MODEL SISTEM AUDIT KEWANGAN SEKOLAH KHALID …pustaka2.upsi.edu.my/eprints/497/1/MODEL SISTEM AUDIT...
Transcript of MODEL SISTEM AUDIT KEWANGAN SEKOLAH KHALID …pustaka2.upsi.edu.my/eprints/497/1/MODEL SISTEM AUDIT...
MODEL SISTEM AUDIT KEWANGAN SEKOLAH
KHALID BIN ISMAIL KAMISAN BIN GADAR NORIZAN BIN SAAD
MOHAMAD ALI ROSHIDI BIN AHMAD
KOD PENYELIDIKAN: 06-10-0040-08
UNIYERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
2008
ii
PENGAKUAN
Saya mengaku Laporan Akhir Penyelidikan ini adalah hasil kajian karni: Khalid Ismail,
Kamisan Gadar, Norizari Saad, dan Mohamad Ali Roshidi Ahmad kecuali nukilan dan
ringkasan yang setiap satunya sayajelaskan sumbernya.
Ill
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T, selawat dan salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W segala kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi yang telah memberikan kekuatan dan petunjuknya dalam menyempurnakan penyelidikan ini, Semoga usaha yang murni ini akan dapat memberikan manfaat dan sumbangan yang berguna kepada sesiapa yang memerlukannya.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Pusat Pengurusan Penyelidikan, Universiti Pendidikan Sultan Idris kerana telah sudi membiayai perbelanjaan penyelidikan ini berjumlah RM14,433.00. Rakaman terima kasih juga ditujukan kepada warga Fakulti Perniagaan dan Ekonomi serta para juruaudit sekolah Zon Utara Malaysia yang terlibat secara langsung sebagai responden penyelidikan ini.
Akhirnya sekalung penghargaan penuh kasih sayang ditujukan khas kepada sahabat-sahabat yang telah menjayakan penyelidikan ini.
Sekian, terima kasih
KHALID BIN ISMAIL Jabatan Perakaunan & Kewangan Fakulti Perniagaan & Ekonomi Universiti Pendidikan Sultan Idris
iv
ABSTRAK
Kajian adalah bertujuan untuk menghasilkan satu model sistem audit kewangan sekolah. Kajian dijalankan melibatkan sampel seramai 100 responden terdiri daripada juruaudit sekolah di negeri utara Semenanjung Malaysia (Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis). Soal selidik mengandungi 49 item yang dikelaskan kepada 3 bahagian (Bahagian A berkenaan profil organisasi, mempunyai 4 item; Bahagian B: berkenaan profil responden, mempunyai 4 item; dan Bahagian C berkenaan standard pengauditan, mempunyai 41 item). Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan ANOVA, frekuensi, peratus, crosstab, korelasi dan regresi. Hasil kajian menunjukkan bahawa faktor-faktor elemen audit kewangan harus diamalkan dan dipatuhi oleh juruaudit sekolah dalam menjalankan tugas pengauditan. Model ini boleh digunakan oleh juruaudit sekolah kerajaan atau sekolah persendirian, jabatan kerajaan, kerajaan tempatan, badan berkanun, Jabatan Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri, Kementerian Pelajaran Malaysia, dan Jabatan Audit Negara sendiri.
