RPH MTE 3111

43
PENGENALAN Rancangan Mengajar ialah rancangan mengajar yang disediakan oleh guru sebelum masuk kelas. Dengan berpandukan rancangan mengajar guru dapat membuat persediaan awal yang mencukupi sebelum mengajar sesuatu topik pelajaran. Rancangan Mengajar Harian mengandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti objektif, hasil pembelajaran, cara bagaimana hendak mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana objektif itu tercapai. Selain itu, dengan adanya penyediaan rancangan mengajar, guru dapat menyediakan pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan sesuai dengan tahap kebolehan murid. Ini dapat menarik minat murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Tambahan pula, guru dapat mengkaji dan merancang isi pelajaran sesuai dan hasil pembelajaan yang hendak dicapai dalam kalangan murid sebelum memulakan sesi pengajarannya. Sebelum menjalankan pengajaran dan pembelajaran, guru perlu membuat persediaan awal seperti membuat rujukan, mencari maklumat tambahan yang berkaitan dan membuat nota mengajar untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Dengan adanya rancangan mengajar, guru juga dapat menggunakan masa pengajaran dan pembelajarannya dengan secara optimum. Ini mengelakkan pembaziran masa kerana guru telah mengetahui langkah-langkah pengajaran dan pembelajarannya mengikut prosedur yang telah dirancangkan. Guru dapat mengurus dan membahagi masa pengajaran dan pembelajaran dengan teratur untuk menjalankan aktiviti berpusatkan murid, aktiviti pengukuhan dan pembelajaran murid. Bahan bantu mengajar memainkan peranan yang sangat penting dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, guru boleh menggunakan bahan maujud dalam penyampaian isi pelajaran sesuatu topik. Bahan maujud yang menarik dan berwarna-warni serta berkaitan dengan 11

description

RPH Mte 3111

Transcript of RPH MTE 3111

PENGENALAN

Rancangan Mengajar ialah rancangan mengajar yang disediakan oleh guru sebelum masuk

kelas. Dengan berpandukan rancangan mengajar guru dapat membuat persediaan awal yang

mencukupi sebelum mengajar sesuatu topik pelajaran. Rancangan Mengajar Harian mengandungi

sekurang-kurangnya maklumat seperti objektif, hasil pembelajaran, cara bagaimana hendak

mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana objektif itu tercapai.

Selain itu, dengan adanya penyediaan rancangan mengajar, guru dapat menyediakan

pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan sesuai dengan tahap kebolehan

murid. Ini dapat menarik minat murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan

pembelajaran dalam kelas.

Tambahan pula, guru dapat mengkaji dan merancang isi pelajaran sesuai dan hasil

pembelajaan yang hendak dicapai dalam kalangan murid sebelum memulakan sesi

pengajarannya. Sebelum menjalankan pengajaran dan pembelajaran, guru perlu membuat

persediaan awal seperti membuat rujukan, mencari maklumat tambahan yang berkaitan dan

membuat nota mengajar untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar.

Dengan adanya rancangan mengajar, guru juga dapat menggunakan masa pengajaran dan

pembelajarannya dengan secara optimum. Ini mengelakkan pembaziran masa kerana guru telah

mengetahui langkah-langkah pengajaran dan pembelajarannya mengikut prosedur yang telah

dirancangkan. Guru dapat mengurus dan membahagi masa pengajaran dan pembelajaran dengan

teratur untuk menjalankan aktiviti berpusatkan murid, aktiviti pengukuhan dan pembelajaran murid.

Bahan bantu mengajar memainkan peranan yang sangat penting dalam sesuatu

pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, guru boleh menggunakan bahan maujud dalam

penyampaian isi pelajaran sesuatu topik. Bahan maujud yang menarik dan berwarna-warni serta

berkaitan dengan kehidupan anak murid juga dapat menarik perhatian dan tumpuan murid-murid

untuk belajar. Dengan ini, deria murid dapat dirangsangkan. Jadi, murid-murid akan dapat

memberi tindak balas yang sepatutnya. Dengan adanya bahan konkrit, penyampaian isi pelajaran

dan penjelasan guru lebih berkesan. Dengan ini, objektif pembelajaran lebih mudah dicapai.

11

RANCANGAN MENGAJAR

Tarikh : 16/3/2014

Hari : Ahad

Kelas : Tahun 2

Mata Pelajaran : Matematik

Kehadiran : 11/11 orang

Masa : 8.00pagi – 9.00pagi

Bidang Pembelajaran : Sukatan dan Geometri

Tajuk : Ruang

Standard Kandungan : Murid dibimbing untuk:

13.1 Mengenal pasti bentuk tiga dimensi (3D)

Standard pembelajaran : Murid berupaya untuk:

(i) Mengenal pasti bentuk tiga dimensi berdasarkan huraian.

Objektif Pembelajaran : Pada akhir sesi pembelajaran, murid-murid dapat :

1. Murid dapat menamakan bentuk tiga dimensi berdasarkan

huraian dengan betul dan tepat

Pengetahuan sedia ada : 1. Murid-murid telah dapat menamakan bentuk kuboid, kubus,

kon, piramid, kon, silinder dan sfera berdasarkan model.

Elemen merentasi kurikulum : a) Kemahiran berfikir – menjana idea, hubungkait dan

membanding beza, merumus

Elemen Keusahawanan EK 1: 1.4 Daya kreativiti dan inovasi : memerhati dengan bertujuan dan menghasilkan banyak idea

Nilai dan Sikap : kerjasama, mematuhi arahan, berani

Bahan, peralatan dan : Meja murid, 1 Set model bentuk 3D , kad manila, Lembaran kerja

Bahan Sumber seperti Lampiran.

12

Fasa Isi KandunganAktiviti pengajaran dan

pembelajaranNota / Catatan

1. Persediaan

Pemerhatian dan

Analisis

5 minit

1. Arahan guru dan

pertanyaan guru.

i. Cuba kamu rasa permukaan atas, tepi dan

bucu meja kamu dengan tapak tangan.

ii. Apa yang kamu rasa?

2. Tajuk “Ruang dan bentuk 3D

“ diperkenalkan.

1. Guru meminta murid supaya

tunjukan permukaan atas,

tepi dan bucu meja.

2. Murid merasai dan membuat

pemerhatian pada meja

masing-masing.

3. Guru meminta murid

berbincang berdasarkan

aktiviti yang dilakukan.

