Modul3cttelp.pinang

138
UNIT 1 PELAJAR DAN PEDAGOGI BESTARI Sinopsis Unit ini mengandungi empat topik. Topik pertama akan memberikan pemahaman yang menyeluruh tentang pelbagai jenis gaya pembelajaran dan gaya berfikir serta implikasinya terhadap pengajaran dan pembelajaran. Dalam topik kedua, kita akan menganalisis pelbagai jenis tingkah laku bermasalah yang ditunjukkan oleh para pelajar di dalam kelas dan bagaimana guru menguruskan masalah tersebut dengan menggunakan pelbagai teknik pengurusan tingkah laku. Manakala topik ketiga akan meneliti beberapa jenis komunikasi dan interaksi serta cara membentuk komunikasi dan interaksi bilik darjah yang berkesan. Akhir sekali, dalam topik keempat, kita akan membincangkan beberapa pendekatan pengajaran “pedagogi bestari” bagi pembelajaran yang berkesan di dalam sesebuah bilik darjah yang moden. Hasil Pembelajaran Pada akhir unit ini, para pelajar akan dapat: 1. memerihalkan pelbagai jenis pemikiran; 2. menjelaskan cara-cara guru dapat membantu murid membina kemahiran berfikir; 3. memerihalkan pelbagai gaya pembelajaran yang berbeza; 4. menjelaskan cara-cara guru menyesuaikan pelbagai gaya pembelajaran yang berbeza di dalam bilik darjah; 5. memerihalkan pelbagai jenis masalah tingkah laku dan kaedah mengenal pasti para pelajar yang terlibat dengan masalah- masalah tersebut; 1

description

Modul3cttelp.pinang

Transcript of Modul3cttelp.pinang

3

UNIT 1PELAJAR DAN PEDAGOGI BESTARI

Sinopsis

Unit ini mengandungi empat topik. Topik pertama akan memberikan pemahaman yang menyeluruh tentang pelbagai jenis gaya pembelajaran dan gaya berfikir serta implikasinya terhadap pengajaran dan pembelajaran. Dalam topik kedua, kita akan menganalisis pelbagai jenis tingkah laku bermasalah yang ditunjukkan oleh para pelajar di dalam kelas dan bagaimana guru menguruskan masalah tersebut dengan menggunakan pelbagai teknik pengurusan tingkah laku. Manakala topik ketiga akan meneliti beberapa jenis komunikasi dan interaksi serta cara membentuk komunikasi dan interaksi bilik darjah yang berkesan. Akhir sekali, dalam topik keempat, kita akan membincangkan beberapa pendekatan pengajaran pedagogi bestari bagi pembelajaran yang berkesan di dalam sesebuah bilik darjah yang moden.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir unit ini, para pelajar akan dapat:

1. memerihalkan pelbagai jenis pemikiran;

2.menjelaskan cara-cara guru dapat membantu murid membina kemahiran berfikir;

3.memerihalkan pelbagai gaya pembelajaran yang berbeza;

4.menjelaskan cara-cara guru menyesuaikan pelbagai gaya pembelajaran yang berbeza di dalam bilik darjah;

5.memerihalkan pelbagai jenis masalah tingkah laku dan kaedah mengenal pasti para pelajar yang terlibat dengan masalah-masalah tersebut;

6.mengenal pasti pelbagai teknik pengurusan tingkah laku yang boleh digunakan oleh guru untuk menguruskan masalah tingkah laku pelajar;

7.menjelaskan konsep komunikasi dan interaksi di dalam kelas; dan

8. memahami dan menggunakan pedagogi bestari dalam pengajaran dan

pembelajaran.

TOPIK 1

Pemikiran dan Gaya Pembelajaran

1.0Konsep Pemikiran

Duduk dalam beberapa saat dan cuba ingatkan situasi semasa anda membantu beberapa orang pelajar anda menyelesaikan masalah pembelajaran, katakanlah, dalam mata pelajaran Matematik. Adakah anda sedar sebenarnya anda menggunakan kemahiran berfikir anda untuk mengatur pemikiran anda begitu juga untuk memikirkan beberapa penyelesaian alternatif yang boleh digunakan mereka untuk menyelesaikan masalah mereka? Oleh itu, apakah itu pemikiran? Bolehkah anda menjelaskannya dengan menggunakan perkataan anda sendiri?

Sekarang marilah kita cuba memahami beberapa definisi pemikiran yang disarankan oleh ahli-ahli teori.

Proses mental yang digunakan untuk merumuskan atau menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat rumusan, atau untuk memuaskan keinginan bagi memperoleh sesuatu jawapan (V.R. Ruggiero, 1984).

Operasi mental yang menggunakan maklumat yang tersimpan dalam memori bagi membuat adapatasi dan asimilasi, begitu juga untuk merumus atau mencari makna sesuatu konsep (Beyer, 1991).

Adakah anda bersetuju dengan kedua-dua definisi di atas? Bolehkah anda fikirkan definisi lain yang anda ketahui? Adakah pemikiran itu berlaku secara automatik, atau bolehkah kita meningkatkan kemahiran berfikir kita supaya kemahiran penyelesaian masalah dan pembelajaran kita akan lebih berkesan lagi? Bagaimanakah anda dapat membantu murid-murid anda meningkatkan kemahiran berfikir mereka?

Dalam bahagian yang seterusnya, kita akan menimbangkan beberapa klasifikasi yang biasa tentang jenis-jenis pemikiran, begitu juga beberapa cara yang dapat membantu murid-murid anda mempertingkatkan kemahiran berfikir mereka.

1.1 Jenis-jenis Pemikiran

Sebagai permulaan, izinkan saya mengemukakan soalan ringkas kepada anda: Bolehkah anda namakan beberapa jenis pemikiran?, Ya, pemikiran termasuklah pemikiran konvergen dan divergen, pemikiran vertikal dan lateral, pemikiran kreatif dan pemikran kritis serta pemikiran reflektif.

1.1.1Pemikiran KonvergenApa yang anda faham dengan pemikiran konvergen? Pemikiran konvergen merujuk kepada keupayaan memfokus ke arah yang khusus bagi mencari penyelesaian masalah yang paling sesuai atau jawapan yang betul untuk sesuatu soalan. Dalam ertikata yang lain, proses ini melibatkan peruncingan pelbagai kemungkinan, menjadi satu jawapan kepada satu masalah yang jelas. Adakah anda sedar bahawa memberi jawapan pelbagai pilihan atau jenis soalan objektif sebenarnya melibatkan pemikiran konvergen?

Dengan itu, apakah ciri-ciri pemikiran konvergen? Pemikiran konvergen tersusun secara logik, mengikut langkah demi langkah yang memerlukan seseorang mencari satu penyelesaian atau jawapan yang betul; Ia tidak melibatkan pencetusan idea yang berbeza atau kemungkinan jawapan yang berbeza. Bolehkah anda fikirkan beberapa batasan pemikiran konvergen?

1.1.2Pemikiran Divergen

Duduk beberapa saat dan tanya diri anda soalan ini: Adakah anda hidup dalam zon masa anda sendiri, menyedari sesuatu yang orang lain tidak ketahui, dan menilai secara mendalam serta menjaga cirri-ciri individu anda? Jika anda lakukannya, anda adalah pemikir divergen. Pemikir-pemikir divergen dikatakan sebagai original (memikirkan sesuatu perkara yang orang lain tidak pernah memikirkannya) , inventif (merekacipta) , dan penentuan kendiri. Walaupun mereka berkecenderungan untuk lupa, mereka adalah inventif, dan cepat untuk bertindakbalas. Mereka melihat kehidupan melalui skop pergerakan yang berterusan iaitu corak kehidupan seringkali berubah, pengalaman lebih tepat dihuraikan daripada diukur, dan pendapat mempunyai pelbagai warna, pelbagai bentuk dan sukar untuk berpegang pada satu pendapat sahaja. Berapakah ciri-ciri tersebut yang anda miliki? Guilford mengenalpasti 4 ciri pemikiran divergen seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.1 di bawah.

KepelbagaianBerupaya mengeluarkan banyak idea berbeza untuk situasi yang tertentu

FleksibelMenggunakan perspektif yang berbeza untuk membentuk pelbagai cara penyelesaian masalah

KeaslianBerupaya memikirkan ideaa-ideaa baru yang berguna dan pratikal

TerperinciBerupaya menjelaskan sesuatu dengan terperinci

Table 1.1: Ciri-ciri Pemikiran Divergen

Berdasarkan jadual 1.1, Bolehkah anda senaraikan berapa ramai murid-murid anda memiliki keempat-empat ciri seperti yang dikemukakan oleh Guilford? Adakah pengajaran anda akan berubah apabila anda menekankan pemikiran divergen bagi menggantikan pemikiran konvergen di dalam bilik darjah?

1.1.3Pemikiran Vertikal

Bagaimana pula dengan pemikiran vertikal? Pemikiran vertikal melibatkan pemfokusan pada satu ideaa atau penyelesaian sebagai jawapan yang betul serta menerokainya dengan lebih mendalam dan terperinci. Sebagai tambahan, pemikiran vertikal membolehkan kita mempertimbangkan perkaitan sesuatu situasi atau idea, yang membantu kita untuk memahaminya dengan baik dan menggunakkan ideaa itu dalam situasi yang tertentu secara berkesan. Oleh itu, penyelesaian diperoleh selalunya lebih mendalam dan terperinci. Bolehkah anda memberikan beberapa contoh penggunaan pemikiran vertikal dalam bilik darjah?

1.1.4Pemikiran Lateral

Pernahkah anda mendengar tentang pemikiran lateral? Pemikiran lateral melibatkan proses pemikiran yang keluar dari kotak, iaitu penyelesaian sesuatu masalah diperoleh dari sumber yang tidak sama atau tidak berkaitan. Adakah anda faham dengan maksud pernyataan itu? Barangkali anda berfikiran bahawa pemikiran lateral sebagai tindakan untuk membajak tanah secara rata untuk menutup kawasan tanah yang luas. Pemikiran lateral dikatakan untuk melatih minda untuk mempertimbangkan banyak aspek yang berbeza dan tidak berkaitan berhubung sesuatu masalah bagi memperoleh penyelesaian yang unik yang tidak akan tercapai dengan hanya mengambilkira aspek-aspek yang biasa dan konvensional. Dengan itu, menggunakan pemikiran lateral di dalam bilik darjah akan menggalakkan proses berfikir secara kreatif di kalangan murid-murid anda. Sebagai contoh, semasa mencari jawapan kepada masalah matematik yang kompleks, mereka mungkin menemui satu artikel tentang geografi atau jurnal astronomi yang membincangkan penyelesaian untuk pelbagai jenis pengiraan yang berbeza, atau barangkali menggunakan pengalaman personal untuk merekabentuk sebuah bilik.

Berdasarkan perkara yang telah dipelajari tentang pemikiran vertikal dan pemikiran lateral, bagaimanakah anda boleh membezakan antara kedua-dua jenis pemikiran tersebut? Untuk membantu pemahaman anda, rujuk Jadual 1.2 di bawah.

Pemikiran VertikalPemikiran Lateral

Mencari pendekatan yang betulMencari pendekatan sebayak yang mungkin

Menekankan kebenaranMenekankan kekayaan

Meneruskan sekiranya terdapat arahMeneruskan untuk membentuk arah

Analitikal Mencabar

Mengikut kronologiCan make jumps

Setiap langkah mesti betulTidak perlu betul pada setiap langkah

Menggunakan unsur negatif untuk menghalang idea-idea tertentuTidak ada unsur negatif

Menolak apa-apa sahaja yang tidak relevenMengalu-alukan sebarang peluang mengemukakan pendapat

Membuat analisis terhadap sesuatu ideaKurang mengalisis sesuatu idea

Table 1.2 Perbezaan di antara Pemikiran vertikal dan Pemikiran Lateral(Source: http://www.revision-notes.co.uk/revision/961.htm)

1.1.5Pemikiran Kritikal

Seterusnya, anda akan diperdengarkan dengan istilah pemikiran kritis. Walaupun sangat penting untuk memahami maknanya, lebih penting lagi memahami bagaimana berfikir secara kritis.

Pemikiran kritis dideafinasikan sebagai satu penyiasatan yang bertujuan mengkaji situasi, fenomena, soalan, atau masalah untuk sampai kepada rumusan tentangnya yang merangkumi semua maklumat yang ada. Ringkasnya, anda mungkin juga berfikir pemikiran kritis sebagai satu penggunaan kemahiran intelektual untuk menilai situasi dan membuat pertimbangan tentangnya.

