Modul Hubungan Etnik

download Modul Hubungan Etnik

of 59

description

etnik

Transcript of Modul Hubungan Etnik

Modul Hubungan Etnik WAJ 3106

MODUL 1

PENDAHULUAN

Oleh

MOHAMAD RASHID BIN ABU BAKAR

Pengenalan

Modul pembelajaran Hubungan Etnik ini ditulis khusus dengan matlamat untuk memberi panduan dan membantu pelajar untuk mengurus aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara berkesan MODUL 2KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

MASYARAKAT PLURALISTIK ALAM MELAYU

KUNCI

Terdapat berbagai lambang di bahagian kiri bahan-bahan pengajaran. Lambang ini menunjukkan makna tertentu seperti yang dinyatakan di bawah.

Pengenalan

Modul 1 akan membincangkan secara terancang 3 topik yang perlu dipelajari oleh pelajar dalam tempoh 1 jam interaksi bersemuka dan 3 jam dengan membaca modul dan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dicadangkan dalam Modul ini. Melalui modul ini para pelajar akan didedahkan kepada beberapa persoalan umum yang perlu para pelajar fahami. Antaranya hubungan etnik di Malaysia secara umum, konsep-konsep asas hubungan etnik dan pluraliti dan masyarakat pluralistik di Malaysia. Isu-isu utama dalam topik-topik ini akan dibincangkan dalam bentuk nota ringkas, rujukan teks, perbincangan kumpulan dan latihan. Dalam hal ini, setiap pelajar perlu mempunyai disiplin kendiri dan integriti yang mantap semasa melaksanakan setiap arahan dalam modul. Selamat mencuba, semoga anda berjaya menghabiskan modul ini dengan sempurna. Secara umumnya setelah selesai mempelajari bab ini, para pelajar seharusnya dapat:

Mendefinisikan konsep-konsep masyarakat, etnik, etnisiti, etnosentrisme, ras, rasisme, prejudis, stereotaip, diskriminasi, budaya, perpaduan, integrasi, asimilasi dan amalgamasi. Menerangkan konsep pluralisme, pluraliti dan pluralistik dan menghuraikan perkembangan pembentukan masyarakat pluralistik selepas era penjajahan..

Masyarakat: kumpulan manusia yang hidup bersama di suatu tempat dengan aturan dan cara tertentu (Kamus Dewan, 2005).Etnik: sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir seragam, termasuk adat resam, pakaian, bahasa, dan kegiatan ekonomi.

Etnisiti: rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu melalui kewujudan satu kebudayaan atau sub budaya yang jelas menyatukan anggotanya dengan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkah laku yang sama.

Etnosentrisme:menganggap ciri-ciri budayanya sebagai wajar, betul dan lebih utama daripada budaya etnik lain yang dipandang rendah serta dianggap ganjil ataupun berada pada tahap rendah atau tidak bermoral.

Ras:sebuah kelompok sosial yang mempunyai tanda pengenalan kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal-biologikal nyata, seperti warna kulit, warna mata, warna rambut dan sebagainya.

Rasisme:pandangan, pemikiran atau kepercayaan negatif oleh sesuatu kelompok sosial atau para anggotanya terhadap sesuatu kelompok lain berdasarkan perbezaan wajah fizikal-biologikal atau ras semata-mata dan ditunjukkan secara terbuka.

Prejudis:pandangan negatif mengenai ahli atau kelompok etnik lain yang tersemat dalam hati seseorang atau kelompok etnik tertentu.

Stereotaip:kenyataan-kenyataan umum yang negatif terhadap sesuatu kumpulan etnik dan biasanya ia digambarkan secara berlebih-lebihan tentang sesuatu perlakuan baik atau buruk yang ditujukan kepada sesuatu kumpulan etnik.

Diskriminasi:pandangan, pemikiran dan kepercayaan negatif oleh seseorang atau sekelompok etnik terhadap anggota atau kelompok etnik lain yang mempengaruhi perilaku pihak yang berpandangan negatif.

Budaya:tenaga fikiran, usaha rohani atau kuasa menggerakkan jiwa (Nik Safiah, 1963) atau kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir), berkelakuan dan sebagainya (Kamus Dewan, 2005).

Perpaduan:satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah air.

Integrasi:proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik (Ahmad Kambar, 1987).

Asimilasi:proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama.

Amalgamasi:proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis budaya dan ras baru.

Pluralisme: Ideologi yang menyama-ratakan kepercayaan dan pegangan yang berbeza dalam masyarakat.

Pluraliti: Wujudnya kepelbagaian bangsa, agama di suatu tempat pada satu masa secara semulajadi masyarakat Melaka.

Pluralistik: Wujudnya kepelbagaian bangsa, agama di suatu tempat pada satu masa secara dirancang dipaksakan oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan era penjajah British.

Segregasi: merupakan pemisahan & pengasingan antara satu kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah negara. Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan, antaranya dari segi kawasan tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan & kemudahan awam. Segregasi wujud sama ada didasari oleh undang-undang atau sebaliknya.Akomodasi: merupakan proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik yang lain, tetapi masih mempertahankan budaya hidup masing-masing.Akulturasi: satu proses penyerapan unsur-unsur kebudayaan daripada suatu budaya kepada budaya yang lain. Perubahan budaya terjadi hasil daripada hubungan yang berkesinambungan antara dua budaya berbeza dalam satu jangka masa yang berterusan dan perubahan tersebut berlaku sama ada dalam satu atau kedua-dua budaya tersebut.

Pluralisme Budaya Alam Melayu Alam Melayu Sebelum Kedatangan Eropah: realiti kepelbagaian alam Melayu sebagai satu wilayah yang menjadi tempat pertemuan pelbagai tamadun dan budaya utama dunia yang menampakkan ciri-ciri kepluralitian semula jadi yang terjadi tanpa paksaan oleh mana-mana pihak atau kuasa.ciri pluralisme alam Melayu yang fleksibel telah dirombak, diubah suai dan sebahagiannya telah terhapus dengan kedatangan imperial Eropah. Pola masyarakat pelbagai bangsa terbentuk melalui proses semula jadi apabila mereka datang berdagang secara sukarela untuk mencari kehidupan dan kekayaan, malah kadang kala mereka mengambil keputusan untuk terus menetap di Alam Melayu. Keputusan hidup yang terhasil daripada persetujuan tanpa paksaan menjamin ketenangan fikiran dan perasaan mereka. Hasilnya mereka berjaya mewujudkan interaksi yang mesra dengan penduduk tempatan dan terdapatnya unsur-unsur akomodasi dalam kehidupan masyarakat pluralistik pada zaman tersebut. Alam Melayu Selepas Kedatangan Eropah: kedatangan imperial Eropah telah merubah ciri pluralisme semula jadi apabila penjajah memperkenalkan sistem kerajaan mereka yang menggalakkan perkembangan masyarakat pluralistik. Pembentukan pola masyarakat pluralistik selepas era penjajahan amat berbeza berbanding zaman sebelumnya. Pembentukan masyarakat pluralistik di alam Melayu adalah untuk memenuhi keperluan ekonomi-politik British, maka asimilasi budaya dan cara hidup antara kumpulan etnik tidak berlaku. Mereka menjalankan kehidupan dalam kelompok masyarakat masing-masing. kehidupan yang harmonis antara kaum tetap berlaku dan terus wujud dalam bentuk akomodasi sosial. Akomodasi sosial telah membenarkan setiap kaum menjalani kehidupan berasaskan sistem sosial masing-masing secara harmonis.

Kewujudan pelbagai kaum yang mengekalkan kebudayaan masing-masing telah mewujudkan satu masyarakat majmuk di Tanah Melayu pada awal abad ke-20.

Bincangkan usaha-usaha yang diambil oleh kerajaan untuk memelihara keharmonian hubungan etnik selepas tahun 1957.

1. Setiap kumpulan etnik menyedari serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain dan tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing.

Antara berikut manakah istilah yang boleh dikaitkan dengan pernyataan di atas.

1. Asimilasi

1. Segregasi

1. Akulturasi

1. Akomodasi 2. Indianisation adalah istilah bagi melambangkan perluasan pengaruh agama dan kebudayaan India di Asia Tenggara.

Tokoh manakah boleh dikaitkan dengan pernyataan di atas.

2. I-Tsing

2. Ibn Khaldun

2. George Coedes 2. Syed Muhammad Naquib Al-Attas

3. Masyarakat plural Malaysia berwajah baru selepas penubuhan Malaysia pada tahun3. 1953

3. 1957

3. 1963 3. 1967

4.

Pernyataan di atas merujuk kepada

A evolusi B revolusi

C industrialisasi

D evolusionisme4. Gejala-gejala berikut perlu dielakkan jika ingin membina perpaduan di dalam masyarakat majmuk KECUALI

A extrimism

B chauvanism

C modernism / D fanaticism

Pembentukan Masyarakat Pluralistik di MalaysiaKomuniti Etnik Utama di Malaysia:

Melayu

Cina

India

Pembentukan Masyarakat Pluralistik: Kedatangan orang China dan India ke Tanah Melayu untuk memenuhi peluang-peluang pekerjaan seperti perlombongan, perladangan dan perniagaan yang disediakan oleh pihak penjajah British. Kewujudan peluang pekerjaan yang banyak, kekalutan ekonomi dunia serta galakan daripada British menjadi faktor penggerak kedatangan orang-orang China dan India ke Tanah Melayu.

