My Part-kurikulum 4.4

download My Part-kurikulum 4.4

of 4

Transcript of My Part-kurikulum 4.4

  • 8/3/2019 My Part-kurikulum 4.4

    1/4

    4.4 Organisasi Dan Penyusunan Kurikulum Bilik Darjah

    Pengenalan

    Kurikulum merupakan rancangan yang merangkumi aktiviti akademik seperti mata pelajarandan kursus dan kegiatan luar bilik darjah seperti kelab dan persatuan, unit beruniform serta

    sukan dan permainan. Kurikulum itu hendaklah mengandungi aktiviti-aktiviti sama adaakademik atau bukan akademik yang boleh membantu murid-murid mencapai perkembangandari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Pengalaman-pengalaman yang dirancangkan ituhendaklah sepadan dengan umur, kebolehan, minat dan kematangan.

    Biasanya, aktiviti-aktiviti akademik seperti mempelajari Bahasa Melayu, BahasaInggeris, Matematik, Kajian Tempatan dan Sains tergolong dalam kurikulum teras (core-curriculum). Manakala aktiviti-aktiviti bukan akademik seperti kegiatan kelab dan persatuan, unitberuniform serta sukan dan permainan dikenali sebagai kokurikulum.

    Menurut Ee Ah Meng (1997), kurikulum boleh dibahagikan kepada empat komponenyang saling berkait, iaitu objektif-objektif kurikulum, pengetahuan atau isi kandungan,pengalaman-pengalaman pembelajaran dan penilaian kurikulum. Perkaitan ini dapat

    digambarkan pada Rajah 4.4.1.

    Objektif-objektif kurikulum

    Pengetahuan Penilaian Kurikulum

    Pengalaman-pengalaman pembelajaran

    Rajah 4.4.1 Model ringkas suatu kurikulum

    Nilai model kurikulum di atas menggambarkan empat soalan asas yang digunakan dalampembentukan sesuatu kurikulum baru, iaitu; Apakah objektif-objektifnya? Apakah jenis

    kandungan yang akan disediakan? Apakah pengalaman-pengalaman yang harus digunakan?Bagaimanakah hasilnya akan dinilai?

    Tujuan, kandungan, teknik-teknik penyampaian dan pengalaman-pengalamanpembelajaran serta cara penilaian biasanya dinyatakan secara eksplisit dalam suatu dokumenbertulis. Oleh sebab kurikulum boleh memandu guru merancang kandungan, aras kesukarandan kadar kelajuan pengjarannya, guru sepatutnya mempunyai pemahaman yang mendalamtentang kurikulum itu.

  • 8/3/2019 My Part-kurikulum 4.4

    2/4

    Prinsip & Model Tyler (1949)

    Model Tyler atau Model Objektif-Rasional telah diperkenalkan oleh Ralph Tyler dalam tahun1949 dan dianggap sebagai model yang klasik dan banyak digunakan dalam bidang

    perkembangan kurikulum. Menurut Tyler, apabila merekabentuk kurikulum, terdapat empatsoalan asas yang perlu dijawab. Empat soalan tersebut yang lebih dikenali sebagai TylersRationale adalah;

    1. What educational purposes should the school seek to attain?

    2. What educational experiences can be provided that are likely to attain these purposes?

    3. How can these educational experiences be effectively organized?

    4. How can we determine whether these purposes are being attained?

    Berdasarkan kepada Tylers Rationale atau soalan-soalan yang dikemukakan, perkembangankurikulum berdasarkan Model Tyler melibatkan empat langkah seperti mana yang digambarkanpada rajah 4.4.2. Empat langkah tersebut berada pada satu garisan lurus secara tersusun.Susunan secara berurutan dalam Model Tyler melibatkan komponen matlamat, kandungan,kaedah, dan penilaian.

    1. Menentukan matlamat dan objektif. OBJEKTIF

    2. Memilih pengalaman pembelajaran atau

    kandungan pelajaran bagi mencapai matlamat KANDUNGAN

    dan objektif.

    3. Pengalaman pembelajaran atau kandungan KAEDAH

    pelajaran perlu disusun secara sistematik.

    4. Hasil menggunakan kurikulum perlu dinilai PENILAIAN

    bagi menentukan pencapaian objektif.

    Rajah 4.4.2: Langkah-langkah pengembangan kurikulum menurut Model Tyler.

  • 8/3/2019 My Part-kurikulum 4.4

    3/4

    1. Menentukan Matlamat/Objektif

    Berdasarkan Model Tyler, langkah pertama dalam perkembangan kurikulum ialah menentukanobjektif yang ingin dicapai, hasil daripada proses pendidikan. Menurut Tyler, objektif yang perluditetapkan hendaklah selaras dengan:

    y

    Keperluan pelajar.y Keperluan semasa masyarakat.

    y Pandangan pakar dalam berbagai bidang berkenaan.

    Bagi menentukan objektif yang dibentuk bersesuaian, objektif tersebut hendaklah dibentukberdasarkan kepada:

    y Falsafah dan matlamat pendidikan yang dibentuk atau atau telah sedia ada.

    y Psikologi pelajar dari segi teori pembelajaran, kematangan pelajar dan dan sebagainya.

