Moral Assignment Suganthi
-
Upload
suganthi-anniegal -
Category
Documents
-
view
94 -
download
0
Transcript of Moral Assignment Suganthi
2.0 PENDAHULUAN
Masyarakat Malaysia yang berbilang kaum melahirkan pelbagai budaya dan juga agama
yang menjadi pegangan hidup rakyatnya. Penghayatan nilai-nilai murni di kalangan rakyat yang
pelbagai agama perlu untuk mengekalkan perpaduan dan hubungan yang harmonis antara
kaum. Orang Melayu yang semestinya beragama Islam, Cina beragama Budhisme,
Konfusianisme serta masyarakat India beragama Hindu. Ketiga-tiga kaum utama inilah yang
mendominasi perubahan nilai dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Penghayatan nilai-nilai baik dari setiap agama dapat membantu menjadi Malaysia terus
aman dan makmur. Hubungan yang harmonis antara kaum di Malaysia mestilah terus dipupuk
dan ditanam dengan nilai-nilai baik yang disarankan oleh setiap agama yang dianuti oleh rakyat
Malaysia. Rasa hormat-menghormati kepercayaan dan agama kaum lain perlu disemai dalam
kalangan generasi kepada generasi agar diteruskan bagi mengekalkan keunikan negara kita ini.
Masyarakat Malaysia yang terdiri dari pelbagai budaya dan agama sememangnya
mempunyai nilai-nilai murni yang amat tinggi. Kesemua agama memberi pelbagai pengajaran
terhadap moral, akhlak dan kemanusiaan serta pemeliharaan alam. Sekiranya nilai-nilai ini
dihayati maka masyarakat akan hidup aman dan tenteram. Penghayatan nilai-nilai murni dalam
agama dan budaya akan mewujudkan kehidupan yang bertamadun dan dapat bertindak
sebagai pemangkin kepada keutuhan nilai murni dalam masyarakat.
Bagi tugasan ini saya memilih agama Kristian sebagai agama yang saya anuti.
Pengasas agama Kristian ialah Jesus Christ dan tahun kelahirannya dikenal sebagai tahun
Masihi. Pada kira-kira tahun 27 Masihi, Jesus menerima wahyu daripada Tuhan. Penganut
agama Kristian mempercayai bahawa Jesus ialah Penyelamat. Kitab suci Kristian dipanggil
Bible dan terdapat juga Kitab Injib Lama (ditulis sebelum kelahiran Jesus) dan Kitab Injib Baru
(ditulis oleh pengikut Jesus).
Kehidupan dan ajaran Jesus Christ diterangkan dalam empat gospel (berita baik) yang
utama dalam Injab Baru. Pertama, Gospel Mark memberi jawapan kepada soalan ‘Siapakah
Jesus?’ dengan menerangkan riwayat hidupnya, khutbahnya sehingga dia disalib dan
dibangkitkan semula pada hari ketiga dan dinaikkan ke syurga. Kata-kata pertama yang
diberikan oleh Mark ialah ‘Di sinilah bermula gospel Jesus Christ, Anak Tuhan’. Kedua Gospel
Matthew yang seperti Gospel Mark, memberikan salasiah Jesus, khutbah dan mukjizatnya.
Ketiga, Gospel Luke yang juga menerangkan riwayat Jesus. Tetapi dalam gospel yang
keempat, iaitu Gospel John, tidak diterangkan riwayat hidup Jesus, tetapi bermula dengan misi
John Baptist. Gospel John merakamkan mukjizat (seperti menyembuhkan orang yang sakit)
dan kata-kata hikmah Jesus. Ajaran Jesus juga terdapat dalam dokumen lain yang penting
seperti Letter To The Corinthians oleh pengkhutbah paul (Carpenter, 1986).
2.1 AMALAN AGAMA YANG DIANUTI DALAM RUTIN HARIAN INDIVIDU
Agama Kristian merupakan pedoman hidup bagi diri saya dan keseluruhan ahli keluarga
saya kerana ia mencakupi segala aspek dalam kehidupan. Kesemua aspek tersebut
terkandung dalam kitab Bible. Bible adalah kitab bagi agama kristian.
