Modul Kepimpinan

download Modul Kepimpinan

of 13

description

modul kepimpinan

Transcript of Modul Kepimpinan

MODUL KURSUS

MODUL KURSUS

KEPIMPINAN

PERINGKAT KEBANGSAAN

LATIHAN DALAM KUMPULAN

KELOMPOK KECIL

TAJUK : PROSES TAARUF / SUAI KENAL

MASA

: 1 JAM

BAHAN: KERTAS PENDUA YANG BERCETAK MAKLUMAT DIRI , BOLA GETAH

OBJEKTIF

1. Setiap kumpulan atau kelompok dapat membina etika kumpulan

2. Ahli dapat menyedari bahawa gagal majunya sesuatu kumpulan terlatak sejauh mana kerjasama dan penglibatan ahli kumpulan .

3. Dapat merancang masa depan dengan lebih teratur dan berfaedah

AKTIVITI : MENSTRUKTUR KELOMPOK

LANGKAH

1. Fasilitator memulakan sesi denagn bacaan Al Fatihah

2. fasi menstruktur perjalanan sesi kelompok dari segi :

Etika

Peraturan dan tatacara

Penggunaan masa

penglibatan

kerjasama

Hormat menghormati

Kerahsiaan dalam kelompok

3. Lafazkan etika yang telah di persetujui bersama

AKTIVITI 1 : BOLA KEPIMPINAN

ALATAN : SEBIJI BOLA GETAH

OBJEKTIF

1. Berkenalan dengan lebih mesra sesama ahli dalam kelompok

2. Meningkatkan ciri- ciri kepimpinan dalam diri

Langkah

1. Peserta duduk dalam bulatan

2. Fasi memegang bola dan memberitahu namanya kepada peserta lain , di ikuti satu cirri kepimpinan dalam dirinya, contoh saya Ali yang jujur .

3. Fasi akan melontarkan bola itu kepada salah seorang ahli kelompok .Peserta berkenaan manyambut dan menyebut namanya serta satu cirri kepimpinan dirinnya .

4. Aktiviti ini diteruskan sehingga semua ahli dapat menyebut dan mengingat nama dan kepimpinan rakan lain

AKTIVITI II :KAD MAKLUMAT DIRI

ALATAN :Kad ,borang bercetak maklumat diri (nama ,bangsa ,no kad pengenalan sekolah ,hobi cita cita dan lain-lain

LANGKAH

1. Kad / borang maklumat di edarkan kepada peserta

2. Ahli di minta melengkapkan maklumat diri

3. Setiap peserta diminta berkenalan dengan ahli yang lain, paling banyak kesamaan dengan dirinya

4. Dua atau tiga orang ahli di minta menceritakan pasangannya tanpa merujuk kad l borang maklumat diri .

PROSES

1. Fasi meminta setiap ahli menerangkan apa yang mereka perolahi melalui aktiviti yang di jalankan

2. Fasi menekankan penggunaan saya dalam sebarang penjelasan mengenai dir dan perasaan masing masing

3. fasi merumuskan falsafah di sebalik setiap aktiviti yang telah di jalankan

TAJUK : PENDEDAHAN KENDIRI

MASA : 60 MINIT

ALATAN : KERTAS PENDUA , GAMBARAJAH TINGKAP JOHAN , PEN DAN

PENSEL

OBJEKTIF

1. Menggalakkan peserta membuat pendedahan kendiri dengan lebih terbuka dan mendalam

2. Membolehkan peserta memaparkan konsep kendiri dalam sombol , lambang denga tujuan untuk penerokaan oleh peserta lain

3. Peserta dapat mengenal dirinya dengan lebih mendalam tentang kekuatan dan kelemahannya

4. Peserta dapat celik akal tentang kawan sebagai cermin diri

AKTIVITI 1 : LOGO DIRI

ALATAN : KERTAS PENDUA , PEN .

OBJEKTIF

1. Supaya para peseta dapat mendedahkan dirinya pada orang lain dan meggalakkan penerokaan kendiri oleh rakan rakan

2. Supaa para peserta dapat menyatakan tentang dirinya denag penuh jujur dan ikhlas dan bersedia berkongsi maklumat tentag dirinya .

LANGKAH

1. Fasi memulakan sesi denagn bacaan Surah Al _Fatihah

2. Fasi mengingatkan peserta tentang etika kumpulan motto dan lain lain ( ajukan soalan kepada peserta )

3. Fasi membahagikan sehelai kertas kepada setiap peserta

4. Fasi mengarahkan peserta melukis lambang diri I atas kertas dalam masa 15 minit mengikut arahan berikut :

Lukis satu bulatan yang sebesar mungkin pada kertas masing masing

Bahagikan bulatan tersebut kepada 3 bahagian dan labelkan dengan hiruf A, B dan C

A ; Lukis satu symbol diri berdasarkan pengalaman dirianda pada masa lampau

B; Lukis satu symbol diri berdasarkan diri anda pada masa sekarang

C ; Lukis satu symbol yang berkaitan denagn kehidupan anda di masa akan datang ( future expectation )