Dalam kehidupan seharian , ia dapat diaplikasikan pada perkara-perkara yang anda baca di dalam buku, atau majalah, artikel atau di dalam surat-surat khabar. Ia juga boleh diaplikasikan pada sesuatu yang anda dengar semasa kuliah atau rancangan bersifat komersial melalui televisyen. Dalam erti kata yang lain, ia boleh diaplikasikan pada sebarang situasi yang anda hadapi.

Adalah penting diingatkan bahawa kemahiran kritikal boleh dipelajari. Di bawah ini beberapa aktiviti yang membolehkan anda menggalakkan murid-murid anda terlibat bagi tujuan membina kemahiran kritis mereka:

Menyusun sesuatu mengikut keutamaan

Mengenalpasti tujuan pada bahan yang mereka baca;

Menentukan urutan peristiwa (walaupun tidak dinyatakan);

Menentukan kesan;

Membuat kesimpulan;

Membuat pertentangan dan perbandingan;

Membuat ulasan; dan

Membuat penilaian

1.1.6Pemikiran Kreatif

Baca cerita di bawah dan cuba mengenalpasti beberapa kualiti minda yang kreatif

Lihat di sekeliling bilik darjah anda dan senaraikan nama murid-murid anda yang memiliki kualiti kritis yang sama seperti budak lelaki di dalam cerita tersebut. Berapa kerap mereka melihat perkara-perkara biasa dengan cara yang luarbiasa, yang merupakan intipati kepada kreativiti? Berapa ramai di antara mereka boleh membuat perkaitan yang mengagumkan dan secara spontan yang rakan sebaya dan kemungkinan orang dewasa tidak dapat lakukan? Selain itu, berapa ramai orang yang dapat berdiri dan mengemukakan idea-idea mereka yang luarbiasa dan belum lagi pernah dikemukakan oleh orang lain? Berapa ramai pemikir-pemikir bebas yang tidak bersandarkan kepada pendapat orang lain membentuk pertimbangan mereka sendiri ? Pada ketika berhadapan dengan bangkangan yang kuat, berapa ramai yang dapat bertahan dengan tuduhan seorang pembangkang, berapa ramai dapat bertahan dengan tuduhan yang dilemparkan kepada mereka? Ya, jawapan kepada soalan di atas akan memberi kamu beberapa indikator bilangan murid-murid yang berfikiran kritis.

Rumusannya, kualiti minda yang kreatif adalah:

Menjangkakan sesuatu yang tidak dijangka;

Berfikiran terbuka;

Keupayaan berfokus yang tinggi dan berterusan;

Pelbagai dan berkeinginan tinggi

Mempunyai minda yang holistik; dan

Sentiasa menonjolkan diri dengan ideaa-ideaa baru.

Pernahkah anda mempertimbangkan bagaimana anda, sebagai guru, boleh menerapkan pemikiran kritis pada murid-murid anda? Cuba dan gunakan jenis soalan kritis berikut yang tersenarai di bawah sekerap yang anda boleh:

1.Soalan penjelasan

Contoh:Bolehkah anda memberikan contoh tentang

Adakah anda cuba menyatakan ____ atau ____2.Soalan yang mencari andaian

Contoh:Adakah anda mengandaikan bahawa

Adakah ini kes yang selalu dengan

3.Soalan yang bertanyakan alasan dan bukti:

Contoh:Bagaimana anda jelaskan sama ada ia benar atau tidak?

Adakah terdapat sebarang alasan untuk menafikan perkara ini

4.Soalan tentang pandangan atau perspektif

Contoh:Apakah pandangan orang tentang perkara ini?

Bagaimana tindakan kumpulan-kumpulan lain?

5.Soalan yang mencari implikasi dan konsekuen

Contoh:Apakah kesan daripada daripada perkara ini?

Kalau perkara ini benar, apa lagi yang juga benar?Adalah penting untuk diketahui bahawa , guru yang menggunakan soalan-soalan ini secara berterusan kepada murid-muridnya, dengan galakan dan contoh, akhir sekali mereka juga berasa bertanggungjawab untuk bertanyakan soalan-soalan itu sesama mereka dan rakan sebilik darjah mereka.

Di samping menyoal jenis soalan kritis yang berbeza, di dalam bilik darjah, apakah cara lain yang dapat menerapkan jenis pemikiran ini ke dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran anda? Barangkali anda boleh mencuba menggunakan dan menyesuaikan beberapa cadangan yang disenaraikan di bawah ini:

Latih tubi untuk idea dan mengambilkira kesemuanya semasa perbincangan;

Menggalakkan murid-murid meneroka idea keluar daripada lingkungan subjek supaya mereka dapat menghasilkan ideaa-ideaa yang baru dan luarbiasa.;

Menggalakkan fleksibeliti dengan mengambilkira kepelbagaian idea dan perspektif pada situasi yang sama;

Bermain dengan ideaa-ideaa yang baru dan membuat perkaitan baru dengan pengetahuan yang ada;

Cuba jangan menolak ideaa-ideaa baru terlalu awal; dan

Bina penyelesaian praktikal sebanyak yang mungkin, walaupun sebahagiannya nampak agak luarbiasa.

Berdasarkan perkara yang telah dipelajari tentang pemikiran kreatif dan kritis, apakah rumusan yang dapat anda buat? Catatan di bawah boleh dijadikan panduan.

Pemikiran kreatif umumnya melibatkan pembentukan atau penjanaan ideaa, proses, pengalaman atau objek; pemikiran kritikal berkaitan dengan penilaiannya;

Pemikiran kritis dan pemikiran kreatif adalah pemikiran divergen;

Pemikiran kritis dan kreatif saling berkaitan dan pelengkap kepada aspek pemikiran;

Hampir semua pemikiran yang dibincangkan mengandungi sebahagian aspek kreatif dan kritis. Misalnya, apabila kita cuba menyelesaikan sebahagian masalah kehidupan kita, kita selalu berundur dan beberapa kali membuat refleksi secara kreatif dan kritis untuk membentuk penyelesaian atau memikirkan kesan daripada tindakan bagi setiap penyelesaian .

1.1.7Pemikiran Reflektif

Kita sekarang telah sampai kepada jenis pemikiran yang terakhir iaitu pemikiran reflektif. Pemikiran reflektif memerlukan seseorang menghubungkaitkan idea-idea yang diperoleh dengan pengalaman-pengalaman lalu atau terkini untuk tindakan seterusnya. Ia juga melibatkan proses penyoalan dan penyoalan-kendiri, penilaian-kendiri, menerusi pengalaman kita, dan menjelaskan tindakan alternatif yang mungkin berdasarkan andaian-andaian tertentu dan jangkaan kita. Agenda sendiri dan agenda yang dirangka adalah berdasarkan tindakan dan peristiwa yang dijangka.

Boleh anda fikirkan beberapa penggunaan pemikiran reflektif di dalam bilik darjah? Ia selalu digunakan untuk menilai keberkesanan tindakan tertentu dan juga memikirkan cara-cara memperbaiki hasil terhadap tindakan yang diambil. Dengan itu, pemikiran reflektif penting bagi pemikiran kritis dan pemikiran kreatif.

Apakah cara-cara lain yang boleh menggalakkan murid-murid berfikiran reflektif. Sebahagian daripada cara-cara itu adalah seperti berikut::

Menggalakkan mereka membaca jurnal dan menilai keberkesanan tindakan mereka.;

Minta mereka memikirkan kesan susulan daripada tindakan mereka ; dan

Libatkan mereka untuk merancang tindakan yang sesuai sebagai penyelesaian kepada sesuatu masalah

Berehat sebentar dan apabila anda balik semula, kita akan belajar tentang gaya pembelajaran.

1.1 Gaya Pembelajaran

Untuk memulakan perbincangan kita, baca cerita di bawah.

Dia adalah seorang budak lelaki yang belajar melalui perbuatannya . Pada umur enam tahun, dia melihat bagaimana api membakar dan secara tidak sengaja membakar pondok bapanya. Pada musim berikutnya, dia mula bersekolah.Di sini dia sering berimiginasi dan sukar mengekalkan dirinya di tempat duduk. Disebabkan dia tidak memberi tumpuan dan keletihan, dia tidak dapat kekal lama dalam bilik darjah yang formal. Akhirnya, ibunya terpaksa menyekolahnya di rumah sahaja.

Intipati pembelajarannya ialah keinginannya untuk mengkaji. Sebagai guru barunya, ibunya memberikan kebebasan untuk mengembangkan minatnya. Pada masa yang sama, ibunya menyemaikan disiplin belajar kepadanya. Dengan masa dan keazaman, dia dapat menguasai perjalanan mindanya. Dia membesar untuk menjadi pencipta yang prolifik, membawa keajaiban kuasa elektrik dan rakaman suara kepada dunia. Dikatakan Thomas Alva Edison berjaya manakala murid-murid yang lain gagal atau tidak pernah mencuba, kerana sudah menjadi sifatnya untuk menjadi berani. Hari ini, terdapat sejumlah kanak-kanak yang memiliki sifat berani itu. Seperti Edison muda, mereka mudah hilang tumpuan dan tidak terurus , tetapi mereka juga adalah sebagai pencipta dan mempunyai daya imiginasi yang tinggi.

( Source: http://www.fearlessfocus.com/bookexcerpt.htm)

Reflek pengalaman mengajar anda, berapa orangkah Edisons terdapat di dalam bilik darjah anda? Pernahkah anda rasai bahawa murid-murid anda mempunyai gaya belajar sendiri yang mereka sukai? Ya, kesemua kita belajar dengan cara tersendiri. Dalam bahagian ini, kita akan mengkaji makna gaya pembelajaran dan pelbagai jenis gaya pembelajaran yang berbeza.

1.2.1 Konsep Gaya Pembelajaran

Pada asasnya, seseorang belajar dan berfikir dengan cara yang berbeza. Adakah anda bersetuju? Jika anda perhatikan, setiap murid di dalam kelas mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza cara mengambil maklumat dan memproses maklumat yang dianggap terbaik untuk mereka dan tidak pada orang lain. Adakah anda bersetuju?

Untuk huraian seterusnya, mari kita mengkaji pendapat beberapa ahli teori dalam mendefinasikan gaya pembelajaran.

cara setiap pelajar mula memberikan tumpuan, memproses, dan menyimpan maklumat baru dan sukar (Dunn & Dunn,1981);

bertumbuh secara biologi sehingga meninggalkan kesan yang kuat pada ciri-ciri perseorangan, menjadikan kaedah pengajaran yang sama, berkesan untuk sebahagian pelajar sahaja dan tidak berkesan untuk pelajar yang lain, (Dunn, Beaudry and Klavas, 1989)

1.2.2 Jenis-jenis Gaya Pembelajaran

Umumnya, gaya pembelajaran boleh dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu penglihatan (visual), pendengaran (auditori), dan pergerakan (kinestetik). Kita akan mengkaji secara ringkas setiap satu daripada gaya pembelajaran itu.

Pelajar yang mempunyai gaya belajar berdasarkan penglihatan, belajar dengan melihat maklumat . Ciri-ciri di bawah adalah ciri-ciri kebanyakan individu yang mempunyai kemahiran memproses visual yang kuat:

Mudah mengingat maklumat yang disampaikan melalui gambar, carta, atau rajah;

Boleh mencari dan melihat maklumat yang tercatat dan dilukis secara tersirat;

Berupaya membuat gambaran di dalam minda berdasarkan maklumat yang mereka baca;

Memiliki kemahiran visual-spatial seperti saiz, bentuk, jalinan corak, sudut, dan titik tiga dimensi ;

Memberi perhatian yang mendalam terhadap bahasa badan orang lain; dan

Mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap nilai estetika atau keindahan persekitaran fizikal, media visual dan seni.

Sebaliknya, pelajar yang mempunyai gaya pembelajaran berdasarkan pendengaran, belajar dengan mendengar maklumat. Mereka dengan mudah mengingati maklumat dengan lebih tepat selepas maklumat itu dijelaskan kepada mereka secara lisan. Baca ciri-ciri individu yang mempunyai kemahiran memproses maklumat melalui pendengaran seperti di bawah ini:

Mampu mengingat agak tepat maklumat terperinci yang mereka dengar semasa bercakap;

Memiliki kemahiran berbahasa yang tinggi, termasuk pembinaan perbendaharaan kata yang baik;

Memiliki kemahiran komunikasi oral yang tinggi yang membolehkan mereka melaksanakan perbualan yang penting dengan orang lain;

Mudah mempelajari bahasa asing: dan

Seringkali mempunyai bakat muzik kerana mereka berkebolehan mendengar rentak, irama dan catatan individu.

