Murid Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Seronok Belajar Sains

3
‘Murid Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Seronok Belajar Sains’ "Permainan adalah menyeronokkan, dan seni adalah memperkayakan . Tetapi kami ada untuk menunjukkan bahawa dunia sains dan teknologi adalah juga dunia keajaiban d keseronokan, penuh dengan ganjaran dan amat bermakna. Itu adalah antara kata-kata ya telah diutarakan oleh seorang jurutera dan usahawan iaitu Dean Kamen yang dipetik da artikel The Art ! aking #$ien$e %un dari rs &uletin pada ktober '((). &erdasarkan petikan tersebut, dapat disimpulkan bahawa sains adalah $abang ilmu yang bermakna da akan berlaku jika murid dapat menghubungkaitkan apa yang dipelajari dengan kehidupan harian mereka. #elain itu juga, sains juga adalah satu bentuk ilmu pengetahuan yang mempunyai sempadan dan ia amat seronok untuk dipelajari. &agi murid-murid pendidikan khas masalah pembelajaran, bagi mereka mempelajari sains adalah sukar kerana ia memerlukan mereka memahami dengan lebih menda tentang sesuatu atau benda tersebut. Tetapi sebagai seorang guru hendaklah menghasil atau mengajar sains dengan menggunakan kaedah atau teknik yang boleh membuatkan murid-murid seronok untuk mempelajari sains iaitu dengan mengaitkan sains dengan kehidupan seharian murid-murid. #eperti yang kita ketahui, murid-murid atau kanak-ka suka bermain, suka menyentuh, men$ium bau, membuka dan memasang semula objek yang mereka tengok. Di sini murid-murid akan membuat persoalan yang akan bermain di !ikir mereka tentang apa yang mereka lihat, rasa, sentuh dan bau. elalui ini, murid-murid menggunakan sains dalam kehidupan mereka iaitu menggunakan kelima-lima deria ada pada setiap manusia iaitu deria rasa, deria bau, deria lihat, deria sentuh dan j dengar. &egitulah murid-murid belajar. ereka akan gunakan semua deria untuk belajar tentang objek atau !enomena yang sedang mereka kaji. Dengan soalan-soalan yang ditan mereka mengumpul maklumat tentang objek yang dikaji. Akhirnya daripada pemerhatian d jawapan yang mereka terima mereka akan memahami objek atau !enomena yang dikaji. &agi guru-guru untuk mewujudkan suasana yang seronok untuk belajar sains kepada murid-murid pendidikan khas bolehlah menggunakan pendekatan belajar di luar bilik da seperti yang kita ketahui, murid-murid pendidikan khas terutamananya gemar melakukan akti*iti yang tidak mempunyai sempadan untuk mereka bergerak dan guru juga mewujudkan suasana belajar yang berlainan kepada murid-murid disamping murid dapat menghirup udara yang segar berbanding belajar di dalam kelas yang mempunyai suasana dan persekitaran yang panas, bisingdan sebagainya.&agi situasi yang menggalakan kanak-kanak menjalankan akti*iti sains di luar bilik darjah, ianya sanga dengan teoriseorang tokoh iaitu +ean Peaget '( /. +ean Peaget menyatakan

description

pkb

Transcript of Murid Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Seronok Belajar Sains

Murid Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Seronok Belajar Sains

"Permainan adalah menyeronokkan, dan seni adalah memperkayakan . Tetapi kami ada untuk menunjukkan bahawa dunia sains dan teknologi adalah juga dunia keajaiban dan keseronokan, penuh dengan ganjaran dan amat bermakna. Itu adalah antara kata-kata yang telah diutarakan oleh seorang jurutera dan usahawan iaitu Dean Kamen yang dipetik dari artikel The Art Of Making Science Fun dari Mrs Buletin pada Oktober 1995. Berdasarkan petikan tersebut, dapat disimpulkan bahawa sains adalah cabang ilmu yang bermakna dan akan berlaku jika murid dapat menghubungkaitkan apa yang dipelajari dengan kehidupan harian mereka. Selain itu juga, sains juga adalah satu bentuk ilmu pengetahuan yang tidak mempunyai sempadan dan ia amat seronok untuk dipelajari.