XII
MODEL OF SCHOOL FINANCIAL AUDIT SYSTEM
ABSTRACT
This study is aimed to produce a model of school financial audit system,. The study is carried out with a sample size of 49 respondents from school's auditors in state of Northern Peninsular of Malaysia (Perak, Pulau Pinang, Kedah and Perlis), Questionnaires which consists of 49 items classified into J sections (Section A: about organization with consist of 4 items; Section B: about respondents with consist of 4 items; Section C: about financial audit standard with consists of 41 items). The data is analyzed by using ANOVA, frequencies, percentage, crosstab, correlation and regression technique methods. The study has proved that the school*s audit factors are the main cause to the audit system problems today. This model can be used by governmental schools as well as private education institutions, government agencies, local authority, State Education Department, Ministry of Education and General Audit Department
vi
SENARAIJADUAL
Jadual
1.1 Penerimaan Audit Berteguran Tahun 2007
1.2 Peranan Dan Tanggungjawab Pengetua/Guru Besar
1.3 Pejabat Bahagian Audit Sekolah Negeri dan Bilangan Juruaudit
1.4 Carta Guntt
2.1 Arahan Perbendaharaan 1979
2.2 Indeks Rating
3.1 Skala Likert
3.2 Pembahagian Soal-selidik
3.3 Pembahagian Standard Audit
3.4 Saiz Pensampelan untuk Saiz Populasi
3.5 Bilangan Juruaudit Sekolah Setiap Negeri
3.6 Indeks Rating Mengikut Skor
3.7 Indeks Rating Mengikut Skor Keseluruhan
3.8 Indeks Rating Mengikut Skor Am
3.9 Indeks Rating Mengikut Skor Kexja
3.10 Indeks Rating Mengikut Skor Laporan
3.11 Pembahagian, Jenis Analisis dan Alat Pengukuran
4.1 Reliabiliti Variabel Tak Bersandar
4.2 Ringkasan Item Statistik
4.3 Reliabiliti Variabel Bersandar
4.4 Min: Jumlah Skor, Skor Standard Am, Skor Standard Kexja dan Skor Standard Pelaporan
muka surat
5
16
19
20
27
43
50
51
52
54
56
61
62
62
62
63
63
65
66
66
67
4.5 Profil Organisasi Berdasarkan Pejabat, Bilangan Juruaudit Dan Bilangan Sekolah Diaudit
4.6 Profil Organisasi Berdasarkan Pejabat vs Jawatan
4.7 Profil Organisasi Berdasarkan Pejabat vs Lama Berkhidmat
4.8 Profil organisasi Berdasarkan Pejabat vs Kelayakan
4.9 Analisis Statistik Deskriptif
4.10 Frekuensi dan Peratus: Keperluan Kelayakan Akademik
4.11 Frekuensi dan Peratus: Keperluan Latihan dan Kursus
4.12 Frekuensi dan Peratus: Keperluan Kelayakan Akademik
4.13 Frekuensi dan Peratus: Keperluan Kelayakan Akademik
4.14 Frekuensi dan Peratus: Harus Mempunyai Kebebasan Organisasi
4.15 Frekuensi dan Peratus: Harus Mempunyai Kebebasan Individu
4.16 Frekuensi dan Peratus: Harus Menentukan Jenis, Kualiti Dan Kuantiti Bukti Audit
4.17 Frekuensi dan Peratus: Harus Mengumpul Dan Menilai Bukti Audit
4.18 Frekuensi dan Peratus: Harus Melaporkan Penemuan Audit
4.19 Frekuensi dan Peratus: Harus Memberi Arahan, Menyelia Dan Menyemak Keija
4.20 Frekuensi dan Peratus: Harus Menyemak Semula Program Tahunan
4.21 Frekuensi dan Peratus: Harus Merancang Keija, Langkah Dan Prosedur
4.22 Frekuensi dan Peratus: Harus Menyediakan Rancangan Audit Dwitahunan
4.23 Frekuensi dan Peratus: Harus Menyediakan Rancangan Audit Tahunan
