ML5 - Lisan (Penerangan Berdasarkan Gambar)faibee.weebly.com/uploads/1/8/2/3/18238469/... · CONTOH...

15

Transcript of ML5 - Lisan (Penerangan Berdasarkan Gambar)faibee.weebly.com/uploads/1/8/2/3/18238469/... · CONTOH...

1 | Persiapan Ujian Lisan PSLE 2010

Disiapkan oleh Zaidy Nandir

PENERANGAN

Calon dikehendaki menerangkan beberapa perkara yang dilihatnya dalam gambar (yang telah ditatapnya terlebih dahulu) dan memberikan respons peribadinya terhadap beberapa perkara yang terdapat dalam gambar tersebut.

TATACARA

2 | Persiapan Ujian Lisan PSLE 2010

Disiapkan oleh Zaidy Nandir

TENTANG LIPS Gunakan kaedah ini untuk menceritakan setiap kejadian yang terdapat di dalam gambar.

BERPINDAH

Gunakan penanda wacana yang pelbagai untuk berpindah ke bahagian-bahagian yang lain. Sebagai contoh: Tidak jauh dari situ … Di sebelah mereka … Beberapa langkah dari situ … Tidak jauh daripada mereka …

Ulangi penggunaan LIPS. Laporkan Laporkan apa yang dilihat.

Interpretasi Ceritakan mengapa agaknya kejadian dalam gambar itu berlaku. (Mungkin …)

Pendapat Berikan penpat kamu tentang kejadian tersebut.

Sekiranya

Nyatakan apa yang akan kamu lakukan sekiranya kamu berada di situ. Kamu juga boleh membayangkan diri kamu

sebagai watak dalam gambar.

KESIMPULAN

Simpulkan penceritaan kamu. “Demikianlah suasana di … … … … ini.”

3 | Persiapan Ujian Lisan PSLE 2010

Disiapkan oleh Zaidy Nandir

CONTOH

CERITAKAN GAMBARAN KESELURUHAN Gambar ini menunjukkan suasana di sebuah pusat beli-belah. Ada ramai orang di sini. Terdapat juga beberapa kejadian yang menarik.

Di sebelah kiri gambar ini … … …

4 | Persiapan Ujian Lisan PSLE 2010

Disiapkan oleh Zaidy Nandir

… CONTOH

Laporkan Di sebelah kiri gambar ini terdapat seorang wanita di dalam sebuah kedai emas.

Interpretasi Mungkin dia hendak membeli barang kemas.

Pendapat Pada pendapat saya, dia harus berhati-hati jika memakai barang kemas. Jenayah boleh berlaku di mana-mana sahaja.

Sekiranya

Sekiranya wanita ini ibu saya, saya akan memastikan dia

memakainya hanya ketika perlu.

LIPS

5 | Persiapan Ujian Lisan PSLE 2010

Disiapkan oleh Zaidy Nandir

… CONTOH

Laporkan Tidak jauh dari situ, ada seorang lelaki di kedai menjual raket badminton.

Interpretasi Mungkin dia minat akan sukan.

Pendapat Pada pendapat saya, sukan boleh menjaga kesihatan.

Sekiranya

Sekiranya saya lelaki ini, saya akan bermain badminton pada setiap hujung minggu.

LIPS

6 | Persiapan Ujian Lisan PSLE 2010

Disiapkan oleh Zaidy Nandir

… CONTOH

Laporkan Beberapa langkah dari situ, kelihatan dua orang di eskalator. Seorang sedang menuruninya. Seorang lagi sedang menaikinya.

Interpretasi Lelaki ini mungkin baru pulang dari kerja. Budak lelaki ini pula kelihatan sedang bermain-main.

Pendapat Pada hemat saya, perbuatan budak lelaki ini membahayakan dirinya. Kemalangan boleh berlaku.

Sekiranya

Kalaulah saya lelaki dewasa ini, saya akan berkata kepadanya, “Adik, jangan bermain-main di situ! Nanti kamu

jatuh!”

