MUAFIQ DAN MASBUK

29
MASALAH MUAFIQ DAN MASBUK OLEH HASAN BIN AHMAD 0

Transcript of MUAFIQ DAN MASBUK

Page 1: MUAFIQ DAN MASBUK

MASALAHMUAFIQ DAN MASBUK

OLEHHASAN BIN AHMAD

0

Page 2: MUAFIQ DAN MASBUK

KATA PENGANTAR

Segalah pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam dan selawat serta salam kepada

pemimpin kami Muhammad Rasulullah SAW kepada keluarganya dan para sahabat

sekalian.

Amma ba’du,

Memandangkan masalah muafiq dan dan masbuk itu merupakan perkara yang amat

penting dan wajib diketahui oleh semua para makmum dan seluruh ummat islam amnya

kerana masalah itu mempunyai kaitan rapat dengan ibadah solat. Sembahyang bagi

seorang makmum tidak akan menjadi sempurna dan sah selagi mereka jahil dalam

masalah itu lebih-lebih lagi jika melanggar hukum-hukum fikah dalam maslah muafiq

dan masbuk

Tetapi apa yang berlaku kepada masyarakat islam umumnya pada masa kini, bahawa

pada kebanyakkan mereka menjadi kesukaran untuk memahami masalah muafiq dan

masbuk dengan tepat mengikut hukum fikah. Boleh jadi kesukaran yang mereka hadapi

itu adalah disebabkan oleh beberapa faktor, diantaranya disebabkan buku-buku atau

kitab-kitab yang menghuraikan masalah muafiq dan masbuk dengan cara yang mudah

serta dengan bahasa yang senang adalah sangat berkurangan sekali, atau boleh jadi

juga kerana umat islam sekarang sentiasa dalam kesibukkan mencari nafkah hidup

sehinggakan tidak ada masa dan ruang untuk membaca dan mengkaji dalam kitab-

kitam fikah berhubung masalah ini.

Walauapa saja alasan yang menghalang umat islam memahami masalah muafiq dan

masbuk, mereka tidak boleh membiarkan keadaan demikian berterusan malah menjadi

tanggungjawab fardhu ain ke atas mereka memahami hukum ini dengan tepat.

1

Page 3: MUAFIQ DAN MASBUK

Oleh yang demikian saya dengan serba kekurangan dan tenaga yang dhoif ini cuba

menyusun risalah yang kecil ini bagi percetakkan kedua dengan diberi nama “Masalah Muafiq dan Masbuk”.

Saya sangat-sangat berharaf kepada ulama-ulama, para-para guru agar memberi

teguran jika terdapat dalam risalah kecil ini kekurangan dan kecacatan dan kepada

Allah 'Azza wa Jalla saya bermohon semoga memberi keberkatan di atas usaha yang

kerdil ini.

OLEHAl-FAKIR HASAN BIN AHMADKAMPUNG TIUNG DALAMKOTA BHARU , KELANTAN

TULISAN RUMI OLEH

MUHAMMAD ARID BIN ABDULAHIMTAMAN SENTOSATB 2945KG. JAWA TAWAUSABAH

2

Page 4: MUAFIQ DAN MASBUK

Catatan :KEDUDUKAN SEMBAHYANG DALAM ISLAM

Suadah menjadi perkara yang lumrah dikalangan masyarakat islam

bahawa sembahyang merupakan tiang agama dan ianya menjadi

garis pemisah antara islam dan bukan islam sehingga diakhirat nanti

bahawa amalan manusia yang pertama dihisab oleh Allah SWT

ialah sembahyang sebagaimana sabdaan Rasulullah SAW.

“Perhitungan yang mula-mula sekali dilakukan ke atas seorang hamba diakhirat nanti ialah sembahyang, jika baik sembahyang maka baik segala amalan-amalan yang lain dan jika rosak sembahyang maka turut rosak segala amalan yang lain.”

(HR : Imam Ahmad dan At-Thobrani)

SabdaNya lagi;

“Sesiapa menjaga sembahyang dengan baik, sembahyang itu memberi kepadanya cahaya, menjadi bukti dan berjaya diakhirat nanti jika sesiapa tidak menjaga sembahyang tidak ada baginya cahaya tidak ada baginya bukti dan kejayaan dan pada hari kiamat bersama Qorun dan Fir’aun dan Ubai Bin Khalab”

(HR : Imam Ahmad dan At-Thobrani)

“Batasan pemisahan antara seorang itu dengan kafir ialah tinggalkan sembahyang”

(HR : Imam Ahmad dan Muslim)

Dari keterangan hadis di atas bahawa tugas sembahyang ke atas

setiap individu muslim merupakan tangungjawab yang paling besar

3

Page 5: MUAFIQ DAN MASBUK

Catatan :

Catatan :

dan utama terhadap Allah SWT, malahan untung rugi nasibnya di alam akhirat

bergantung kepada sejauh mana keelokkan sembahyangnya.

Kerana Allah SWT menjadikan sembahyang itu jalan untuk

mencapai kemenangan dan kejayaan di dunia dan di akhirat.

Menunaikan sembahyang dengan sempurna itu akan memberi

cahaya kepada hati, mendidik jiwa, mengajar seorang itu akan adab-

adab perhambaan dan menanamkan dalam hati kebesaran Allah.

Oleh itu setiap muslim dan muslimah hendaklah menunaikan

sembahyang masing-masing dengan betul dan tepat sebagaimana

yang ditunjukkan Rusullah SAW. Mereka mesti faham rukun dan

syaratnya, perlu mengetahui segala peraturan dan adabnya. Masbuq

dan muafiqnya jika ia menjadi makmum dan wajib ia mengetahui

syarat-syarat menjadi imam iman jika ia hendak menjadi imam dalam

sembahyang jemaah dan jumaat.