Berlaku interaksi yang baik di antara orang-orang China dan India yang datang dengan orang-orang Melayu, telah berlaku akomodasi cara hidup yang harmoni. Kolonialisme British memberi impak sangat besar terhadap masyarakat negeri di Malaysia sama ada dalam bentuk material mahu pun non-material. Al-Attas: kehadiran kolonialisme Barat membawa dasar memisahkan orang Islam daripada agama mereka Perjanjian Pangkor pada tahun 1874 merupakan titik permulaan penguasaan British di Tanah Melayu.

Perkembangan ini dengan jelas memperlihatkan agama dipisahkan daripada urusan politik, pentadbiran, undang-undang, ekonomi, pendidikan dan sebagainya.

1.Budaya merupakan satu himpunan kelengkapan intelektual dan kebendaan yang dapat memenuhi kehendak biologi dan kemasyarakatan serta dapat menyesuaikannya dengan keadaan sekeliling (Mohd Taib Osman, 1988).

a. Senaraikan 4 ciri penting sesuatu budaya

i. __________________________________________________________

ii. __________________________________________________________

iii. __________________________________________________________

iv. __________________________________________________________

b. Jelaskan dua peranan utama yang perlu untuk pembentukan sesuatu budaya

i. _________________________________________________________

_________________________________________________________

_________________________________________________________

ii. _________________________________________________________

_________________________________________________________

_________________________________________________________2Integrasi merupakan proses mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik (Ahmad Kambar, 1987).

a. senaraikan 4 unsur integrasi

i. ________________________________________________________

ii. ________________________________________________________

iii. ________________________________________________________

iv. ________________________________________________________

b. Jelaskan faktor-faktor yang dapat mengurangkan konflik antara wilayah.

_________________________________________________________

_________________________________________________________

_________________________________________________________

_________________________________________________________

_________________________________________________________

_________________________________________________________

_________________________________________________________

_________________________________________________________

_________________________________________________________

_________________________________________________________

_________________________________________________________

_________________________________________________________

Masyarakat Pluralistik Selepas Merdeka: Politik: Demokrasi di negara ini telah berjalan lancar terutamanya semenjak pilihan raya umum pertama tahun 1955, di mana tiga kumpulan etnik utama, iaitu Melayu, Cina dan India telah bersatu untuk mendesak British memberikan kemerdekaan. Selepas era 1960an perjalanan politik terus berkembang dinamik. Kerjasama parti-parti politik dalam pakatan parti pemerintah telah berkembang dengan peningkatan keahliannya, cth penubuhan Barisan Nasional 1974.

Perlembagaan:Kontrak sosial merupakan satu kesepakatan yang telah dirunding,pembentukan parti-parti politik etnik dan coalition sebagai model permuafakatan politik (Parti Perikatan, Barisan Sosialis, Barisan Nasional, Barisan Alternatif. Perlembagaan mencatatkan kontrak sosial dipersetujui bersama antara kaum di negara ini. Pendidikan: Matlamat utama dasar pendidikan menurut laporan Razak 1956 dan Rahman Talib 1960 ialah untuk menyatukan kanak-kanak daripada berbilang etnik di bawah satu sistem pendidikan kebangsaan dengan menggunakan satu bahasa pengantar tunggal iaitu bahasa Melayu (Wan Hashim, 1983). Ekonomi: Isu yang berkaitan dengan ekonomi memerlukan iltizam yang kuat daripada semua pihak untuk merapatkan jurang yang sedia ada. Ketidakseimbangan kedudukan ekonomi berdasarkan etnik juga harus diatasi kerana ia dapat menjadi sumber pencetus konflik (cth peristiwa 13 Mei 1969). MODUL 3PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

KUNCITerdapat berbagai lambang di bahagian kiri bahan-bahan pengajaran. Lambang ini menunjukkan makna tertentu seperti yang dinyatakan di bawah.

Pengenalan

Modul 3 akan membincangkan secara terancang isu-isu berkaitan pembangunan ekonomi dalam konteks Malaysia. Hasil perbincangan dalam bab ini akan menjelaskan kepada pelajar konsep-konsep asas dan proses pembangunan ekonomi dan sumbangannya terhadap kemantapan hubungan antara etnik di Malaysia. Secara umumnya setelah selesai mempelajari bab ini, para pelajar seharusnya dapat:

Menerangkan konsep modenisasi.

Menghuraikan konsep dan proses pembangunan ekonomi Malaysia.

Menjelaskan hubung kait antara pembangunan ekonomi dan hubungan etnik di Malaysia.

Modenisasi Evolusioner Pemodenan Pembaratan Equaliti Equiti Penswastaan

KonsepDefinisi Konsep

Modenisasi

Evolusionisme

Pemodenan

Pembaratan

Equality

Equity

Penswastaan

Pembangunan EkonomiMatlamat:mencapai kemajuan dengan mewujudkan masyarakat industri

Kaedah :pada dasarnya 4 kaedah terlibat:

Pembangunan Teknologi

Pembangunan Pertanian

Industrialisasi

Urbanisasi

Ukuran Pencapaian:Keluaran Negara Kasar / Perubahan sosial

Secara umumnya matlamat modenisasi di Malaysia adalah untuk mencapai kehidupan yang lebih maju dan moden melalui kemajuan sains dan teknologi dan seterusnya meningkatkan ekonomi dan kemakmuran negara yang boleh diukur melalui indikator kadar pertumbuhan ekonomi negara dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Bagaimana imperialisme telah mengubah landskap sosial dan alam sekitar serta menyebarkan idea pemodenan di Malaysia pada abad ke-16. Buat catatan ringkas hasil perbincangan anda dan bincangkan dengan pensyarah.

1Perubahan yang berlaku dalam sesebuah masyarakat berlaku secara _________________ dan

____________________________________.

2Perubahan berencana adalah proses perubahan yang mempunyai _______________, kaedah dan _________________________________________.

3.Sesebuah masyarakat tidak semestinya terlibat dalam proses evolusi universal tetapi boleh mengalami perkembangan bersifat____________________sesuai dengan keadaan masyarakat masing-masing.

4__________________________________ dipengaruhi oleh perspektif modenisasi yang bertitik tolak daripada falsafah evolusi.

5__________________________ merupakan proses produksi yang dilakukan secara besar-besaran dengan menggunakan teknologi termaju dikilang-kilang.

Modenisasi di Malaysia

Modenisasi adalah proses tranformasi atau perubahan dalam segala aspek kehidupan masyarakat. Perubahan boleh berlaku secara berencana atau tidak berencana. Perubahan berencana adalah suatu proses di mana matlamat, kaedah dan ukuran pencapaian ditentukan terlebih dahulu sebelum sesuatu perubahan dilaksanakan. Modenisasi mengandungi dua aspek utama iaitu pembangunan ekonomi dan pembangunan politik.

1Dalam kepesatan pembangunan di Malaysia, isu agihan kekayaan dan pendapatan merupakan aspek penting dalam menekankan agihan pendapatan yang seimbang antara rakyat. Antara dasar yang dialncarkan bagi memenuhi keperluan tersebut adalah DEB.

a. Jelaskan dua isu penting berkaitan agihan pendapatan di Malaysia.

i. _________________________________________________________

_________________________________________________________

ii._________________________________________________________

_________________________________________________________

b. Huraikan 3 objektif utama Dasar Ekonomi Baru yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia.

i. _________________________________________________________

_________________________________________________________

ii._________________________________________________________

________________________________________________________

iii. ________________________________________________________

________________________________________________________2Tun Dr. Mahathir telah memperkenalkan Dasar Penswastaan pada tahun 1983 dengan matlamat harapan perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat swasta akan lebih ekonomik dan lebih baik.

a. Jelaskan tiga tujuan utama Dasar Penswastaan dilaksanakan oleh kerajaan pimpinan Dr. Mahathir.

i. __________________________________________________________

__________________________________________________________

ii. __________________________________________________________

__________________________________________________________

iii. __________________________________________________________

__________________________________________________________

b. Huraikan bagaimana Dasar Penswastaaan membantu untuk merealisasikan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

___________________________________________________________

___________________________________________________________

___________________________________________________________

___________________________________________________________

___________________________________________________________

___________________________________________________________

___________________________________________________________

___________________________________________________________

___________________________________________________________

Isu equiti atau keadilan dan equaliti atau kesamarataan di kalangan rakyat Malaysia sudah dijamin oleh Perlembagaan Malaysia. Fasal (8) perkara (1) menegaskan bahawa semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang. Isu pembangunan ekonomi berkait rapat dengan isu sosial terutama berkaitan isu kemiskinan dan agihan pendapatan dikalangan etnik. Dua isu penting yang perlu diberi perhatian adalah isu pertumbuhan dan agihan dan isu equality dan equity. Isu agihan pendapatan ini melibatkan dua sudut iaitu antara kelas sosial yang berbeza dan antara kelompok etnik yang berbeza. DEB dilancarkan sebagai jalan penyelesaian kepada permasalahan tersebut.

1. Sejauhmana kejayaan dasar pembangunan ekonomi yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia boleh dikaitkan dengan etnisiti.MODUL 4PEMBANGUNAN POLITIK DAN PERLEMBAGAAN DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

KUNCI

Terdapat berbagai lambang di bahagian kiri bahan-bahan pengajaran. Lambang ini menunjukkan makna tertentu seperti yang dinyatakan di bawah.