4.24 Frekuensi dan Peratus: Harus Menyediakan Memorandum Rancangan Audit
4.25 Frekuensi dan Peratus: Harus Merangka Jadual Penyeliaan
4.26 Frekuensi dan Peratus: Harus Membimbing Dan Melatih Pegawai Bawahan
4.27 Frekuensi Dan Peratus: Harus Melakukan Semakan Semula
4.28 Frekuensi dan Peratus: harus memperakukan kawalan dalaman audit kewangan
4.29 Frekuensi dan Peratus: Harus Memperakukan Kawalan Dalaman Audit Prestasi
4.30 Frekuensi dan Peratus: Harus Mematuhi Perundangan Dan Peraturan
4.31 Frekuensi dan Peratus: Harus Membentuk Prosedur Pengesanan Penyelewengan Dan Tindakan Tidak Sah
4.32 Frekuensi dan Peratus: Harus Memastikan Bukti Audit Mencukupi
4.33 Frekuensi dan Peratus: Harus Menyimpan Bukti Audit
4.34 Frekuensi Dan Peratus: Harus Menyelenggara Pangkalan Data Bukti Audit
4.35 Frekuensi Dan Peratus: Harus Memeriksa Dan Menganalisis Bukti Audit
4.36 Frekuensi Dan Peratus: Harus Memastikan Penyata Kewangan Tepat, Lengkap Dan Konsisten
4.37 Frekuensi dan Peratus: Harus Memastikan Perbelanjaan Berdasarkan Skop Dan Tujuan
4.38 Frekuensi dan Peratus: Harus Memastikan Item Luar Biasa Dipersembah Dengan Sempurna
4.39 Frekuensi dan Peratus: Harus Memasti Peruntukan Akta Audit 1957
4.40 Frekuensi dan Peratus: Harus Menyediakan Audit Prestasi
4.41 Frekuensi dan Peratus: Harus Melaporkan Hasil Audit
4.42 Frekuensi dan Peratus: Harus Memasukkan Kenyataan Std Pengauditan
4.43 Frekuensi dan Peratus: Harus Memastikan Kandungan Pelaporan Jelas, Tepat, Konsisten, Material Dan Signifikan
4.44 Frekuensi dan Peratus: Harus Membentangkan Penemuan Secara ObjektifDan Konstruktif
4.45 Frekuensi dan Peratus: Harus Mengeluarkan Laporan Audit Seimbang
4.46 Frekuensi dan Peratus: Harus Membuat Edaran Laporan
4.47 Frekuensi dan Peratus: Harus Membuat Kenyataan Yang Benar Dan Saksama
4.48 Frekuensi dan Peratus: Harus Mengamalkan Pertimbangan Profesional Semasa Memilih Prinsip Perakaunan Yang Sesuai
4.49 Frekuensi dan Peratus: Harus Mengenal Pasti Peristiwa Yang Berlaku Selepas Tarikh Lembaran Imbangan
4.50 Frekuensi dan Peratus: Harus Melaporkan Peristiwa Yang Boleh Mempengaruhi Penyata Kewangan
4.51 Analisis Korelasi
4.52 Analisis Model Summary Model 1
4.53 Analisis ANOVA Model 1
4.54 Analisis Standardized Coefficients, t dan sig Model 1
4.55 Analisis Susunan Rank ke atas Skor Am Audit Model 1
4.56 Analisis Model Summary Model 2 98
4.57 Analisis ANOVA Model 2 98
4.58 Analisis Standardized Coefficients, t dan sig Model 2 99
4.59 Analisis Susunan Rank ke atas Skor Keija Audit Model 2 100
4.60 Analisis Model Summary Model 3 101
4.61 Analisis ANOVA Model 3 101
4.62 Analisis Standardized Coefficients, t dan sig Model 3 102
4.63 Analisis Susunan Rank ke atas Skor Pelaporan Audit Model 3 103
XII
SENARAI RAJAH
Rajah muka surat
1.1 Model Audit Kewangan Sekolah 12
2.1 Proses Pengauditan Sekolah 29
3.1 Carta Alir Kajian 47
xi
KANDUNGAN
Muka surat Pengakuan ii
Penghargaan iii
Abstrak iv
Abstract v
Senarai Jadual vi
Senarai Rajah x
Kandungan xi
BAB 1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Rangka Laporan 1
