morfologi & sintaksis

20
ISI KANDUNGAN 1. Pengenalan 2 2. Definisi 2.1 Morfologi 3 2.2 Sintaksis 4 2.3 Kesimpulan 5 3. Analisis 3.1 Aspek morfologi 6 3.2 Aspek sintaksis 10 4. Refleksi 12 5. Broshur 14 6. Rujukan 15 7. Lampiran 16

description

ISI KANDUNGAN 1. Pengenalan 2. Definisi 2.1 Morfologi 2.2 Sintaksis 2.3 Kesimpulan 3. Analisis 3.1 Aspek morfologi 3.2 Aspek sintaksis 4. Refleksi 5. Broshur 6. Rujukan 7. Lampiran 6 10 12 14 15 16 3 4 5 2 (HBML2103) AMBILAN KHAS NOVEMBER 20091.0 Pengenalan Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan di Malaysia. Bahasa Melayu merupakan asas pembinaan negara dan kebudayaan masyarakat Malaysia. Termaktub dalam perkara 152 Perlembagaan Persekutuan bahawa baha

Transcript of morfologi & sintaksis

Page 1: morfologi & sintaksis

ISI KANDUNGAN

1. Pengenalan 2

2. Definisi

2.1 Morfologi 3

2.2 Sintaksis 4

2.3 Kesimpulan 5

3. Analisis

3.1 Aspek morfologi 6

3.2 Aspek sintaksis 10

4. Refleksi 12

5. Broshur 14

6. Rujukan 15

7. Lampiran 16

Page 2: morfologi & sintaksis

SUTINA MUHAMMAD HANIP830706-05-5058 (HBML2103)

AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009

1.0 Pengenalan

Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan di Malaysia. Bahasa Melayu

merupakan asas pembinaan negara dan kebudayaan masyarakat Malaysia. Termaktub

dalam perkara 152 Perlembagaan Persekutuan bahawa bahasa Melayu memainkan

peranan penting dalam asas pembinaan negara. Selain itu, perkara 152 juga telah

mengistiharkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Oleh kerana negara ini

mempunyai masyarakat yang berbilang kaum, adalah penting satu bahasa dijadikan

sebagai panduan dan digunakan oleh setiap lapisan masyarakat. Apabila bahasa

Melayu dijadikan sebagai bahasa kebangsaan, maka akan wujudlah perpaduan antara

masyarakat yang berbilang kaum untuk berkomunikasi sesama sendiri.

Kerjasama kerajaan dengan wartawan dalam pertumbuhan dan penyebaran

bahasa Melayu memang tidak dapat dinafikan. Pelbagai program terus

dipertingkatkan bagi memperkasa bahasa Melayu. Usaha memartabatkan bahasa

dapat dilakukan dengan penggayaan khazanah ilmu dan persuratan Melayu. Media

massa yang menggunakan bahasa Melayu di Malaysia mempunyai landasan yang

cukup untuk memperkukuh kedudukan dan pengaruhnya di kalangan khalayak ramai

di negara ini. Dengan menghasilkan terbitan-terbitan yang lebih bermutu, media di

Malaysia dapat menambah jumlah pembaca serta dapat meningkatkan mutu

pemikiran rakyat pada masa depan.

Satu perkembangan yang boleh dibanggakan adalah bertambahnya jumlah

jenis media cetak berbahasa Melayu dalam pasaran sama ada dalam bentuk mingguan,

bulanan atau harian. Contohnya suratkhabar Utusan Malaysia, Berita Harian dan

Sinar. Dalam konteks ini media cetak dalam bahasa Melayu telah mula menunjukkan

kemampuan menawarkan bahan-bahan bacaan tambahan yang bercorak semasa

seperti yang terdapat dalam ruangan ‘Minda Pengarang’ akhbar Berita Harian. Hasil

pembacaan yang berterusan terhadap akhbar-akhbar ini, ia akan dapat

memperkasakan dan seterusnya memartabatkan bahasa Melayu di kalangan rakyat

Malaysia.

2

Page 3: morfologi & sintaksis

SUTINA MUHAMMAD HANIP830706-05-5058 (HBML2103)

AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009

2.0 Definisi

2.1 Morfologi

Siti Hajar Hj.Husin Abdul Aziz, dalam bukunya Tatabahasa Bahasa Melayu-

Perkataan, (17:1996) telah menyatakan bahawa morfologi merupakan  satu cabang

daripada ilmu linguistik  yang mengkaji soal-soal yang berkaitan dengan

kemungkinan adanya perubahan kata, golongan kata, dan makna kata akibat daripada

perubahan bentuk kata. Morfologi mengkaji selok-belok bentuk kata dan fungsi

gramatik atau semantik perubahan kata itu. Beliau juga telah merumuskan bahawa

morfologi  adalah bidang mengkaji bagaimana morfem-morfem itu bergabung untuk

membentuk ayat.