Memandangkan kedudukan sembahyang adalah besar dan pokok

agama, maka sebahagian sahabat Rasulullah SAW dan sebahagian

ulama tabiin dan sebahagian daripada ulama kemudian berpendapat

bahawa orang-orang muslim yang meninggalkan sembahyang

dengan segaja hukumnya kafir. Sahabat-sahabat yang berpendapat

demikian seperti Umar Bin Al-Khattab, Abdullah Bin Mashud,

Abdullah Bin Abbas, Mu’z Bin Jabal, Jabir Bin Abdullah dan

Abu Darda radiallahu ’anhum. Tetapi sebahagian yang lain pula

berpendapat bahawa orang yang meninggalkan sembahyang

dengan sengaja selama tidak mengingkari tentang wajibnya maka

hukum orang itu adalah fasiq, tetapi ia hendalklah dipenjarakkan

sehingga ia tunaikan sembahyang, supaya dia tidak menjadi ikutan

yang buruk kepada orang lain.

Imam-imam mazhab berpendapat bahawa wajib dibunuh ke atas

orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja

sebagaimana dijelaskan oleh Al-Syeikh Muhammad Ahmad dalam

kitabnya Miftahul-Khutbah Walau'az.

4

Page 6: MUAFIQ DAN MASBUK

Catatan :Imam-imam mazhab menyatakan wajib dibunuh orang yang

meninggalkan sembahyang itu kerana kekufurannya seperti Ahmad,

Ishak dan Ibnu Mubarak, manakala yang menyatakan wajib dibunuh

kerana menjalakan had (Hukum hudud) seperti mazhab Maliki,

Syafie dan Abu Hanifah. Sila ruju kepada kitab “Bidayatul Mujtahid”

oleh Ibnu Ar-Rasyd. Beginilah hukumnya syariat islam ke atas

mereka semua yang mengaku berlindung di bawah naungan islam

sedangkan mereka dusta kerana tidak menunaikan salah satu rukun

yang terpenting itu. Bagi kita sebagai seorang yang faham syariat

Allah itu tidak merasa terkejut dan aneh apabila mendengar

hukuman terhadap mereka yang meninggalkan itu kafir atau fasiq.

Bertambah jelas lagi apabila kita memperhatikan kepada sabdaan

Rasullulah SAW :-

“Ikatan islam dan asas-asas agama itu ada tiga perkara di atas itulah tertegaknya islam, barang siapa meninggalkan salah satu daripadanya maka dia menjadi kafir dan halal darahnya iaitu syahadah “La ilahak illallah”, sembahyang yang diwajibkan dan puasa dibulan ramadhan”

(HR : Abu Ya’ala)

SEMBAHYANG BERJEMAAH

Sembahyang berjemaah merupakkan sunat muakkad kepada kaum

muslimin dan juga adalah fardhu kifayah, jika sekiranya dalam

sebuah kampung dan mukim itu tidak mendirikan sembahyang

berjemaah semuanya penduduk kampung itu berdosa. Solah

berjemaah sangat penting dalam pengajaran islam, di samping ianya

melaksanakan kewajipan terhadap Allah 'Azza wa Jalla, berjemaah

juga dapat melatih kaum muslimin agar mereka berada di dalam

5

Page 7: MUAFIQ DAN MASBUK

Catatan :

kesatuan yang kukuh, iaitu kesatuan islam yang menjadi kekuatan hidup mereka di

dunia dan mendapat keredhaan Allah di akhirat nanti.

Di dalam solah berjemaah merupahkan titik tolak permulaan bagi

perpaduan umat islam yang mana mereka harus panjangkan

perpaduan mereka diluar sembahyang dalam semua lapangan hidup

berdasarkan islam.

Solah berjemaah juga menunjukkan kepada kita bahawa islam

menghendaki umatnya berada di dalam barisan islam bergandingan

bahu di dalam menjunjung perintah Allah serta melaksanakan

syariatnya tanpa mengira kedudukan pangkat, berlainan bahasa dan

warna kulit.

Sebagaimana Firman Allah Ta’ala :

“Berpegang teguhlah kamu kepada tali Allah semuanya dan jangan berpecah belah”

(53 : 103)

Sembahyang berjemaah merupakan salah satu daripada tali Allah

yang diperintah supaya kita umat islam berpegang dengannya dalam

hidup setiap hari. Diriwayatkan dari Ibnu Umar radhiallahu ‘anhu

bahawa Rasulullah SAW bersabda :

“Sembahyang berjemaah itu lebih baik daripada sembahyang seorang diri, dua puluh tujuh ganda ganjaran pahala”

(Mutafak Alaihi)

Daripada Abu Darda radhiallahu ‘anhu menceritakan bahawa beliau

mendengar Rasulullah SAW bersabda :-

6

Page 8: MUAFIQ DAN MASBUK

Catatan :

“Tiada tiga orang dalam sebuah kampung yang tidak mendirikan sembahyang berjemaah melainkan dipengaruhi oleh syaitan, maka oleh itu hendaklah kamu mendirikan jemaah”Jelas sekali bahawa hikmah dan faedah solah berjemaah amat

banyak sehingga digandakan ganjaran pahala dua puluh tujuh kali.