1.3 Latar Belakang Kajian 2
1.4 Pernyataan Masalah 8
1.5 Objektif 8
1.6 Ujian Hipotesis 9
1.7 Soalan Kajian 10
1.8 Kerangka Kajian 12
1.9 Definisi Operasional 13
1.9.1 Audit 13
1.9.2 Juruaudit Sekolah 14
1.9.3 Pengurusan Kewangan Sekolah 16 1.9.4 Fungsi Pengauditan Dalam Pengurusan 17
Kewangan Sekolah 1.10 Kepentingan Kajian 18
1.11 Skop Kajian 19
1.12 Jangka Masa Kajian 20
XII
BAB 2 SOROTAN LITERATUR 22
2.1 Pengenalan 22
2.2 Kawalan Dalaman 23
2.3 Pengurusan Kewangan Sekolah 24
2.4 Akta Acara Kewangan 1957 25
2.5 Peraturan Akaun Dan Audit 26
2.6 Arahan Perbendaharaan 26
2.7 Surat Pekeliling Kerajaan 28
2.8 Proses Pengauditan 28
2.9 Standard Audit 30
2.9.1 Standard Am 30
a) Kelayakan, Kemahiran Dan 30 Kecekapan
b) Kebebasan 31
i) Kebebasan Organisasi 31
ii) Kebebasan Peribadi 31
c) Ketelitian Profesional Yang 32 Sewajarnya
d) Jaminan Kualiti 32
2.9.2 Standard Kerja Pengauditan 33
a) Perancangan Audit 33
i) Rancangan Audit Dua 34 Tahun
ii) Rancangan Audit Tahunan 34
iii) Memorandum Rancangan 34 Audit
b) Penyeliaan 35
c) Kawalan Dalaman 36
d) Pematuhan Undang-Undang Dan 36 Peraturan
e) Bukti Audit 36
f) Analisis Penyata Kewangan 37
2.9.3 Standard Pelaporan 38
xiii
a) Keperluan Pelaporan 38
b) Kenyataan Berkenaan Standard 38 Pelaporan
c) Kandungan Laporan 39
d) Edaran Laporan 39
e) Pendapat Ke Atas Penyata 40 Kewangan
f) Peristiwa Selepas Tarikh Lembaran 40 Imbangan
2.10 Skor Audit Dan Pemberian Rating 42
2.10.1 Skor Audit 42
2.10.2 Pemberian Rating 43
2.11 Rumusan 44
BAB 3 METODOLOGI 45
3.1 Pengenalan 45
3.2 Reka Bentuk Kajian 46
3.3 Jenis Kajian 48
3.4 Unit Analisis / Responden 48
3.5 Jangka Masa Kajian 48
3.6 Instrumen Kajian 49
Bahagian A : Maklumat Organisasi 51
Bahagian B : Maklumat Peribadi 51
Bahagian C : Maklumat Standard Audit 51
3.7 Kaj ian Rintis 5 3
3.8 Pensampelan 54
3.9 Kaedah Kutipan Data 5 6
3.10 Kaedah Analisis Data 57
3.10.1 Statistik Deskriptif 57
3.10.2 Frekuensi / Peratus 58
3.10.3 Analisis Varians (Anova) 59
3.10.4 Jadual Silang (Crosstabs) 59
3.10.5 Korelasi 60
xiv
3.10.6 Regresi 60
3.11 Rujukan Normal 61
3.12 Rumusan 63
BAB 4 DAPATAN KAJIAN 64
4.1 Pengenalan 64
4.2 Analisis Data 65
4.2.1 Analisis Reliabiliti 65
4.2.2 Ciri-Ciri Organisasi Dan Responden 67
4.2.3 Analisis Statistik Deskriptif 70
4.2.4 Analisis Frekuensi 72
4.2.5 Analisis Korelasi 92
4.2.6 Analisis Regresi 95
a) Model 1 (Standard Am Audit) 95
b) Model 2 (Standard Keija Audit) 98
c) Model 3 (Standard Pelaporan 101 Audit)
4.3 Rumusan 104
BAB 5 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN 105
5.1 Pengenalan 105
5.2 Ringkasan Kajian 105
5.3 Perbincangan 106
5.4 Implikasi Kajian 109
5.5 Limitasi 110
5.6 Cadangan Kajian Akan Datang 111
5.7 Rumusan 112
RUJUKAN 114
xv
LAMPIRAN A
LAMPIRAN B
LAMPIRAN C
Kelulusan Menjaiankan Aktiviti Penyelidikan Universiti
Soalan Kaji Selidik
Analisis Statistik
122
126
132
XII
BAB 1
PENDAHULUAN
LI Pengenalan
Bab ini akan membincangkan tentang rangka keija kajian secara ringkas
termasuk; rangka laporan, latar belakang, pernyataan masalah, soalan kajian,
objektif dan tujuan, kepentingan, skop kajian dan jangka masa kajian.