Nik Safiah Karim dan rakan-rakannya dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi

Baharu, (43:2004) berpendapat bahawa morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang

mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Struktur kata yang dimaksudkan

ialah susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang yang turut menjadi unit bahasa yang

bermakna. Menurut Kamarudin Hj.Husin dan rakan-rakannya dalam buku Pengajian

Melayu 1, Ilmu Bahasa dan Kecekapan Berbahasa, (83:1997), morfologi ialah disiplin

ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Bentuk kata ini

merujuk kepada bentuk bunyi atau ujaran sesuatu kata itu.

            Manakala  Abdullah Hassan  juga ada menulis tentang definisi  morfologi

dalam buku Linguistik Am, (117:2007). Menurut beliau, morfologi ialah bidang

linguistik yang mengkaji bagaimana perkataan dibina. Kajian ini dilakukan terhadap

unsur-unsur yang membentuk perkataan, proses-proses membentuk perkataan dan

bentuk-bentuk perkataan yang terdiri daripada morfem dan kata. Menurut Raminah

Hj.Sabran dan Rahim Syam dalam buku Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab

Perguruan, (152:1985), bidang morfologi merupakan bidang dalam kajian bahasa

yang mengkaji tentang perkataan dan cara pembentukkannya. Manakala O`Grady &

Guzman juga menyatakan pendapat mereka pada tahun  (121:2000) dalam buku yang

dirujuk oleh Radiah Yusoff dan rakan-rakannya, (36:2004) iaitu morfologi adalah

merujuk kepada kajian tentang pembentukan kata dan struktur kata.

3

Page 4: morfologi & sintaksis

SUTINA MUHAMMAD HANIP830706-05-5058 (HBML2103)

AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009

Seorang ahli bahasa yang bernama Leonard Bloomfield  dalam bukunya

Language yang telah diterjemahkan oleh Alias Mahpol, Kamaruzaman Mahayiddin

dan Noor Ein Mohd.Noor, menyatakan bahawa “Morfologi adalah konstruksi yang

mengandungi bentuk-bentuk terikat antara konsituen-konsituennya.”“Morfologi

meliputi konstruksi kata-kata dan bahagian kata”.

2.2 Sintaksis

Bidang kajian sintaksis ini telah dipelopori oleh Noam Chomsky seperti yang

ditulis oleh beliau dalam buku Syntatic Structure yang akhirnya melahirkan pengajian

am tatabahasa transformasi generatif oleh Frank Parker (1994). Sintaksis merupakan

satu bidang kajian tentang tatacara binaan dan cara frasa, klausa dan ayat dibentuk.

Menurut Dr Nik Safiah Karim (2008), sintaksis dapat ditakrifkan sebagai

bidang ilmu bahasa yang mengkaji tentang bentuk, struktur dan binaan atau

konstruksi ayat. Sintaksis juga merupakan kajian tentang hukum atau rumus

tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan dan

kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa. Manakala menurut

kamus dewan edisi ketiga (2000), sintaksis ialah pengetahuan (cabang ilmu linguistik,

peraturan, dsb) tentang susunan kata dalam ayat.

Sintaksis secara etimologis bererti menempatkan bersama-sama kata-kata

menjadi kelompok kata dan kelompok kata menjadi kalimat. Ibrahim (dkk:1)

mendefinisikan sintaksis sebagai bahagian dari ilmu bahasa yang membicarakan selok

- belok kalimat, klausa, dan frasa. Manakala Moeliono (1976:103) pula menyatakan

bahawa sintaksis adalah studi kaidah kombinasi kata menjadi satuan yang lebih besar,

frase dan kalimat. Ini bermakna, satuan yang tercakup dalam sintaksis adalah frasa

dan ka1imat, dengan kata sebagai satuan dasarnya. Keraf (1978:153) menyatakan

bahawa sintaksis ialah bahagian daripada tatabahasa yang mempelajari dasar-dasar

dan proses-proses pembentukan kalimat dalam suatu bahasa.