Walaubagaimanapun kaum muslimin dan muslimah sekalian perlu

mengambil ingatan bahawa disana banyak hadis-hadis dari

Rasulullah SAW menerangkan kepada kita sebab-sebab yang

membawa kecacatan sembahyang berjemaah serta tidak diterima

oleh Allah SWT. Sebagaimana hadis daripada Ibnu Abbas bahawa

Rasulullah SAW bersabda :-

“Tiga jenis tidak diangkat sembahyang mereka walaupun sejengkal dari kepala iaitu seorang lelaki menjadi imam sembahyang kepada suatu kaum sedangkan kaum itu tidak suka kepadanya (kerana kekurangan yang ada padanya), seorang perempuan yang tidur waktu malam sedangkan ia dalam kemarahan suaminya dan dua saudara yang berkelahi”

(HR : Ibnu Majah)

Untuk menjadikan sembahyang berjemaah itu lebih sempurna

diperturunkan sedikit panduan untuk para-para imam diantaranya :-

1. Jangan menjadi imam jika para makmum kurang senang

terhadapnya atau tidak bersetuju kepadanya.

2. Jangan naik kehadapan menjadi imam kalau ada dibelakangnya

orang yang faqih daripadanya kecuali orang itu enggan menjadi

imam

3. Bila menjadi imam hendaklah ia berikhlas kepada Allah sebagai

seorang yang menunaikan amanah Allah.

4. Sebelum mengangkat takbiratulihram hendaklah ia memeriksa

saf-saf supaya rata.

7

Page 9: MUAFIQ DAN MASBUK

Catatan :

Catatan :

5. Imam hendaklah mengankatkan suara ketika melafazkan takbiratulihram dan juga

apabila menyebut takbir-takbir perpindahan (intiqol) rukun fi’li kepada rukun yang

lain.

6. Diutamakan imam dalam solah berjemaah itu mengikut

susunan tertib seperti berikut :-

Faqih (yang lebih alim ilmu fikah)

Qari (yang pandai membaca Al-Quran)

Warak

Yang lebih lama berhijrah kekampung islam

Yang lebih lama memeluk islam

Yang lebih bersih pakaian dan badan serta bersih

pekerjaan dari kekotoran dan daki

Yang mempunyai suaru yang elok/bagus

Yang cantik rupa paras

Jika ada persamaan dalam kelayakan menjadi imam

umpanya sama-sama elok bacaan Al-Qurannya,

hendaklah diutamakan orang yang lebih warak dan

seterusnya.

Jangan tolak menolak menjadi imam.

MUAFIQ DAN MASBUK

Di dalam sembahyang berjamaah sama ada berjemaah kerana

menunaikan sembahyang yang wajib seperti Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh atau kerana solah-solah sunat dengan berjemaah

seperti sembahyang sunat Tarawih dan lain-lain lagi. Bagi seorang

makmum semasa berjemaah dengan imamnya ia mesti muafiq (bersama) dengan imamnya atau masbuk (didahului) oleh imamnya

atau dengan lain perkataan bahawa setiap makmum kadang-kadang

dia sempat bersembahyang bersama imamnya dari mulanya lagi,

dan kadang-kadang dia masuk berjemaah lewat sedangkan imam

sedang bersembahyang, atau kadang-kadang seorang makmum niat

8

Page 10: MUAFIQ DAN MASBUK

Catatan :

Catatan :

berjemaah bersama imam pada awal takbiratulihram lagi tetapi apabila sampai

dipertengahan sembahyang makmum tersebut ditinggalkan oleh imamnya dengan

sebab suatu hal.

Oleh itu seorang makmum kadang-kadang dia menjadi seorang

masbuk dan kadang-kadang ia menjadi muafiq. Jika semasa dia

menjadi seorang muafiq maka wajib ke atasnya menjaga hukum

dan syarat-syarat muafiq, kalau tidak sembahyang makmum itu tidak

sah dan batal dan begitu juga manakala semasa dia menjadi

seorang masbuk berkewajipan ke atasnya memelihara syarat dan

peraturan-peraturan sebagai seorang masbuk pula.

TAKRIF MUAFIQ DAN MASBUK

MUAFIQ :

Maksudnya ialah seorang makmum yang sempat berjemaah dengan

imam semasa berdiri (qiam) imamnya, dimana ia sempat berjemaah

dengan imamnya sekadar masa yang membolehkan ia membaca

surah Al-Fatihah hingga tamat mengikut pembacaan yang

pertengahan dikalangan huruf orang ramai tidak berdasarkan

kepada bacaan makmum itu dan juga tidak berdasarkan kepada

bacaan imamnya. Tetapi berdasarkan kepada bacaan huruf orang

ramai.

MASBUK :

Maksudnya ialah seorang makmum yang sempat berjemaah dengan

imam semasa berdiri (qiam) imamnya sekadar masa membaca Al-

Fatihah dengan bacaan yang pertengahan, tidak terlalu cepat dan

tidak terlalu lambat, malahan perhitungan bacaan Al-Fatihah itu

tidak berpandukan kepada bacaan imam dan tidak berpandukan

kepada bacaan makmum itu bahkan mengiku bacaan huruf orang

9

Page 11: MUAFIQ DAN MASBUK

Catatan :

Catatan :

ramai mana-mana makmum yang tidak sempat berjemaah dengan imam semasa

berdiri (qiam) imamnya sekadar masa yang membolehkan ia membaca Al-Fatihah

hingga selesai maka dimanakan orang masbuk.

Muafiq dan masbuk boleh berlaku ke atas seseorang makmum pada

empat rakaat sama ada pada rakaat pertama, rakaat ketiga dan

seterusnya pada rakaat keempat.