4. Guru memperkenalkan tajuk

hari ini.

KBKK:

Menjana idea

Mengbubungkait

ABM/BBM :

Meja Murid

2. Imaginasi

Penjanaan Idea

Sintesis Idea

20 minit

1. Set model bentuk 3D

ditunjukkan satu demi satu

untuk memperkenalkan ciri-

ciri pada setiap bentuk 3D.

permukaan rata

bucu

sisi

Kubus

Kuboid

permukaan melengkung

Silinder

1. Guru mengeluarkan satu set

model bentuk 3D di hadapan

murid.

2. Guru menunjukkan setiap

model bentuk 3D dan

meminta murid menyatakan

ciri-ciri pada setiap model

bentuk 3D seperti di bawah:

Kubus

Kuboid

Silinder

Piramid

Kon

Sfera

3. Guru meminta murid

melabelkan ciri-ciri pada

model bentuk 3D yang

dilukis dalam kad manila.

4. Murid diminta menamakan

bentuk 3D dan senaraikan

ciri-ciri bentuk 3D seperti

Lembaran Kerja 1 dan

KBKK:

menghubungkait

ABM/BBM :

Set model bentuk

3D,

Kad manila dan

kad perkataan

ciri-ciri bentuk 3D,

Lembaran kerja

1& 2

Nilai murni:

mematuhi arahan

13

Piramid

Kon

Sfera

2. Labelkan ciri-ciri pada

bentuk 3D dan namakan

bentuk 3D seperti Lembaran

Kerja 1 dan Lembaran Kerja

2.

Lembaran Kerja 2.

3. Perkembangan

Penambahbaikan

20minit

1. Sila bergerak ke dalam

kumpulan masing-masing.

2. Ketua kumpulan sila data ke

hadapan untuk mengambil 2

model bentuk 3D.

3. Perhatikan setiap model

bentuk 3D yang kamu miliki.

Kemudian, bincangkan

bilangan permukaan rata,

permukaan melengkung, sisi

dan bucu.

4. Ketua kumpulan datang ke

hadapan untuk bentangkan

hasil perbincangan kamu.

5. Rekodkan semua hasil

setiap kumpulan dalam

jadual yang diberikan.

Lembaran Kerja 3.

1. Guru mengagihkan murid

kepada 3 kumpulan.

2. Setiap kumpulan dibekalkan

2 model bentuk 3D.

3. Guru meminta murid

berbincangan dan

membilang permukaan rata,

permukaan melengkung, sisi

dan bucu bagi setiap model

yang dibekalkan.

4. Ketua kumpulan diminta

keluar untuk

membentangkan hasil

perbincangan kumpulan

kepada kelas dengan

memberi penerangan dengan

menggunakan model bentuk

3D.

KBKK:

menghubungkait

ABM/BBM :

Set model bentuk

3D

Kad Perkataan

ciri-ciri bentuk 3D

Lembaran Kerja 3

Nilai murni:

mematuhi arahan,

berani,

bekerjasama

14

5. Setiap murid diminta

catatkan hasil kumpulan

pada jadual di Lembaran

Kerja 3.

4. Tindakan

Pelaksanaan

Amalan

Berterusan

10minit

1. Berdasarkan perbincangan,

selesaikan tugasan yang

diberi berdasarkan huraian.

Lembaran Kerja 4.

1. Guru mengedarkan

Lembaran Kerja 4.

2. Murid menamakan bentuk

3D berdasarkan huraian

yang diberikan.

KBKK: menjana

idea,

membanding

beza

ABM/BBM :

Lembaran Kerja 4

Nilai Murni:

Mematuhi arahan

5. Refleksi

5minit

1. Apakah yang telah kita

pelajari pada hari ini?

1. Guru merumuskan

pembelajaran hari ini

bersama-sama murid.

KBKK: merumus

Pentaksiran Berdasarkan kepada keupayaan murid menjawab soalan pada lembaran kerja dan

keupayaan murid mengenal pasti bentuk 3D berdasarkan huraian dengan betul.

Nilai dan sikap Terapkan sifat berani, bekerjasama, mematuhi arahan semasa aktiviti kumpulan dan P&P.

BAHAN CETAK Lembaran Kerja 1/活动卷一

NAMA MURID :____________________

Labelkan bentuk tiga dimensi berikut.填写正确的立体特征。

15

permukaan rata 平面 bucu顶点 permukaan melengkung曲面 sisi边

Lembaran Kerja 2/活动卷二NAMA MURID ;____________________

Namakan bentuk tiga dimensi berikut.填写以下立体名称。

16

piramid角锥体 sfera球体 kon 圆锥体kubus正方体 kuboid 长方体 silinder圆柱体

Bentuk tiga dimensi dengan

permukaan rata 平面立体

Bentuk tiga dimensi dengan

permukaan melengkung曲面立体

A) A)

B) B)

C) C)

Lembaran Kerja 3/活动卷三NAMA MURID :____________________

Lengkahkan jadual berikut . 完成下表。

Bentuk 3D

立体

Bilang Permukaan

Rata

Bilangan Permukaan Melengkung

Bilangan Sisi

Bilangan Bucu

17

平面 曲面 顶点

Lembaran Kerja 4 /活动卷四

NAMA MURID :____________________

Namakan bentuk 3D berikut berdasarkan huraian yang diberi.

根据说明,写出立体名称。18

Penerangan 说明

Nama Bentuk

3D 立体名称

Bentuk ini mempunyai satu permukaan

melekung.

Tiada bucu dan sisi.

这个立体有一个曲

面。没有顶点和边。

Bentuk ini mempunyai 6 permukaan rata

yang berbentuk segiempat tepat.

这个立体有 6个长方

形的平面。

Bentuk ini mempunyai 4 permukaan rata

berbentuk segitiga, 8 sisi dan 5 bucu.

这个立体有 4个三角

形的平面,8条边和

五个顶点。

Bentuk ini mempunyai satu permukaan

melekung, 2 sisi dan tiada bucu.

这个立体有一个曲

面,两条边和没有顶

点。

Bentuk ini mempunyai 6 permukaan rata

yang berbentuk segiempat sama sisi.

这个立体有 6个正方

形的平面。

Bentuk ini mempunyai satu permukaan

melengkung dan satu permukaan rata

yang berbentuk bulat.