Sembayang adalah wajib dilaksanakan bagi setiap individu. Sembayang pada waktu
subur adalah amat dihargai oleh Tuhan serta ia juga sangat baik untuk individu tersebut dan
Tuhan bersabda dalam proverb 8:17 “…those that seek me early shall find me”.
Selain itu, setiap individu harus membaca alkitab iaitu Bible pada setiap hari. Ini kerana
Bible dianggap sebagai satu senjata bagi seseorang individu. Perkara tersebut dinyatakan
dalam Hebrews 4:12 “for the word of God is quick, and powerful, and sharper than any two-
edged sword, piercing even to the dividing asunder of soul and spirit, and of the joints and
marrow, and it a discerner of the thoughts and the intents of the heart.
Terdapat dua rukun utama dalam ajaran Kristian, iaitu “cintailah Tuhan dengan seluruh
hati, jiwa raga dan mindamu; dan cintailah jiran kamu seperti kamu mencintai diri sendiri”. Cinta
kepada Tuhan ialah sifat perasaan kasih sayang dan kemahuan yang kompleks dengan
mematuhi suruhan atau perintah Tuhan, iaitu mengikuti jalannya dan menyesuaikan diri dalam
imejnya. Cinta kepada Tuhan juga bermaksud sentiasa taat kepadanya dengan mencintai
kebenaran dan keadilan serta memohon ampun seperti yang ditunjukkan dan diperintahkan
olehnya (Jones, 1994). Bagi individu berdosa, Tuhan mengampunkannya dan sesiapa yang taat
kepada agamanya akan menikmati kehidupan abadi. Individu yang cinta kepada jiran atau
orang lain seperti mencintai diri sendiri pula akan mematuhi undang-undang Tuhan, iaitu tidak
berzina, membunuh, mencuri atau berbohong. Dia tidak akan membenci atau berdendam,
sebaliknya menunjukkan perasaan baik hati kepada jiran mereka. Dengan kata lain, individu
yang mencintai Tuhan akan mematuhi segala perintahnya dengan penuh cinta dan berkhidmat
kepada jiran, juga dengan penuh kasih sayang.
Nilai utama yang menjadi panduan kehidupan orang Kristian adalah cinta atau kasih
sayang dalam bentuk keadilan, ampun dan taat. Tambahan pula, untuk mengadakan kasih
sayang yang berkesan, individu yang mengamalkan keadilan, keampunan, disiplin swadiri dan
kerendahan hati. Kesemua nilai moral ini ialah wahyu daripada Tuhan dalam Kitab Injil.
Ajaran Kristian yang berkait rapat dengan kehidupan beretika ialah Ten Commandments
(Sepuluh Rukun). Ten Commandments adalah seperti berikut :
1. Satu-satunya Tuhan ialah Tuhan kita
2. Jangan menyembah berhala dalam apapun bentuk
3. Jangan salah guna nama Tuhan
4. Hormati Hari Sabbath dengan memuliakannya
5. Hormati ibu bapa
6. Jangan membunuh
7. Jangan berzina
8. Jangan mencuri
9. Jangan memberi keterangan palsu tentang jiran
10. Jangan mengingini isteri atau harta benda jiran
Walaupun Ten Commandments disebutkan di dalam Injib Lama, rukun ini dirumuskan dalam
dua rukun utama dalam Injib Baru, iaitu
1. Cinta kepada Tuhan
2. Cinta kepada jiran; seperti yang dijelaskan di atas
2.2 AMALAN AGAMA KRISTIAN DALAM
AKTIVITI KELUARGA
Diantara amalan yang diamalkan oleh penganut Kristian antaranya ialah, pengakuan
iman yang mana ianya dibaca beramai-ramai secara berikrar sambil berdiri di dalam upacara
“Sunday Praying”. Ianya memberi suntikan semangat kepada penganut Kristian dalam
menyebarkan dan memperluaskan dakwah mereka. (Abdul Wahab Latif: 2000: 21)
Amalan yang seterusnya yang terdapat di dalam Kristian ialah, upacara “sembahyang” yang
dilakukan secara bersendirian, namun pada hari Ahad mereka akan melakukan ibadat ini
secara beramai-ramai pada setiap pagi. Namun penganut “Advent Hari Ketujuh”,
melaksanakannya pada hari Sabtu. Loceng digunakan oleh pihak gereja untuk memanggil
mereka mengerjakannya. Apabila ianya dibunyikan ia membawa maksud upacara mereka akan
bermula. (Dr H.o.k Rahmat: 1979: 515). Menurut kepercayaan Kristian, “sembahyang”.