HUKUM ORANG MUAFIQ

Sebagaimana dijelaskan di atas bahawa orang yang muafiq itu ialah

makmum yang sempat berjemaah dengan imam semasa berdiri

(qiam) imamnya, dan kesempatan berjemaah dengan imam itu

hendaklah mempunyai sekadar masa yang membolehkan beliau

membaca surah Al-Fatihah hingga selesai dengan bacaan orang

ramai, tidak terlalu cepat dan tidak terlalu lambat.

Hukum bagi orang muafiq dimaafkan kepadanya tertinggal jarak tiga

rukun yang panjang daripada imamnya, tidak termasuk rukun-rukun

yang pendek. Rukun-rukun yang panjang itu seperti rukuk dan

sujud manakala rukun yang pendek seperti Iktidal dan duduk antara dua sujud.

Juga dikehendaki ketinggalan tiga rukun yang panjang itu tidak

termasuk dan dikira duduk istirahah (iaitu duduk sebentar selepas

sujud kedua sebelum bangkit) begitu juga tidak dikira duduk tasyahud (tahiyat) awal dan Iktidal.

Contoh-Contoh Dan Gambaran Orang Muafiq :-

1) Seorang makmum yang muafiq sedang sembahyang berjemaah,

sebelum imam qiam berdiri tegak daripada sujud yang kedua dia

10

Page 12: MUAFIQ DAN MASBUK

Catatan :

Catatan :

sudah rukuk. Maka makmum berkenaan mendapat rakaat itu kerana

ketinggalannya daripada imam belum masuk kepada rukun keempat.

2) Seorang makmum yang muafiq sedang sembahyang berjemaah

sebelum imam duduk tasyahud akhir makmum berkenaan sudah

rukuk, hukumnya dia juga mendapat rakaat itu.

Kedua-dua contoh di atas menunjukkan bahawa makmum

berkenaan masih lagi berada dalam jarak tiga rukun daripada

imamnya, belum lagi masuk kerukun keempat. Sebagaimana

contoh-contoh di atas itu bahawa rukun-rukun yang renggang itu

jarak antara makmum dengan imam ialah tiga rukun yang dikira

daripada :-

I). Rukuk

II). Sujud yang pertama

III).Sujud yang kedua

3) Jika seorang muafiq itu sembahyang berjemaah, apabila

imamnya sudah berada dalam berdiri (qiam) kedua untuk

membaca Al-Fatihah tetapi makmum berkenaan masih lagi

berada di qiam pertama belum habis lagi bacaan Fatihahnya,

atau imam sudah berada tasyahud akhir sedangkan makmum

masih lagi berada di qiam pertama dan Fatihahnya belum

selesai. Hukum makmum demikian ialah batal sembahyangnya

kecuali ia membuat dua pilihan sukar semasa imam hendak

berpindah kepada rukun keempat iaitu :-

Pilihan Pertama :Makmum berkenaan dikehendaki meninggalkan bacaan Fatihah

dan terus mengikut dan melakukan apa yang sedang dilakukan

oleh imam, dan ia tambah satu rakaat lagi selepas salam imam.

Pilihan Kedua :

11

Page 13: MUAFIQ DAN MASBUK

Catatan :

Catatan :

Ialah mamkmum berkenaan dikehendaki niat mufaraqah dari mengikut imam,

kemudian hendaklah meneruskan bacaan Al-Fatihah dan rukun-rukun yang dengan

seorang dirinya sehingga selesai sembahyangnya.

Jika mamkum berkenaan gagal membuat pilihan segera sebelum

imam sampai kepada rukun keempat iaitu qiam kedua atau tasyahud

akhir maka batal sembahyang makmum itu dengan sampainya imam

kepada rukun keempat sedangkan ia masih berada di rukun yang

pertama, tetapi tidak mengapa jika sama-sama berpindah

(berselisih), iaitu makmum sedang berpindah kepada rukuk

manakala iman sedang berpindah kepada qiam kedua atau

berpindah kepada tasyahud akhir.

MASALAH-MASALAH MAKMUM YANG MUAFIQ

Ulama-lama fikah telah menjelaskan bahawa hukum orang muafiq

itu ada beberapa masalah, ada masalah yang bersepakat kata oleh

ulama dan ada masalah yang berlainan pendapat antara mereka.

Antara masalah-masalah yang bersepakat hukum antara ulama

muta’ahirin ialah seperti berikut :-

Masalah Pertama :

Orang muafiq yang dimaafkan oleh syarak kepada yang tertinggal

tiga rukun jarak daripada imam iaitu ialah orang yang lambat

bacaannya kerana tabiat kejadiannya begitu dan bukan waswas.

Tetapi orang yang lambat bacaannya kerana waswas tidak

dimaafkan ketinggalan tiga rukun melainkan dimaafkan sekadar

imam belum turun untuk sujud dia selesai bacaan Al-Fatihah, yakni

orang muafiq yang waswas boleh menghabiskan bacaan Al-Fatihah

sebelum imam turun sujud, Jika dia belum habis lagi membaca Al-

Fatihah imam turun untuk sujud maka batal sembahyangnya kecuali

makmum berkenaan niat mufaraqah (berpisah dengan imam)

12

Page 14: MUAFIQ DAN MASBUK

Catatan :

Catatan :

sebelum imam turun sujud dan dia diwaktu itu dikehendaki meneruskan bacaan Fatihah

dan mengerjakan rukun-rukun yang lain hingga selesai sembahyang.

Kepada orang muafiq yang waswas tidak boleh meninggalkan

bacaan Al-Fatihah dan terus melakukan apa yang dibuat oleh imam

bila dia tidak sempat menghabiskan bacaanya Fatihah, kerana ia

dikira seperti hukum orang yang segaja meninggalkannya.