Bagaimana pula dengan pelajar yang mempunyai gaya pembelajaran berdasarkan pergerakan? Mereka dikatakan belajar dengan lebih baik melalui pergerakan tubuh badan mereka kerana aktiviti itu dapat mengaktifkan otot-otot mereka yang kecil atau yang besar sewaktu belajar. Dalam ertikata yang lain, mereka adalah pelaku atau penerima pengalaman langsung yang benar-benar memberi tumpuan yang baik dan belajar dengan lebih mudah apabila melibatkan pergerakan. Di bawah ini adalah beberapa ciri pelajar yang mempunyai gaya pembelajaran berdasarkan pergerakan:

Gemar membunyikan jari atau mengerakkan kaki semasa duduk;

Selalu dilabel sebagai kanak-kanak yang hiperaktif;

Bekerja dengan baik apabila menggunakan tangan dan kerja-kerja memperbaiki, mengukir, kesenian atau bekerja dengan menggunakan alat;

Bekerjasama dengan baik dan mempunyai deria penentuan dan pergerakan badan yang kuat .

Beberapa idea untuk mengajar pelajar yang berbeza gaya pembelajaran disarankan dibawah ini. Lihat sama ada anda dapat melaksanakan mana-mana satu cara di dalam bilik darjah anda..

(Source: http://www.accd.edu/spc/iic/teaching/modules/learning_styles.htm )

Di samping tiga jenis pelajar yang diterangkan di atas, pelajar boleh juga dikategorikan sebagai pelajar bersifat global dan pelajar bersifat analitikal. Jadual 1.3 di bawah membandingkan kedua-dua kategori pelajar tersebut.

Pelajar Bersifat Global

Pelajar Bersifat Analitikal

Cenderung melihat sesuatu sebagai gambar yang besar daripada secara terperinci Kenyataan secara terperinci

Gemar bekerja dalam kumpulan, tetapi berkecenderungan melihat bagaimana keadaan setiap orang di dalam kumpulan sebelum memulakan dan memberikan tugas sebenarnyaTidak gemar bekerja dalam kumpulan kerana mereka merasakan mereka cenderung melakukan kebanyakan kerja

Gemar akan soalan terbuka kerana mereka boleh menggunakan pemikiran aras tinggi daripada bersandarkan fakta yang laluTidak suka dengan soalan terbuka

Sukar menerima ujian berbentuk pelbagai pilihan kerana bagi mereka kesemua jawapan ada kebenarannya dalam konteks dunia, luar daripada ujian tersebutMengetahui ujian pelbagai pilihan adalah seperti permainan dan mereka telah memahami peraturan

Lebih gemar akan projek berbanding dengan laporan kerana ia membenarkan mereka melakukan beberapa perkara dalam satu kertas kerjaCenderung melakukan satu kerja dalam satu masa.

Table 1.3 Ciri-ciri Pelajar Global dan Analitikal

(Source: http://www.jlhs.nhusd.k12.ca.us/Classes/Lifeskills/Learning_styles.html)

Berdasarkan jadual di atas, bolehkah anda mengenalpasti siapa di kalangan murid-murid anda adalah pelajar global? Siapakah pelajar analitikal? Apakah jenis strategi pengajaran akan anda gunakan untuk memenuhi keperluan kedua-dua jenis pelajar ini? Catatkan jawapan anda di dalam sehelai kertas.

Honey and Mumford (1986) mengkategorikan gaya pembelajaran kepada 4 jenis, iaitu, aktivis, reflector, teoris dan pramatis. Ciri-ciri keempat-empat setiap jenis gaya pembelajaran itu terkandung dalam Jadual 1.4 di bawah:

Gaya PembelajaranCiri-ciri

ActivisMelibatkan diri mereka sepenuhnya dan tanpa bias dengan pengalaman baru, berasa seronok di mana sahaja mereka berada dan setiap masa, dan suka bersosial

ReflektorSentiasa membuat pertimbangan terhadap pengalaman, mengumpul data, cenderung menangguhkan proses membuat rumusan akhir, dan , kurang mesra, tolak ansur, dan tenang

TeoriMenyesuai dan menggabungkan pemerhatian kepada pelbagai bahagian tetapi berdasarkan teori, cenderung kepada kesempurnaan, dan boleh dikesan serta bersifat analitikal.

PragmatikMencuba teori untuk melihat mereka bekerja mengikut peraturan, bertindfak cepat dan berkeyakinan terhadap idea yang menarik perhatian mereka, dan diperlukan dalam kehidupan ini.

Jadual 1.4 Ciri-ciri Gaya Pembelajaran Pelbagai

(Source: http://www.hrdq.com/products/lsq.html)

Berdasarkan maklumat yang disediakan dalam jadual 1.4, apakah strategi pembelajaran yang harus anda pertimbangkan untuk memastikan yang anda memenuhi kehendak keempat-empat jenis pelajar yang berbeza di dalam bilik darjah anda? Catatkan pendapat anda dalam sehelai kertas.

1.2.3 Model Dunn dan Dunn

Model Dunn dan Dunn di perkenalkan pada tahun 1967. Model ini disesuaikan dengan premis berikut:

Setiap orang mempunyai kekuatan tetapi kekuatan itu berbeza pada orang yang

berbeza;

Persekitaran, sumber dan pendekatan membawa kepada kepelbagaian kekuatan;

Pengajaran yang disukai individu wujud dan boleh diukur secara jujur;

Persekitaran responsif yang disediakan menyebabkan, murid-murid mencapai pencapaian akademik yang tinggi secara statistik,;

Kebanyakan guru boleh belajar menggunakan gaya pembelajaran sebagai asas kepada pengajaran mereka.

Sebagai tambahan, model ini mencadangkan empat jenis gaya pembelajaran pendengaran(auditori), penglihatan (visual), sentuhan (tactual) dan pergerakan (kinestetik). Sekarang kita akan mengkaji ciri-ciri setiap jenis gaya pembelajaran ini.

1.Individu yang memiliki gaya pembelajaran berdasarkan pendengaran (auditori), suka disajikan dengan pengajaran secara verbal. Mereka berasa mudah belajar secara mendengar. Disebabkan perkara ini, mereka lebih suka berdialog, berbincang dan bermain. Mereka mudah mengingat nama tetapi lupa akan wajahnya. Walau bagaimanapun, mereka mudah diganggu oleh bunyi dan dengan itu mereka perlu bekerja di tempat yang tidak bising.

2.Mereka yang mempunyai gaya pembelajaran berdasarkan penglihatan (visual) suka dengan persembahan. Mereka juga merasakan mudah belajar melalui diskripsi dan sering mengingati perkataan di dalam hati. Mereka mudah mengingat wajah seseorang tetapi lupa akan namanya. Sebagai tambahan, mereka cenderung tidak sedar akan kebisingan.

3.Mereka yang mempunyai gaya pembelajaran berdasarkan sentuhan (tactual) selalu melakukan yang terbaik apabila mereka mencatat nota, tidak kira semasa kuliah atau semasa membaca sesuatu yang baru atau sukar. Mereka sering suka melukis atau.melakar untuk mengingat. Disebabkan ini, mereka amat menyukai aktiviti-aktiviti yang hands-on seperti projek dan persembahan.

4.Mereka yang mempunyai gaya pembelajaran berdasarkan pergerakan (kinestatik), melakukan yang terbaik apabila mereka dilibatkan secara aktif. Disebabkan perkara ini, mereka dikatakan mempunyai tahap tenaga yang tinggi. Mereka berfikir dan belajar dengan baik apabila bergerak. Dengan itu, sesiapa yang mempunyai gaya pembelajaran seperti ini akan berhadapan dengan masalah penumpuan apabila disuruh membaca dan duduk.

(Source: http://www.geocities.com/~educationplace/Model.html)

Baca dan jawab soalan-soalan yang berikut

1. Dengan menggunakan grafik, senaraikan ciri-ciri gaya pembelajaran yang berbeza seperti

yang dicadangkan oleh ahli-ahli teori.

2. Berdasarkan perkara yang anda telah pelajari tentang gaya pembelajaran, senaraikan lima

implikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Rumusan

Topik ini memperkenalkan anda kepada jenis-jenis kemahiran berfikir dan gaya pembelajaran yang berbeza.

Fakta-fakta utamanya ialah:

Kemahiran berfikir termasuk konvergen, divergen, lateral, kritis, kreatif dan kemahiran berkir reflektif;

Guru boleh menggunakan pelbagai strategi pengajaran untuk membantu murid-murid mengembangkan kemahiran berfikir mereka.;

Gaya pembelajaran adalah cara belajar yang berbeza. Setiap pelajar ada cara

belajar mereka yang tersendiri.

Sebahagian daripada jenis gaya pembelajaran adalah gaya pembelajaran

global dan analitikal, visual, auditori, taktual dan kinestatik, aktivis, reflector,

teoris dan pragmatik. Setiap jenis gaya pembelajaran ini mempunyai ciri-

cirinya yang tersendiri.

Di bawah ini senarai teks bacaan dan buku rujukan yang digunakan..

Teks Bacaan Asas

Cotton,J. (1995). The theory of Learning Strategies: An introduction. London: Kogan Page

Entwistle,N.(1988). Styles of learning and Teaching: An Integrated Outline of Educational

Psychology for pupils, teachers and lecturers. Great Britain: David Fulton.

Rujukan

Kolb, D.A. (1984). Experiential Learning: Experience as a the source of learning and Development. Englewood Cliffs, N.J. :Prentice-Hall Inc.

TOPIK 2Tingkah laku Bermasalah

Kuatkuasakan perlakuan yang dingini, jangan berikan perhatian kepada perlakuan yang tidak diingini, dan perlakuan yang diingini akan meningkat manakala perlakuan yang tidak diingini akan hilang dengan sendirinya.

(Source: http://www.pentatonika.com/discipline.html)

Ya, bunyinya macam senang, tetapi kenapa ia tidak berkesan dalam bilik darjah? Ini adalah disebabkan adanya rakan sekelas di dalam bilik darjah. Anda, sebagai guru, akan mengenepikan perlakuan yang tidak diingini, tetapi rakan-rakan sekelas dalam bilik darjah tidak.Dalam topik ini kita akan membincangkan perlakuan yang dinginkan dan tidak inginkan di dalam bilik darjah, kesannya terhadap proses pengajaran dan pembelajaran dan bagaimana guru boleh menggunakan pengurusan tingkahlaku yang berkesan untuk menguruskan masalah tingkahlaku.

2.1 Definasi Masalah Tingkahlaku

Berdasarkan pengalaman mengajar anda, saya yakin anda telah melihat bahawa kesemua murid anda, tanpa pengecualian, melakukan beberapa jenis tingkahlaku yang tidak sesuai pada masa-masa tertentu.Walau bagaimanapun, perkara ini tidak bermakna bahawa semua murid-murid mempunyai masalah tingkahlaku. Sebagai contoh , anda mungkin menyedari bahawa seorang daripada murid-murid anda tidak memberikan perhatian semasa pengajaran di dalam kelas. Melalui kajian anda, anda mendapati dia sering membincangkan perkara-perkara yang diajar oleh guru selepas sesuatu pengajaran bersama kawan-kawannya sewaktu guru sedang mengajar. Pada peringkat awal ia tidak mendatangkan masalah. Walau bagaimanapun, kalau ia berterusan dengan perlakuan yang tidak diingini ini melebihi beberapa bulan, dia mungkin akan berhadapan masalah dengan guru disiplin.

Kajian bahan-bahan sumber mendedahkan bahawa konsep masalah tingkahlaku adalah luas. Namun demikian, kita boleh mencuba menjelaskan masalah tingkahlaku (atau perlakuan bermasalah) sebagai perlakuan, yang dimanifestasikan secara konsisten dalam sesuatu jangkamasa. yang memberikan kesan yang buruk dalam perkembangan pembangunan murid-murid dan seterusnya menghalang mereka terlibat secara aktif di dalam atau di luar bilik darjah.

Sebagai panduan , sebarang tingkahlaku yang menghalang seseorang individu daripada berfungsi secara efektif boleh dianggap sebagai masalah tingkahlaku. Adakah konsep itu jelas?

Barangkali anda mungkin berminat untuk pergi ke pusat sumber berdekatan untuk membaca tentang masalah tingkahlaku. Bandingkan bahan-bahan rujukan anda dengan perkara-perkara yang akan kita bincangkan di bawah ini..

2.2 Jenis-jenis Masalah Tingkah lakuUmumnya, masalah tingkah laku boleh dikategorikan kepada kecil (minor),besar (major) dan berat (kronik), bergantung kepada darjah keseriusan masalah tersebut. Bagaimana kita membezakan ketiga-tiga jenis tingkahlaku bermasalah itu?

