MMI.pptx

18
PENDAHULUAN Masa instruksional bermaksud suatu proses pengajaran dan pembelajaran oleh guru kepada murid berbentuk arahan, tunjukcara, penerangan lisan dan bukan lisan atau bentuk lain bertuj membolehkan murid belajar secara lebih berkesan manakala melindungi masa instruksional di sekolah untuk meningkatka keberhasilan pembelajaran murid bermaksud pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan tanpa halangan bagi mencapai objektif yang disasarkan untuk meningkatkan keberhasilan pembelajaran

Transcript of MMI.pptx

PENDAHULUAN

PENDAHULUANMasa instruksional bermaksud suatu proses pengajaran dan pembelajaran oleh guru kepada murid berbentuk arahan, tunjukcara, penerangan lisan dan bukan lisan atau bentuk lain bertujuan membolehkan murid belajar secara lebih berkesan manakala melindungi masa instruksional di sekolah untuk meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid bermaksud pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan tanpa halangan bagi mencapai objektif yang disasarkan untuk meningkatkan keberhasilan pembelajaran PENDAHULUANAmla Salleh, Zuria Mahmud dan Salleh Amat (2006) menyatakan bahawa rasional penubuhan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah ialah kerana tugas hakiki guru mata pelajaran ialah mengajar dan tumpuan utama mereka menyampaikan pengetahuan atau membina perkembangan minda pelajar sahaja.LATAR BELAKANGGuru bimbingan dan kaunseling memainkan peranan dalam membantu meningkatkan keberhasilan pembelajaran pelajar dengan meningkatkan masa instruktional di antara guru kaunseling dengan pelajar dan membantu pihak sekolah melindungi masa instruktional guru lain dengan perancangan awal dari unit kaunselingLATAR BELAKANGDari aspek faktor murid pula, murid tidak bersedia dari aspek mental dan fizikal untuk menghadapi pembelajaran instruktional pada hari tersebut. Mohamed Fadzil Che Din (2000) menjelaskan dimensi kaunseling merupakan satu proses yang mempunyai peringkat tertentu, teknik dan teori tertentu, ada kaunselor dan klien serta alat kaunseling, mempunyai jangka masa dan ketertiban, setiap peringkat ada perubahan dan dilakukan secara sistematikOBJEKTIFMemastikan masa dimanfaatkan dengan aktiviti pembelajaran yang berfaedah serta mampu menyumbang ke arah memperkembangkan minda dan menggilap potensi murid.

Membantu murid mendapat sesuatu input atau faedah semasa ketiadaan guru mata pelajaran.

OBJEKTIFMasalah disiplin murid semasa pengajaran dan pembelajaran dalam kelas diminimakan agar dapat membantu perlaksanaan masa instruksional yang lebih berkesan bagi memperbaiki imej diri yang negatif.

Memberi atau memberi jalan agar pelajar dapat mengurus dirinya sendiri sama ada dari segi mental, emosi, kerohanian dan tingkah lakunya dan meningkatkan keberhasilan pembelajarannya.

AMALAN TERBAIKRelief kelas berdasarkan modul kaunseling yang terancang.

MASS Lecture

Bekerjasama dengan AJK Pengurusan Jadual Waktu Relief untuk mengatur kelas relief bagi guru kaunseling menjalankan aktiviti untuk sesuatu program tertentu.

AMALAN TERBAIKKajian tindakan yang dijalankan oleh guru kaunseling mengenai keberkesanan buku rekod kawalan kelas dan tindakan susulan oleh guru kaunseling dari laporan dalam buku rekod kawalan kelas

Memenuhi masa instruksional Kelab Kerjaya dan Pembimbing Rakan Sebaya

AMALAN TERBAIKMemenuhi masa instruksional semasa acara rasmi sekolah dengan murid memberikan tumpuan kepada acara yang berlangsung. Banyak nilai murni yang berkaitan dapat diterapkan.

Bagi sekolah yang murid tidak cemerlang, pihak sekolah bermasalah dengan kehadiran murid jika bengkel pemantapan disiplin dan sahsiah dibuat di sebelah petang.

AMALAN TERBAIKMewujudkan media sosial.

Bekerjasama dengan ibu bapa bagi urusan menghantar dan mengiring pasukan sekolah sesuai dengan bidang khidmat bantu kepada sekolah melalui Sarana Ibu Bapa dan Komuniti

DAPATAN AMALANUnit kaunseling dapat melindungi masa instruktionalnya berpandukan rancangan tahunan unit bimbingan dan kaunseling dengan menjalankan silibus dan modul mengenai bidang akademik, kerjaya, psikososial, keibubapaan, pembangunan diri dan pendidikan pencegahan dadah untuk para pelajar.

DAPATAN AMALANMengelakkan kelas tiada guru dan menggabungkan kelas kelas di dewan agar dapat mengadakan aktiviti berbentuk ceramah dan taklimat mengenai halatuju pelajar, kemahiran belajar dan sebagainya untuk sekurang-kurangnya 3 masa pengajaran.

Hasil dari kajian tindakan guru kaunseling untuk meningkatkan disiplin pelajar, maka buku rekod kawalan kelas digunakan dengan lebih berkesanDAPATAN AMALANSekiranya masalah disiplin pelajar dapat diatasi, maka pembelajaran instruktional akan meningkat kerana kurang masa digunakan oleh guru mengurus disiplin pelajar tersebut.

Melalui media sosial, guru kaunseling akan mendapatkan maklumat awal mengenai pelajar dan sekaligus membantu pelajar melindungi masa instruktional pelajar tersebut dalam akademik.

DAPATAN AMALAN Kelab Kerjaya merupakan antara kelab yang diiktiraf sebagai teraktif di sekolah selama 3 tahun berturut dengan pencapaian yang baik di peringkat Zon Pudu

Ibu bapa memberikan kerjasama seperti yang terkandung dalam Sarana Ibu Bapa apabila diminta oleh guru kaunseling untuk tujuan menghantar dan mengambil pelajar yang terlibat dengan program di luar. Oleh itu ia menjimatkan bilangan guru yang terlibat untuk urusan menghantar dan mengambil pelajar dan seterusnya membantu melindungi masa instruktional guru tersebut dalam pembelajaran di sekolah.

CADANGANBekerjasama dengan Jawatankuasa Relief Sekolah untuk memberikan guru kaunseling kelas relief bagi memenuhi masa instruktional guru kaunseling dalam perlaksanaan modul.

Melalui penggunaan VLE-Frog, guru kaunseling mempunyai site sendiri untuk Unit Kaunseling dan site untuk setiap guru kaunselingCADANGANJawatankuasa sokongan ibu bapa boleh dibentuk untuk membantu pihak sekolah dalam aspek khidmat bantu kepada pihak sekolah.

Terlibat dengan Operasi Lewat dan dapat mengenalpasti dengan segera pelajar yang sering terlibat dengan masalah lewat ke sekolah sehingga menggangu masa instruktional pelajar itu dan guru mata pelajaran sendiri.

KESIMPULANAmalan guru kaunseling dalam melindungi masa instruktional lebih dilihat sebagai suatu proses pengajaran dan pembelajaran oleh guru kepada murid berbentuk arahan, tunjukcara, penerangan lisan dan bukan lisan melalui ceramah, taklimat dan sesi kaunseling membolehkan murid belajar secara lebih berkesan untuk meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid dalam aspek yang lebih menyeluruh bukan sahaja dalam perkembangan akademik tetapi juga peribadi, kemasyarakatan, sosial dan vokasional.