Verhaar (1981: 70) menyatakan bahawa bidang sintaksis ialah tentang

menyelidiki semua hubungan antara kelompok kata (atau antara-frasa) dalam satu

4

Page 5: morfologi & sintaksis

SUTINA MUHAMMAD HANIP830706-05-5058 (HBML2103)

AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009

dasar sintaksis itu. Sintaksis itu mempelajari hubungan gramatikal di luar batas kata,

tetapi di dalam satuan yang kita sebut kalimat. Manakala Ramlan (2001:18)

menyatakan bahawa istilah sintaksis ialah bahagian atau cabang dari ilmu bahasa

yang membicarakan selok-belok wacana, kalimat, klausa, dan frasa.

Sintaksis juga merupakan bidang ilmu yang mengkaji proses pembinaan ayat.

Dalam bahasa Melayu, ayat terbentuk daripada dua unsur iaitu subjek dan predikat.

Subjek merupakan perkara utama dalam ayat manakala predikat menjadi penerang

kepada subjek atau sebagai keterangan salam binaan ayat. Subjek juga merupakan

bahagian ayat yang terletak dihadapan pola ayat biasa. Bahagian subjek diisi oleh

frasa nama. Predikat pula merupakan bahagian ayat yang terletak selepas subjek

dalam pola ayat biasa. Bahagian predikat ini diisi sama ada oleh frasa nama, frasa

kerja, frasa adjektif atau frasa sendi nama.

2.3 Kesimpulan

Morfologi boleh didefinisikan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji

tentang struktur, bentuk dan penggolongan kata dan makna dalam bahasa Melayu.

Struktur kata ialah susunan bentuk bunyi yang disebut atau lambang yang menjadi

unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah unit tatabahasa, sama ada

berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan

penggandaan. Manakala penggolongan kata pula ialah proses menjeniskan perkataan

berdasarkan keserupaan bentuk atau fungsi.

Manakala sintaksis pula ialah satu daripada cabang ilmu yang mengkaji

tentang bentuk, struktur dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis bukan sahaja

mengkaji proses pembinaan ayat, tetapi juga hukum yang menentukan bagaimana

perkataan disusun dalam ayat. Sintaksis adalah sebahagian daripada tatabahasa yang

membahaskan kaedah gabungan kata menjadi satu dan menjadi ayat gramatik yang

lebih besar terdiri daripada frasa, klausa, dan kalimat, serta penempatan morfem-

morfem supra segmental ( intonasi ) sesuai dengan struktur semantik yang diinginkan

oleh penutur sebagai dasarnya.

5

Page 6: morfologi & sintaksis

SUTINA MUHAMMAD HANIP830706-05-5058 (HBML2103)

AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009

3.0 Analisis aspek morfologi dan sintaksis

3.1 Aspek morfologi

Nik Safiah Karim et.al (1996) menjelaskan bahawa perkataan dalam sesuatu

bahasa dapat digolongkan ke dalam golongan tertentu berdasarkan kepada beberapa

kriteria, antaranya kriteria struktur fonologi dan bunyi, kriteria struktur morfem,

kriteria sintaksis dan kriteria semantik. Berikut merupakan golongan kata mengikut

Tatabahasa Dewan 1996.

Berdasarkan golongan kata di atas, analisis akan dibuat terhadap artikal Minda

Pengarang yang bertajuk “Wajib lulus subjek Sejarah mampu pupuk minat generasi

muda”. Artikal ini disiarkan pada 26 Oktover 2010 di dalam akhbar Berita Harian.

6

Kata

KataAdjektif

KataKerja

KataNama

KataTugas

Kata nama

khas

Kata nama

am

Transitif

Tak

transitif

Sifat/keadaan

Warna

Ukuran

Bentuk

Waktu

Jarak

Cara

Perasaan

Pancaindera

Kata hubungan

Kata pancangan

Kata praklausa

Kata prafrasa

Kata pascakata

Page 7: morfologi & sintaksis

SUTINA MUHAMMAD HANIP830706-05-5058 (HBML2103)

AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009

Kata nama

Menurut Abdullah Hassan (2003), kata nama ialah kata yang menunjukkan

nama benda, nama orang, nama tempat dan nama perkara. Kata nama juga merujuk

khusus kepada nama orang, haiwan, institusi, undang-undang, bangsa, bahasa dan

pangkat. Kata nama terdiri daripada kata nama khas dan kata nama am.