Secara amnya, tingkahlaku bermasalah yang kecil tidak memerlukan guru mengambil tindakan disiplin yang serius atau tindakan pemulihan, manakala, tingkahlaku bermasalah yang berat memerlukan bimbingan kaunseling atau penggunaan teknik modifikasi tingkahlaku. Sebagai tambahan, guru mesti menyedari, bukan hanya pelajar yang pasif dan lembam sahaja yang menunjukkan tingkahlaku bermasalah;murid-murid yang aktif dan agak cerdas juga boleh menunjukkan masalah dalam perlakuan mereka .

2.2.1Tingkah laku Bermasalah Kecil (Minor)

Apakah tingkahlaku bermasalah kecil yang dimanifestasikan oleh murid-murid di dalam bilik darjah? Ini termasuklah perlakuan-perlakuan yang tidak mengikut peraturan dan prosidur kelas dan ia jarang berlaku. Walau bagaimanapun, tingkahlaku seperti ini tidak mengganggu aktiviti bilik darjah dan tidak mencampuri urusan pembelajaran. Namun demikian, jika dibiarkan tanpa kawalan guru, ia mungkin berlaku secara kerap dan mengganggu pembelajaran.

Beberapa contoh tingkahlaku bermasalah kecil termasuklah :

Lupa menyiapkan kerja rumah;

Mengganggu guru;

Bercakap pada waktu yang tidak sesuai;

Meninggalkan tempat duduk tanpa kebenaran;

Meninggalkan kelas tanpa kebenaran;

Melakukan aktiviti tidak berkaitan sewaktu belajar, seperti membaca komik atau memberi kawan-kawan nota-nota peribadi;

Bertekak dan membuang masa semasa aktiviti kumpulan, dan,

Enggan mematuhi arahan guru semasa aktiviti kelas.

Boleh anda fikirkan contoh-contoh lain yang sama? Tambah contoh-contoh itu dalam senarai sekiranya anda mahu.

2.2.2 Tingkahlaku Bermasalah Besar (Major)Tingkahlaku bermasalah besar termasuklah tingkahlaku bermasalah kecil yang bertambah dari segi kekerapannya dan jumlahnya, yang mengganggu pembelajaran murid-murid lain. Disebabkan perlakuan ini mengganggu pembelajaran di bilik darjah, pembelajaran dan interaksi berkesan tidak dapat dilaksanakan. Kenapa? Alasannya ialah guru terpaksa menggunakan masa yang berharga di dalam kelas untuk berhadapan dengan tingkahlaku bermasalah ini di samping merancang dan melaksanakan cara membantu murid membentuk tingkahlaku yang sihat.

Apakah contoh-contoh tingkah laku bermasalah besar? Baca senarai di bawah:

Berterusan mengganggu aktiviti kelas dengan enggan mematuhi arahan, mengganggu murid-murid lain, atau mencabar guru;

Bertengkar;

Berterusan melanggar peraturan kelas dan sekolah;

Hiperaktif gagal memberi perhatian sewaktu guru mengajar , mudah mengganggu, tidak boleh duduk diam, bergerak-gerak dalam bilik darjah dan mengganggu aktiviti pengajaran dan pembelajaran;

Mengundurkan diri daripada aktiviti kelas;

Pengunduran sosial tidak berinteraksi dengan guru dan kawan-kawan;

Tingkahlaku bergantung menunggu orang lain menyiapkan kerja untuknya;

Enggan menyiapkan kerja sekolah;

Meniru semasa peperiksaan atau dalam membuat kertas kerja;

Membuli;

Merosakkan harta sekolah atau barang-barang murid-murid lain: dan :

Mencuri, seperti mencuri buku atau bahan-bahan penulisan.

Ada contoh-contoh yang sama anda ingin masukkan dalam senarai ? Sila lakukannya.

2.2.3 Tingkah laku Bermasalah Berat (Kronik)Tingkahlaku bermasalah kronik merujuk kepada tingkahlaku bermasalah yang serius dan berterusan dalam satu jangka masa yang panjang, berkembang dalam satu corak yang konsisten serta tidak boleh diubah dengan mudah. Disebabkan tumpuan murid bertentangan dengan usaha guru membetulkan perlakuan murid, tingkahlaku seperti ini memerlukan rancangan penglibatan jangka panjang, misalnya, kaunseling dan/atau program modifikasi tingkahlaku. Jenis tingkahlaku seperti ini, jika tidak diperbetulkan, boleh membawa kepada masalah emosi dan sosial yang serius.

Apakah jenis-jenis tingkahlaku kronik yang dapat anda perhatikan di dalam kelas yang boleh dimasukkan dalam kategori ini? Sebahagian contoh tingkahlaku bermasalah kronik ini adalah seperti di bawah:

Perlakuan anti sosial Mencabar autoriti dan peraturan sekolah secara berterusan, enggan menghormati hak guru-guru dan murid-murid lain, bermusuhan dengan guru dan sebagainya ;

Bergaduh dan tingkahlaku ganas kerap bergaduh dengan murid-murid lain;

Tingkahlaku musnah vandalism, memusnahkan harta benda, mencederakan diri atau orang lain;

Mencuri atau merampas dari murid lain;

Kerap mengancam dan membuli murid-murid lain atau guru;

Pengunduran sosial dan pengasingan diri ditinggalkan berseorang oleh murid-murid lain, tidak boleh berkawan dengan murid lain , tidak boleh berinteraksi dengan murid-murid lain, dan sebagainya;

Kemurungan yang tinggi dan sering berasa takut tegang, mudah takut, takut mencuba perlakuan baru atau terlibat dengan aktiviti baru, sangat takut dengan kegagalan, dan sebagainya;

Tidak Hadir Enggan hadir ke sekolah atau ponteng kelas; dan

Kerap mengelakkan diri dari kerja-kerja sekolah atau terlibat dengan aktiviti sekolah.

2.3 Kaedah Mengenalpasti Murid-murid yang Mempunyai Tingkah laku

Bermasalah

Setelah mempelajari tentang pelbagai jenis tingkahlaku bermasalah, sekarang kita akan membincangkan pelbagai kaedah yang boleh digunakan untuk mengenalpasti murid-murid yang mempunyai tingkahlaku bermasalah. Asasnya, terdapat dua pendekatan iaitu, berdasarkan ujian (test-based) dan bukan kaedah ujian (non-test method).

Lawat perpustakaan yang berhampiran dan cari bahan sumber berkaitan berdasarkan ujian dan kaedah ujian.

2.3.1Kaedah Berdasarkan Ujian (Test-Based Methods)

Berdasarkan maklumat yang anda cari di perpustakaan, bolehkah anda senaraikan beberapa contoh kaedah berdasarkan ujian? Adakah ujian psikologi dan diagnostik termasuk dalam senarai anda? Kedua-dua ujian ini dikenali sebagai ujian yang diseragamkan yang dibina khas untuk mengukur jenis dan darjah tingkahlaku bermasalah yang ditunjukkan oleh murid-murid.

Apakah perbezaan kedua-dua jenis ujian ini? Ujian psikologikal cuba mengenalpasti tingkahlaku tertentu atau masalah emosi yang ditunjukan oleh individu, manakala, ujian diagnostik digunakan untuk menyediakan pandangan yang terperinci tentang komponen-komponen masalah tingkahlaku dan mengenalpasti punca masalah tersebut. Adakah anda jelas tentang perkara ini?

Apakah prasyarat untuk mentadbirkan ujian ini? Ujian ini perlu ditadbirkan dan ditafsirkan oleh seseorang yang berkelayakan, seperti ahli psikologi sekolah, ahli psikologi kanak-kanak pakar sumber atau kaunselor sekolah. Disebabkan ini, kaedah ini jarang digunakan di sekolah atas dua alasan: (i) Kurangnya ujian keseragaman yang sesuai; dan (ii) kurangnya seseorang yang terlatih untuk mengendalikan ujian tersebut.

Perkara yang penting untuk diingati ialah kaedah ujian selalunya digunakan untuk mengenalpasti tingkahlaku bermasalah yang kronik atau tingkahlaku dan emosi yang tidak menentu. Setelah ahli psiklologi, pakar sumber dan kaunselor sekolah dirujuk, ujian ditadbirkan bagi mengenalpasti aspek-aspek masalah tingkahlaku yang ditunjukkan oleh kanak-kanak, kemudian rawatan kaunseling atau teknik modifikasi tingkahlaku digunakan bagi membantu kanak-kanak berhadapan dengan masalah.

Namun demikian, jika sebagai guru anda berfikir ujian perlu, anda boleh merujuk kepada murid-murid untuk memastikan mereka layak diuji, latih seseorang untuk melaksanakan ujian, mentafsir ujian dan membuat cadangan dan sokongan untuk meneruskan kerja susulan. Misalnya, jika murid-murid anda menunjukkan tingkahlaku hiperaktif, anda boleh membawanya berjumpa pakar sumber di Kementerian Pendidikan, atau ahli psikologi kanak-kanak untuk mentadbir ujian seterusnya. Sekiranya murid itu didapati mempunyai perhatian-penyusutan-kekacauan (attention-deficit-disorder) dengan hiperaktiviti, besar kemungkinan, ahli psikologi itu mencadangkan kanak-kanak itu mendapatkan rawatan doktor atau menempatkan dia dalam kelas yang khas bagi kanak-kanak ADD.

Pada masa kini, tidak banyak ujian yang dilaksanakan untuk mengenalpasti jenis-jenis tingkahlaku bermasalah, maka pilihan yang baik ialah menggunakan kaedah bukan ujian.

2.3.2 Kaedah Bukan Ujian (Non-Test Method)

Sebagai permulaan, rujuk semula bahan rujukan anda tentang kaedah bukan ujian. Bolehkah anda menamakan sebahagian daripada kaedah yang biasa digunakan? Apakah kebaikan menggunakan kaedah-kaedah itu? Salah satu daripada kebaikannya ialah ujian ini tidak memerlukan pakar psikologi; mana-mana guru yang berkelayakan boleh menggunakannya untuk mengenalpasti tingkahlaku bermasalah di kalangan murid-murid. Beberapa kaedah bukan ujian yang sering digunakan ialah seperti berikut :

(i) Pemerhatian

Apakah yang dilakukan semasa pemerhatian? Penggunakan senarai semak, pemerhatian oleh guru dan rakaman tingkahlaku murid-murid secara bersistem sewaktu sesi pengajaran dilakukan. Guru juga boleh menulis nota lapangan atau gunakan video rakaman sesi pengajaran di dalam kelas sewaktu dia atau guru lain mengajar. Dia melakukan perkara ini dalam satu jangkamasa tertentu pada masa dan keadaan yang berbeza. Kenapa? Ini akan membolehkan dia menentukan corak tingkahlaku yang ditunjukkan oleh murid-murid, sama ada ia tingkahlaku yang bermasalah atau pun bukan.

(ii)Temuduga

Adakah anda tahu temuduga boleh dilakukan dengan pelbagai cara? Dengan menemuduga ibu bapa murid-murid atau guru-guru lain, guru mendapat gambaran jelas corak tingkahlaku murid-murid secara keseluruhan. Apabila dia sendiri menemuduga murid-murid, dia dapat menentukan punca masalah, begitu juga memperoleh pandangan yang mendalam tentang sesuatu masalah berdasarkan tindakbalas murid-murid. .

(iii)Kaedah Penyelidikan

Sebahagian kajian yang digunakan untuk mengkaji dan mengenalpasti tingkahlaku kanak-kanak bermasalah yang khusus termasuklah seperti di bawah:

Kajian KesApakah kajian kes? Ia merupakan kajian intensif murid-murid sebagai individu, menggunakan maklumat yang diperoleh daripada pelbagai sumber, seperti laporan guru, laporan ibu bapa dan maklumat yang diperoleh dari pemerhatian terus dan individu yang ditemuduga. Apa yang menyusul selepas mengutip data? Punca masalah dikenalpasti, kemudian langkah mengesahkan masalah dilakukan. Berikutan itu, perkembangan murid-murid diikuti dan kemudian tingkahlaku diukur.

Kajian Dokumen

Boleh anda namakan beberapa dokumen yang terbukti berguna kepada kita? Laporan ujian, laporan tingkahlaku dan laporan kesihatan adalah beberapa contoh yang boleh dikaji bagi mengenalpasti tingkahlaku murid-murid..Kajian Cross-SectionalKajian cross sectional kadangkala digunakan oleh guru. Dalam kes ini, kajian dibuat terhadap sekumpulan murid-murid, atau mewakili sekumpulan besar murid-murid. Apakah tujuannya? Tujuannya ialah untuk mengenalpasti norma-norma tingkahlaku dalam kumpulan itu. Dengan ini, dia boleh menentukan sama ada tingkahlaku itu terdapat dalam norma kumpulan umur itu atau tidak..

