MZU 3114 Kurikulum & Pengajaran Muzik - RPH PENDIDIKAN MUZIK KBSR TAHUN 3 (SEMESTER 4)

7
RANCANGAN PENGAJARAN PENDIDIKAN MUZIK KBSR TAHUN 3 Mata Pelajaran : Pendidikan Muzik Tahun : 3 Ledang Bilangan Murid : 20 orang Tarikh : 1 Ogos 2013 Masa : 8.45 9.15 pagi ( 30 minit ) Tajuk : Ciptaan Tuhan Aspek : Pengalaman muzikal Konsep : Irama Corak Irama dan detik lagu Tempo Perubahan tempo Pengetahuan sedia ada : 1. Murid pernah memainkan perkusi secara solo atau berkumpulan daripada pelbagai repertoir. 2. Murid pernah membuat gerakan mengikut iringan muzik. Hasil pembelajaran : Di akhir pengajaran pembelajaran, murid murid dapat: 1. Membezakan tempo laju, sederhana dan perlahan. 2. Membuat gerakan kreatif yang sesuai yang menunjukkan tempo cepat, perlahan dan sederhana. 3. Memainkan alat perkusi mengikut tempo dan corak irama yang betul. Nilai : Prihatin, bekerjasama, memberi perhatian, patuh, bertanggungjawab dan peka. KBKK : Menjana idea, memahami, meneroka, mengimprovisasi,

Transcript of MZU 3114 Kurikulum & Pengajaran Muzik - RPH PENDIDIKAN MUZIK KBSR TAHUN 3 (SEMESTER 4)

Page 1: MZU 3114 Kurikulum & Pengajaran Muzik - RPH PENDIDIKAN MUZIK KBSR TAHUN 3 (SEMESTER 4)

RANCANGAN PENGAJARAN PENDIDIKAN MUZIK KBSR TAHUN 3

Mata Pelajaran : Pendidikan Muzik

Tahun : 3 Ledang

Bilangan Murid : 20 orang

Tarikh : 1 Ogos 2013

Masa : 8.45 – 9.15 pagi ( 30 minit )

Tajuk : Ciptaan Tuhan

Aspek : Pengalaman muzikal

Konsep : Irama – Corak Irama dan detik lagu

Tempo – Perubahan tempo

Pengetahuan sedia ada : 1. Murid pernah memainkan perkusi secara solo atau

berkumpulan daripada pelbagai repertoir.

2. Murid pernah membuat gerakan mengikut iringan

muzik.

Hasil pembelajaran : Di akhir pengajaran pembelajaran, murid – murid dapat:

1. Membezakan tempo laju, sederhana dan perlahan.

2. Membuat gerakan kreatif yang sesuai yang menunjukkan

tempo cepat, perlahan dan sederhana.

3. Memainkan alat perkusi mengikut tempo dan corak irama

yang betul.

Nilai : Prihatin, bekerjasama, memberi perhatian, patuh,

bertanggungjawab dan peka.

KBKK : Menjana idea, memahami, meneroka, mengimprovisasi,

merasai

Bahan Bantu Mengajar : LCD, kayu tik tok (alat perkusi), radio

Page 2: MZU 3114 Kurikulum & Pengajaran Muzik - RPH PENDIDIKAN MUZIK KBSR TAHUN 3 (SEMESTER 4)

Langkah/

Masa

Isi Kandungan Aktiviti P&P Catatan

Set Induksi

(5 minit)

Pengenalan tajuk 1. Guru menyoal murid – murid sama

ada mereka pernah melihat arnab dan

kura – kura dan menyuruh murid

menyatakan ciri – ciri kedua binatang

tersebut.

Murid menjawab persoalan guru dan

menyatakan ciri – ciri arnab dan kura –

kura.

2. Guru menyampaikan sebuah cerita

yang bertajuk “Arnab dan Kura –

Kura” kepada murid dalam nada,

gaya dan intonasi yang betul bersama

dengan iringan muzik.

Murid melihat dan mendengar

persembahan cerita yang disampaikan

oleh guru.

3. Guru membuat demonstrasi

pergerakan arnab dan kura – kura

dan menyuruh murid mengenalpasti

pergerakan cepat, sederhana dan

lambat.

Murid mengenalpasti pergerakan

arnab dan kura – kura.

4. Guru memperkenalkan konsep irama

dan tempo melalui pergerakan yang

dilakukan bersama murid – murid.

Murid melakukan aktiviti pergerakan

bersama guru.

ABM: Kad bergambar,

alat muzik / radio

Page 3: MZU 3114 Kurikulum & Pengajaran Muzik - RPH PENDIDIKAN MUZIK KBSR TAHUN 3 (SEMESTER 4)

Langkah 1

(10 minit)

Mengenalpasti

pertukaran tempo

dan merancang

pergerakan

mengikut tempo

dan corak irama

yang betul.

