bt. Siman (AJK PIBG SMKSU) 9. En. Mohd Khalil b. Hj Nasroni (Pengerusi KRT Saujana Utama) 10. En. Abd. Ghani b. Yahaya (PDRM Saujana Utama) 11.En. Ali b. Hj Salih (Pengerusi Al-Hijrah SBCR) 12.En. Lokman b. Hj Ujang (MDKS) 13.En. Nor Samsul b. Hj Sapuan (MDKS)

description

pemuafakatan pibg

Transcript of Minit Mesyuarat Pemuafakatan

MINIT MESYUARAT MAJLIS PEMUAFAKATAN SIRI KEDUA

SK SAUJANA UTAMA SESI 2012/2013Tarikh

:16 JUN 2012 (Sabtu)

Tempat

:Bilik Mesyuarat SKSU

Masa

:8.30 PagiKehadiran:1. En. Mohd. Ikhsan bin Ahmad (Penasihat)

2. En. Roslan bin Ismail (YDP)

3. En. Nordin b. Kassim (PK Kokurikulum)

4. En. Mohd. Hilmi b. Badron (Setiausaha)

5. En. Mohd. Fadzri bin Hassan (AJK PIBG)

6. En. Nor Azmi bin Sakdun (AJK PIBG)

7. Pn. Siti Bulkiss bt. Mohd. Daud (AJK PIBG)

8. Pn. Mahfuzah bt. Che Run (AJK PIBG)

9. En. Mohd Hafiz b. Musa (AJK PIBG)

10. Pn. MawarAzza bt. Mohammad (AJK PIBG)

Turut Hadir:1. En. Samrin b. Mohd Salem (YDP PIBG SMKSU)

2. En. Hasbe b. Omar (PK 1 SMKSU)

3. Pn. Noorain bt. Abdul Latiff (Setiausaha PIBG SMKSU)

4. En. Mohd Tahar b. Abdullah (AJK PIBG SMKSU)

5. Pn. Rosemaliza bt. Daros (AJK PIBG SMKSU)

6. Pn. Wan Zuraidah bt W.Ismail (AJK PIBG SMKSU)

7. En. Bakar b. Idris (AJK PIBG SMKSU)

8. Pn. Hidayah bt. Siman(AJK PIBG SMKSU)

9. En. Mohd Khalil b. Hj Nasroni (Pengerusi KRT Saujana Utama)

10. En. Abd. Ghani b. Yahaya(PDRM Saujana Utama)

11.En. Ali b. Hj Salih

(Pengerusi Al-Hijrah SBCR)

12.En. Lokman b. Hj Ujang(MDKS)

13.En. Nor Samsul b. Hj Sapuan (MDKS)

14.En. Azman b. Abd. Kadir(MDKS)

15.En. Zakri Iskandar

(SUTRA)

16.Hj. Harun b. abd. Rahman(Nazir Masjid An-Nur)

17.En. Mohd Fakaruddin(Ahli Majlis/Surau Hidayah)

18.En. Wan Ismail Hashim(SUTRA 1)

19.En. Khairul Anuar Jalaludin(Pengerusi SBCR)AGENDA MESYUARAT :1. Ucapan Pengerusi

2.1. En. Roslan selaku penasihat PIBG SKSU mengucapkan terima kasih kepada semua

hadirin yang telah meluangkan masa untuk hadir ke majlis pemuafakatan pada pagi itu.

2.2. En. Roslan memaklumkan bahawa majlis pemuafakatan kali ini adalah siri yang kedua, di

mana siri pertama telah dilangsungkan di SMKSU pada tahun 2010.2. Ucapan Penasihat PIBG SKSU2.1. Guru Besar SKSU selaku penasihat PIBG SKSU mengucapkan terima kasih kepada semua

yang telah meluangkan masa untuk hadir ke majlis ini.2.2. Tuan Guru Besar memaklumkan bahawa hubungan yang erat dan lontaran idea yang baik di antara pihak sekolah dan PIBG serta kumuniti setempat akan meningkatkan prestasi murid sekaligus dapat mengurangkan masalah disiplin murid.2.3. Seterusnya, Guru Besar memaklumkan bilangan murid di SK Saujana Utama pada tahun ini telah menjangkau sebanyak 3300 orang murid sekaligus tidak dapat menampung kehadiran murid baru pada masa akan datang.2.4. Atas desakan pihak persatuan penduduk di sekitar Saujana Utama ini, Guru Besar memberitahu bahawa permohonan untuk membina sekolah baru, berkemungkinan besar akan dipertimbangkan oleh pihak yang sewajarnya.