这个立体有一个曲面

和一个圆的平面。

LAPORAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DENGAN BAHAN BANTU MENGAJAR

YANG DIBUAT

Kegunaan Bahan Bantu Mengajar – Model Bentuk Tiga Dimensi

19

1. Model bentuk tiga dimensi ini digunakan untuk membantu murid belajar ciri-ciri setiap

bentuk tiga dimensi yang tersembunyi dengan lebih jelas.

2. Membantu pelajar mengenali ciri-ciri bentuk tiga dimensi.

Kebaikan Bahan Bantu Mengajar- Model Bentuk Tiga Dimensi

1. Membantu guru-guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik Tahun 2

khususnya dalam topik Geometri- Bentuk Tiga Dimensi.

2. Memainkan peranan sebagai membantu guru di dalam menerangkan ciri-ciri bentuk tiga

dimensi.

3. Dapat mengawal disiplin murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang

berlangsung kerana pelajar telah tertarik dengan bentuk tiga dimensi yang menarik.

4. Mengurangkan kebosanan murid semasa berlakunya proses pengajaran dan

pembelajaran.

5. Dapat menarik perhatian dan minat murid-murid untuk belajar kerana bentuk tiga dimensi

yang dibuat itu mempunyai warna yang menarik.

6. Pelajar dapat mengenali dan mengira ciri-ciri bentuk tiga dimensi dengan cara melihat terus

dan menyentuh bahan maujud yang ditunjukkan.

7. Saiz bentuk tiga dimensi yang besar telah menenangkan guru semasa membuat

penerangan kerana jelas dilihat oleh semua pelajar.

Kelemahan Bahan Bantu Mengajar –Model Bentuk Tiga Dimensi

1. Hanya satu set model bentuk tiga dimensi yang dibuat menyebabkan aktiviti kumpulan

dijalankan dengan setiap kumpulan menerima satu atau dua model tiga dimensi untuk

mencari ciri-cirinya. .

2. Model tiga dimensi yang mempunyai permukaan yang melengkung mengambil masa yang

panjang untuk dibuat.

3. Oleh kerana bentuk sfera tidak dapat dibuat, jadi kumpulan kami terpaksa menggunakan

bola kecil untuk mewakili bentuk sfera.

Penambaikan bahan manipulatif –Model Tiga Dimensi

1. Saiz model tiga dimensi yang besar menyebabkan guru susah untuk menyimpannya dan

membawanya.

20

2. Bilangan set model tiga dimensi perlu diperbanyakkan supaya semua kumpulan dapat satu

set model bentuk tiga dimensi.

KEBERKESANAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DENGAN BAHAN BANTU

MENGAJAR

Fasa Persediaan

Dalam fasa persediaan, murid diminta supaya merasai permukaan, tepi dan bucu meja mereka.

Saya dapati aktiviti ini telah menarik perhatian murid dan memberi persediaan kepada murid

untuk belajar topik pelajaran hari itu.

Fasa Imaginasi

Dalam fasa ini, guru membimbing murid supaya menamakan bentuk 3D dan ciri-ciri pada bentuk

3D dengan menggunakan bahan bantu mengajar, iaitu model bentuk 3D yang dibuat oleh saya

dan rakan saya. Dengan adanya model bentuk 3D, saya dapati murid-murid lebih menumpukkan

perhatian semasa saya mengajar dan mereka dapat membanding beza dan menyenaraikan ciri-ciri

setiap bentuk 3D dengan betul. Ini kerana mereka telah tertarik dengan model 3D yang cantik dan

menarik. Selain itu, mereka juga dapat mengira ciri-ciri bentuk 3D yang tersembunyi menggunakan

model bentuk 3D yang konkrit. Lembaran kerja 1 dan 2 telahpun membantu saya menguji

penguasaan murid dan keberkesanan penggunaan bahan bantu mengajar saya dalam P&P saya.

Hasil kerja murid amat memuaskan.

Fasa Perkembangan

Dalam fasa ini, murid diminta menjalankan aktiviti perbincangan dalam kumpulan. Satu kelemahan

dalam aktiviti kumpulan ini adalah saya hanya menyediakan 1 set model bentuk 3D. Oleh itu,

setiap kumpulan hanya diberi satu atau dua model bentuk 3D serta lembaran kerja 3. Mereka

diminta mengira dan menyenaraikan ciri-ciri bentuk 3D. Seterusnya, wakil kumpulan diminta

membentangkan hasil perbincangan mereka. Semasa pembentangan, kumpulan lain juga diminta

membuat catatan dalam lembaran kerja yang diberi. Didapati murid dapat mengira ciri-ciri setiap

bentuk 3D. Hanya terdapat sedikit kesalahan dalam hasil lembaran kerja mereka.

Fasa Tindakan

Dalam fasa ini, murid diminta melengkapkan lembaran kerja 4. Mereka diminta menamakan

bentuk 3D berdasarkan huraian yang diberikan. Melalui lembaran kerja ini, saya telah dapati

bahawa objektif pengajaran dan pembelajaran saya telahpun mencapai.

21

GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

22

Pengajaran dan pembelajaran bermula dengan seronok.

Model bentuk 3D ditutup sebelum topik P&P diperkenalkan.

Murid menyentuh meja untuk mengesan ciri-ciri meja.

Aktiviti Pengenalan Ciri-ciri bentuk 3D

23

Murid memberi sambutan yang menggalakkan semasa guru menjalankan aktiviti senaraikan ciri-ciri bentuk 3D.

Guru model bentuk 3D dan meminta murid menyatakan ciri-ciri pada setiap

model bentuk 3D

24

Jawapan murid adalah betul dan lengkap.

Murid menyiapkan lembaran kerja 1 dan lembaran kerja 2 dengan teliti.

Aktiviti Perbincangan dan Pembentangan Kumpulan

25

Guru membimbing murid yang lemah untuk menyiapkan lembaran kerja yang diberi.

Aktiviti Perbincangan dan Pembentangan Kumpulan

26

Murid-murid menunjukkan semangat yang tinggi untuk melibatkan diri dalam aktiviti kumpulan.

Guru Merumuskan P&P dan Murid Menyiapkan Lembaran

Kerja 4

27

Pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan lancar.