1. Guru memberi penerangan tentang

tempo cepat, perlahan dan

sederhana kepada murid.

Murid mendengar penerangan

daripada guru tentang tempo cepat,

perlahan dan sederhana.

2. Guru menyuruh murid mendengar

dan bergerak atau beraksi secara

spontan kepada pelbagai bunyi yang

diperdengarkan dengan tempo

lambat, sederhana dan cepat.

Murid mendengar dan bergerak secara

spontan dalam tempo lambat,

sederhana dan cepat.

Contoh:

Bunyi gong – berjalan dan

menghayunkan tangan.

Bunyi loceng – berjalan berjingkit

– jingkit dengan berhati – hati.

Bunyi kereta bomba – berjalan

dengan tergopoh – gapah dengan

rasa cemas

Bunyi burung berkicau –

gerakan lakuan burung terbang

dengan rasa riang

Bunyi muzik instrumental –

menggerakkan anggota badan

sambil merasai detik dan mud

muzik.

3. Guru menyuruh murid – murid

Nilai: Patuh, bekerjasama

ABM: LCD, Alat perkusi

Gong

Loceng

Kereta bomba

Page 4: MZU 3114 Kurikulum & Pengajaran Muzik - RPH PENDIDIKAN MUZIK KBSR TAHUN 3 (SEMESTER 4)

menyanyikan lagu “Bapaku Pulang”

sambil merasai detik lagu dengan

bertepuk tangan.

Murid – murid menyanyikan sambil

bertepuk tangan mengikut detik lagu

“Bapaku Pulang.”

4. Guru memberi tumpuan kepada

tepukan murid – murid mengikut

corak irama lagu yang dimainkan.

Burung

Muzik instrumental

Langkah 2

(10 minit)

Meneroka corak

irama dan tempo

melalui permainan

alat muzik dan

anggota badan.

1. Guru menyuruh murid untuk

meneroka dan merasai pelbagai

kesan bunyi dengan menggunakan

anggota badan yang lain seperti:

Memetik jari

Menghentak kaki

Murid meneroka bunyi yang dihasilkan

melalui aktiviti memetik jari dan

menghentak kaki .

2. Guru mengedarkan kayu tik tok

Nilai : Prihatin, patuh,

bekerjasama

ABM : LCD, kayu tik tok,

carta

Page 5: MZU 3114 Kurikulum & Pengajaran Muzik - RPH PENDIDIKAN MUZIK KBSR TAHUN 3 (SEMESTER 4)

kepada sekumpulan murid dan

menyuruh murid mendengar serta

mengulang kembali permainan alat

muzik yang dimainkan oleh guru

mengikut:

Tempo yang sesuai

Bunyi yang seimbang

Murid mendengar dan meniru

perbuatan guru dengan bermain kayu

tik tok dengan tempo dan bunyi yang

sama.

3. Guru membahagikan murid – murid

kepada dua kumpulan dan

menyuruh mereka meneroka gaya

pergerakan dari alam mengikut

ransangan corak irama dan tempo

yang dimainkan dengan

menggunakan kayu tik tok dan juga

anggota badan.

Kumpulan 1 : Membuat pergerakan

sambil main kayu tik tok mengikut corak

irama dan tempo yang dimainkan oleh

guru

Kumpulan 2 : Membuat pergerakan

dan hasilkan bunyi melalui anggota

badan mengikut corak irama dan tempo

yang dimainkan oleh guru.

Murid meneroka pergerakan dengan

menggunakan kayu tik tok dan

Page 6: MZU 3114 Kurikulum & Pengajaran Muzik - RPH PENDIDIKAN MUZIK KBSR TAHUN 3 (SEMESTER 4)

anggota badan dalam kumpulan

masing – masing.

Penutup

( 5 minit )

Persembahan

kumpulan dan kuiz

muzikal.

1. Guru menyuruh kumpulan –

kumpulan mempersembahkan hasil

kumpulan masing – masing mengikut

iringan muzik yang telah dipilih.

Murid mempersembahkan hasil

penerokaan mereka bersama

kumpulan masing – masing.

2. Guru mengadakan sesi soal jawab

yang ringkas bersama murid – murid.

Murid bertanyakan soalan kepada guru

tentang pembelajaran pada hari ini.

3. Guru bersama dengan murid

menyanyikan lagu “Bapaku Pulang”

sambil membuat pelbagai gaya

gerakan.

Murid bersama guru menyanyikan lagu

“Bapaku Pulang” dengan gerakan

yang telah mereka terokai sepanjang

proses pengajaran dan pembelajaran

pada hari ini.

Nilai: Peka, prihatin

ABM: slaid