merupakan salah satu daripada rukun-rukun yang terkandung di dalam agama Nasrani, yang
mana di dalamnya terdapat dua syarat untuk mengerjakannya iaitu
Dikerjakannya dengan menyebut nama al-Maseh
Sembahyangnya mestilah didahului oleh “imam” yang sempurna mengikut orang-orang
Kristian.
Menurut kepercayaan Kristian, puasa tidaklah diwajibkan, malah sebagai suatu ibadat yang
diberi pilihan sahaja. Mereka boleh menunaikannya jika mahu dan juga meninggalkannya.
Waktu berpuasa adalah berbeza-beza mengikut puak masing-masing. (Fauzi Haji Awang: 1971:
159-160). Terdapat empat jenis puasa yang masih diamalkan oleh kebanyakan penganut
Gereja Ortodoks Timur, terutamanya golongan tua, iaitu Puasa Besar, Puasa Petrov, Puasa
Uspensky dan Puasa Krismas. Ibadah Puasa Besar dan Puasa Uspensky sifatnya berat dan
membawa maksud tidak boleh memakan daging, susu dan telur dan terdapat hari-hari tertentu
yang hanya dibolehkan memakan roti dan air sejuk sepanjang empoh berpuasa. Puasa Petrov
dan Puasa Krismas pula dianggap tidak berat kerana terdapat hari-hari tertentu yang
dibolehkan memakan ikan, telur dan sebagainya. Puasa Besar berlangsung selama 40 hari
sebelum penghayatan Isa dan Puasa Uspensky antara 14-28 Ogos. Manakala Puasa Petrov
berlangsung kira-kira sebulan mulai bulan Jun hingga 12 Julai, dan Puasa Krismas bermula
pada 28 November dan berakhir pada hari Khamis, yang biasanya jatuh pada 6 dan 7 Januari.
Di dalam Kristian, mempunyai beberapa syiar atau tanda agama yang wajib dilakukan oleh
penganut Kristian. Diantara syiarnya ialah, Pembaptisan, Santapan Malam Ketuhanan,
menyucikan salib dan memakainya. Syiar ini muncul dari sumpah atau janji yang dilakukan oleh
tentera Rumawi sebelum memasuki ketenteraan.
Definisi Baptis, dari segi bahasa, baptis berasal daripada bahasa Greek, baptize. Ia
membawa maksud “mencelup” atau “ merendam ”. Ia juga membawa pengertian “memandikan”
atau “menyucika”. Dari segi istilah, menurut T.W. Manson, baptis adalah upacara permulaan
masuk menjadi ahli masyarakat atau komuniti Kristian. Ia merupakan upacara yang wajib
dilakukan oleh seseorang yang baru menganut agama Kristian dan wajib dilakukan kepada bayi
yang baru dilahirkan (Yusoff Hussain: 1993: 269)
Pembaptisan atau berlimau merupakan fardu yang mesti dilakukan, namun terdapat
perselisihan di dalam menentukan waktunya. Sebahagian menyatakan sewaktu kecil,
sebahagian lagi menyatakan pada bila-bila masa. Terdapat juga pendapat yang mengatakan ia
dilakukan ketika seseorang itu sakit. Pendeta memainkan peranan dalam upacara ini, ianya
menggunakan nama bapa, anak dan Roh kudus. Diantara caranya ialah, menyiramkan air ke
kening atau direndam mana-mana anggota badannya ke dalam air. Kebiasaannya direndam
kesemua anggotanya ke dalam air. (Fauzi Haji Awang: 1971: 157-158)
Mensucikan salib
adalah satu pegangan yang diamalkan sebelum Isa disalibkan lagi. Apabila Isa disalib
pengajaran ini menjadi lebih kuat lagi, lalu mereka menjadikan salib sebagai tanda peringatan
kepada Isa atas pengorbanannya demi membebaskan manusia (Fauzi Haji Awang : 1971: 159).
