miskonsepsi

download miskonsepsi

of 7

description

konsep

Transcript of miskonsepsi

Miskonsepsi Ukuran Isipadu Cecair.

Miskonsepsi Ukuran Isipadu Cecair.Miskonsepsi 1 : Salah membuat penukaran unit. Kebanyakan murid tidak dapat membuat penukaran unit dengan betul dalam tajuk isipadu cecair. Ini disebabkan tidak menghafal rumus. Dalam tajuk-tajuk sukatan terdapat banyak rumus yang perlu murid-murid hafalkan, seperti dalam tajuk ukuran mempunyai rumus mm, cm, m, km. Oleh itu, guru perlu memberi konsep dahulu supaya murid dapat menguasai tajuk-tajuk tersebut.Cara Mengatasi : Mempelbagaikan kaedah cara penukaran unit. Penekanan penerangan secara konsep dahulu iaitu 1l = 1000ml. Pendekatan yang berbentuk menghiburkan boleh digunakan agar murid dapat mengingati konsep-konsep dalam tajuk-tajuk ukuran.

RESOS: slaid power pointGuru menggunakan resos power point untuk memberi konsep yang lebih jelas kepada murid. Dengan adanya slaid power point, murid dapat gambaran yang lebih jelas dan mudah diingati.

Langkah-langkah penyelesaian:

LANGKAH 1:guru menyediakan sebuah selinder yang mengandungi 1liter air dan 10 cawan yang berisipadu 100ml.

LANGKAH 2:guru meminta seorang murid menuangkan air ke dalam setiap cawan.

LANGKAH 3: guru menanyakan murid berapakah cawan yang berisi air.

LANGKAH 4:guru meminta murid menambahkan jumlah isipadu air yang dalam cawan.

LANGKAH 5: guru membuat kesimpulan bahawa 1 liter sama dengan 1000ml.

Miskonsepsi 2: Kurang pemerhatian terhadap unit-unit yang terlibat dan tidak memahami bahasa atau maksud dalam soalan penyelesaian masalah.Masalah tidak memahami bahasa atau maksud dalam soalan penyelesaian masalah sering berlaku pada murid yang lebih lemah. Jika murid tidak memahami bahasa dalam soalan, maka mereka tidak dapat menjawab soalan dengan betul. Cara Mengatasi : Mengarahkan murid menggariskan isi-isi penting dalam soalan itu adalah yang paling mustahak. Menjelaskan 4 langkah utama dalam Model Polya, iaitu memahami masalah, merancang, penyelesaian, melaksanakan penyelesaian dan menyemak kembali. Memberi gambaran yang sebenar seperti memperlibatkan dalam bentuk garis nombor atau gambar.

Resos: video klip ( Youtube)http://www.youtube.com/watch?v=_O6st_XEY0I

Guru muat turun sebuah video klip dari Youtube untuk membetulkan kesalahan yang sering dilakukan oleh murid. Dengan menayangkan video klip tersebut, murid dapat mengikut langkah-langkah dalam model Polya semasa menyelasaian masalah Matematik.

Langkah-langkah penyelesaian:

LANGKAH 1:1. Memahami masalah membaca soalan dengan teliti. lalu menggariskan isi-isi penting.contoh soalan:

berdasar rajah di bawah, berapa liter air yang perlu dikurangkan supaya isipadu berbaki 405ml.

LANGKAH 2:1. Merangka strategimemilih strategi yang sesuai.-" dikurangkan" - operasi menolak- "dalam liter" - pertukaran unit

LANGKAH 3:1. Melaksanakan strategi 900ml-405ml= 495ml 1L= 1000ml, maka 495ml 1000ml= 0.495L

LANGKAH 4:1. Menyemak jawapan.

Miskonsepsi 3: Kesukaran menyatakan dan menulis nilai pada rajah alat Penyukat.Dalam pengajaran dan pembelajaran, guru mendapati murid manghadapi masalah menyatakan nilai pada silinder disebabkan terdapat senggatan yang berlainan. Murid tidak dapat menganggarkan bilangan senggatan yang diwakili.Cara Mengatasi : Murid-murid perlu dijelaskan bagaimana membaca senggatan nilai yang diwakili bagi nombor yang pertama hendaklah dibahagikan dengan bilangan senggatan yang diwakili.Cthnya.: 1l bersamaan 1000ml. Senggatan yang diwakili ialah 5, maka 1000 dibahagi dengan 5 bersamaan 200ml.