Masalah Kedua :

Iaitu orang muafiq yang syak sebelum dia rukuk dan sesudah

imamnya rukuk adakah sudah membaca Al-Fatihah atau belum,

maka wajib ke atasnya membaca surah Al-Fatihah dan dimaafkan

ketinggalan tiga rukun daripada imamnya.

Masalah Ketiga :

Seorang muafiq yang lupa membaca surah Al-Fatihah sehingga

imamnya rukuk tetapi makmum berkenaan belum rukuk, kemudian

dia teringat bahawa dia belum lagi membaca Al-Fatihah, makmum

itu diwajibkan membaca Al-Fatihah dan dimaafkan kepadanya

ketinggalan tiga rukun seperti di atas.

Masalah Keempat :

Seorang makmum yang syak adakah dia telah membaca Al-Fatihah

atau belum lagi, ataupun ia teringat bahawa ia belum lagi

membacanya Al-Fatihah sesudah imam dan ia sendiri telah

melakukan rukuk, hukumnya orang itu tidak boleh lagi ia kembali

membaca Al-Fatihah tetapi wajib ke atasnya terus mengikut imam

dan apabila selesai salam imamnya dia dikehendaki menambah satu

rakaat lagi.

13

Page 15: MUAFIQ DAN MASBUK

Catatan :Masalah Kelima :

Iaitu orang muafiq yang syak sesudah ia rukuk sedangkan imam

belum lagi rukuk, iaitu syak adakah ia sudah membaca Al-Fatihah

atau belum. Hukumnya wajib ia kembali berdiri (qiam) dan

membaca Al-Fatihah dan ia dimaafkan tiga rukun yang panjang

daripada imamnya.

Masalah Keenam :

Orang muafiq yang tertinggal membaca Al-Fatihah kerana sibuk

membaca doa Iftitah, tiba-tiba imamnya rukuk sebelum, dia sempat

menghabiskan bacaan Al-Fatihah, sama ada dia telah membaca

sebahagian daripada ayat-ayat Al-Fatihah ataupun belum sempat

membacanya walau sedikitpun. Hukumnya wajib ia membaca

Al-Fatihah dan dimaafkan ketinggalan tiga rukun darpada imamnya.

Masalah Ketujuh :

Orang muafiq yang sedang menunggu saktah imamnya yakni beliau

memperhatikan bacaan Al-Fatihah imamnya untuk mendapatkan

sunat dan bercadang membaca surah Al-Fatihah apabila imamnya

membaca surah nanti.

Tetapi imam apabila ia selesai membaca Al-Fatihah terus rukuk

tanpa membaca mana-mana surah, dengan itu makmum berkenaan

tidak sempat membaca Al-Fatihah. Hukumnya dimaafkan

ketinggalan tiga rukun daripada imam dan wajib ke atasnya

membaca Al-Fatihah.

14

Page 16: MUAFIQ DAN MASBUK

Catatan :Masalah Kelapan :

Orang muafiq yang sedang menunggu saktah imamnya untuk

mendapatkan sunat dan bercadang akan membaca surah Al-Fatihah

apabila imam membaca surah nanti, tetapi imam apabila ia selesai

membaca Al-Fatihah dibacanya surah yang pendek menyebabkan

makmum tidak sempat menyempurnakan bacaan Fatihahnya

sedangkan imam sudah rukuk atau sujud, Hukumnya dimaafkan

ketinggalan tiga rukun daripada imamnya.

Masalah Khilaf :

Masalah khilaf antara ulama muta’ahirin dalam menetapkan hukum

terhadap orang muafiq adalah seperti berikut :-

Masalah Pertama :Seorang muafiq sembahyang jemaah bersama imamnya tiba-tiba ia

tertidur di tasyahud awal dengan tetap papan punggungnya di

tempat duduk, dia terus tidur sehingga semasa imamnya turun rukuk

atau berada di akhir qiam baharu ia (makmum) terjaga dari tidurnya,

hukumnya khilaf antara Syeikh Ibnu Hajar dan Syeikh Ramli.

Pendapat Syeikh Ramli : Bahawa makmum itu masbuk dalam bab orang muafiq juga dan

hukumnya dimaafkan ketinggalan tiga rukun daripada imam.

Pendapat Syeikh Ibnu Hajar : Bahawa makmum itu sudah termasuk dalam bab orang masbuk,

hukumnya tidak boleh ketinggalan tiga rukun daripada imam, bahkan

ia membaca surah Al-Fatihah sekadar yang dapat dan wajib ia terus

15

Page 17: MUAFIQ DAN MASBUK

Catatan :

mengikut imamnya rukuk. Jika ia rukuk sempat mempunyai tuma’ninah sebelum

imamnya bangkit daripada rukuk maka dia dapat rakaat itu.

Masalah Kedua :Seorang muafiq sembahyang jemaah bersama imamnya, bila

imamnya duduk tasyahud awal dia pun duduk tasyahud awal,

Kemudian dia mendengar pula imam bertakbir untuk rukuk

disangkanya takbir itu untuk berdiri daripada tasyahud awal, selepas

itu baharu makmum tersebut sedar sebenarnya takbir imam itu untuk

rukuk. Dalam masalah ini hukumnya juga khilaf antara Syeikh Ramli

dan Syeikh Ibnu Hajar.bertakbir untuk qiam disangkanya takbir itu

untuk

Pendapat Syeikh Ramli : Bahawa makmum itu masbuk dalam bab orang muafiq dan

hukumnya dimaafkan ketinggalan tiga rukun daripada imam.