5. Setiap peserta di minta meletakkan lambang diri masing masing di hadapan dan fasi meminta secara sukarela para peserta menerangkan symbol symbol yang di lukis

6. Fasi menggalakkan para peserta mengajukan soalan soalan

7. Teruskan sehingga semua peserta mengambil bahagian

FALSAFAH

1. Tak kenal maka tak cinta

2. Setiap lambang mempunyai makna yang berbaza bagi individu yang berlainan

3. Tanggapan pertama kepada seseorang tidak semestinya tepat dan betul

NOTA

Antara contoh soalan soalan yang boleh di ajukan :

Apakah maksud symbol itu dalam kehidupan anda

Mengapaka symbol ini penting dalam kehidupa anda

AKTIVITI 2 : MAKLUM BALAS DIRI

ALATAN : GAMBARAJAH: TINGKAP JOHARI

KITA TAHU KITA TIDAK TAHU

I.

II.

ORANG LAIN TAHU

ORANG LAIN TIDAK TAHU

Petak I

: Kita tahu dan orang lain tahu. contoh ,rupa dan pakaian

Petak II : Kita tidak tahu orang lain tahu,contoh,mulut busuk

Petak III : Kita tahu dan orang lain tidak tahu,contoh,perasaan kita

Petak IV : Kita tidak tahu orang lain tahu,contoh,jodoh,ajal dan lain-lain.

LANGKAH

1. Fasi menerangkan konsep Tangkap Joharidan personaliti individu.

2. fasi meminta peserta kumpulan membuat rajah Tingkap Johari bagi diri sendiri

3. Setiap ahli diminta bergilir gilir membentangkan rajah tingkap johari masing masing dan jelaskan

4. Ahli ahli kumpulan diminta memberi respon dengan mengajukan soalan soalan

5. Setela selesai , fasi mengedarkan kertas dan meminta setiap ahli menulis maklum balas kepada setiap peserta dengan menitikberatkan hal hal perlakuan , perasaan , harapan dan cadangan .

6. Fasi meminta maklum balas daripada beberapa orang peserta dan bacakan .

7. Fasi menuliskan bentuk tingkap johan yang sebaik baiknya yang patut di miliki oleh seseorang

FALSAFAH

1. Fikiran terbuka dan bersifat positif dapat membantu ke arah perkembangan yang sihat

2. Sahabat adalah cermin hidup kita

3. Ingat mengingati adalah penting ke arah kesejahteraan hidup

CERAMAH UMUM KEMAJUAN

CERAMAH 1

TAJUK : CARA, GAYA DAN CIRI CIRI KEPIMPINAN

MASA : 1 JAM

TEMPAT : DEWAN BESAR

ALATAN : OHP DAN TRANSPERANSI, KERTAS A4, KERTAS MAHJONG, MARKER

PEN CELLOPHANE TAPEOBJEKTIF

1. Memahami dan jenis jenis dan cara gaya kepimpinan yang baik dan berkesan

2. Mengenal pasti cirri cirri pemimpin ynag baik dan unggul

LANGKAH

1. Ceramah

50 minit

2. Bengkel

30 minit

3. Pembentangan hasil bengkel 2 3 kumpulan (kumpulan lain beri input tambahan)30 minit

4. Rumusan penceramah

10 minit

PANDUAN

JENIS JENIS KEPIMPINAN

AUTOKRATIK

DEMOKRASI

LASSE FAIRE

Tanggung jawab

terhadap diri

terhadap keluarga

terhadap social / masyarakat

terhadap rakan

Sifat sifat pemimpin yang ideal

Bertanggungjawab kepada ALLAH dan manusia yang di pimpin

Cerdik dan bijaksana

Percaya kepada diri sendiri

Pergaulan yang meluas dan terbuka

Berpengatahuan luas dan berpandangan jauh

Berkewibawaan dan berketerampilan

Semangat pengabdian dan kesetiaan kepada organisasi

Seimbang dari aspek JERI

Berinisiatif, kreatif, inovatif dan proaktif

Berdaya saing

Jujur , cekap dan amanah

Aktiviti 1: wawasan diri , garisan wawasan

Alatan

: kertas pendua

OBJEKTIF

1. Supaya ahli dapat membayangkan matlamat hidupnya 15 tahun akan datang

2. Supaya dapat menyemak dan menyelaraskan tingkah laku sekarang dengan matlamat yang akan datang

LANGKAH

1. Semua ahli di minta duduk dalam keadaan relaks / selesa dan memejamkan mat a sambil membayangkan kehidupannya 15 tahun yang akan datang

Apakah kerjaya mereka pada masa iru

Bagaiman keadaan tempat tinggal mereka

Sudahkah mereka bekahwin

Bagaimana keadaan keluarga mereka ( nsangat bahagia, derita , sengsara dan lain lain )

2. Semua ahli di minta membuka mata dan menulis bayangan / impian mereka itu dalam bentuk GARISAN WAWASAN ( wawasan diri ) .