KESIMPULAN

Penyediaan Rancangan Mengajar yang sempurna dan Bahan Bantu Mengajar yang

menarik membolhkan guru lebih berkeyakinan semasa menjalankan pengajaran dan

pembelajarannya. Guru dapat menyampaikan pelajarannya dengan sistematik dan teratur dengan

persediaan awal yang mencukupi. Keadaan elam-kabut dalam sesi pengajaran dan

pembelajarannya tidak mungkin berlaku. Selepas pengajaran dan pembelajaran dijalankan, guru

boleh mengimbas kembali pengajaran dan pembelajarannya dan membuat refleksi. Guru juga

dapat meninjau keberkesanan pengajaran dan pembelajaran pada hari itu. Jadi guru dapat

mencari alternatif dan langkah penambahbaikan dalam pengajaran dan pembelajaran yang akan

datang sekiranya mendapati kelemahan dalam pengajaran dan pembelajaran yang lepas. Dengan

ini, pengajaran dan pembelajaran akan jadi lebih berkesan.

Bahan Bantu Mengajar yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran juga dapat

menarik perhatian murid-murid dalam pelajaran hari itu. Guru tidak lagi asyik bercakap dan murid

asyik mendengar. Pada masa kini, “talk and chalk” tidak sesuai lagi digunakan dalam era

pengajaran guru. Pengajaran dan pembelajaran akan menjadi seronok dan mendapat tindak balas

yang lebih baik daripada murid-murid.

Secara kesimpulannya , Rancangan Mengajar dan Bahan Bantu Mengajar yang telah

disediakan ini telah memberi manfaat bahkan kepada guru mahapun kepada murid-murid.

Berdasarkan hasil lembaran kerja murid, saya dapati penggunaan bahan bantu mengajar dalam

pengajaran dan pembelajaran telah berjaya kerana murid-murid dapat menguasai kemahiran yang

telah diajar. Dengan secara langsungnya , proses pengajaran dapat dilaksanakan dengan

sempurna dan juga menimbulkan suasana pembelajaran yang harmonis.

28

BAHAN BANTU MENGAJAR YANG DIREKA

– MODEL BENTUK 3D

AKTIVITI 1 :

Dengan menggunakan kotak kosong, tin kosong, kertas lukisan, pisau, gam dan

gunting, kami menghasilkan bentuk asas bagi pepejal berbentuk 3 dimensi.

Antaranya adalah kuboid, kon, kubus, piramid, silinder dan sfera. .

29

AKTIVITI 2 :

Berdasarkan bentuk asas yang telah dibina, kami membalut permukaannya dengan

menggunakan kertas warna.

Kami membalut permukaan yang berbeza dengan warna yang berlainan supaya

dapat memudahkan murid untuk membilangnya.

AKTIVITI 3 :

Model bentuk 3D yang berwarna-warni telah siap dibina.

30

ISU- ISU UTAMA DALAM PENGAJARAN TAJUK GEOMETRI, UKURAN DAN PENGENDALIAN

DATA

Pengenalan

Matematik adalah satu mata pelajaran teras di peringkat sekolah rendah dan menengah

serta mencakupi banyak aspek.mata pelajaran ini bertujuan untuk melahirkan individu yang

berketrampilan serta mengaplikasikan pengetahuan matematik dalam kehidupan harian secara

berkesan dan bertanggungjawab semasa menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.

Matematik merupakan jentera atau penggerak kepada pembangunan dan perkembangan dalam

bidang sains dan teknologi. Dengan itu, penguasaan ilmu Matematik perlu dipertingkatkan dari

semasa ke semasa bagi menyediakan tenaga kerja yang sesuai dengan perkembangan dan

keperluan untuk membentuk negara maju.

Dalam tugasan individu subjek MTE 3111, saya dikehendaki mencari, mengenalpasti dan

membuat analisis isu-isu ataupun miskonsep yang berkaitan geometri, ukuran dan pengenalian

data melalui pembacaan, temubual dengan guru-guru berpengalaman dan pelbagai sumber yang

lain.

Isu-isu ataupun miskonsep merupakan kesilapan yang sering dilakukan secara berulang-

ulang dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kelas. Kanak-kanak tidak tahu mereka

melakukan kesilapan kerana mereka menjawab soalan mengikut kefahaman mereka yang sedia

ada. Kesilapan ini akan dilakukan berulang-ulang sehingga ada orang yang memperbetulkan

konsep mereka. Masalah ini sangat serius dan saya sebagai seorang bakal guru

bertanggungjawab untuk mengenalpasti faktor-faktor berlakunya miskonsep-miskonsep ini.

Isu-Isu Atau Miskonsep Dalam Topik Geometri

Dalam konsep geometri, ianya memerlukan pelajar mempunyai daya kefahaman yang

tinggi terhadap sesuatu keadaan bentuk. Kefahaman ini hanya boleh dibina oleh pelajar melalui

aktiviti manipulative yang memberikan peluang kepada pelajar untuk meneroka pemahaman

mereka tentang konsep geometri. Ramai di kalangan pelajar tidak dapat membuat pentafsiran

yang betul terhadap konsep pemahaman tentang geometri kerana mereka kurang didedahkan

dengan latihan manipulatif.

Di sekolah rendah, terdapat 4 subtajuk dalam geometri yang perlu dikuasai oleh murid iaitu

elemen titik, garis dan plane, ciri-ciri bentuk 2 dimensi, ciri-ciri bentuk 3 dimensi dan pengukuran.

Manakala kesukaran atau miskonsepsi yang berkemungkinan dialami oleh murid adalah pelbagai.

31

Antaranya ialah kesukaran mengenalpasti dan keliru nama-nama bentuk 2D dan 3D, kesukaran

melibatkan kedudukan rajah, kesukaran memahami ciri-ciri bentuk rajah, kesukaran

membayangkan bentangan dan banyak lagi. Miskonsepsi-miskonsepsi yang berlaku ini

merupakan cabaran besar yang perlu ditangani secara bijak oleh guru-guru.

Contoh Miskonsep 1

1.

a) bulat

b) bujur

c) sfera ( jawapan betul)

d) hemisfera

2.

a) segiempat sama

b) segiempat tepat

c) kuboid

d) kubus ( jawapan betul)

Berdasarkan gambar rajah di atas, saya dapati miskonsep yang telah di lakukan oleh

murid ialah masalah kefahaman yang kurang mengenai bahasa Matematik . Bagi sesetengah

murid, kelemahan dalam Matematik mungkin disebabkan oleh kurang membaca, menulis dan

bercakap. Dalam matematik, masalah ini akan lebih ketara dengan adanya istilah matematik yang

sebahagiannya belum pernah dengar di luar bilik matematik ataupun mempunyai erti yang

berlainan.