2.5. Seterusnya, Tuan Guru Besar melahirkan rasa kebimbangannya tentang keselamatan murid terutama pada hari Rabu iaitu hari kokurikulum sekolah yang mana pihak ibubapa perlu memantau pergerakan anak mereka pada hari tersebut.

3. Ucapan wakil Penasihat PIBG SMKSU (En. Hasbe b. Omar PK 1)3.1. En. Hasbe menyampaikan salam Tuan Pengetua SMKSU kerana tidak dapat hadir ke majlis ini atas urusan yang tidak dapat dielakkan.3.2. Seterusnya En. Hasbe memaklumkan bahawa disiplin pelajar di SMKSU masih lagi terkawal tetapi yang membimbangkan pihak sekolah ialah masalah pergaduhan yang berlaku di luar sekolah diselesaikan di dalam sekolah.

3.3. Sehubungan dengan itu, En. Hasbe menyatakan kerisauan beliau berkenaan kesesakan lalu lintas dan masih lagi terdapat segelintir ibubapa yang tidak menghiraukan waktu anjal bagi jalan sehala, ini dapat mengundang perkara yang tidak diingini berlaku.4. Perbincangan isu disiplin

4.1. Isu buli.4.1.1. En. Roslan memaklumkan bahawa ada beberapa kes pelajar SMKSU membuli murid SKSU sehingga mengakibatkan murid tersebut ketakutan untuk hadir ke sekolah.4.1.2. En. Hasbe mengakui sememangnya terdapat kes seperti itu dan tindakan sewajarnya telah pun diambil, seterusnya beliau menerangkan antara tindakan yang akan diambil sekiranya berlaku masalah disiplin di SMKSU ialah siasatan, surat amaran, panggilan ibubapa, rotan, gantung sekolah dan tindakan terakhir ialah dibuang sekolah. Di samping itu, beliau menegaskan jika perkara ini berlaku ibubapa perlu membuat laporan terus kepada pihak sekolah bagi memudahkan tindakan seterusnya.

4.1.3. En. Nordin selaku PK Kokurikulum mencadangkan supaya dibina pagar pemisah di antara SKSU dan SMKSU bagi menangani kes buli yang melibatkan pelajar SMKSU dan murid SKSU.

4.1.4. En. Samrin YDP PIBG SMKSU bersetuju dengan cadangan tersebut dan menjelaskan bahawa dengan adanya pagar pemisah itu memudahkan pantauan pihak sekolah terhadap pelajar sekaligus dapat mengatasi masalah buli ini secara drastik.

4.1.5. En. Roslan berpendapat bahawa dengan terbinanya pagar tersebut akan menambah kesempitan padang dan kesesakan murid. 4.1.6. Mesyuarat telah bersetuju untuk menangguhkan pembinaan pagar itu demi keselesaan pelajar.

4.1.7. Tuan Guru Besar memberi pendapat bahawa masalah-masalah sosial ini boleh dikawal jika masyarakat berganding bahu untuk mencegahnya sebagai contoh pihak sekolah harus sentiasa memperingatkan murid, pihak masjid menganjurkan motivasi, pihak persatuan penduduk melakukan kempen-kempen sosial dan sebagainya.4.1.8. En. Abd. Ghani selaku wakil PDRM mengajukankan soalan adakah terdapat poster-poster jenayah di sekolah, dan memohon pihak sekolah SMK agar mengenal pasti pelajar-pelajar yang sering terlibat dengan masalah disipilin, seterusnya mengadakan program motivasi yang akan disampaikan oleh pihak PDRM (BAKA).