3. Setiap ahli di minta berbincang sesama mereka dengan panduan fasi berhubung dengan maklumat yang telah di bayangkan

4. Fasi membuat rumusan mengenai hasil perbincangan ahli kelompok

FALSAFAH

Untuk mencapai matlamt hidup yang di inginkan , semua usaha yang di lakukan hendaklah selaras dengan matlamat yang dicapai . Di samping itu, setiap tindakan pelu kepada perancangan yang rapid an sistematik

AKTIVITI 2 : AKU PEMIMPIN

ALATAN: KAIN TUTUP MATA

OBJEKTIF

1. Melahirkan keyakinan diri terhadap kebolehan masing masing dengan syarat mereka di beri panduan yang betul

2. Melahirkan sifat saling mempercayai antara satu sama lain

3. Melahirkan kesedaran kepada ahli bahawa, kecacatan , kekurangan , yang ada pada diri bukanlah ppenghalang kepada sesuatu kejayaan

LANGKAH

1. Fasi memberi arahan berhubung dengan cara cara melakukan aktiviti aku pemimpin

bergerak berpasangan ( satu buta satu celik )

bergerak mengikut arahan seorang celik yang lain buta

bergerak mengikut arahan 2 ahli celik yang lain buta

2. Fasi meminta maklum balas dari segi pengalaman peranan berhubung denga aktiviti

3. Fasi membuat rumusan bekenaan denga falsafah tersurat dan tersirat daripada aktiviti yang di jalankan

1. TAJUK: SAYA DAN KOMUNIKASI ( komunikasi sehala dan dua hala )

PENDAHULUAN : Telah di fitrahkan bahawa manusia merupakan insane yang suka bersosial. Dalam kehidupan seseorang individu yang normal pasti akan berkomunikasi denagn rakan rakan yang berada di sekelilingnya untuk menyampai dan menerima mesej atau meklumat tertentu

Semasa berkomunikasi, beberapa kemahiran asas perlu wujud

Contohnya: kemahiran mendengar, bertutur dan mentafsir .Dengan adanya kemahiran kemahiran akan wujudlah komunikasi 2 hala yang berkesan.

OBJEKTIF

1. Melatih pelajar pelajar menguasai kemahiran asa bekomiunikasi yang berkesan dengan rakan sebaya

2. Membantu pelajar pelajar berinteraksi supaya dapat di terima ole rakan rakan

3. Membantu pelajar pelajr mengusai kemahiran mengenali perasaan orang lain melalui tingkah laku tanpa lisan

AKTIVITI 3

ALATAN : 2 helai kertas kosong pen dan contoh lukisan

LANGKAH LANGKAH

1. Peserta di beri 2 helai kertas kosong

2. Fasi memberi arahan tanpa sebarang pertanyaan oleh peserta seperti berikut:

lukis satu bulatan sebesar syiling 50 sen

dalam bulatan tersebut lukis 3 bulatan

di atas bulatan besra , lukis sebuah segi empat tepat

di kanan bulatan besar , buat 2 garisan panjang 10 cm dan satu bulatan kecil berukuran syiling 20 sen

Dikiri bulatan besar , buat 2 garisan panjang 10 cm dan satu bulatan kecil berukuran syiling 20 sen

Di bawah bulatan besar lukis segi empat tepat berukuran 3 kali ganda

Di bawah segi empat tepat itu , buat 2 set garis panjang berukutan 10 cm

Lukiskan 2 bulatan sebesar syiling 20 sen di penghujung tiap tiap set set garisan itu .

3. Setelah siap melukis, peserta di minta melukis sekalilagi dengan arahan yang sama tetapi kali ini di benarkan menyaoal

4. Setelah siap lukisan kedua, peserta di inta membandingkan antara kedu a- dua lukisan tersebut

5. Fasi menunjukkan lukisan contoh

6. Pemarkahan akan di berikan kepada lukisan yang tepat mengikut arahan pertama dan kedua

ARAHAN ABCDEFGHI

TANPA SOAL

ARAHAN BOLEH MENYOAL

JUMLAH

RUMUSAN

1. Komunikasi dua hala telah berkesan daripada komunikasi sehala

2. Pengucap dan penerima harus memberi tumpuan semasa berkomunikasi

RAJAH MENGIKUT ARAHAN

SHAPE \* MERGEFORMAT

CERAMAH MORAL

Masa : Setiap pagi selepas Solat Subuh dan diantara selepas Solat Maghrib dan Isyak (30- 40 minit )

Tempat ; Dewan besar

Tajuk :

1. Ciri ciri kepimpinan Islam

2. Peranan sebagai hamban dan khalifah

3. Pengurusan diri

4. hubungan manusia dengan ALLAH

5. Peranan ibadah dalam membentuk pemimpin mulia

6. Kepentingan menuntut ilmu

7. Pembentukan masyarakat penyanyang

8. Muafakat membawa berkat

9. Jati diri

10. Berat sama di pikul ringan sama di jinjing

11. kepimpinan melalui teladan

12. Bersatu teguh bercerai roboh