Pengenalan

Modul 4 akan membincangkan dua topik iaitu Pembangunan Politik dan Perlembagaan dalam konteks Hubungan Etnik di Malaysia. Pembangunan politik akan menyentuh tentang kerjasama politik dan kaitannya dengan Hubungan Etnik. Kerjasama politik diwujudkan pada asasnya adalah untuk melicinkan proses kemerdekaan negara. Kerjasama politik di Malaysia telah diimplimentasikan melalui penggabungan parti politik pelbagai kaum. Modul ini juga akan membincangkan sejarah penggubalan perlembagaan yang merujuk perlembagaan Malayan Union, Persekutuan Tanah Melayu, Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum, Perlembagaan Kemerdekaan dan Perlembagaan Malaysia 1963. Secara umumnya setelah selesai mempelajari bab ini, para pelajar seharusnya dapat:

menjelaskan kepentingan kerjasama politik dalam konteks hubungan kaum di Malaysia.

menyenaraikan faktor-faktor yang menjurus ke arah pemupukan Hubungan Etnik secara formal .

menjelaskan sejarah penggubalan perlembagaan Malaysia.

menjelaskan ciri-ciri asas proses penggubalan perlembagaan.

Membuat analisis kandungan perlembagaan Persekutuan yang menyentuh mengenai hubungan antara kaum.

Kemajmukan Etnik Politik Pluralisme Fundamental Demokrasi

i. Kemajmukan Etnik: Merujuk kepada kepelbagaian kaum dan komposisi demografi.

ii. Politik Pluralisme:Merujuk kepada keberagaman politik.

iii. Fundamental Demokratik: Merujuk kepada asas asas atau dasar demokrasi.

Pembangunan PolitikKonsep Modenisasi dan Pembangunan Politik: Merupakan proses tranformasi berencana dalam segala aspek kehidupan masyarakat yang melibatkan pembangunan politik. Perubahan politik berencana melibatkan perubahan dalam aspek yang boleh membawa kepada peralihan daripada bentuk politik yang lama kepada yang moden.

Matlamat utama pembangunan politik:

Pembinaan negara bangsa

Perubahan dalam aspek struktural dan budaya

Perubahan sistem politik masyarakat

Proses Pembangunan Politik:

Perbezaan struktur politik.

Sekularisasi budaya politik.

Penyertaan politik yang besar oleh rakyat.Unsur-unsur yang menentukan amalan demokrasi

Parti-parti politik

Majlis Perwakilan Rakyat/Parlimen

Perlembagaan Negara

Pilihan Raya

Perlembagaan Malaysia

Konsep Perlembagaan: merupakan kumpulan peraturan atau undang-undang sama ada bertulis atau tidak bertulis yang menentukan organisasi kerajaan, pembahagian kuasa antara pelbagai badan kerajaan dan prinsip-prinsip umum bagaimana kuasa-kuasa tersebut dilaksanakan.

Perlembagaan Bertulis: merupakan bentuk perlembagaan yang dikumpulkan dan disusun dalam satu dokumen.

Perlembagaan Tidak Bertulis: merangkumi semua prinsip perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu dokumen seperti undang-undang yang diluluskan oleh parlimen dan keputusan-keputusan mahkamah.

Sejauhmana perubahan politik yang berlaku di Malaysia pada masa kini memberi kesan terhadap pemupukan hubungan etnik yang harmonis. Petakan hasil perbincangan anda dalam bentuk peta minda yang sesuai. Jika perlu bincangkan hasilnya dengan Pensyarah anda.

1Berikut adalah pernyataan yang benar berkaitan Perlembagaan Malaysia Kecuali

A garis panduan pemerintahan

B dikumpul dan disusun dalam satu dokumen

C satu kumpulan undang-undang dasar sebuah kerajaan

D satu set undang-undang kerajaan British di Hindia Timur

2Kandungan Perlembagaan Malaysia terdiri daripada ______ bahagian

A 12

B 13

C 14

D 15

3.Berikut adalah badan-badan kerajaan yang berada di bawah Perlembagaan Malaysia kecuali

A undang-undang

B kehakiman

C eksekutif

D profesional

4Kandungan berikut adalah benar tentang perlembagaan kecuali

A kebebasan asasi

B mahkamah khas

C Bahasa Kebangsaan

D pemusatan kuasa raja-raja

5Perkara 5 13 dalam Perlembagaan Persekutuan membincangkan hal-hal berkaitan

A tanah

B agama

C Majlis Raja-raja

D kebebasan asasi

Kepentinggan Kerjasama Politik dan Hubungan Etnik:

Memahami kedudukan dan keperluan kaum lain dalam politik.

Integrasi dan kompromi sihat dalam brpolitik

Mencapai kemajuan secara bersama.

Saluran untuk mengemukakan keperluan kaum masing-masing.

Kejayaan Kerjasama politik boleh dicapai jika:

Kemahuan ikhlas untuk bekerjasama

Perlu toleransi dan memahami perasaan kaum lain.

Unsur-unsur Tradisi Dalam Perlembagaan Malaysia

Bahasa Kebangsaan: Perkara 152 [Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa Melayu].

Agama Persekutuan: Perkara 3 (1) agama Islam agama rasmi bagi Persekutuan, perlu dibaca bersama perkara 11 (4), Perkara 12 (2), perkara 121 (1A)

Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera Sabah Sarawak: Perkara 153.

Pemerintahan Beraja:

Perkara-perkara berkaitan Hubungan Etnik dalam Perlembagaan:

Perkara 8: persamaan dan hak sama rata kecuali dalam soal agama, dan kedudukan istimewa orang Melayu.

Perkara 10 (4): batasan hak kebebasan bersuara menyentuh kedudukan Raja, Islam, orang Melayu, kewarganegaraan dan seumpamanya.

Perkara 38: kuasa Majlis Raja-raja menghalang parlimen membuat undang-undang yang menyentuh kedudukan raja-raja Melayu, orang Melayu, Bahasa Melayu dan Islam.

Perkara 150 (6a): kedudukan agama Islam, adat istiadat Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak, kewarganegaraan meskipun dalam keadaan darurat.

Perkara 152: kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan tanpa menafikan hak etnik lain menggunakan bahasa mereka.

Perkara 153: kedudukan istimewa orang Melayu tanpa menafikan kepentingan sah kaum lain.

1Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 adalah satu bentuk kontrak sosial hasil persetujuan bersama yang dicapai antara etnik Melayu, Cina dan India berkaitan unsur-unsur tradisional.

a. Senaraikan 4 unsur tradisional yang dikekalkan dalam perlembagaan.

i. __________________________________________________________

ii. __________________________________________________________

iii. __________________________________________________________

iv. __________________________________________________________ (4 markah)

b. Jelaskan rasional perkara 3 (1) dalam perlembagaan dalam konteks hubungan etnik di Malaysia.

_________________________________________________________

_________________________________________________________

_________________________________________________________

_________________________________________________________

_________________________________________________________

_________________________________________________________

_________________________________________________________

_________________________________________________________

_________________________________________________________

_________________________________________________________

_________________________________________________________

_________________________________________________________

_________________________________________________________

_________________________________________________________

2Dalam konteks pembangunan politik, Malaysia menghadapi cabaran besar dalam usaha membina sebuah negara bangsa akibat proses migrasi, penjajahan, gabungan wilayah yang berbeza, gabungan etnik yang berbeza-beza dan gabungan kerajaan yang berbeza.

a. Senaraikan 4 elemen yang perlu dalam pembangunan politik sesebuah negara demokrasi.

i. __________________________________________________________

ii. __________________________________________________________

iii. __________________________________________________________

iv. __________________________________________________________ (4markah )

b. Jelaskan senario kerjasama politik yang berlaku dalam sistem politik di Malaysia.

________________________________________________________

________________________________________________________

________________________________________________________

________________________________________________________

________________________________________________________

________________________________________________________

________________________________________________________

________________________________________________________

________________________________________________________

________________________________________________________

________________________________________________________ _______________________________________________________

________________________________________________________

________________________________________________________ ( 6 markah )

ISU KERJASAMA POLITIK PELBAGAI ETNIK

Isu kerjasama politik antara pelbagai etnik di Malaysia telah lama dibincangkan. Contoh paling jelas adalah kerjasama erat antara UMNO, MCA dan MIC telah membawa kejayaan besar dalam proses politik awal di Tanah Melayu. Gabungan 3 parti politik pelbagai kaum ini bukan sahaja mencetuskan perubahan dalam senario politik negara pada zaman awal kemerdekaan, malah berjaya mengekalkan kuasa pemerintah selama 55 tahun kerana tidak ada gabungan parti politik pelbagai etnik lain sehinggalah menjelang pilihan raya ke 12 pada tahun 2008. Parti Perikatan pimpinan Tunku Abdul Rahman telah berjaya menyakinkan pihak British bahawa wujud kerjasama erat antara etnik di Tanah Melayu dan jelas menunjukkan bahawa mereka telah bersedia untuk memperoleh kemerdekaan.

1. Huraikan sejauhmana kerjasama politik pelbagai etnik di Malaysia menyumbang kepada kejayaan yang dicapai dalam merealisasikan matlamat pembentukan negara bangsa. Tulis jawapan anda dalam bentuk esei pendek 500 hingga 1000 perkataan.

MODUL 5AGAMA DAN HUBUNGAN ETNIK

CABARAN DAN PEMUPUKAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

KUNCITerdapat berbagai lambang di bahagian kiri bahan-bahan pengajaran. Lambang ini menunjukkan makna tertentu seperti yang dinyatakan di bawah.