Kajian LongitudinalBagaimana pula dengan kajian longitudinal? Guru mengikuti perkembangan sekumpulan murid-murid sebagai sampel kajian selama beberapa tahun? Kenapa? Dengan cara ini, dia boleh mengkaji cara perubahan tingkahlaku mengikut masa dan keberkesanan program intervensi bagi membetulkan tingkahlaku.

Dengan menggunakan peta minda, susun nota anda tentang kaedah berdasarkan ujian dan kaedah tidak berdasarkan ujian, bagi tujuan mengenalpasti tingkahlaku bermasalah di dalam bilik darjah.

2.4 Pengurusan Tingkah laku

Terdapat banyak cara untuk guru melaksanakan pengurusan tingkahlaku di dalam bilik darjah. Sebahagiannya benar-benar berkesan, manakala yang lain perlu disemak semula. Walau bagaimanapun, perkara yang utama ialah semua guru mesti mempunyai satu bentuk sistem pengurusan tingkahlaku yang bukan sahaja membolehkan mereka mengawal kelas, tetapi juga membolehkan mereka mewujudkan persekitaran pembelajaran yang sihat dan produktif.

Mari kita mulakan dengan membaca cara sesetengah ahli teori mendefinasikan pengurusan tingkah laku.

Penggunaan prinsip-prinsip psikologi dan teori pembelajaran sosial untuk membentuk kaedah dan strategi-strategi mengawal dan mengubah tingkahlaku bermasalah

berurusan dengan tingkahlaku bermasalah untuk menghapuskan tingkahlaku yang tidak sesuai dan menggalakkan tingkahlaku yang sesuai; membina kawalan positif; dan membentuk persekitaran kelas yang berkesan. (Gilmore, 2000)

Berdasarkan definasi di atas, kamu juga boleh berfikir tentang mengurus tingkahlaku sebagai kerja membimbing tingkahlaku murid-murid di dalam kelas. Guru menghentikan tingkahlaku yang melanggar norma dan menggalakkan tingkahlaku yang mengikut norma; kemudian mengasuh ahli-ahli dan individu dalam kumpulan, dengan respon yang sesuai.

Memahami definasi pengurusan tingkahlaku tidaklah mencukupi kecuali anda mengetahui tujuan tugasan tersebut. Alasannya tidak lain iaitu untuk mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif serta dapat mengurangkan potensi berlakunya masalah tingkahlaku . Dengan cara itu, terdapat kebebasan untuk mengajar dan belajar tanpa wujudnya sebarang bentuk gangguan

Dengan mengetahui tujuan pengurusan tingkahlaku, ia akan membolehkan kita mengkaji prosesnya. Umumnya, terdapat beberapa langkah asas untuk diikuti:

(i) Mengenalpasti tingkahlaku bermasalah murid-murid mengikut persekitaran tempat perlakuan itu terjadi;

(ii) Tentukan matlamat tingkahlaku yang diinginkan;

(iii) Pilih strategi yang sesuai untuk mengawal dan mengubah tingkahlaku;

(iv) Aplikasikan strategi di dalam situasi yang sebenarnya apabila tingkahlaku bermasalah itu berlaku dan kaji kesannya.;

(v) Ubahsuai dan ubah strategi jika kesan yang diinginkan tidak diperoleh; dan

(vi) Aplikasikan strategi baru secara bersistem dan jika perlu, untuk mengurangkan tingkahlaku bermasalah dan membina tingkahlaku baru yang diinginkan.

Bunyinya macam senang, bukan? Cuba langkah yang dicadangkan di atas pada masa anda menguruskan tingkahlaku bermasalah di dalam bilik darjah. Lihat sama ada ia berkesan atau tidak!

Sebelum kita meneruskan perbincangan ke bahagian teknik pengurusan tingkahlaku yang lain, mungkin anda gemar melayari internet untuk mencari artikel yang berkaitan! Selamat melayari internet!

2.5 Teknik Pengurusan Tingkahlaku

Umumnya, setiap kali disebut lakukan atau jangan, ia berhubung dengan pengurusan tingkahlaku di dalam bilik darjah dan termasuk dalam salah satu kategori teknik berikutnya iaitu, peralatan personal (personal tools), teknik pencegahan (preventive techniques) dan pengukuran pembetulan (corrective measures). Dalam bahagian ini, kita akan membincangkan secara ringkas setiap kategori ini..

(i)Peralatan Personal (Personal Tools)

Adakah anda tahu bahawa kebanyakan teknik yang digunakan untuk mengurus tingkahlaku murid-murid di dalam bilik darjah sebenarnya datang daripada seseorang guru. Sekiranya diingat kembali, anda pernah mempunyai seorang guru yang menggunakan kedekatan fizikal (physical proximity) seperti pergi berdekatan dengan murid-murid yang mempunyai tingkahlaku bermasalah, berdiri berhampiran dengan murid-murid, kerana jarak itu memudahkan guru melihat dari dekat perlakuan muridnya.

Sebahagian guru anda mungkin pernah menggunakan mobiliti fizikal (physical mobility) iaitu guru berjalan ke depan dan ke belakang, ke tepi kelas atau mengelilingi kelasnya, hanya untuk memaklumkan kepada murid-murid guru sedang membuat pengawasan.

Masih ingat bagaimana kamu dan kawan-kawan sekelas kamu membaca perawakan guru kamu? Bagaimana guru kamu menggalakkan perlakuan yang baik hanya dengan pandangannya yang menyenangkan, menarik atau menyeronokkan, dan memberhentikan perlakuan yang tidak baik hanya dengan menunjukkan air muka yang marah, terperanjat atau kecewa? Ekspresi wajah adalah teknik yang amat baik, khususnya dalam situasi mengurus disiplin, kerana guru tidak perlu menggunakan sepatah perkataan pun. Hanya dengan menunjukkan ekspresi wajah sahaja, sudah mencukupi.

Sebagai rumusan, perlu diingatkan bahawa peralatan personal memberi kesan yang besar kepada pengurusan tingkahlaku kerana ia adalah peralatan yang sentiasa ada bersama anda dan boleh digunakan dengan mudah pada saat anda memerlukannya. Keupayaan anda melaksanakan teknik ekspresi muka ini dengan cekap dan mahir akan meningkatkan kemahiran mengawal anda dalam mengurus tingkahlaku murid.

(ii)Teknik pencegahan (Preventive Techniques)

Kenapa teknik pencegahan digunakan? Dengan berbuat begitu, anda sebagai guru berharap akan dapat mengurangkan atau mengelakkan kejadian tingkahlaku bermasalah. Seperti yang kamu tahu, tingkahlaku bermasalah di dalam bilik darjah menyebabkan ketegangan antara guru dan murid-murid. Dengan mengambil tindakan bagi menghindarkan situasi ini, anda meningkatkan persekitaran pembelajaran dengan mengurangkan tahap ketegangan di dalam bilik darjah, memastikan kelancaran pelaksanaan pengajaran dan membina hubungan yang baik dengan murid-murid.

Dengan maklumat ini di dalam minda, bolehkah anda memikirkan beberapa cara yang rasional untuk menghalang tingkahlaku bermasalah? Catat cara-cara itu dalam sehelai kertas dan bandingkannya dengan cadangan-cadangan di bawah:

Wujudkan keadaan yang positif untuk merangsang dan menggalakkan tingkahlaku yang baik;

Tumpukan pada hubungan seperti menunjukkan sikap keramahan, memberi kekuatan diri yang mencukupi, tunjukkan sikap berhati-hati;

Kekalkan persekitaran fizikal yang terurus;

Kekal dengan rutin bilik darjah untuk masuk ke dalam bilik darjah, memulakan pengajaran dan sistem penghatar buku;

Bentuk peraturan untuk menjelaskan kepada murid perlakuan yang diterima dan perlakuan yang tidak diterima.

Memantapkan perlakuan yang baik dengan memuji murid; dan

Sediakan model tingkahlaku dengan mengamalkan apa yang diperkatakan

(iii)Ukuran Pembetulan (Corrective Measures)

Kategori ketiga teknik pengurusan tingkahlaku ialah ukuran pembetulan. Kenapa anda masih memerlukannya, walaupun anda telah mempunyai banyak teknik pencegahan yang tersimpan di dalam stor pemikiran anda? Murid-murid anda akan terus melakukan tingkahlaku bermasalah, dan melanggar peraturan, tidak kira berapa banyak tindakan berjaga-jaga yang anda lakukan.

Apakahkah pengukuran pembetulan? Ada cara untuk berurusan dengan masalah tingkahlaku ini secara spontan begitu juga untuk menghentikan perlakuan mereka dengan cara yang baik dan tidak merosakkan. Adakah anda tahu bahawa matlamat keseluruhan pembetulan itu ialah untuk mengubah semula tingkahlaku bermasalah supaya ia berubah secara positif. Dalam erti kata yang lain, ukuran pembetulan bukan sahaja memberhentikan tingkahlaku yang tidak diingini, tetapi juga menambahbaikkan keadaan persekitaran bilik darjah.

Terdapat beberapa ukuran pembetulan seperti yang berikut:

Gunakan hukuman yang dikenalpasti kepada murid-murid yang melanggar peraturan dan pastikan hukuman itu releven dan berpatutan;

Memberhentikan tingkahlaku yang tidak diingini dengan mengubah tempat duduk atau bertemu murid berkenaan selepas waktu pembelajaran.

Arahkan perlakuan yang tidak baik ke arah yang positif kerana lebih banyak murid-murid belajar tentang perlakuan yang baik, semakin kurang mereka melakukan perlakuan yang tidak baik

Jelaskan hak-hak di dalam bilik darjah dan kemudian ; ingatkan mereka semula apabila mereka mula hendak menunjukkan tingkahlaku bermasalah;

Aplikasikan peralatan personal seperti ekspresi wajah yang mempunyai kuasa yang hebat untuk menggalakkan perlakuan yang baik.

Dengan menggunakan bahan grafik yang sesuai, tunjukkan bagaimana teknik-teknik berbeza yang dibincangkan di atas boleh membantu anda menguruskan masalah tingkahlaku di dalam bilik darjah..

2.6 Kesan Tingkahlaku Bermasalah Kepada Proses Pengajaran dan Pembelajaran

Menguruskan tingkahlaku bermasalah di dalam bilik darjah adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Tidak dinafikan, ia bukan sahaja bahagian yang penting malah bahagian yang tidak dapat dipisahkan dengan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang guru. Ingat bahawa anda mungkin telah merancang pengajaran anda dengan baik, dan menyediakan alat bantu mengajar yang menarik, tetapi sekiranya anda tidak dapat mengekalkan peraturan dan mengurus tingkahlaku murid, semua persediaan anda yang menarik itu tidak memberi makna. Anda harus mengawal bilik darjah anda sebelum anda boleh mengajar : kalau tidak, pengajaran anda mungkin tidak dapat dilaksanakan.

Rumusan

Topik ini membincangkan tingkahlaku bermasalah di dalam kelas. Fakta utamanya ialah:

Tingkahlaku bermasalah boleh dikategorikan kepada tingkahlaku minor, major dan kronik; bergantung kepada keseriusan masalah tingkahlakunya.

Guru perlu menggunakan kaedah yang sesuai bagi mengenalpasti tingkahlaku bermasalah dan menggunakan pendekatan yang paling sesuai untuk mengurus mereka;

Teknik pengurusan tingkahlaku termasuklah peralatan personal, teknik pencegahan, dan ukuran pembetulan;

Peralatan personal termasuklah kedekatan fizikal, pergerakan fizikal dan ekspresi wajah;

Teknik mencegah membincangkan tentang: membina keadaan yang sihat, menumpukan kepada hubungan, mengekalkan persekitaran fizikal yang teratur, mengekalkan rutin bilik darjah, membentuk peraturan bagi menjelaskan kepada murid perlakuan yang diterima dan peraturan yang tidak diterima, mengukuhkan perlakuan yang baik dengan cara memuji murid, dan menyediakan model tingkahlaku yang diinginkan;

Ukuran pembetulan termasuk yang berikut: Mengaplikasikan hukuman yang dikenalpasti, memberhentikan perlakuan yang tidak diingini, mengarahkan perlakuan yang tidak baik kepada arah yang baik, menjelaskan hak-hak murid dalam bilik darjah, dan mengaplikasikan peralatan personal.

Sila rujuk buku-buku berikut untuk bacaan tambahan.

Teks Bacaan Asas

Everton, C.M., et al (1994). Classroom Management for Elementary Teachers. (3rd ed.). Boston: Allyn and Bacon

Tan, O.S., et al .(2003). Educational Psychology : A Practitioner-Researcher Approach, (An Asian Edition). Singapore: Thomson

Woolfolk, A.E. (1995) Educational Psychology, (6th ed.). Boston: Allyn and Bacon.