Bagi murid-murid pendidikan khas masalah pembelajaran, bagi mereka mempelajari sains adalah sukar kerana ia memerlukan mereka memahami dengan lebih mendalam tentang sesuatu atau benda tersebut. Tetapi sebagai seorang guru hendaklah menghasilkan atau mengajar sains dengan menggunakan kaedah atau teknik yang boleh membuatkan murid-murid seronok untuk mempelajari sains iaitu dengan mengaitkan sains dengan kehidupan seharian murid-murid. Seperti yang kita ketahui, murid-murid atau kanak-kanak suka bermain, suka menyentuh, mencium bau, membuka dan memasang semula objek yang mereka tengok. Di sini murid-murid akan membuat persoalan yang akan bermain di fikiran mereka tentang apa yang mereka lihat, rasa, sentuh dan bau. Melalui ini, murid-murid telah menggunakan sains dalam kehidupan mereka iaitu menggunakan kelima-lima deria yang ada pada setiap manusia iaitu deria rasa, deria bau, deria lihat, deria sentuh dan juga deria dengar. Begitulah murid-murid belajar. Mereka akan gunakan semua deria untuk belajar tentang objek atau fenomena yang sedang mereka kaji. Dengan soalan-soalan yang ditanya mereka mengumpul maklumat tentang objek yang dikaji. Akhirnya daripada pemerhatian dan jawapan yang mereka terima mereka akan memahami objek atau fenomena yang dikaji.

Bagi guru-guru untuk mewujudkan suasana yang seronok untuk belajar sains kepada murid-murid pendidikan khas bolehlah menggunakan pendekatan belajar di luar bilik darjah, seperti yang kita ketahui, murid-murid pendidikan khas terutamananya gemar melakukan aktiviti yang tidak mempunyai sempadan untuk mereka bergerak dan guru juga dapat mewujudkan suasana belajar yang berlainan kepada murid-murid disamping murid-murid dapat menghirup udara yang segar berbanding belajar di dalam kelas yang mempunyai suasana dan persekitaran yang panas, bising dan sebagainya. Bagi situasi yang menggalakan kanak-kanak menjalankan aktiviti sains di luar bilik darjah, ianya sangat sesuai dengan teori seorang tokoh iaitu Jean Peaget (1960). Jean Peaget menyatakan pembelajaran adalah sesuatu yang semula jadi berlaku, pembelajaran kanak-kanak adalah hasil daripada penerokaannya sendiri. Maksudnya di sini, pembelajaran itu lebih banyak berlaku dalam interaksi dengan orang-orang sekitarnya. Oleh itu, dalam pembelajaran sains, pelajar seharusnya tidak duduk di dalam kelas semata-mata. Mereka seharusnya digalakkan untuk meneroka persekitarannya. Misalnya, jika mempelajari tumbuh-tumbuhan, murid seharusnya diberi peluang untuk melihat, merasai dan mengkaji tumbuhan dalam alam persekitaran. Jika mempelajari tentang serangga pula, guru boleh membenarkan murid mencari serangga dari taman di persekitaran sekolah. Apa yang cuba disampaikan di sini adalah pembelajaran sains akan menjadi lebih menarik jika murid tidak hanya duduk di dalam kelas.