    Objektif yang dibentuk perlu menerangkan dengan jelas:

    y Apakah yang hendak dicapai? (tujuannya adalah untuk memudahkan proses penilaian).

    y Apakah perubahan yang ingin diperolehi oleh pelajar? (tujuannya adalah untukmenentukan pencapaian objektif)

    2. Pemilihan KandunganMenurut Tyler, pemilihan kandungan merupakan proses yang kreatif. Perancang kurikulumperlu memilih subjek, kandungan atau pengalaman pembelajaran yang perlu didedahkankepada pelajar bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan.

    3. Prinsip Penyusunan Kandungan Dalam Reka Bentuk Kurikulum.Kandungan kurikulum yang telah dipilih hendaklah disusun dengan teliti agar dapatmenghasilkan pembelajaran yang menyeluruh dan berkesan. Untuk tujuan ini, Tylermencadangkan tiga prinsip dalam penyusunan kandungan:

    i. Prinsip Kesinambungan KandunganPrinsip Kesinambungan atau Principle of Continuity bermaksud pemeringkatan ilmu,kemahiran dan nilai yang perlu dikuasai oleh murid-murid sejajar dengan pertumbuhanfizikal dan perkembangan mental dan seiring dengan peningkatan usia mereka. Suatukurikulum yang sempurna mempunyai kesinambungan yang lancar dengan dimulaiperingkat paling asas dan seterusnya membolehkan pelajar mengaplikasikannya untukmeneroka pada tahap yang lebih tinggi. Oleh itu objektif atau kandungan yang pentinghendaklah sentiasa diulang dan didedahkan secara berterusan dengan berbagai-bagaikaedah dan cara bagi menentukan ia dipelajari dengan menyeluruh. Merujuk kepadahuraian sukatan pelajaran mata pelajaran Perdagangan, Prinsip Kesinambungan wujuddalam topik Perbankan Dan Institusi Kewangan Lain di mana ia merupakan

    kesinambungan daripada topik Pemilikan Perniagaan dan Pelaburan. Sebagai contoh,peniaga yang ingin memiliki perniagaan perlu mengetahui prosedur pinjaman dan lain-lain perkhidmatan yang disediakan oleh pihak bank. Begitu juga dengan topikPengangkutan dan Pergudangan yang mana merupakan kesinambungan daripada topikIndustri Kecil Dan Sederhana. Mata pelajaran Perdagangan juga merupakankesinambungan daripada subjek Kemahiran Hidup pilihan Perdagangan bagi Tingkatan1, 2, dan 3.

  • 8/3/2019 My Part-kurikulum 4.4

    4/4

    ii. Prinsip Ketertiban (turutan) KandunganPrinsip Ketertiban atau Principle of Sequence bermaksud jumlah penambahbaikan ilmu,kemahiran dan nilai yang dibina menerusi pembelajaran yang dilaksanakan merentaswaktu. Prinsip ini menyarankan pembelajaran hendaklah berterusan dan berturutandengan berdasarkan pengalaman lalu, supaya pelajar berpeluang mempelajari sesuatudengan lebih luas dan mendalam. Dalam mata pelajaran Perdagangan Tingkatan 4,

    topik Perniagaan Dalam Negeri diajar terlebih dahulu sebelum topik PerniagaanAntarabangsa. Ini kerana ia mengikut ketertiban dalam penyusunan kurikulum.

    iii. Prinsip Kesepaduan KandunganPrinsip kesepaduan atau Principle of Integration menetapkan agar pengalamanpembelajaran dihubungkaitkan antara satu sama lain supaya pembelajaran lebihbermakna dan menyeluruh. Sebagai contoh, dalam mata pelajaran Prinsip Akaun jugaterdapat topik Insurans seperti mana dalam Subjek Perdagangan Tingkatan 4. Selainitu, topik pemilikan perniagaan juga terdapat dalam kedua-dua mata pelajaranPerdagangan dan Keusahawanan. Penyusunan kurikulum mata pelajaran Perdagangan

    juga berkaitan dengan kehidupan dan pengalaman sebenar pelajar pada masasekarang dan akan datang. Contohnya dalam urusan perbankan, Konsumerisme dan

    banyak lagi.

    Hanson (2000), Print (1995) dan Mohd Daud Hamzah (1993) telah menambah dua lagi prinsipiaitu prinsip litupan kandungan dan prinsip imbangan kandungan.

    iv. Prinsip Litupan (Skop) KandunganPrinsip litupan kandungan berkaitan dengan keluasan dan kedalaman kandungan yangperlu dimuatkan dalam sesuatu kurikulum dan pengajaran. Garapan keluasan dankedalaman kandungan ini berkaitan dengan tahap pendidikan yang membolehkan setiappelajar menguasai kandungan mengikut tahap-tahap pendidikan dan kognitif.Penyusunan kurikulum mata pelajaran Perdagangan bagi Tingkatan 4 dan 5 tidak terlaluluas dan tidak dalam cakupannya kerana ia hanya fokus kepada asas-asas perniagaan

    dan kaitannya sahaja.

    v. Prinsip Imbangan KandunganPrinsip Imbangan Kandungan merujuk kepada kadar agihan, kepadatan muatan dankesesuaian kandungan dengan masa pembelajaran yang diperuntukkan kepada pelajar-pelajar untuk menguasainya. Pecahan agihan topik dengan masa pembelajaran adalahsesuai mengikut subtopik-subtopik yang disediakan. Sebagai contoh, tajuk Asas KepadaPerdagangan mempunyai 5 subtopik dan waktu yang diperuntukkan adalah sebanyak17 waktu manakala tajuk Unsur Perniagaan hanya mempunyai peruntukan waktusebanyak 4 kerana mempunyai 1 subtopik.