References

http://lrs.ed.uiuc.edu/students/lgilmore/ci335/final.htmlTOPIK 3Komunikasi dan Interaksi

Lihat dahulu untuk memahami, kemudian barulah anda difahami adalah kata-kata yang biasa didengar. Covey (1990) dan beberapa orang lagi percaya, pernyataan itu amat penting dalam mewujudkan hubungan interpersonal. Mengapa? Jawapannya ialah untuk berinteraksi secara berkesan dengan sesiapa sahaja guru, murid-murid, ahli-ahli komuniti, malah ahli keluarga anda harus memahami diri seseorang itu terlebih dahulu, apakah yang diperkatakannya, dari mana dia datang dan sebagainya.

Ahli-ahli teori percaya bahawa jika anda mendengar dengan teliti tanpa gangguan bagi memperbetulkan kesilapan atau menulis fakta; jangan menilai, berfikir sebelum menjawab; berhadapan dengan penceramah itu, lihat tingkahlaku tanpa lisannya, dan sebagainya , bermakna anda sedang menyemaikan kemahiran komunikasi interpersonal yang baik.

Dalam topik ini, kita akan menumpukan kepada dua aspek hubungan interpersonal yang penting, yang dinamakan interaksi dan komunikasi.

Anda mungkin berminat untuk melayari internet dan sumber artikel berhubung interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah. Bandingkan nota anda dengan apa-apa yang akan dibincangkan di bawah ini.

3.1Konsep Interaksi Bilik DarjahSetelah melayari internet, saya yakin anda akan dapat menerangkan secara ringkas makna interaksi bilik darjah? Asasnya, ia hanyalah hubungan yang wujud antara guru dan murid-muridnya yang melibatkan pertukaran maklumat dalam jangkamasa yang panjang. Hubungan yang berlaku ialah saling berinteraksi yang melibatkan guru-murid dan murid-murid, sama ada secara berpasangan atau kumpulan kecil semasa aktiviti di dalam kelas diadakan.

3.2Jenis-jenis Interaksi

Interaksi boleh dibahagikan kepada interaksi sosial (social interaction) dan kumpulan dinamik (group dynamics), dan interaksi computer (computer interaction). Interaksi sosial melibatkan interaksi murid-murid dan interaksi murid-guru. Murid-murid belajar secara kolaborasi dengan rakan sebaya mereka secara berpasangan atau dalam kumpulan kecil. Mereka cenderung membentuk kumpulan berdasarkan identiti dan personaliti mereka sendiri. Adakah anda menyedari bahawa murid-murid menunjukkan tingkahlaku yang berbeza semasa bekerja dalam kumpulan?

Adakah anda menyedari bahawa, apabila murid-murid berinteraksi dengan komputer sama ada melalui e-mail, chat-room dan sebagainya, mereka cenderung menggunakan jenis bahasa tertentu yang difahami oleh mereka sendiri? Sebagai guru, anda harus mengatahui bahawa berinteraksi dengan computer boleh merangsang murid memberikan perhatian yang lebih semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan pertumbuhan pesat rangkaian elektronik (internet), murid-murid sekarang, boleh berinteraksi dengan rakan dan guru mereka. E-mail adalah media perantaraan terbaik buat murid dan guru menggunakannya untuk berkongsi maklumat, bahan dan sumber.Struktur Sosial dan Interaksi dalam Situasi Pembelajaran

Terdapat beberapa bentuk interaksi antara guru dan murid dan di kalangan murid dengan murid yang dapat dilihat dalam situasi pembelajaran di sekolah [Cohen and Manion (1977): A Guidea to teaching practice, page 189-172].

Situasi 1: Pembelajaran Berpusatkan Guru

Prinsip interaksi yang mendasari situasi berpusatkan guru boleh digambarkan seperti pada Contoh 1. Walaupun hanya lima orang murid terdapat di dalam rajah ini, bilangannya boleh dipelbagaikan, barangkali tiga puluh orang murid boleh terlibat dalam situasi berpusatkan guru ini.

Corak interaksi ini melibatkan guru yang bercakap manakala murid-murid hanya mendengar sahaja. . Hubungan murid-murid dengan guru terhad kepada mendengar, memerhati dan memahami. Tidak wujud interaksi di kalangan murid itu sendiri.

Situasi 2: Kuliah - Perbincangan

Situasi yang kedua adalah pengubahsuaian daripada contoh yang pertama, iaitu corak pengajaran bukan keseluruhannya didominasi oleh guru sahaja. Ia ditunjukkan melalui rajah dalam contoh 2

Sekali lagi, perbezaan bilangan murid-murid, bergantung kepada keadaan. Oeser menyatakan bahawa, tiga matlamat penting pendidik ialah: mengubah kepimpinan kumpulan yang lama ke arah proses pendidikan, untuk menggalakkan perkembangan kepimpinan individu; dan menggalakkan kerjasama ke arah mencapai matlamat yang sama di samping mengurangkan amalan kepimpinan autoritarian. Struktur sosial bergerak melalui situasi 2, 3, 4 dan 5 yang menyediakan rangka kerja untuk mencapai matlamat ini.

Situasi 3: Pembelajaran Aktif

Contoh 3 di bawah menggambarkan situasi sosial iaitu guru membenarkan perbincangan dan saling bantu membantu di kalangan murid-murid..

Tugasan praktikal dalam pelajaran sains dapat menggambarkan situasi di atas. Guru mula bertambah peranannya, seolah-olah guru berperanan sebagai seorang pakar. Situasi di atas menekankan tugas dan interaksi berpusatkan pelajar dan merupakan langkah permulaan untuk mewujudkan hubungan kerjasama antara individu.

Situasi 4: Pembelajaran Aktif : Perancangan individu

Contoh 4 menunjukkan bagaimana situasi keempat bergerak dan berubah dari situasi yang sebelumnya (situasi 3) . Murid murid aktif dalam kumpulan kecil, dan peranan guru bertambah atau berkurang secara eksklusif sebagai konsultan-pakar (ditunjukkan dalam rajah melalui garisan yang berlekuk-lekuk) . Seperti yang dikatakan oleh Oscar:Kumpulan akan merancang kerja mereka, menyesuaikan keupayaan diri masing-masing, berbincang tentang kesulitan mereka dan bersetuju mencari penyelesaian. Setiap kumpulan belajar sendiri, belajar dengan aktif dan membina bahan bagi tugasan berpandu dalam setiap kumpulan. Situasi pembelajaran dan aktiviti pendidikan yang bekerjasama seperti ini dikatakan sebagai pembelajaran berpusatkan murid dan tugas.

(i)

(ii)

T

S

S

S

S

S

S

S

S

Situasi 5: Berpusatkan Tugasan KumpulanContoh 5 di atas menggambarkan situasi pembelajaran yang bercirikan kumpulan individu yang kecil dengan tumpuan yang diberikan kepada topik, projek atau masalah yang khusus. Kumpulan-kumpulan akan melaksanakan tugas secara bersedirian dengan guru sebagai sumber rujukan mereka. Murid-murid bekerja dalam kumpulan bagi menyelesaikan masalah dan menyediakan jawapan projek mereka.

Situasi 6: Bekerja sendiri;Tiada Interaksi

Perbezaan akhir, digambarkan dalam Contoh 6, berlaku apabila murid-murid bekerja bersendirian. Mereka saling tidak bergantungan sesama mereka.

Anda akan mengetahui bahawa situasi ini akan terjadi apabila murid-murid bekerja secara sendiri atau dalam sesi peperiksaan yang formal.

Sebagai rumusan, Oeser membuat perhatian daripada situasi 1 hingga 4. Terdapat perkembangan dari segi perubahan aktiviti, iaitu daripada aktiviti berpusatkan guru melalui aktiviti berpusatkan tugas kepada aktiviti berpusatkan murid, daripada pembelajaran pasif kepada pembelajaran aktif dan daripada penglibatan minima kepada penglibatan maksima. Perubahan aktiviti ini juga membawa kepada perubahan pengaruh dan peranan guru. Dalam situasi 5, situasi interaksi dalam pembelajaran itu bertentangan dengan aktiviti berpusatkan tugas (task-centred) kerana kedudukan guru sebagai guru semakin hilang.

Sebagai tambahan terhadap struktur di atas, terdapat situasi wujudnya interaksi di bilik darjah yang formal dan tidak formal. Struktur informal mungkin terbentuk secara spontan, tanpa memberikan murid peranan dan tugas khas. Contoh kepada interaksi kumpulan tidak formal ialah aktiviti berpasangan, kumpulan buzz dan struktur bola salji (buzz groups) seperti yang digambarkan dalam rajah di bawah:

Situation 7: Struktur kerja berpasangan, Buzz dan Bola Salji

T

1.

S

S

S

S

2.

S

S

S

S

S

S

S

S

3.

S

S

S

S

S

S

(Sidin, 1993: 41)

Untuk melihat bagaimana kerja berpasangan berinteraksi dan struktur bola salji berkembang , lihat rajah di atas. Bermula dari pasangan, kumpulan besar seperti kumpulan Buzz muncul apabila terdapat keperluan untuk melatih tubi atau untuk memeriksa dan menghuraikan gambar atau objek dan sebagainya. Guru hadir dan terlibat dalam perbincangan. Kumpulan boleh berkembang dari segi saiz dan interaksi dengan pasangan, boleh bertambah menjadi empat atau enam untuk membentuk struktur bola salji. Interaksi kumpulan tidak formal seperti ini adalah cara berkesan untuk melibatkan kesemua ahli berusaha membuat rumusan.

Bagaimana pula dengan struktur interaksi kumpulan tutorial yang gurunya memberikan kertas kerja dan tugasan perbincangan secara formal? Mari kita tinjau struktur yang berikutnya:

Situasi 8 : Struktur Tutorial

T

S

S

S

S

SS

Interaksi antara guru dan murid-murid

Interaksi antara murid-murid

Dalam bentuk struktur seperti ini, guru adalah seseorang yang memulakan aktiviti dengan memberikan tumpuan kepada perbincangan. Guru akan menjawab soalan yang dikemukakan atau akan membimbing murid-murid di dalam kumpulan untuk menjawab. Interaksi antara murid-murid dan guru , dan antara murid-murid di dalam kumpulan akan berlaku.

Situasi yang digalurkan di atas bukan sahaja akan membantu anda memahami situasi pembelajaran dan situasi sosial berdasarkan bilik darjah, tetapi juga corak interaksi yang berlaku di luar bilik darjah. Kiranya anda melihat semua struktur, jelas bahawa interaksi melalui kerja kumpulan menyediakan keperluan sosialisasi dan pengajaran. Dalam perbincangan tutorial dan kumpulan berpusatkan tugas, murid-murid belajar menerima sesama sendiri, belajar bekerjasama, bertanggungjawab dan prihatin dengan usaha kumpulan. Mereka juga belajar kemahiran interpersonal, komunikasi dengan orang lain, menerima perbezaan pendapat dan bersepakat membuat keputusan.

Adalah penting untuk kita sedari jenis-jenis situasi yang anda kehendaki semasa pengajaran, atau pada sesuatu masa tertentu. Situasi itu ditentukan oleh objektif pengajaran anda. Oeser telah menyenaraikan faktor-faktor yang mempengaruhi keseluruhan situasi iaitu:

(1) Tinggi - rendahnya autoriti guru;

(2) Kecil / besarnya jumlah murid;

(3) Tinggi - rendahnya tahap akademik murid di dalam bilik darjah;

(4) Penglibatan aktif - pasif murid;

(5) Usaha kerjasama individu;

(6) Bahan yang merangsangkan dan tidak merangsangkan;

(7) Keinginan yang kuat dan keinginan yang lemah

(8) Orientasi tugas, orientasi pembelajaran dan orientasi peperiksaan; dan

(9) Panduan-bantuan (kaunseling)

3.3Cara untuk Membentuk Interaksi Bilik Darjah yang Berkesan

Sebagai rumusan, interaksi memainkan peranan penting dalam pengurusan bilik darjah yang berkesan. Pertamanya, interaksi yang rapat antara murid-murid atau guru-murid membantu dalam membina hubungan interpersonal yang positif . Ia juga membantu dalam membentuk keadaan bilik darjah yang kondusif. Interaksi antara murid-murid yang terlibat secara aktif dalam melakukan tugas secara sendirian boleh membantu mengurangkan perlakuan yang menyimpang di kalangan murid-murid. Tambahan lagi, rancangan pengajaran dan persediaan pengajaran boleh dilaksanakan secara lancar tanpa banyak gangguan.