Contoh kata nama khas

- Sejarah

- Sijil Pelajaran Malaysia

- Kurikulum Standard Sekolah Rendah

- Timbalan Perdana Menteri

- Tan Sri Muhyiddin Yassin

- UMNO

- Perhimpunan Agong Umno

- Perlembagaan Persekutuan

- Melayu

- Raja-Raja Melayu

- Islam

- Inggerís

- Barat

- British

Contoh kata nama am

- kerajaan

- kewarganegaraan

- negara

- peperiksaan

- sains

- sekolah menengah

- subjek

- pelajar

- kelas

7

Page 8: morfologi & sintaksis

SUTINA MUHAMMAD HANIP830706-05-5058 (HBML2103)

AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009

- buku teks

- mata pelajaran

- bangsa

- negara

Kata kerja

Kata kerja ialah perkataan yang menjadi inti bagi binaan atau konstruksi frasa

kerja. Za’ba (1965) menamakan kata kerja sebagai perbuatan. Za’ba menyatakan jika

kita menyebut fasal membuat sesuatu atau mengerjakan sesuatu perbuatan terpaksalah

memakai perkataan yang dinamakan ’perbuatan’, kerana ialah sebutan bagi

menyatakan perbuatan itu.

Contoh kata kerja

- menetapkan

- mempelajari

- menggulung

- mempersoal

- mencabar

- tidak menguasai

- melaksanakan

- mempelajari

- diterapkan

- mempertikaikannya

- Menghasut

- tegas

Kata Adjektif

Menurut Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Hj Musa dan Abdul Hamid

Mahmood, (2204: 214), kata adjektif terbahagi kepada sembilan jenis iaitu kata

adjektif sifatan/keadaan, kata adjektif warna, kata adjektif ukuran, kata adjektif

bentuk, kata adjektif waktu, kata adjektif jarak, kata adjektif cara, kata adjektif

perasaan dan kata adjektif pancaindera.

8

Page 9: morfologi & sintaksis

SUTINA MUHAMMAD HANIP830706-05-5058 (HBML2103)

AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009

Contoh kata adjektif sifatan/keadaan

- lupa

Contoh kata adjektif ukuran

- mendalam

- sempit

Contoh kata adjektif waktu

- baru-baru ini

- akhir-akhir ini

Contoh kata adjektif cara

- terlambat

- sering

Contoh kata perasaan

- berani

- cintakan

- menyeronokkan

- bimbang

Contoh kata adjektif pancaindera (gabungan)

- sedar

Kata Tugas

Kata tugas ialah sejenis perkataan yang hadir dalam ayat, klausa atau frasa

untuk mendukung sesuatu tugas tertentu seperti kata hubung gabungan, kata hubung

pancangan, kata praklausa, kata prafrasa dan kata pascakata.

Contoh kata tugas hubung gabungan

- mata pelajaran Sejarah ketika ini hanya subjek teras pada peringkat sekolah

menengah yang wajib diambil, tetapi tidak wajib lulus.

9

Page 10: morfologi & sintaksis

SUTINA MUHAMMAD HANIP830706-05-5058 (HBML2103)

AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009

- Memahami sejarah tempatan dapat meningkatkan semangat cintakan negara

dan perjuangan bangsa.

Contoh kata tugas hubung pancangan (komplemen)

- Keputusan itu juga menjelaskan bahawa sesuatu perlu dilakukan sebelum

masyarakat lupa sejarah bangsanya sendiri.

Contoh kata tugas hubung praklausa (kata tanya)

- Persoalannya, kenapa mereka mempertikaikannya sama ada secara sedar atau

tidak

Contoh kata tugas hubung prafrasa

- Pada masa sama, kerajaan tidak wajar terlalu akomodatif atas desakan pihak

tertentu untuk mengubah fakta sejarah bagi memenuhi kepentingan mereka.

Contoh kata tugas hubung pascakata

- Sejarah adalah fakta dan hakikatnya, tiada siapa boleh mengubahnya.

- Keputusan itu juga menjelaskan bahawa sesuatu perlu dilakukan sebelum

masyarakat lupa sejarah bangsanya sendiri.

3.2 Aspek sintaksis

Pola ayat dasarSubjek Predikat

Pola 1 Frasa nama Frasa nama

Pola 2 Frasa nama Frasa kerja

Pola 3 Frasa nama Frasa adjektif

Pola 4 Frasa nama Frasa sendi nama

Frasa nama ialah binaan yang dari sudut nahu boleh terdiri daripada satu

perkataan atau beberapa perkataan yang boleh berfungsi sebagai satu konstituen alam

binaan ayat. Frasa kerja ialah binaan yang boleh terdiri daripada satu perkataan atau

lebih dan kata intinya ialah kata kerja sama ada transitif atau pun tidak transitif. Frasa

10

Page 11: morfologi & sintaksis

SUTINA MUHAMMAD HANIP830706-05-5058 (HBML2103)

AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009

adjektif boleh terdiri daripada satu kata atau deretan kata yang mengandungi kata

adjektif, dengan kata bantu dan kata penguat sama ada di hadapan atau di belakang.