Pengenalan

Modul 5 akan membincangkan dua topik iaitu agama dan hubungan etnik,cabaran dan pemupukan Hubungan Etnik di Malaysia. Perbincangan dan pemahaman yang mendalam berkaitan isu agama merupakan aspek penting yang menjadi penanda jati diri masyarakat Malaysia. Setiap individu sewajarnya memahami dan menghormati ajaran penganut agama lain selaras dengan Prinsip Rukun Negara. Modul ini juga akan membincangkan elemen-elemen utama pemupukan hubungan etnik dalam masyarakat Malaysia. Secara umumnya setelah selesai mempelajari bab ini, para pelajar seharusnya dapat:

menjelaskan pendekatan Islam Hadhari dalam konteks hubungan etnik.

menghuraikan asas-asas hubungan etnik dalam konteks agama di Malaysia.

menerangkan bahawa terdapatnya perbezaan agama di Malaysia yang perlu dihormati dan pada masa yang sama terdapat nilai-nilai sejagat.

mengenalpasti elemen-elemen yang boleh melahirkan hubungan yang erat antara kaum.

menjelaskan bagaimana elemen-elemen pemupukan hubungan etnik dapat diimplimentasikan dalam masyarakat Malaysia.

Masyarakat Hadhari Hadharah Cabaran Globalisasi

i. Masyarakat Hadhari:

_________________________________________________________ _________________________________________________________ _________________________________________________________ _________________________________________________________

ii. Hadharah:

________________________________________________________ ________________________________________________________ ________________________________________________________ ________________________________________________________

iii. Cabaran Globalisasi:

________________________________________________________ ________________________________________________________ ________________________________________________________ ________________________________________________________

Asas-asas Hubungan Etnik dalam konteks agama

Berkenal-kenalan : al- Taruf

Persefahaman: al-tafahum

Bekerjasama: al-taawun

Persaudaraan : al-ukhuwah

Berkasih-sayang: al- mahabbah

Saling Menjamin: al-takafulAplikasi Hubungan Etnik dalam kehidupan Masyarakat

Kemesraan dalam komunikasi

Budaya Ziarah Menziarahi

Mengambil Berat

Memulia dan Menghormati Seseorang

Menghormati Jiran

Pendekatan Islam Hadhari:

Pendekatan Islam Hadhari bertujuan untuk menjana kemajuan manusia untuk pembangunan fizikal, spiritual, pembangunan insan, dan pembangunan ilmu demi kemajuan hidup di dunia dan di akhirat. Pada dasar terdapat 10 prinsip utama yang dikemukakan iaitu:

keimanan dan ketakwaan kepada Illahi

kerajaan adil dan beramanah

rakyat berjiwa merdeka

penguasaan ilmu pengetahuan

pembangunan ekonomi yang seimbang dan komprehensif

kehidupan berkualiti

pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita

keutuhan budaya dan moral

pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar

kekuatan pertahanan dan perpaduan

Bincangkan bagaimana keutuhan budaya dan moral dalam prinsip Islam Hadhari memberi implikasi positif terhadap proses perpaduan kaum di Malaysia. Sediakan jawapan anda dalam bentuk esei yang panjangnya 1500 patah perkataan.

.

1Perkataan Hadhari dikatakan telah digunakan oleh Ilmuan Islam terkenal seperti ibnu Khaldun dalam Kitabnya

A Al-Mu jam

B Al-Siyasah

C Al-Iqtisadiah

D Al-Muqaddimah

2Hadhari membawa pengertian

A sosial

B politik

C ekonomi

D teknologi

3.Islam Hadhari mempunyai ..................... prinsip

A 5

B 10

C 15

D 20

4Konsep Islam Hadhari telah diperkenalkan oleh

A Mahathir Mohamad

B Abdullah Ahmad Badawi

C Abdullah Muhammad Zain

D Mohd Najib Tun Abdul Razak

5Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita di negara Malaysia merujuk kepada

A prinsip Islam Hadhari

B Matlamat Wawasan 2020

C Matlamat Dasar Ekonomi Baru

D Matlamat Dasar Pembangunan Nasional

6Berikut adalah contoh pelaksanaan konsep al-taawun Kecuali

A menziarahi orang sakit

B membantu orang dalam kesusahan

C menghadiri majlis kenduri anjuran jiran

D bergotong-royong membersihkan pusat hiburan

Dasar dan Pelan Tindakan untuk perpaduan:

Rukun Negara.

Dasar Ekonomi Baru

Dasar Pembangunan Nasional.

Wawasan 2020

Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Unsur-unsur hubungan Etnik menurut acuan Malaysia:

Keazaman politik

Khalayak kritikal

Kekukuhan ekonomi

Agama Islam

Wawasan yang dikongsi

Penggunaan sains dan teknologi

Menerima perbezaan antara agama

.

Matlamat DEB

Matlamat utama DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara dengan membetulkan ketidakseimbangan sosioekonomi yang wujud antara kaum dan wilayah. DEB dilaksanakan melalui serampang dua mata iaitu (i) membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan (ii) menyusun semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

Demensi Baru DPN Pembasmian kemiskinan, tumpuan kepada menghapuskan kemiskinan tegar dan mengurangkan kemiskinan relatif. Pembangunan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera. Penglibatan sektor swasta dalam proses penyusunan semula masyarakat. Pembangunan sumber manusia termasuk sistem nilai dan etika bagi mencapai matlamat pertumbuhan ekonomi pengagihan yang saksama.

1Rukun Negara telah dirumus berasaskan kepercayaan, keyakinan dan iltizam untuk membentuk jati diri rakyat Malaysia yang unggul.

a. Senaraikan 5 prinsip yang mendukung Rukun Negara.

i. ________________________________________________________

ii. ________________________________________________________

iii. ________________________________________________________

iv. ________________________________________________________

v. ________________________________________________________ (5 markah)

b. Jelaskan bagaimana penghayatan terhadap prinsip-prinsip Rukun Negara menjadi asas kepada perpaduan.

_______________________________________________________

_______________________________________________________

_______________________________________________________

_______________________________________________________

_______________________________________________________

_______________________________________________________

_______________________________________________________

_______________________________________________________

_______________________________________________________

_______________________________________________________

_______________________________________________________

_______________________________________________________ ( 5 markah )2Sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk sudah pasti Malaysia perlu menghadapi pelbagai cabaran dalam mengurus perpaduan antara etnik.

a. Senaraikan 4 cabaran hubungan etnik di Malaysia yang melibatkan aspek sosial.

i. ________________________________________________________

ii. ________________________________________________________

iii. ________________________________________________________

iv. ________________________________________________________ ( 4 markah )

b.Jelaskan aspek-aspek yang memberi cabaran terhadap kepentingan etnik dari aspek ekonomi..

________________________________________________________

________________________________________________________

________________________________________________________

________________________________________________________

________________________________________________________

________________________________________________________

________________________________________________________

________________________________________________________

________________________________________________________

________________________________________________________

________________________________________________________ _______________________________________________________

________________________________________________________ ( 6 markah )

Cabaran Globalisasi

Isu globalisasi dan pembaratan corak hidup berasaskan gagasan ekonomi dan politik barat merupakan cabaran yang perlu dihadapi oleh rakyat Malaysia. Pemikiran bahawa tamadun barat lebih tinggi mampu mendominasi masyarakat. Barat juga berjaya membawa masuk pengaruh ideologi, budaya hedonisme dan nilai negatif, ekonomi bebas, sains dan teknologi yang memusnahkan dan sistem politik mereka yang dikatakan terbaik. Malah melalui globalisasi barat berjaya mengeksport segala macam keburukan yang merosakkan negara dan alam sekitar, budaya hiburan dan mengekploitasi sumber manusia dan bahan mentah.

1. Huraikan cabaran-cabaran yang perlu dihadapi untuk merealisasikan Wawasan 2020.

MODUL 6HUBUNGAN ETNIK: PERANAN KERAJAAN DAN MASYARAKAT

KUNCITerdapat berbagai lambang di bahagian kiri bahan-bahan pengajaran. Lambang ini menunjukkan makna tertentu seperti yang dinyatakan di bawah.

Pengenalan

Modul 6 akan membincangkan proses perpaduan dan hubungan etnik yang mantap dalam kalangan rakyat Malaysia. Penekanan diberikan kepada peranan kerajaan dan masyarakat dalam proses pembentukan integrasi nasional. Persoalan yang perlu dibincangkan adalah sejauhmana peranan kerajaan dan masyarakat melalui faktor-faktor sedia ada memberi kesan terhadap proses pembentukan hubungan etnik di Malaysia. Secara umumnya setelah selesai mempelajari bab ini, para pelajar seharusnya dapat:

menjelaskan peranan kerajaan dalam proses pembentukan hubungan etnik di Malaysia.

menjelaskan peranan masyarakat dalam proses pembentukan hubungan etnik di Malaysia.

menilai keberkesanan peranan kerajaan dalam proses pembentukan hubungan etnik melalui pendekatan-pendekatan yang telah diperkenalkan.

menilai keberkesanan peranan masyarakat dalam proses pembentukan hubungan etnik melalui pendekatan-pendekatan yang telah diperkenalkan.

