Minit Mesyuarat Teknologi Maklumat Dan Komunikasi 1 2015
-
Upload
megatmazaron -
Category
Documents
-
view
29 -
download
15
description
Transcript of Minit Mesyuarat Teknologi Maklumat Dan Komunikasi 1 2015
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI PINANG
11010 BALIK PULAU
MINIT MESYUARAT PANITIA TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI 1/2015
Tarikh : 21 Januari 2015 (Rabu)
Masa : 1.35 petang
Tempat : Bilik Guru Sekolah Kebangsaan Sungai Pinang
Kehadiran : En. Osman Bin Ramly (Penolong Kanan Pentadbiran)
En. Nor Azam Bin Md Isa (Ketua Panitia)
En. Mohd Sharisal Bin Mohd Isa (Setiausaha)
Puan Samihah Binti Omar
Tidak Hadir:
Pn. Zakiah Binti Md Rashid (cuti bersalin)
1. KATA-KATA ALUAN KETUA PANITIA EKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
1.1 Ketua Panitia mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir dalam mesyuarat kali pertama ini.
1.2 Beliau juga berharap kerjasama daripada semua guru dapat diteruskan bagi menjayakan setiap aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan oleh panitia tahun ini.
2. UCAPAN PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
2.1 Encik Osman Bin Ramly menyampaikan kesyukuran kerana mesyuarat kali pertama ini dapat diatur dan dijalankan dengan baik.
2.2 Beliau berharap panitia ini dapat menjalankan aktiviti-aktiviti seperti mana yang telah dirancang.
3. PERKARA BERBANGKIT
4. PERBINCANGAN TUGASAN
4.1 Semua guru matapelajaran perlu ada sukatan pelajaran dan rancangan tahunan. Rekod pengajaran harian perlu ditulis seperti biasa.
Tindakan: Semua guru TMK
4.2 Pengajaran matepelajaran RBT akan diadakan enam bulan pertama dan matapelajaran TMK akan diadakan selepas itu. Perubahan ini bertujuan supaya guru dan murid mempunyai fokus dalam pengajaran.
Tindakan: Semua guru TMK
4.3 Perancangan Strategik, Taktikal dan Operasi perlu disediakan dan dipersetujui untuk meneruskan perancangan tahun sebelumnya 2011-2014.
Tindakan: Semua guru TMK
4.4 Kursus-kursus berkaitan dengan Panitia Teknologi Maklumat dan Komunikasi akan dibincangkan dengan Ketua Panitia.
Tindakan: Semua guru TMK
4.5 Penggunaan makmal komputer adalah mengikut jadual. Namun begitu, guru boleh menggunakan bengkel semasa waktu lain (matapelajaran lain).
Tindakan: Semua guru
4.6 Peperiksaan PKSR akan dijalankan 2 kali sepanjang tahun. Pembahagian markah adalah mengikut 70% ujian dan 30% amali.
Tindakan: Semua guru
5. HAL-HAL LAIN
5.1 Semua guru yang masuk dalam makmal komputer diminta untuk mengisi buku rekod penggunaan kerana penting bagi pemantauan penggunaan makmal.
Tindakan: Semua guru
5.2 Wang PCG bagi panitia TMK tahun 2015 adalah RM1159.55. Pembelian tunai dibawah RM100 berserta resit untuk membuat tuntutan.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.10 petang.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,
.......................................................... ...................................................
(MOHD SHARISAL BIN MOHD ISA) (NOR AZAM BIN MD ISA)
Setiausaha Panitia TMK Ketua Panitia TMK
Sek. Keb. Sungai Pinang Sek. Keb. Sungai Pinang