Kepimpinan guru memainkan peranan penting di dalam interaksi di bilik darjah. Anda harus memberikan komitmen yang sepenuhnya dalam melaksanakan tanggungjawab ini. Anda harus memajukan kualiti-kulaiti diri yang dihormati, menyayangi dan mengambil berat terhadap murid-muridnya. Anda harus juga melibatkan murid-murid anda dalam aktiviti kumpulan dan pembelajaran koperatif. Anda adalah rol model kepada murid-murid anda, dan tunjukkan anda mengamalkan apa-apa yang anda nyatakan. Anda perlu menyediakan maklumbalas yang berbentuk pujian, dan seharusnya menggalakkan nilai-nilai murni serta prinsip-prinsip kemanusiaan dalam setiap tindakan anda.

Berhenti seketika dan buat refleksi tentang soalan berikut.

Apakah kebaikan interaksi pembelajaran aktif. Bincangkan

Berehat seketika dan segarkan diri anda sebelum kita teruskan ke tajuk baru tentang komunikasi.

3.4Komunikasi Bilik Darjah

Sebagai permulaan, sila jawab soalan-soalan berikut:

Adakah komunikasi lisan lebih penting berbanding komunikasi bukan lisan?

Adakah penghantar mesej bertanggungjawab ke atas keberkesanannya?

Bolehkah konflik meningkatkan komunikasi interpersonal?

Adakah mungkin untuk kita tidak berkomunikasi?

Sekiranya anda tidak mempunyai jawapan bagi soalan-soalan di atas, kami berharap perbincangan di bawah akan membantu anda.

3.4.1Konsep Komunikasi

Komunikasi adalah asas kepada kehidupan kita. Mengikut Heraki Keperluan Maslow, Sebagai manusia, kita mesti memenuhi keperluan asas melalui komunikasi. Apakah pandangan anda?

Dapat anda bayangkan apakah yang akan berlaku kepada kehidupan didalam dunia ini sekiranya tidak berlakunya pertuturan, pertukaran idea, pemikiran, dan perasaan? Letakkan diri anda dalam situasi di mana anda tidak dapat berkongsi sesuatu pun dengan orang lain. Bagaimanakah perasaan anda?

Teori-teori dalam bidang komunikasi berpendapat, komunikasi dapat dilakukan dengan pelbagai cara. Adakah anda tahu kenapa? Kita sering mencuba untuk mencapai sesuatu target. Kata-kata yang kita ucapkan sering kali menimbulkan keraguan apakah ianya telah ditafsir dan difahami dengan betul oleh orang yang lain.

Bagaimanakah anda mendefinisikan komunikasi? Ringkasnya ia adalah bersifat selektif, sistematik, unik, dan proses interaksi yang berterusan di antara individu sebagai tindakbalas dan mengembangkan pengetahuan yang bermakna antara satu sama lain (Woods, 2000).

Berasaskan definisi di atas, bolehkan anda menyenaraikan ciri-ciri bagi komunikasi? Bandingkan dengan ciri-ciri yang dibincangkan di bawah. Komunikasi adalah:

(i) selektif. Kita tidak melibatkan diri dengan semua orang;

(ii) sistemik. Ia mengaitkan pelbagai sistem yang memberikan kesan ke atas makna. Ia termasuklah bunyi, fizikal, psikologikal dan semantik;

(iii) unik. Setiap perhubungan berkembang secara berbeza mengikut corak komunikasi, peranan, normal dan lain-lain;

(iv) proses yang berterusan. Ianya berlaku pada sepanjang masa dan bersifat lebih interpersonal;

(v) melibatkan interaksi. Kedua-dua pihak yang menghantar dan menerima komunikasi menggunakan lisan dan bukan lisan; dan

(vi) melibatkan individu melebihi dari peranan sosial. Setiap orang patut dilayan secara individu.

It might be a good idea to surf the Internet and read about Communication before you continue.

3.4.2 Jenis-jenis Komunikasi

Dalam kontek bilik darjah, komunikasi sepatutnya melibatkan transaksi lisan dan bukan lisan di antara guru dengan murid dan di antara murid sesama mereka. Lisan dan bukan lisan adalah dua jenis komunikasi.

Kita selalunya menyatukan komunikasi lisan dengan percakapan atau penulisan. Walau bagaimanapun adakah anda sedar yang mana komunikasi lisan selalunya gagal disebabkan oleh penghantar dan penerima tidak dapat memahami dengan betul apa yang dicakapkan semasa interaksi.

Komunikasi bukan lisan adalah cara di mana kita mempengaruhi seseorang tanpa menggunakan kata-kata. Mengikut kajian Amundson (1993), 93% daripada mesej adalah dihantar melalui bukan lisan dan hanya 7% sahaja yang dihantar melalui kata-kata.

Bagaimana kita berkomunikasi secara bukan lisan? Geddes (1995) mencadangkan perkara-perkara berikut:

Orientasi badan. Dapat menunjukkan anda menghormati seseorang yang sedang bercakap dengan kita. Bertentangan muka semasa berinteraksi;

Kedudukan. Kedudukan yang baik semasa komunikasi akan menunjukkan keyakinan diri dan enthusiasma. Kedudukan juga akan menggambarkan perasaan seseorang;

Ekspresi muka. Sesetengah emosi dan perasaan dapat dilindungi menggunakan ekspresi muka;

Bertentangan mata. Kebiasaannya komunikasi secara bertentangan mata akan menunjukkan minat dan keyakinan diri semasa interaksi;

Ruang. Jarak yang dekat akan membuatkan hubungan berlaku secara tidak formal; dan

Penampilan diri. Seseorang akan lebih menghormati pada individu yang menunjukkan penampilan diri yang baik dan sesuai.

Berasaskan kepada apa yang anda baca tentang komunikasi bukan lisan, berapa kerapkah anda menggunakan perkara-perkara di atas dalam komunikasi anda?

3.4.3 Model-model Komunikasi

Model dapat membantu kita memahami apakah yang berlaku dalam proses komunikasi. Bagaimanapun harus diingatkan bahawa tiada satu model pun yang lengkap. Tiada model yang mengambil kira ke semua pembolehubah yang mungkin terlibat dalam proses komunikasi. Kita seharusnya tidak keliru dengan model-model ini dan dapat menyesuaikannya dengan situasi kehidupan yang sebenar.

Perhaps you might like to visit the Library to look up reference materials about the various models of communication. Enjoy yourself there!

Diharapkan anda telah pun mendapat hasil yang dikehendaki melalui lawatan ke perpustakaan. Berapakah model komunikasi yang anda temui? Dalam bahagian seterusnya, kita akan membincangkan tiga model komunikasi yang dinamakan Model Komunikasi Shannon-Weaver, Model Komunikasi Shannon, dan Model Komunikasi Schramm.

Model Komunikasi Shannon-Weaver

Model Shannon-Weaver menjelaskan perkara utama yang selalunya berlaku dalam komunikasi (lihat Rajah 3.1). Ianya dapat digunakan bagi memahami proses komunikasi lisan yang berlaku, dan bagi membantu memahami sifat dimanik dalam komunikasi interpersonal. Bagaimana ianya berlaku? Perkara pertama adalah tahap sesuatu mesej itu diterima dan ditafsirkan. Keduanya adalah mengesan perkara-perkara yang mungkin mengganggu ketepatan mesej yang terlibat.

Information Message Transmitter Signal Sent Receiver Message Destination

Source Sent

Sources received

of noise

Rajah 3.1 Model Komunikasi Shannon-WeaverModel Shannon-Weaver yang ditunjukkan di atas membahagikan proses komunikasi kepada lapan komponen:

1.Sumber Maklumat, merujuk kepada seseorang yang menghasilkan mesej;

2.Mesej, samada yang dihantar oleh sumber maklumat atau pun yang diterima di destinasi;

3.Perantara, terdapat dua lapis perantara. Yang pertama mulut (bunyi) dan badan(gesture), yang menghasilkan dan mengubahsuai signal. Keduanya adalah saluran, ia tersiri daripada udara (bunyi) dan cahaya (gesture) yang menjadi perantara bagi signal daripada seorang kepada seseorang yang lain;

4.Signal, yang dipindahkan melalui saluran;

5.Pembawa atau saluran. Ianya termasuklah udara, cahaya, eletrik, gelombang radio, kertas dan system portal;

6.Bunyi, dalam bentuk signal kedua;

7.Penerima, yang mana terdiri daripada sepasang telinga (bunyi) dan mata; dan

8.Destinasi, adalah seseorang yang mengguna dan memproses sesuatu mesej.

Model Komunikasi Shannon

Satu lagi model komunikasi yang popular adalah Model Komunikasi Shannon (lihat Rajah 3.2). Model ini adalah informatik dengan cirri-ciri utamanya adalah:

1.Sumber maklumat

2.Signal di enkod

Sumber akan enkod mesej. Ini bermakna meletakkan mesej dalam bentuk perkataan, tulisan atau percakapan;

3.Mesej yang mengandungi maklumat;

4.Mesej di dekodkan atau ditafsir ; dan

5.Penerima.

Rajah 3.2 Model Komunikasi Shannon

Model Komunikasi Schramm

Schramm (1955) telah mengembangkan model komunikasinya (lihat Rajah 3.3) yang mengandungi lima peringkat:

1.Menghasilkan mesej;

2.Mesej di enkod;

3.Mesej melaui perantara;

4.Mesej di dekod dan ditafsir;

5.Maklumbalas dan penilaian; dan

6.Gangguan dan halangan dalam komunikasi.

Pada asasnya Model Komunikasi Schramm adalah sama dengan dua model yang telah dibincangkan di atas, melainkan aspek maklumbalas yang diutarakan dalam modelnya.

Maklumbalas adalah bahagian penting dalam proses komunikasi. Mengapakah anda berfikiran demikian? Melalui maklumbalas orang yang berkomunikasi akan mendapat idea sekiranya mesej yang dihantar tidak di dekod secara betul. Ini menunjukkan seseorang guru perlu menyediakan bilik darjah yang kondusif dan persekitaran yang menggalakkan maklumbalas daripada pelajar.

Merujuk kepada Rajah 3.3, maklumbalas merupakan proses di mana pendengar menjadi sumber setelah menerima dan mengenkodkan maklumat daripada penghantar, dan seterusnya memberikan mesej balik terhadap tahap kefahamannya tentang mesej yang diterimanya.

Rajah 3.3 Model Komunikasi Schramm

Bolehkah anda jelaskan mengapa maklumbalas adalah penting dalam komunikasi dalam bilik darjah? Secara umumnya terdapat empat sebab sebagaimana diterangkan di bawah:

(i)Maklumbalas menunjukkan adanya proses dialog dua hala yang berlaku semasa interaksi;

(ii)Maklumbalas dapat membantu bagi meningkatkan ketepatan mesej yang dihantar. Maklumbalas akan membuatkan penghantar mesej mengetahui penerima memahami mesej yang telah diterima;

(iii)Maklumbalas membantu mengekalkan interaksi antara penghantar dan penerima; dan

(iv)Bagi menanamkan sikap yang baik di kalangan pelajar. Sikap-sikap seperti berfikiran terbuka, berani mengemukakan pendapat, yakin dan sebaginya.

Setelah mengetahui kepentingkan maklumbalas dalam komunikasi bilik darjah, adakah akan membuatkan anda ingin melaksanakan dalam kelas anda? Sekarang cuba kita tinjau pula tentang halangan-halangan dan gangguan bagi komunikasi yang berkesan.

3.4.4Gangguan dan Halangan Bagi Komunikasi Berkesan

Sememangnya tidak dapat dinafikan adanya beberapa gangguan dan halangan bagi komunikasi yang berkesan. Halangan ini seperti komunikasi terhalang, jantina, ekspektasi guru, ekspektasi masyarakat, budaya yang pelbagai, factor-faktor pengganggu, semantik, masalah mental, fizikal dan juga masalah kanak-kanak berkeperluan khas.

Komunikasi terhalang terjadi apabila proses komunikasi dilakukan bersama dengan dendaan atau ugutan. Kita sepatutnya cuba mengelak situasi komunikasi yang demikian kerana ianya akan membuatkan suasana tegang, tidak selesa, tertekan dan juga malu semasa berkomunikasi.

Guru-guru juga kadangkala terlibat dengan komunikasi terhalang ini. Guru-guru yang mengajar di bilik darjah dengan bilangan pelajar yang ramai akan melaksanakan pengajaran yang lebih berfokuskan guru. Dalam keadaan ini pelajar-pelajar tidak dapat diberi perhatian dengan baik, dan mereka akan lebih cenderung untuk diam dan malu untuk melibatkan diri dalam pengajaran

Mengikut Bolton (1986), terdapat respon yang mengatakan impaknya komunikasi yang negative dan respon ini menyamai sebab yang menghalang komunikasi yang berkesan.

Listed in Table 3.1 are Boltons High Risk Responses which may serve as a guideline for your reference.

