MyRokan Rujukan Percuma

7

Transcript of MyRokan Rujukan Percuma

Page 1: MyRokan Rujukan Percuma
Page 2: MyRokan Rujukan Percuma

MyRokan mengandungi pelbagai artikel berguna sebagai pencetus maklumat penting kepada

para pembaca. Maklumat-maklumat ini adalah diharap sekurang-kurangnya menjadi permulaan bagi

mereka yang ingin mengetahui sesuatu dengan lebih lanjut ataupun sekadar pengetahuan asas

mengenai sesuatu perkara.

Sejak sekian lama kita mengetahui akan betapa terkenalnya Kerajaan Negeri Melaka yang menjadi

kebanggaan kita semua Rakyat Malaysia. Namun tidak dapat dinafikan hari ini kita terlalu mundur

dari segi pengetahuan apatah lagi teknologi untuk menjadi setanding dengan negara-negara maju

yang lain. Apa yang menyedihkan, kita kurang membaca dan tiada pula bahan bacaan yang

disediakan di dalam Bahasa Melayu memandangkan tidak semua pula yang menguasai Bahasa

Inggeris.

Apapun ianya adalah pilihan kita sendiri untuk maju ke hadapan atau terus berada dimana kita

sekarang. Tiada gunanya dibuai mimpi indah jika apabila terjaga semuanya hanyalah igauan belaka.

Mungkin kita tidak mampu mengubah segalanya dalam sekelip mata, namun kita tidak membiarkan

anak-anak kita dan generasi berikutnya terus mengalami nasib yang sama.

Berikut adalah beberapa bahagian dan artikel-artikel penting di dalam MyRokan;

*artikel penuh hanya terdapat di blog MyRokan melalui link yang disediakan. Kesemua artikel boleh

dibaca secara percuma untuk semua.

Page 3: MyRokan Rujukan Percuma

Alam:

Alam merupakan segmen yang paling menarik ditampilkan secara umum sebagai pengetahuan am.

Namun bagi yang ingin mengetahui mengenai sesuatu perkara tersebut dengan lebih lanjut bolehlah

melakukan carian yang lebih terperinci.

Alam menjadi sumber inspirasi utama yang menjadi rujukan bahan kajian para saintis sebelum

mereka boleh mencipta sesuatu bahan, barangan, rekaan dan macam-macam lagi. Apatah lagi

dengan kekayaan alam di bumi Malaysia sendiri yang dikatakan antara yang terkaya (dengan

kepadatan tertinggi seperti di Borneo). Setiap tahun ratusan para pengkaji mengunjungi kawasan ini,

manakala ribuan lagi menjelajah dan melihat sendiri keunikan alam di negara kita.

Selain itu Alam turut menceritakan sesetengah spesis tumbuhan atau haiwan yang dilupakan akan

fungsinya yang begitu banyak pada masyarakat kita suatu masa dahulu. Apabila kita melupakan,

para pengkaji pula menggunakan haiwan atau tumbuhan ini untuk menghasilkan produk yang

bernilai ratusan atau ribuan ringgit. Melucukan!.. sudah tentu.

1) Pokok Nibung Juga Tumbuhan Seribu Guna

2) Khasiat Pegaga Sebagai Ubatan Dan Pemakanan

3) Makanan Tradisi dari Buah-buahan dan Daun-daunan I ~ III

4) Makanan Tradisi Ubi Kayu

5) Keunikan dan Kehebatan Dunia Fungus

6) Malu-malu Si Pokok Semalu

7) Bahan-bahan Yang Digunakan Orang Dahulu Untuk Pakaian

8) Beberapa Keunikan Dunia Serangga I

Page 4: MyRokan Rujukan Percuma

9) Perlumbaan Penghasilan Sutera Labah-Labah Sintetik

10) Kerang dan Kerang-kerangan

Destinasi:

Destinasi pula merujuk kepada tempat-tempat penting terutamanya yang mempunyai sejarah atau

keajaipan alam yang perlu dikunjungi. Ia juga mungkin tempat-tempat lawatan menarik di negara

kita yang penting dalam membantu kita mengenali budaya kita dengan lebih dekat.

Adakalanya destinasi luar juga penting untuk kita kunjungi dalam kita memahami rumpun

masyarakat kita terutama di sekitar Asia Tenggara. Selain daripada memahami gaya hidup, kegiatan

ekonomi dan juga budaya kita yang secara kasarnya tidak jauh berbeza. Seperti rumpun kita

terdekat iaitu Indonesia. Indonesia bukan sahaja dipenuhi dengan tempat-tempat menarik, malah

kebanyakan rakyat Malaysia juga berasal dari sana.

Bagi negara-negara Asia Tenggara pula secara umumnya juga mempunyai pertalian yang kuat

dengan negara kita. Antara kesenian dan budaya kita boleh dilihat di beberapa negara terdekat di

Thailand, Indinesia dan Cambodia seperti kisah Ramayana dalam cereka wayang kulit. Ia bukanlah

satu kebetulan, tetapi satu lipatan sejarah yang semakin dilupakan. Anda hanya akan lebih

mengenalinya apabila anda berkunjung ke tempat-tempat ini.