4.2. Masalah ponteng sekolah.

4.2.1. En. Roslan memaklumkan masalah ponteng ini berlaku dikalangan pelajar SMKSU dan SKSU, beliau menegaskan bahawa pelajar-pelajar ini ponteng sekolah dan berada di cyber cafe. Seterusnya beliau mengemukakan soalan apakah tindakan yang perlu diambil sekiranya terserempak dengan pelajar-pelajar yang ponteng sekolah. 4.2.2. En. Abd. Ghani memberitahu bahawa jika terserempak dengan pelajar berkenaan, boleh terus membuat laporan kepada pihak Polis, dan pelajar tersebut akan dihantar kepada pihak sekolah untuk tindakan selanjutnya.

4.2.3. En. Roslan merancang ingin mengadakan satu Program Pencegahan Bersepadu untuk menangkap pelajar yang berada di cyber caf pada waktu persekolahan.

4.2.4. En. Lokman selaku wakil MDKS memaklumkan bahawa pihaknya pernah membuat serbuan dan tangkapan di cyber cafe namun begitu, tiada sebarang tindakan susulan oleh pihak sekolah.

4.2.5. En. Hasbe memberitahu tindakan pihak sekolah berkenaan masalah ponteng ini ialah surat amaran pertama akan dikeluarkan apabila pelajar tidak hadir ke sekolah selama 3 hari berturut-turut tanpa sebarang alasan yang munasabah.4.2.6. En. Samrin mencadangkan supaya memberi amaran kepada cyber caf yang membenarkan murid bawah umur masuk ke cyber caf tanpa pantauan daripada pihak ibu bapa.

4.2.7. En. Khalil mengajukan soalan , adakah data ponteng dan buli yang berlaku di SKSU dan SMKSU pada tahap kritikal.

4.2.8. En. Roslan memberitahu kes disiplin pelajar dan murid di sekolah ini masih lagi terkawal dan belum sampai ke tahap kritikal, namun begitu pemantauan dari semua pihak amat diperlukan supaya masalah berkenaan tidak berlarutan.4.3. Masalah Penjaja.

4.3.1. Pak Ali mengajukan soalan apakah tindakan pihak sekolah jika murid-murid keluar membeli makanan di luar sekolah.

4.3.2. En. Roslan menerangkan bahawa pihak sekolah sering kali mengingatkan murid tentang bahayanya membeli makanan di luar, namun begitu pihak ibu bapa juga perlu tegas terhadap anak-anak supaya melarang anak mereka daripada membeli makanan di luar kawasan sekolah.4.3.3.En. Khalil pula bertanyakan soalan apakah tindakan pihak MDKS kepada golongan penjaja ini.

4.3.4. Pihak MDKS memaklumkan bahawa serbuan telah dibuat kepada golongan ini namun begitu mereka tidak serik dan tidak menghiraukan amaran yang diberi oleh pihak MDKS.

4.4. Masalah rokok.

4.4.1. En. Roslan selaku pengerusi majlis bertanyakan soalan adakah sebarang tindakan khas yang dikenakan kepada peniaga yang menjual rokok kepada pelajar yang di bawah umur.

4.4.2. En. Lokman menjelaskan bahawa tiada sebarang tindakan khas yang dikenakan kepada peniaga tersebut, namun begitu, boleh diperketat syarat penjualan rokok ini tetapi perlu dipanjangkan kepada pihak Jabatan Kesihatan.4.4.3 En. Ghani selaku wakil PDRM pula memaklumkan bahawa tiada satu akta pun yang membenarkan pihak PDRM untuk menangkap golongan perokok yang di bawah umur ini. Beliau juga menegaskan bahawa walaupun pihak sekolah berjaya menangkap golongan ini, namun begitu pihak sekolah hanya dapat mengawalnya di sekolah sahaja , akan tetapi ada segelintir ibubapa tidak peduli dan membenarkan anaknya merokok.4.4.4. Pak Ali berpendapat bahawa segala masalah sosial yang berlaku berpunca dari rumah di mana ibubapa sibuk bekerja sehingga tidak mempunyai masa yang berkualiti untuk anak-anak.

4.5. Pelajar yang tidak mempunyai lesen memandu

4.5.1. En. Ghani meminta pihak SMKSU menasihati pelajar-pelajar yang menunggang motosikal tanpa lesen memandu supaya tidak pergi ke sekolah dengan menunggang motosikal bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

4.5.2. Tuan Hj. Bakar meminta jasa baik pihak Polis untuk memaklumkan kepada pihak sekolah atas kejadian kemalangan yang berlaku untuk memudahkan tindakan pihak sekolah.