1.2 Rangka Laporan
Laporan kajian terbahagi kepada lima (5) bab. Bab satu (1) berkaitan pengenalan
seperti dinyatakan dalam para 1.1 di atas. Dalam bab dua (2) mengandungi
sorotan literatur. Bab tiga (3) membincangkan metodologi kajian seperti rangka
keija teori, rekaan kajian, instrumen, pengukuran, pensampelan, kaedah kutipan
data, teknik analisis data, ujian hipotesis, dan rujukkan normal. Manakala dalam
bab empat (4) menerangkan dapatan kajian secara deskriptif, Anova, t-test,
korelasi dan regresi pelbagai. Akhir sekali bab lima (5) membincangkan
ringkasan dapatan, perbincangan, implikasi, limitasi, cadangan dan rumusan.
Latar Belakang Kajian
1.3.1. Fungs! Pengauditan Kewangan Sekolah
Audit kewangan sekolah merupakan suatu segmen penting kepada sistem
pengurusan kewangan sekolah. Menurut Jabatan Audit Negara (2006), fungsi
utama pengauditan kewangan sekolah ialah untuk:
a) Mengkaji dan menilai operasi pengurusan kewangan sekolah
diuruskan dengan teratur bagi memastikan dasar, peraturan dan
undang-undang yang digubal oleh Kementerian Pendidikan
dipatuhi oleh pihak pengetua atau guru besar.
b) Mengkaji dan menilai operasi-operasi pengurusan dari segi
kesempurnaan, kemampuan, kecekapan, keberkesanan dan
ekonominya.
c) Menentukan kekukuhan, kesempurnaan dan kemampuan rekod-
rekod dan sistem perakaunan, sistem maklumat pengurusan serta
sistem kawalan dalaman.
d) Membuat laporan hasil pengauditan dan mengesyorkan langkah-
langkah yang sistematik kepada Pusat Tanggungjawab.
3
e) Menyiasat secara khusus sekiranya berlaku sebarang
penyelewengan menurut arahan Ketua Setiausaha Kementerian
Pendidikan, membantu Perbendaharaan Negara bagi memantapkan
lagi dasar, prosedur, sistem dan skop Audit Dalaxn.
1.3.2 Kewajipan Juruaudit Sekolah
Untuk tujuan itu juruaudit sekolah harus memainkan peranan yang sewajarnya
bagi menentukan sistem pengurusan kewangan sekolah betjalan sempuma, cekap
dan berkesan. Menurut Noor Rezan (2005), pengurusan kewangan sekolah di
Kuala Lumpur masih lagi berada pada tahap yang lemah dan mengecewakan,
Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (1999), juruaudit sekolah
mempunyai kewajipan utama seperti berikut:
a) Juruaudit hendaklah memeriksa dan mengaudit akaun-akaun dan
rekod-rekod yang relevan dan hendaklah dengan serta-merta
memberitahu auditee tentang apa-apa luar aturan yang didedahkan
oleh pemeriksaan dan pengauditan itu yang pada pendapat
juruaudit, itu adalah secukupnya penting untuk
menjustifikasikannya berbuat demikian.
b) Juruaudit hendaklah mengaudit dan memberi laporan mengenai
penyata kewangan yang dikemukakan oleh sekolah itu selepas
tutupnya tahun kewangan.
c) Juruaudit hendaklah memberikan gambaran yang benar dan
saksama tentang transaksi-transaksi kewangan dan kedudukan hal-
ehwal koperasi itu; dan
4
d) Juruaudit hendaklah melaporkan apa-apa perkara lain yang
berbangkit daripada pengauditan itu sebagaimana yang
difikirkannya patut dilaporkan.