Pendapat Syeikh Ibnu Hajar : Bahawa makmum itu sudah termasuk dalam bab orang masbuk, dan

hukumnya tidak boleh lagi ketinggalan tiga rukun daripada

imamnya, bahkan ia membaca Al-Fatihah sekadar yang dapat dan

wajib ia mengikut imamnya rukuk. Jika makmum itu sempat rukuk

dengan imamnya sekadar adalah tuma’ninah sebelum imamnya

bangkit daripada rukuk maka dia dapat rakaat itu.

Masalah Ketiga :Seorang muafiq sembahyang jemaah dengan imamnya bersama-

sama membaca tasyahud awal, apabila imamnya berdiri (qiam)

daripada tasyahud awal, makmum itu masih lagi belum selesai

membaca tasyahudnya, manakala makmum itu berdiri tegak didapati

imamnya sudah rukuk atau hampir rukuk. Dalam masalah itu :-

Kata Syeikh Ramli :

16

Page 18: MUAFIQ DAN MASBUK

Catatan :

Catatan :

Bahawa makmum itu termasuk dalam bab orang muafiq juga dimana ia dimaafkan

ketinggalan tiga rukun sebagaimana hukum di atas.

Kata Syeikh Ibnu Hajar : Masalah itu tidak termasuk dalam bab orang muafiq dan tidak

dimaafkan ketinggalan tiga rukun daripada imam kerana dia

meninggalkan bacaan (Fatihah) dengan sengaja, hukum jika

makmum itu dapat menyempurnakan bacaan Fatihahnya dan

sempat rukuk sebelum imamnya turun kepada sujud bahawa dia

mendapat rakaat itu, jika dia tidak sempat menghabiskan bacaan

Fatihahnya sebelum imam turun kepada sujud hendaklah ia niat

mufaraqah dan hendaklah ia meneruskan sembahyang seorang diri

dengan mengikuti peraturan-peraturan sembahyang, jika ia

menyalahi ketetapan ketetapan hukum ini sembahyang menjadi

batal.

Begitu juga hukumnya khilaf antara Syeikh Ibnu Hajar dangan

Syeikh Ramli jika seorang muafiq sedang sembahyang jemaah

dengan imamnya, tiba-tiba ia lupa bahawa dia mengikut imam,

semasa berdiri (qiam) daripada sujud didapati imamnya telah rukuk

atau hampir rukuk.

Kata Syeikh Ramli : Bahawaia seperti hukum orang muafiq dimana ia wajib membaca

Al-Fatihah dan dimaafkan ketinggalan tiga rukun daripada imam.

Kata Syeikh Ibnu Hajar : Masalah itu seperti hukum orang masbuk, kalau makmum itu dapat

rukuk bersama imam dengan mempunyai tuma’ninah maka ia wajib menambahkan satu rakaat, lagi selepas salam imamnya.

17

Page 19: MUAFIQ DAN MASBUK

Catatan :

Catatan :PEMBICARAAN HUKUM ORANG MASBUK

Sebagaimana dalam huraian yang lepas bahawa orang masbuk itu

makmum masbuk iaitu ialah makmum yang tidak sempat berjemaah

dalam masa berdiri/qiam imamnya sekadar masa membolehkan ia

membaca surah Al-Fatihah hingga tamat mengikut pembacaan

pertengahan dikalangan orang ramai.

Umpamanya seorang makmum masuk bersembahyang jemaah

lewat iaitu ketika imam membaca surah Al-Khafirun hampir tamat

pada rakaat pertama, makmum itu dinamakan orang masbuk kerana

masa qiam/berdiri imamnya itu tidak sempat dan tidak membolehkan

ia membaca Al-Fatihah hingga selesai.

Tetapi sekiranya seorang makmum masbuk berjemaah sembahyang

isyak ketika imamnya hendak memulakan bacaan surah Dhuha selepas Al-Fatihah, makmum itu dinamakan muafiq kerana masa

berdiri imamnya sempat ia membaca surah Al-Fatihah mengikut

pembacaan huruf orang ramai.

Orang masbuk atau muafiq yang masbuk hukumnya dimaafkan

meninggalkan bacaan Al-Fatihah, kerana surah Al-Fatihah yang

belum dibaca atau sempat dibaca sebahagian sahaja oleh makmum

itu semuanya ditanggung oleh imamnya.

Syarat-Syarat Masbuk Seperti Berikut:-

1) Hendaklah imamnya itu suci dari hadas dan najis.

2) Hendaklah rakaat yang makmum masbuk mengikut imam itu

3) bukan rakaat yang lain umpamanya rakaat kelima.

18

Page 20: MUAFIQ DAN MASBUK

Catatan :

Catatan :

4) Hendaklah makmum yang masbuk itu sempat rukuk dan

mempunyai tuma’ninah sebelum imamnya bangkit daripada

rukuk.

Contoh Dan Gambaran-Gambaran Masbuk Adalah Seperti Keterangan Berikut :-

Contoh Pertama :

Setengah daripada makmum itu pada mulanya dia adalah orang

muafiq, di dalam menunaikan peraturan-peraturan sembahyang ia

terlewat, belum sempat ia bangkit qiam/berdiri tiba-tiba imamnya

telah rukuk atau hampir rukuk, hukum makmum itu ialah orang

masbuk, jika ia sempat qiam dan terus rukuk sebelum imamnya

bangkit daripada rukuk maka ia mendapat rakaat itu dimaafkan dia

meninggalkan bacaan Al-Fatihah.