Tanda salib juga memberi kesan psikologi kepada penduduk sekitarnya apabila melihat ianya
berada di tempat yang tinggi dan memberi keyakinan kepada penganut Kristian, bahawa agama
mereka dihormati, serta bangga dan juga merasa selamat dengan kedudukan salib itu. Upacara
keagamaan mereka yang paling besar adalah ketika sambutan Hari Krismas iaitu kelahiran
Nabi Isa (Al-Masih) pada ketika perayaan ini disambut nyayian carol dipersembahkan dan ianya
dikendalikan oleh golongan muda-mudi. Ianya dinyanyikan secara berkumpulan sambil
berkunjung dari rumah ke rumah secara beramai-ramai. Nyayian Hari Natal ini berdasarkan
kepada al-Kitab dan ianya dapat menarik muda-mudi dan remaja mengunjungi gereja, iaitu
tempat peribadatan mereka ( Mat Zin Mat Kib: 2003: 140 ).
2.3 AKTIVITI AMALAN AGAMA KRISTIAN SELAMA SETAHUN
Walaupun terdapat banyak perayaan Kristian, yang paling meriah ialah Easter dan
Krismas. Easter biasanya pada awal April dan disambut untuk menandakan berakhirnya puasa
40 hari yang dinamakan Lent. Musim Lent ialah untuk menghayati pengorbanan Jesus ketika
bertapa 40 hari di gurun. Perayaan ini dimulakan pada tiga hari terakhir Lent, iaitu Khamis.
Pada petang hari itu, umat Kristian berdoa di gereja dan mengenang kembali jamuan terakhir
Jesus bersama pengikutnya. Pada petang hari berikutnya, iaitu Good Friday, Jesus disalibkan
pada Holy Saturday atau Easter Eve, Jesus disemadikan di dalam makam. Pada Easter
Sunday, iaitu hari ketiga kematian Jesus, umat Kristian merayakan kebangkitan semula Jesus
dengan mengadakan Easter Service di gereja.
Perayana Krismas ialah ulang tahun kelahiran Jesus Christ walaupun tarikh
kelahirannya tidak diketahui dengan tepat. Pada hari Krismas, umat Kristian diingatkan bahawa
Jesus berbangkit selepas tiga hari dan hari itu
disambut sebagai Easter
Jesus disalib dan hari itu disebut Good Friday
Tuhan yang maha pengasih dan penyayang turun ke dunia dalam rupa manusia sebagai
‘penyelamat dunia’ untuk menyelamatkan umat manusia daripada lembah dosa.
Santapan Malam Ketuhanan ini menunjukkan kepada santapan malam Nabi Isa yang
terakhir dengan pengikut-pengikutnya, ketika Nabi Isa membahagikan roti dan minuman anggur
(wine) diantara mereka. Roti menunjukkan tubuh Al-Masih yang dipecah-pecah untuk
membebaskan manusia, manakala minuman anggur (wine) menunjukkan kepada darahnya
yang mengalir kerana maksud tersebut. Santapan Malam ini memperingati apa yang dilakukan
oleh Al-Masih pada malam al-Masih meninggal dunia dan supaya makanan ini menjadi
makanan rohani (Dr. Fuad Fachruddin:1960: 79)
2.4 KEPENTINGAN MENGAMALKAN
AMALAN AGAMA KEPADA DIRI
SENDIRI
Banyak kepentingan yang dapat kita memperolehi jika kita mengamalkan sesuatu
agama ini kerana sesuatu agama mangajar umatnya untuk membuat perkara yang baik. Jika
kita membuat baik, kita akan mendapat yang baik.
Pada kalangan masyarakat yang tidak beragama, orang cenderung melakukan pelbagai
tindakan yang tidak bermoral. Perbuatan buruk seperti berzina, perjudian, iri hati atau
berbohong merupakan perkara yang biasa. Hal ini demikia,n tidak berlaku pada orang yang taat
kepada agama. Mereka tidak akan melakukan semua perbuatan buruk tadi kerana mengetahui
bahawa ia harus mempertanggungjawabkan semua tindakannya di akhirat kelak.