1.3.3 Kelemahan Pengurusan Kewangan Sekolah
Walaupun Jabatan Audit Negara dan Kementerian Pendidikan Malaysia
memperincikan fungsi dan kewajipan juruaudit sekolah, pengurusan bahagian
audit sekolah masih berada pada tahap yang tidak memuaskan. Diibaratkan
bahawa tiada gunanya jika sesebuah sekolah itu cemerlang dalam bidang
kurikulum dan kokurikulum jika pengurusan kewangan sekolah diabaikan
(Lukman Ismail, 2008).
Untuk menyelesaikan kelemahan yang wujud, pada peringkat
Kementerian Pendidikan Malaysia, Unit Audit Dalam ditubuhkan pada tahun
1982 setelah keluar arahan melalui pekeliling: (1) Pekeliling Perbendaharaan
Bilangan 2 Tahun 1979, (2) Pekeliling Am Bilangan 2 Tahun 1982. Pada tahun
1995, Bahagian Audit Sekolah dibentuk hasil gabungan Unit Audit Dalaman dan
Cawangan Audit Sekolah.
Keija-keqa pengauditan mestilah mematuhi piawaian yang ditetapkan
oleh International Organisation of Supreme Audit Institution (INTOSAI). Isu
pengauditan kewangan sekolah sering dikaitkan dengan pengurusan atau
pentadbiran sesebuah sekolah. Di peringkat sekolah, pengauditan menjurus
kepada kewangan yang melibatkan sumber kewangan kerajaan sahaja. Sumber
kewangan yang lain seperti kewangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
diaudit oleh juruaudit dalaman yang dilantik oleh PIBG, sementara kewangan
Koperasi Sekolah diaudit oleh pegawai daripada Jabatan Pembangunan Koperasi.
5
Menurut laporan Unit Kewangan dan Akaun Jabatan Pelajaran Selangor
(2008) berkaitan dengan audit sekolah di negeri Selangor. Kategori yang
menerima Sijil Tidak Memuaskan terus meningkat.
Jadual 1.1
Penerimaan Audit Berteguran Tahun 2007
Bil Isu/Audit Contoh Penemuan Audit Peraturan Yg Dilanggar
1. Kelulusan Perbelanjaan
2. Pungutan Mengikut Penjenisan Yuran
3. Penerimaan/kemasukan stok di borang pesanan sekolah
Penggunaan Wang SUWA seiain daripada untuk aktiviti murid perlu mendapat kelulusan pusat tanggungjawab
a. Pungutan pelbagai yuran lain tidak menepati penjenisan yuran dibenarkan. b. Kutipan tidak diperakaunkan dalm Kumpulan Wang Sekolah. c. Tidak dapat membuktikan perbelanjaan/kutipan telah dibelanjakan seperti mana maksud kutipan.
a. Penerimaan barang daripada pembekal perlu disakan oleh pegawai penerima. b. Kegagalan mematuhi peraturan boleh menyebabkan kehilangan harta bekalan atau penggunaan tanpa kawalan.
