MINIT MESYUARAT PENINGKATAN 1

download MINIT MESYUARAT PENINGKATAN 1

of 3

Transcript of MINIT MESYUARAT PENINGKATAN 1

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR BARU SINTOK 06010 SINTOK KEDAH ______________________________________________________________________________ MINIT MESYUARAT PENINGKATAN UPSR KALI PERTAMA 2012

Tarikh Hari Masa Tempat

: 19 JANUARI 2012 : KHAMIS : 1.30 PETANG : BILIK MESYUARAT SKBBS

Kehadiran : Tn. Haji Ahmad Hulmi b. Hj. Ismail En. Abdul Aziz Othman Pn. Nur Hidayah Osman Pn. Jamaliah Ahmad Pn. Rashdah Ahmad Pn. Norashikin Bakar Pn. Zarina Shaari

En. Hamidi Abu Pn. Sakinah Ariffin En. Syahril Azahar Abdullah Omar Pn. Jamaliah Man Pn. Hasmaliza Halim Pn. Hanim Abd Khafidz Pn. Alawiyah Md Jasin

AGENDA I. ALUAN GURU BESAR 1. Mengucapkan kesyukuran terhadap ilahi dan berterima kasih kepada guru-guru yang telah memberikan komitmen yang tinggi serta berjaya menyusun tidakan untuk kesinambungan kerja pasa tahun 2011 yang lalu. MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU 2. Tiada.

II.

III. PERKARA BERBANGKIT 3. Tiada IV. ANALISIS UPSR 2011 4. Pencapaian UPSR 2011 meningkat 2% berbanding 2010 namun masih rendah berbanding 2009. i. 2011 merupakan tahun GPS terbaik. ii. Sumbangan terbaik dari mata pelajaran Bahasa Melayu. iii. 18 murid mendapat 5A dan 26 murid mendapat 4A1B. iv. Sisipan berlaku pada mata pelajaran Bahasa Inggeris. Guru perlu memantau murid sisipan pada tahun ini dan mengambil inisiatif untuk melakukan tindakan yang bersesuaian.

V.

UNJURAN UPSR 2012 5. Guru Besar membentangkan unjuran UPSR 2012 iaitu dengan 38 murid 5A, target gred purata sebanyak 1.76. ETR ialah dengan 22 murid 5A dan 21 murid 4A1B. Bilangan murid gagal semua matapelajaran ialah 8 orang iaitu 5.39%. 6. Murid terkini ialah 150.

VI. HEADCOUNT UPSR 2012 7. Headcount perlu disediakan oleh setiap guru mata pelajaran berdasarkan markah TOV. 8. Guru perlu memantau markah headcount murid seiring dengan markah ujian murid. VII. PERANCANGAN AKTIVITI/PROGRAM TAHUN 2012 9. Cadangan untuk program dan aktiviti peningkatan tahun 6 2012 i. Mengutip yuran tahun 6 sebanyak RM120 mengikut anggaran yang diberikan oleh bendahari namun memerlukan persetujuan waris semasa Hari Perjumpaan Waris Tahun 6. ii. Cadangan mengadakan bengkel dalaman untuk memberi fokus kepada murid yang selalu melakukan kesilapan mudah. Membahagikan murid kepada kumpulan yang lebih kecil supaya guru dapat memberi lebih penumpuan. iii. Latihtubi soalan kepada murid dan mengadakan ujian pengesanan pada bulan Januari, Mac, Mei, Julai dan Ogos tidak termasuk PKSR. Markah ujian ini akan diasingkan daripada peperiksaan peringkat sekolah. iv. Peer Group Learning penting kepada murid untuk belajar di dalam kumpulan dan perlu bermula seawal Februari. v. Mengadakan perjumpaan waris sebanyak 2 kali sebelum tibanya UPSR. vi. Menyimpan dan memantau fail akujanji murid yang akan diserahkan semasa perjumpaan waris. vii. Membahagikan murid mengikut kumpulan berdasarkan markah. viii. Cadangan mengadakan kenduri aliran bermula dengan tahun 6 selepas mesyuarat mingguan. VIII. HAL-HAL LAIN 10. Puan Jamaliah Man mencadangkan agar diberikan hadiah kepada murid yang menunjukkan peningkatan di dalam ujian. 11. Puan Sakinah menyatakan bahawa pemakaian bintang harus diwujudkan semula. 12. Puan Alawiyah mencadangkan guru-guru supaya mengikut kaedah dan pendekatan seorang guru dari Sanglang yang mengumpul dan menyimpan latihan serta membuat latihan berulang kali sehingga murid dapat melalukannya dengan betul 100%. 13. En. Syahril membuat pengumuman kepada guru-guru supa mengambil boring headcount di komputer sekolah. 14. Guru Besar menyatakan yang pendekatan Zoom A harus diberikan ruang untuk digunakan kembali.

IX. PENUTUP 15. Guru Besar mengucapkan berbanyak terima kasih kerana guru-guru sudi dating ke mesyuarat ini.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.00 petang.

Disediakan oleh : . (PN.NUR HIDAYAH OSMAN) Setiausaha Peningkatan UPSR, SKBBS