Seseorang yang jauh dari bimbingan agama boleh berkata “Saya seorang yang tidak
mempercayakan Tuhan tetapi pemaaf. Saya tidak mempunyai rasa dendam ataupun rasa
benci. Namun sesuatu perkara boleh terjadi padanya yang menyebabkannya dia tidak mampu
mengawal diri, lalu menonjolkan perilaku yang tidak diingini. Dia boleh saja melakukan
pembunuhan atau mencederakan orang lain, kerana moralnya berubah sesuai dengan
persekitaran dan keadaan tempat tinggalnya .
Ajaran Kristian berpusat kepada empat tema utama, iaitu kemuliaan Tuhan, imej Christ,
rohaniah Tuhan dan kehidupan abadi. Kemuliaan Tuhan ialah menerima Tuhan, pencipta
seluruh alam dan maha pengasih, penyayang dan pengampun. Kemuliaan Tuhan ini
dimanifestasikan dalam segala usahanya, terutama menolong dan menyelamatkan orang yang
berdosa. Imej Christ pula memuliakan Tuhan. Individu yang mengamalkan kehidupan Kristian
akan melahirkan Christ di dalam diri sendiri, iaitu menyempurnakan hidup yang berharmoni
dengan takdir Tuhan. Rohaniah Tuhan muncul apabila Tuhan memperguna kuasa tertingginya
dalam dunia yang berdosa untuk menolong dan menyelamatkan orang yang berdosa. Rohaniah
Tuhan ternyata dalam dunia ini dalam bentuk Jesus sebagai penyembuh dan pengkhutbah.
Individu yang memasuki rohaniah Tuhan akan menerima kehidupan abadi. Dalam kehidupan
abadi, individu itu akan mengenali Tuhan dan Jesus Christ yang dihantar oleh Tuhan untuk
menyelamatkan alam dunia yang berdosa. Dengan kata lain, kehidupan abadi ialah
persaudaraan rapat dengan Tuhan.
Menurut Bible, manusia berada dalam keadaan berdosa dan melalui kurnia Tuhan,
manusia yang berdosa ditolong dan diselamatkan. Kedinginan terhadap Tuhan akan hilang dan
sayang kepada Tuhan akan ditanam. Perubahan tingkah laku ini berlaku dalam diri sendiri
melalui penyatuan dengan Christ dan ini dibawa oleh gospel dalam tiga komponan
keperibadian, iaitu kepercayaan, harapan dan kasih sayang. Dengan adanya perubahan batin,
sesuatu kerja dapat dilakukan menerusi kepercayaan, manakala usaha dirangsang menerusi
kasih sayang dan ketabahan didorong menerusi harapan.
3.0 PENUTUP
Agama sangatlah penting dalam kehidupan manusia. Demikian pentingnya agama
dalam kehidupan manusia, sehingga diakui atau tidak sesungguhnya manusia, sememangnya
memerlukan agama. Dan sangatlah diperlukan agama oleh manusia, tidak saja di masa primitif
dulu sewaktu ilmu pengetahuan belum berkembang, tetapi juga di zaman moden sekarang
sewaktu ilmu dan teknologi telah sedemikian maju.
Berikut ini adalah sebahagian dari bukti-bukti mengapa agama itu sangat penting dalam
kehidupan manusia.
Kerana agama sumber moral.
Kerana agama merupakan petunjuk kebenaran.
Kerana agama merupakan sumber maklumat tentang masalah metafisikal.
Kerana agama memberikan bimbingan rohani bagi manusia, baik di kala suka maupun
di kala duka.
Orang yang beriman kepada Tuhan dan menghambakan diri kepadaNya, mengatur
hidupnya agar sesuai dengan seruan Tuhan. Dia menjadikan agama sebagai petunjuk
hidupnya. Patuh kepada hal-hal yang baik menurut hati nuraninya, dan meninggalkan segala
yang buruk yang ditolak hati nuraninya.