1) Keunikan Senibina Tanah Minang – Padang, Sumatra

2) Jalan-jalan ke Muzium Diraja, Kuala Lumpur

Page 5: MyRokan Rujukan Percuma

3) Jalan-jalan ke Muzium Tekstil Negara

4) Muzium-muzium Di Negeri Melaka

5) Muzium Bioperubatan, Muzium Yang Dilupakan

6) Mengapa Siem Reap Bandar Yang Perlu Anda Lawati

7) Petra Badaraya Batu Penuh Bersejarah

8) Menjejaki Mitos Silam Ramayana

9) 7 Benda Ajaib Dunia

10) Kuching oh Kuching

Teknologi:

Teknologi menyingkap rekaan-rekaan terbaru. Menginspirasi kepada idea-idea yang menyumbang

kepada pembangunan berterusan untuk membantu manusia hidup dengan lebih selesa, lebih

sempurna.

Teknologi dengan cabang terdekatnya adalah sains, namun ia juga di inspirasikan oleh alam juga.

Kita juga boleh melihat teknologi teknologi terbaru di samping mengambil bahagian dalam

pembangunan teknologi seperti permbinaan aplikasi apps, pengatucaraan mini komputer dan

sebagainya. Anda juga mungkin berminat untuk mengetahui usaha-usaha untuk menjana tenaga

yang lebih bersifat mesra alam dan mungkin juga lebih murah.

Bukan itu sahaja teknologi pertanian misalnya dapat menghasilkan bahan makanan yang lebih

berkualiti di dalam persekitaran yang selamat. Teknologi bahan pula misalnya membantu manusia

Page 6: MyRokan Rujukan Percuma

menghasilkan banyak bahan baru yang berguna kepada manusia dan membantu pembangunan

manusia sehingga ke hari ini. Banyak lagi perkara menarik mengenai teknologi yang perlu diketahui.

1) Binaan Manusia Terpaling Mahal

2) Menghasilkan Element Baru di GSI Helmholtz Centre for Heavy Ion Research

3) Magnet Dan Kegunaannya Dalam Kehidupan

4) Apakah Jam Atom?

5) Bagaimana Dapur Induksi Berfungsi dan Adakah Ianya Lebih Bagus?

6) 10 Senarai Keretapi Terpantas Dunia

7) Mikro Post: Robot Rama-rama Daripada Festo

8) Sel Suria Yang Lebih Ringan, Kecil Namun Jauh Leibh Baik

9) Tanaman Tanpa Tanah Aquaponics

10) Peperangan Dengan Plastik

Lain-lain Artikel:

Banyak lagi artikel-artikel penting di dalam MyRokan yang membantu para pembaca membuka mata

sebagai asas untuk topik-topik tertentu. Kami juga terus menambah lagi artikel-artikel ini dari

semasa ke semasa.

Page 7: MyRokan Rujukan Percuma

Kita semua mempunyai akses kepada maklumat yang membolehkan kita mengubah kualiti hidup kita

sendiri, masyarakat, negara dan dunia melalui internet. Namun maklumat ini tidak akan mencari

kita. Maka asas untuk mendapatkan maklumat-maklumat ini berada di dalam MyRokan dan

selebihnya adalah terpulang kepada semua pembaca pula.

Adakalanya apa yang diperlukan hanyalah satu titik mula untuk anda mengetahui tentang sesuatu

perkara. Maka dengan itu, carilah artikel yang tersebut dan teruskan dengan carian maklumat-

maklumat tambahan bagi melengkapkan apa sahaja jawapan yang anda ingin perolehi. Siapa tahu

akan impian anda, maka anda harus mengusahakannya.

Artikel-artikel lain:

1) Keenakan Cendawan Yang Boleh Dimakan

2) Makanan Popular di Malaysia

3) Mikro Post; Kew Gardens

4) Taxidermist Antara Seni Dan Pendidikan

5) Keunikan Nelayan Burung

6) Keindahan Seni Hiasan Kaca Berwarna – Stained Glass

7) Motosikal Yang Bergerak Menggunakan Air

8) Sumbangan Penting Dalam Kejuruteraan Bangunan Fazlur Rahman Khan

9) Teknologi 3D Printing Berpotensi Untuk Diterokai

10) Komputer Terawal Sebelum Masehi - Antikythera mechanism

Sekiranya semua di atas masih tidak mencukupi, lawati Myrokan.com hubungi kami dan pesanlah

artikel yang anda inginkan. Mungkin kami berpeluang untuk menulisnya dimasa akan datang.

Terima Kasih.

Jangan lupa lawati bahagia Produk kami untuk mengetahui produk-produk semasa yang ditawarkan.