Tatacara Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Kumpulan wang Sekolah (TPKPKWS) perenggan 2.4.3(c) iaitu kegunaan lain Wang Suwa
Surat Pekeliling Pendaflaran Bil 1/2005 Penyeragaman Tatacara Kutipan Yuran Sekolah
TPKPKWS Perenggan 6.5 penerimaan bil/invois/pesanan
4. Lebihan Tuntutan Bantuan Per kapita
a. Sekolah yang mengalami kekurangan murid 5% atau 100 orang murid pada tarikh asas tuntutan berbanding bilangan murid pada tarikh asal tuntutan perlu mengembalikan lebihan kepada KPTJ sebehim atau pada 30 Ogos tahun semasa.
Pindaan Pertama Surat Pekeliling Kewangan Bil 5 tahun 2002 bertarikh 11 Februari 2004.
Jadual 1.1 (Sambungan)
5. Pekeliling bantuan bagi maksud Perbelanjaan yang ditetapkan.
a. Perbelanjaan yang dibelanjakan tidak mengikut maksud perbelanjaan yang ditetapkan. b. Perbelanjaan tersebut akan menyebabkan maksud sebenar peruntukan diberi untuk kepentingan pembelajaran tidak tercapai.
Surat Pekeliling Kewangan Bil 5 tahun 2002
Lebihan Kumpulan Wang Terkumpul
Bayaran Perbelanjaan Runcit menggunakan cek sekolah
a. Peruntukan semasa yang dibenarkan dibawa ke tahun hadapan tidak melebihi 10% daripada jumlah asal PCG diterima. b. Perlu membuat perancangan perbelanjaan peruntukan,
Semua pembayaran bil tidak melebihi RMl 00.00 hendaklah dibuatdengan Panjar Wang Runcit, walaupun begitu jmlah yang lebih besar boleh dibayar melalui PWR jika praktikal dan berfaedah.
Surat Pekeliling Kewangan Bil 5 tahun 2002
TPKPKWS perenggan 8.1.3 PWR
8. Cek Tamat Tempoh a, Cek yang telah tamat tempoh laku masih disenaraikan sebagai cek belum tunai di penyata penyesuaian bank kumpulan wang kerajaanpada akhir tahun. b. Cek tersebut hendaklah dibatalkandan diakaunakan semula sebagai penerimaan di BT.
TPKPKWS perenggan 7.9 pembatalan cek taman tempoh
9. Akaun Belum Bayar Pembayaran hendaklah dijelaskan dalam tempoh yang ditetapkan dan pembayaran pada pihak ketiga perlu dibuat secara dalam tahun kewangan semasa.
AP 103 TPKPKWS perenggan 16.3 tindakan untuk mengatasi ABB
10. Penyelewangan rekod kewangan
Tidak menyelenggara BT dan daftar bil dengan lengkap betul dan kemas kini.
TPKPKWS
11, Perolahan barang-barang kopersi yang ditubuhkan oleh sekolah sendiri yang melebihi RM10,000.00
Tidak menghalang koperasi mengambil bahagian dalam perolehan jabataiv^badan induk masing-masing tetapi perolehannya mestilah tidak melebihi RM10,000.00 setahun.
Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil 26 tahun 1986
12. Peijanjian sewa kantin Penjelasan sewaan kantin perlu pada Buku Panduan minggu pertama setiap bulan bagi Pengurusan Kantin mematuhi syarat peijanjian yang Sekolah telah dipersetujui.
7
Jadual 1.1 (Sambungan)
13. Bayaran tanpa dokemen sokongan
Setiap baucer bayaran hendaklah disertkan dengan dokumen sokongan asal seperti bil/invois/borang pesanan atau penyata yang telah diperakui.
TPKPKWS perenggan 7.4.5 tatacara Penyediaan baucer bayaran.
14. Perakaunan tanda "SUDAH BAYAR"
Baucer bayaran dan dokumen sokongan hendaklah dicop "SUDAH BAYAR" sebaik sahaja bayaran dilakukan.
TPKPKWS perenggan 7.4.9
15. Kekerapan Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan dan Akaun
a. Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan akaun hendaklah mengadakan mesyuarat empat (4) kali setahun. b. Mesyuarat diadakan secara tersusun boleh membantu jawatankuasa mengesan dan mengawal operasi kewangan dengan lebih berkesan.