Contoh Kedua :

Didapati kebanyakkan imam-imam sembahyang terlalu cepat

membaca bacaan di dalam sembahyang, apabila makmum

berdiri/qiam daripada sujudnya didapati imamnya sudah rukuk dan

ia tidak sempat menghabiskan bacaan bacaan Al-Fatihah, maka

hukumnya wajib ke atas makmum itu rukuk bersama-sama

imamnya kerana ia seperti orang masbuk dan ia mendapat rakaat

itu.

Begitulah hukumnya jika hal keadaan seperti itu berlaku setiap

rakaat sekalipun, kalau makmum itu meneruskan bacaan Fatihahnya

sehingga imamnya rukuk dan bangkit daripada rukuk sedangkan ia

masih menyempurnakan bacaan Al-Fatihah atau dia dapat rukuk

bersama imam tetapi belum sempat ada tuma’ninah, imamnya telah

bangkit daripada rukuk, maka luputlah ia daripada rakaat itu dan

19

Page 21: MUAFIQ DAN MASBUK

Catatan :

Catatan :

hendaklah ia melakukan apa yang dibuat oleh imamnya dandan selepas salam

imamnya, makmum berkenaan dikehendaki tambah satu rukun lagi.

Mengikut apa yang disebut oleh ulama Al-Syubramallisi bahawa

sunat kepada orang masbuk tidak membaca apa-apa bacaan sunat

selepas takbiratulihram tetapi hendaklah ia membaca Al-Fatihah

sahaja kecuali ia menjangka sempat membaca Al-Fatihah dan

membaca zikir yang sunat baharulah berbuat demikian.

Contoh Ketiga :

Seorang masbuk yang berjemaah dengan imam, apabila rukuk

imamnya dan makmum yang masbuk belum lagi sempat membaca

surah Al-Fatihah dimana ia tidak membaca apa-apa kecuali Al-

Fatihah, hendaklah ia tinggalkan bacaan Fatihah dan wajib ia

mengikut imamnya rukuk, kerana Al-Fatihah yang belum dibaca atau

sempat dibaca sebahagian sahaja itu semuanya ditanggung oleh

imamnya. Jika makmum yang masbuk itu bertabiat lambat

bacaannya sekalipun tidak wajib ke atasnya membaca lebih

daripada kemampuan yang ia dapat. Berlainan kepada makmum

muafiq yang lambat bacaannya, dia dikehendaki menghabiskan

bacaan Fatihahnya dan dimaafkan ketinggalan tiga rukun daripada

imamnya sebagaimana yang lepas.

Contoh Keempat :

Jikas seorang makmum masbuq bersembahyang jemaah sibuk

membaca zikir yang sunat tiba-tiba imamnya rukuk sedangkan dia

belum membaca surah Al-Fatihah, makmum itu wajib ke atasnya

membaca Al-Fatihah sekadar huruf-huruf yang dibacanya dalam zikir

sunat itu, dan dia dikehendaki menggunakan ijtihad zhonnya dalam

hal itu.

20

Page 22: MUAFIQ DAN MASBUK

Catatan :

Catatan :

Contoh Kelima :

Seorang makmum masbuk bersembahyang jemaah sibuk membaca

zikir yang sunat tiba-tiba imamnya rukuk sedangkan dia belum

membaca surah Al-Fatihah sekadar huruf-huruf yang dibacanya

dalam zikir sunat itu, dan dikehendaki menggunakan ijtihad zhonnya

dalam hal ini.

Contoh Keenam :

Apabila makmum yang masbuk itu diam tanpa membaca Al-Fatihah

selepas takbiratulihram sehingga imamnya rukuk, wajib ke atasnya

membaca Al-Fatihah sekadar masa yang ia diam itu, dan ia

dikehendaki menggunakan ijtihad zhonnya dalam hal ini.

Apabila makmum yang masbuk itu selesai membaca daripada

Al-Fatihah kerana menggantikan zikir sunat atau diam dalam contoh

kelima dan keenam di atas, kemudian wajib ia rukuk, jika ia dapat

rukuk dengan imam sekadar tuma’ninah dengan yakin sebelum

imamnya bagkit daripada rukuk maka dia dapat rakaat itu. Jika

imamnya telah bangkit daripada rukuk sedangkan ia baharu selesai

membaca Al-Fatihah atau ia sempat rukuk dengan imamnya tetapi

tidak ada tuma’ninah, maka luputlah rakaat itu dan dia dikehendaki

tambah satu rakaat lagi selepas salam imamnya.

Jika imamnya sudah mengangkat kepala daripada rukuk dan

makmum yang masbuk itu masih lagi belum sempurna bacaan

Fatihahnya wajib ke atasnya niat mufaraqah sebagaimana

diterangkan oleh Syeikh Ibnu Hajar dalam kitab Manhaj Al-Qa’im

diterangkan oleh Syirbini dalam kitab Mughni dan diterangkan oleh

Syeikh Ramli dalam kitab Nihayah. Mengikut pendapat

21

Page 23: MUAFIQ DAN MASBUK

Catatan :

Catatan :

Syeikh Al-Salam pula bahawa makmum yang masbuk belum sempurna bacaan

Fatihahnya sedangkan imamnya sudah mengangkat kepala daripada rukuk tidak wajib ke atasnya niat mufaraqah bahkan diberi pilihan antara mufaraqah atau tinggalkan

rukuk dan terus sujud bersama imamnya.

MASBUK JUMAAT

Sebagaimana telah dimaklumi bahawa sembahyang jumaat diwajibkan dengan berjemaah yakni tidak sah jumaat kecuali dengan berjemaah sekurang-kurangnya empat puluh orang yang kamil/sempurna, iaitu orang yang berakal, cukup umur, merdeka dan bermastautin.