Walaupun peristiwa berdarah 13 Mei 1969 memberi banyak ikhtibar, namun sehingga kini ikatan kesetiaan etnik memainkan peranan yang amat penting dan hampir keseluruhan kegiatan, tindakan, dan pergerakan adalah berasaskan kepada etnik (Sanusi, 1984). Kumpulan etnik bersaing antara sama lain untuk merebut sumber kekayaan yang sama, seruan-seruan menggunakan faktor etnik biasanya dengan mudah dapat mengumpul sokongan daripada anggota kumpulan etnik (Sanusi, 1984). Perasaan perkauman masih menebal walaupun pihak kerajaan melakukan usaha-usaha untuk mewujudkan perpaduan.

Peranan Kerajaan Peranan Masyarakat Top-Down

i. Peranan Kerajaan:

__________________________________________________________ __________________________________________________________ __________________________________________________________ __________________________________________________________

ii. Peranan Masyarakat:

__________________________________________________________ __________________________________________________________ __________________________________________________________ __________________________________________________________

iii. Top-Down:

_________________________________________________________ _________________________________________________________ _________________________________________________________ _________________________________________________________

Peranan Kerajaan

Jabatan Perpaduan Negara telah diwujudkan pada 1 Julai 1969 dengan tujuan untuk menangani isu-isu berhubung pembinaan semula perpaduan etnik berbilang kaum. Selepas pembubaran MAGERAN, Majlis Penasihat Perpaduan Negara telah ditubuhkan pada 23 Februari 1971 dan tanggungjawab memupuk dan memelihara perpaduan diletakkan di bawah tanggungjawab Jabatan Perpaduan Negara. Antara tahun 1990-2004 Jabatan Perpaduan Negara diletakkan di bawah Kementerian Perpaduan Negara dan Masyarakat sebelum diletakkan semula di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan nama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN). Kerajaan melalui JPNIN telah melaksanakan berbagai strategi bertujuan membentuk perpaduan antara kaum.

Strategi Kerajaan Melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional

Politik: mewujudkan persefahaman politik berdasarkan peruntukan yang termaktub dalam perlembagaan.

Ekonomi: memastikan elemen-elemen ekonomi yang boleh menimbulkan ketegangan kaum, sentimen etnosentrisme, prejudis, tanggapan negatif antara kaum ditangani secara bijaksana.

Pendidikan: menyediakan persekitaran serta kemudahan bagi sosialisasi dalam masyarakat dan menyediakan saluran penyebaran serta penerapan pengetahuan, sikap dan nilai-nilai yang mampu meningkatkan kesedaran nasional, semangat cinta dan bangga kepada negara dan perpaduan.

Penggunaan Bahasa Kebangsaan: membolehkan semua kaum dan keturunan berkomunikasi antara satu sama lain.

Agama: semua rakyat Malaysia bebas untuk menganut dan mengamal agama dan kepercayaan masing-masing selaras dengan peruntukan yang termaktub dalam perlembagaan.

Kebudayaan: mewujudkan kebudayaan nasional yang menjadi milik bersama rakyat tanpa mengira kaum, keturunan dan wilayah berpandukan 3 prinsip yang ditentukan dalam Dasar Kebudayaan Kebangsaan.

Integrasi Antara Wilayah: penambahbaikan sistem perhubungan kebangsaan dan pengangkutan, perluasan sistem radio dan televisyen nasional kepada Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, penubuhan pelbagai agensi kerajaan Persekutuan dan lawatan pemimpin.

Keselamatan: melalui pencegahan (Akta Hasutan, kawalan terhadap akhbar, buku dan penerbitan) dan pemulihan (tindakan kawalan keselamatan dan ketenteraman awam).

Pembangunan Kawasan: mengandungi pembangunan bercampur seperti fasa perumahan kos rendah, rendah dan juga mewah.

Kerajaan telah menjadikan industri sebagai satu strategi mewujudkan perpaduan dengan menemukan etnik yang berbeza di tempat kerja yang sama di samping cuba menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.

Bincangkan sejauh manakah hubungan kerja dalam sektor industri dapat mencapai matlamat perpaduan yang dihasratkan oleh kerajaan.

1Berikut adalah Visi Rukun Tetangga

A bersatu terus maju

B memupuk kesefahaman dan bertolak ansur ke arah pembangunan

C membantu dalam pembentukan bangsa Malaysia yang bersatu padu

D memelihara, meningkat dan mengukuhkan perpaduan rakyat dan integrasi nasional

2Kita hendaklah mencapai kemajuan sepenuhnya dari segi perpaduan negara dan kesepaduan sosial, ekonomi, keadilan sosial, kestabilan politik, sistem pemerintahan, mutu kehidupan, nilai-nilai sosial dan kerohanian, selain mempunyai rasa bangga dan keyakinan akan bangsa sendiri.

Pernyataan di atas merujuk kepada.

A Wawasan 2020

B Dasar Sosial Negara

C Dasar Ekonomi Baru

D Dasar Pembangunan Negara

3.Antara berikut manakah prinsip utama yang diberi penekanan dalam Dasar Kebudayaan Kebangsaan.

A nilai kesopanan dan kesukuan

B profesional dan keterangkuman

C kebudayaan masyarakat berbilang kaum

D unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai 4Aspek pemulihan keadaan keselamatan ketenteraman awam melibatkan tindakan-tindakan berikut kecuali

A kebebasan asasi

B Rukun tetangga

C Ikatan Relawan rakyat

D pengisytiharan darurat

5Berikut adalah langkah untuk menarik minat orang bukan Melayu terhadap sekolah kebangsaan kecuali.

A aktiviti antara golongan etnik

B memasukkan unsur interaksi antara etnik dalam kurikulum

C mengetepikan proses penguasaan bahasa ibunda masing-masing/

D memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan interaksi antara etnik.

Peranan Masyarakat:

Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dijalankan oleh masyarakat untuk memastikan perpaduan dan keharmonian etnik dapat dikekalkan.

Rukun Tetangga: diperkenalkan pada tahun 1975 dengan penekanan kawalan keselamatan di kawasan kediaman masing-masing. Mulai Januari 1983 pembaharuan melalui pengukuhan semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat setempat.

Rumah Terbuka: akan diadakan oleh setiap rakyat apabila tiba musim perayaan.

Penerimaan Budaya: penerimaan budaya kaum lain seperti pakaian dan makanan.

Program di Institut Pengajian Tinggi: menggalakkan aktiviti dan program yang menjurus kepada perpaduan.

1Visi Rukun Tetangga ialah membantu dalam pembentukan satu bangsa Malaysia yang bersatu padu dalam konteks pencapaian wawasan 2020.

a. Senaraikan 4 aktiviti yang telah dilaksanakan oleh komuniti Rukun Tetangga.

i. __________________________________________________________

ii. __________________________________________________________

iii. __________________________________________________________

iv. __________________________________________________________ (4 markah) b. Jelaskan perkembangan Rukun Tetangga bermula pada tahun 1975 hingga kini.

_________________________________________________________

_________________________________________________________

_________________________________________________________

_________________________________________________________

_________________________________________________________

_________________________________________________________

_________________________________________________________

_________________________________________________________

_________________________________________________________

_________________________________________________________

_________________________________________________________

_________________________________________________________

_________________________________________________________2Kerajaan memainkan peranan penting dalam merangka dan memberi penekanan kepada dasar-dasar pembangunan sosio-ekonomi yang menjurus kepada perpaduan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum.

a. Senaraikan 4 strategi yang telah dirancang dan dilaksanakan oleh kerajaan.

i. _________________________________________________________

ii. _________________________________________________________

iii. _________________________________________________________

iv. _________________________________________________________ ( 4 markah )

b. Jelaskan langkah-langkah ekonomi yang dilakukan oleh kerajaan dalam usaha mengurangkan masalah ketegangan kaum.

________________________________________________________

________________________________________________________

________________________________________________________

________________________________________________________

________________________________________________________

________________________________________________________

________________________________________________________

________________________________________________________

________________________________________________________

________________________________________________________

________________________________________________________ _______________________________________________________ ( 6 markah )

Peranan NGO dalam Konteks Hubungan Etnik

Isu kerjasama politik antara pelbagai etnik di Malaysia telah lama dibincangkan. Contoh paling jelas adalah kerjasama erat antara UMNO, MCA dan MIC telah membawa kejayaan besar dalam proses politik awal di Tanah Melayu. Gabungan 3 parti politik pelbagai kaum ini bukan sahaja mencetuskan perubahan dalam senario politik negara pada zaman awal kemerdekaan, malah berjaya mengekalkan kuasa pemerintah selama 55 tahun kerana tidak ada gabungan parti politik pelbagai etnik lain sehinggalah menjelang pilihan raya ke 12 pada tahun 2008. Parti Perikatan pimpinan Tunku Abdul Rahman telah berjaya menyakinkan pihak British bahawa wujud kerjasama erat antara etnik di Tanah Melayu dan jelas menunjukkan bahawa mereka telah bersedia untuk memperoleh kemerdekaan.

1. Hubungan antara etnik dan integrasi nasional adalah isu yang perlu ditangani dengan bijaksana dalam proses pembinaan negara Malaysia yang harmonis.

