Minit mesyuarat pertandingan sajak
-
Upload
gadis-blossom -
Category
Education
-
view
55 -
download
5
Transcript of Minit mesyuarat pertandingan sajak
SEKOLAH KEBANGSAAN TENGKERA SATU,Jalan Tengkera, 75200 Melaka
No. Tel : 06-2824736E-mel : sktengkerasatu @ yahoo.com
Rujukan Kami: SKT1(M):900-5/31
MINIT MESYUARAT PENGURUS PASUKANPERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK
KAWASAN BUKIT CHINA (2015)
Tarikh : 17 Februari 2015Hari : SelasaMasa : 2.30 petang
Kehadiran : 1) En Ramlan b Udin – GPK Pentadbiran SK Tengkera 12) Pn Jamedah bt Yunus – GPK Hal Ehwal Murid SK Tengkera 13) En Razali b Hassan – GPK Kokurikulum SK Tengkera 14) Pn Nurul Fairah bt Mohamad – SK Tengkera 15) Pn Fauziah bt Hassan – SK Tengkera 1 6) En Sufrie b Abu Bakar – Pengerusi Teknik Kawasan 7) Pn Faridah bt Ab Hadi – SK Batu Berendam 8) Pn Hamiza bt Muhammad – SK Convent Infant Jesus 29) Pn Noor Aini bt Muhammad – SK Bachang 10) Pn Sarumizan bt Mohamad – SJKC Wen Hua 11) Pn Suraiya bt Thambi Mohamed – SK Kubu 12) Pn Zuryati bt Kamarul Arifin – SK Batu Berendam 2 13) En Md. Yunus b Sabtu – SK Peringgit 14) Pn Hasnah bt Mohd Nor – SK Methodist ACS
AGENDA MESYUARAT
1. Ucapan Pengerusi Pengelola 1.1 Pengerusi Pengelola (PP) mengucapkan terima kasih pada semua yang hadir dalam mesyuarat pengurus
pasukan. 1.2 PP melahirkan rasa bertuah kerana dipilih untuk menjadi pengelola bagi pengelola bagi Pertandingan
Deklamasi Sajak Kawasan Bukit China 2015. 1.3 Memperkenalkan Pengerusi Teknik Kawasan Bukit China En Sufrie b Abu Bakar.
2 Ucapan Pengerusi Teknik 2.1 Pertandingan akan diadakan pada 23 Mac 2015. 2.2 Menjelaskan mengenai perkara dalam kertas konsep Pertandingan Deklamasi Sajak. 2.3 Menjelaskan mengenai peraturan pertandingan2.4 Menyatakan bahawa syair adalah digalakkan mengikut lagu syair yang ditetapkan atau selendang
delima.
2.5 Pendaftaran pertandingan adalah pada 9 pagi. Pertandingan akan bermula pada 10 pagi di Dewan Terbuka SK Tengkera 1.
2.6 Pihak pengelola akan menyediakan satu bilik khas bagi proses pengasingan pelajar. 2.7 Sekolah yang tidak hadir semasa mesyuarat pengurus pasukan adalah dibenarkan untuk menyertai
pertandingan. 2.8 Giliran ditentukan mengikut cabutan undi.2.9 Bayaran penyertaan adalah RM10.00 secara tunai. Wang tersebut akan digunakan untuk membeli medal
pada semua murid yang menyertai. 2.10 Borang penyertaan hendaklah difakskan semula kepada sekolah pengelola pada atau sebelum 6 Mac
2015.
3. Hal-hal lainTiada
4. Ucapan penangguhan Mesyuarat ditangguhkan pada 4.00 petang.
Disediakan oleh; Pn Nuramira Anilla bt Che Asri Setiausaha Pertandingan Deklamasi Sajak