Halangan KomunikasiHuraian

KritikanFokus terhadap sikap yang tidak menghormati orang lain dengan membuat penilaian yang negative terhadap sikap dan juga tindakan.

Panggilan namaDapat merendahkan seseorang

PenyelesaianSeseorang mempunyai gaya penelesaian masalahnya yang tersendiri

Tempahan/LayananMengarahkan seseorang membuat apa yang dia mahu

MoralMemberitahu orang lain untuk melakukan apa yang sepatutnya dilakukan

Latihan/Gaya PenyoalanCiri-ciri dalam penyiasatan

Elakkan perhatian orangMenghindari masalah seseorang melalui aktiviti yang sesuai

Hujah yang lojikAttempting to convince a person of your position by means logic or facts, and ignoring the emotional factors involved

DiagnosisAnalyzing why a person is behaving the way they are

AlasanTrying to stop the other person from experiencing the negative emotions they are feeling

Jadual 3.1 Respon pelajar yang berisiko tinggi

Sebagai seorang guru, anda perlulah mengenalpasti dan berwaspada dengan halangan-halangan bagi proses komunikasi bilik darjah yang berkesan dan cubalah menghindarinya setiap masa.

3.4.5 Cara-cara Bagi Mewujudkan Komunikasi Bilik Darjah Yang Berkesan

Setelah mengenali halangan-halangan bagi komunikasi yang berkesan, bolehkah anda cadangkan cara-cara bagi mewujudkan komunikasi bilik darjah yang berkesan? Tuliskan cadangan anda pada sekeping kertas.

Glaser dan Biglan (1977) mencadangkan cara-cara berikut yang boleh dijadikan panduan bagi guru-guru:

(i)Kemukakan soalan bagi menunjukkan anda memberikan perhatian dan minat terhadap respon pelajar. Gunakan soalan open-ended, soalan yang berfokus serta soalan yang memerlukan penjelasan dan contoh jika perlu;

(ii)Berikan maklumbalas bagi menjelaskan tingkahlaku yang diperhatikan hasil tindakan yang diambil. Sentiasa memberikan maklumbalas positif dalam kelas atau kumpulan; berikan maklumbalas negative secara peribadi, jangan marah atau menyentuh perkara-perkara peribadi;

(iii)Memparaprasa mesej, mungkin daripada kenyataan umum kepada yang lebih khusus;

(iv)Menghuraikan tingkahlaku seseorang tanpa membuat pertimbangan nilai dan tidak melibatkan pendakwaan atau generelisasi terhadap motif, sikap atau personality; dan

(v)Membuat renungan kendiri bagi memahami persaan disebalik kata-kata yang diucapkan.

Stop and reflect on the following quotations.

Words may show a mans wit but actions his meaning.

Benjamin Franklin

I am my message

Ghandi

Rumusan

Tajuk ini telah membincangkan dua bahagian utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah: interaksi dan komunikasi. Di antara perkara utama yang dibincangkan adalah:

Interaksi bilik darjah dihasilkan melalui hubungan antara guru dan pelajar yang terlibat dengan pertukaran maklumat di sepanjang masa. Jenis-jenis interaksi yang dibincangkan adalah: pengajaran berpusatkan guru, syarahan-perbincangan, pembelajaran aktif, perancangan bebas, berpusatkan tugasan kumpulan, dan kerja secara bebas.

Komunikasi terjadi hasil daripada keperluan seseorang untuk berkongsi maklumat, mesej atau idea dan juga perasaan. Terdapat dua jenis komunikasi: lisan dan bukan lisan

Kita selalunya menyatukan komunikasi lisan dengan percakapan atau tulisan. Komunikasi bukan lisan adalah cara kita mempengaruhi seseorang tanpa menggunakan kata-kata cara bagaimana kita menggunakan gerak badan bagi mengatakan sesuatu. Tiga model komunikasi yang telah dibincangkan : Model Shannon dan Weaver, Model Shannon, dan Model Schramm.Please refer to the following books for further reading.

Basic Reading Text

Bleach,K. (2000). The newly qualified secondary teachers handbook. London: David

Fulton Publishers.

Bolton, R.H. (1986). People Skills: How to assert yourself, listen to others and resolve conflicts. Simon and Schuster

Cole, P.G., & Chan, L.K.S. (1987). Teaching principles and practice. Sydney:: Prentice

Hall.

Cooper,P.(1995). Communication for the classroom teacher. Arizona: Gorsuc

Scarisbrick.

Hames and Joseph (1980). Basic Concepts of Helping: A Wholistic Approach. New York: Appleton-Century-Crofts

Moore,K. (1995). Classroom teaching skills. New York: McGraw-Hill, Inc.

References

http://www.ericfacility.net/ericdigests/ed390114.htmlhttp://www.roch.edu/course/spch1130/wood-ch1-notes.htmlhttp://www.gospelcom.net/guide/resources/tellitoften.phphttp://www.foulger.info/davis/research/unifiedModelOfCommunication.htmlhttp://www.iasaedu.org/publications/campprot/section6.htmlTAJUK 4Mengajar (Pedagogi Bestari)

Mengajar dapat dijelaskan sebagai proses perkongsian maklumat, pengetahuan antara seorang individu dengan individu yang lain. Ianya juga membawa makna bagi menyediakan seseorang dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan bagi membolehkannya berfungsi dengan berjaya dalam kehidupannya. Guru perlu mengdiagnos keperluan khusus pembelajaran (atau perbezaan) di kalangan pelajar dan menyediakan strategi yang sesuai bagi memenuhi keperluan mereka. Guru perlu menggunakan stretegi yang dapat membantu pelajar mencapai objektif pembelajaran yang ditetapka.

Sterategi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan dalam sekolah bestari telah direkabentukkan setelah mendapati dalam sistem tradisi, penyampaian pengajaran bagi melahirkan pelajar yang mampu untuk mengingat fakta dan nombor yang mungkin tidak membawa apa-apa makna pada mereka. Pedagogi bestari berusaha mengatasi kelemahan ini dengan menyediakan persekitaran pembelajaran yang lengkap dan melibatkan pemikiran serta teknologi terkini yang sesuai dengan persekitaran kerja.

Sekarang kita akan tumpukan kepada pedagogi bestari.

4.1Directive Teaching

Strategi dalam Directive teaching adalah bertujuan membantu pelajar bagi memahami dan mencari maklumat berasaskan kepada pembacaan kritis dan penaakulan. Dalam pendekatan ini, pelajar dikehendaki menguasai tingkahlaku atau kemahiran yang ditunjukkan atau dipamerkan oleh guru. Ia akan melibatkan penggunaan latihtubi, praktis, pembelajaran masteri, dan pengajaran terus dalam bilik darjah. Ia juga bersifat authoritarian di mana guru akan memainkan perana yang lebih sebagai sumber maklumat. Fokus utama adalah penglibatan guru. Pelajar biasanya pasif dan bergantung kepada guru sepenuhnya bagi memberika fakta dan maklumat dalam menyelesaikan masalah.

Guru yang menggunakan pendekatan ini selalunya mendemotrasikan proses menggunakan idea atau peristiwa yang biasa dengan pelajar dan menggunakan proses tersebut kepada keadaan yang tidak biasa bagi mereka, selalunya kandungan yang baru dalam kurikulum.

Sebagaimana yang telah dinyatakan, guru memainkan peranan sebagai penyampai maklumat. Aktiviti-aktiviti yang sesuai bagi pendekatan ini termasuklah:

Membina maklumat

Pilih objektif yang hendak dicapai, cadangkan cara bagi mencapainya dan tetapkan kriteria bagaimana pencapaian dapat dinilaikan.

Sediakan organisasi

Lakukan semakan bagi pemahaman pemantauan

Penghargaan bagi prestasi yang mencapai matlamat

Pengajaran terus yang dijalankan dalam bilik darjah boleh melibatkan aktiviti persembahan maklumat daripada guru, computer atau oleh pelajar sendiri. Proses utama dalam persembahan yang aktif termasuklah mendapatkan perhatian daripada pelajar, meningkatkan tahap motivasi, penggunaan grafik organizer, pendedahan kepada kandungan asas dan pengetahuan yang berkaitan dengan pelajar.

Satu lagi kepentingan pengajaran terus adalah ia dilakukan melalui satu langkah ke satu langkah, perkembangan dari satu subtajuk ke satu subtajuk berasaskan kepada keutamaan setelah dianalisis. Penggunaan contoh-contoh, visual, demotrasi bagi konkrit dan abstrak adalah dicadangkan dalam pengajaran terus. Penilaian juga perlu dilakukan secara konstan bagi menguji pemahaman pelajar sebelum, semasa dan selepas pengajaran.

Sebagai rumusan, directive teaching adalah berasaskan kepada stretegi teacher-centred dan pengajaran dikategorikan sebagai tradisional. Penggunaan masa dan pengurusan bilik darjah yang efektif memainkan peranan penting dalam mengekalkan perhatian pelajar. Pengajaran terus mengamalkan pengajaran sehala dalam penyampaian pengetahuan dan kemahiran. Perbincangan seterusnya adalah mengenai strategi pengajaran yang melibatkan pelajar secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

4.2Mediative Teaching

Mediative teaching adalah satu pendekatan yang membolehkan pelajar belajar dan menilai isu-isu, menghargai pandangan orang lain serta menggunakan pelbagai alternatif dalam menyelesaikan masalah. Dalam pendekatan ini guru adalah sebagai perantara dengan mengemukakan soalan dan masalah bagi merangsang pelajar untuk meneroka pengetahuan dan seterusnya membuatkan mereka dapat merumus serta menggunakan konsep-konsep yang ditemui dalam menyelesaikan masalah.

Dalam proses pengajaran, guru-guru perlu mengelakkan diri daripada membuat penilaian terhadap idea yang dikemukakan oleh pelajar, guru perlu lebih membantu, membimbing pelajar bagi mencuba dan menguji idea mereka. Pelajar perlu digalakkan bagi mengemukakan idea logik secara induktif atau deduktif.

Dalam Mediative teaching pelajar-pelajar diberikan kuasa dalam merancang dan mengawal proses pembelajaran, penyelesaian masalah, perancangan dan penilaian. Ia melibatkan proses menolong pelajar secara terus bagi menggunakan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah dan konflik.

Melalui pendekatan ini diharapkan pelajar dapat mengenalpasti strategi dan menggunakan kemahiran tersebut dalam menyelesaikan masalah berdasarkan kefahaman mereka. Pelajar akan mendapat kesedaran tentang apa yang telah dilakukan dan apa yang sepatutnya dilakukan pada masa akan datang. Mediator perlu menunjuk ajar pelajar bagi mencapai arah-kendiri (self-regulation) secara aktif dengan cara menghasilkan kaedah baru dalam menyelesaikan masalah.

Gabungan antara fikiran, tunjuk ajar, dan perbincangan yang digunakan dalam pendekatan ini lama kelamaan pelajar akan dapat dibiasakan dan pergantungan kepada guru akan dapat dikurangkan seterusnya mereka akan berupaya berfungsi secara sendiri.

Disebalik perbincangan terbuka-tertutup (open-ended), pendekatan utama dalam strategi meditative adalah penguasaan konsep, pembentukan konsep dan penemuan. Penguasaan konsep (mengikut Bruner) adalah proses mendifinisikan konsep melalui ciri-ciri yang ditentukan bagi menggambarkan dengan tepat makna konsep tersebut.

Dalam pengajaran, penguasaan konsep oleh pelajar dapat dibina oleh guru melalui empat fasa. Fasa pertama, guru-guru akan menjelaskan objektif bagi aktiviti dan kaedah yang digunakan bagi menentukan konsep. Dalam fasa kedua, pelajar diminta memberikan contoh-contoh yang mengambarkan konsep tersebut dan cuba mengemukakan definisi bagi konsep. Apabila pelajar dapat memberikan definisi dengan betul barulah guru memberikan nama konsep tersebut. Fasa ketiga pelajar-pelajar diminta membuat analisis tentang proses berfikir yang digunakan semasa membina konsep. Fasa terakhir di mana pelajar membuat pembentangan yang dinilai sebagai hasil aktiviti. Ianya akan lebih berjaya sekiranya pelajar dapat pengenalpasti contoh-contoh lain yang berkaitan dengan konsep yang dibina.

Model Taba dibina berasaskan konsep di mana pengetahuan sedia ada pelajar, dan hubungannya dengan pembinaan pengetahuan baru. Disini pelajar diajar bagi membuat pemerhatian, membuat inferen daripada pemerhatian, memproses data berasaskan sifat kesamaan. Pelajar diminta membuat kategori dan melabelkan data dalam bentuk konseptual. Dalam proses ini kemahiran berfikir pelajar-pelajar dapat di