4.5.3. En. Ghani memberitahu kebanyakkan kemalangan yang berlaku melibatkan pelajar SMK tidak akan dilaporkan kepada pihak kami kerana mangsa kemalangan itu sendiri telah melanggar undang-undang dengan tiada lesen memandu.

4.5.4. En. Roslan mengajukan soalan kepada pihak Polis apakah tindakan yang akan diambil kepada pelajar yang memandu tanpa lesen sekiranya tertangkap oleh pihak Polis.

4.5.5. Pihak Polis menjelaskan bahawa sekiranya perkara itu berlaku penunggang dan motosikal akan dibawa ke balai seterusnya saman akan dikeluarkan kepada pihak ibubapa. Beliau juga menegaskan bahawa walaupun tiada lesen memandu pelajar tersebut hendaklah memakai topi keledar untuk keselamatan mereka.4.5.6. En. Samrin selaku YDP PIBG SMKSU merancang ingin mengadakan kempen memakai topi keledar khas untuk mereka yang pergi ke sekolah dengan menunggang motosikal.

5. Isu Kepadatan Sekolah.5.1. Tuan Guru Besar memaklumkan bahawa SK Saujana Utama ini telah sampai ke waktu kemuncaknya. Ini kerana, bilangan murid sudah mencecah 3300 orang murid, setiap aliran mempunyai purata 15 kelas dan dimuatkan sebanyak purata 40 orang murid di dalam setiap kelas. Beliau juga memaklumkan pada minggu ini sahaja seramai 20 orang murid berpindah masuk ke sekolah ini.5.2. En. Hasbe selaku PK 1 SMKSU juga memaklumkan bahawa bilangan pelajar di SMKSU semakin meningkat,beliau memberitahu bahawa banyak bilik-bilik khas yang kini sudah dijadikan bilik kelas bagi menampung bilangan pelajar yang semakin meningkat. Beliau juga meluahkan rasa kebimbangannya kerana khuatir pada tahun hadapan SMKSU tidak dapat menampung kemasukan pelajar baru dan keadannya akan sesak sama seperti SKSU.

5.3. En. Roslan memaklumkan bahawa tiada tanah di Saujana Utama ini untuk membina sekolah baru, tanah yang sedia ada masih lagi milik pihak Glomac dan masih belum diserahkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia untuk dibina sekolah.5.4. En. Roslan menerangkan rasional untuk membina sekolah baru:

5.4.1. Bilangan murid yang belajar di SK. Saujana Utama berjumlah 3300 orang pada tahun 2012 manakala SM. Saujana Utama pula seramai 2800 orang pelajar. Bilangan murid dan pelajar yang ramai ini menyebabkan berlakunya kesesakan dan kepadatan di dalam bilik darjah dan sekolah.

5.4.2. Kekurangan bilik darjah dan kemudahan-kemudahan lain seperti padang, dewan, dan bilik-bilik khas.

5.4.3. Bilangan murid dan pelajar semakin meningkat setiap tahun disebabkan

bertambahnya kawasan perumahan baru yang dibina oleh pemaju. Secara tidak langsung ianya juga telah meningkatkan kadar populasi di kawasan ini.

5.4.4. Keadaan sekolah yang padat dan suasana bilik darjah yang sesak dan tidak

kondusif menyebabkan ketidak selesaan kepada pelajar dan guru untuk

melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.

5.4.5. Berdasarkan beberapa kajian dan pengamatan , sekolah-sekolah yang

mempunyai bilangan murid yang terlalu ramai menyumbang kepada berlakunya masalah disiplin dan gejala sosial yang serius di kalangan pelajar. Ini kerana pihak sekolah sukar mengawal disiplin pelajar. Situasi ini pastinya amat membimbangkan semua pihak terutama ibu bapa dan guru-guru.

5.4.6. Bilangan murid yang selesa bagi sesebuah sekolah ialah tidak melebihi 1500 orang. Keadaan ini membolehkan pihak sekolah merancang strategi dan pendekatan terbaik bagi meningkatkan prestasi pelajar dan memberi tumpuan kepada pembangunan sekolah.