Justifikasikan keberkesanan program-program integrasi yang dilaksanakan oleh kerajaan.MODUL 7PANDUAN DAN CONTOH PENULISAN TUGASAN KERJA KURSUS

Pengenalan

Modul 7 secara khususnya akan memberi tumpuan kepada aspek penulisan Tugasan Kerja Kursus yang perlu diberi perhatian oleh setiap pelajar. Modul ini diharap akan membantu pelajar khususnya untuk memahami proses, keperluan dan kehendak Tugasan Kerja Kursus mengikut format Model Tugasan Kerja Kursus. Panduan ini akan membincangkan konsep dan objektif pelaksanaan kerja kursus, pemeringkatan dan bentuk tugasan kerja kursus, perancangan dan pelaksanaan kerja kursus, kriteria pentaksiran serta format penulisan akademik. Modul ini boleh digunakan oleh semua kumpulan pelajar IPG dan diharapkan akan membantu semua pelajar dalam melaksanakan Tugasan Kerja Kursus secara lebih sistematik, berkesan dan berkualiti.

Pelajar perlu memahami kehendak dan matlamat pelaksanaan Tugasan Kerja Kursus supaya setiap aktiviti tugasan kerja kursus dapat dilaksanakan mengikut peringkat dan tahap yang ditetapkan oleh IPGM. Adalah penting untuk mematuhi dan melaksanakan tugasan mengikut prosedur supaya setiap aktiviti yang dicadangkan mencapai objektif dan menampakkan keberkesanan. Dalam hal ini, pelajar perlu memahami dengan sejelas-jelasnya konsep dan objektif pelaksanaan kerja kursus yang akan diterangkan dalam rajah 1 di bawah. Mulai Jun 2012 hanya 3 bentuk kerja kursus yang akan diberikan kepada pelajar iaitu projek, ujian amali, dan Ujian Akhir Kursus (UAK): rujuk rajah 2 untuk memahami bentuk kerja kursus tersebut.

Rajah 1: Carta Alir Penulisan Tugasan Kerja Kursus

Rajah 2:Bentuk-bentuk Kerja KursusPaduan Penulisan Tugasan Kerja Kursus

Satu penulisan kerja kursus yang baik dan berkesan memerlukan tatacara dan tindak ikut yang sistematik. Antara perkara yang perlu diberi perhatian oleh pelajar semasa melaksanakan tugasan kerja kursus adalah:

memahami tajuk tugasan

skop perbincangan dan organisasi isi kandungan

rujukan perpustakaan

mengumpul dan menulis cite atau qouete

menulis dan mengupas persoalan

membuat kesimpulan

menulis bibliografi

Memahami Tajuk Tugasan

Sebelum memulakan sebarang kerja, anda perlu memahami dengan jelas kehendak dan skop soalan tugasan yang diberikan. Buat perbincangan dan rakan atau pensyarah jika perlu. Pastikan anda benar-benar faham dan yakin bahawa skop dan kehendak soalan telah anda kuasai. Elakkan daripada membincangkan fakta atau isi yang tidak berkaitan dengan soalan yang diberikan.

Skop Perbincangan dan Organisasi Isi Kandungan

Bagi memudahkan anda untuk menjalankan proses pengumpulan maklumat dan membentuk organisasi isi kandungan, seeloknya sediakan satu carta alir untuk mengambarkan secara ringkas aliran pergerakan proses pengumpulan maklumat. Carta alir yang baik akan menggambarkan idea keseluruhan yang akan anda perjelaskan di dalam teks tugasan anda.

Menulis Sumber Rujukan

Menulis sumber rujukan sebenarnya amat mudah, tetapi kita perlu mengikut peraturan dan prosedur yang ditetapkan. Pada akhir pernyataan yang dirujuk anda perlu meletakkan tanda buka kurungan, kemudian menulis nama pengarang diikuti oleh tanda koma dan tahun bahan rujukan itu diterbitkan, seterusnya diakhiri dengan tutup kurungan.

Contoh: Peristiwa Malayan Union membuktikan dengan jelas bahawa kaum Melayu telah menghadapi perubahan dari segi idealogi politik (Ariffin Omar, 2005).SoalanTugasan:

Perjuangan mempertahankan etnik akan menimbulkan konflik dalam masyarakat. Bincangkan sejauhmana Gagasan 1 Malaysia mampu merealisasikan hasrat untuk mengurangkan konflik antara etnik di Malaysia.

.

Carta Alir Penulisan

1.1Pengenalan

Konflik perkauman di negara ini telah bermula sejak zaman sebelum merdeka dan masih berterusan sehingga kini. Walaupun peristiwa 13 Mei 1969 telah menyedarkan banyak pihak betapa pentingnya perpaduan antara kaum demi keselamatan dan pembangunan negara, namun sehingga kini belum berupaya untuk mengikis perasaan perkauman dikalangan kumpulan etnik di negara ini. Malah ikatan kesetiaan etnik memainkan peranan yang amat penting dan hampir seluruh kegiatan, tindakan dan pergerakan di Malaysia adalah berasaskan kepada etnik masing-masing (Sanusi, 1984:43-44). Perasaan perkauman masih wujud disebalik usaha berterusan pihak kerajaan untuk mewujudkan perpaduan antara etnik di negara ini. Pelbagai usaha telah dilaksanakan, antaranya menubuhkan Jabatan Perpaduan Negara, menggubal Dasar Kebudayaan Kebangsaan, membentuk sistem pendidikan berorientasikan perpaduan, penggubalan prinsip Rukun Negara, melancarkan Dasar Ekonomi Baru dan yang terkini konsep 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B. Datuk Seri Najib Tun Razak, menjadi penggerak utama ke arah mencapai perpaduan dan integrasi kaum yang bertemakan rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Konsep 1Malaysia merupakan satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Dalam menjayakan matlamat ini, sektor pendidikan, terutamanya melalui sistem persekolahan memainkan peranan utama dengan menerapkan nilai-nilai murni dan perpaduan nasional (Atan Long, 1984:181-184).

1.2

.

Nasionalisme adalah suatu sikap politik dari masyarakat suatu bangsa yang mempunyai kesamaan kebudayaan, dan wilayah serta kesamaan cita-cita dan tujuan, dengan demikian masyarakat suatu bangsa tersebut merasakan adanya kesetiaan yang mendalam terhadap bangsa itu sendiri. Menurut Hans Kohn (1960) nasionalisme adalah satu keadaan fikiran yang menyerap masuk ke dalam jiwa sebahagian besar rakyat dan didakwa menyerap masuk di kalangan semua anggotanya. Nasionalisme juga merupakan gerakan kesedaran yang menumpukan perhatian bagi menentukan nasib bangsa dan negara untuk mencapai kebebasan dan kesejahteraan serta memupuk keperibadian sejati (Ongkili J. P, 1972). Abdul Latif Abu Bakar (1998) pula melihat nasionalisme sebagai satu sentimen dalam kalangan penghuni sesuatu wilayah tertentu yang meluapkan perasaan kesetiaan kepada negara dan ia menjadi unsur penting nasionalisme. Para sarjana mempunyai pendapat yang berbeza dalam membincangkan tentang perkembangan nasionalisme di Tanah Melayu. Roff W. (1967) telah membahagikan sejarah perkembangan semangat nasionalisme di Tanah Melayu kepada tiga tahap iaitu tahap 1: 1900-1920 (golongan berpendidikan agama; tahap 2:1920-1930 (golongan berpendidikan Melayu dan tahap 3: 1930-1941 (golongan berpendidikan Inggeris). Radin Soernarno (1960) membuat pembahagian berdasarkan matlamat dan tujuan yang berbeza bagi setiap tahap perkembangan nasionalisme yang berlaku di Tanah Melayu. Beliau telah membahagikan perkembangan gerakan nasionalisme kepada 3 tahap iaitu tahap 1:1906-1926 (tahap keagamaan); tahap 2; 1926-1937 (tahap ekonomi dan sosial) dan tahap 3: 1937-1941 (tahap politik).

Dalam usaha untuk melihat sejauhmana perkembangan sosio-politik Melayu sekitar tahun 1945-1969 telah berjaya membakar semangat nasionalisme, perbincangan akan menjurus kepada peranan yang dimainkan oleh 3 parti politik Melayu yang ditubuhkan sekitar tahun 1945 hingga 1969 di Tanah Melayu.

2.Peranan PKMM dalam Perkembangan Sosio-politik Melayu

Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) merupakan parti politik Melayu pertama yang ditubuhkan ketika British kembali ke Tanah Melayu pada tahun 1945. PKMM telah ditubuhkan pada bulan Oktober 1945 di Jabatan Karang Mengarang dan Pentadbiran Suara Rakyat (Ahmad Boestamam, 1972). PKMM diketuai oleh Mokhtaruddin Lasso dan Dr. Burhanuddin Helmy. Dalam rangka kerja untuk membangkitkan semangat nasionalisme Melayu, PKMM menjalankan dasar bekerjasama dengan Indonesia untuk tujuan proklamasi kemerdekaan dan mengambil sikap anti Inggeris, sehingga ia dianggap sebagai sebuah parti yang radikal, malah anggota pemuda PKMM (API) dengan lantang menyuarakan hasrat akan mengangkat senjata jika perlu (Abdullah Zakaria Ghazali, 1996).