Seperti contoh di atas murid-murid tidak dapat membezakan antara bentuk bulat dengan

bentuk sfera. Begitu juga murid-murid menganggap dadu berbentuk segi empat. Namum, pada

dasarnya, dadu merupakan objek tiga dimensi dan berbentuk kubus.

32

Contoh Miskonsep 2

1. Bentuk ini mempunyai

___________.

a) 6 sisi

b) 7 sisi

c) 8 sisi ( jawapan betul)

d) 9 sisi

2. Silinder mempunyai ___________.

a) 2 sisi, 2 permukaan rata,

1 permukaan melekung ( jawapan betul)

b) 2 sisi, 3 permukaan rata

c) 4 sisi, 3 permukaan rata dan 2 bucu

d) 4 sisi, 3 permukaan rata dan 4 bucu

Penyelesaian :

Berdasarkan gambar rajah di atas, didapati murid tidak dapat membayangkan ciri-ciri bentuk tiga

dimensi yang tersembunyi ( permukaan, sisi dan bucu atau dengan kata lain ialah kurang

keupayaan visualisasi.

Oleh yang demikian, saya telah mengkaji cara untuk mengatasi kedua-dua miskonsep ini

daripada berlaku. Saya sebagai guru telah menggunakan bahan bantu mengajar yang konkrit bagi

mengajar bentuk tiga dimensi supaya murid mendapat gambaran yang jelas. Selain itu, bahan

bantu mengajar yang konkrit sangat penting kerana murid dapat menyelidik sendiri ciri-ciri bentuk

tiga dimensi.

Tambahan pula, murid tidak akan keliru untuk menetukan yang mana adalah merupakan

objek tiga dimensi dan yang manakah pula yang dimaksudkan dengan bentuk dua dimensi. Kedua-

dua miskonsep ini dapat diatasi dengan penggunaan bahan bantu mengajar dan objek maujud

dengan efisien.

Selepas saya menjalankan pengajaran dan pembelajaran saya, saya juga dapati konsep

Matematik juga perlu diperkenalkan kepada murid dengan pelbagai bentuk kaedah dan

pendekatan. Murid perlu diperkenalkan dengan contoh-contoh yang konkrit sebelum bergerak ke

konsep yang abstrak. Menurut Robert Gagne iaitu seorang professor dan ahli psikologi

33

mengatakan bahawa, pembelajaran konsep matematik yang berkesan memerlukan beberapa

teknik penyampaian iaitu :

i. Memberi berbagai-bagai contoh konkrit untuk membuat generalisasi.

ii. Memberi contoh yang berbeza tetapi berkaitan supaya dapat membuat perbezaan.

iii. Memberi contoh-contoh yang tidak ada kaitan dengan konsep yang diajarkan untuk

membuat perbezaan dan generalisasi.

iv. Memberi pelbagai jenis contoh matematik untuk memperolehi konsep matematik yang

tepat.

Begitulah antara pendekatan yang perlu digunakan bagi mengatasi masalah miskonsepsi, sama

ada ia disebabkan oleh kecuaian mahupun kesukaran murid memahami sesuatu konsep. Guru-

guru perlu memikirkan pendekatan yang sesuai untuk murid yang mempunyai pelbagai aras

pembelajaran. Guru yang prihatin adalah mereka yang berusaha membimbing murid mengikut

perbezaan aras kecerdasan.

Menurut NCTM ( 2000 ) mempelajari geometri bukanlah hanya sekadar belajar tentang maksud

ataupun andaian tentang konsep geometri, tetapi mempelajari kebolehan untuk menganalisa ciri-

ciri bentuk 2 dimensi dan 3 dimensi di dalam bentuk-bentuk geometri. Di samping itu adalah

diharapkan pelajar ataupun murid dapat menghujahkan tentang perhubungan geometri bagi

mengenalpasti kedudukan dan ruang di dalam perhubungan geometri seterusnya mengaplikasikan

transformasi dan menggunakan simetri, visualisasi, pemikiran di dalam ruang dan model geometri

untuk menyelesaikan masalah.

Selain daripada isu-isu ataupun miskonsep yang yang kaji dalam rancangan mengajar saya,

terdapat contoh-contoh lain lagi. Contoh ini biasanya berlaku kepada murid tahap 2.

Contoh Miskonsep 3

Pepejal ini terdiri daripada 2-cm kubus, cari jumlah isipadu pepejal.

Jawapan murid ialah : Isipadu = 2 x 2 x 2 x 12

34

= 96cm3

Jawapan murid mungkin lain tetapi tidak tepat.

Sepatutnya : Isipadu = 2 x 2 x 2 x 18

= 144cm3

Penyelesaian:

Bagi mengatasi cabaran miskonsepsi di atas, guru boleh meminta murid menggunakan unit kubus

untuk membina lapisan-lapisan pepejal, supaya murid sedar terdapat lapisan yang tersembunyi.

Dalam situasi soalan di atas, murid harus disedarkan bahawa ada beberapa kubus yang

tersembunyi, jadi jumlah semua kubus ialah 18 bukannya 12.

Kebanyakkan pelajar mempelajari geometri di dalam bilik darjah adalah secara hafalan

(Mayberry, 1981; Fuys et al, 1988). Teknik yang sedemikian tidak memberi peluang kepada pelajar

untuk terlibat dalam proses kemahiran berfikir bagi topik geometri. Pelajar yang belajar secara

menghafal cenderung untuk melupai maklumat-maklumat yang telah dihafal, keliru, ataupun tidak

mampu untuk mengaplikasikan maklumat tersebut kepada situasi yang berbeza. Contohnya murid

sukar untuk mengingat dan keliru dengan nama-nama bentuk 2D dan 3D sekiranya guru hanya

menunjukkan rajah atau gambar sahaja kepada murid sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran.

Bagi mengatasi cabaran di atas, guru mestilah menggunakan bahan bantu belajar(BBM)

konkrit/maujud yang ada di sekeliling murid dan selalu digunakan dalam kehidupan seharian

mereka untuk menyampaikan konsep geometri. Contohnya benda, lukisan dan bongkah atau

pepejal sebenar . Guru juga boleh mempraktikkan kaedah belajar sambil berhibur (elemen didik

hibur) sebagai pengayaan bagi mengukuhkan lagi ingatan murid.