Resos : ITPDengan bantuan ITP, guru dapat memaparkan bagaimana membaca isipadu air mengikut senggatan yang berlainan. Ini dapat memberi gambaran yang lebih jelas serta menarik perhatian murid.

Langkah-langkah penyelesaian:LANGKAH 1:Menggunakan ITP - measuring cylinder untuk mengajar murid membaca nilai pada silinder.

LANGKAH 2:guru menentukan senggatan yang diwakili adalah 5, maka meminta murid membaca nilai pada silinder.

LANGKAH 3: guru menjelaskan bagaimanakah membaca senggatan nilai yang diwakili bagi nombor yang pertama hendaklah dibahagika dengan bilangan senggatan yang diwakili.

LANGKAH 4:guru menukarkan senggatan pada silinder, dan meminta murid membaca nilai sekali lagi.

Miskonsepsi 4: Penggunaan istilah terutamanya kurang daripada atau lebih daripada selalu mengelirukan murid-murid.Dalam soalan Matematik, murid-murid sering menghadapi masalah tidak memahami istilah-istilah yang terdapat dalam ayat soalan. Istilah-istilah akan mengelirukan murid semasa menjawab soalan. Salah faham dengan maksud istilah akan menyebabkan murid-murid salah menjawab soalan. Cara mengatasi : Menekankan perkataan kurang daripada dan lebih daripada. Bagi kurang daripada pastikan murid menolak nilai yang diberi daripada sesuatu nilai, manakala bagi lebih daripada pastikan murid menambah nilai yang diberi daripada sesuatu nilai. Penegasan dan penjelasan mengenai istilah-istilah ini dapat membantu murid menyelesaikan soalan-soalan matematik dengan lebih mudah.

Resos: video klip ( Youtube)http://www.youtube.com/watch?v=GRrc4N-9bW0

Guru telah memilih sebuah lagu yang tentang penggunaan istilah dalam penyelesaian masalah Matematik. Dalam lagu tersebut telah menyanyikan istilah-istilah yang sesuai digunakan dalam operasi asas yang tertentu. Dengan lagu ini, murid dapat memahami penggunaan istilah dan tidak melakukan kesalahan dalam menyelesaikan masalah soalan Matematik.

Langkah-langkah penyelesaian:LANGKAH 1:Guru memaparkan contoh soalan dan meminta murid menerangkan istilah yang terdapat dalam ayat soalan.

Dalam silinder A terdapat air 150 ml, maka silinder B lebih 165ml daripada silinder A. Berapakah isipadu air yang terdapat dalam silinder B?

LANGKAH2:Guru memaparkan contoh soalan kedua dan meminta murid membandingkan perbezaan maksud soalan tersebut dengan soalan 1.

Dalam silinder A terdapat air 150 ml, maka silinder B kurang 165ml daripada silinder A. Berapakah isipadu air yang terdapat dalam silinder B?

LANGKAH3:Guru menayangkan video klip untuk membantu murid-murid memahami penggunaan istilah-istilahh yang lain.

Miskonsepsi: Kesilapan murid dalam pengiraan operasi tolak iaitu tidak Meminjam daripada rumah puluh dan operasi tambah iaitu Salah konsep pengumpulan semula. Murid-murid terus buat Pengiraan tanpa mengambil kira nilai digit. Cara mengatasi : Guru memberi tunjuk ajar dengan menggunakan abacus untuk menerangkan cara pengumpul semula dengan lebih jelas. Jadual nilai tempat diguna bagi memberi gambaran yang jelas kepada murid tentang besarnya nilai puluh berbanding nilai sa. Menggalakkan murid supaya menggunakan petak-petak kecil untuk membuat pengiraan algoritma yang standard untuk mengurangkan kesilapan pengiraan.