5.5. Mesyuarat sebulat suara bersetuju untuk memohon membina sekolah baru di kawasan Saujana Utama ini bagi kesempurnaan dan kemaslahatan para pelajar.6. Penyelenggaraan pagar sekolah.

6.1. Pihak SMKSU sudah memohon kepada pihak yang berwajib bagi menyelenggara keadaan pagar yang sudah terhakis itu, namun begitu masih belum ada tindakan susulan yang diterima setakat ini.

6.2. En. Fakaruddin selaku Ahli Majlis menegaskan bahawa perlunya desakan yang berterusan kepada pihak-pihak yang tertentu supaya tindakan segera dapat diambil sebelum keadaan buruk yang tidak diingini berlaku. Seterusnya beliau mencadangkan supaya pihak SMKSU mengambil tindakan sendiri untuk membaik pulih pagar yang sudah terhakis itu.

6.3. En. Nordin mencadangkan supaya dilebarkan lagi jalan di hadapan SKSU bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas dan dibina banyak bonggol di hadapan sekolah supaya tiada kenderaan yang akan bergerak laju seperti waktu ini.

6.4. En. Fakaruddin memaklumkan akan mengusulkan perkara ini ke mesyuarat Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor akan datang.

6.5. En Roslan pula bercadang untuk menukar waktu anjal pada sesi persekolahan di Saujana Utama iaitu seperti berikut :

6.00am 8.00am

12.00pm 2.00pm

5.30pm 7.30 pm

6.6. Majoriti ahli majlis pemuafakatan pada hari itu bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan oleh En. Roslan.

7. Hal-hal Lain7.1. En. Fakaruddin selaku wakil Ahli Majlis mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur dan berharap agar majlis seperti ini dapat diteruskan dari masa ke semasa.

7.2. En. Lokman Selaku wakil Penguatkuasa mengucapkan ribuan terima kasih di atas jemputan pihak penganjur, beliau memberitahu bahawa hanya sekolah ini sahaja yang menganjurkan majlis seperti ini dan menjemput pihak kami.7.3. Pak Ali berpendapat bahawa semua pihak perlu memainkan peranan dan memantau keadaan di sekeliling, terutama ibubapa perlu lebih peka dan mengambil berat tentang kelakuan anak mereka.7.4. En. Ghani selaku wakil pihak PDRM merasakan bahawa segala gejala sosial yang berlaku ini berpunca dari rumah, pihak sekolah hanya dapat membantu semaksimum yang mungkin pada waktu persekolahan sahaja.

7.5. En. Khalil selaku Pengerusi KRT Saujana Utama berharap agar majlis ini dapat diteruskan dari masa ke semasa kerana banyak masalah yang dapat diselesaikan.

8. Ucapan Penangguhan

8.1. Tuan Guru Besar berbangga dengan penduduk di kawasan Saujana Utama ini kerana memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada pihak sekolah untuk membangunkan sahsiah murid-murid di sekolah ini.

8.2. Seterusnya Guru Besar mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran tuan/puan ke majlis ini dan berharap agar apa yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya.

8.3. En. Samrin selaku YDP PIBG SMKSU mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang hadir kerana dapat meluangkan masa untuk datang ke majlis ini.

8.4. Seterusnya beliau menegaskan bahawa pihak PIBG akan sentiasa berganding bahu untuk mewujudkan serta melahirkan anak-anak yang cemerlang di dunia dan di akhirat.

8.5 En. Roslan selaku YDP PIBG SKSU berharap agar program seperti ini dapat diteruskan untuk membentuk anak-anak kita supaya menjadi insan yang cemerlang.

8.6. En. Roslan menangguhkan Majlis Pemuafakatan siri 2 2012 dengan ucapan ribuan terima kasih.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.05.

Disediakan oleh :

Disemak oleh:

Disahkan oleh:

...

(MOHD. HILMI B. BADRON)

(ROSLAN B ISMAIL)

( MOHD IKHSAN B AHMAD)

Setiausaha PIBG,

Yang Dipertua PIBG,

Guru Besar,

SK. Saujana Utama,

SK. Saujana Utama,

SK Saujana Utama,

Sungai Buloh,

Sungai Buloh,

Sungai Buloh, Selangor.

Selangor.

Selangor.