LIPS

7 | Persiapan Ujian Lisan PSLE 2010

Disiapkan oleh Zaidy Nandir

… CONTOH

Laporkan Bersebelahan dengan eskalator itu, kelihatan seorang wanita dan seorang budak perempuan sedang duduk berehat.

Interpretasi Mungkin mereka sedang berehat setelah penat berbelanja.

Pendapat Pada pandangan saya, mereka perlu berhati-hati. Beg mereka perlu diawasi, takut-takut akan dibawa lari.

Sekiranya

Seandainya saya di situ, saya akan menasihatkan mereka supaya berjaga-jaga.

LIPS

8 | Persiapan Ujian Lisan PSLE 2010

Disiapkan oleh Zaidy Nandir

… CONTOH

Laporkan Tidak jauh daripada mereka, ada seorang wanita dan seorang budak kecil. Budak itu sedang menudingkan jarinya ke arah sesuatu.

Interpretasi Saya yakin, budak itu ternampak sesuatu yang menarik perhatiannya.

Pendapat Pada pendapat saya, wanita itu perlu mengawasi budak perempuan itu. Saya selalu terdengar cerita tentang budak-budak yang sesat di pusat beli-belah.

Sekiranya

Kalaulah saya budak perempuan itu, saya akan memegang tangan wanita itu dengan kuat.

LIPS

9 | Persiapan Ujian Lisan PSLE 2010

Disiapkan oleh Zaidy Nandir

… CONTOH

Laporkan Beberapa langkah dari situ, ada dua orang wanita yang sedang membawa beberapa buah beg.

Interpretasi Saya apsti, mereka baru selesai berbelanja.

Pendapat Pada pandangan saya, mereka perlu sentiasa berjaga-jaga. Kalaulah mereka kehilangan beg-beg itu, mereka pasti akan berasa sedih.

Sekiranya

Seandainya saya menjadi mereka, saya akan sentiasa

mengamalkan sikap berjaga-jaga.

LIPS

10 | Persiapan Ujian Lisan PSLE 2010

Disiapkan oleh Zaidy Nandir

… CONTOH

KESIMPULAN Demikianlah suasana di pusat beli-belah ini.

11 | Persiapan Ujian Lisan PSLE 2010

Disiapkan oleh Zaidy Nandir

RUBRIK PENERANGAN BERDASARKAN GAMBAR

Jalur Pencapaian

1 2 3

Isi

● padat

● sesuai

● mencukupi

● pada umumnya, sesuai

● tidak mencukupi

● tidak sesuai

Respons

● mampu menerangkan gambar dengan amat jelas, lancar dan yakin

● mampu mengembangkan idea dengan baik

● mampu membuat interpretasi yang baik

● mampu menerangkan gambar dengan jelas dan lancar dengan menggunakan pernyataan mudah

● mampu mengembangkan idea apabila dirangsang

● mampu membuat interpretasi apabila dirangsang

● tidak mampu menerangkan gambar dengan jelas dan lancar, hampir tidak ada respons meskipun setelah beberapa kali dirangsang

● tidak mampu mengembangkan idea meskipun setelah beberapa kali dirangsang

● tidak mampu membuat interpretasi meskipun setelah beberapa kali dirangsang

12 | Persiapan Ujian Lisan PSLE 2010

Disiapkan oleh Zaidy Nandir

Unit Bahasa Melayu

Jabatan Bahasa Ibunda

Sekolah Rendah Griffiths

Gambar 1

NOTA PENTING Baku.

Laporkan kejadian.

LIPS

Berikan kesimpulan

13 | Persiapan Ujian Lisan PSLE 2010

Disiapkan oleh Zaidy Nandir

Unit Bahasa Melayu

Jabatan Bahasa Ibunda

Sekolah Rendah Griffiths

Gambar 2

NOTA PENTING Baku.

Laporkan kejadian.

LIPS

Berikan kesimpulan

14 | Persiapan Ujian Lisan PSLE 2010

Disiapkan oleh Zaidy Nandir

Sehari selembar benang,

lama-lama menjadi kain.