Menurut Ramlah Adam (1998) PKMM cuba menonjolkan satu pembaharuan dalam politik di Tanah Melayu apabila meletakkan kuasa rakyat sebagai struktur dasar dalam pemikiran politik partinya. Malah ia dikatakan satu langkah yang salah yang diambil oleh PKMM apabila mereka menyokong gagasan Malayan Union yang rata-rata ditentang oleh orang Melayu pada ketika itu. PKMM juga dianggap pro komunis kerana ketuanya Mokhtaruddin Lasso adalah bekas anggota Parti Komunis Indonesia yang lari ke Tanah Melayu ( Ramlah Adam, 1998 ). Justeru itu doktrin perjuangan PKMM dikatakan tidak mendapat sokongan meluas dari masyarakat Melayu atau mana-mana pertubuhan dan kesatuan Melayu yang ada. Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pimpinan Dr. Burhanuddin Helmy turut menentang penubuhan Persekutuan tanah Melayu dan UMNO pimpinan Dato Onn kerana menganggap Dato Onn telah gagal dalam misi memerdekakan Tanah Melayu dan cara-cara perundingan membentuk draf working Committe yang dianggap tidak demokratik kerana tidak mendapat pandangan daripada semua golongan penduduk Tanah Melayu.

PKMM adalah pertubuhan yang mewakili sekumpulan orang Melayu benar-benar memahami dan bergerak atas landasan nasionalisme tulen. Pemimpin-pemimpin PKMM seperti Dr. Burhanuddin Al-Helmy, Ishak Haji Muhammad dan Ahmad Boestamam berpendapat bahawa cara untuk mencapai kemerdekaan Tanah Melayu adalah melalui gabungan politik dengan Indonesia melalui konsep Melayu Raya (Ariffin Omar, 2005:329). Impian politik PKMM adalah untuk mewujudkan penyatuan semua suku bangsa ke dalam garisan politik baharu haruslah dilakukan sebaik sahaja British dan Belanda diusir keluar dari Tanah Melayu. Berbeza dengan UMNO dasar perjuangan PKMM untuk menggabungkan Tanah Melayu dengan Indonesia kurang mendapat sambutan orang Melayu kerana mereka ragu-ragu untuk menganggap semua suku bangsa Indonesia sebagai serumpun dengan bangsa Melayu (Ariffin Omar, 2005:329). Selepas gagal dengan idea Melayu Raya, PKMM telah bekerjasama dengan kumpulan-kumpulan bukan Melayu untuk mewujudkan sebuah negara yang berdaulat dan merdeka. PKMM telah bekerjasama dengan kumpulan-kumpulan Melayu yang lain seperti Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Hizbul Muslimin untuk mewujudkan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) pada tahun 1947.

PUTERA telah mengadakan Persidangan Gerakan Kiri di ibu pejabat PKMM di Jalan Batu, Kuala Lumpur pada 22 Februari 1947. Kesepakatan telah dicapai bahawa untuk memperkasakan pergerakan kiri di Tanah Melayu kerjasama politik antara kaum perlu diwujudkan. Hasilnya pada tahun yang sama kerjasama politik pelbagai kaum antara PUTERA dan All Malayan Council of Joint Action (AMCJA) telah dibentuk. Gabungan PUTERA-AMCJA bukan sahaja bersatu tenaga untuk menentang gagasan Malayan Union dan Persekutuan Tanah Melayu yang dianjurkan oleh British, malah berjaya menyedarkan pihak British bahawa rakyat pelbagai kaum boleh bersatu untuk menentang mereka. Lantaran itu, mereka telah merangka satu draf perlembagaan yang dikenali sebagai Perlembagaan Rakyat. Namun kerjasama ini tidak direstui oleh British kerana mereka berusaha untuk mencapai kemerdekaan negara dengan menafikan hak dan kepentingan British di Tanah Melayu. Peristiwa ini membuktikan bahawa kerjasama politik pelbagai kaum telah dipelopori oleh golongan kiri (Ishak Saat, 2010). Malah menurut Mohd Isa Othman (2002) PUTERA-AMCJA bukan sekadar pertubuhan politik Melayu semata-mata, tetapi juga memperlihatkan kerjasama pertubuhan politik Melayu dengan bukan Melayu. Langkah yang diambil ini dengan jelas memberi gambaran kematangan berpolitik bangsa Melayu berhaluan kiri pada masa itu.

Kerjasama politik PUTERA-AMCJA yang diketuai oleh PKMM pada masa itu telah mempelbagaikan strategi politik demi untuk menyampaikan maklumat dan mesej perjuangan kepada masyarakat. Justeru itu, mereka menggunakan akhbar sebagai wadah untuk menyebarkan semangat dan matlamat perjuangan mereka untuk mencapai kemerdekaan. Ahmad Boestamam (1972) menegaskan bahawa tujuan utama penerbitan akhbar Suara Rakyat adalah untuk memupuk kesedaran kepada rakyat tentang kepentingan bernegara sendiri. Suara Rakyat berusaha menyakinkan rakyat umum bahawa perjuangan kemerdekaan harus mendapat sokongan padu daripada seluruh rakyat Tanah Melayu tanpa mengira latar belakang keturunan.

3.Peranan UMNO dalam Perkembangan Sosio-politik Melayu

Gagasan Malayan Union yang dicadangkan oleh British pada 22 Januari 1946 merupakan titik tolak kepada peranan UMNO dalam perkembangan sosio-politik Melayu. Rancangan pembentukan Malayan Union telah membuka ruang yang jelas kepada perjuangan nasionalis Melayu. Dato Onn Jaafar, Hamzah Abdullah dan Haji Wahab Tok Muda telah merencanakan satu kongres Melayu yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman Kuala Lumpur pada 1-4 Mac 1946 dan dihadiri telah oleh 37 buah persatuan (Abdullah Zakaria Ghazali, 1996:30-31: Ramlah Adam, 1992:5). Kongres Melayu 1946 merupakan permulaan kepada perkembangan politik Melayu berhaluan kanan dimana Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) telah ditubuhkan dan Dato Onn telah dilantik sebagai Yang Dipertua pertama. Bermula dari sinilah UMNO memainkan peranan utama menggerakkan semangat nasionalisme masyarakat Melayu, terutamanya untuk menggagalkan pembentukan Malayan Union. Dato Onn dalam beberapa siri perbincangan dengan pihak Inggeris bertegas menolak Malayan Union dan bagi beliau setiap undang-undang Tanah Melayu patut diluluskan oleh Federal Council Tanah Melayu sahaja. Akhirnya Gabenor Jeneral Malcolm Macdonald bersetuju Federal Council berkuasa memutuskan undang-undang Tanah Melayu tanpa campurtangan Parlimen British. Dalam hal ini, UMNO sebagai pertubuhan politik yang mewakili kaum Melayu telah berjaya membakar semangat bangsa untuk bangun menentang dan seterusnya berjaya menggagalkan rancangan pembentukan Malayan Union. Gagasan Malayan Union yang diisytiharkan pada 1 April 1946. Peristiwa Malayan Union membuktikan dengan jelas bahawa kaum Melayu telah menghadapi perubahan dari segi idealogi politik (Ariffin Omar, 2005:327).

Perjuangan UMNO lebih mendapat sambutan masyarakat Melayu berbanding PKMM kerana beberapa sebab iaitu pertama UMNO ditubuhkan oleh golongan atasan yang mempunyai hubungan rapat dengan istana dan kerajaan British; kedua, pemimpin-pemimpin UMNO berjaya merapatkan sultan-sultan Melayu dengan rakyat walaupun pada awalnya sultan-sultan dikritik hebat oleh rakyat; ketiga, UMNO berjaya menonjolkan diri sebagai pelindung hak orang Melayu kerana perjuangan UMNO lebih mementingkan orang Melayu daripada bangsa-bangsa lain dan UMNO pada masa itu kuat berpegang pada dasar ini (Ariffin Omar, 2005:329)

Dalam pilihanraya 1955 pemimpin UMNO menyedari bahawa tidak perlu bekerjasama dengan MCA dan MIC untuk memperolehi kemenangan tetapi atas dasar perpaduan kaum dan untuk menyakinkan Inggeris bagi mendapat kemerdekaan gabungan parti yang mewakili etnik perlu dilakukan ( Ibrahim Mahmood, 1981:440 ).

Barisan Nasional telah ditubuhkan secara rasminya pada 1 Jun 1974 yang menggabungkan UMNO, MCA, MIC, Gerakan, PPP, PAS, SUPP, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan Perikatan Sabah.

4.Peranan PAS dalam Perkembangan Sosio-politik Melayu

5.Rumusan

Rujukan

Abdul Latif Abu Bakar. (1998). Patriotisme dan Nasionalisme: Satu Pandangan dan Renungan dalam Jurnal IKSEP (Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia), Jilid 1. Hlm. 83-84.

Abdullah Zakaria Ghazali (1996). Terangganu: Tokoh, Pentadbiran dan Perjuangan. Kuala Lumpur: Persatuan Muzium Malaysia.

Ahmad Boestamam (1972). Merintis Jalan Ke Punchak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ariffin Omar (2005). Dari Malayan Union ke 13 Mei. dalam Abdul Rahman Ismail (2005). Malaysia: Sejarah Kenegaraan dan Politik. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hans Kohn. (1960). The Idea Nationalism: A Study In Its Origin And Background. New York:Collier Books.

Ibrahim Mahmood (1981). Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu. Kuala Lumpur: Pustaka Antara.

Ishak Saat (2010). Caturan Politik Pelbagai Kaum di Tanah Melayu 1946-1957. Jurnal Jebat Vol 37. Bangi: Jabatan Sejarah. Penerbitan UKM.Ismail Said (2012). Sejarah Malaysia Moden (1945-1969). Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Mohd. Isa Othman (2002). Sejarah Malaysia 1800-1963. Utusan Publications & Distributors. Kuala Lumpur.

Ongkili J. P (1972). Jurnal Jebat. Bangi: Jabatan Sejarah. Penerbitan UKM.