Contoh Miskonsep 4

35

1.

a) Trapezium (jawapan betul)

b) Rombus

c) segiempat sama

d) segiempat tepat

2.

a) trapezium

b) rombus (jawapan betul)

c) segiempat sama

d) segiempat tepat

Miskonsep ini telah melibatkan topik geometri iaitu murid tidak dapat membezakan

sepenuhnya cirri-ciri pada bentuk yang berbeza. Ini kerana murid menyangka bahawa bentuk

rombus itu ialah segiempat kerana mereka telah terbiasa dengan bentuk segiempat yang sangat

common dalam kehidupan seharian mereka. Walhal pada dasarnya, kedua-dua bentuk tersebut

mempunyai empat sisi yang sama panjang namun bentuk rombus mempunyai empat sisi selari

manakala segiempat bersudut 90 darjah. Begitu juga dengan segi empat sama dengan trapezium.

Kedua-duanya mempunyai dua sisi yang sama panjang yang bertentangan namun apa yang

membezakanny ialah trapezium mempunyai dua sisi bertentangan selari.

Penyelesaian:

Untuk mengatasi masalah ini, guru harus memberi penekanan kepada murid bahawa bukannya

semua bentuk segi empat adalah dinamakan segiempat. Terdapat beberapa segiempat istimewa

yang diberikan nama yang istimewa seperti trapezium dan rombus. Guru perlu memberi

penjelasan yang jelas kepada murid bahawa segiempat yang mempunyai dua garis selari yang

bertentangan dinamakan trapezium manakala segiempat yang mempunyai empat garis selari

dinamakan rombus.

Isu-Isu Atau Miskonsep Dalam Topik Ukuran

Pengajaran dan pembelajaran asa ukuran melibatkan beberapa tajuk iaitu masa dan waktu,

ukuran panjang, timbangan berat, dan isipadu cecair. Konsep-konsep yang perlu dikuasai dalam

tajuk-tajuk asa ukuran memerlukan murid menguasai konsep-konsep yang terdapat dalam asas

nombor.

Contoh Miskonsep 5

36

Sebungkus gula mempunyai berat 1525g. sebungkus tepung mempunyai berat 367g kurang

daripada gula tersebut. Apakah berat sebungkus tepung dalam kilogram dan gram.

Kesalahan murid Pembetulan

Miskonsep di atas ini sangat lazim ditemui dalam buku latihan murid. Biasanya, murid

seperti ini mengalami masalah kelemahan dalam pengiraan. Setelah menjalankan kajian dan

analisis, saya telah mendapati bahawa ada murid yang memahami konsep Matematik tetapi tidak

konsisten dalam pengiraan. Daripada pemerhatian saya, mereka melakukan kesilapan dalam

membaca simbol atau teknik penyelesaian operasi yang salah. Merujuk kepada gambar rajah hasil

kerja murid, jelas sekali bahawa mereka melakukan kesilapan dalam pengiraan operasi tolak.

Mereka tidak meminjam daripada rumah puluh. Murid telah membuat pengiraan tanpa mengambil

kira nilai digit. Selain itu, murid biasanya juga akan melakukan kesalahan kerana lupa membuat

penukaran unit.

Penyelesaian:

Langkah bagi mengatasi masalah ini ialah saya perlu member penekanan kepada murid mengenai

pentingnya mengambil kira nilai tempat dan juga nilai digit dalam pengiraan. Bagi menarik minat

murid, kita juga boleh menggunakan alat bantu mengajar jadual nilai tempat bagi member

gambaran yang jelas kepada murid tentang besarnya nilai puluh berbanding nilai sa.

Seterusnya, bagi mengatasi masalah menukar unit, guru perlu mengingati murid supaya

bulatkan unit akhir kehendak soalan apabila membaca soalan.

Contoh Miskonsep 6

37

4 12 15

1 5 2 5 g- 3 6 7 g

1 1 6 8 g

Jawapan murid setakat ini.

4 11 15

1 5 2 5 g - 3 6 7 g

1 1 5 8 g ÷ 1000

Jawapan betul = 1 kg 158 g

5 jam 45 minit

+ 2 jam 30 minit ( salah )

7 jam 75 minit 75 minit tidak ditukar kepada jam.

Jawapan murid setakat ini.

5 jam 45 minit + 2 jam 30 minit

7 jam 75 minit

- 60 minit

8 jam 15 minit ( betul )

.

Kesalahan di atas sering kali dilakukan oleh murid-murid, mereka terus menambah seperti

penambahan biasa tanpa menukar kepada jam kerana jumlah minit yang ditambah adalah

melebihi 60 minit. Sekiranya konsep penukaran minit kepada jam belum dapat dikuasai oleh murid,

mereka pasti tidak dapat membuat penambahan dan penukaran minit kepada jam dengan betul.

Kesalahan ini juga akan berlaku dalam operasi penolakan, pembahagian dan pendaraban.

Penyelasaian:

Langkah mengatasi kesalahan diatas ialah guru perlu member latihan berupa latih tubi di dalam

kelas dalam masa agar murid tidak mengulangi kesalahan yang sama. Guru juga perlumemberi

peneguhan bahawa 1 jam sama dengan 60 minit. Oleh itu, jika minit tersebut melebihi minit maka

perlu ditukar kepada jam. Guru perlu membimbing murid cara membuat penukaran minit kepada

jam. Contohnya:

75 minit – 60 minit ( 1 jam ) = 15 minit. Oleh itu, 1 jam perlu ditambah pada 7 jam supaya

mendapat jawapan 8 jam 15 minit.

Bagi murid yang membuat jawapan yang salah mereka dikehendaki membuat pembetulan.

Contoh Miskonsep 7

38

21.62 kg + 896 g = _________kg

= 8 9 6 g ÷ 1 0 0

= 8 . 9 6 kg

2 1 . 6 2 kg

+ 8 . 9 6 kg

3 0 . 5 8 kg salah

Rumus

1 kg = 1000gDan bukannya 100

Kesukaran tidak menghafal rumus tentu akan menghalang murid-murid daripada

melakukan proses kerja matematik dengan baik. Murid mesti menghafal berbagai-bagai rumus.

Bagi kesukaran ini murid keliru dalam menggunakan rumus dan menggunakan rumus bukan pada

soalan yang dikehendaki.