Frasa sendi nama ialah binaan ayat yang terdiri daripada satu kata sendi nama dan

satu frasa nama yang menjadi pelengkap kepada kata sendi nama itu.

Contoh ayat pertama

“ Mata pelajaran Sejarah ketika ini hanya subjek teras pada peringkat

sekolah menengah yang wajib diambil, tetapi tidak wajib lulus”.

Pola ayat di atas ialah Frasa Nama (FN) dan Frasa Nama (FN). Pola ayat ini

adalah pola ayat dasar yang pertama. Frasa namanya ialah Mata pelajaran Sejarah

ketika ini manakala frasa nama yang lain ialah hanya subjek teras pada peringkat

sekolah menengah. ayat ini mempunyai kata gabung relatif ‘yang’ yang

menyambungkan klausa tak setara atau klausa pancangan pada klausa utama atau

induk. Sebenarnya terdapat dua ayat dalam ayat di atas. Kalau diperhatikan, ayat ini

telah dipeluaskan apabila kata hubung ‘tetapi’ yang digunakan bagi menggabungkan

dua ayat dasar ini untuk dijadikan satu ayat majmuk gabungan. Kenyataan ini

berdasarkan definisi ayat majmuk gabungan iaitu ayat yang terdiri daripada dua ayat

atau lebih yang dijadikan satu dengan cara menggabungkan atau mencantumkan ayat-

ayat tersebut dengan kata hubung seperti dan, atau, tetapi, dan sebagainya.

Contoh ayat kedua

“ Pengajaran subjek Sejarah perlu diubah dan tidak hanya di dalam

kelas menggunakan buku teks tetapi perlu dilaksanakan dengan

pendekatan yang menyeronokkan”.

Jika diperhatikan, contoh ayat kedua ini telah diperluaskan dengan adanya dua

kata hubung gabungan iaitu perkataan ‘dan’ dan perkataan ‘tetapi’. Ayat ini juga telah

menjadi ayat majmuk gabungan. Sekiranya ayat ini ditukarkan kepada ayat dasar,

terdapat tiga ayat iaitu ayat yang pertama Pengajaran subjek Sejarah perlu diubah,

ayat kedua ialah Pengajaran subjek Sejarah tidak hanya di dalam kelas menggunakan

buku teks dan ayat yang ketiga ialah Pengajaran subjek Sejarah perlu dilaksanakan

11

Page 12: morfologi & sintaksis

SUTINA MUHAMMAD HANIP830706-05-5058 (HBML2103)

AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009

dengan pendekatan yang menyeronokkan. Pola yang terdapat di dalam ayat yang

pertama ialah pola yang kedua iaitu Frasa Nama (FN) dan Frasa Kerja (FK). Contoh

Frasa nama ialah Pengajaran subjek Sejarah dan Frasa kerja perlu diubah.

Manakala, pola yang terdapat dalam ayat kedua ialah Frasa Nama (FN) dan Frasa

Sendi Nama (FS) iaitu pola yang keempat. Contoh Frasa Nama ialah Pengajaran

subjek Sejarah tidak hanya. Frasa Sendi Nama pula ialah di dalam kelas dan

menggunakan buku teks ialah keterangan kepada Frasa Sendi Nama.

Contoh ayat ketiga

“ Kita akui langkah ini sepatutnya sudah lama dilaksanakan, tetapi

masih belum terlambat demi kelangsungan keamanan untuk generasi

akan datang”.

Ayat di atas juga merupakan salah satu daripada ayat majmuk gabungan

keranna di dalam ayat ini terdapat perkataan ‘tetapi’ yang menghubungkan klausa

yang sama tara. Berdasarkan ayat ‘Kita akui langkah ini sepatutnya sudah lama

dilaksanakan’, terdapat satu pola ayat dasar yang ketiga iaitu Frasa Nama (FN) dan

Frasa Adjektif (FA). Di mana contoh Frasa Nama ialah Kita akui langkah ini

sepatutnya dan Frasa Adjektif ialah sudah lama dilaksanakan. Kata adjektif lama

menunjukkan bahawa kata adjektif ini termasuk dalam bahagian kata adjektif

menerangkan waktu.

