Minit Mesyuarat Public Speaking 2012

download Minit Mesyuarat Public Speaking 2012

of 3

Transcript of Minit Mesyuarat Public Speaking 2012

MINIT MESYUARAT PENYELARASAN PERTANDINGAN PUBLIC SPEAKING LEVEL 2 KELOMPOK 4, DAERAH HILIR PERAK 2012Tarikh Hari Tempat Masa Kehadiran : 29 Feb 2012 : Rabu : SJK( C ) Chong Min : 2.30 ptg. : Pengerusi Encik Eng Kok Leong (PK Kokurikulum SJK( C ) Chong Min) Setiausaha Puan She Cheng Wan (SJK( C ) Chong Min ) Puan Hong Booi See ( SK Sultan Abdul Aziz ) Puan Kong Woan Lee ( SK Seri Setia ) Puan Faridah Khairuddin ( SK DALARAMA) Puan Mazlindawati ( SK Sg. Rusa ) Puan Khairul Hafiza Mat Hashim ( SK Raja Muda Musa ) Encik Michael De Souza ( SJK( T) Ladang Batak Rabit ) Encik Ramunaidu ( SK Teluk Birah )

AGENDA 1 UCAPAN PENGERUSI 1.1 En. Eng Kok Leong, PK Kokurikulum bagi pihak Guru Besar SJK( C) Chong Min yang merupakan Pengerusi Pertandingan Public Speaking Peringkat Kelompok 4 mengalualukan kehadiran semua guru dan mengucapkan terima kasih atas kesudian melapangkan masa untuk menghadiri mesyuarat. Beliau berharap semua guru Kelompok 4 dapat bekerjasama dan memberi sokongan untuk menjayakan pertandingan ini. 2 TARIKH DAN MASA PERTANDINGAN 2.1 Pertandingan Peringkat Daerah akan diadakan pada 4 April 2012, pukul 3.00 petang dan bertempat di SK Raja Muda Musa. 2.2 Majlis sebulat suara bersetuju agar Pertandingan Peringkat Kelompok 4 diadakan pada 27 Mac 2012, pukul 3.00 petang dan bertempat di Pusat Sumber SJK( C) Chong Min. 2.3 Satu set borang penyertaantelah diedarkan kepada setiap guru yang menghadiri mesyuarat. Borang penyertaan hendaklah dihantar kepada penganjur pertandingan pada atau sebelum tarikh tutup iaitu pada 20 Mac 2012. 3 SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN Tuan Pengerusi mengumumkan bahawa syarat dan peraturan pertandingan pada tahun ini adalah sama seperti tahun lalu. Satu set syarat dan peraturan telah diberi kepada setiap guru yang menghadiri mesyuarat.

4

FORMAT PERTANDINGAN DAN UNDIAN 4.1 Format pertandingan adalah dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu Prepared Speech dan Impromptu Speech. Butiran lanjut terdapat di dalam salinan syarat dan peraturan yang telah diedarkan kepada guru-guru yang hadir. 4.2 Memandangkan bahawa SJK( C) Chong Min tidak akan bertanding, penganjur pertandingan telah memutuskan bahawa pemilihan topic untuk bahagian Impromptu akan disediakan oleh SJK( C) Chong Min. Beberapa topic akan disediakan dan undian akan dijalankan pada hari pertandingan tersebut. PEGAWAI DAN HAKIM PERTANDINGAN Pihak penganjur mencadangkan agar barisan hakim dipilih di kalangan guru-guru dari sekolah yang tidak bertanding. Cadangan ini diterima dengan sebulat suara. HADIAN /SIJIL 6.1 Pihak penganjur akan menyediakan sijil kepada semua peserta dan pegawai Pertandingan. 6.2 Sekiranya peserta yang bertanding melebihi 3 orang, maka piala untuk tempat 1, 2 dan 3 akan diberikan. KEWANGAN Majlis mencadangkan agar setiap sekolah yang mengambil bahagian menyumbang sebanyak RM20 untuk menampung perbelanjaan. Sumbangan boleh dibayar dengan tunai atau cek di atas nama PIBG SJK(C) Chong Min. Cadangan diterima sebulat suara.

5

6

7

8 HAL-HAL LAIN 8.1 Teks untuk Prepared Speech hendaklah difaks atau diemailkan kepada pengerusi pertandingan pada atau sebelum 9 Mac 2012 8.2 Sekolah yang ingin bertanding mestilah membuat pengesahan pada atau sebelum 9 Mac 2012 supaya pihak penganjur mempunyai masa yang cukup untuk melantik hakim. 8.3 Demi menggalakkan lebih penyertaan, sekolah dibenarkan menghantar maksimum 2 n orang peserta untuk bertanding. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.20 ptg. Disediakan oleh : Disahkan oleh :

_____________________ ( PUAN SHE CHENG WAN ) Setiausaha

___________________ ( EN LOH CHOON PENG ) Guru Besar SJK(C) Chong Min