TPKPKWS perenggan 19.2.4(c) melantik Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun
Sumber: Unit Kewangan akaun Jabatan Pelajaran Selangor (2008)
Dari penemuan isu-isu audit di atas jelas menunjukan terdapat
banyak yang perlu dilakukan kerana pelangaran peraturan yang tidak
mematuhi peraturan kewangan melalui Pekeliling Perbendaharaan, Akta
Acara Kewangan 1957, Pekeliling atau Surat Pekeliling Kewangan
Kementerian Pelajaran Malaysia, Pekeliling atau Surat Pekeliling Jabatan
Akaimtan Negara, dan Tatacara Pengurusan kewangan dan Perakaunan
Kumpulan wang Sekolah.
Untuk tujuan tersebut Jabatan Audit Negara telah menggubal Kod
Etika Juruaudit menjadi panduan kepada semua anggota Jabatan Audit
Negara selaras dengan hasrat bagi mempertingkatkan prestasi dan
profesionalisme mereka. Kod Etika ini telah digubal berasaskan prinsip
utama yang terkandung dalam Guidelines on Ethics for Auditors, Manual
Jabatan serta Nilai dan Etika dalam Perkhidmatan Awam, Akta Audit
1957, Perlembagaan Persekutuan dan Pekeliling serta Arahan Kerajaan. la
bertujuan membantu meningkatkan akauntabiliti pengurusan awam.
8
1.4 Pernyataan Masalah
Sistem pengurusan kewangan sekolah dipercayai mempunyai kelemahan yang berlarutan
(Noor Rezan Bapoo Hashim, 2005). Menurut Shahril Marzuki, (2005), bilangan juruaudit
sekolah yang tidak mencukupi berbanding bilangan sekolah diaudit antara faktor
menyebabkan kelemahan tersebut. Kenyataan ini disokong oleh English, Fenwick W.
(2007) yang menyatakan bahawa terdapat kes dimana juruaudit yang baru berkhidmat
yang tidak mempunyai cukup pengalaman dan bertambah parah lagi apabila ada kalangan
dan tidak mempunyai kelayakan sewajarnya atau staf dari kalangan bukan juruaudit
diarah melakukan kerja-kerja pengauditan. Di samping itu kelemhan sistem pengurusan
kewangan sekolah adalah disebabkan oleh faktor sikap, kemahiran dan pengetahuan
pengetua atau guru besar, dan kerani kewangan (Omardin Ashaari, 1998). Oleh yang
demikian sistem audit kewangan sekolah rnemerlukan satu model yang mantap dan
sesuai sebagai panduan kepada juruaudit sekolah dan penguruan kewangan sekolah.
1.5 Objektif
Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti pematuhan standard pengauditan oleh
juruaudit sekolah, Kedua ingin meneliti faktor-faktor yang menyebabkan kelemahan
pengurusan audit kewangan sekolah, Ketiga ingin mencadangkan model baru sistem
audit kewangan sekolah yang mengambil kira beberapa standard pengauditan.
Ujiau Hipotesis
Kajian ini ingin menguji 7 "null hypotheses" seperti di bawah:
Hoi Tiada hubungan yang signifikan antara bilangan juruaudit sekolah dengan
bilangan sekolah diaudit.
Ho2 Tiada hubungan yang signifikan antara bilangan sekolah diaudit dengan
lama berkhidmat.
Ho3 Tiada hubungan yang signifikan antara jawatan dengan lama berkhidmat
Ho4 Tiada hubungan yang signifikan antara jawatan dengan kelayakan.
Ho5 Tiada hubungan yang signifikan antara elemen standard am audit dengan
skor am audit.
Ho6 Tiada hubungan yang signifikan antara elemen standard keija audit
dengan skor keija audit.
Ho7 Tiada hubungan yang signifikan antara elemen standard pelaporan audit
dengan skor pelaporan audit.