4.0 Refleksi

Berdasarkan analisa mengenai tugasan ini, saya dapati penggunaan aspek

imbuhan sangat meluas kerana penulis banyak menggunakan imbuhan asing dalam

penulisannya. Hampir kesemua imbuhan digunakan di dalam artikal minda pengarang

ini. Antara imbuhan yang digunakan ialah seperti imbuhan awalan, imbuhan akhiran,

imbuhan sisipan dan imbuhan asing. Terdapat juga aspek penggolongan kata yang

digunakan di dalam penulisannya. Di antara aspek penggolongan kata yang digunakan

ialah kata nama, kata kerja, kata tugas dan kata adjektif. Penggunaan kata yang

12

Page 13: morfologi & sintaksis

SUTINA MUHAMMAD HANIP830706-05-5058 (HBML2103)

AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009

pelbagai yang digunakan dalam petikan ini tidaklah terlalu kompleks dan ia mudah

difahami oleh pembaca.

Dari aspek morfologi, penulis kerap menggunakan kata kerja tansitif daripada

menggunakan kata kerja tak transitif di dalam penulisannya. Penggunaan kata

hubung juga dilihat menjadi kegemaran penulis, namun penulis banyak menggunakan

perkataan yang sama sedangkan kata hubung mempunyai banyak perkataan. Kata

nama seperti kata nama am dan kata nama khas juga banyak terdapat dalam petikan

ini. Petikan ini sesuai digunakan untuk aktiviti murid di dalam kelas untuk mencari

kata nama am dan kata nama khas.

Dari aspek sintaksis pula, setelah diteliti dan dibuat analisis, petikan ini

mempunyai banyak ayat yang telah dimajmukkan dan agak sukar untuk mencari pola-

pola ayat. Ayat yang terdapat dalam petikan ini hampir keseluruhannya adalah ayat

majmuk. Walaupun begitu, petikan ini masih lagi boleh difahami mesej yang ingin

diperkatakan. Ayat-ayat dasar telah dipeluaskan oleh penulis menjadi ayat majmuk

yang pelbagai bentuk. Penggunaan kata tugas selain daripada menggabungkan ayat, ia

juga berfungsi untuk menguatkan lagi apa yang ingin disampaikan oleh penulis

kepada para pembaca.

Di dalam petikan ini juga, hanya terdapat ayat penyata dan ayat tanya sahaja.

Contoh ayat penyata ialah ‘Sejarah adalah fakta dan hakikatnya tiada siapa boleh

mengubahnya’. Manakala contoh ayat tanya ialah ialah “Persoalannya, kenapa

mereka mempertikaikannya sama ada secara sedar atau tidak sedar”. Perkataan

‘kenapa’ merupakan kata tanya bagi ayat tersebut.

Kesimpulannya, saya merasa sukar untuk menyiapkan tugasan ini kerana saya

kurang berpengalaman dalam subjek bahasa Melayu. Ini menyebabkan agak sukar

untuk saya memahami proses menganalisis pada bahagian morfologi dan sintaksis.

Namun, saya berterima kasih kepada tutor dan rakan-rakan yang banyak memberikan

bantuan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini.

13

Page 14: morfologi & sintaksis

SUTINA MUHAMMAD HANIP830706-05-5058 (HBML2103)

AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009

Broshur

14

Page 15: morfologi & sintaksis

SUTINA MUHAMMAD HANIP830706-05-5058 (HBML2103)

AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009

RUJUKAN

Abdullah Hassan. (2002). Tatabahasa bahasa Melayu: Morfologi dan Sintaksis untuk Guru dan Pelajar. Bentong, Pahang: PTS Publications and Distributers.

Asraf, Awang Sariyan, Ramlah Razali & Ahmad Tajudin. (1990). Petunjuk SRP

Bahasa Melayu KBSM. Petaling Jaya : Sasbadi Sdn. Bhd.

Che Ibrahim Hj Salleh. (2006). Tatabahasa Melayu. Selangor: Pro Office-Shoppe Sdn. Bhd.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2000). Kamus Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim et. Al. (1997). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Terengganu: Aspirasi Teras Sdn. Bhd.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MindaPengarang_WajiblulussubjekSejarahmampupupukminatgenerasimuda/Article/index_html

http://www.freewebs.com/stpm-bm-k1/bab3.htm

http://zieper.multiply.com/journal/item/38

15