Bagi soalan ini, kesilapan yang ditunjukkan oleh murid ialah menggunakan nilai 100 bagi

menukar g kepada kg. Padahal rumus yang sebenar ialah dengan membahagi nilai dengan 1000.

Penyelesaian:

Penyelesaian kesalahan ini ialah membantu muird-murid mengatasi miskonsep ini. Pendekatan

yang berbentuk menhiburkan boleh digunakan agar murid dapat mengingati konsep-konsep dalam

tajuk-tajuk ukuran dengan lebih tepat. Penyelesaian yang melibatkan penukaran akan lebih mudah

diselesai oleh murid sekiranya mereka menghafal rumus-rumus dalam matematik.

Sebagai contoh :

Isu-Isu Atau Miskonsep Dalam Topik Pengenalian Data

Dalam pengendalian data, miskonsepsi yang sering berlaku di kalangan murid ialah

semasa hendak mengenalpasti jenis-jenis pembolehubah atau data yang terlibat. Penggunaan

istilah-istilah khusus berkaitan pembolehubah dan data boleh mengelirukan murid.

39

÷

mm 10 cm 100 m 1000 km

= mee maggi cepat masak mari kita makan

÷ ÷

Ml 1000 l g 1000 kg

X X

= mira lari bahaya (bahagi) lori = Gee balik ( bahagi ) kampung

Antara miskonsepsi yang sering berlaku dalam perwakilan data ialah perwakilan secara

simbol dan gambar. Penggunaan simbol dan gambar dengan sebahagian atau pecahan dan

bilangan item kerapkali memberikan interpretasi yang salah kepada murid. Kesilapan ini akan

mempengaruhi jawapan murid.

Contohnya interpretasi yang salah berkaitan piktograf. Piktograf ialah satu bentuk paparan

data bergambar khas untuk data kuantitatif seperti data diskret dan data selanjar. Setiap palang

dalam histograf bercantum pada sempadan kelas antara satu sama lain. Piktograf ialah perwakilan

data yang paling mudah dan ia menggunakan gambarajah yang diwakili oleh simbol. Di dalam

piktograf, data yang ditunjukkan atau diwakilkan berbentuk simbol atau gambar.

Kesilapan sering berlaku apabila simbol atau ruang dilukis secara tidak sekata, berbeza

saiz dan ruang di antara simbol dan tidak kemas. Ini menyebabkan murid tersalah kira bilangan

perwakilan simbol. Tambahan pula, jika murid yang selalu mengambil jalan mudah mengira

perwakilan simbol dengan hanya memerhati ruang di antara simbol kemudian membuat anggaran

bilangan simbol pada baris yang berikutnya tanpa melihat dengan teliti.

Contoh Miskonsep 7

40

1. Bilangan ikan yang ditangkap oleh Pak Abu dalam 5 hari.

Isnin

Selasa

Rabu

Khamis

Jumaat

mewakili 50 ekor ikan

a) Hari yang manakah mempunyai bilangan ikan yang paling banyak ditangkap?

Jumaat dan Selasa. Salah . (Jawapan betul ialah Jumaat sahaja.)

b) Dalam hari yang manakah mempunyai bilangan yang yang sama bagi ikan yang ditangkap?

Isnin dan Rabu. Betul.

c) Hitung jumlah bilangan ikan yang ditangkap dalam 5 hari itu.

12 ekor. Salah . (Jawapan betul ialah 4 X 50 = 200 ekor.)

Miskonsep ini berlaku kerana murid tidak dapat memindahkan maklumat daripada piktograf

kepada nombor. Murid juga tidak member focus kepada petunjuk yang diberi dalam piktograf iaitu

1 ekor ikan mewakili 50 ekor ikan. Oleh yang demikian, mereka tidak dapat memindahkan

maklumat dengan betul kerana mereka mengabaikan petunjuk ataupun pewakilian simbol tersebut.

Selain itu, jika murid tidak dapat memindahkan maklumat piktograf kepada nombor kerana tidak

pandai membaca piktograf, maka mereka akan menjawab soalan sesuka hati.

Penyelesaian:

Setelah mengenalpasti miskonsep ini, guru perlu memberikan penekanan kepada murid setiap kali

mereka diberi soalan yang melibatkan piktograf supaya peka terhadap petunjuk yang diberi. Guru

juga perlu mengingatkan murid-murid bahawa petunjuk adalah sangat penting untuk memindahkan

maklumat daripada piktograf.

Selain itu, bagi mengatasinya guru berperanan untuk menjelaskan cara-cara

menginterpretasi piktograf dengan betul langkah demi langkah. Murid-murid juga hendaklah selalu

diingatkan agar meneliti setiap perwakilan simbol dan sentiasa merujuk kekunci yang diberi.

Gunakan contoh yang jelas supaya murid dapat memperkembangkan kemahiran melukis simbol

dengan betul dan mewakili data dengan tepat. Guru boleh membimbing murid menggunakan

teknologi seperti perisian komputer sebagai pengayaan.

Kesimpulan

Masalah kelemahan pelajar dalam penguasaan konsep dan kemahiran matematik pada

peringkat sekolah rendah ini adalah sesuatu yang tidak boleh dipandang remeh oleh pihak-pihak

terlibat dalam sektor pendidikan terutama sekali guru-guru. Kelemahan dalam penguasaan konsep

dan kemahiran matematik di peringkat sekolah rendah tentunya memberi kesan pula apabila

mereka berada di sekolah menengah sekiranya tidak ditangani dari awal.

Pelbagai pendekatan boleh dilaksanakan oleh guru-guru bagi mengatasi kesukaran dan

miskonsepsi di kalangan murid-murid dalam Matematik. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab

guru-guru untuk berusaha mencari kaedah, teknik, dan strategi yang sesuai dan menarik agar

murid faham dan tidak menghadapi kesukaran atau miskonsepsi dalam pengajaran dan

pembelajaran Matematik. Cabaran-cabaran ini harus ditangani sebaik mungkin demi

memantapkan penguasaan modal insan negara dengan pengetahuan lengkap dalam bidang sains

dan matematik yang menjadi pemangkin kepada kemajuan sesebuah negara.

41

Refleksi

Saya berasa amat syukur kerana pada akhirnya saya juga dapat menyiapkan kerja kursus

yang diberikan oleh pensyarah dengan sempurna dan saya amat berpuas hati dengan hasil kerja

tugasan saya.