Sembahyang jumaat merupakan ikatan perpaduan melalui ibadat mingguan yang diwajibkan ke atas kaum muslimin sahaja. Solat jumaat mempunyai dua rakaat sahaja tetapi diwajibkan tambahan dua khutbah. Kepada makmum yang masbuk menunaikan fardhu jumaat ketika imam dan makmum yang lain sedang bersembahyang, jika makmum yang masbuk itu sempat rukuk bersama imam pada rakaat yang kedua serta mempunyai tuma’ninah, maka dia mendapat jumaat dan dikehendaki ia menambah satu rakaat lagi selepas salam imam dan disunatkan bacaan yang nyaring.

Jika makmum yang masbuk sempat berjemaah ketika imamnya Iktidal (berdiri tegak) atau ketika selepas Iktidal seperti sujud pada rakaat kedua dan sebagainya maka luputlah jumaatnya dan dikehendaki ia menyempurnakan sembahyang zohor dengan menambahkan empat rakaat selepas salam imamnya dan bacaan Al-Fatihah serta ayat-ayat selepas Al-Fatihah dengan perlahan.

Mana-mana makmum yang masbuk yang berimam kepada orang yang mendapat satu rakaat bersama imam jumaat, dia juga mendapat dikehendaki tambah satu rakaat lagi, atau dengan lain perkataan jika seorang makmum yang masbuk sempat berjemaah satu rakaat dengan imam jumaat tiba-tiba datang seorang yang lain berimam pula kepadanya dan sempat rukuk bersamanya pada rakaat keduajumaat jika ia sempat rukuk bersama imamnya pada rakaat kedua itu dan dia, maka orang yang ketiga itu juga mendapat jumaat dan dikehendaki beliau menambahkan satu rakaat lagi selepas salam imamnya, begitulah hukum seterusnya jika hal seperti ini berlaku sehingga waktu asar.

Kepada makmum yang masbuk yang tidak sempat mengikut imam

jumaat dalam rukuk rakaat kedua wajib ke atasnya berniat jumaat,

22

Page 24: MUAFIQ DAN MASBUK

Catatan :

Catatan :

tetapi setengah ulama fikah berpendapat bahawa harus bagi makmum masbuk berniat

jumaat atau niat zohor jika ia tidak sempat rukuk bersama imam jumaat pada rakaat

kedua.

Ulama yang mengatakan wajib makmum masbuk berniat jumaat iaitu

hanya pada segi niat sahaja tetapi perlaksanaan amalnya ialah

sembahyang zohor empat rakaat.

Wallahu a’lam

23

Page 25: MUAFIQ DAN MASBUK

Catatan :

KITAB RUJUKKAN :-

1. Kitab Minyatul Musolli, karangan Syeikh Daud bin Abdullah Al Fathoni2. Ta’Lim Al-Solah3. Fiqh Al-Sunnah4. Al-Figh ‘Al-Madhahahib Al-Arba’ah, Abu Faraj Ibn Jauzi5. Furuk Al-Masail, Syeikh Daud Bin Abdullah Al-Fathani6. I’anah Atholibin, Abu Bakr Al-Masyhur Bisayyid Al-Bakri Al-Dimyati.

24

Page 26: MUAFIQ DAN MASBUK

CATATAN :

…………………………………..……………………………………………………………………………..

…………………………………..……………………………………………………………………………..

…………………………………..……………………………………………………………………………..

…………………………………..……………………………………………………………………………..

…………………………………..……………………………………………………………………………..

…………………………………..……………………………………………………………………………..

…………………………………..……………………………………………………………………………..

…………………………………..……………………………………………………………………………..

…………………………………..……………………………………………………………………………..

…………………………………..……………………………………………………………………………..

…………………………………..……………………………………………………………………………..

…………………………………..……………………………………………………………………………..

…………………………………..……………………………………………………………………………..

…………………………………..……………………………………………………………………………..

…………………………………..……………………………………………………………………………..

…………………………………..……………………………………………………………………………..

…………………………………..……………………………………………………………………………..

…………………………………..……………………………………………………………………………..

…………………………………..……………………………………………………………………………..

…………………………………..……………………………………………………………………………..

…………………………………..……………………………………………………………………………..

…………………………………..……………………………………………………………………………..

…………………………………..……………………………………………………………………………..

…………………………………..……………………………………………………………………………..

…………………………………..……………………………………………………………………………..

…………………………………..……………………………………………………………………………..

…………………………………..……………………………………………………………………………..

…………………………………..……………………………………………………………………………..

…………………………………..……………………………………………………………………………..

…………………………………..……………………………………………………………………………..

…………………………………..……………………………………………………………………………..

…………………………………..……………………………………………………………………………..

…………………………………..……………………………………………………………………………..

…………………………………..……………………………………………………………………………..

…………………………………..……………………………………………………………………………..

25

Page 27: MUAFIQ DAN MASBUK

MASALAH MUAFIQ DAN MASBUKCETAKAN KEDUA 1991

DALAM TULISAN JAWI

OLEHHASAN BIN AHMAD

KAMPUNG TIUNG DALAMKOTA BHARU , KELANTAN

TULISAN RUMI

RABIULAWAL 1433H/FEBRUARI 2012

OLEH

HAMBAH ALLAH YANG INGIN BERBAKTI

MUHAMMAD ARID BIN ABDULAHIM

MASJID AL-MUNAWWAROH

KAMPUNG JAWA SENTOSA

TAWAU, SABAH

“Jika Ada Kesalahan Dan Fakta Yang Kurang Tepat Mohon DiperbetulkanUntuk Kebaikan Umat Islam”

26