Selain itu juga, untuk mengajar murid-murid pendidikan khas merasa seronok untuk belajar sains, guru bolehlah menggunakan pelbagai kemahiran yang terdapat dalam kemahiran proses sains yang melibatkan kemahiran memerhati, meramal, membuat hipotesis, membuat inferens dan sebagainya. Seperti yang kita ketahui, murid-murid masalah pembelajaran ini semestinya akan sukar untuk membuat dan memahami bagaimana untuk menggunakan kemahiran proses sains dalam pengajaran dan pembelajaran guru kerana murid-murid ini semestinya masih belum mencapai tahap kematangan untuk menjalankan eksperimen sebenar. Walau bagaimana pun, mereka berkebolehan menggunakan proses-proses sains berikut untuk menjalankan projek-projek pilihan yang bersesuaian dengan tahap kematangan mereka tetapi dengan kaedah yang senang dan sesuai dengan penggunaan alat dan bahan bantu mengajar akan dapat membuat murid-murid memahami bagaimana proses sains itu terjadi. Melalui perancangan yang teliti, guru dapat menerapkan kemahiran-kemahiran proses sains dalam pengajaran di kelas. Hal ini kerana, kemahiran proses sains amat perlu bagi murid untuk mempelajari dan memahami mata pelajaran sains diperingkat awal. Contohnya dalam pengajaran sains guru yang menggunakan kemahiran proses sains ini, guru boleh membawa murid atau membuat eksperiment yang mudah contohnya seperti kadar gula dalam air. Seperti yang kita ketahui, dalam membuat eksperiment kita dikehendaki mencari masalah yang berlaku, menyatakan pemboleh ubah yang terlibat dan juga membuat hipotesis tentang masalah tersebut. Melalui eksperiment ini, iaitu apakah yang mempengaruhi kadar larutan gula dalam air, murid-murid akan mengetahui bahawa kuantiti gula akan mempengaruhi masa yang akan diambil. Melalui eksperiment ini, murid-murid pendidikan khas terutamanya pasti akan tertanya-tanya dan sikap inkuiri pasti akan terserlah pada diri mereka kerana ia adalah daripada aktiviti harian yang dilakukan oleh murid iaitu dalam membuat air di rumah atau sebagainya. Hal ini akan membuatkan murid lebih memahami keseluruhan konsep yang dipelajari kerana maklumat yang disampaikan lengkap dan tersusun dengan teratur dan akan menjadikan mereka lebih tertarik dengan pembelajaran yang berlaku. Dalam situasi ini, dapat dikaitkan dengan teori yang dikemukakan oleh David Ausubel (1963) juga menjadi salah satu pendekatan yang berbentuk koperatif yang boleh digunakan dalam pengajaran sains awal kanak-kanak. Menurut Ausubel bahan subjek yang dipelajari kanak-kanak mestilah bermakna iaitu mengaitkan maklumat baru dengan maklumat sedia ada yang terdapat dalam kognitif seseorang. Ausubel menekankan penyusunan awal dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Proses ini penting untuk merangsang pengetahuan sedia ada kanak-kanak dan mengaitkannya dengan konsep baru yang akan dipelajari.

Akhirnya, murid-murid pendidikan khas masalah pembelajaran semestinya akan seronok belajar sains sekiranya guru menggunakan bahan atau alat bantu mengajar yang dapat menarik perhatian murid-murid dengan membuat bahan mengajar yang maujud atau konkrit. Selain mengaplikasikan kemahiran proses sains kepada murid-murid ini, bahan bantu mengajar juga memainkan peranan yang penting bagi guru untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran sains lebih seronok dan menarik. Bahan atau alat bantu mengajar yang maujud dan konkrit akan menarik minat murid kerana ia boleh disentuh, dirasa, dilihat, dipegang, didengar dan sebagainya. Manakala bahan bantu mengajar yang tidak maujud ini seperti seperti penggunaan video, audio atau sebagainya hanya akan menyebabkan murid-murid dapat melihat dan mendengar sahaja. Ini adalah tidak selari dengan penggunaan kelima-lima deria yang ada pada diri murid tersebut dan murid-murid juga hanya akan duduk di tempat masing-masing untuk melihat dan mendengar tentang video tersebut. Oleh itu, melalui penggunaan bahan bantu mengajar yang maujud dan konkrit ia dapat mengukuhkan kefahaman murid terhadap konsep yang dipelajari di dalam kelas, memberikan pengalaman pembelajaran dalam situasi yang sebenar, pembelajaran lebih bermakna dan menyeronokkan. Selain itu, ia juga membolehkan murid berfikir dan menguasai ilmu pengetahuan melalui pengalaman kontekstual, meningkatkan minat dan sikap murid untuk belajar, mengembangkan kemahiran mengumpul, memproses, dan menganalisis data serta maklumat berdasarkan pengajaran guru yang menggunakan bahan bantu mengajar yang maujud tersebut.