Bagi tugasan 1, saya berasa tidak susah kerana peta minda pembelajaran tentang topik-

topik MTE3111 telahpun saya siapkan dengan sempurna. Ini kerana sebagai seorang guru,

membuat peta minda i-Think telah biasa bagi kami. Dalam masa membuat tugasan ini, kami

boleh mengambil kesempatan untuk membuat ulang kaji untuk peperiksaan.

Bagi tugasan 2 pula, kami dikehendaki menyediakan satu bahan bantu mengajar untuk

matematik sekolah rendah antara topik geometri, ukuran, dan pengendalian data menggunakan

teknologi komputer. Setelah berbincang, saya dan ahli kumpulan saya Lim telah membuat

keputusan memilih topik geometri – bentuk tiga dimensi untuk diajar. Tugasan ini mengambil

masa yang panjang. Sebelum membuat tugasan ini, saya dan ahli kumpulan telah banyak

berbincang untuk mendapatkan idea yang baik dan menarik. Kami juga banyak melayari internet

dan merujuk buku-buku rujukan untuk mendapat maklumat-maklumat.

Selain itu, kami juga bersama-sama mengumpulkan maklumat, menyediakan bahan bantu

mengajar yang menarik perhatian murid. Tugasan 3 ialah merancang aktiviti P&P dengan

menggunakan bahan bantu mengajar yang dibuat. Saya juga mengambil masa yang panjang

untuk merancang aktiviti P&P saya. Kami bersama-sama membuat bahan bantu mengajar iaitu

model bentuk 3D. Bagi saya, bahan bantu mengajar memainkan peranan yang sangat penting

dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, guru boleh menggunakan bahan

maujud dalam penyampaian isi pelajaran sesuatu topik. Bahan maujud yang menarik dan

berwarna-warni serta berkaitan dengan kehidupan anak murid juga dapat menarik perhatian dan

42

tumpuan murid-murid untuk belajar. Dengan ini, deria murid dapat dirangsangkan. Jadi, murid-

murid akan dapat memberi tindak balas yang sepatutnya. Dengan adanya bahan konkrit,

penyampaian isi pelajaran dan penjelasan guru lebih berkesan. Dengan ini, objektif pembelajaran

lebih mudah dicapai.

Selepas itu, saya untuk membuktikan keberkesanan rancangan mengajar dan bahan bantu

mengajar yang dibuat. Saya telah menggunakan model bentuk 3D yang dibuat untuk

melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di kelas. Selepas aktiviti pengajaran dan

pembelajaran, saya amat memuaskan kerana aktiviti pengajaran dan pembelajaran saya telah

mencapai objektif dan keberkesanan rancangan itu adalah sangat baik. Model bentuk 3D yang

digunakannya mendapat sambutan murid yang amat menggalakkan.

Merujuk kepada hasil lembaran kerja murid, saya dapati proses P&P yang dijalankan

dengan penggunaan bahan bantu mengajar lebih berkesan berbanding dengan Proses P&P yang

tidak menggunakan sebarang bahan bantu mengajar.

Jadi, melalui tugasan ini, saya telah menyedari bahawa betapa pentingnya peranan bahan

bantu mengajar dalam suatu proses P&P dalam mencapai objektif yang diingini. Ini telah

membantu saya dalam pengajaran dan pembelajaran saya pada masa depan.

Bak kata pepatah “ Berat sama dipukul, ringan sama dijinjing.” Melalui kerja kursus ini,

saya juga dapati betapa pentingnya kerjasama antara ahli kumpulan dalam menghasilkan dan

menyiapkan suatu kerja kursus yang baik.

Bagi tugasan 4 pula, saya telah saya mencari, mengenalpasti dan membuat analisis isu-

isu ataupun miskonsep yang berkaitan geometri, ukuran dan pengenalian data melalui

pembacaan, temubual dengan guru-guru berpengalaman dan pelbagai sumber yang lain. Selepas

menyiapkan tugasan ini, saya telah mengetahui Isu-isu ataupun miskonsep merupakan kesilapan

yang sering dilakukan secara berulang-ulang dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kelas.

Kanak-kanak tidak tahu mereka melakukan kesilapan kerana mereka menjawab soalan mengikut

kefahaman mereka yang sedia ada. Kesilapan ini akan dilakukan berulang-ulang sehingga ada

orang yang memperbetulkan konsep mereka.

Masalah ini sangat serius dan saya sebagai seorang bakal guru bertanggungjawab untuk

mengenalpasti faktor-faktor berlakunya miskonsep-miskonsep ini. Oleh itu, adalah menjadi

tanggungjawab guru-guru untuk berusaha mencari kaedah, teknik, dan strategi yang sesuai dan

menarik agar murid faham dan tidak menghadapi kesukaran atau miskonsepsi dalam pengajaran

dan pembelajaran Matematik.

43

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada

pensyarah kami, iaitu Pn. Nor Azian Bt Badri atas tunjuk ajar beliau dan panduan kerja kursus

yang diberinya kerana tanpa bantuannya, kami tidak boleh menyiapkan kerja kursus ini dengan

sempurna.

Rujukan

BUKU RUJUKAN MTE 3111

1. Dewan Bahasa dan Pustaka (2011). Buku Teks Matematik Tahun 2 Jilid 1. Kuala

Lumpur.

2. Dewan Bahasa dan Pustaka (2011). Buku Aktiviti Matematik Tahun 2. Kuala

Lumpur.

LAMAN WEB

1. RPH matematik KSSR. Dimuat turun dari webside :

http://islamicplayer.blogspot.com/2013/11/rph-matematik-kssr-tahun-1.html

pada 18 Mac 2014.

2. Cabaran dalam pengajaran. Dimuat turun dari webside :

http://cikgusari74.blogspot.com/2013/11/krm-3063-cabaran-dalam-pengajaran.html

pada 16 Mac 2014.

3. Miskonsep dalam pengajaran matematik. Dimuat turun dari webside:

http://matematikasfunfunfun.blogspot.com/2012/08/miskonsepsi-dalam-pengajaran-bentuk-

dan.html pada 15 Mac 2014.

Jurnal :

44

Lai Kim Leong,Khaw Ah Hong & Seah Ai Kuan, Satu Kajian Mengenai Penggunaan Bahan

Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Pembelajaran Matematik Di sekolah Rendah.

LAMPIRAN RUJUKAN

DAN

HASIL LEMBARAN KERJA MURID

45

46