Radin Soenarno (1960). Malay Nationalism 1900-1945 dalam Journal of Southeast Asian History, Jil. 1, hlm. 1-28.

Ramlah Adam (1998). Kemelut Politik Semenanjung Tanah Melayu. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Roff, William (1967). The Origins of Malay Nationalism. New Haven: Yale University Press.

Perbincangan Kumpulan

Fikirkan

Rehat Sebentar

Bacaan Wajib

Latihan

Nota Ringkas

CUBA FIKIR DAN FAHAMI KONSEP-KONSEP BERIKUT

CUBA TERANGKAN APA YANG ANDA FAHAM TENTANG KONSEP-KONSEP BERIKUT

BACA NOTA RINGKAS DI BAWAH DENGAN TELITI

SECARA BERKUMPULAN 4-5 ORANG BINCANGKAN

LATIHAN REFLEKSI MINDA

Ketentuan atau arah yang bersifat sehala dalam perkembangan kebudayaan manusia, yang berjalan melalui tahap-tahap tertentu.

REHAT SEBENTAR SEMAK JAWAPAN DENGAN RAKAN ANDA

BACA DAN FAHAMI NOTA DI BAWAH

BUAT RUJUKAN DAN JAWAB SOALAN

NOTA RINGKAS

Perbincangan Kumpulan

Fikirkan

Rehat Sebentar

Bacaan Wajib

Latihan

Nota Ringkas

CUBA FIKIR DAN FAHAMI KONSEP-KONSEP BERIKUT

CUBA TERANGKAN APA YANG ANDA FAHAM TENTANG KONSEP-KONSEP DI ATAS

BACA NOTA RINGKAS DI BAWAH DENGAN TELITI

SECARA BERKUMPULAN 4-5 ORANG BINCANGKAN

LATIHAN REFLEKSI MINDA

REHAT SEBENTAR SEMAK JAWAPAN DENGAN RAKAN ANDA

BACA DAN FAHAMI NOTA DI BAWAH

BUAT RUJUKAN DAN JAWAB SOALAN

NOTA RINGKAS

SECARA BERKUMPULAN 3 HINGGA 4 ORANG BINCANGKAN

Perbincangan Kumpulan

Fikirkan

Rehat Sebentar

Bacaan Wajib

Latihan

Nota Ringkas

CUBA FIKIR DAN FAHAMI KONSEP-KONSEP BERIKUT

CUBA TERANGKAN APA YANG ANDA FAHAM TENTANG KONSEP-KONSEP DI ATAS

BACA NOTA RINGKAS DI BAWAH DENGAN TELITI

SECARA BERKUMPULAN 4-5 ORANG BINCANGKAN

LATIHAN REFLEKSI MINDA

REHAT SEBENTAR SEMAK JAWAPAN DENGAN RAKAN ANDA

BACA DAN FAHAMI NOTA DI BAWAH

BUAT RUJUKAN DAN JAWAB SOALAN

NOTA RINGKAS

SECARA BERKUMPULAN 3 HINGGA 4 ORANG BINCANGKAN

Perbincangan Kumpulan

Fikirkan

Rehat Sebentar

Bacaan Wajib

Latihan

Nota Ringkas

CUBA FIKIR DAN FAHAMI KONSEP-KONSEP BERIKUT

CUBA TERANGKAN APA YANG ANDA FAHAM TENTANG KONSEP-KONSEP DI ATAS

BACA NOTA RINGKAS DI BAWAH DENGAN TELITI

SECARA BERKUMPULAN 4-5 ORANG BINCANGKAN

LATIHAN REFLEKSI MINDA

REHAT SEBENTAR SEMAK JAWAPAN DENGAN RAKAN ANDA

BACA DAN FAHAMI NOTA DI BAWAH

BUAT RUJUKAN DAN JAWAB SOALAN

NOTA RINGKAS

SECARA BERKUMPULAN 3 HINGGA 4 ORANG BINCANGKAN

Perbincangan Kumpulan

Fikirkan

Rehat Sebentar

Bacaan Wajib

Latihan

Nota Ringkas

CUBA FIKIR DAN FAHAMI KONSEP-KONSEP BERIKUT

CUBA TERANGKAN APA YANG ANDA FAHAM TENTANG KONSEP-KONSEP DI ATAS

BACA NOTA RINGKAS DI BAWAH DENGAN TELITI

SECARA BERKUMPULAN 4-5 ORANG BINCANGKAN

LATIHAN REFLEKSI MINDA

REHAT SEBENTAR SEMAK JAWAPAN DENGAN RAKAN ANDA

BACA DAN FAHAMI NOTA DI BAWAH

BUAT RUJUKAN DAN JAWAB SOALAN

NOTA RINGKAS

SECARA BERKUMPULAN 3 HINGGA 4 ORANG BINCANGKAN

Konsep Kerja Kursus

komponen berstruktur untuk mentafsir penguasaan dan pencapaian pelajar dalam aspek pemerolehan, penguasaan, kemahiran, pemindahan pembelajaran serta penghayatan nilah sahsiah keguruan.

Objektif Penulisan Tugasan Kerja Kursus

memberi bimbingan kepada pelajar dalam proses pemerolehan dan penguasaan ilmu, serta kemahiran dan pemindahan pembelajaran.

menghubungkait teori dan praktik melalui pengalaman dan refleksi kendiri.

meningkatkan kemahiran membuat rujukan, mengakses, memilih, dan mengorganisasi maklumat daripada pelbagai sumber secara sistematik dan bermakna.

menggerakkan proses pembelajaran dan menggalakkan perkembangan intelektual, pemikiran kendiri dan kemahiran berfikir aras tinggi.

membentuk kemahiran mencari makna daripada pengalaman pelajar sendiri, mencari kebenaran dalam pegangan, pengetahuan dan tindakan bagi meningkatkan kualiti diri dan kehidupan, seterusnya menjadi pengamal refleksi.

Membentuk pelajar agar menjadi seorang guru yang beretika, beradab, berilmu dan berakhlak mulia sesuai dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru.

Pemeringkatan Tugasan Kerja Kursus

Pemerolehan Ilmu: menguji kebolehan pelajar mengakses dan memahami ilmu daripada pelbagai sumber. Aspek yang dinilai adalah kemahiran pelajar mencari dan mengumpul maklumat yang relevan, tepat dan mencukupi dari pelbagai sumber.

Penguasaan Ilmu dan Kemahiran: menilai kebolehan pelajar merancang, mengorganisasi maklumat dan membina makna kendiri serta menguasai kemahiran-kemahiran berkaitan.

Pemindahan Pembelajaran: menilai kebolehan pelajar mengaplikasi ilmu dan kemahiran dalam situasi sebenar sama ada situasi pengajaran dan pembelajaran atau situasi harian.

Ujian Akhir Kursus

dilaksanakan untuk menguji penguasaan pelajar terhadap teori yang dipelajari dalam kursus tersebut. Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) digunakan sebagai panduan menyediakan soalan pada aras tertentu.

Projek

set aktiviti yang berkait dengan hasil pembelajaran. kursus major dan elektif dilaksanakan dalam tempoh 4 hingga 6 minggu. kursus bukan major (wajib dan pengajian profesional) dilaksanakan dalam tempoh 2 hingga 4 minggu. Contoh Tugasan Projek adalah:

Penghasilan Produk: alat bantu mengajar, model 3 dimensi, pakej modul kit, brosur, hasil seni, instrumen item ujian, mural, porfolio dan sebagainya.

Kajian/Laporan: laporan kajian, laporan amali, laporan temubual, projek penyiasatan, laporan lawatan, laporan pemerhatian.

Ulasan Kritis: artikel, jurnal, video klip, buku.

Ujian Kertas dan Pensel: Kuiz (hanya sebahagian daripada pentaksiran projek)

Penulisan: catatan log, penulisan jurnal, esei, refleksi, kertas kerja, kertas cadangan kajian dan ringkasan eksekutif.

Kerja Amali: amali sains, ujian lisan, ujian vokal, pergerakan motor, penggunaan alat muzik

Persembahan: main peranan, teater, drama, pentomen, syarahan, pidato, pembentangan, pengajaran mikro.

Penganjuran: forum, pertandingan, pameran, seminar, sukan, outdoor maths dan hari keusahawanan.

Ujian Amali

dilaksanakan bagi kursus yang berteraskan kemahiran bertujuan mengukur kebolehan mengaplikasi ilmu yang diperoleh dalam bentuk penguasaan kemahiran psikomotor, kemahiran manipulatif, kreativiti dan sikap yang dipamerkan secara langsung semasa ujian dijalankan atau melalui penghasilan produk.

Pengenalan

Definisi Etnik

Konflik dalam masyarakat

Konsep Gagasan 1 Malaysia

Implikasi

Perpaduan

1953

Pilihanraya 1955

Kerjasama PAS -UMNO

Konsep 1 Malaysia

Kongres Melayu

Malayan Union

CLC

UMNO MCA

UMNO-MCA-MIC

Pilihanraya

Perundingan

Kemerdekaan

Malaysia 196

Aplikasi Konsep

Putera AMCJA

Kongres Melayu

Malayan Union

UMNO

Rumusan

Berperanan dalam menggerakkan semangat nasionalisme Melayu

UMNO peranan penting- kemerdekaan- peranan golongan kiri juga perlu

1Mohamad Rashid bin Abu Bakar IPGKSAH 2012